Rabu, 9 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Muhyidin kritik tindakan Kelantan haramkan loteri

Posted: 08 Mar 2011 12:07 PM PST

Inilah halangannya di dalam menegakkan hukum, membasmi maksiat yang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Bila terdapat premis-premis loteri haram di Kelantan yang beroperasi menggunakan lesen Kerajaan Pusat, gerombolan songkok tinggi heboh di dada-dada akhbar, internet dan facebook menghina Kelantan dengan jolokan Serambi Loteri, Cakap tak serupa bikin, Islam palsu dan sebagainya.

Mereka menghina Tuan Guru Nik Aziz dengan jolokan kononnya sengaja membiarkan premis judi haram beroperasi di Kelantan. Mereka kata perjuangan Islam PAS bohong kerana tidak mahu membasmi judi dan loteri di Kelantan. Namun apabila Kerajaan Kelantan mengambil tindakan terhadap premis-premis loteri tersebut, MCA bangun menentang Kerajaan Kelantan dan mahu mengambil tindakan kerana mereka mendakwa sudah mendapatkan lesen dari Kerajaan Pusat [MCA Mengamuk].

MCA tu dah terang-terang cina kafir, kalau dia bantah memang tak pelik, tapi yang agak pelik bila kali ini Muhyidin Yassin pula tampil sebagai hero untuk membela tokey-tokey judi di Kelantan. Muhyidin dengan yakin berkata kononnya Orang Cina tidak puas hati kerana menyentuh hak mereka. Nampaknya Muhyidin lebih tau dari orang cina sendiri [mStar]

Bila terdapat judi haram di Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dituduh tidak mengamalkan Islam sebenar, pembohong, penakut, diperkudakan DAP dan sebagainya. Bila ambil tindakan, mereka kata menyentuh hak Orang Cina pula. Orang yang mengaku Islam, sepatutnya menyokong sebaliknya mengkritik tindakan mengharamkan judi dan loteri. Perangai sama sahaja macam orang kafir.


ReJaM© "ReJaM rasa macam nak cepuk je mulut busuk Pak Din ni..."

Washington Post puji Najib menentang Ikhwanul Muslimin

Posted: 08 Mar 2011 05:23 AM PST

Kenyataan Najib sebelum ini yang mengkritik Gerakan Islam Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) sebagai pengganas [Ikhwanul Muslimin] mendapat pujian daripada Washington Post. Najib disifatkan sebagai menimbulkan keretakan kepada kesefakatan dunia Islam yang sejak dari awal kebangkitan di Mesir meminta agar negara-negara barat mengiktiraf dan sudi bekerja sama dengan Ikhwanul Muslimin.

Malah kenyataan Najib yang dilihat "melawan arus" dunia Islam yang lain itu disifatkan oleh Washington Post sebagai lebih berani berbanding Obama (2011) dan Condolezza Rice (2006) di dalam menentang gerakan Islam [Washington Post]
.

Dahsyat memang dahsyat, Najib lebih berani menentang gerakan Islam berbanding Obama dan Condolezza Rice. Najib dipuji oleh media barat kerana keberaniannya menentang gerakan Islam. Ada harapan jadi Mustafa Kemal Ataturk Malaysia.

ReJaM© "Inilah dia konsep baru yang dibawa Najib, Islam Sederhana, bini tak payah pakai tudung pun tak mengapa, tentang Islam pun tak mengapa..."

Tiada ulasan: