Blog-list Malaysia |
- Lagi demo tuntut DNA Anwar
- Karpal Singh Peguam Hebat Tetapi Seorang Ahli Politik Yang Bodoh
- PKR dakwa bloger 'ditahan' tengah malam tanpa waran
- Blogger Hanief Ditahan Polis
- Anak Exco Perlis Didakwa Miliki Dadah
- Man Raja Lawak 5 Bawa Pulang RM100 Ribu
- Terkini - Malaysia Tetap Akan Bina Loji Nuklear
- Misi Makan Angin Dan Perabih Duit Putera Umno Ke Jepun Bermula
Posted: 19 Mar 2011 12:53 AM PDT Lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau. Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi. Menurut Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman, tujuan diadakan perhimpun itu adalah untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja kepada mangsa dalam kes liwat yang sedang berjalan malah menuntut pihak terlibat bekerjasama agar memudahkan proses pengadilan. Beliau berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak kerajaan untuk mempercepatkan perlaksanaan undang-undang bagi mewujudkan satu tabung DNA bagi rakyat negara ini. "Saya difahamkan sudah digubal undang-undang untuk menguatkuasakan tabung ini. Ini satu keperluan yang dianggap perlu pada masa akan datang bagi memudahkan pihak polis dalam melakukan siasatan sesuatu kes yang melibatkan jenayah seksual. "Ia sekali gus dapat menegakkan keadilan baik dipihak yang terduduh ataupun yang menjadi mangsa. Cadangan itu juga dapat memudahkan semua pihak terutama dalam mempercepatkan proses perbicaraan termasuk pengumpulan bukti untuk proses perbicaraan," katanya. Abd Rahim berkata, dengan perlaksanaan undang-undang itu juga dapat membantu sekiranya terjadi sesuatu kes dan pihak berkuasa tidak perlu meminta-minta atau menunggu-nunggu untuk dapatkan sampel DNA. "Kita melihat perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu meyusahkan banyak pihak, malah keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA telah melinggahkan proses dan melibatkan lebih banyak wang kerajaan sepanjang perjalanan perbicaraan. "Kami sebagai rakyat berasa tidak puas hati kerana ia mengambil masa yang begitu panjang untuk diselesaikan sehingga rakyat pun naik meluat," katanya. Beliau merasakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar bekerjasama untuk kebaikan semua pihak. "Bagi Datuk Seri Anwar saya rasa eloklah dia bekerjasama. Inilah masanya untuk dia buktikan sama ada dia terlibat atau tidak," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebenarnya peluang baginya "membersihkan diri" |
Karpal Singh Peguam Hebat Tetapi Seorang Ahli Politik Yang Bodoh Posted: 18 Mar 2011 10:48 PM PDT DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan. Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya "tidak bermain dengan undang-undang", sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut. "Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS," kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi. Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri. Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu. Kenyataan Karpal, yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS. Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN. Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri 'big sweep'. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan. "Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri 'big sweep' yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan," katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut. Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas. Ulasan GB Terima kasih Karpal, terima kasih DAP. Pertama "amaran" Karpal Singh itu merugikan dirinya dan DAP sendiri kerana ia menghilangkan sokongan orang Melayu/Islam terhadapnya dan terhadap DAP. DAP akan kehilangan banyak kerusi di dalam pilihanraya akan datang jika berkeras menentang dasar Islam yang dilaksanakan di Kelantan. Mungkin DAP mengharapkan Kerajaan Pusat UMNO BN untuk intervensi menghalang tindakan kerajaan Kelantan, namun hal itu menyerlahkan dualisme DAP sendiri - dan sepastinya kesan pilihanraya umum nanti tidak akan berpihak kepada DAP kerana pengundi Melayu/Islam rata-rata adalah majoriti. Kedua: Ia sekaligus menguji UMNO dan golongan songkok tinggi. Nah sekarang kamu-kamu sokong siapa? Menyokong tindakan kerajaan Kelantan yang mengharamkan judi atau menyokong Karpal yang menentang pengharaman itu? Jika anda menentang langkah Kerajaan Kelantan, anda munafik peringkat tertinggi kerana sanggup menentang apa yang diperintahkan Allah terhadap individu muslim. Ketiga: Karpal jika jujur, sama seperti kes beliau menentang hukum hudud, beliau sepatutnya berpegang kata-katanya yang dahulu: isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN Tapi Karpal memilih untuk menentang secara terbuka. Salah siapa jika BN mengeksploikannya kali ini? Karpal meminta PAS menghormati hak bukan Islam, kami akur dan telah banyak melakukannya. Namun di satu pihak lain, Karpal dan DAP juga perlu hormati hak dan undang-undang orang Islam. Justeru yang utama ialah perbincangan untuk mengendurkan sebarang perbbezaan dan kesalah-fahaman, bukan bertempik untuk menunjukkan jaguh dan wira. Jika anda bertempik, kami juga boleh melakukan demikian, tetapi apa gunanya sedangkan kita dalam sebuah kapal yang sama? Anda peguam paling hebat, tapi kali ini nampaknya anda mendedahkan, anda ahli politik paling bodoh! Greenboc |
PKR dakwa bloger 'ditahan' tengah malam tanpa waran Posted: 18 Mar 2011 10:35 PM PDT Seorang penulis blog dibawa ke balai polis Sentul tengah malam tadi dan pihak berkuasa didakwa tidak mempunyai waran bagi menahannya, dakwa naib presiden PKR. Tian Chua berkata, beliau mendapat penulis blog yang dikenali sebagai Hanief disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi. "Di tengah-tengah siasatan SKMM, saya bertanya apa hak mereka menahan orang di tengah-tengah malam sebegini. (Dan) Tiada sesiapa menunjukkan waran (terhadap Hanief) pada saya," tulisnya di laman Twitter kira-kira jam 2.30 pagi tadi. "Pegawai SKMM mengaku mereka tidak mengeluarkan waran, justeru saya minta soal siasat itu dihentikan. (Tetapi) mereka berita Hanief secara sukarela datang ke situ," tambah anggota parlimen Batu itu. Tian juga mendedahkah bahawa SKMM memerintah Hanief hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi ini bagi membantu memberi maklumat berhubung satu siasatan bawah Bab 3, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurut dokumen perintah yang gambarkan dimuatkan kembali Tian di internet, sekiranya gagal atau enggan berbuat demikian, Hanief boleh dibawa kepada majistret dan diberikan waran tangkap. Masih belum jelas Hanief akan disiasat berhubung perkara apa. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung 'penahahan' dan siasatan pada penulis blog itu. |
Posted: 18 Mar 2011 06:40 PM PDT Kemungkinan besar Hanief berjaya dijejaki oleh pihak Polis berikutan entry terbaru di blognya ada mendedahkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan hanief [Blog Hanief]. |
Anak Exco Perlis Didakwa Miliki Dadah Posted: 18 Mar 2011 05:13 PM PDT MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kangar semalam. KANGAR – Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu. Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama. Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim. Oleh FAIZAL NAZARUDDIN faizal.nazaruddin@kosmo.com.my |
Man Raja Lawak 5 Bawa Pulang RM100 Ribu Posted: 18 Mar 2011 07:35 AM PDT |
Terkini - Malaysia Tetap Akan Bina Loji Nuklear Posted: 18 Mar 2011 04:44 AM PDT Meskipun Jepun menghadapi kemungkinan krisis nuklear, namun perkembangan itu tidak membantutkan niat Malaysia daripada meneruskan cita-cita nuklearnya dengan membina dua pusat loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada sidang media hari ini berkata kecuali kabinet memutuskan sebaliknya projek nuklear negara akan diteruskan. Katanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan. "Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear," kata Maximus. Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya. Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan. Awal minggu ini, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Malaysia akan meneruskan cita-cita nuklear selepas apa yang terjadi di Jepun. Chin pada Disember tahu lalu mengumumkan Malaysia akan membina dua loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa bagi mengurangkan penggantungannya kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. |
Misi Makan Angin Dan Perabih Duit Putera Umno Ke Jepun Bermula Posted: 18 Mar 2011 03:44 AM PDT Tengahari tadi, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abd Azeez Abd Rahim telah mengadakan sidang media khas di pejabatnya, No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. Dato' Azeez memaklumkan bahawa beliau bersama sukarelawan sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia akan berangkat ke negara Jepun yang baru baru ini dilanda dengan gegaran gempa bumi dan Tsunami yang terbesar selepas tragedi 2004. Misi Khas Ke Jepun membawa tugas dan tanggungjawab Humanitarian Services dimana tumpuan lebih kepada menyampaikan bekalan makanan yang semakin berkurangan disana dan juga membantu untuk disampaikan barang barang kepeluan harian terutamanya kepada warga Malaysia di negara matahari terbit itu. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan