SharpShooter |
- Hakim tolak bahan bukti berus gigi, botol air dan tuala
- Racun tengkorak Zul Nordin
- Alahai kak ROS kita...
- Download "Buku Jingga" dalam 4 bahasa
Hakim tolak bahan bukti berus gigi, botol air dan tuala Posted: 07 Mar 2011 07:01 PM PST Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah. Justeru, katanyanya, sampel DNA yang diperolehi itu tidak boleh diterima. Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok. Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti. Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'. Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan. Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 07 Mar 2011 04:29 PM PST Utusan Meloya - Pas harus kaji balik kerjasama DAP KUALA LUMPUR 7 Mac - Pas digesa mengkaji semula 'hubungan istimewanya' bersama DAP berikutan sokongan orang Melayu terhadap parti itu semakin merosot. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas. Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP. ''Pas kena kaji balik posisinya dalam pembangkang. Perjuangannya terhadap Islam sudah lari. Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh. ''Pada saya, ini tidak berapa bagus. Pas perlu jadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu dan Islam. Tetapi, pengamatan daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari dari Pas. ''Semuanya kerana DAP (kerjasama). Ia cukup merugikan Pas dan menguntungkan DAP. Lebih baiklah Pas kaji balik perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-12 2011 di sini hari ini. Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar. Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43. Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Pas seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak secara sendiri kerana perjuangannya berbeza jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR. ''Malah, Pas sepatutnya berdiri di atas kakinya sendiri. Senario politik dunia sekarang ini, orang nak kepimpinan begitu. Tetapi kalau pilihan dia (Pas) begitu, nampaknya ia memakan diri. Ia cukup merugikan," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau semalam memang sudah dapat dijangka. Namun, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, apa yang menarik adalah BN dapat menambah undi yang lebih banyak berbanding sebelum ini. ''Pas sudah alami kemerosotan akibat permainan politiknya dengan DAP yang mengakibatkan orang Melayu semakin tidak senang hati terhadap mereka. Ini sudah tentu atas sikap tolak ansur Pas terhadap DAP yang bertentangan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam. ''Selain itu, penentangan orang Melayu terhadap Pas adalah kerana pengaruh Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dilihat mempergunakan Pas untuk kepentingan politiknya," tegasnya. Memang ada segelintir pemimpin PAS dan ahli PAS yang sudah termakan dengan racun tengkorak malaun zul noordin ini. PAS terus diasak punca kekalahan prk adalah kerana PAS bersekongkol dan cium mulut dengan DAP. DAP pula dikatakan parti komunis Cina kerana mungkin zul noordin menganggap mca dan gerakan itu keturunan jawa agaknya. Sejarah wajib diambil iktibar, sewaktu PAS bersendirian, PAS hilang deposit di Melaka, Johor dan lain-lain tempat lagi. Tahun 1986, PAS hanya menang satu kerusi Parlimen dan tiada negeri PAS perintah hinggalah berlaku krisis umno tahun 1987 antara mahathir dan tengku razaleigh hingga munculnya parti Semangat 46 dan kerana PAS bergabung dengan Semangat 46 lah akhirnya PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. umno memang mahu PAS kembali sendirian seperti tahun 1986 barulah hati mereka puas dan ketika itu percayalah isu Kerajaan Perpaduan sudah tiada lagi jika PAS kalah teruk kerana bersendirian. Jangan gundah gulana bila tewas dalam prk Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau. Inilah masa sepatutnya kita lebih kuatkan ukhuwah Pakatan Rakyat dan tidak ada lagi pemimpin seperti Azmin Ali yang buat kenyataan yang boleh merosakkan ikatan Pakatan Rakyat. Kalau pemimpin lain buat kenyataan seperti Azmin, sah akan dicop sebagai 'Trojen Horse" dalam Keadilan tetapi tak mengapalah sebab Azmin....syyyy.. diam Azmin dah mai... Ayuh....buang yang keruh...ambil yang jernih..kuatkan semangat ukhuwah dalam Pakatan Rakyat, kembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 07 Mar 2011 04:21 PM PST Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan berhubung keengganan badan itu meluluskan permohonan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik yang sah. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS kerana dilihat sering melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama dalam isu penggunaan lambang parti. "ROS patut memberikan penjelasan kalau ada halangan, peraturan tak lengkap dan sebagainya sehingga tak membolehkan mereka luluskan (pendaftaran Pakatan Rakyat). Mereka kena beritahu dan kemudian kita akan perbetulkan. Soal niat dan hasrat kita untuk mendaftar telah kita kemukakan secara rasmi. Bola di kaki ROS," kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi. Menurut Saifuddin, pendaftaran itu telah dilakukan sejak 2009, namun sehingga kini ROS masih berdiam diri sedangkan SPR pula memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat supaya ia didaftar sebagai sebuah entiti politik. "Ada dua isu sebenarnya, satu ialah pendaftaran dengan ROS, satu lagi pendaftaran dengan SPR. Parti politik tak daftar dengan SPR, kita cuma daftar lambang. Daftar dengan ROS telah kita buat dua tahun di mana pengerusi penaja kita ialah Zaid Ibrahim (bekas Pengerusi KEADILAN Wilayah persekutuan). "Untuk membolehkan lambang bersama didaftarkan, mesti lah kita wujud sebagai entiti bersama yang sah dan itu lah yang kita sedang usahakan dengan ROS," katanya. Menurut Saifuddin, terdapat dwistandard dalam amalan ROS kerana tidak meluluskan Pakatan sebagai sebuah entiti ketika permohonan itu diuruskan Zaid, tetapi apabila Zaid mendaftarkan Parti KITA, ROS meluluskannya dalam masa sebulan. "Kita ada satu keadaan di mana di satu sisi ROS diam terhadap permohonan kita, di satu sisi SPR menekan kita untuk mendaftar kononnya kita menyalahi peraturan pilihan raya selama 16 pilihan raya. Tetapi SPR juga diam dalam soal penggunaan jentera kerajaan, pengumuman bantuan dana kerajaan dan sebagainya,"ujarnya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Download "Buku Jingga" dalam 4 bahasa Posted: 07 Mar 2011 04:12 PM PST You can download the Buku Jingga, now in 4 languages:- English, Bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan