MiLo SuaM |
- Gambar lucah palsu jadi bahan kempen di #Kerdau
- Pemberian rasuah terbongkar di DUN Kerdau
- Panas! Pentas Ceramah DAP DUN #Merlimau dibakar!
Gambar lucah palsu jadi bahan kempen di #Kerdau Posted: 28 Feb 2011 09:59 PM PST Kalau sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan bahan kempen yang digunakan oleh gerombolan songkok tinggi di DUN Merlimau berupa gambar kepala Tuan Guru Nik Aziz di celah kelengkang kemaluan perempuan bogel [gambar palsu Merlimau]. Ramai blogger dan facebooker gerombolan songkok tinggi menuduh penyokong PAS sendiri yang menyebarkan gambar dan risalah ini. Gerombolan songkok tinggi mendakwa mereka baik, tidak akan buat perangai tak senonoh begitu untuk meraih undi. Malah mereka menuduh penyokong PAS sendiri yang sengaja membuat risalah lucah palsu itu untuk mendapatkan undi simpati. Janganlah nak buat alasan bodoh puak gerombolan oi! Penyokong PAS tak mungkin sampai hati menghina Tuan Guru Nik Aziz dengan gambar lucah. Tapi penyokong songkok tinggi lebih berani dari itu. Di bawah ini bukti kukuh bahawa penyokong gerombolan songkok tinggi sememangnya sanggup buat apa saja untuk memberikan kemenangan kepada BN. Lihat sahajalah di bawah ini bagaimana mereka menggunakan gambar palsu Tuan Guru Nik Aziz diliwat oleh Anwar Ibrahim sebagai sepanduk di hari penamaan calon di DUN Kerdau. Di depan orang ramai berani buat begini, di belakang apa lagi? Inilah gaya pemimpin gerombolan songkok tinggi 3 jengkal yang mengaku mereka paling Islam. Ini video gaya pemimpinnya, bekas Menteri Besar Pahang Dato Adnan Yaakob. Hasil didikan pemimpin kurang hajar ini, maka ini yang terhasil dan yang sempat diambil gambar dari ribuan perbuatan kurang hajar yang hanya dapat dilihat tetapi tidak sempat untuk dirakamkan. ReJaM© "Lepas ni penyokong songkok tinggi tetap akan kata sepanduk tu penyokong PAS yang bawa kah kah kah..." |
Pemberian rasuah terbongkar di DUN Kerdau Posted: 28 Feb 2011 07:54 AM PST Portal Malaysiakini melaporkan bahawa Barisan Nasional, BN secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk. Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangi beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka. "Kami diminta mengundi BN dan kami diberitahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkang tidak akan mendapat bantuan," dakwanya. Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi. Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin. Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin". Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan". Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa". Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah. Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. [Malaysiakini] ReJaM© "Seperti biasa gerombolan songkok tinggi akan kata, sebenarnya penyokong PAS yang bagi bantuan ini untuk memburukkan BN" |
Panas! Pentas Ceramah DAP DUN #Merlimau dibakar! Posted: 28 Feb 2011 05:24 AM PST Inilah yang dinamakan politik komunis, politik samseng. Pilihanraya Kecil diadakan untuk bertanding secara sihat bagi memilih pemimpin. Bertanding dan berentap melalui jentera berkempen, berhujah dan mendedahkan fakta. Tapi nampaknya ada golongan bangang yang berkempen ala samseng. Pentas ceramah DAP dilihat telah dibakar oleh pihak tertentu dan dipercayai satu perbuatan khianat pihak lawan. Ajak berdebat takut, ajak berhujah lari. Perangai samseng! ReJaM© "Orang berpolitik dia nak berpolitik, orang ajak lawan fakta ajak berdebat dia ajak bergaduh!" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan