Selasa, 1 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Anwar ditahan di 'kandang haiwan' dakwa Karpal

Posted: 01 Mar 2011 01:14 AM PST

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah TinggiKuala Lumpur bahawa pihak polis hanya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.

NONETimbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur DSP Yahya Abd Rahman (kiri) berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dibekalkan dengan barangan yang sama ketika beliau ditahan dilokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai, 2008.

Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK berkenaan.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adakah tahanan lain bersama Anwar di dalam sel lokap sama pada hari itu, Yahya berkata hanya Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.


Beliau berkata Anwar telah dibawa keluar pada keesokkan hari (17 Julai 2008) dan beliau telah mengarahkan dua anggota polis untuk mengunci sel berkenaan.

NONESaksi pihak pendakwaan ke-17 itu juga memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan dari luar sel selepas itu, mendapati ada sebotol air mineral, tuala dan berus gigi di dalam bilik itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang merujuk kepadagambar-gambar yang diambil di sel berkenaan seolah-olah seperti kandang haiwan, Yahya berkata keadaan itu adalah kerana bangunan sudah lama.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh Nordin, saksi itu berkata bilik sel memang dibersihkan dan ia nampak kotor disebabkan catnya sudah meluntur.

NONEUntuk satu soalan lain oleh Karpal adakah kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di tingkat 7 banguan itu, Yahya berkata kamera tersebut memang ada dipasang tetapi tidak berfungsi.

Karpal juga menanyakan secara bertalu-talu siapakah sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar.

Karpal: Siapa arahkan DSAI dimasukkan ke dalam lokap?

Yahya: Tak pasti.

Karpal: Pegawai atasan ataupun arahan sendiri? Nyatakan dengan tepat arahan siapa?

Yahya: DSP Judy Blacious Pereira.

Karpal: Bila arahan itu dibuat?

Yahya: Sewaktu berbincang selepas penahanan Anwar, di bilik mesyuarat D9.

Karpal: Anwar tidak dibekalkan katil, bantal dan selimut, kenapa tidak, beliau adalah manusia bukan?

Yahya: Memang tidak dibekalkan, itu merupakan amalan standard untuk semua tahanan.

Karpal: Adakah semua balai di negara ini tidak membekalkan katil, selimut dan bantal?

Yahya: Saya tidak boleh menjawab.

azlanAnwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sebelum itu, Ketua Bahagian CSI Makmal Polis Diraja Malaysia di Cheras Supt Hamidon Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa dua unit di Kondominium Damansara pada 17 Julai 2008.

Katanya, beliau telah menemui sehelai bulu di unit 11-5-1 dan seterusnya telah merampas satu karpet dan satu selimut tebal.

NONEKetika disoal oleh Nordin kenapa beliau mengambil bahan-bahan bukti berkenaan, Hamidon berkata ia untuk tujuan penganalisaan DNA.

Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diminta menyiasat sel lokap di mana Anwar ditahan dan telah menemui sehelai rambut, berus gigi, sehelai tuala kecil di atas lantai.

Hamidon berkata, sebotol air mineral berjenama cactus di atas tembok berhampiran dengan tandas lokap.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung petang ini.

- Bernama



Rentetan Perbicaraan Liwat 2 Hari Ini

Posted: 28 Feb 2011 09:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah 2 hari ini dijangka menyaksikan pihak pendakwa akan berusaha mengaitkan sampel DNA lelaki Y adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sampel DNA itu diperolehi daripada botol air minuman, berus gigi dan tuala yang mengaitkan ia dengan 'Lelaki Y' berdasarkan keterangan tiga saksi sebelum ini, namun pihak pendakwa tidak mendedahkan dari mana sampel itu diambil.

Hari ini mahkamah memanggil beberapa lagi saksi pendakwa termasuk Pegawai Siasatan kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman.


Dalam sesi soal balas yang dilakukan pihak peguam bela setakat ini, pertanyaan terhadap Yahya menjurus kepada penahanan Anwar ketika dilokap Bukit Aman pada 16 Julai 2008, di mana kemungkinan DNA Anwar diambil pada masa itu.

Mahkamah turut diberitahu keadaan lokap yang sangat menyedihkan, termasuk keadaan tandas yang kotor- menyebabkan peguam Anwar, Karpal Singh menyifatkan keadaan itu tidak ubah seperti 'kandang haiwan'.

DSP Yahya juga memberitahu Anwar tidak dibekalkan dengan sebiji bantal meskipun tertuduh itu ada mengadu mengalami sakit belakang. Lebih mengejutkan DSP Yahya sendiri tidak mengetahui siapa yang memberi arahan penahanan Anwar.

Perbicaraan di mahkamah kini sedang berhenti rehat dan akan bersambung semula pada jam 2.45 petang dengan DSP Yahya menyambung keterangannya. Berikut kronologi perbicaraan setakat ini:


9.15 pagi – Perbicaraan bermula. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suami tiba di mahkamah.

9.16 pagi – Jurufoto dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Lans Korporal Hasri bin Hassan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa. Berusia 32 tahun, Hasri mula bertugas dengan Polis DiRaja Malaysia sejak Mac 2001.

9.20 pagi – Beliau mengecam 14 keping gambar yang diambil dalam lokap antaranya lokasi dalam sel lokap, berus gigi, tuala putih 'Good Morning' serta sehelai bulu.

9.27 pagi – En Amidon Adnan, 60 tahun, bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman dipanggil memberi keterangan. Menurutnya, sepanjang bertugas bersama pasukan polis sejak 1976, beliau sudah memberi keterangan di mahkamah tidak kurang daripada 900 kali.

9.35 pagi – Menurutnya, beliau 'merampas sehelai bulu dari unit 11-5-1 Desa Damanasara, sebidang karpet sutera China dan sehelai selimut duvet berjenama 'Pasaya' dari unit 11-5-2.

10.11 pagi – Peguam Anwar, Karpal Singh membantah permohonan Pendakwaraya untuk menjadikan 'sehelai bulu yang dirampas daripada lokap' di IPK KL sebagai bahan bukti. Karpal mahu perbicaraan dalam perbicaraan jika pendakwaraya mahu meneruskan usaha itu.

Hakim Zabidin menolak permohonan pendakwa raya menjadikan bahan tersebut sebagai bukti sebaliknya ia ditandakan sebagai ID sahaja, dan akan ditentukan kemudian jika pendakwaraya masih mahu menjadikannya sebagai bahan bukti.

10.13 pagi – Inspektor pelatih di Makmal Forensik PDRM Bukit Aman, Inspektor Nor Ayuni Mohd Fuad, memberi keterangan di kandang saksi. Nor Ayuni adalah sebahagian daripada pasukan yang membantu Anidon (bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik PDRM Bukit Aman).

10.33 – Nor Ayuni selesai memberi keterangan. Mahkamah ditangguhkan ke jam 11 pagi.

11.09 pagi – Mahkamah bersidang semula. Pegawai Siasatan Kes Bunuh dan Jenayah Berat D9 IPK Kuala Lumpur, DSP Yahya Abdul Rahman dipanggil memberi keterangan.

11.10 pagi – Dr Badrul Amin tiba di galeri awam mahkamah.

11.15 pagi – DSP Yahya memberi keterangan dengan merujuk buku lawatan lokap D9 yang terletak di Tingkat 7, IPK KL Bukit Aman.

11.16 pagi – Karpal Singh membantah permohonan DPP Noordin Hassan untuk menjadikan buku lawatan lokap tersebut sebagai bukti kerana pasukan peguambela
tidak menerima salinan fotokopi mukasurat yang tercatit waktu DSP Yahya melakukan lawatan rutin beliau ke lokap tersebut

11.19 pagi- Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kelana Jaya tiba di galeri awam.

11.25 pagi – Menurut DSP Yahya, berdasarkan buku lawatan lokap itu, Anwar dibawa ke lokap tersebut pada jam 11.05 malam 16 Julai 2008. Anwar dibawa dari Bilik Mesyuarat D9 sebelum menghabiskan satu malam di lokap pada 16 Julai 2008. Anwar dibenarkan membawa sebotol air mineral bersamanya atas budi bicara DSP Yahya.

11.33 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar dibebas pada jam 8 pagi 17 Julai 2008.
11.43 pagi – Menurut DSP Yahya, lokap yang menempatkan Anwar mempunyai CCTV tetapi ia tidak berfungsi. Menurutnya lagi, sewaktu ia berfungsi, ia digunakan untuk memerhatikan polis yang mengawal lokap.

11.47 pagi – Sewaktu pemeriksaan balas, Karpal menarik perhatian Yahya kepada gambar keadaan lokap yang dirakam pihak polis. Menurut Karpal, lokap tersebut tidak ubah seperti kandang haiwan.

Namun, menurut DSP Yahya, ia memenuhi standard sama yang digunapakai di seluruh negara. Lebih memeranjatkan adalah apabila DSP Yahya membuat pengakuan bahawa beliau tidak pasti siapa yang mengarahkan penangkapan Anwar dilakukan.

"Saya tak pasti siapa arahkan Datuk Seri Anwar dimasukkan ke dalam lokap,"
"Saya tak tahu tapi (peguambela) boleh periksa dengan pegawai penyiasat," kata DSP Yahya.

11.51 pagi – Menurut DSP Yahya, Anwar juga tidak dibekalkan bantal walaupun beliau ada mengadu kepada polis yang beliau mengalami sakit tulang belakang.

11.56 pagi – Hadirin di mahkamah tergelak kecil apabila DSP Yahya yang sebelum ini menyatakan tandas di lokap 'nampak kotor tapi bersih' menukar kenyataannya kepada 'nampaknya kurang bersih' apabila Karpal meminta beliau memberikan pendapatnya tentang keadaan tandas tersebut 'dengan ikhlas'.

11.59 pagi – Mahkamah ditangguhkan ke jam 2.45 petang.


Keadilandaily

Alahai Muhyiddin.. Benda Macam Nie Pun Tak Reti Ker??

Posted: 28 Feb 2011 09:05 PM PST

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.


Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

Pas Sendiri Yang Lakukan Kerja Khianat Ini

Posted: 28 Feb 2011 09:00 PM PST

Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah

Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.

Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.

NONEKereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau.

ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.

Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian.

PRK Merlimau - Presiden PAS minta Ali Rustam jangan angkuh

Posted: 28 Feb 2011 06:32 PM PST

PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk "menawan" Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

"PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.


"Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

"Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

"Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

"Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Cerita Inilah Yang Menyebabkan Umno Sakit Hati Dengan Pakatan Rakyat

Posted: 28 Feb 2011 05:09 PM PST

Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini.

Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur kebelakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, kedatangan pelabur paling ramai itu sekaligus menafikan kenyataan Najib yang mempertikaikan buku jingga yang memaparkan 100 Pakatan Rakyat memerintah berbagai barangan akan diturun atau dikaji semula.


"Tengok apa yang dah kita amalkan menjadi tarikan pelabur yang ramai ke Pulau Pinang. Selangor pula kedua semua itu bukti Pakatan Rakyat tahu memerintah, " tegasnya ketika menyampaikan watikah perlantikan 291 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) seluruh Pulau Pinang di tingkat 5, Komtar semalam.

Baru-baru ini Najib mengatakan pertumbuhan ekononi Malaysia mengembang kembali tanpa menyebut nama negeri berkenaan kerana mungkin memberi kesan pada pemerintahanya terutama dalam suasana pilihanraya kecil di Dewan Undangan (Dun) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.

Najib patut sedar kewibawaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana dapat menambahbaik kelemahan yang ketara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah seperti rasuah, penyelewengan dan mementingkan kroni.

Di Pulau Pinang hasil penjimatan yang BN tidak pernah lakukan ialah Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan kembali wang RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan atasi kemiskinan tegar,

Mulai tahun ini ujar Lim, kerajaan memperluaskan lagi bantuan kepada golongan ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU) dan menaikan elaun JKKK dan setiausahanya.

Bukan itu sahaja elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), Tok Imam, Huffaz dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga diberikan.

"Dulu masa Umno dan BN perintah mereka menindas tidak membantu. Kini rakyat lega kerana kerajaan lebih berhati rakyat, " tambahnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.

Dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T) katanya, memang berjaya dan berharap semua JKKK mainkan peranan menerangkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka memahami hasil tindakan pembaharuan Kerajaan Pakatan yang memerintah.

CAT tambahnya, bukan sahaja menambah ekonomi dan menjimatkan wang rakyat malahan boleh menyakinkan rakyat jika maklumat dicambahkan kepada mereka.

"Saya mahu semua rakyat didedahkan hasil amalkan dalam pemerintahan. Peranan JKKK kena dilipat gandakan, " jelasnya.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/02/ni-mesti-umno-jeles-punya.html#ixzz1FJ1j4pT6

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

Posted: 28 Feb 2011 07:20 AM PST


BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.


"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Muhyiddin Cilok Idea Buku Jingga Pakatan Ra\kyat

Posted: 28 Feb 2011 05:34 AM PST

'Tawaran Baru' Muhyiddin, Cedok Idea Buku Jingga-Abdullah Sani

SHAH ALAM 28 FEB : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.


"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya kepada Tv Selangor.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan lagi ganjaran "tawaran baru" bernilai RM18.4 juta kepada pengetua dan guru, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang melepasi sasaran Bidang Hasilan Utama Nasional (NKRA).

Timbalan presiden Umno itu berkempen bagi calon BN pada pilihan raya kecil Merlimau dan menggunakan kesempatan untuk mengumumkan ganjaran atas kapasitinya sebagai menteri pelajaran.

Kandungan tawaran itu menyebut, seramai 586 pengetua dari seluruh negara bakal menerima ganjaran sebanyak RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.

Skim baru ini sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara, dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menghadapi pilihan raya umum ke-13.

RAKYAT MARHAEN

Bob Lokman 'Serang' Dun Kerdau

Posted: 28 Feb 2011 04:36 AM PST

Setelah muncul di Merlimau sebelum ini, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini turun ke Kerdau dengan misi memenangkan calon PAS Hassanuddin Salim.

Beliau dijadual berada dua hari di DUN itu bagi menarik seramai mungkin sokongan orang ramai, khususnya golongan muda yang berjumlah kira-kira 28 peratus daripada keseluruhan 8,999 pengundi.

Dalam penampilan pertama di majlis jamuan petang dan melawat pasar malam di Desa Murni dalam daerah mengundi Kerdau, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berucap kira-kira 30 minit sebelum bersalaman dengan orang ramai.


Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bila ada kopiah ini lain. Dulu saya buat apa sahaja sebab saya raja lawak. Sekarang bila sudah ada kopiah, lain," katanya sambil disambut gelak ketawa orang ramai, kebanyakannya sudah berumur dan berkopiah.

Hassanuddin turut hadir dalam program itu ketika Bob, 47, sedang berucap dan disambut dengan gurauan juri program jenaka terkenal Raja Lawak musim lalu itu.

"Sama ke?" katanya sambil menunjukkan gambar calon.

Tak perlu sijil Al-Azhar

Dalam ucapannya yang penuh humor, Bob yang terkenal dengan lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan rock Search itu menceritakan, beliau menyertai PAS secara tiba-tiba sejurus selepas keluar daripada pintu Raja Lawak.

"Tak ada sesiapa pengaruh, saya masuk saja," kata anak kelahiran Kuala Krai Kelantan yang juga cicit kepada ulama terkenal nusantara Tok Kenali.

Beliau juga mendedahkan beberapa kali terlibat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi membantu calon BN dan dibayar antara RM2,000 hingga RM3,000 ribu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan itu dibuat secara serius memandangkan hampir separuh ucapannya petang ini diselangi dengan gurauan menyebabkan hadirin tidak kering gusi ketawa.

Bob juga berjenaka dengan menyentuh pelbagai perkara, antaranya bertanyakan penonton sama ada calon BN bernama "Side Effect" (kesan sampingan) dan tidak akan percaya lagi pada Datuk Seri Najib Razak walaupun walaupun perdana menteri berucap "dengan golek kepala".

Bob juga berkata calon PAS sebagai bekas juru ukur tanah patut dipilih sebagai wakil rakyat kerana beliau "tahu keluasan bumi Allah."

"Tak perlu ada sijil daripada (Universiti) Al-Azhar pun," katanya merujuk kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat pengajian dalam bidang agama hingga ke peringkat pengajian tinggi.

“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, ini duit rakyat!” - MB Kedah

Posted: 28 Feb 2011 04:31 AM PST

YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat.

Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.

"Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,


"Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh," katanya.

Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Sewa tiga pesawat hantar pelajar Mesir pulang, duit poket RM500

Lebih 800 pelajar dari pelbagai universiti di Mesir bersama keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan apabila Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan penajaan mereka balik ke Mesir bagi meneruskan pelajaran.

Para pelajar ini pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid disebabkan rusuhan kumpulan penentang kerajaan Mesir bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tempoh hari.

Kegembiraan yang terpancar di wajah para pelajar serta ibu bapa mereka bertambah-tambah apabila YAB Dato' Seri Ustaz Azzian mengumumkan setiap pelajar berkenaan akan menerima RM500 sebagai wang belanja atau duit poket.

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah (Yink) dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Dalam ucapannya YAB Dato' Seri Ustaz Azizan berkata, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ujarnya, Kerajaan Negeri telah menyewa tiga pesawat Egypt Air untuk membawa para pelajar ini dengan empat penerbangan mulai 5 hingga 10 Mac ini. Penerbangan pertama pada 5 Mac ini membawa 224 pelajar diikuti penerbangan kedua seramai 222 pelajar, ketiga 222 pelajar dan selebihnya menerusi penerbangan ke empat.

"Kamu semua balik dan bersiap-siap datang pada 5 Mac ini berkumpul di Wisma Darul Aman dan bertolak dari sini ke KLIA, bye! bye di sini," katanya disambut dengan tepukan kegembiraan seluruh hadirin.

Namun begitu, katanya, para pelajar terbabit hendaklah menunjukkan passport masing-masing kepada pihak pengurusan iaitu Yink bagi memastikan kepulangan mereka adalah menerusi Ops Piramid dan bukan secara kebetulan balik bercuti atau pulang melangsungkan perkahwinan.

Ali Rustam Tiru Gaya Najib Di Sibu

Posted: 28 Feb 2011 04:16 AM PST

Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dianggap sebagai hipokrit apabila meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berkata kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.

"Melihatkan bahawa beliau (Ali Rustam) tidak memahami makna kerajaan dan dalam masa yang sama ini kenyataan yang bersifat hipokrit atau hipokrasi kerana di dalam masa yang sama masih lagi menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi meletakkan pula syarat dalam PRK Merlimau ini, sekiranya BN menang barulah mereka akan membantu rakyat,"katanya.


Menurut beliau, strategi yang digunapakai oleh Ali itu pernah dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu meraih undi pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu.

Namun ujarnya, kenyataan itu akan digunakan sebagai pendekatan kepada PAS untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau.

"Kenyataan yang penuh kebebalan ini menunjukkan bahawa mereka sudah terdesak dan menggunakan pendekatan seperti di Sibu di mana Perdana Menteri telah menyatakan "I'm help you, you help me" dan Ali Rustam pula menggunakan pendekatan seperti itu, saya kira akan memberi kelebihan kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau," tambah beliau.

Katanya lagi, diskriminasi yang ditunjukkan kerajaan Umno-BN ini jelas menujukkan slogan yang dibawa tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat, di mana kebajikan rakyat hanya diberi perhatian menjelang pilihanraya atau pun apabila BN menang di kawasan terbabit.

"Kalau dahulu mereka popularkan slogan Rakyat Didahulukan tetapi dengan kenyataan Ali Rustam ini menunjukkan bahawa sebenarnya slogan itu hanyalah retorik politik yang bertujuan untuk memancing undi tapi tidak diamalkan malah dinyatakan dengan jelas secara terperinci bahawa rakyat hanya akan didahulukan sekiranya BN memenangi pilihanraya,"ujar beliau.

Malam semalam, Ali dalam ceramahnya berkata, beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Tambah Ali lagi, kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan jika rakyat terus memberi sokongan kepada BN.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau. - tvs

Tiada ulasan: