Selasa, 8 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ini Lagi Sekor Katak Yang Dambakan Belaian Kasih Dari Umno

Posted: 07 Mar 2011 11:28 PM PST

Zahrain Hashim kepala auta

PULAU PINANG 6 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan tempoh tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang penuh dengan masalah sejak diberi mandat menerajui negeri itu mulai 8 Mac 2008.

Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu.

Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan.


''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat.

''Perkara ini tidak pernah terjadi dalam pemerintahan terdahulu kerana wujudnya budaya tolak ansur. Undang-undang boleh dipraktikkan tetapi biarlah berpatutan dan adil pada semua pihak, namun, yang terjadi sekarang adalah sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan khemah, kerusi dan meja kepada perumahan Kuarters Polis Bayan Indah, Bayan Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin.

Beliau mengulas pencapaian pemerintahan DAP di negeri ini yang genap tiga tahun, Selasa depan sejak menerajui negeri itu pada pilihan raya umum 2008.

Zahrain berkata, tiada sebarang kemajuan, kesejahteraan kaum dan pembangunan dilihat sepanjang pemerintahan Guan Eng, justeru rakyat perlu membuat sesuatu untuk memakmurkan kembali negeri ini.

''Beliau (Guan Eng) sering mendakwa, beliau yang buat segalanya termasuk pelaburan dari luar negara dan peningkatan pembangunan ekonomi negeri ini.

''Sedangkan ia adalah hasil usaha kerajaan terdahulu termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)," katanya.

Namun, kata Zahrain, tindakan yang dilakukan Guan Eng itu telah disedari rakyat dan beliau yakin populariti Setiausaha Agung DAP itu semakin merosot berbanding semasa dia mula menerajui negeri ini.

''Guan Eng tidak sesuai menerajui kepimpinan negeri ini kerana beliau adalah orang Melaka malah, cara kepimpinannya langsung tidak ada sikap bertolak ansur.

''Saya yakin, pilihan raya umum akan datang akan mendedahkan segalanya dan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri ini kerana popularitinya (Guan Eng) sudah tidak seperti dahulu lagi," katanya. - utusan meloya.

Sharpshooter - Bab sikap Guan Eng tidak ada tolak ansur, sharpshooter setuju dengan zahrain sebab itu syarikat dua ringgit nak ambil tender 40 juta Guan Eng tolak sampai zahrain terlentang dan terlompat menjadi katak sumpahan.

Alahai Zahrain bacalah fakta jangan dok auta..P.Pinang adalah negeri yang paling banyak terima pelabur asing dan juga negeri pertama menerima pujian Transparency International kerana tidak ada rasuah serta negeri pertama tolak judi sukan. Guan Eng naikkan elaun guru Kafa bukan elaun wakil rakyat parlimen.

Zahrain sekarang bolehlah bagi khemah, kerusi dan sebagainya kepada polis, kepada malaun, kepada penyamun kerana sudah dapat peruntukan dari 1 malaysia 1 israel sebagai wakil rakyat parlimen bebas.

Beranikah Zahrain bertanding semula di Parlimen Bayan Baru? Kalau anak jantan, bertandinglah di Bayan Baru pada PRU 13.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ibrahim Ali Menagih Perhatian Dan Tempat Dari Umno

Posted: 07 Mar 2011 09:53 PM PST

Pilihanraya umumakan tiba tidak lama lagi. Tanda-tanda dan dalilnya sudah banyak kita lihat dan perhatikan. Piliharaya Sarawak akan sampai selewat-lewatnya pada bulan Julai ini tetapi tanda-tanda ia akan berlaku lebih awal memang jelas kelihatan.

Orang-orang politik yang bercita-cita tinggi sudah mula mundar mandir dari kawasan masing-masing ke Kuala lumpur untuk mencari jalan menjadi calun dan ada juga yang sedang mencari peluang untuk medapatkan peluang perniagaan semasa pilihanraya sudah hampir ini.

Di bahagian-bahagian UMNO sudah ramai yang sedang memasang badan dan mendekati rakyat untuk mendapat sokongan jika diberi peluang untuk menjadi calun. Masalahnya setiap kawasan Parlimen atau DUN hanya seorang sahaja yang akan dicalunkan sedangkan yang memasang badan terlalu ramai. Ketua-ketua cawangan sudah mula mendapat 'handouts' mereka yang bercita-cita dan ketua-ketua cawangan ini sedang mendapat perhatian istimewa dari 'bakal-bakal' calun ini.


Itu cerita di peringkat kawasan. Di peringkat pusat pula ramai penggiat politik juga sedang memasang badan dan selalu sahaja muka-muka dan wajah mereka terpampang di dada-dada akhbar. Kali ini Ibrahim Ali misaknya dengan cekap mengucapkan tahniah kepada UMNO dan BN kerana berjaya di dalam PRK Kerdau dan Merlimau walaupun beliau melangkah ke Parlimen dengan sokongan PAS.

Ibrahim ini pandai orangnya. Beliau sentiasa berada dalam perhatian pimpinan dan orang ramai kerana beliau itu adalah Ibrahim Ali. Semasa beliau dipecat dari UMNO kerana bertanding sebagai calun bebas beliau adalah orang kuat Nik Aziz. Pada masa itu Nik Aziz adalah orang yang tersangat mulia dan dihormati oleh Ibrahim dan kebijaksanaan Ibrahim jugalah yang meyakinkan Nik Aziz untuk membenarkan Ibrahim bertanding menggunakan simbul PAS dan beliau telah mendapat majoriti melebihi tujuh ribu undi.

Semasa Ibrahim bertanding di dalam PRK di Pasir Mas beliau hanya mendapat 600 undi sahaja kalau tidak silap saya dan telah hilang wang pertaruhannya. Dengan menggunakan pengaruh PAS dan Nik Aziz, Ibrahim berjaya menjadi Ahli Parlimen yang lantang dan didengari oleh semua orang. Sekarang Ibrahim sudah berputus arang dengan Nik Aziz dan PAS seperti dia berputus arang dengan UMNO selepas beliau dipecat sehinggakan beliau sanggup bertanding di atas tiket bebas untuk menentang UMNO.

Ibrahim orang berani mengambil keputusan asalakn sahaja beliau berada di dalam arus politik tanahair.

Itulah sebabnya saya selalu menasihati kawan-kawan yang sama-sama mengenali Ibrahim Ali ini supaya jangan diikutkan sangat gelagatnya semasa berbaik dengan dia sebab pada bila-bila masa beliau akan meninggalkan kita. Sebaliknya jika kita berada dalam situasi yang bertentangan dengan beliau jangan dibenci beliau habis-habisan kerana pada bila-bila masa sahaja beliau akan datang bersama kita apabila beliau ditinggalkan oleh kawan-kawan dan kumpulannya.

Kepada UMNO dan BN elok diambil Ibrahim ini sebagai calun dalam pilihanraya kali ini dan kawasannya tidak lain dan tidak bukan ialah Pasir Mas. Ibrahim telah dipecat seumur hidup dari UMNO dan tidak tahulah caranya UMNO untuk menerima Ibrahim sebagai ahli UMNO. Tetapi rakan-rakan beliau yang masih berada bersama beliau hari ini mencadangkan supaya Ibrahim diberikan keistimewaan sekali lagi untuk bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan simbul BN seperti yang beliau lakukan bersama PAS dalam pilihanraya UMUM yang lalu.

Saya mengenali sangat Ibrahim ini kerana sudah berkawan sejak tahun 1971 lagi semasa sama-sama belajar di kampus dahulu. Beliau mahukan tempat di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kta rakan-rakan beliau yang rapat beliau mengharapkan akan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk mempengaruhi UMNO atau bekerjasama dengan UMNO untuk bertanding di Pasir Mas. Pada hemat saya berikan sahajalah tempat kepada beliau supaya politik kita tidak bising sangat. Berilah tempat kepada beliau kerana beliau ialah Ibrahim Ali.

Beliau adalah seorang yang cekal. Bermacam-macam orang mengata beliau. Mohamad Sabu memberikan beliau nama 'Ibrahim Kaya Parti' kerana terlalu banyak parti yang beliau sertai bermula dari parti Berjasa sampailah tidak ada parti sekarang ini. Lim Kit Siang pula memanggil beliau sebagai katak dan banyak lagi gelaran yang didengari untuk Ibrahim ini.

Pengaruh beliau sebagai ketua kepada PERKASA mungkin boleh membawa sedikit sebanyak undi untuk UMNO dari kalangan orang Melayu walaupun MCA mungkin tidak bersetuju. Elok jika Ibrahim ini masih berada dalam politik negara kita walaupun beliau sentiasa berubah-berubah pendirian mengikut keadaan dan masa.

Ibrahim Ali ini penting untuk berada di dalam arena politik negara. Ibrahim ini penting ibarat pentingnya garam dalam masakan kita. Dalam masakan kita mesti ada garam, barulah masakan itu sedap dimakan.

Tetapi masalahnya garam ini hanyalah setakat sesedap rasa sahaja. Kalau banyak sangat dibubuh garam di dalam masakan kita masakan itu akan terlalu masin untuk dijamah.

Tetapi yang pentingnya garam itu mesti ada untuk mengenakkan masakan.

Aspan Alias

Liwat 2 - Barang Bukti Diambil Secara Tidak Sah

Posted: 07 Mar 2011 07:52 PM PST

Hakim Tolak Tiga Barangan Sebagai Bukti

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan – berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.


Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini. - mkini

Nik Aziz mahu jumpa mufti Perak

Posted: 07 Mar 2011 07:48 PM PST

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Surat yang dihantar pagi tadi itu antara lain mahu mufti Perak itu menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yzng juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Tulisan mufti itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac lalu, iaitu hari pengundian bagi pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kerdau dan Merlimau.


"Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011.

"Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook hari ini.

Kedua-dua tokoh itu sering bercanggah pendapat berhubung isu agama dan jika pertemuan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ini adalah kali pertama berlaku mereka akan duduk semeja.

Beri respon

"Semoga beliau memberikan respon,"kata Nik Aziz lagi.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak juga telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara yang sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menjayakan pertemuan tersebut.

Menurut Pemuda PAS Perak, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

NONEMereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

Pemuda PAS Perak juga sebelum ini antara yang tidak senang dengan beberapa pandangan mufti itu khususnya dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.



Bloggers Umno Dituduh Perosak Umno.. Padan Muka

Posted: 07 Mar 2011 05:39 PM PST

Peranan UMB UMNO dipertikai

Peranan Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz dipertikai apabila UMB dikatakan gagal berfungsi mengikut bidang tugas yang sepatutnya.

UMB yang sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat dilihat gagal dalam menaikkan Pemuda UMNO terutama ketika di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu.

Masalah unit media ini kian ketara di Melaka, apabila media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM yang bukan berada di bawah UMB.


Malah, 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM juga tidak menghiraukan Tun Faisal.

Sementara itu, di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU.

Menurut sumber, UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger dikatakan telah ditolak sejak dari awal lagi oleh hampir keseluruhan blogger UMNO.

Ahli Dewan Negara,Negeri Melaka, Datuk Akbar Ali, dikatakan memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN, Merlimau.

Ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau.

UMB dijanakan dengan peruntukan yang besar, namun ianya dilihat seperti tidak lebih daripada sebuah entiti yang hanya sekadar menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO dan bukannya Pemuda UMNO secara keseluruhannya. - sinar

Prestasi Buruk SPR : PR Adakan Himpunan Besar-besaran

Posted: 07 Mar 2011 05:34 PM PST

Perhimpunan besar-besaran akan digerakkan oleh Pakatan Rakyat berikutan prestasi buruk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau yang berlangsung semalam.

Ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata SPR sendiri semakin hilang punca dan gagal menyenaraikan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh parti- parti yang bertanding, dalam tempoh pilihan raya sedang berlangsung.

" SPR sendiri macam hilang punca. Pengerusi SPR sendiri tak dapat beritahu apa yang boleh diberi dan apa yang tidak boleh diberi. Perkara ini berleluasa dan SPR gagal,"kata Hatta.


Ujarnya lagi, beliau akan membangkitkan isu kegagalan SPR menyenaraikan dispilin-dispilin tertentu, semasa tempoh pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

" Mungkin dalam parlimen kita akan sentuh perkara ini kerana suruhanjaya berkenaan tidak memberikan gambaran yang jelas tentang syarat-syarat dalam kempen pilihanraya. Perkara ini dalam pilihanraya kecil terserlahlah. Tapi pada pilihanraya umum, kita tidak rasa BN tidak mampu lagi nak buat seperti ini.Kita amat mengharapkan pilihanraya umum pentasnya lebih adil,"katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihanraya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat.

" Kawasan ini kita kalah kerana memang kubu kuat mereka. Di tempat-tempat begini sukar sebab mereka menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan. Tapi peningkatan pengundi PAS agak kecil. Peningkatan undi BN pula mungkin sebab ada sejumlah nama pengundi baru didaftar,"katanya lagi.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menjadikan pilihanraya kecil Ijok sebagai contoh kemaraan rakyat di Selangor.

Pada pilihanraya kecil itu, calon Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim kalah kepada calon BN namun tsunami politik 2008 menyaksikan gagasan itu akhirnya merampas Selangor dari tangan Umno-BN.

" Ijok sebagai contoh. BN menang dalam pilihanraya kecil tapi kita pilihanraya umum, menang besar. Saya tengok di Felda dan beberapa kampung tradisi, kita meningkat.Ini modal untuk kita susun strategi pada pilihanraya umum ke 13,"jelasnya.

Tuan Ibrahim juga turut menzahirkan kebimbangannya terhadap sikap kerajaan pemerintah dan media arus perdana yang secara terang-terangan melaporkan pemberian segala jenis sogokan kepada rakyat di DUN Kerdau dan Melimau semata-mata mahu mengekalkan kuasa politik mereka.

" Media rasmi tunjuk secara terang-terangan bagi sumbangan. Kita akan ambil satu tindakan.Undang-undang sudah ada. Hukuman sudah ada. Tetapi tidak ada penguatkuasaan dilakukan. Saya fikir kita sudah beri peringatan pada SPR supaya reformasi SPR akan dibuat,"katanya lagi.

PAS patut risau undi muda, bukan Felda

Posted: 07 Mar 2011 04:26 AM PST

Bukan semata-mata kegagalan menembusi kawasan Felda, PAS juga patut melihat lebih serius terhadap kemerosotan undi golongan muda ekoran kegagalannya merampas kerusi Kerdau daripada BN semalam.

Berbeza dengan penumpuan awal, keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan bahawa kekuatan PAS hampir tidak berubah – tidak banyak bertambah atau berkurang – di tiga kawasan Felda dan sebuah rancangan Felcra, yang dikatakan kubu BN.

kerdau pas results watchingBagaimanapun, jika berbanding dengan lawannya, pertambahan sokongan BN lebih besar. Persoalannya, dari manakah datangnya sokongan ini? Jawapannya boleh dilihat pada jumlah pertambahan pengundi dan peratusan yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka semalam.

Calon PAS Hassanuddin Salim tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi.


Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008. Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus.

Ini menunjukkan bahawa orang muda dan pengundi baru lebih banyak terlibat dalam pesta demokrasi di kawasan seluas 273km persegi yang 65 peratus penduduknya bergantung hidup kepada aktiviti pertanian.

Undi muda merosot 6 peratus


PAS juga mengakui kedua-dua fenomena itu – pertambahan jumlah dan peratusan pengundi – menyumbang kepada kekalahannya kali ini.

Bagaimanapun, analisis segera pengarah pilihan rayanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ahad malam tidak menyebut tentang trend pengundi muda yang kini kembali kepada BN.

NONEBerdasarkan keputusan di saluran ketiga di Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, berbanding 43 peratus (atau 307 pengundi muda) sokongan dalam pilihan raya umum, sokongan kepada PAS merosot 6 peratus kepada 37.44 peratus sahaja.

Parti Islam itu mendapat 423 undi di ketiga-tiga kawasan itu berbanding BN sebanyak 707 undi. Jika ditanya apakah persamaan antara ketiga-tiga kawasan tersebut dibandingkan dengan tempat lain, mungkin satu jawapannya – mereka mendapat gelanggang futsal baru.

Di tempat-tempat lain, BN dilihat cuba memancing undi dengan mengumumkan pelbagai projek kebajikan seperti projek sambungan air bersih dan pembinaan masjid baru berharga RM500,000.

Sokongan itu selari dengan kenyataan timbalan ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim sebelum ini yang berpendapat golongan muda lebih mahu didekati melalui aktiviti berasaskan riadah dan sukan.

Malah, timbalan menteri belia dan sukan itu sebelum ini tampil turut serta bermain futsal di Desa Murni bersama pengundi muda di Desa Murni.

Bob Lokman lawan Ana Raffali


200211 bob lokman kerdauSatu lagi projek yang dilihatkan memberikan kesan kepada undi muda adalah projek perkampungan Wi-Fi di Kerdau yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini.

Populariti PAS di mata orang muda meningkat ekoran kedatangan pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman, menjadi luntur apabila BN membariskan penyanyi yang sedang meletup Ana Raffali yang menjadi kegilaan anak muda selepas menang dalam Anugerah Juara Lagu.

Mungkin tindakan PAS menagih sokongan pengundi Felda menyebabkan mereka lupa kepada 38.53 peratus pengundi muda - umpama pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran'.

NONEJika diteliti undi di kawasan 3+1, PAS hanya mendapat 1,276 undi berbanding BN sebanyak 2,131. Bagaimanapun, tidak harus menafikan, mereka mendapat tambahan 476 undi di kawasan itu.

Berdasarkan fakta ini, bermakna, PAS tidak pernah kehilangan sokongan di kawasaan itu sebaliknya mengalami masalah meluaskan pengaruhnya. Soalnya, adakah serangan mereka melalui Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) tidak berkesan?

Jawapannya tidak, ia berkesan. Cuma pemerhati politik berpandangan, kenapa ANAK baru muncul setelah hari kelima berkempen? Dan kenapakah pusingan awal kempen hanya bertumpukan isu "Buku Jingga" yang dilihat tidak difahami dan diambil peduli orang banyak pengundi di bawah?

Jawapannya ada pada PAS sendiri. - mkini

Tiada ulasan: