Rabu, 23 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Video sex : Lagi laporan polis dibuat oleh AMK,Gapet, NGO seluruh negara

Posted: 23 Mar 2011 10:21 PM PDT

Laporan polis berhubung isu video lucah yang telah dipertotonkan oleh trio Datuk T yang
mendakwa DSAI sebagai 'pelakon'nya terus dibuat. Pagi ini Khamis dua laporan polis telah di buat di IPD Dang Wangi.


Aktivis Anuar Othman sedang melengkapkan laporannya

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne juga turut membuat satu laporan polis


Sah! Rahim Tamby Chik dalang video fitnah

Datuk T: Lagi pelbagai pihak, Ahli Parlimen KEADILAN lapor polis
Dari Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen dari KEADILAN hari ini membuat laporan polis terhadap 'Datuk T' – Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Shazryl Eskay berhubung penayangan video lucah pada 11.30 pagi ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam Kdan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dijangka berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 11.30 pagi.

Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) juga dijangka membuat laporan polis berkaitan isu sama di IPD Dang Wangi sekitar jam 12.

Organisasi lain termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di beberapa cabang seluruh negara turut membuat laporan polis dalam isu sama.

Video seks ditayangkan di Carcosa isnin lalu, kononnya melibatkan pelakuan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hal itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang sebelum ini terpalit dengan skandal rogol gadis bawah umur, mengakui menjadi dalang video berkenaan manakala Datuk Eskay Shazril Abdullah 'melakonkan' watak Anwar.

Menggunakan video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula dipujuk meninggalkan KEADILAN, malah dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Video sex : Reman segera trio 'Datuk T' - YB Mahfuz

Posted: 23 Mar 2011 10:12 PM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Mac: PAS mahu polis segera bertindak ekoran pengakuan terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan dua lagi rakannya bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video seks kelmarin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.

"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka hari ini mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.

Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.

Dengan pengakuan itu juga, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, tidak menolak kemungkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.

"Ada kemungkinan mereka sendiri merancang membuat video fitnah itu.

"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Isu itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila turut dicampur tangan pemimpin tertinggi Umno BN.

Anwar juga semalam membuat laporan polis dan menafikan penglibatan beliau dalam video itu

Video sex : Shazryl yang haramjadah - cakap yang berbelit-belit

Posted: 23 Mar 2011 08:44 PM PDT


Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' kata beliau.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Datuk Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu "membabitkan polis".

Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay.

Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim.

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik. - tvs
STONE: Kedua-dua ekoq ni (maaf aku gunakan ekoq, sebab kalau manusia yang beragama Islam) tak akan lakukan benda haram jadah ni. Magi puak-puak ni hukum2 halal haram tolak tepi, yang utamanya kuasa dan $$$$ ... depa ingat depa akan berada atas dunia ni sampai kiamat agaknya ...

Video sex : Kenapa 'Trio' tidak didakwa

Posted: 23 Mar 2011 08:24 PM PDT

By Kee Thuan Chye

So, those who surmised that the sex video revealed by 'Datuk T' was a political ploy have been proven right. The people behind it – three of them – have confessed to it.

They were forced to reveal themselves because PKR's MP Johari Abdul had earlier spilled the beans on them. It all unravelled like a cheap soap opera.

Former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik, businessman Shazryl Eskay Abdullah and Shuib Lazim, treasurer-general of Perkasa, have come out to say they are 'Datuk T'. And they have the cheek to call for a royal commission of inquiry into the sex video.

In the first place, they have transgressed Section 292 of the Penal Code for possessing and distributing pornographic material. Regardless of who the person in the video is, the trio are culpable. Exposing a politician's sexual activity does not protect them from the law.

After their intended target, Opposition Leader Anwar Ibrahim, had lodged a police report, the inspector-general of police, Ismail Omar, announced that the case would be investigated under Section 292.

That being so, the police should now logically arrest all three for possession and distribution of pornographic material and have them charged in court. They should have moved in right after the trio gave their press conference to reveal themselves.

If the trio were the authors of the statement given out to the media calling on the politician (said to be in the video) and his wife to quit politics, they should also be charged for blackmail.

So what's holding the police back? Are they awaiting further instructions from Home Minister Hishammuddin Hussein?

If so, Hishammuddin should observe the rule of law. He should not protect these people because they are Umno members or pro-Umno. This is where the public can judge how sincere the government really is.

If the trio go scot-free, it will be a sure sign that the government practises double standards.

The trio's call for a royal commission of inquiry (RCI) into the sex video is unwarrantable. Why should there be one? In the case of VK Lingam in 2007, there was ample cause for an RCI – the issue of the fixing of judges was of immense public concern as it affected one of our country's institutions.

Where is the public concern for a case involving a man, even though he may be a public figure, visiting a prostitute? How does that affect the public? It's his own private concern, and the public is no worse for it.

In calling for an RCI, the trio appear to be trying to distract us from the offence they have actually committed. In fact, if they were also the ones who masterminded the videotaping, it would mean they are far more immoral than anyone who merely visits a prostitute. They would have no moral right to cast stones at others.

Their actions would have to be seen to be nothing less than repulsive. Even inhuman. For what kind of human being would do something as despicable as this to destroy another human being? - more

Video Sex : Dengar cerita Datuk Johari bagaimana perlakuan sex berlaku (video)

Posted: 23 Mar 2011 10:19 AM PDT

Video sex - Semakin kacau bilau ... pening-pening ... mana 1 nak percaya pun tak tau

Posted: 23 Mar 2011 07:42 AM PDT

STONE: Iskh apa nak jadi politik M'sia. macam-macam jadinya. Fitnah memfitnah ni dah jadi asam-garam. Duit (rasuah) dah jadi barangan mainan, hari-hari kita dengar. Sex dah jadi tak salah lagi. Apa kebenda nak jadi ni? Aku tak tau nak komen apa dah ... cuma satu yang aku boleh kata ... Demi Kuasa semuanya HALAL bagi puak-puak HARAM JADAH ni.
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul meminta "wang pelincir" RM100,000 sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatam Rakyat (PR).

Selain itu, jelas Rahim, Johari juga meminta RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari PKR untuk menonton video seks itu, namun ditolak.

"Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan minta RM100,000 sebagai pelincir.

"Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang," katanya.

Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Pada sidang media yang diadakan itu, Rahim berkata bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.

"Selepas menonton video itu, Johari mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar," katanya.

Turut hadir Shazryl namun Shuib tidak hadir.

Bagaimanapun Johari pada sidang media yang diadakan tengah hari tadi mendakwa Rahim dan Shazryl cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar dari parti itu selepas menonton rakaman itu.

Lelaki dalam video tersebut didakwa sebagai Anwar, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam.

Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau dibawa oleh seorang pak cik ke Hotel Flamingo dekat Ampang petang kelmarin.

Di Hotel Flamingo, Johari berkata, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana bertemu dengan Shazryl dan Rahim.

Selepas menonton rakaman itu, katanya, beliau telah diminta oleh Rahim agar mengaturkan sesi tontonan bagi ahli-ahli Parlimen PKR yang lain.

Pada sidang media itu, Shazryl lebih banyak mendiamkan diri, namun yakin bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

"Saya sedia bekerjasama dengan polis jika dipanggil memberikan keterangan kerana ia sudah jadi kes polis," katanya.

Ketika ditanya mengenai ketulenan video seks itu, Shazryl mengambil pendekatan berdiam diri, sebaliknya berkata ia akan didedahkan hanya kepada suruhanjaya diraja jika dibentuk.

Beliau juga menolak untuk memberikan video seks itu kepada polis dan akan menyerahkan kepada suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video itu yang dipertikaikan banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Negara.

Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Kata Shazryl, pendedahan yang dibuat itu bukan berniat untuk mengugut sesiapa termasuk Anwar.

"Bukan nak ugut atau buat duit, ini bukan soal duit tapi kebenaran.

"Kalau nak ugut lebih baik saya bawa video ini terus kepada Anwar, buat apa nak dedahkan kepada media," katanya.

Beliau juga berkata hanya terdapat satu video.

"Hanya satu video sahaja.," katanya.

Jelas Shazryl, beliau kini bimbang akan keselamatan selepas membuat pendedahan pada petang ini.

"Mesti saya bimbang, saya bukan dikawal oleh mana-mana pegawai keselamatan," katanya.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan Shuib, kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen.

Semalam, Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Anwar 13 tahun lalu mendakwa ada 18 klip video seks dan tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan. - TMI

Video sex : 6 sebab ianya bukan DSAI - Datuk Johari Abdul

Posted: 23 Mar 2011 06:38 AM PDT

Ahli Parlimen PKR sahkan sudah tonton video seks

2011/03/23
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sungai Petani Datuk Johari Abdul hari ini mengesahkan beliau sudah menonton video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, di sebuah bilik di Hotel Flamingo di Ampang.

Beliau mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang mengaturkan tayangan video itu untuknya pada Isnin lalu.
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui kenyataan akhbar yang disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim, Johari mengariskan bahawa pelaku seks itu bukan Anwar berdasarkan:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Johari mendakwa, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan Datuk T, Datuk Eskay Shazril Abdullah bersamanya ketika beliau dipertontonkan klip berkenaan di Hotel Flamingo Ampang pada Isnin lalu.... - Arshad Khan - sumber

Rahim Tamby mengaku terlibat
Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mengaku beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Abdullah adalah lelaki misteri yang bergelar "Datuk T" — yang menayangkan rakaman video seks kepada media kelmarin, didakwa melibatkan pemimpin kanan Pkatan Rakyat (PR).

Pada sidang media yang diadakan petang ini, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara.

"Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama," kata beliau.

"Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat.

"Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah," katanya.

Nama-nama mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR kerusi Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang media tengah hari tadi.TMI

Tiada ulasan: