MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- APA PUNYA BANGSAT, MARUAH SETARAF SARDIN ?
- JAWAB HUJAH NAJIB TENTANG RAKYAT DIPERHAMBAKAN
- PENGERUSI SPR PAHANG MENINGGAL DUNIA, SATU KEINSAFAN BERSAMA
- ADA MASALAH, JOM KITA MENGADU PADA BIK MAMA
- ALI RUSTAM MUKA YANG TIDAK TAHU MALU
- BERAHIM ALI MUNGKIN BANGGA JIKA MAHATHIR AKAN SEMBAHYANGKAN JENAZAHNYA NANTI
APA PUNYA BANGSAT, MARUAH SETARAF SARDIN ? Posted: 01 Mar 2011 01:24 AM PST NAJIB jangan ingat semua orang lapar dan menunggu untuk disuap. Rakyat di Kerdau punyai maruah, apatah lagi bagi orang-orang Cina yang kebanyakan mereka lebih tahu berdikari. Diberitakan penduduk-penduduk di kawasan Kerdau telah menerima `ang pau' selepas Tahun Baru Cina. Saya petik berita dari Malaysiakini semalam ; " BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk. Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka. "Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya. Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi. Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin." (Malaysiakini). Sampai bila Bn mahu menganggap rakyat seperti ayam daging yang diberi makan sehingga gemuk, kemudiannya akan disembelih? Lebih malang lagi terdapat rakyat yang suka menjadi ayam daging dan majoritinya Melayu pula. Jika ini lah sikap kita yang begitu mudah diperbodohkan oleh mereka, sampai bila pun kita tidak akan senang. Hanya iman dan takwa sahaja yang boleh mengawal nafsu kita yang terliur dengan umpanan mereka. Tugas PAS dan PR memang berat di dalam mana-mana pilihanraya. Kita berhadapan dengan manusia yang kebanyakannya memilih kesenangan dunia yang sementara. Namun, kita masih mempunyai masa untuk mengubah nasib mereka ini. Kita wajib mengasihani mereka yang dulu, kini dan mungkin akan selamanya menjadi ayam daging kepada sang Penguasa. Selamatkan mereka dari memakan pemberian rasuah walaupun hanya satu tin sardin. /wfauzdin.blogspot.com |
JAWAB HUJAH NAJIB TENTANG RAKYAT DIPERHAMBAKAN Posted: 28 Feb 2011 08:00 PM PST MAKA Najib di dalam akhbar Sinar hari ini pun berkata, " Orang kata kununnya kita perhambakan peneroka. Hamba mana yang ada tanah 10 ekar? Hamba mana yang ada rumah batu atau separuh batu atau sekurang-kurangnya bahagian depan batu?". Begitulah bunyinya hujah Najib, dan saya harap anda semua percaya itu adalah hujah dari PM kita yang selalu kita angap bahawa PM semestinya cerdik itu. Di era moden sekarang ini betulkah ada lagi hamba? Jika Najib beranggapan bahawa seseorang yang mempunyai rumah batu dan mempunyai tanah itu bukan hamba, ertinya masih ada lagi hamba di dalam negara ini? Beranikah Najib beri jaminan bahawa tiada lagi rakyat yang tinggal di rumah papan buruk bahkan tinggal di dalam kotak? Adakah semua rakyat di negara ini mempunyai tanah? Maksud `diperhambakan' seperti yang dimaksudkan oleh Pembangkang itu sebenarnya diputarbelitkan oleh Najib untuk menunjukkan betapa baik dan berkebajikannya pemerintahan Umno/Bn. Tidakkah `hamba' namanya jika seseorang itu ditahan di bawah Akta zalim ISA tanpa berpeluang membela diri? Bukankah diperhambakan rasanya jika hak kita seperti hak peneroka felda diambil? Buktinya, terdapat kes di mahkamah memberi kemenangan kepada Peneroka di dalam menuntut haknya. Itu yang Najib kena faham./wfauzdin.blogspot.com |
PENGERUSI SPR PAHANG MENINGGAL DUNIA, SATU KEINSAFAN BERSAMA Posted: 28 Feb 2011 06:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NSALFATIHAH. Saya sebentar tadi mendapat berita melalui FB Chegubard tentang kepulangan Pengerusi SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff ke Rahmatullah petang tadi di Hospital Temerloh akibat sakit jantung. Saya kemudiannya memohon pengesahan daripada YB Fuziah Salleh MP Kuantan dan juga dari Dato Fauzi, Pengerusi PKR Pahang. Kedua-duanya memberikan pengesahan tentang berita tersebut. Berita tersebut diperkuatkan dengan laporan oleh Pahang Daily sebentar tadi. Apa pun, marilah kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan di dalam golongan orang yang Soleh. Kepada keluarga Allahyarham, kita ucapkan takziah dan menerima ujian Allah ini dengan penuh kesabaran. Gelanggang telah dibuka, tapi takdir menentukan Pengadilnya pergi dahulu. Namun, perjuangan tetap diteruskan. Kematian merupakan yang pasti kepada semua. Pengajaran buat kita apabila mendengar satu-satu berita tentang kematian adalah keinsafan. Kepada yang masih hidup, insaflah sekiranya kita banyak berlaku zalim, tidak adil, dan bersubahat dengan puak yang zalim agar pihak yang benar ditewaskan. /wfauzdin.blogspot.com |
ADA MASALAH, JOM KITA MENGADU PADA BIK MAMA Posted: 28 Feb 2011 09:30 AM PST LAKI bini bongkak dan sombong. Sebelum ini ramai yang mengatakan sememangnya Bik Mama Rosmah lebih berkuasa dari Najib. Rosmah sewaktu melawat sekitar Felda di kawasan Dun Kerdau, beliau menyeru agar pengundi mengundi calon Bn. Untuk menunjukkan hebatnya dia seolah-olah dia Menteri atau lebih dari itu, beliau berkata, "Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya. (Petikan dari Malaysiakini). Mengapa mesti beritahu Rosmah? Pemimpin atau menteri lain tiada `power' kah? Atau, cakap Rosmah mesti ditaati oleh Najib? Mungkin kecut segalanya Wakil Rakyat dari Umno jika mendengar Rosmah berkata begitu. Tidak buat kerja, rakyat akan mengadu dengan Bik Mama. Terpulanglah pada orang Kerdau. Ada otak, fikir lah baik-baik. Jangan kerana wang ringgit dan habuan keduniaan sampai sanggup gadai maruah diri dan agama. Jika Najib dan Bik Mama jahil tentang agama, takkan kita mahu ikut?/wfauzdin.blogspot.com |
ALI RUSTAM MUKA YANG TIDAK TAHU MALU Posted: 28 Feb 2011 06:21 AM PST APABILA membaca kenyataan KM Melaka Ali Rustam di sini, saya tidak dapat menggambarkan betapa ruginya rakyat Melaka mempunyai KM yang sesombong ini. Biar pun nanti KM ini terus diangkat oleh rakyat Melaka sebagai pemimpin mereka hingga kiamat, maka selama itulah rakyat Melaka berada di dalam kerugian yang teramat sangat. Sikap ego, sombong dan bongkak KM ini adalah kerana rakyat Melaka sendiri memberi peluang kepada beliau berkuasa. Beliau akui, sekiranya ada rakyat yang memohon kerja atau memohon jalan, beliau akan mengutamakan penyokong Bn dahulu. Kununnya, keutamaan dan kebajikan harus bermula di dalam rumah. Ertinya, selain dari penyokong Bn di Melaka mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam. Jika mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam, tidakkah malu Ali Rustam meminta cukai dari mereka yang tidak menyokong Bn ini? Wang cukai diminta, tetapi mengaku bukan ahli keluarga. Di mana maruah Ali Rustam? Di mana maruah mereka yang masih menyokong Ali Rustam dan partinya itu? Jika ini lah yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, juga di Selangor, alangkah malang nasib mereka yang menyokong Umno/Bn. Tetapi, ini bukan amalan kita di dalam PR. Jika begini lah pengakuan Ali Rustam, anda sendiri boleh jatuhkan hukum kepada sesiapa yang mengundi parti Ali Rustam ini. Di dalam kenyataannya itu juga, beliau turut meminta rakyat berterima kasih kepadanya. Memang benar, kita wajar berterima kasih kepada sesiapa yang membantu kita. Tetapi jika kita yang membantu seseorang, agama melarang kita untuk menuntut agar orang yang kita bantu itu mengucapkan terima kasih. Sekiranya kita menuntut, ini menimbulkan sifat riak atau bermegah dan menunjukkan tiadanya keikhlasan kita. Di dalam aspek mendidik anak-anak atau murid di sekolah, memang wajar kita mengajar mereka untuk berterima kasih. Pembangunan atau sebarang peruntukan yang disalurkan kepada rakyat di Melaka, adakah datang dari duit poket Ali rustam? Tidak, ia datangnya dari Kerajaan yang mendapat hasil dari cukai semua rakyat di Melaka. Sudahlah duit tidak datang dari poket beliau, tidak malu pula menuntut rakyat agar berterima kasih. Inikah pemimpin yang diharapkan mentadbir Melaka? Nampaknya Ali Rustam semakin tertekan dengan pilihanraya di Merlimau. Justeru itu, beliau seperti orang hilang akal dan pertimbangan dengan mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak berugama. Malang sungguh orang Melaka./wfauzdin.blogspot.com |
BERAHIM ALI MUNGKIN BANGGA JIKA MAHATHIR AKAN SEMBAHYANGKAN JENAZAHNYA NANTI Posted: 28 Feb 2011 01:51 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS SEANDAINYA Islam membenarkan mendoakan agar seseorang itu mati cepat, saya akan memilih untuk mendoakan supaya raja katak Pasir Mas Berahim Ali masuk kubur dulu sebelum saya mendoakan Mahathir. Mereka berdua sejak kebelakangan ini terlampau di dalam membicarakan soal politik dan ugama, sehinggakan mereka lupa kepada diri mereka masing-masing. Kita tidak hairan sekiranya Berahim Ali teramat kasih kepada Mahathir dan Utusan Meloya, kerana tanpa keduanya PERKOSA yang diterajui oleh Berahim raja katak ini tidak akan ke mana. Akhbar PERKOSA dikatakan tidak laku dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan jika ada pun tiada siapa yang berselera mahu menatap akhbar tahap bangkai itu. Sama juga dengan Utusan Meloya yang diberi percuma kepada sebuah sekolah Cina, dipulangkan kembali kerana kaum Cina cerdik untuk menilai mana satu emas dan mana satu bangkai. Semasa Perhimpunan Melayu Perkasa Perak bertempat di Pulau Datuk Sagor baru-baru ini, Berahim Ali menyebut Tuan Guru Nik Aziz tidak layak untuk dibandingkan dengan Mahathir Kutty yang kununnya terlalu banyak berjasa kepada negara. Beliau berkata, tiada apa perubahan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz selama 20 tahun beliau menjadi MB Kelantan berbanding Mahathir Kutty memerintah negara. Betapa punya baghal otak raja katak ini saya pun tidak tahu. Memerintah negara mana mungkin mahu disamakan dengan memerintah sebuah negeri apatah lagi negeri yang dianak tirikan. Mahathir boleh laksanakan apa jua yang beliau mahu lakukan kerana beliau seorang PM yang mengawal semua kewangan negara. Bahkan, beliau boleh agih-agihkan harta kekayaan negara kepada anak-anaknya, kaum kerabat dan kroninya seolah-olah harta negara ini harta bapak dia sendiri. Tentulah berbeza dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mempunyai kewangan negeri yang amat terhad dan hak negeri yang sepatutnya diberi oleh Pusat tidak diperolehi. Paling kurang ajar raja katak ini menghina Tuan Guru Nik Aziz semata-mata ingin mencium punggung Mahathir seperti katanya, "Nik Abdul Aziz jika hendak dibandingkan dengan Tun (Mahathir), sebesar tahi hidung saya pun tidak padan," katanya pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini . Mudah-mudahan Allah tunjukkan kepada kita semua `tahi hidung' Berahim Ali sebesar mana. Berahim Ali diterajang oleh Umno, masuk bertanding pilihanraya atas nama calon Bebas tewas dua kali. Kesihan kepada sang katak yang dizalimi oleh keluaranya sendiri, Tuan Guru Nik Aziz telah memberikan peluang kepada katak ini untuk bertanding sekali lagi di Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS. Ribuan rakyat Pasir Mas mengiringi sang katak sewaktu hari penamaan calon, dan kemenangan beliau dengan cemerlang diraikan penuh kesyukuran oleh rakyat Kelantan khususnya di Pasir Mas. Rakyat Kelantan bergembira tanda bersyukur kerana disangkakan sang katak kini telah berubah menjadi manusia biasa yang penuh keimanan dan keinsafan. Namun, harus kita akui bahawa yang memberikan taufik dan hidayah bukan kerja kita. Itu kerja Allah, dan Allah lebih tahu siapakah yang boleh menerima anugerah paling berharga itu. Akhirnya, kita lihat sendiri gelagat sang katak ini umpama si Tanggang politik. Tuan Guru Nik Aziz dihina, sebaliknya musuh ketat Tuan Guru Nik Aziz iaitu si Mahathir Kutty pula dipuja. Baru sekarang beliau sedar Tuan Guru Nik Aziz tidak melakukan apa-apa di Kelantan. Mengapa sewaktu beliau diberi peluang untuk bertanding di atas tiket PAS, tidak pernah terkeluar kata-kata sedemikian? Saya dapat rasakan apa yang ada di dalam sanubari setiap pengundi yang mengundi beliau dahulu. Sebab itu saya katakan, andainya diharuskan berdoa agar dimatikan segera seseorang insan, insan inilah mungkin menjadi pilihan pengundi-pengundi di Pasir Mas. Namun, kata-kata Berahim Al Kataki ini tidak sedikit pun menjadi kudis kepada Tuan Guru Nik Aziz. Biarkan mulut sang katak ini menghina Tuan Guru semahu-mahunya selagi ada udara keluar masuk lubang hidung beliau. Mudah-mudahan apabila tiba ajalnya nanti, kita akan saksikan yang mengimamkan jenazah beliau adalah Mahathir Kutty yang disanjunginya./wfauzdin.blogspot.com 7 ulasan:
|
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan