Kelab Greenboc |
- Dua Beradik Mati Saling Berpelukan Dalam Kebakaran
- Radioaktif Akan Tersebar Ke Britain Dalam Masa 2 Minggu
- Izinkan GB Jawab Amaran Karpal Terhadap PAS
- Isu Kos Tandas Bertaraf Banglo: Jawapan YDP MPHTJ Tidak Masuk Akal
- Tazkirah Pagi Sabtu: Membaca Bencana
- Jepun Kaji Timbus Loji Reaktor, Malaysia Kaji Nak Bina Loji
- Suami Pelakon Terima Ugutan Dari Wakil Produksi
- [Video] Kisah Penyanyi Rap Dari Kumpulan Bad Boy, Loon Peluk Islam
- Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Dipecat
- Ribuan Ular Serang Perkampungan Azerbaijan
- [Bergambar] Jumlah Korban & Hilang Gempa Jepun Cecah 16,000 Orang
- Surat Dari Pemuzik Pink Floyd Mengajak Boikot Israel
- Siasat Segera Taib Mahmud!
- Noor Atiqah, Warga Sigapura Dihukum Gantung Sampai Mati
- Asap Masih Berkepul Keluar Dari Loji Nuklear Jepun
Dua Beradik Mati Saling Berpelukan Dalam Kebakaran Posted: 19 Mar 2011 12:30 AM PDT Kuching: Dua beradik ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan saling berpelukan, selepas bilik utama di tingkat dua kediaman mereka di Pangsapuri Tabuan Park dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin. Dua beradik terbabit, Natasja Harun, 6, serta adiknya, Mohd Nurrzwan Syah, 5, dipercayai lemas akibat terhidu asap, ditemui di belakang pintu bilik ibu bapa mereka oleh anggota bomba dan penyelamat, sebaik berjaya memadam kebakaran kira-kira jam 7 malam. Ketika kejadian, dua beradik malang itu berada di rumah ketika bapa mereka berusia 28 tahun keluar bekerja, sementara ibunya berusia 20-an keluar membeli barang tidak jauh dari kediaman mereka. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Ismail Awang Adin berkata, ketika operasi menyelamat, pihaknya menemui dua kanak-kanak berpelukan dalam bilik utama. Siasatan awal menunjukkan kejadian mungkin bermula di bilik utama menyebabkan adik lelakinya terperangkap sebelum kakaknya berusaha menyelamatkan Mohd Nurrzwan. "Bomba percaya, kakaknya cuba membalut adik lelakinya dengan sehelai kain bagi mengelakkan terkena percikan api ketika kebakaran berlaku. "Ada kesan melecur pada leher kanak-kanak malang terbabit sebaik operasi memadamkan kebakaran dihentikan kira-kira empat minit," katanya. Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.01 malam sebelum mengerahkan sebuah jentera bersama 12 anggota ke tempat kejadian. Setakat ini jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dilakukan semalam, dengan polis akan merekod keterangan daripada kedua-dua ibu bapa mangsa secepat mungkin untuk membantu siasatan. "Polis tidak dapat merekodkan keterangan pada hari kejadian berikutan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit masih trauma," katanya. -BH |
Radioaktif Akan Tersebar Ke Britain Dalam Masa 2 Minggu Posted: 18 Mar 2011 11:21 PM PDT Stockholm - Seorang pakar nuklear Sweden memberi amaran debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima-Daiichi di Jepun yang bocor akan sampai ke Britain dalam masa dua minggu lagi, lapor sebuah akhbar semalam. Pakar Institut Kajian Pertahanan Sweden, Lars-Erik De Geer berkata, ramalan debu radioaktif akan tersebar ke Britain dibuat berdasarkan data yang dikumpulkan oleh sekumpulan saintis yang memantau ujian nuklear di China. Seterusnya, kata De Geer, debu radioaktif itu akan tersebar ke serata Eropah yang jaraknya lebih 14,000 kilometer dari Fukushima, Jepun. "Namun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana debu itu tidak berbahaya kepada manusia," katanya. Menurut pakar berkenaan, debu radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi telah mencemari Amerika Syarikat (AS) selepas ia dikesan melekat pada pesawat-pesawat komersial yang tiba di negara kuasa besar itu. Menurutnya, asap radiasi pula diramal melanda bahagian perairan barat AS yang terletak lebih 10,000 kilometer dari Jepun, lewat semalam. Buat masa ini usaha sedang dilakukan bagi menyejukkan nuklear tersebut selepas ia rosak akibat gegaran kuat gempa bumi. Beberapa pegawai menyatakan, mereka mungkin meletakkan beberapa reaktor nuklear di bawah struktur konkrit bagi mengelak penyebaran debu radioaktif. Sementara itu, jumlah mangsa korban rasmi dalam gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu meningkat kepada 6,539 orang sekali gus melebihi angka korban akibat gempa bumi di Kobe pada 1995. Agensi Polis Kebangsaan Jepun menyatakan, jumlah mangsa yang hilang pula meningkat sedikit kepada 10,254 orang dengan angka keseluruhan mereka yang mati dan hilang setakat ini adalah 16,893 orang. Sejumlah 2,513 yang lain cedera dalam bencana itu. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam menyatakan bahawa pihaknya akan mengatasi tragedi yang berlaku di negaranya. "Kami akan sekali lagi membina semula Jepun," katanya. Menurut Kan, kerajaan negaranya akan melaksanakan kawalan tegas di loji nuklear Fukushima Daiichi yang kini mengalami masalah selepas ia meletup sebanyak empat kali. Dalam gempa bumi itu, hampir 400,000 orang hilang tempat tinggal. - Agensi Ulasan GB 2 minggu untuk radioaktif sampai ke Britain. Bagaimana dengan Malaysia? Ramai juga golongan pro-nuklear yang cuba membela langkah kerajaan membina loji nuklear di Malaysia. Jepun yang mempunyai kepakaran dan teknologi pun tak dapat nak atasi masalah radioaktif yang menular ini inikan Malaysia terhegeh-hegeh nak bina logi nuklear. Masalah besar kini ialah bila negara penuh sarat dengan politikus bebal dan rasuah dengan mengutamakan projek mega untuk pungut habuan sendiri dengan menggadaikan nyawa rakyatnya sendiri. |
Izinkan GB Jawab Amaran Karpal Terhadap PAS Posted: 18 Mar 2011 10:30 PM PDT DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan. Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya "tidak bermain dengan undang-undang", sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut. "Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS," kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi. Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri. Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu. Kenyataan Karpal, yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS. Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN. Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri 'big sweep'. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan. "Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri 'big sweep' yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan," katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut. Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas. Ulasan GB Terima kasih Karpal, terima kasih DAP. Pertama "amaran" Karpal Singh itu merugikan dirinya dan DAP sendiri kerana ia menghilangkan sokongan orang Melayu/Islam terhadapnya dan terhadap DAP. DAP akan kehilangan banyak kerusi di dalam pilihanraya akan datang jika berkeras menentang dasar Islam yang dilaksanakan di Kelantan. Mungkin DAP mengharapkan Kerajaan Pusat UMNO BN untuk intervensi menghalang tindakan kerajaan Kelantan, namun hal itu menyerlahkan dualisme DAP sendiri - dan sepastinya kesan pilihanraya umum nanti tidak akan berpihak kepada DAP kerana pengundi Melayu/Islam rata-rata adalah majoriti. Kedua: Ia sekaligus menguji UMNO dan golongan songkok tinggi. Nah sekarang kamu-kamu sokong siapa? Menyokong tindakan kerajaan Kelantan yang mengharamkan judi atau menyokong Karpal yang menentang pengharaman itu? Jika anda menentang langkah Kerajaan Kelantan, anda munafik peringkat tertinggi kerana sanggup menentang apa yang diperintahkan Allah terhadap individu muslim. Ketiga: Karpal jika jujur, sama seperti kes beliau menentang hukum hudud, beliau sepatutnya berpegang kata-katanya yang dahulu: isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN Tapi Karpal memilih untuk menentang secara terbuka. Salah siapa jika BN mengeksploikannya kali ini? Karpal meminta PAS menghormati hak bukan Islam, kami akur dan telah banyak melakukannya. Namun di satu pihak lain, Karpal dan DAP juga perlu hormati hak dan undang-undang orang Islam. Justeru yang utama ialah perbincangan untuk mengendurkan sebarang perbbezaan dan kesalah-fahaman, bukan bertempik untuk menunjukkan jaguh dan wira. Jika anda bertempik, kami juga boleh melakukan demikian, tetapi apa gunanya sedangkan kita dalam sebuah kapal yang sama? Anda peguam paling hebat, tapi kali ini nampaknya anda mendedahkan, anda ahli politik paling bodoh! |
Isu Kos Tandas Bertaraf Banglo: Jawapan YDP MPHTJ Tidak Masuk Akal Posted: 18 Mar 2011 09:05 PM PDT MPHTJ pertahan kos tandas bertaraf 'banglo' Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tersilap sangka mengenai isu projek menaik taraf dua unit tandas awam di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh. Menurut yang dipertuanya Sapiah Haron (gambar), kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir. Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan. Beliau turut menyangkal dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononnya tender yang dikeluarkan adalah secara terus tetapi sebaliknya ia dikeluarkan secara terbuka mengikut peruntukan Kementerian Kewangan. "Lagi pun, peruntukan untuk projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka. "Lebih 100 kontraktor telah membida untuk mendapat peluang itu dan kita telah bawa mereka semua untuk melakukan lawatan tapak dan meninjau kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan terhadap projek menaik taraf untuk dua unit tandas terbabit. "Malah kontraktor yang terpilih pun adalah dari kalangan yang menawarkan harga terendah sekali," katanya. Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononya kos projek berkenaan dua unit tandas terbabit sama nilainya dengan kos untuk membina sebuah banglow dua tingkat seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac lalu. Jelas Sapiah, dua unit tandas berkenaan terpaksa dinaik taraf berikutan ianya sudah tidak sesuai lagi digunakan berikutan hampir keseluruhan bahagian tandas terbabit sudah rosak termasuk saluran paip utama, pintu, lantai, lampu, bumbung dan pelbagai lagi. "Kita terpaksa menukar sistem paip aliran terus dan aliran tangki simpanan pada kedua unit tandas ini manakala kita turut memasang jubin pada keseluruhan lantai dan dinding bangunan itu bagi memudahkan penjagaannya. "Kesemua singki tandas berkenaan ditukar baru dan dipasang granit. Manakala sistem saliran kumbahan kita tukar baru dan kita mengantikan tangki septik individu pada tandas terbabit. "Selain itu, keseluruhan tingkap, pintu, termasuk jenang kita tukar. Kita juga membina struktur tambahan baru iaitu kaunter di sebelah hadapan yang sebelum ini memang tiada," katanya. Menurut Sapiah, kerja-kerja berkenaan juga membabitkan pembinaan dinding penahan (rubber wall) dan membina laluan baru pejalan kaki. Longkang di sekeliling tandas yang sebelum ini tiada. "Kesemua mangkuk tandas yang sudah rosak kita tukar baru termasuk aksesori lain manakala sistem pendawaian untuk kedua-dua unit tandas terbabit kita tukar. "Secara kesimpulan kita menukarkan hampir keseluruhan tandas berkenaan yang sebelum nampak terlalu uzur sekaligus memberikan imej baru kepada pengunjung," katanya. Sapiah berkata, pihaknya sudah pun mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat terbabit bagi menjelaskan perkara sebenar. Ulasan GB Pertama mengenai kos. Ternyata tidak jauh beza dari maklumat yang didedahkan. RM196 ribu kos sebenar dengan RM199 ribu kos yang didakwa. Kedua: Apakah benar ianya tender terbuka dan kos RM196 ribu adalah yang terrendah? Jawapan itu mencurigakan. Ketiga: Menurut YDP MPHTJ, projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka. Jika demikian apa pasal pula tindakan MHTJ mempertahankan secara terperinci projek berkenaan? Cukup sekadar menyatakan ia di bawah Kem Pembangunan Perumahan & Kerajaan Tempatan. Tak begitu? Siasatan rapi perlu dilakukan. SPRM, PAC dan Jabatan Audit Negara perlu menyiasat ke akar umbi. Sebarang ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat perlu diambil tindakan. |
Tazkirah Pagi Sabtu: Membaca Bencana Posted: 18 Mar 2011 07:15 PM PDT Gejala-gejala alam seperti gempa bumi, banjir, dan tsunami diartikan sebagian besar oleh kita sebagai petaka. Musibah atau petaka diibaratkan sebagai tamu yang kehadirannya sama sekali tidak pernah diharapkan. Dalam Al-Quran kita temukan banyak ayat yang membicarakan fenomena alam seperti itu. Di antaranya, ayat-ayat yang bercerita perihal hari kiamat. Seperti firman Allah dalam QS al-Zalzalah [99]: 1-2, "Apabila bumi itu diguncang dengan guncangan yang dahsyat, dan bumi juga pada waktu itu mengeluarkan segala apa yang ada di dalamnya." Ayat tersebut secara umum menceritakan ada dan betapa dahsyatnya gempa bumi yang terjadi di penghujung hari akhir nanti, di samping juga mengkhabarkan kepada kita bahwa gempa itu terjadi kerana kuasa-Nya. Bencana yang tidak kalah dahsyatnya selain gempa bumi adalah tsunami. Dalam Al-Quran telah diceritakan bahwa petaka ini telah menimpa kaum Nabi Nuh AS dengan bentuk banjir air bah yang sangat besar. Hal itu terjadi tatkala umatnya telah berperilaku melampaui batas dan tidak mau mengikuti apa yang telah Allah ajarkan melalui nabi-Nya. Bila kita kembalikan kepada kehidupan kita sekarang ini, petaka atau musibah yang terjadi sering kali membuat kita takut dan menimbulkan kegelisahan yang berlebihan. Bahkan, melahirkan suatu penyakit yang membuat kita lupa bahawa itu semua terjadi karena izin dan kehendak Allah SWT. Musibah, apa pun bentuknya, itu adalah ujian bagi orang-orang beriman yang datang dari Allah. Sejauh mana seorang hamba mampu bersabar hidup pascaterjadinya bencana. Allah SWT berfirman dalam QS al-Baqarah [2]: 155, "Sungguh kami (Allah) akan benar-benar menguji kamu dengan sesuatu yang berupa ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda, kehilangan jiwa (orang yang kamu sayang), dan buah-buahan dan kabar gembiralah bagi orang-orang yang sabar." Namun, musibah ini tentunya berbeza bagi orang-orang yang ingkar dan kerap melakukan maksiat kepada Allah. Musibah bagi mereka adalah teguran sekaligus azab sebagai wujud kezaliman yang telah mereka lakukan. Karena kefasikan itulah Allah mengazab mereka. Hal ini dipertegas oleh firman Allah SWT dalam QS al-Isra [17]: 16, "Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila merajalela dan melakukan kedurhakaan (di negeri itu), maka berlakulah perkataan (hukuman) kami, kemudian kami benar-benar binasakan negeri itu." Cepat tanggap dalam menghadapi berbagai macam persoalan kehidupan adalah penting, apalagi jika itu berkaitan dengan musibah atau bencana yang menelan banyak korban. Pada saat itulah nurani kita sebagai manusia dipanggil untuk berbagi dan ikut merasakan penderitaan saudara kita yang sedang dalam kesulitan. Tidak sekadar menonton pilunya tangisan mereka, tetapi kita mesti mampu membaca pesanan yang tersirat di balik bencana. Membaca bencana bagi rakyat adalah persiapan untuk saling berkongsi mengurangi penderitaan yang ada. Membaca bencana oleh para pemuka agama adalah menghibur mereka dari kesedihan. Sedangkan membaca bencana bagi seorang pemimpin adalah sejauh mana ia mampu membangun dan menyediakan tempat yang layak bagi mangsa terkorban, mencegah terjadinya banyak korban dengan pemidahan secepat mungkin. Wallahu a'lam. -Arsyad Abrar |
Jepun Kaji Timbus Loji Reaktor, Malaysia Kaji Nak Bina Loji Posted: 18 Mar 2011 06:47 PM PDT Jepun kaji timbus loji nuklear TOKYO: Jurutera Jepun mungkin menimbus loji nuklear yang musnah menggunakan pasir dan simen konkrit sebagai cara untuk mengelakkan pelepasan radiasi besar-besaran, kaedah yang digunakan untuk menutup kebocoran besar di Chernobyl, Ukraine, pada 1986. Ini adalah kali pertama mereka menyarankan langkah menimbus kompleks itu selepas tindakan seperti menjirus air menggunakan helikopter tidak banyak menampakkan kejayaan. "Tidak mustahil untuk menyaluti rektor dengan konkrit. Tetapi, perkara utama kami ketika ini ialah untuk menyejukkan reaktor itu dulu," kata pegawai dari pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) dalam sidang akhbar. Jepun memasuki minggu kedua selepas dilanda gempa bumi berukuran 9 skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter di bandar timur laut negara itu dan meragut ribuan nyawa, serta menghadapi krisis nuklear paling teruk sejak Chernobyl. Jutaan penduduk Jepun masih berada di rumah dan bangunan sejak Jumaat berikutan kebimbangan penyebaran bahan radioaktif dari kompleks yang terletak 240 kilometer di utara Tokyo, walaupun angin membawa asap tercemar itu jauh dari kawasan penduduk di bandar ke Lautan Pasifik. Radiasi tidak memberikan risiko segera kepada kesihatan manusia di luar lingkungan loji itu, kata wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia di China, Michael O'Leary. "Pada masa ini, masih belum ada bukti yang penyebaran radiasi melepasi zon di kawasan rektor itu sendiri," kata O'Leary kepada wartawan di Beijing. Malapetaka nuklear di Jepun turut mencetuskan amaran global dan penilaian terhadap keselamatan loji tenaga atom di seluruh dunia. Presiden Amerika Barack Obama berkata beliau sudah mengarahkan penilaian menyeluruh terhadap loji nuklear negara itu dan merayu Washington menyokong Jepun. Pengendali nuklear utama Amerika berkata ia akan mengambil masa berminggu untuk menyejukkan batang bahan bakar di loji Fukushima. "Ini adalah sesuatu yang mengambil masa untuk menyelesaikannya, mungkin berminggu untuk mengakhiri kepanasan ini daripada reaktor dan kolam kegunaan bahan bakar," kata Pengerusi Pengendali Suruhanjaya Nuklear, Gregory Jaczko di Rumah Putih. – Reuters
|
Suami Pelakon Terima Ugutan Dari Wakil Produksi Posted: 18 Mar 2011 05:15 PM PDT Jumpa aku kalau berani' KUALA LUMPUR: "Saya kecewa dengan sikap pihak produksi yang dilihat seolah-olah cuba memperbodohkan saya dan anak. Lebih biadab, suami turut diugut seorang daripada wakil pihak berkenaan hanya kerana meminta penjelasan terhadap tindakan mereka," tegas pelakon baru meningkat naik, Siti Norhanani Samawi, 31, atau lebih dikenali sebagai Ct Hanani. DIUGUT...Ct Hanani dan Ryl Zafwan menunjukkan laporan polis dan gambar ketika mengikuti program. Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang lelaki yang juga wakil produksi bagi sebuah rancangan permainan kanak-kanak terbitan stesen televisyen swasta yang mengugut suaminya pada Selasa lalu kira-kira jam 10 malam selepas menuntut penjelasan membatalkan kemenangan Ct Hanani dan anaknya, Muhammad Nadzryl Zafwan, 11, atau lebih dikenali sebagai Ryl Zafwan selepas menjuarai program berkenaan. Ct Hanani, suami dan tiga anak mereka mula serius dalam bidang lakonan sejak hujung tahun lalu. Malah, keluarga terbabit pernah membintangi beberapa drama serta filem seperti Gemilang, Awan Dania 3, Bini-biniku Gengstar, Diari Suami 9 bulan dan Kurma Ajwa untuk Najwa yang masih dalam penggambaran mendakwa terkejut dan kecewa dengan perbuatan berkenaan. Menurut Ct Hanani, selepas berusaha keras dalam tiga pusingan, akhirnya dia dan Ryl Zafwan berjaya menjuarai program berkenaan. "Bagaimanapun, pada Selasa lalu, seorang wakil produksi bertindak menghubungi saya mengatakan perlu melakukan semula rakaman disebabkan masalah teknikal selain turut membatalkan kemenangan kami sebelum ini. "Terkejut dengan itu, saya mula meminta penjelasan mengenai insiden berkenaan, namun disebabkan sibuk dengan aktiviti penggambaran, saya memberitahu akan menghubunginya semula," katanya. Ct Hanani berkata, selepas habis penggambaran, dia meminta suaminya untuk bercakap dengan pihak berkenaan, namun keadaan mula bertukar tegang apabila wakil produksi itu mula meninggikan suara dan memarahi suaminya. "Belumpun selesai masalah itu, wakil produksi berkenaan kemudian menyerahkan telefon bimbitnya kononnya kepada pengurus produksi yang dikatakan akan memberikan penjelasan kepada kami. "Sebaliknya, lelaki terbabit bertindak biadab dengan mengugut suami dengan mengatakan tidak takut kepadanya selain mengarahkannya supaya datang berjumpa sekiranya berani. "Kami tidak tahu apa motifnya dan kenapa perlu dia bercakap demikian," katanya. Bimbang mengenai keselamatannya, keluarga terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. -hm |
[Video] Kisah Penyanyi Rap Dari Kumpulan Bad Boy, Loon Peluk Islam Posted: 18 Mar 2011 04:10 PM PDT Los Angeles - Di Amerika Syarikat, nama Bad Boy Records amatlah terkenal sebagai label rakaman yang mengusung aliran muzik rap. Salah seorang penyanyi yang pernah bernaung di bawah payung label ini adalah Loon. Loon sendiri merupakan nama panggung yang digunakan oleh penyanyi yang memiliki nama asli Chauncey Lamont Hawkins ini. Bersama dengan pemilik Bad Boy Records yang juga rapper Amerika, Sean John "Diddy" Combs, dan penyanyi Usher, Loon berkolaborasi membawakan single berjudul I Need a Girl di tahun 2002. Dan, dalam waktu singkat single yang menjadi lagu pertama dalam album bertajuk We Invited The Remix itu langsung menduduki tempat keempat tangga lagu Billboard Hot 100. Sejak saat itu kerjaya Loon sebagai seorang pemuzik rap mulai berkibar. Populariti dan pundi-pundi wang pun diraih dengan mudah. Namun, ungkap Loon, dirinya tidak pernah merasakan kepuasaan peribadi meskipun menikmati puncak kehidupan material, kesejahteraan, sukses dan kepopularan. Seberapa keras ia berusaha, ia mengaku tak merasakan kedamaian di dalam dirinya. Hal ini pula yang pada akhirnya mendorong rapper kelahiran Harlem, New York, 20 Jun 1975 ini untuk menemukan kebahagiaan dalam Islam. Mengutip laman voa-Islam, Loon memutuskan untuk masuk Islam setelah kumpulan lagu terakhirnya terjual 7 juta salinan. Sepanjang kareer bermuziknya Loon telah menerbitkan tiga album, masing-masing bertajuk Loon (diterbitkan Oktober 2003), No Friends (Ogos 2006), dan Wizard of Harlem (Oktober 2006). Selain itu ia juga telah menerbitkan tiga belas single yang merupakan hasil kolaborasi dengan sejumlah penyanyi di negeri Paman Sam. Di antara singlenya tersebut adalah: I Need A Girl yang dinyanyikannya bersama Sean John "Diddy" Combs dan Usher; Hit The Freeway yang dinyanyikan bersama dengan Toni Braxton; dan Show Me Your Soul yang dibawakannya bersama dengan Sean "Diddy" Combs, Lenny Kravitz dan Pharrell. Setelah memeluk Islam, ia pun merubah namanya menjadi Amir Junaid Muhadith. "Loon bekerja di luar sistem diri saya," ujarnya mengenang sosoknya saat menyandang nama Loon ketika bergabung dengan Bad Boy Records. "Kini saya bahagia menerima Islam dan menemukan kedamaian dalam hati, sesuatu yang selalui saya cari dalam bidang muzik. Terima kasih kepada Islam, sehingga saya mampu melengkapi pencarian dan kini saya sangat merasa damai. Bad Boys sudah selesai. Saya kini dapat anda panggil "good boy"," paparnya dalam suatu kesempatan wawancara dengan stesyen TV Al Jazeera. Amir menemukan cahaya Islam dua tahun lalu, tepatnya pada Desember 2008 silam ketika melakukan jelajah di Dubai, Uni Emirat Arab. Selama berada di Dubai, ia dibuat terkagum-kagum dengan budaya kaum Muslimin di sana. Ketika di Dubai, menurut Amir, dia mendengar lantunan azan dan melihat orang-orang bergerak menuju masjid-masjid yang terdekat untuk menunaikan solat. "Mereka terlihat berakhlak mulia dan berinteraksi dengan baik dengan siapa saja," ujarnya. Saat itu, sambung Amir, timbul pertanyaan dalam benaknya tentang hakikat agama mereka (Islam). Apakah Islam itu hanya khusus diperuntukkan untuk bangsa Arab, atau untuk semua manusia? Sampai akhirnya ia mendapat jawapan yang konprehensif bahawa Islam itu adalah agama untuk semua manusia, tanpa membezakan keturunan, suku dan bangsa. Setelah berfikir mendalam, Loon pun memutuskaan untuk menerima Islam sebagai keyakinan barunya. Sejak saat itu ia berubah total. "Saya tinggalkan dunia muzik secara total. Saya keluar total dari komuniti di mana saya habiskan hidup saya sebelumnya selama 17 tahun. Sekarang saya merasakan ketenangan batin yang sejak lama saya rindukan. Saya merasa bertambah tenang lagi setelah isteri dan anak saya juga masuk Islam," paparnya. Mengajak orang masuk Islam Sebelum memeluk Islam, Loon adalah seorang penganut Kristian. Kisah hidupnya dimulai dari tumbuh besar di lingkungan terasing khusus kulit hitam di Harlem, New York. Ia kemudian menjadi anggota geng jalanan hingga membentuk grup muzik bergenre rap dan hip hop, dan akhirnya menemukan cahaya Islam. Berita bahawa ia memeluk Islam pun mendapat slot khusus dalam tayangan Al Jazeera, satu-satunya stesyen jaringan berita independen di Timur Tengah. Dalam pernyataan publiknya, Loon mengatakan kedamaian dari dalam hanya dapat diperoleh dengan menyerahkan diri kepada satu tuhan. "Hidup untuk sesudah mati, bukan untuk kehidupan saat ini, adalah kepuasan dalam meyakini, memuja dan memohon kepada Allah," ujarnya. "Itulah mengapa saya mempraktikkan agama Islam yang indah." Ketika akhirnya memeluk Islam, sempat muncul pertanyaan apakah Loon masih akan mengejar kareer sebagai penyanyi rap? "Saat ini saya fokus mempelajari Islam dan memperluas pengetahuan tentang cara hidup Islam," ujarnya. "Berada di posisi yang mempengaruhi, saya pertama-tama harus mampu melindungi diri sendiri," ujarnya. Setelah menjadi mualaf, semangat Loon untuk belajar dan mengenal Islam lebih mendalam semakin bertambah, kerana dalam dirinya tertanam niat dan tekad untuk mengajak orang lain kembali kepada Islam. Untuk merealisasikan tekadnya ini, Loon kemudian memilih untuk bergabung dengan lembaga dakwah Islam Kanada, bidang penyebaran Islam. "Saya memiliki program khusus terkait masalah tersebut, yakni mengajak para penyanyi dan seniman top dunia untuk mengenal Islam dan prinsip-prinsipnya." |
Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Dipecat Posted: 18 Mar 2011 08:16 AM PDT Kerajan negeri Selangor hari ini memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman (gambar) susulan syor yang dikemukakan laporan audit dimana terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010. Laporan Audit berhubung pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan wujud beberapa kelemahan di agensi itu, antara lain perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos sambutan hujung tahun lalu mencecah RM1 juta. Malah terdapat wang telah selesai dibayar kepada pengurus acara sedangkan aktiviti yang diatur belum dilaksanakan. Susulan syor dikemukakan laporan audit, kerajaan negeri Selangor juga telah memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor bulan lalu. Sedutan laporan audit diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini. Khalid berkata, laporan audit itu disemak oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Semakan audit banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang untuk diadakan 15 November lalu. Kata Khalid, hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember mendapati terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa. "Terdapat juga tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Selain pengurusan perbelanjaan sambutan, kata Khalid kelemahan lain yang dikesan ialah tadbir urus korporat yang tidak baik di mana seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November tahun lalu. Pengurus Besar juga meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat," kata Menteri Besar. Malah menurut Khalid, terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang tahun lalu hanya melalui 'Circular' Resolusi, malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 — arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan. "Semakan Audit juga mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri Pengurus Besar. Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010," kata beliau. Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah dan akan terus meneliti setiap syor yang diberikan dan akan menggunapakai cadangan tersebut dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milikan penuh kerajaan negeri. Khalid juga menambah, satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bagi menjawab setiap kuiri yang ditimbulkan pada 5 Januari lalu. "Proses yang teratur, adil dan bebas telah dijalankan. Pandangan serta saranan dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diperoleh. "Akhirnya pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggungjawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan," katanya lagi. Seterusnya pada 18 Februari lalu, satu surat yang ditandatangani Khalid sendiri telah dikeluarkan yang mengarahkan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuat kuasa serta merta. "Kerajaan Selangor sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Adalah menjadi harapan kerajaan negeri semua institusi termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum," katanya lagi. Khalid menambah, kerajaan negeri Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri. Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor. Akhir bulan lalu, Khalid berkata akan mengumumkan tidak lama lagi butir-butir lengkap laporan audit mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor. Beliau berkata ini perlu demi menjelaskan kepada umum tentang kedudukan sebenar kedua-dua anak syarikat negeri itu. Yayasan Selangor disiasat baru-baru ini selepas ia dikatakan membelanjakan RM300,000 untuk majlis makan malam ulang tahun ke-40nya, yang menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah rasa kurang senang, dan enggan menghadiri majlis. PKNS pula dikatakan telah menaja perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada jumlah lebih RM500,000. |
Ribuan Ular Serang Perkampungan Azerbaijan Posted: 18 Mar 2011 07:10 AM PDT Ribuan ular diberitakan berkeliaran di beberapa kampung di Azerbaijan yang bersempadan dengan Armenia. Kehadiran ular yang melata dalam jumlah banyak itu meresahkan penduduk. Ular memasuki desa kawasan Nagorno-Karabakh, Azerbaijan. Masyarakat jadi hairan kerana di saat musim dingin mereka melihat ribuan ular yang satu di antaranya panjangnya berukuran lima meter. Seorang anak kecil berumur sembilan tahun telah digigit oleh kawanan ular tersebut. Penduduk mengatakan bahwa ular tersebut datang dari Karabakh di wilayah Armenia dimana telah dalam penjajahan Armenia selama 20 tahun. Mereka menambahkan bahawa setelah tentera Armenia membakar sejumlah kwasan laluan, ular-ular tersebut dtang ke wilayah Azerbaijan. |
[Bergambar] Jumlah Korban & Hilang Gempa Jepun Cecah 16,000 Orang Posted: 18 Mar 2011 06:19 AM PDT Tokyo – Jumlah rasmi mangsa korban dan yang belum ditemui akibat gempa dan tsunami Jepun mencapai 16,600 orang, dengan 6,405 orang dinyatakan terkorban setakat ini. Polis Nasional Jepun menyatakan, hingga saat ini jumlah korban yang belum ditemukan sejak gempa dan tsunami pada minggu lalu, menjadi 10,259 orang dan 2,409 orang tercedera. Jumlah korban terus bertambah dalam beberapa hari ini dan jumlah tersebut boleh menjadi lebih tinggi. Dikutip dari Kyodo, Ketua Wilayah, Ishinomaki di Wilayah Miyagi mengatakan, jumlah korban yang masih belum ditemukan kemungkinan mencapai 10 ribu orang. Pada Sabtu minggu lalu, NHK melaporkan sekira 10 ribu orang masih belum ditemukan di kota Minamisanriku di Wilayah Miyagi. Di tengah usaha penyelamatan terdapat khabar duka banyaknya nyawa yang hilang di sepanjang pesisir timur Pulau Honshu dimana gelombang besar merosakkan lebih dari 55,380 rumah dan bangunan lainnya.
|
Surat Dari Pemuzik Pink Floyd Mengajak Boikot Israel Posted: 18 Mar 2011 05:32 AM PDT Pada tahun 1980, lagu yang saya tulis, Another Brick on The Wall, dilarang diputarkan oleh kerajaan Afrika Selatan. Lagu itu dilarang kerana anak-anak kulit hitam Afrika Selatan kerap memperdengarkannya untuk membela hak pendidikan mereka. Bahawa kerajaan apartheid melakukan sekatan budaya, melarang berekspresi, dan melarang sesiapa menyanyikan lagu saya. Dua puluh lima tahun kemudian, pada 2005, anak-anak Palestin menyertai sebuah festival lagu Tepi Barat digunakan untuk memprotes tembok Israel di Tepi Barat. Mereka menyanyikan: "We don't need no occupation! We don't need no racist wall!" Pada saat itu, saya tidak melihat secara langsung apa maksud sebenarnya yang mereka nyanyikan. Setahun kemudian, saya dikontrak untuk tampil di Tel Aviv. Warga Palestin dari Gerakan Boikot Akademik dan Budaya Israel mendesak saya untuk kembali. Saya memang sudah berbicara menentang 'the Wall', tapi saya tidak yakin apakah boikot budaya adalah cara yang tepat. Mereka (warga Palestin) akhirnya mengajak saya untuk melihat sendiri bagaimana 'The Wall' yang mereka maksud. Dan saya setuju. Di bawah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu saya mengunjungi Jerusalem dan Betlehem. Tidak ada yang boleh menyiapkan saya untuk apa yang akan saya lihat hari itu. 'The Wall' di Palestin adalah sebuah bangunan mengerikan untuk dilihat. Tentera Israel memperlakukan saya, seorang pengamat biasa dari dunia lain, dengan tatapan menghina. Jika seperti itu saya dilayan, seorang asing, seorang pengunjung. Bayangkan seperti apa bagi warga Palestin! Untuk warga kelas bawah. Saya tahu bahwa hati nurani saya tidak mengizinkan saya untuk berjalan kaki dari dinding itu. Dari nasib rakyat Palestin saya temui: Orang yang setiap hari dalam hidupnya dihancurkan oleh pendudukan Israel. Dalam solidariti, saya menulis di dinding mereka hari itu: "We don't need no thought control" Menyaderi pada ketika itu bahwa kehadiran saya di atas panggung Tel Aviv sengaja akan mengesahkan penindasan, saya membatalkan konsert saya di stadium Tel Aviv. Saya memindahkannya ke Neve Shalom, sebuah komuniti pertanian sekaligus komuniti kerjasama antara umat beragama yang berbeza. Di mana Muslim, Kristian dan Yahudi bekerja berdampingan dalam harmoni. Itu menjadi acara muzik terbesar dalam sejarah singkat Israel. Sebanyak 60,000 penggemar berjuang menghadapi kesesakan untuk hadir di konsert. Di akhir pertunjukan saya diberi kesempatan menasihati generasi muda, bahawa mereka harus berusaha membuat perdamaian dengan tetangga dan menghormati hak-hak sivil Palestin yang tinggal di Israel. Sayangnya, pemerintah Israel tidak mau menerapkan undang-undang yang akan memberikan Palestin hak untuk hidup di dalam wilayah yang sama. Dan dinding telah tumbuh, tak terelakkan, permukiman tidak sah semakin banyak didirikan di Tepi Barat . Bagi masyarakat Gaza, terkunci dalam penjara virtual di balik dinding sekatan tidak sah Israel, bererti satu ketidakadilan. Ini bererti anak-anak pergi tidur kelaparan, banyak kekurangan gizi yang kronik. Ini bererti juga bahawa ayah dan ibu tidak mampu bekerja kerana kehancuran ekonomi. Ini bererti juga bahawa mahasiswa dengan biasiswa untuk belajar di luar negeri terpaksa menyaksikan peluang mereka hilang kerana mereka tidak diizinkan untuk ke luar negeri. Dalam pandangan saya, ini adalah kawalan yang menjijikkan dan kejam dari Israel ke atas Palestin. Bagi saya ini bererti Palestin harus berdiri di dalam satu suara. Tidak cuma dengan orang-orang Palestin tetapi juga dengan ribuan orang Israel yang tidak setuju dengan tindakan pemerintah mereka. Mari bergabung dalam kempen Boikot, Divestasi, dan Sekatan terhadap Israel. Keyakinan saya lahir dari gagasan bahawa semua orang layak mendapatkan hak dasar mereka. Ini bukan serangan terhadap orang Israel. Tapi bagaimanapun juga ini adalah suatu permohonan kepada rakan-rakan saya di industri musik, dan juga untuk seniman di disiplin lain, untuk bergabung dengan boikot budaya. Seniman pernah menolak untuk bermain di Afrika Selatan sebelum rejim apartheid jatuh. Dan kami pun punya hak untuk menolak datang ke Israel sampai mereka membebaskan Palestin- dan hari itu pasti akan datang - ketika dinding pendudukan jatuh dan Palestin hidup berdampingan dengan Israel dalam, kebebasan keadilan perdamaian, dan martabat bahawa mereka semua layak. Salam... Roger Waters, Pengasas Pink Floyd -republika |
Posted: 18 Mar 2011 04:16 AM PDT Transparency International-M: SPRM Perlu Siasat Tuduhan Babitkan Taib Mahmud Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) bagi memperbaiki reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Transparency-International Malaysia (TI-M) hari ini. Gesaan ini dibuat ketika negeri itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya negeri. Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang. "Transparency-International risau mengenai kewibawaan negara dan juga imej kita jika siasatan tidak dijalankan," kata Presiden TI-M Datuk Paul Low kepada pemberita hari ini. "Dakwaan berkaitan dengan kekayaan yang begitu banyak (jumlahnya), yang diperoleh oleh mereka yang rapat dengan beliau (Taib), keluarga beliau, saudara mara, (dan juga) rakan-rakannya," kata beliau sambil menambah, siasatan yang sewajarnya perlu dijalankan untuk membersihkan tanggapan bagaimana kekayaan itu dikumpulkan. Minggu lalu, bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib. Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai "jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita." Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report bulan lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib yang menjadi ketua menteri sejak 30 tahun lalu sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah. Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Low berkata Rewcastle, yang juga pemilik blog Sarawak Report, baru-baru ini tampil dengan mendedahkan identitinya. "Sukar untuk membuat pendirian apabila pihak terbabit tidak mendedahkan siapa mereka sebenarnya. (Tetapi) mereka di sebalik tabir ... Sarawak Report telah tampil dan mengatakan siapa mereka sebenarnya (mendedahkan identiti mereka)," kata Low. Sehubungan itu kata Low, siasatan SPRM adalah penting untuk mengembalikan keyakinan pelabur dan memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang semakin merosot. "Ia akan memperbaiki kredibiliti kita dan memberikan mesej kepada pelabur-pelabur asing dan orang ramai bahawa kita serius dalam mengatasi rasuah," kata Low. "Indeks rasuah adalah gambaran persepsi pelabur dan orang ramai," katanya. Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah telah jatuh ke paras 4.4 daripada 4.5 tahun lalu dengan mata 10 merujuk kepada rendahnya amalan rasuah. Kedudukan Malaysia 2010 masih sama dengan tahun sebelumnya, 56 daripada 178 negara, selari dengan kedudukan Namibia dan Turki. Low berkata aduan rasmi telah pun dibuat di SPRM. "Saya difahamkan beberapa dokumen telah difailkan di SPRM. Jadi, secara rasmi aduan telah pun dibuat," kata Low. Justeru kata beliau, adalah penting bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meneruskan "kes-kes besar" bagi menunjukkan adanya iltizam politik menangani masalah rasuah. "Pentadbiran Najib telah memulakan kempen secara aktif di bawah NKRA untuk mengurangkan dan mengatasi masalah rasuah," kata Low. "(Mereka) perlu memastikan adanya iltizam politik untuk melaksakanannya, khususnya kes-kes seperti ini melibatkan kes-kes besar," kata beliau lagi. -TMI
|
Noor Atiqah, Warga Sigapura Dihukum Gantung Sampai Mati Posted: 18 Mar 2011 03:00 AM PDT Shah Alam: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang ibu tunggal warga Singapura kerana didapati bersalah mengedar dadah di terminal penerbangan tambang murah di Subang dua tahun lepas. Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Noor Atiqah M.Lasim, 27, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah berhubung pertuduhan mengedar 342.1 gram heroin dan 30.3 gram monosetil morfin pada 5 Januari 2009. Noor Azian, semasa membacakan keputusannya, berkata bahawa semasa perbicaraan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang merupakan seorang pembantu peguam di republik itu. Menurut hakim, pembelaan tertuduh bahawa beg berisi dadah itu milik orang lain adalah tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai. Noor Atiqah, yang mempunyai anak perempuan berusia enam tahun, diwakili peguam Mohaji Selamat manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan. -BERNAMA |
Asap Masih Berkepul Keluar Dari Loji Nuklear Jepun Posted: 18 Mar 2011 01:30 AM PDT Yamagata: Agensi keselamatan nuklear Jepun menyatakan asap berkepul keluar dari bangunan yang menempatkan reaktor nuklear yang rosak di loji kuasa yang lumpuh akibat tsunami minggu lalu. Jurucakap agensi itu berkata, asap dilihat berkepul naik dari Unit 2 Loji Fukushima Dai-ichi pagi ini. Beliau berkata, punca kejadian itu tidak diketahui tetapi satu letupan berlaku di unit itu awal minggu ini dan mungkin merosakkan ruang di sebelah pusat reaktor. Sementara itu, syarikat utiliti yang mengurus loji itu berkata pekerja sedang menyambung kabel bagi mengembalikan bekalan tenaga elektrik untuk menghidupkan semula sistem penyejukan reaktor. Sementara itu, pihak tentera bersiap sedia untuk melepaskan air ke atas loji berkenaan dengan helikopter dan meriam air. - AP |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan