Kelab Greenboc |
- WASPADA: Budak Kecil Maut Tersepit Meja Lipat
- "Undi PAS Masuk Syurga" - TG Nik Aziz Mahu Temu Harussani
- Hamil Bukan Sebarang Hamil, Wanita 'Hamil' Tin Susu
- Bahan Bukti Pihak Pendakwa Kes Anwar Ditolak
- Lagi Kereta Terbakar, 2 Beradik Rentung
- Pelajar Nak Letupkan Sekolah, Menteri Pelajaran Perlu Letak Jawatan
- 34 Kereta Remuk Dihempap Pokok Tumbang Akibat Hujat Lebat
- Daphne Telah Peluk Islam Dan Bersuami, Darren & Bekas Suami Daphne Berdamai
- Malang Tak Berbau: Temui Ajal Selepas Sehari Bertunang
- ‘Kalah’ Melawan Al-Quran, Dr Jeffrey Lang Menerima Islam
- "Pelajaran Seks" Keterlaluan Bangkitkan Kemarahan Rektor Universiti
- Macam "Gempa Bumi" Landa Rumah Saya - Hotimah
- Menteri Jerman Dikecam Dakwa Islam Bukan Sebahagian Jerman
- Perbankan Internet: Pelajar Perempuan & 6 Mat Afrika Ditangkap
- Kalau Tak Pangkah BN, Bantuan Ditarik Balik
- [Bergambar] Pemberontak Libya Tembak Jatuh Pesawat Sukhoi
- Bekas Penari Dedah Kehidupan Mewah Anak Gaddafi
WASPADA: Budak Kecil Maut Tersepit Meja Lipat Posted: 08 Mar 2011 12:45 AM PST Senai – Seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui dalam keadaan terkulai akibat lehernya tersepit pada meja lipat di luar rumahnya di Jalan Damai 9, Taman Damai, di sini, kelmarin. Siti Nor Haiza Habibu Rahman, 4, yang sudah tidak bernyawa ketika diangkat ibunya, dipercayai bermain dengan meja tersebut seorang diri di luar rumah. Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, ketika kejadian beliau buat kerja di dalam rumah. "Selepas waktu makan saya terus masuk ke bilik dan tidur kira-kira jam 3.30 petang. Selalunya Nor Haiza tidur dengan saya tetapi pada hari itu dia begitu asyik mewarna bersama kakaknya. "Setelah terjaga daripada tidur saya terus siapkan pakaian Nor Haiza untuk dihantar ke rumah neneknya yang menjaganya ketika saya bekerja," katanya. Menurutnya, beliau menyedari kejadian yang berlaku apabila anak lelakinya, 11, yang pulang daripada padang bola memanggilnya supaya melihat keadaan Nor Haiza yang tersepit di luar rumah, kira-kira jam 5.30 petang. "Anak lelaki saya pulang ke rumah apabila rakannya memberitahu ternampak Nor Haiza tersepit di luar rumah. Jadi dia segera pulang untuk memberitahu saya. "Saya bergegas ke luar dan terkejut dapati keadaan Nor Haiza yang tidak sedarkan diri dan lehernya tersepit pada meja lipat. "Ketika itu keadaan badannya sudah kebiru-biruan manakala anak matanya hanya memandang ke atas. Saya segera mengangkatnya keluar daripada meja berkenaan dan terus bawanya ke hospital," katanya. Jumaliah yang berasal dari Sabah berkata, beliau tidak menyangka meja usang yang sudah dibuang itu akhirnya meragut nyawa anak kesayangannya. "Saya buang meja itu di belakang rumah tetapi anak saya bawa meja itu ke halaman rumah untuk bermain. "Saya marah dan minta mereka buang semula meja itu. Tidak sangka meja jadi penyebab kematian anak bongsu saya," katanya. Katanya, beliau terkilan apabila tidak dapat memenuhi permintaan Nor Haiza yang memintanya membelikan permainan ketika dia dan anaknya itu ke kedai runcit berhampiran beberapa hari lalu. "Dia merengek dan minta saya belikan permainan itu tetapi saya tidak membelinya kerana ingin menghadiahkan permainan yang lebih baik di kedai lain. "Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir Nor Haiza Saya berhasrat untuk membeli permainan itu selepas ini dan menghadiahkan kepada keluarga yang mempunyai anak seusia Nor Haiza," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Mangsa dibawa ke Hospital Kulai dan disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas. "Bedah siasat dijalankan malam kelmarin dan punca kematian disebabkan asphyxia," katanya. -SH |
"Undi PAS Masuk Syurga" - TG Nik Aziz Mahu Temu Harussani Posted: 08 Mar 2011 12:22 AM PST Nik Aziz mahu jumpa mufti Perak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Gambar: Poster fitnah UMNO BN tertera perkataan "Undi PAS Masuk Syurga" dengan gambar TG NikmAziz sewaktu pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau. Surat yang dihantar pagi tadi itu antara lain mahu mufti Perak itu menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'. Tulisan mufti itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac lalu, iaitu hari pengundian bagi pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kerdau dan Merlimau. "Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011. "Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook hari ini. Kedua-dua tokoh itu sering bercanggah pendapat berhubung isu agama dan jika pertemuan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ini adalah kali pertama berlaku mereka akan duduk semeja. Beri respon "Semoga beliau memberikan respon,"kata Nik Aziz lagi. Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak juga telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara yang sama. Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menjayakan pertemuan tersebut. Menurut Pemuda PAS Perak, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam. Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka. Pemuda PAS Perak juga sebelum ini antara yang tidak senang dengan beberapa pandangan mufti itu khususnya dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. -mk
|
Hamil Bukan Sebarang Hamil, Wanita 'Hamil' Tin Susu Posted: 07 Mar 2011 11:05 PM PST Kuantan – Rahsia seorang wanita mengandung yang keluar masuk sebuah pasar raya di Jalan Gambang, dekat sini, terbongkar apabila dia didapati sedang 'hamil' tin susu curi, kelmarin. Gambar fail. Lebih mengejutkan, penyelia wanita pasar raya terbabit yang juga pengadu mendakwa, dalam kejadian itu, sebanyak 308 tin susu berharga kira-kira RM6,000 lesap dipercayai angkara suspek dan kumpulannya. Cubaan menahan wanita itu gagal apabila beberapa lelaki dipercayai rakan subahatnya campur tangan sehingga berlaku pertengkaran sebelum mereka larikan diri dengan dua kereta. Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, pengadu berusia 31 tahun dakwa 10 orang, terdiri daripada lima lelaki dan lima wanita, dengan seorang daripada mereka berlagak hamil. Menurutnya, sebelum kejadian, penyelia itu sudah perhatikan suspek bersama sembilan rakannya ketika masuk premis kira-kira jam 10.50 pagi. "Mondus Operandi (MO) digunakan kumpulan itu agak licik sehingga nyaris mengaburi mata pekerja premis terbabit. "Mereka berlagak seperti pelanggan dengan membawa bakul sambil berlegar-legar dalam premis berkenaan manakala perempuan mengandung itu sibuk memilih susu," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam. Noor Asyikin berkata, bagaimanapun tindak tanduk wanita itu yang keluar masuk premis beberapa kali tanpa membeli barangan menimbulkan syak penyelia terbabit sebelum mengarahkan pekerjanya membuat pemeriksaan. "Hasil pemerhatian seorang pekerja mendapati wanita itu cuba menyorok beberapa tin susu tepung ke dalam bajunya sebelum keluar dan masuk kembali. "Pengadu bertindak menahan wanita itu ketika cuba keluar daripada pasar raya itu, bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan menolak penyelia itu hingga cermin matanya jatuh," katanya. Menurutnya, suspek turut memijak cermin mata pengadu hingga pecah lalu tercetus pertengkaran. "Beberapa lelaki tampil campur tangan apabila cuba mempertahankan perempuan mengandung itu sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada penyelia terbabit," katanya. Beliau berkata, menyedari perbuatan jenayah mereka terbongkar, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki dua kereta. "Polis percaya kumpulan penyamun terbabit menggunakan taktik wanita mengandung bagi mengaburi mata orang awam sebelum melakukan jenayah. "Polis kini sedang memburu semua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya. -SH |
Bahan Bukti Pihak Pendakwa Kes Anwar Ditolak Posted: 07 Mar 2011 10:10 PM PST Hakim tolak tiga barangan sebagai bukti Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah. "Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya. Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima. Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi. Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok. Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti. Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak. Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'. Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan. Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini. -mk
Ulasan GB kereta Anwar telah dihalang oleh beberapa kereta tidak bertanda dan kereta polis dengan 10 hingga 15 anggota komando yang memakai penutup muka dan bersenjatakan mesingan "Sankara yang duduk di kerusi depan, telah bertanya kepada Supt Ahmad Taufik Abdullah tentang penangkapan tersebut, tetapi pegawai itu menjawab dia hanya mengikut arahan menangkap Anwar. Kedua-dua perkara di atas jelas menunjukkan penahanan secara tidak sah ke atas Anwar. Malah polis-polis bertopeng yang menjalankan tugas "mengikut arahan" yang menyalahi undang-undang itu sepatutnya ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang. |
Lagi Kereta Terbakar, 2 Beradik Rentung Posted: 07 Mar 2011 09:19 PM PST Kuala Lumpur: Dua beradik lelaki berusia 20 dan 26 tahun rentung bersama apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 57.5, Jalan Klang menghala Teluk Intan-Tanjung Karang, di sini, pagi semalam. Gambar: KEADAAN kereta yang terbabit dalam nahas jalan raya di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang, semalam. - Foto Suzaini Sulaiman Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Mohd Fauzan Mohd Ayob dan abangnya, Khairul Amri maut di tempat kejadian manakala pemandu lelaki kenderaan pacuan empat roda berusia 30-an hanya mengalami kecederaan ringan. Difahamkan, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Selangor selepas menghadiri kursus pegawai pertanian di Tanjung Karang, dua hari lalu. Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, kereta Proton Wira yang dipandu Khairul Fahmi dikatakan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum merempuh pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan. "Bagaimanapun, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di laluan bertentangan gagal mengelak dan merempuh kereta yang dinaiki mangsa menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar. "Dua beradik itu gagal menyelamatkan diri dan terperangkap dalam kenderaan terbabit, namun pemandu pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan berjaya keluar daripada kenderaan sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi, semalam. Ismail berkata, kedua-dua mangsa yang maut dan pemandu yang cedera dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
Pelajar Nak Letupkan Sekolah, Menteri Pelajaran Perlu Letak Jawatan Posted: 07 Mar 2011 08:15 PM PST Kuala Lumpur: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan 'bom' buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam. Tindakan ala 'MacGyver' itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran. Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran. "Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka," katanya. Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian. "Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan," katanya. Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan. Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian. "Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan," katanya. Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah. Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu. "Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan. "Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil," katanya. -hm Ulasan GB Mutakhir ini, pelbagai kes yang melibatkan guru dan murid sehingga ke tahap membimbangkan para ibu bapa. Daripada guru disiplin dilaporkan meraba pelajar perempuan, sekumpulan pelajar menarik keluar dan membelasah rakannya di hadapan guru, kini ada pelajar yang mencipta bom untuk mengebom sekolah - kesemuanya mengarah kepada kegagalan sistem pelajaran dan kementerian pelajaran sendiri di dalam membentuk saksiah guru dan pelajar menjadi golongan yang akademis dan berakhlak mulia. Menteri Pelajaran yang juga TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin TERBUKTI gagal sebagai seorang Menteri Pelajaran. Begitu juga Mohd Puad Zarkashi sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Keterlaluan di dalam politiking dengan memainkan angka peruntukan jutaan ringgit, sibuk siang-malam menghentam PAS, sehingga mengabaikan aspek-aspek fundamental objektif, missi dan vissi kementerian sendiri yang sepatutnya diberikan keutamaan. Adalah wajar menteri berkenaan meletakkan jawatannya. |
34 Kereta Remuk Dihempap Pokok Tumbang Akibat Hujat Lebat Posted: 07 Mar 2011 06:30 PM PST Kuala Lumpur: Sebanyak 34 buah kereta remuk setelah dihempap pokok ekoran hujan lebat dalam dua kejadian berasingan di tempat letak kereta swasta di Jalan Tun Razak di sini, Isnin. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian pertama berlaku berhampiran dengan Wisma Time di Jalan Tun Razak di mana 30 kereta remuk apabila lima pokok termasuk empat pokok besar tumbang dan menghempap kereta yang dipakir di situ pada pukul 5.30 petang. Pada masa yang sama empat kereta remuk apabila sebatang pokok besar di tempat letak kereta swasta berhampiran bangunan Bank RHB, yang terletak seberang jalan Wisma Time, tumbang dan menghempap kereta tersebut, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin. Beliau berkata, seramai 20 anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang itu sejak pukul 5.50 petang hingga 9 malam ini. - BERNAMA |
Daphne Telah Peluk Islam Dan Bersuami, Darren & Bekas Suami Daphne Berdamai Posted: 07 Mar 2011 05:36 PM PST Darren Bebas Saman Bekas Suami Daphne Iking Selepas Mohon Maaf KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Besar Adidas, Darren Choy Khin Ming pada Isnin, membuat permohonan maaf terbuka kepada bekas suami Daphne Iking kerana memikat pelakon dan pengacara tersebut semasa masih bergelar isteri. Permohonan maaf Darren, 45, ditujukan Ryan Chong Yiing Ming, 33, yang merupakan seorang ahli perniagaan. "Saya dengan ini memohon maaf dengan seikhlas hati kepada Ryan, ibu bapanya dan seluruh keluarga beliau," kata Darren menerusi satu kenyataan yang dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini. Selain itu, Darren turut mengakui bahawa hubungannya dengan Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Elenor Iking, 33, telah mengaibkan dan memalukan Ryan dan seluruh ahli keluarga beliau. "Saya kesal dengan isu yang dibangkitkan oleh peguam saya dalam sesi soal balas yang mungkin telah merosakkan dan memusnahkan reputasi Ryan dan ahli keluarganya," kata Darren. Pada kenyataan tersebut, Darren juga menyatakan bahawa beliau bukanlah bapa kandung kepada anak Daphne, iaitu Isobel Denielle Iking Chong, yang berusia tiga tahun. Beliau juga turut menarik semula tiga kenyataan yang menyentuh peribadi Ryan pada perbicaraan lalu, iaitu: - Ryan telah membuat berjanji untuk memberikan wang kepada seorang wanita warga China bagi merahsiakan hubungan mereka. - Ryan telah berjanji untuk memberikan wang kepada Daphne sekiranya bekas pengacara rancangan The Breakfast Show itu setuju untuk berkahwin dengan beliau. - Ryan telah dijanjikan akan mewarisi harta pusaka datuknya. Dengan permohonan maaf itu, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ryan memaklumkan bahawa pihaknya berhasrat untuk menarik semula saman peribadi yang difailkan terhadap Darren. Tindakan tersebut mendapat pujian daripada Majistret Engku Rashdi Engku Abdillah yang berkata: "Inilah yang diharap-harapkan. Saya rasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak." Beliau kemudiannya melepas dan membebaskan Darren daripada pertuduhan memikat Daphne dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya. Kesalahan itu didakwa dilakukan Darren antara bulan Julai dan September 2008, di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini. Pendakwaan terhadap Darren dikendalikan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pada perbicaraan lalu, Darren diwakili peguam-peguam Datuk Jagjit Singh dan Akbardin Abdul Kader. Kes ini difahamkan yang pertama di negara ini dan pada perbicaraan lalu, seramai empat orang saksi telah memberi keterangan. Sementar itu, Darren semasa ditemui di luar mahkamah menyifatkan penyelesaian itu sebagai situasi menang-menang. "Tiada lagi perasaan salah faham dan perkara ini diselesaikan secara tertib," katanya yang turut dilihat bersalaman dengan Ryan. Ulasan GB Darren Choy Khin dan suami Daphne Iking, Ryan Chong Ying Ming akhirnya terpaksa pasrah. Masing-masing gagal untuk merebut Iking yang kini telah pun memeluk Islam dan hidup bahagia di samping suaminya, Azmi Abdul Rahman. Tiada apa yang hendak direbutkan lagi. |
Malang Tak Berbau: Temui Ajal Selepas Sehari Bertunang Posted: 07 Mar 2011 04:32 PM PST Kuala Pilah: Sungguh menyayat hati apabila seorang gadis yang baru mengikat tali pertunangan kelmarin, menemui ajal bersama dua ahli keluarga lain selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Batu Kikir di sini, semalam. Sebelum kejadian, Sharifah Saodah Mohd Nazir, 22, yang memandu Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felcra Lakai, Simpang Durian, Jelebu, dekat sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang. Turut bersama mangsa kakaknya, Norhashikin Mohd Nazir, 27, dan anak saudaranya, Natasha Amirah Isa, 6, dan Mohd Iskandar Fahmi, 3. Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh sebuah bas sekolah dari arah bertentangan. Rempuhan kuat itu menyebabkan Sharifah Saodah mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Norhashikin dan Natasha yang cedera parah turut menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Juaseh, dekat sini. Mohd Iskandar pula hanya patah kaki kanan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Seremban, untuk menerima rawatan lanjut. Difahamkan, tiga bersaudara itu baru pulang selepas mengambil motosikal Suzuki Panther milik suami Norhashikin, Isa Rahmat, 32, yang sudah dibaiki, berhampiran bandar itu. Malah, lebih memilukan apabila Isa yang menunggang motosikal itu berada beberapa kilometer dari kereta yang turut membawa isterinya. Isa berkata, hanya Allah tahu isi hatinya apabila diberitahu kejadian yang menimpa isteri dan saudaranya yang lain kira-kira jam 3 petang. "Panggilan dibuat seorang ahli keluarga itu memaklumkan isteri, kakak dan anak saudara sudah meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan," katanya ketika ditemui Bilik Mayat Hospital Kuala Pilah di sini, semalam. Sementara itu, kakak ipar Norhashikin, Aslinda Muhamad, 33, berkata, dia terkejut apabila menerima khabar sedih yang meragut tiga nyawa insan kesayangannya itu. Menurutnya, semua mangsa datang ke rumahnya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka, kira-kira jam 10 pagi semalam, namun mereka tidak sempat berbual panjang. "Ketika itu, ibu mentua saya, Nurhidayah Awang, 50, baru saja tiba di rumah selepas mengetahui menantu serta dua cucunya itu datang dari Simpang Durian. "Saya melihat dia (Norashikin) beria-ria mencium kedua-dua pipi ibu mentua saya sambil ketawa. "Dia kemudian memberitahu mahu segera pulang kerana ada benda mahu diselesaikan di kampung dan takut tidak dapat berjumpa lagi," katanya yang tidak menyangka ia petanda mangsa akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya. -hm |
‘Kalah’ Melawan Al-Quran, Dr Jeffrey Lang Menerima Islam Posted: 07 Mar 2011 03:41 PM PST Sejak kecil Dr Jeffrey Lang dikenali dengan sifat ingin tahu. Beliau kerap menanyakan logiknya sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional. "Ayah, ayah percayakah syurga itu wujud?" tanya Jeffrey sewaktu ia kecil kepada ayahnya tentang kewujudan syurga, ketika kedua-duanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai. Bukan suatu kejutan jika kelak Jeffrey Lang menjadi profesor matematik, sebuah wilayah dimana tak ada tempat selain logik. Ketika menjadi siswa tahun terakhir di Notre Dam Boys High, sebuah sekolah Katholik, Jeffrey Lang memiliki beberapa penolakan rasional terhadap keyakinan akan kewujudan Tuhan. Perbincangannya dengan pendita sekolah, orangtuanya, dan rakan sekelasnya tak juga mampu memuaskannya tentang kewujudan Tuhan. "Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!" kata ayahnya ketika ia membantah kewujudan Tuhan di usia 18 tahun. Ia akhirnya memutuskan menjadi atheis pada usia 18 tahun, yang berlangsung selama 10 tahun ke depan selama menjalani kuliah S1, S2, dan S3, hingga akhirnya memeluk Islam. Adalah beberapa ketika sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami satu mimpi. Berikut penuturan Jeffrey Lang tentang mimpinya itu: Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa sebarang perabot. Tak ada apa pun di tembok ruangan itu yang berwarna putih kelabu. Satu-satunya 'hiasan' adalah karpet berpola dominan merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu. Kami membentuk deretan. Saya berada di deret ketiga. Semuanya lelaki, tak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap arah jendela. Terasa asing. Saya tak mengenal seorang pun. Mungkin, saya berada di sebuah negara lain. Kami menunduk serentak, muka kami menghadap lantai. Semuanya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Kami serentak kami kembali duduk di atas tumit kami. Saat saya melihat ke depan, saya sadar kami dipimpin oleh seseorang di depan yang berada di sisi kiri saya, di tengah kami, di bawah jendela. Ia berdiri sendiri. Saya hanya dapat melihat sekejap bahagian punggungnya. Ia memakai jubah putih panjang. Ia mengenakan selendang putih di kepalanya, dengan corak merah. Ketika itulah saya terbangun. Sepanjang sepuluh tahun menjadi atheis, Jeffrey Lang beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Bagaimanapun, ia tak terganggu dengan mimpi itu. Ia hanya merasa nyaman tatkala terjaga. Sebuah perasaan nyaman yang aneh. Ia tak tahu apa itu. Tak ada logik di sebalik itu, dan kerananya ia tak peduli sekalipun mimpi itu berulang. Sepuluh tahun kemudian, saat pertama kali memberi kuliah di University of San Fransisco, dia bertemu murid Muslim yang mengikuti kelasnya. Tak hanya dengan murid tersebut, Jeffrey pun tak lama kemudian menjalin persahabatan dengan keluarga murid itu. Agama bukan menjadi topik bahasan tatkala Jeffrey menghabiskan waktu dengan keluarga sang murid. Hingga setelah beberapa waktu salah satu anggota keluarga sang murid memberikan Alquran kepada Jeffrey. Sekalipun tak sedang berniat mengetahui Islam, Jeffrey mulai membuka-buka Alquran dan membacanya. Saat itu kepalanya dipenuhi berbagai prasangka. "Anda tak boleh hanya membaca Alquran, tidak boleh jika anda tidak menerimanya secara serius. Anda harus, pertama, memang benar-benar telah menyerah kepada Alquran, atau kedua, 'menentangnya'," ungkap Jeffrey. Ia kemudian mendapati dirinya berada di tengah-tengah pergelutan yang sangat menarik. "Ia (Alquran) 'menyerang' diri anda secara langsung, begitu personal. Alquran itu akan berdebat, mengkritik, memalukan, sekaligus mencabar anda. Sejak awal ia (Alquran) menggariskan satu garis perang, dan saya berada di wilayah yang bertentangan." "Saya menderita kekalahan yang parah (dalam pergelutan). Dari situ menjadi jelas bahawa 'Penulis' (Alquran) mengenali diri saya lebih baik daripada saya mengenali diri saya sendiri," kata Jeffrey. Ia mengatakan seakan Penulisnya dapat membaca fikirannya. Setiap malam ia menyiapkan sejumlah pertanyaan dan persoalan, namun selalu mendapati jawabannya pada bacaan berikutnya, seiring ia membaca halaman demi halaman Alquran secara berurutan. "Alquran selalu jauh di depan pemikiran saya. Ia menghapus halangan yang telah saya hadapi bertahun-tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya." Jeffrey mencuba melawan dengan keras dengan keberatan dan pertanyaan, namun semakin jelas ia kalah dalam pergelutan. "Saya dituntun ke sudut di mana tak ada lain selain satu pilihan." Saat itu awal 1980-an dan tak ramai Muslim di kampusnya, University of San Fransisco. Jeffrey mendapati sebuah ruangan kecil di basement sebuah gereja di mana sejumlah mahasiswa Muslim melakukan solat. Selesai pergelutan panjang di benaknya, ia memberanikan diri untuk mengunjungi tempat itu. Beberapa jam mengunjungi di tempat itu, ia mendapati dirinya mengucap syahadat. Selesai syahadat, waktu solat dzuhur tiba dan ia pun diundang untuk menyertainya. Ia berdiri dalam deretan dengan para mahasiswa lainnya, dipimpin imam yang bernama Ghassan. Jeffrey mulai mengikuti mereka solat berjamaah. Jeffrey ikut bersujud. Kepalanya menempel di karpet merah-putih. Suasananya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Ia lalu kembali duduk di antara dua sujud. "Saat saya melihat di hadapan, saya dapat melihat Ghassan, di sisi kiri saya, di tengah-tengah, di bawah jendela yang menerangi ruangan dengan cahaya. Dia sendirian, tanpa barisan. Dia mengenakan jubah putih panjang. Selendang (scarf) putih menutupi kepalanya, dengan corak merah." "Mimpi itu! Saya berteriak dalam hati. Mimpi itu, sebijik! Saya telah benar-benar melupakannya, dan sekarang saya tertegun dan takut. Apakah ini mimpi? Apakah saya akan terbangun? Saya cuba memfokus apa yang terjadi untuk memastikan apakah saya tidur. Rasa dingin mengalir cepat ke seluruh tubuh saya. Ya Tuhan, ini nyata! Lalu rasa dingin itu hilang, berganti rasa hangat yang berasal dari dalam. Air mata saya bercucuran." Ucapan ayahnya sepuluh tahun silam terbukti. Ia kini berlutut, dan wajahnya menempel di lantai. Bahagian tertinggi otaknya yang selama ini berisi seluruh pengetahuan dan intelektualitinya kini berada di titik terendah, dalam sebuah penyerahan total kepada Allah SWT. Jeffrey Lang merasa Tuhan sendiri yang menuntunnya kepada Islam. "Saya tahu Tuhan itu selalu dekat, mengarahkan hidup saya, menciptakan lingkungan dan kesempatan untuk memilih, namun tetap meninggalkan pilihan krusial kepada saya," ujar Jeffrey kini. Jeffrey kini professor jurusan matematik University of Kansas dan memiliki tiga anak. Ia menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS: Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); Even Angels Ask (Beltsville, 1997); dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi pembicara di banyak konferensi Islam. Ia memiliki tiga anak, dan bukan sebuah kejutan anaknya memiliki rasa keingintahuan yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari ia ditanya oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, Jameelah, selesai mereka solat Ashar berjamaah. "Ayah, mengapa kita solat?" "Pertanyaannya mengejutkan saya. Tak sangka berasal dari anak usia lapan tahun. Saya tahu memang jawapan yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tak ingin membuang kesempatan untuk berbagi pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selesai menyusun jawaban di kepala, saya memulai dengan, 'Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya'," "Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?" Jameela kembali bertanya. "Sulit menjelaskan kepada anak kecil, sayang. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kami akan mengerti, namun ayah akan coba yang terbaik untuk menjawan pertanyaan kamu." 'Dengar sini, buah hati kesayanganku. Tuhan itu sumber kesemua perasaan kasih sayang, cinta, pemurah dan hikmah terhadap segala keindahan — yang kita alami dan rasai. Seperti matahari sumber cahaya yang kita lihat pada siang hari, Tuhan ada sumber kepada semua ini dan banyak lagi. Justeru, kasih sayang yang ayah rasakan untukmu, adik-adikmu, dan ibumu kesemuanya datang dari Allah. Kita tahu Allah itu Pengasih dan Penyayang melalui segala pemberianNya kepada kita di dalam hidup ini. Tetapi hanya di dalam solat, kita dapat merasakan kasih sayang, pemurahnya Allah, dan nikmat pemberianNya itu di dalam cara yang teramat istimewa, di dalam cara yang amat kukoh. Misalnya, anakku tahu yang ibumu dan ayahmu ini mengasihimu dengan cara kami berdua mengambil berat terhadapmu. tetapi hanya apabila kami memeluk dan menciummu, anakku akan dapat merasakan betapa sayangnya kami terhadapmu. Begitulah tamsilnya, kita tahu Allah menyayangi kita semua dan pemurahnya Dia kerana menjagai kita. Namun hanya pada waktu kita solat, kita dapat merasakan cintaNya itu terlalu benar dan istimewa.' 'Apakah solat itu menjadikan ayah seorang ayah yang lebih baik?' Dia bertanyaku. 'Ayah harap begitu dan ayah harap dapat berfikir begitu, kerana apabila seseorang itu telah "disentuhi" dengan kasih sayang Tuhan di dalam solat, ia terlalu indah dan kukoh, sehinggakan seseorang itu merasakan ingin memperkongsikannya kepada mereka yang ada diskelilingnya, terutama kepada ahli keluarganya. Kadang-kala, selepas penat bekerja seharian, ayah merasa keletihan dan ayah ingin bersendirian. Tetapi jika ayah dapat merasai kasih sayang Allah di dalam solat, ayah akan segera teringat dan melihat ahli-ahli keluarga ayah dan mengingatkan betapa besarnya pemberian Allah menghadiahkan dirimu kepada ayah, dan kesemua cinta dan kasih sayang yang ayah perolehi kerana menjadi ayahmu dan suami kepada ibumu. Ayah tak kata ayah ini seorang yang sempurna, namun ayah percaya ayah tak mungkin menjadi ayah yang baik tanpa solat. Bolehkah diterima hujjah-hujjah ayah itu?' 'Saya faham apa yang ayah maksudkan,' jawab Jameelah. Kemudian dia memeluk saya dan berkata, 'Dan saya sayang sangat kat ayah!' 'Ayah pun sayang padamu.' |
"Pelajaran Seks" Keterlaluan Bangkitkan Kemarahan Rektor Universiti Posted: 07 Mar 2011 07:43 AM PST Chicago — Rektor sebuah universiti Amerika Syarikat berang kerana terdapat "pelajaran seks" yang dinilai keterlaluan diajar di lingkungan kampusnya. Minggu lalu, Rektor Northwestern University di Chicago, Morton Schapiro, sewaktu beliau di Evanston mengatakan, ia "terganggu dan kecewa" setelah mendengar "boneka seks" berupa wanita telanjang digunakan untuk presentasi tentang seks, di luar waktu kuliah, di depan sekitar 100 mahasiswa. Harian lokal, The Daily Northwestern, menyiarkan, peristiwa itu terjadi pada 21 Februari lepas. Sebelum dimulakan presentasi tentang seks itu, para mahasiswa sudah diberi tahu akan pendedahan secara jelas aktiviti tersebut. Profesor psikologi J Michael Bailey, yang mengajarkan "pelajaran seks" itu, tak dapat dihubungi untuk komentarnya. Hanya dalam e-mail-nya kepada para mahasiswa yang juga disiarkan oleh The Daily Northwestern, profesor itu menyatakan bahawa ia menyelenggarakan sebuah pelajaran di luar waktu kuliah secara sukarela (optional), melayani sejumlah ahli penal yang membicarakab berbagai aspek menarik tentang seks. "Sejumlah pengalaman ini mendidik dan menarik, tetapi dalam cara yang tak tradisional," tulisnya. Meskipun niat profesor itu adalah memberikan pelajaran, namun kerana dinilai keterlaluan, rektor pun memerintahkan dilakukannya penyelidikan terhadap insiden ini. - Reuters |
Macam "Gempa Bumi" Landa Rumah Saya - Hotimah Posted: 07 Mar 2011 06:40 AM PST Kuala Lumpur: "Saya sangka gempa bumi melanda kerana dinding rumah runtuh, televisyen serta peralatan lain turut jatuh dan pecah," kata Hotimah Mundari, 43, pembantu rumah warga Indonesia yang ajalnya hanya dipisahkan dengan jarak dua meter selepas sebuah lori simen yang terbabas dan merempuh rumah majikannya di Taman Bukit Anggerik, Cheras, di sini kelmarin. Dalam kejadian di persimpangan Jalan 8/154 dari Taman Len Seng menghala ke Taman Alam Damai, jam 12.30 tengah hari itu, pemandu lori, Ong Heng Sai, 52, mati di tempat kejadian akibat tersepit di celah remukan kenderaan berat terbabit, manakala dua lagi mangsa yang menaiki sebuah PERODUA Kembara, parah. Kejadian berlaku apabila lori simen terbabit dikatakan hilang kawalan di laluan menuruni bukit itu sebelum bergesel dengan sebuah PERODUA Kelisa di depannya menyebabkannya terbabas dan terbalik. Kenderaan berat terbabit kemudian menghempap Perodua Kembara dari arah bertentangan sebelum merempuh tembok rumah teres dua tingkat lot tepi itu dengan bahagian bawah lori melekat pada dinding rumah. Menceritakan detik cemas itu, Hotimah berkata, beliau sedang tidur atas sofa di ruang tamu sebelum terdengar dentuman sangat kuat menyebabkannya terkejut sebelum melihat runtuhan dinding tepi serta depan rumah yang disangkanya gempa bumi. "Ketika itu, saya panik dan tak tahu nak buat apa. Apabila menyelak langsir, barulah saya sedar ada lori besar melekat pada dinding rumah yang jaraknya hanya dua meter dari sofa tempat saya tidur," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Hotimah yang sudah tujuh tahun bekerja di negara ini berkata, ketika kejadian beliau berada di rumah bersama ibu kepada majikannya berusia 77 tahun kerana majikannya itu tinggal di rumah lain di ibu negara. Katanya, selepas kejadian itu, beliau menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang, manakala ibu majikannya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim, berkata sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Jalan Hang Tuah mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan dua mangsa, masing-masing seorang lelaki dan wanita dalam Perodua Kembara yang terbalik dan remuk teruk itu. Namun, usaha mengeluarkan mayat pemandu lori simen berdepan kesukaran walaupun bomba mendapatkan bantuan dua jengkaut kerana mangsa tersepit di bawah kenderaan berat terbabit, sebelum berjaya dikeluarkan empat jam kemudian menggunakan sebuah kren. Beliau turut mengesahkan pemeriksaan mendapati struktur rumah berkenaan masih selamat untuk diduduki walaupun sebahagian dinding depan dan tepi runtuh. Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian termasuk kemungkinan brek lori terbabit mengalami kerosakan. |
Menteri Jerman Dikecam Dakwa Islam Bukan Sebahagian Jerman Posted: 07 Mar 2011 05:28 AM PST Berlin: Menteri Dalam Negeri Jerman yang baru, Encik Hans Peter Friedrich, telah dikecam apabila mengatakan Islam bukan sebahagian daripada negara tersebut walaupun lebih empat juta orang Islam menetap di negara itu. Gambar: Dewan Pusat Muslim : Aiman Mazyek, Dr. Ayyub Axel Köhler, Maryam Brigitte Weiß , Burhanettin Dag, Yakup Tufan. Mengulas kenyataan menteri tersebut, Ketua Dewan Pusat Muslim di Jerman, Encik Aiman Mazyek, berkata terdapat beberapa siri rujukan bersejarah yang unik berkaitan Islam dan dunia Islam di Eropah. 'Tiada siapa yang boleh menafikan sejarah itu. Hari ini, Islam adalah bahagian yang tidak boleh diganti di Jerman,' ujarnya. Sementara itu, hampir semua ahli politik kanan Jerman dari semua parti besar, termasuk Parti Demokrat Bebas (FDP), mengecam Encik Friedrich atas kenyataannya pada Khamis lalu, hanya beberapa jam selepas menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri baru Jerman. Ketua parti pembangkang, Parti Hijau, Encik Cem Ozdemir, yang berketurunan Turkey, berkata kenyataan Encik Friedrich menunjukkan beliau mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai masyarakat Jerman. Kenyataan Encik Ozsemir itu turut disokong oleh rakan partinya, Encik Renate Kuanast, yang menyatakan Islam sudah lama bertapak di Jerman. Sementara itu, Menteri Keadilan, Cik Sabine LeutheusserSchnarrenberger secara terbuka menyuarakan bantahan ke atas kenyataan anti-Islam Encik Friedrich itu. 'Tentu saja Islam adalah milik Jerman,' kata Cik Schnarrenberger yang merupakan ahli kabinet kerajaan FDP. Komen Cik Schnarrenberger itu juga disokong oleh jurucakap dasar domestik FDP, Encik Hartfrid Wolff, yang menegaskan bahawa umat Islam telah menjadi 'sebahagian daripada kehidupan di Jerman sejak beberapa generasi lalu'. -- Agensi. |
Perbankan Internet: Pelajar Perempuan & 6 Mat Afrika Ditangkap Posted: 07 Mar 2011 04:06 AM PST Kuala Lumpur: Seorang pelajar perempuan dari Sarawak dan enam rakan lelakinya dari Afrika mengaut keuntungan jutaan ringgit sejak setahun lalu dengan memperdaya pemegang akaun bank tempatan melalui penipuan perbankan Internet. Modus operandi mereka cukup mudah iaitu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel secara rambang kepada mana-mana individu dengan menyatakan akaun mereka kini digantung sementara kerana masalah teknikal. Mereka kemudian akan meminta mangsa memasukkan nombor akaun dan nombor PIN kononnya untuk mengaktifkan semula atau mengemas kini akaun itu. Sebaik mendapat maklumat penting berkenaan, sindiket terbabit akan segera mengeluarkan wang mangsa. Mangsa hanya menyedari tertipu selepas wang dalam akaun mereka tiba-tiba hilang. Bagaimanapun, tindakan licik sindiket terbabit yang dalam perhatian polis akhirnya terbongkar apabila semua mereka yang menuntut di dua kolej swasta di Puchong ditahan secara berasingan malam Rabu lalu. Menurut sumber, pelajar perempuan berusia awal 20-an, enam lelaki iaitu masing-masing dua warga Tanzania, dua (Nigeria) dan dua (Zimbabwe) berusia pertengahan 20-an yang juga konco pelajar berkenaan turut ditahan. Katanya, semua suspek lelaki memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sebelum aktif menjalankan kegiatan itu. "Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa komputer riba dan kad ATM. Semua suspek diserahkan kepada polis Kontinjen Melaka untuk siasatan lanjut," katanya. -hm |
Kalau Tak Pangkah BN, Bantuan Ditarik Balik Posted: 07 Mar 2011 03:28 AM PST Saya merupakan seorang warga Merlimau, Melaka yang bertugas di Sarawak. Saya sanggup pulang untuk Pilihanraya Kecil Dun Merlimau walaupun menelan belanja yang besar. Majikan saya bertanya kenapa saya perlu pulang ke Merlimau, bukankah ada undi pos? Saya jawab, "Maaf tuan, saya tidak yakin dengan undi pos." Semangat berkobar-kobar kerana PRK tidak sama dengan PRU. Tentu banyak berubah wajah kampung saya. Tepat telahan saya, memang berubah sama sekali! Lori keluar masuk, polis bersimpang siur di jalan raya. Kampung yang dulu aman damai kini tidak ubah seperti medan pertempuran. Bendera berkibaran sehingga menyukarkan saya untuk melihat kenderaan sebelum melintas jalan. Begitu 'panas' keadaan di Merlimau sehingga berkobar-kobar saya memangkah kertas undi, dengan harapan calon pilihan saya juga calon pilihan warga Merlimau. Apabila keputusan PRK diumumkan saya jadi kecewa. Kecewa bukan kerana PAS tewas. Kecewa kerana orang kampung saya, orang Merlimau masih belum berubah, masih belum mahu berubah dan tidak mahu berubah. Pegangan saya dan keluarga tetap condong kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Tetapi tidak dengan orang kampung saya. Mereka terlalu selesa dengan kebendaan, terlalu mudah disogokkan dengan harta benda, dengan jalan tar sekangkang kera, dengan biskut marie sepeket dua. Mereka tidak nampak bagaimana Ketua Menteri tercinta dengan lahap rakus menelan setiap sen ringgit yang terbang di depan mata. Saya cuma pulang untuk tiga hari, tetapi pelbagai kisah menarik yang saya dapat di kampung saya. Jiran saya seorang ibu tunggal anak 7, dengan pendapatan RM400 sebulan, disogokkan dengan jalan tar sehingga ke depan pintu rumah. Tetapi hanya ditabur dengan batu dan pasir, tar pula entah ke mana. Lain pula ceritanya dengan seorang ahli Umno totok, yang rumahnya di sebelah masjid. Sehari sebelum mengundi, rumahnya cantik ditar setiap pelosok halaman. Yang seorang lagi bukan setakat rumah, hingga ke rumah-rumah sewanya juga siap ditar. Ibu tunggal diberi sepeket biskut marie, sekilo gula, dan sekilo tepung gandum dengan pesanan, "Kalau kau tak pangkah BN, semua bantuan ditarik balik." Seorang rakan saya merupakan petugas SPR yang juga pengundi, terpaksa menggunakan undi pos. Yang hairan bin ajaibnya, borang yang ditulis nama dan kad pengenalannya diarahkan supaya dimasukkan sekali dengan kertas undi. Jadi sesiapa pun boleh tahu siapa yang undi siapa. Sudah teluskah SPR? Teringat saya dengan seorang pelakon kelahiran Merlimau yang juga penyokong BN totok. Mungkin sedang berlakon atau mungkin nak menunjuk pada anak-anak dara di sekeliling; dengan nada bongkak dia menjerit, "Lagi-lagi sebut Allah, asyik nak minta tolong pada Allah je, bukannya nak usaha!" Na'uzubillah… bukankah segala usaha kita juga atas kehendak Allah? Semoga dia sempat bertaubat dan semoga kampung Merlimau yang saya sayangi ini tidak dilanda musibah dan mala petaka. Banyak lagi kisah pilihanraya Dun Merlimau ini, tapi pada petugas-petugas jentera pilihanraya tentu sangat maklum. Merlimau merupakan kubu kuat BN, orang-orang Merlimau sangat setia kepada BN. Memang kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk kemenangan PAS di sini. Tapi untuk PRU13, saya berharap sesuatu boleh dilakukan kerana kami, sebagai pengundi Dun Merlimau ini amat mengharapkan perubahan. Mohon ahli-ahli Pakatan Rakyat di sini menyusun strategi untuk menghadapi PRU13. Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah mentaliti pengundi bagi menjamin perubahan di masa akan datang. Insya Allah, karat BN di Dun Merlimau ini akan terhakis akhirnya. -Pengundi Dun Merlimau |
[Bergambar] Pemberontak Libya Tembak Jatuh Pesawat Sukhoi Posted: 07 Mar 2011 02:00 AM PST Ras Lanuf (Libya): Pemberontak Libya dikatakan memperoleh semangat baru apabila berjaya menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Sukhoi buatan Russia yang digunakan tentera regim Muammar Gaddafi ketika ketegangan semakin memuncak sejak Jumaat lalu. Dua mayat juruterbang terbaring di atas pasir di kelilingi serpihan bangkai pesawat dan enjin yang bertaburan. Pesawat pejuang itu terhempas kira-kira satu kilometer dari jalan raya ke Ras Lanuf atau kira-kira 650 kilometer di timur Tripoli. "Pesawat itu ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara kami," kata Kolonel Bachir Al Maghreb, salah seorang pemimpun pemberontak di Ras Lanuf, bandar pelabuhan minyak yang kini sedang dipertahankan oleh tentera Gaddafi sejak Jumaat lalu. Bachir mendakwa salah seorang juruterbang yang maut itu adalah warga Serbia walaupun ada yang mendakwa ia mungkin warga Lebonan atau Syria dan ia menguatkan pendapat bahawa Gaddafi mengupah tentera asing untuk mempertahankan kuasanya. - AFP |
Bekas Penari Dedah Kehidupan Mewah Anak Gaddafi Posted: 07 Mar 2011 01:47 AM PST London - Seorang bekas penari kelab malam, Dafinka Mircheva berusia 21 tahun dan berketurunan Bulgaria mendedakan kehidupan mewah Saadi yang merupakan anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Mailonline kelmarin. Menurutnya, Saadi membayar sebanyak £500,000 (RM2.46 juta) untuk kumpulan Pussycat Dolls membuat persembahan pada hari ulang tahun kelahiran anak Gaddafi itu yang turut dihadirinya. Gadis tersebut berkata, anak Gaddafi yang berusia 31 tahun itu juga menawarkan kokain dan memukul pembantu-pembantunya. Dafinka menyatakan, pembantu-pembantu Gaddafi memberitahunya bahawa Saadi membelanjakan £170 juta (RM837.46 juta) setahun untuk mengembara dengan jet peribadi, menginap di hotel lima bintang, membeli kereta sport, mengupah penari tiang, membeli barang kemas dan pakaian. "Dia selalu mempunyai beg hitam yang mengandungi ribuan wang tunai. "Jika dia (Saadi) mengembara, dia akan menghubungi pihak kedutaan dan kakitangan kedutaan itu akan menghantar lebih banyak wang ke hotelnya," kata gadis tersebut. Menurut Dafinka, dia menjalin hubungan dengan Saadi selepas mereka bertemu pada 2004. Anak Gaddafi itu memberikannya hadiah. Dia yang sudah beristeri masih mahu melamar Dafinka. Saadi merupakan bekas pemain bola sepak profesional di liga Itali. Selepas berkenalan, Saadi memberikannya barang kemas Bulgari bernilai £20,000 (RM98,525), subang, sebentuk cincin dan rantai leher dihiasi berlian. Pada 2005, dia bersetuju untuk keluar dengan anak Gaddafi itu. Mereka menonton filem Four Brothers di sebuah pawagam di Champs-Elysees, Perancis. Dafinka berkata, semasa mereka berkenalan, dia berbual dengan anak Gaddafi itu di dalam sebuah bilik peribadi tetapi tidak pernah diminta menanggalkan pakaian semasa dirinya menjadi penari di sebuah kelab malam. Menurutnya, semasa dia menemuinya pada tahun lalu, Saadi kelihatan enggan berbual mesra. Dafinka berkata, Saadi membelinya pakaian berharga £25,000 (RM123,156). Anak Gaddafi itu dikatakan mempunyai sebuah kereta Bugatti Veyron bernilai £1 juta (RM4.92 juta). "Kali terakhir saya melihatnya ialah pada November lalu. Dengan apa yang berlaku di Libya, kemungkinan saya tidak akan melihatnya lagi," katanya. Libya kini dilanda pergolakan apabila sejumlah rakyat menentang pemerintahan Gaddafi dan mereka menuntutnya meletakkan jawatan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan