Sabtu, 19 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bukti muka Ketua UMNO Gombak memang lebih hitam

Posted: 18 Mar 2011 03:03 PM PDT

Sejak gambar skandal Ketua UMNO gombak didedahkan di blog MiLo SuaM, pencacai dan penyokong gerombolan songkok tinggi nampaknya betul-betul tak senang duduk. Dalam entry sebelum ini ReJaM© dah kata tak mahu panjangkan hal ini, kerana tak mahu mengaibkan tuan punya diri memandangkan beliau sudah mengaku salah[Gambar Panas].

Malangnya, penyokong gerombolan songkok tinggi nampaknya masih terus menghentam MiLo SuaM di facebook, dengan mengatakan kononnya MiLo SuaM sengaja membuat gambar palsu (photoshop) untuk memfitnah Ketua UMNO Gombak. Alasan bodoh mereka tetap sama, gambar tu palsu sebab warna muka dan leher serta badan ketua UMNO Gombak tak sama.

Perangai diorang ni memang suka ulang-ulang benda yang sama walaupun dah dijelaskan berulang kali. Samalah dengan isu Anwar tak mahu sumpah, Kelantan tolak hudud, Fitnah Zina ADUN Selingsing dan lain-lain. Puak biol ni akan terus mempersoal dan mempersoal berulang-ulang sampai bila pun tak tahu. Dia nak orang je dengar cakap dia, cakap orang dia buat pekak.

Sebenarnya ReJaM© malas dah nak layan diorang ni merapu, tapi takut ada pulak orang yang terpedaya ingat MiLo SuaM pulak yang fitnah. Baiklah kat sini ReJaM© buktikan bahawa Ketua UMNO Gombak ni memang warna kulitnya tak sekata (Kejadian Allah) mungkin juga sebab selalu turun padang kena cahaya terik matahari. Korang tengok sendiri gambar-gambar di bawah ni.


Tak cukup jelas? Tak mengapa ada gambar yang lebih besar lagi, tengok bawah ni pulak.


Mungkin ada pulak penyokong gerombolan songkok tinggi yang akan kata MiLo SuaM sengaja buat gambar-gambar palsu kat atas tu pulak. Baiklah kalau nak lebih puas hati, tengok video kat bawah ni, gambar-gambar kat atas tu bersumberkan video di bawah ini, tengok pada sela masa antara 4:10 dan 4:14.










ReJaM© "Harap semua dah berpuas hati, tak mahu panjangkan lagi kes ini, tutup kes ini kita nak bukak skandal Pemimpin UMNO yang lain pulak..."

Blogger hanief.blogspot.com ditahan Polis

Posted: 18 Mar 2011 11:10 AM PDT

Berita yang diperolehi daripada twitter MP Batu, Tian Chua mengesahkan blogger muda Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil kini dalam tahanan Polis dikatakan ditahan di bawah akta hasutan.


Ini wajah pegawai-pegawai MCMC yang menahan Hanief.


Kemungkinan besar Hanief berjaya dijejaki oleh pihak Polis berikutan entry terbaru di blognya ada mendedahkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan hanief [Blog Hanief].



Baca juga di sini [Ameno World]

ReJaM© "Mungkinkah kita akan melihat kebangkitan anak muda menentang penahanan ini?"



Update: Blogger muda Hanief sudah dilepaskan untuk malam ini dengan bantuan YB Tian Chua. Pihak MCMC mengeluarkan notis untuk hanief hadir membantu siasatan di bawah ini dokumen notis yang dimaksudkan. [Sila klik untuk membesarkan image]

Panas! Website UMNO Gombak sudah dipecat?

Posted: 18 Mar 2011 08:14 AM PDT

Semalam heboh dengan pendedahan gambar skandal Ketua UMNO Bahagian Gombak dengan kekasih gelapnya tersebar luas bagaikan api yang marak di internet [UMNO Gombak]. Hari ini banyak blogger-blogger penyokong gerombolan songkok tinggi yang memberi kata dua mendesak beliau agar meletak jawatan atau menjelaskan gambar tersebut.

Apa pun, dari sumber yang diperolehi daripada blog Tawan Malaysia, Ketua UMNO bahagian Gombak tersebut sudah mengaku bahawa beliaulah orang di dalam gambar tersebut [UMNO Gombak mengaku].

Dikatakan bahawa beliau akan menghadap Noh Omar, Ketua Perhubungan UMNO Selangor dalam masa dua atau tiga hari ini. Mungkinkah beliau akan dipecat oleh Noh Omar? Lantaklah dia nak kena pecat ke nak kena apa. Isu yang ReJaM nak bangkitkan di sini adalah, Portal UMNO Bahagian Gombak nampaknya sudah lebih awal dipecat daripada Direktori Portal UMNO Selangor [UMNO Selangor].



Semua bahagian nampaknya termasuk dalam direktori di Portal UMNO Selangor, tapi UMNO Gombak tiada dalam direktori.

Sumber berita: [Tun Saban Balik]


ReJaM© "Eloklah tu, buang satu-satu, pecat satu-satu, lepas ni ramai lagi yang bakal kena pecat..."

Ketua UMNO Gombak sudah mengaku gambar panasnya

Posted: 18 Mar 2011 03:09 AM PDT

Semalam Blog MiLo SuaM telah mendedahkan sekeping gambar panas Ketua UMNO Gombak bermesra dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel, rujuk link ini [Gambar Panas]. Hari ini daripada maklumat yang diterima dari blog Tawan Malaysia, tuan punya diri dikatakan sudah mengaku bahawa gambar itu sememangnya adalah gambar dirinya [Tawan Malaysia].



ReJaM© tiada niat nak aibkan beliau, tapi pemimpin begini memang sewajarnya didedahkan agar tidak terus memperbodohkan rakyat dengan lagak pejuang Islam kononnya. Memandangkan beliau sudah mengaku, maka cukup sampai di sini pendedahan ini, tiada lagi gambar untuk mengaibkan beliau akan didedahkan.

Beliau dikatakan akan menghadap Ketua Perhubungan UMNO Selangor Dato Noh Omar dalam sehari dua ini secara gentlement memandangkan ini merupakan "skandal terbesar UMNO Selangor".


ReJaM© "Pemimpin-pemimpin dan semua ahli politik tak kiralah parti apa, INGAT! Anda sentiasa diperhatikan..."


Nantikan pendedahan skandal pemimpin-pemimpin UMNO yang seterusnya...

Bible bahasa Melayu apa kata ulama UMNO?

Posted: 18 Mar 2011 01:23 AM PDT

Orang awam ni kalau bercakap pasal isu-isu agama begini tentu akan memberikan pendapat mengikut fikiran dan logik akal masing-masing, ikut perasaan dan kepentingan masing-masing. Jadi perihal agama begini eloklah kita tanya pendapat ahli agama, pakar agama, kerana mereka bercakap berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Jadi dalam hal ini, ReJaM tak mahu ambil pendapat ulama-ulama di dalam Parti Islam se-Malaysia, PAS kerana nanti orang-orang UMNO tak mahu dengar, nanti dikatanya ReJaM hanya mengambil pendapat pakar agama dari sebelah pihak. Kita sudah sedia maklum pendirian pakar-pakar agama dari PAS, di sini dilampirkan pendapat dari Ulama Muda UMNO pula.

Ulama muda UMNO kata ok, asalkan dikawal dengan baik oleh kerajaan, jadi jelas sekali sama seperti pendapat dari pakar-pakar agama dalam PAS. So, fullstop! Tak payah nak berbalah lagi. Tak payahlah nak jadi hero nak keluarkan pendapat masing-masing yang bukan pakar Agama, diorang belajar bertahun-tahun mendalami ilmu agama diorang tahulah apa diorang buat. [Msia Insider].


Penjual nasi ayam biarlah dia buat kerja dia, begitu juga dengan penjual cendol, nasi lemak, mekanik, pekerja kilang, askar, dan sebagainya. Kita buat kerja kita.


"Bagi kereta rosak kat pelumba kereta makin rosaklah kereta tu jawabnya, race kereta dia pandailah..."

ReJaM: "Ulama kalau silap keluarkan fatwa pun dapat satu pahala, kalau betul dua pahala, kita apa ada?"

Tiada ulasan: