Khamis, 24 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Eskay Menipu Lagi, Cuba Babitkan Wan Azizah

Posted: 24 Mar 2011 01:20 AM PDT

Wan Azizah tiada hasrat tonton video seks

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).

"Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu.

"Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram," kata isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sambil tersenyum.

Menurut Wan Azizah beliau tidak pernah menghantar sesiapa ataupun sebarang sms mengatakan beliau ingin melihat video berkenaan.

"Kenapa saya harus tonton? Ia dilarang oleh Islam dan adalah haram."


Eskay semalam pada sidang medianya berkata beliau akan memberikan video tersebut kepada Wan Azizah kerana mendakwa presiden PKR itu memohon menontonnya.


"Saya mengesahkan turut berada dalam video itu... saya akan berikan maklumat kepada polis... saya akan ceritakan secara keseluruhan mengenai video itu... saya jamin video itu tidak akan tersebar kerana ia hanya berada di tangan saya," katanya.

Beliau juga mendakwa dihubungi lelaki yang mengaku rakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kelmarin yang mahu mengambil video berkenaan untuk memastikan kesahihannya. petikan Berita Harian


Ulasan GB

Memang dasyat konspirasi ini.

Mereka mengangap semua orang adalah seperti mereka: berminat dan suka kepada video dan bahan lucah. GB sudah ulas sebelum ini di SINI.

Menonton, memiliki, menyimpan apatah lagi membikin video lucah adalah haram, golongan ini lansung tidak takut lagi kepada Tuhan.

Dua Beranak Parah Dirempuh Perodua Viva

Posted: 24 Mar 2011 12:30 AM PDT

Melaka - Orang lain yang cuai, orang lain pula yang terpaksa menerima padah.

Kata-kata itu sesuai untuk menggambarkan mengenai nasib yang menimpa dua beranak apabila mereka nyaris lemas selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva ketika sedang berjalan pulang ke rumah di Semabok di sini kelmarin.

Kejadian pukul 12.15 tengah hari itu menimpa Nurshamsiah Samawi, 6, dan ibunya, Misliyah Nafhan, 35, apabila mereka tercampak ke dalam longkang sedalam 1.5 meter.

Ekoran itu, Misliyah patah kaki kanan manakala Nurshamsiah pula nyaris lemas sebelum diselamatkan oleh orang ramai yang menghantar mereka ke Hospital Melaka.

Seorang saksi, Sazly Mak Lip, 32, berkata, kejadian berlaku apabila sebuah van yang dipandu laju melanggar belakang Viva sebelum terseret sejauh kira-kira 30 meter ke kiri jalan.

"Pada masa sama, kereta Viva itu telah merempuh dua beranak tersebut mengakibatkan mereka tercampak ke dalam longkang. Kereta Viva dan van itu juga terperosok ke dalam longkang," ceritanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tubuh Suruhanjaya: Rahim Anggap Semua Orang Serupa Dia, Suka Tonton Video Lucah

Posted: 23 Mar 2011 11:30 PM PDT

Video seks: Tidak perlu tubuh suruhanjaya diraja, kata PAS

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata kes video skandal seks melibatkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang memadai diserahkan kepada polis untuk disiasat kebenarannya tanpa perlu kepada penubuhan suruhanjaya diraja.

"Tak perlu buat (Suruhanjaya Diraja)...kalau tidak dibuat pun, orang akan siasat sebab dah buat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan kumpulan yang mengelarkan diri mereka `Datuk T' yang turut disertai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang mahukan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video itu.

Rahim dalam satu sidang akhbar hari ini mengaku menjadi antara tiga orang yang bertanggungjawab menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Dua lagi individu yang terlibat adalah seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Diminta mengulas sama ada PAS bersedia untuk ahli panel suruhanjaya jika ia ditubuhkan, Harun berkata beliau secara peribadi tidak akan menyertainya.

"Kita malaslah, nanti orang kata orang Pas tengok gambar tidak elok pula. Kita tidak mahu terheret dalam masalah ini," katanya.

Beliau juga enggan mengulas sama ada video tersebut sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan seorang pemimpin parti pembangkang berkenaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Anwar, 64 yang merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu dan menyifatkannya sebagai serangan bermotifkan politik serta satu percubaan untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional. -TMI


'Datuk T' mahu s'jaya diraja siasat video seks

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik - yang mengakui antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.

Katanya, suruhanjaya itu perlu turut dianggotai tiga ketua parti pembangkang pembangkang, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa di ibu negara itu, seorang lagi anggota 'Datuk T' - singkatan bagi perkataan "Trio " - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara (PERKASA) dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.

Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel.

Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sebagai lelaki dalam video tersebut.

Kerjasama apa sahaja

Sementara itu, Rahim mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

"Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.

Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selorohnya sambil disambut gelak ketawa pemberita dalam dan luar negara.

Sidang media itu menarik perhatian kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara hadir membuat liputan walaupun mendapat notis di saat-saat akhir. -mk


Ulasan GB

Kenapa perlu tubuh Suruhanjaya jika telah wujud pengakuan dari anggota "Datuk T" sendiri bahawa memang beliau ada di dalam video berkenaan? Tidakkah itu sudah cukup untuk membuktikan satu konspirasi dan menjelaskan bahawa video itu palsu dan sengaja direka untuk menjatuhkan seseorang?

Rahim Tamby Chik menganggap semua orang serupa dengannya, suka kepada perkara-perkara yang lucah - sehingga beliau mencadangkan nama-mana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menganggotai Suruhanjaya berkenaan kononnya bagi menentukan ketulenan klip itu.

Tulen atau tidak tulen sudah tidak merupakan persoalan - kerana ia telah jelas tidak tulen - yang perlu kini polis kena segera tangkap anggota Datuk T berkenaan. Hanya dengan cara itu dapat membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini.

Kerja-kerja "superimposed" dan pengedaran bahan lucah sudah menjadi tabiat golongan UMNO dan para penyokongnya. Perhatikan saja blog-blog kepunyaan mereka, anda akan menyaksikan pelbagai bahan kotor dan jijik hasil perlakuan kotor yang terbit dari jiwa yang kotor untuk memfitnah mangsa.

Bertambah dasyat apabila bahan lucah juga digunakan semasa kempen-kempen pilihanraya seperti yang GB dedahkan sebelum ini di SINI.

Paras Iodin Lebih Had Dalam Air Paip Di Jepun

Posted: 23 Mar 2011 10:00 PM PDT

Tokyo: Air paip di Tokyo didapati mengandungi kadar iodin radioaktif dua kali lebih tinggi daripada yang dikira selamat untuk kanak-kanak manakala Amerika Syarikat menjadi negara pertama menghentikan import makanan dari sekutunya itu kerana kebimbangan radiasi.

Gambar: SEORANG petani mencurah susu ke dalam lubang untuk ditimbus di daerah Itate, Fukushima selepas pihak berkuasa mendedahkan pencemaran radiasi dalam produk tenusu. - Foto REUTERS

Tahap iodin radioaktif dalam paip air di pusat rawatan air pinggir Tokyo mendapati bekalan air yang disalurkan ke paip mengandungi 210 becquerels, kata pegawai Biro Air Tokyo. Kadar itu melebihi dua kali had yang disarankan iaitu 100 becquerels seliter.

Bayi di Tokyo tidak seharusnya diberi minum air paip walaupun tahapnya tidak memberikan risiko pada kesihatan dengan serta merta kepada golongan dewasa, kata pegawai.

Hampir dua minggu selepas tragedi gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu, pegawai nuklear masih berusaha menstabilkan loji yang terlalu panas dan musnah di Fukushima itu, yang mana kebocoran radioaktif dikesan sejak kejadian yang merosakkan sistem penyejukan.

Gempa pada kekuatan 9 skala Richter merosakkan loji nuklear di Fukushima manakala tsunami menyebabkan 23,000 penduduk maut atau hilang.

Radiasi turut menyerap dalam sayur, susu mentah, bekalan air dan air laut di kawasan sekeliling loji itu.

Brokoli turut termasuk dalam senarai sayur tercemar yang turut merangkumi bayam, bunga matahari dan canola.

Penduduk di timur laut Jepun sebelum ini dinasihatkan supaya tidak minum air dari paip berikutan tahap iodin radioaktif tinggi yang boleh menyebabkan barah tiroid.

Sehingga semalam, tahap radiasi dalam air dicatatkan, kata pegawai.

Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat berkata mereka menghentikan pengimportan produk tenusu dan bahan mentah dari wilayah Fukushima.

Produk lain yang diimport dari Jepun termasuk makanan laut akan terus dijual kepada orang ramai tetapi perlu menjalani imbasan radiasi terlebih dulu, kata agensi.

Amerika mengimport kurang empat peratus makanan dari Jepun dan FDA berkata pihaknya tidak menjangka risiko radiasi terhadap bekalan makanan.

Pegawai juga berkata, tahap radiasi juga melebihi had selamat membabitkan 11 jenis sayur di kawasan sekitar loji nuklear Fukushima, selain susu dan air.

Jepun sudah menghentikan penghantaran makanan tertentu dari kawasan berkenaan dan meminta penduduk berhenti makan sayur berdaun.

Beberapa negara Asia juga mula melakukan pemeriksaan terhadap import makanan Jepun bagi memastikan tiada pencemaran radiasi dengan Taiwan menyuruh nelayannya berhenti menangkap ikan di perairan Jepun. – AFP/Reuters

Membongkar Penipuan Eskay Dalam Isu Video Seks

Posted: 23 Mar 2011 09:00 PM PDT

Datuk "T", 110%, "GangBang" & Zulkifli Noordin

Video seks pemimpin pembangkang didedah

KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.

Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.

"Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar," tegasnya.

Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini.

Baik...

Keraguan yang pertama rujuk kenyataan Datuk T yang berikut:

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya.

Kemudian yang berikutnya:

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Soalan: Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T & ditunjukkan kepada wartawan..?

Keraguan yang kedua rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

Soalan: Perlu dijelaskan pada umum bagaimanakah "teknik" "mencari di belakang laci" meja solek & bagaimanakah caranya untuk kita melihat "wayar berselirat" dibelakang laci..? Adakah laci berkenaan dari jenis "lutsinar", jenis "tiada penutup dibelakangnya" atau jenis "GangBang"..?

Disini berlaku kekeliruan kerana seingat & setahu gua, belakang laci biasanya terlindung oleh "dinding meja". bab ni lu orang boleh tengok sendiri laci dekat rumah atau opis korang. aku tak pikir ada laci jenis telanjang tak de dinding dekat belakangnya kecuali laci tu jenis "GangBang".

Keraguan ketiga rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Soalan 1 (keraguan ketiga): Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

Beb... bukan korang tak tau berapa punya susah nak cungkil laci yang berkunci. kalau rasa nak tau susah ke senang nak cungkil laci yang berkunci, korang boleh cuba dekat laci rumah atau opis masing-masing. praktikal lagi bagus dari dok gebang... cuba sekarang... gua bagi masa lu orang bikin praktikal.

Soalan 2 (keraguan ketiga): CCTV 4 bijik, Perakam 1 bijik... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

Datuk T kena perjelas bab ni. Gua malas nak soal panjang-panjang. ringkas macam ni cukup, bagi yang biasa dengan alat perakam & CCTV, mesti korang paham soalan aku. tolong perjelas dekat Datuk T sebab penjelasan dia sebanarnya langsung tak jelas & mengelirukan. Lu boleh kelentong wartawan Media Perdana tapi lu tak boleh kelentong gua.

Keraguan keempat rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

pelacur yang berusia 20-an

Soalan (keraguan keempat): Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Adakah Datuk T kenal akan pelacur yang berusia "20-an" itu..? kalau Datuk T kenal akan pelacur yang berusia "20-an" itu, kenapa Datuk T tak bawa pelacur yang berusia "20-an" itu bersama Datuk T semasa sessi tayangan khas "Blue Monday at Carcosa Seri Negara" untuk diambil kenyataannya oleh para wartawan yang dijemput..?

Ataupun mungkin jugak pelacur berusia "20-an" itu telah diupah oleh Datuk T dengan bayaran yang dipersetujui untuk "melakonkan" adegan seks tersebut bersama pasangannya yang memiliki susuk tubuh seperti "OKT"..?

Keraguan kelima rujuk pada kenyataan Datuk T yang berikut:

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini?

Soalan (keraguan kelima): Apa yang Datuk T dah lakukan..?

Keraguan keenam rujuk pada kenyataan Datuk T yang beikut:

namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel

Soalan (keraguan keenam): Adakah pihak pengurusan hotel yang membuat rakaman bernilai berjuta-juta ringgit jika dinilai dari sudut kepentingan politik terlampau BANGANG meletakkan peralatan rakaman tersebut didalam laci bilik hotel setelah rakaman selesai dilakukan..?

Sikit ulasan: Gua nak ulas sikit bab CCTV yang ditemui dalam laci yang berkunci tu. agak mengherankan macam mana geng "GangBang" yang bikin rakaman CCTV tu boleh pasang CCTV tanpa disedari atau dilihat oleh "mangsa" yang lepak dalam bilik tu.

Sepemahaman gua la, bila dah Datuk T perjelas bahawa dia jumpa wayar berselerak, gua 110% yakin (gua pinjam keyakinan Zulkifli Noordin) cara terbaik untuk pasang 4 set CCTV tanpa mendedahkannya kepada mata manusia ialah dengan memasangnya didalam bumbung bilik.

Kerja ni bukan kerja senang beb... lu kena panjat dekat atas bumbung tu, tebuk lubang untuk locate 4 set CCTV kemudian tarik cable CCTV (samada cable wayar ataupun fiber optic) yang panjangnya berjela-jela kemudian disambungkan pada main connection. dari main connection lu kena sambung pulak dekat perakam. gitu la lebih kurang.

Kemudian nak kena sambung jugak power supply dekat semua equipment berkenaan. kalau pakai bateri gua ingat leceh banyak sebab lu kena save power, rakaman nak kena buat immedietly bila pelakon memulakan aksi "GangBang". tapi skil pakai bateri ni memang tak masuk akal la beb...

Yang lain-lain aku malas nak ulas sebab kalau aku ulas pun puak-puak UMNgOk/Beer eNd bukannya ada otak nak pikir.



Ada 1 lagi kemungkinan yang gua tak boleh tolak dalam hal pasang 4 CCTV tanpa dilihat oleh mata manusia. yang ni memang tak mustahil...

Mungkin jugak CCTV tu jenis "wireles". kalau jenis "wireles", memang orang tak kan perasan menatang ni... tapi kalau CCTV tu jenis "wireless", wayar yang berselirat tu nak buat menatang apa...??? Buat rantai motor Zulkifli Noordin supaya 110% selamat dari dibonceng perempuan berbaju seksi..? -
perisik rakyat

Ulasan GB

Camkanlah: Perkara yang bermula dari sesuatu yang tidak benar akan sentiasa diikuti pelbagai percanggahan selepas darinya.


Barat Serang Libya Kerana Minyak - Erdogan

Posted: 23 Mar 2011 07:30 PM PDT

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyatakan sejarah sedang dirancang untuk berulang di Libya. Pernyataannya merujuk pada revolusi yang dialami dunia Arab ketika ini.

"Minyak Libya berada di balik campurtangan negara-negara barat," ujarnya dalam sebuah pidato di parlimen Turki, semalam.

Dalam pidatonya yang menyentuh perkembangan dunia Arab tersebut, Erdogan memperingatkan bahwa keadaan yang demikian akan menyalakan konflik kelompok di Libya. "Sumber daya alam dan minyak Libya menjadi penyebab krisis dan konflik di Libya," tambahnya.

Dalam hal ini, kata Erdogan, Turki menunjukkan keprihatinan dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa penduduk awam, bukan mencari kekayaan.

"Apa yang kami coba lakukan adalah membantu Libya memecahkan masalah mereka dan tidak saling membunuh antara sesama saudara. Turki mengharapkan revolusi berjalan damai dan tidak berdarah."

Menurut Erdogan, campurtangan militer tidak membantu di masa lalu, kerana ia hanya akan menyumbang kepada perpecahan beberapa negara. Ia juga meminta PBB agar menjadi payung dalam setiap operasi kemanusiaan di Libya, seraya menyerukan kepada pakatan antarabangsa untuk memperhatikan aspek kemanusiaan.

Maruah Najib & UMNO Tercampak Ke Tong Najis

Posted: 23 Mar 2011 07:17 PM PDT

Video seks umpan BN beli MP Pakatan'

BN sedang menggunakan video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk beli ahli parlimen pembangkang, dakwa pemimpin PKR hari ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada ahli parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mendakwa percubaan seumpama itu turut dibuat terhadapnya.

Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu pada hari Isnin dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik turut hadir.

Johari berkata, Abdul Rahim memberitahunya yang dia boleh mengatur satu pertemuan dengan perdana meteri, dan mereka akan 'menjaganya', serta menguruskan keperluan kewangan dan keselamatannya.

Katanya, dia mengesyaki BN mahu dia melompat parti dengan tawaran imbuhan kewangan dan mereka cuba menggoncang kepercayaannya terhadap Anwar dengan menunjukkan video seks - yang didakwa memaparkan ketua umum PKR itu melakukan aksi seks dengan wanita yang tidak dikenalinya - kepadanya.

Johari juga berkata Abdul Rahim kemudiannya memintanya membawa lebih banyak ahli parlimen Pakatan untuk menonton video tersebut.

Katanya, beliau mengesyaki motif mereka ialah untuk menarik lebih ramai ahli parlimen supaya menentang Anwar dan PKR.

Saifuddin pula mencelah bahawa mereka menunjukkan video tersebut serta berjanji imbuhan.

Ahli parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau kemudianya menghubungi bapa saudaranya untuk mengatur bagi lima lagi ahli parlimen PKR melihat menyaksi video itu semalam, seperti yang dikehendaki oleh Abdul Rahim, selepas beliau menonton video itu pada hari Isnin.

Dalam sidang akhbar bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat kemudiannya, Johari mengenalpasti lime ahli parlimen berkenaan sebagai Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Bagaimanapun, katanya, walaupun selepas menunggu selama dua jam dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang di hotel Flamingo di Ampang, tempat beliau menyaksi video itu, tetapi Abdul Rahim dan Shazryl tidak hadir. -mk

Ulasan GB

Sebelum ini GB menyatakan bahawa:

Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN.

Namun, Allah tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur. Segala kejahatan dan kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bersama-sama sekutu-sekutunya seperti polis, SPR, SPRM, Peguam Negara, Pendakwa Raya, Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan seperti ROS yang melengah-lengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, akan pasti mendapat hukuman daripada Allah s.w.t.

Allah akan tetap membantu pihak yang dizalimi oleh mereka sekalipun mereka tidak pernah mahu mengakui kezaliman yang mereka lakukan.

Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut." (QS. Al Lahab: 1-5)

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang akan lepas (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri."
(al-`Ankabut: 39-40)

Mereka boleh terus cuba untuk pertahan lagi kebatilan yang mereka bawa, namun kita akan tetap berjuang dan berdoa semuga Allah memberikan balasan yang setimpal di atas segala dosa mereka terhadap kita.

Begitu juga nama-nama seperti Datuk Wan Ahmad Wan Omar dari SPR, Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Ismail Omar, Mohd Shukri Abdull, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah - sekadar menyebut beberapa nama dari sekalian ramai yang menjadi kuda-kuda tunggangan pemerintah zalim UMNO - akan tetap menerima kehancuran - selagi mereka terus berlaku zalim dan kejam bersekongkol dengan pemerintah yang zalim lagi kejam itu.

Dengan tegas kita tegak berdiri menyatakan: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, agar Allah mencabut kekuasaan dan menghukum kamu-kamu semua, dan menyerahkan hak kekuasaan kepada mereka yang beriman dan berlaku adil.

Loji Nuklear Gebeng: Kalau Selamat Suruh Semua Menteri Pindah Ke Sana

Posted: 23 Mar 2011 05:20 PM PDT

Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi.

"Kilang ini selamat bagi orang awam dan kita akan pastikan syarikat ini patuhi prosedur pemprosesan. Ia berbeza daripada loji Asian Rare Earth," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, semalam.

Loji Asian Rare Earth (ARE) merujuk kepada loji logam 'rare earth' Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh, yang dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya enam kes leukemia di kalangan masyarakat setempat sebelum ditutup pada 1992 ekoran protes awam.

Isu kesan radiasi projek pemprosesan 'rare earth' di Gebeng antara lain dibangkitkan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dan Dr D Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) yang mempertikaikan rasional kerajaan meluluskan pembinaan loji itu walaupun mendapat tentangan khususnya daripada rakyat Kuantan.
'Perlepasan cukai'

Ongkili berkata langkah-langkah keselamatan akan dan sentiasa diambil untuk merendahkan lagi kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran dari sisa tersebut mengikut amalan konsep ALARA (As low as reasonably achieveable-Paling rendah mengikut budi bicara yang boleh dicapai).

Beliau berkata selain Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Lynas juga dikehendaki mematuhi semua keperluan perundangan yang ditetapkan oleh beberapa lagi badan penguatkuasa lain sebelum sesuatu lesen dikeluarkan.

"Pihak syarikat juga telah dikehendaki mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang ketat bagi memastikan pekerja, orang awam, harta benda dan alam sekitar tidak terdedah kepada kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran (sekiranya ada) dari sisa tersebut," katanya.

Menurutnya Lynas juga menggunakan sumber bahan mentah Australia yang mengandungi satu per lima puluh kandungan radioaktif berbanding dengan bahan mentah yang digunakan oleh Syarikat Asian Rare Earth (ARE).

Menjawab soalan Fuziah mengapa Lynas diberi insentif pelepasan cukai selama 12 tahun, Ongkili berkata ia merupakan insentif biasa yang diberikan kepada syarikat-syarikat pelaburan besar yang dijangka mencipta peluang aktiviti ekonomi hiliran yang besar.

Kepada satu satu soalan lain, Ongkili berkata kebanyakan negara menolak untuk membina loji pemprosesan logam radioaktif pada 30 tahun lalu kerana khuatir berlakunya pencemaran sisa bahan berkenaan memandangkan ketika itu masih tidak ada teknologi mengenai pengurusan sisa radioaktif terutamanya jika berlaku sebarang kebocoran. - Bernama

Ulasan GB

Inilah kenyataan bebal dari seorang menteri bebal yang cuba nak membebalkan rakyat.

GB terterik dengan komen dari beberapa orang yang tercatat di bawah artikel itu yang disiarkan oleh Malasiakini. Diantaranya:


Geoffrey Tang

suruh semua menteri kabinet tinggal sekeliling loji, kononnya tidak berbahaya & menjamin keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

Hairri Mohd

Pernah tgk movie 2012? Ha macam tu lah bila sesuatu bencana terjadi, diorg ni lah pertama sekali lari selamatkan diri. Cth kat Jepun skrg ni, yg tggl sekeliling loji nuklear ditinggalkan...

Hairul Azhar · Shah Alam, Malaysia

Kita sudah maklum bahawa risiko keburukan dan kemusnahan yang akan timbul akibat daripada Nuklear. TETAPI, kenapa Kerajaan masih nekad untuk meneruskan Program Nuklear walaupun sudah tahu risiko terhadap Rakyat dan Negara?

Apakah kebaikan program Nuklear ini untuk Rakyat?

Ambilah iktibar terhadap, program-program Nuklear yang penah di jalankan dahulu.

Cuba kita lihat Jepun, sekarang masyarakat mereka menderita akibat radiasi yang tersebar. makanan dan minuman di Jepun turut di cemari dengan kesan radiasi.. adakah ini tidak mencukupi untuk membuka mata Kerajaan Pusat dan sekutu-sekutu yang mempertahan kan Projek ini.

Ingat la, Program Nuklear ini mempetaruhkan NYAWA RAKYAT.

Mohamad Fauzi Abu Samah

Base ntang bodo... selagi mana namanya RADIOAKTIF... ia tetap bahaya.... Jawapan orang politik memang macam tu.... memang le tak bahaya sebab tak pecah... kalau pecah macam kat Jepun...apa akan jadi.....

Rakyat boleh terima dengan syarat.... semua rumah pimpinan UMNO WAJIB buat kat situ.... biar mandul semua orang uMnoooo..


Edisi Kantoi: Nazri Dan Rais Pula Jadi Cacing Kepanasan

Posted: 23 Mar 2011 03:30 PM PDT

Video seks: Jangan kaitkan pengakuan tiga 'Datuk T' dengan Umno

Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah "Datuk T" — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

"Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

"Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini)," kata Ahli Parlimen Padang Rengas.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

"Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.

Beliau juga meminta ketiga-tiga lelaki berkenaan agar membuat aduan polis agar siasatan boleh dijalankan mengikut undang-undang negara.


Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim Thamby di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata Shuib telah menjelaskan kepadanya bahawa beliau hanya dijemput oleh Abdul Rahim dan bertindak atas kemahuan sendiri.

"Jika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis eksekutif akan datang, maka kami akan membincangkan. Sebenarnya beliau ada tanya pada saya banyak kali mahu meletakkan jawatan sebagai bendahari (Perkasa),' kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini ketika ditanya sama ada Perkasa akan mengambil tindakan ke atas Shuib.

Ibrahim menambah untuk berlaku adil kepada Shuib dan Anwar, perkara itu harus disiasat oleh suruhanjaya diraja.

"Anwar telah dituduh tetapi belum ada bukti lagi. Tetapi jika Shuib dan yang lain mendakwa benar, maka mereka harus dihargai kerana mendedahkan kebenaran," katanya lagi. -TMI


'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

"Jadi jangan bangkitkan isu yang bukan pokok. Pembangkang selalu mendakwa ini semua kerja BN... kamu ada masalah dalam parti sendiri, selesaikanlah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Katanya, dengan mengatakan BN mengambil tindakan sebegitu, ia sebenarnya menggambarkan apa yang boleh dilakukan pembangkang.

Daripada memberikan masa kepada ahli politik bagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya. -mk


Ulasan GB

Pertama: Semalam, Nazri beriya-iya mempertahankan Datuk T menyiarkan video lucah yang kononnya dilakukan oleh Anwar.

"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.

Sekarang apabila "Datuk T" dah dedahkan, Nazri berpusing menyatakan "Jangan kaitkan pengakuan tiga 'Datuk T' dengan Umno".

"Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini)," kata Ahli Parlimen Padang Rengas.

Kedua: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

"Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini.

Cewah...hebat Rais, meminta kes itu disiasat polis dan Peguam Negara. Bagus, demi untuk tegakkan kebenaran dan keadilan.

Tetapi kes Menteri Rogol Amah yang laporan polis dah dibuat oleh Solidariti Anak Muda tak minta ke polis dan Peguam Negara siasat supaya yang terlibat itu di bawa ke muka pengadilan?

Rahsia Telah Terbongkar, Hishamuddin Lagi Mahu Tunjuk Lagak

Posted: 23 Mar 2011 07:40 AM PDT

Video: Hishammuddin akan saman Anwar jika terus kaitkan beliau dan polis

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lalu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang itu sudah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.

"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar dua hari lalu menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan semalam manakala Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran video itu pada hari yang sama.

Hishammuddin berkata, jika dakwaan Anwar itu benar, beliau disaran supaya mengemukakan bukti dan membuat laporan polis supaya perkara itu dapat disiasat.

"Apa jua anda (Anwar) ingin dakwa, buktikanlah, saya tak sembunyi apa-apa," katanya.

Beliau berkata, apa yang didakwa Ketua Pembangkang itu bahawa rakaman video yang membabitkan dirinya sebagai watak utama adalah satu konspirasi dilihat satu cara untuk mengelak daripada kebenaran. - BERNAMA


Hak saya pertahankan polis, kata Hisham

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini tampil mempertahankan pasukan polis, dengan mencabar pembangkang membuktikan bahawa polis bersubahat dalam dakwaan skandal seks terbaru terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyangkal dakwaan bahawa tayangan video seks kontroversi itu sebagai satu permulaan kepada ulangan kepada perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar dalam 1998, dengan menegaskan bahawa dakwaan konspirasi oleh pembangkang itu, hanya untuk mengalih perhatian bagi mengaburi kebenaran.

Kali ini, tegasnya, beliau tidak akan duduk diam membiarkan mereka mempolitikkan isu tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Hishammuddin menegaskan bahawa beliau mempunyai hak untuk mempertahankan integriti pasukan polis.

Hishammuddin berkata, semua putarbelit itu adalah untuk mencemarkan imejnya apabila ada pihak mendakwa "DNA ialah satu konspirasi, Saiful satu konspirasi, video (seks) satu konspirasi" - merujuk kepada perbicaraan kes tuduhan liwat terhadap Anwar yang sedang berjalan sekarang.

Oleh itu, beliau mencabar semua pihak yang menuding jari kepada beliau dan pasukan polis, supaya membuktikannya.

Semalam, peguam Anwar - Sankara Nair - berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggannya mempunyai hak untuk mengandaikan 'polis bersubahat' dalam tayangan video seks tersebut.

Katanya, langkah Anwar membuat laporan polis semalam, mungkin digunakan sebagai asas untuk menangkap dan mendakwa beliau (Anwar), seperti yang berlaku pada 1998, dalam kes pertama liwat terhadapnya. -mk


Ulasan GB

Adalah amat keterlaluan bagi seorang Menteri Dalam Negeri yang masih angkuh dan tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia.

Pertama: Mengapa polis tidak bertindak menghalang pihak terbabit menyiarkan video seks yang ternyata menyalahi undang-undang?

Kedua: Mengapa tiada tahanan, tiada tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat sekalipun laporan polis telah dibuat oleh Anwar?

Ketiga: Mengapa Hishamuddin begitu cepat membela polis sedangkan siasatan belum dilakukan samada polis terlibat atau tidak?

Anda begitu pantas bertindak jika yang melakukan itu adalah dari Pakatan Rakyat tetapi terhegeh-hegeh malah lansung tidak bertindak apa-apa apabila ianya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN.

Jika kamu menyatakan kamu ada hak untuk pertahankan polis, kami rakyat menyatakan kami ada hak untuk pertahankan kebenaran dan keadilan.

GB ingin mengulangi di sini bahawa: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.

GB telah menulis sebelum ini bahawa:

Keengganan Polis Tangkap Datuk T Cetuskan Kemarahan Rakyat

Kit Siang Gesa Polis Tangkap Segera Ketiga-tiga Dalang Video Seks

Posted: 23 Mar 2011 05:57 AM PDT

Pihak polis hari ini digesa menangkap segera Datuk T trio kerana penglibatan mereka di dalam penyiaran video tape lucah Isnin lalu.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis tidak sepatutnya berlengah untuk menangkap bekas Ketua Menteri Melaka dan pemimpin veteran Umno Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka telah pun membuat pengakuan hari ini merekalah Datuk T, lelaki misteri di belakang rakaman video seks yang mereka dakwa pemimpin PKR Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan asing.

Anwar telah membuat penafian bahawa beliau adalah orang yang didakwa di dalam video berkenaan dan telah membuat laporan polis semalam.

"Mengapa pihak polis tidak menangkap ketiga-tiga Datuk T kerana jenayah, termasuk menyiarkan bahan lucah dan ponografi?

"Apakah mereka mempunyai kekebalan dan kebebasan untuk melanggar undang-undang dan bertindak dengan memalukan negara?"
tanya Lim di dalam kenyataannya hari ini.

Beliau juga ingin tahu samada pimpinan tertinggi dan ahli UMNO lain mengetahui kerja-kerja kotor rakaman video seks yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang tersebut.

Beliau menegaskan tindakan tersebut merupakan satu "rencana politik yang paling kotor untuk menghancurkan Anwar dan peluang Pakatan Rakyat' di dalam pilihanraya umum negeri Sarawak".

Beliau bagaimana pun percaya, kenyataan yang berlaku akan merupakan peluru penting untuk memecahkan keyakinan dan kredibiliti serta kesahihan kepimpinan Najib.

Tindakan itu akan meyakinkan majoriti rakyat bahawa tempoh mandat untuk Barisan Nasional dan Umno memerintah Sarawak dan Malaysia sudah berakhir, tambahnya.

Terburai Semua - Eskay, Rahim & Shuaib Dalang Video Seks

Posted: 23 Mar 2011 04:00 AM PDT

Eskay akui beliau dalam video seks

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan beliau, Eskey dan seorang lagi adalah lelaki misteri yang digelar "Datuk T".

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA. -HD


Eskay: 'Saya dalam video itu'


"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three,"
kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA. -mk



'Datuk T' mahu s'jaya diraja siasat video seks




Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di sebalik skandal video seks, mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.


Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel. Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Sementara itu, Abdul Rahim turut mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

"Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.

Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan kes merogol pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selerohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 50 pemberita dalam dan luar negara. -mk


Ulasan GB

Terburai semua.

itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,


Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)


Bapa Mertua Shafie Apdal Turut Terlibat Dalam Konspirasi Video Seks

Posted: 23 Mar 2011 02:15 AM PDT

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggunakan seorang yang mirip iras Datuk Seri Anwar untuk menerbitkan video seks fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Turut terbabit dalam konspirasi terbaru menjatuhkan Anwar adalah bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shuaib Lazim (gambar).

Manakala Perdana Menteri memberi persetujuan kepada Rahim untuk "membeli" ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan video fitnah itu untuk menyakinkan mereka.

Johari mendedahkan Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur pada isnin lalu untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan.

Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin "pelakon" itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Datuk Johari berkata setelah menonton video itu, beliau menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim. .

"Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011," kata beliau.

"Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka, tambah beliau.

"Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim," tambah beliau.

Johari berkata Tan Sri Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda menjadi dalang kepada video fitnah itu.

Beliau orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku "50 Dalil" dalam tahun 1998 dahulu yang menyaksikan polis menangkap Anwar, memukulnya dalam lokap sebelum mensabitkan beliau di atas tuduhan liwat dan rasuah yang direkacipta.

Johari berkata Rahim diberi mandat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya.

Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara bagi menayangkan video lucah untuk wartawan terpilih dibuat oleh RISDA, " tambah Johari.

"Saya juga percaya Dato' Eskay Shazril Abdullah adalah "Dato' T". Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah,.

Selain Rahim dan Eskay, Johari turut menamakan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Dato' Shafie Afdal.

Ujarnya, beliau mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat," kata Johari.


Ulasan GB

GB sudah ulas di SINI

Khir Toyo Kata Isu Video Seks Bakal Memakan Diri BN Sendiri

Posted: 23 Mar 2011 01:00 AM PDT

Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

"Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya," tulis Dr Khir.

Beliau menulis dalam blognya hari ini mengenai pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga ketua pembangkang oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Datuk 'T' di Carcosa Seri Negara semalam.

Dr Khir berkata jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video berkenaan maka, ia boleh menukar persepsi ramai.

"Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi.

"Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar?

"Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil," dakwa Dr Khir lagi sambil menambah pendedahan video tersebut "tidak membabitkan BN".

Tahap keselamatan hotel

Bekas ketua pembangkang DUN Selangor itu juga mempersoalkan sama ada penafian yang dibuat Anwar itu mencukupi kepada umum.

"Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini?

"Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mempertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya," katanya.

Dr Khir berkata walau apa pun kebenarannya, masyarakat akan terus dihujani "perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan" dan akhbar akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang memalukan untuk bacaan kanak-kanak.

"Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes (Presiden MCA) Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas politik Sarawak, Dr Khir berkata pengumuman persaraan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta penumpuan pembangunan di Malaysia Timur sudah cukup mencerahkan peluang BN.

"Malahan tindakan (Abdul) Taib Mahmud mengetuai jentera pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan," katanya. -mk

Ulasan GB

Petikan dari Kenyataan Akhbar Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen (PKR) Sg Petani:


Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.



Baca entri sebelum ini:

Misteri Video Seks Terbongkar. Identiti Datuk T Terdedah

Tiada ulasan: