DIALOG RAKYAT |
- MoCS gerak 'kuasa rakyat' jika Taib tak berundur
- Interlok semakin kusut, NGO Melayu campur tangan
- Shuib akui terima ancaman bunuh
- Zunar: Kemunculan 'kartunis pelacur' jatuhkan martabat seni budaya
- Sedutan ucapan Azmin Ali dalam Mesyuarat DUN Selangor
- PR Pulau Pinang untuk Semua Guan Eng: Wifi juga untuk Semua
- Konspirasi politik keji wajar dihukum
- Nik Sapeia tak faham agama
- Mayat Pesara Polis Tepi Sampah
- Selangor Laksana Program Kekang Aktiviti Pembalakan Haram
- Hubungan Gani, Musa, Rahim Tidak Akan Mampu Selesai Kes Video Seks
- Hilangkan Rasa Takut Kepada Perasuah BN Seru Anwar
- Zuraida Beri Muhyiddin 48 Jam Debat Mengenai Buku Jingga
- Kerusi Bukit Kota, Batu Danau Bakal Saksikan Pertembungan Lebih Dua Calon
- JPN Tiada Kuasa Tukar Status Jantina Pemegang MyKad
- DAP Umum Senarai Calon Pilihan Raya Negeri Hujung Minggu Ini
- 650 Borang Penamaan Calon Pilihan Raya Sarawak Dijual Setakat Ini
- Pembunuhan Banting: Peguam Dibicara Julai
- Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu..
- Banjir di Perlis bertambah buruk
- Malaysia 'mangsa' gempa jiran
- Polis Keningau akan sita kenderaan individu diguna sebagai kereta sapu
- S'jaya diberitahu, Ronnie Liu tendang pintu pejabat SPRM
MoCS gerak 'kuasa rakyat' jika Taib tak berundur Posted: 31 Mar 2011 01:09 AM PDT Sebuah NGO Sarawak - Movement for Change Sarawak (MoCS) - hari ini memberi tempoh sehingga 13 Ogos kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan sebagai Ketua menteri Sarawak. Pengerusinya, Francis Paul Siah berkata, MoCS ia akan menggerakkan "kuasa rakyat" jika Abdul Taib gagal berbuat demikian. "Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, kita akan lakukan (sendiri) melalui kuasa rakyat," kata pemimpin MoCS, Francis Paul Siah kepada pemberita hari ini. Sebelum itu, beliau menyerahkan satu notis tuntutan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini supaya menyiasat dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap ketua menteri Sarawak itu. Turut diserahkan ialah salinan satu laporan kepada SPRM Kuching yang dibuat sebelum ini berhubung dakwaan berkenaan.
Ketika diminta untuk menjelaskan mengenai "kuasa rakyat" yang dimaksudkannya itu, Francis berkata: "Anda fikir sendirilah, anda tahulah kan?" "Tapi kita masih ada masa. MoCs (meminta Abdul Taib) untuk letak jawatan pada 16 September lalu. "Jadi kita beri dia 11 bulan untuk mempertimbangkannya. "Kita orang baik. Orang Mesir beri (tempoh kepada bekas presiden) Mubarak cuma 18 hari," kata Francis lagi. Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengenai satu kenyataan yang dibuat pada 31 Julai lalu. "(Abu Kassim) berkata beliau akan meletak jawatan sekiranya terdapat tuduhan ke atas mana-mana menteri kerajaan yang tidak disiasat. "(Oleh itu) kami menuntut supaya ketua pesuruhjaya menjalankan siasatan segera ke atas semua tuduhan terhadap (Abdul) Taib Mahmud," kata Francis lagi. Turut mengiringi beliau ke SPRM hari ini ialah ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh. | ||
Interlok semakin kusut, NGO Melayu campur tangan Posted: 31 Mar 2011 12:57 AM PDT MALAYSIA KINI Kemelut penggunaan novel Interlok di sekolah semakin kusut apabila beberapa NGO Melayu bangkit membidas sekumpulan NGO Cina dan India yang mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera. Ini membuktikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga adalah menteri pelajaran bahawa isu Interlok telah selesai jauh daripada meleset. NGO berkenaan - Majlis Penasihat Ayahanda Wilayah Persekutuan (MANTAP) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dalam satu kenyataan akhbar, mengingatkan semua pihak supaya menghentikan menjadikan Interlok sebagai mauduk perjuangan mereka. Ini, kata mereka terutama menjelangnya musim pilihan raya supaya "luka orang Melayu tidak menjadi parah". | ||
Shuib akui terima ancaman bunuh Posted: 31 Mar 2011 12:46 AM PDT Regina Lee "Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi. Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu. "Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu. Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul. "Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju," katanya.Lindung boss Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin "melindungi bossnya". Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri). Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela. Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh. Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah. "Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati," katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis. Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu. Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi. "I nak sembunyi dah. I dah nak lari," katanya sambil bergelak. | ||
Zunar: Kemunculan 'kartunis pelacur' jatuhkan martabat seni budaya Posted: 31 Mar 2011 12:45 AM PDT
Saya kesal kerana sejak akhir-akhir ini semakin ramai muncul kartunis-kartunis yang sanggup melukis kartun yang membawa unsur fitnah. Kartun-kartun seperti ini banyak muncul menjelang pilihan raya kecil. Terbaru, ahli parlimen Pembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar kanan) membuat laporan polis mengenai pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Parlimen Lembah Pantai. Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka. Saya mendapat maklumat mereka dibayar sejumlah wang yang banyak untuk menghasilkan lukisan mengikut arahan pihak yang membayar. Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan. Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur. Saya ingin mengingatkan para kartunis bahawa selagi karya-karya mereka disebar dan dibaca, selagi itu mereka tidak terlepas dari tanggungjawab. Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan bagi kartunis untuk menyokong agenda mana-mana parti politik dalam kartun mereka, asalkan mereka bertanggungjawab terhadap kandungannya. Sesuatu karya yang bertanggungjawab mesti mempunyai tanda tangan pelukis. Nama pena sekiranya hendak digunakan mestilah mempunyai hubung-kait dengan kartunis dan bukan bertujuan mengelirukan identiti pelukis. Kartunis mesti memahami sesuatu isu dari berbagai perspekstif sebelum mengambil pendirian mereka sendiri dan bukannya mengikut arahan orang lain. Kemunculan kartunis-kartunis pelacur ini telah menjatuhkan martabat seni budaya dan merendahkan kemampuan berfikir orang Malaysia. *Kenyataan media oleh Zunar (gambar kiri), kartunis politik di Malaysia. | ||
Sedutan ucapan Azmin Ali dalam Mesyuarat DUN Selangor Posted: 31 Mar 2011 12:40 AM PDT
Hak Orang Asal 47. Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memelihara hak Orang Asal adalah bukti jelas bahawa Kerajaan Negeri berpegang teguh kepada prinsip keadilan untuk rakyat. Langkah Kerajaan Negeri menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asal (BBTOA) bertujuan untuk menyelesaikan masalah tanah yang menghambat Orang Asal merupakan satu tindakan pro-aktif. Kerajaan Negeri telah melaksanakan program pemetaan tanah Orang Asal, kempen kesedaran Akta 134 berhubung Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asal serta Program Perumahan Rakyat Termiskin untuk Orang Asal. 48. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada masalah orang-orang Asal di Bukit Kala, Batu 12 Gombak. Menurut sejarah, pada awal tahun 1956, seramai 350 orang remaja Orang Asli dari Semenanjung Malaysia telah ditempatkan di Pusat Kesihatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Gombak. Belia-belia ini diberikan latihan dan kursus untuk meningkatkan kefahaman di kalangan masyarakat Orang Asli. 49. Kini, kampung ini yang diterokai pada tahun 1956 telah berkembang pesat dengan kepadatan penduduk meningkat kepada lebih 3,500 orang. Masalah yang kritikal sekarang ialah tanah penempatan bagi lebih 550 keluarga ini yang semakin sesak dan tidak dibangunkan dengan kemudahan yang baik. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya dapat diberikan perhatian segera kepada masalah yang sudah berlarutan terlalu lama. Inflasi dan Harga Barang Naik 50. Ekoran tindakan Kerajaan Pusat menaikkan harga petrol melalui program rasionalisasi subsidi, harga barang telah melonjak naik dan memberi kesan yang amat membebankan rakyat khususnya kepada yang berpendapatan rendah. Tindakan kerajaan menarik balik atau mengurangkan subsidi terbukti menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi di negara ini. 51. Kadar inflasi yang meningkat kepada 2.2% pada Disember 2010, merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kajian Bank Negara Malaysia menjangkakan kadar inflasi dijangka berada di antara 2.5 hingga 3% pada tahun 2011 dan 2012. Kadar inflasi ini dijangka akan terus meningkat ke 4%. 52. Indeks Harga Pengguna (IHP) terus meningkat tahun demi tahun dengan kadar 0.6% (Januari 2008 - Januari 2009), 1.7% (Januari 2009 - Januari 2010) dan 2.4% (Januari 2010 - Januari 2011). 53. Antara kumpulan barangan yang naik mendadak adalah makanan dan pengangkutan. Harga barangan makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan Januari 2011 telah naik sebanyak 3.6% jika dibandingkan setahun yang lepas. Pada tempoh masa yang sama, indeks harga pengguna dalam kumpulan pengangkutan telah naik sebanyak 4.6%. Kenaikan harga barangan asas inilah yang menekan kehidupan rakyat terbanyak termasuk di Negeri Selangor. 54. Sebagai contoh, harga bawang kecil dilaporkan meningkat lebih dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4 sekilogram kepada RM11 sekilogram. Harga ikan kembung di Pasar Selayang melonjak naik hampir 50% daripada RM8.00 sekilogram ke RM14.00 sekilogram dalam masa sebulan sahaja daripada 21 Februari 2011 dibandingkan pada 25 Mac 2011. 55. Walaupun penetapan harga barangan asas ini di bawah kawalan Kerajaan Pusat, namun saya merasakan Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk mengambil beberapa inisiatif bagi mengurangkan beban pada rakyat khususnya di luar bandar. 56. Tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah retorik politik. Kerajaan Pusat tidak berganjak daripada dasar membela kroni yang menjadi tuan di negara ini. 57. Subsidi untuk Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang berjumlah RM15.1 bilion setahun tidak disentuh tetapi subsidi barangan asas seperti tepung, gula, minyak masak, gas memasak serta petrol ditarik balik. Bertambah parah, Kerajaan Pusat tidak mampu menghalang ketirisan yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara Tahun 2008 yang berjumlah RM28 bilion. 58. Bank Negara Malaysia juga melaporkan bahawa sehingga bulan November 2010, hutang isi rumah telah mencatatkan RM577 bilion ataupun 74% daripada KDNK. Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Hutang kad kredit mencecah hampir RM200 bilion. Masalah ini berpunca dari kegagalan Kerajaan Pusat untuk melihat kenaikan gaji dalam konteks menjana disposable income atau pendapatan boleh belanja. 59. Masalah ini bertambah rumit apabila kenaikan gaji di Malaysia pada kadar yang terendah di rantau ini iaitu hanya sekitar 2.6% di antara tahun 1994 sehingga 2007 berbanding dengan Thailand dan Indonesia yang mencatatkan kadar kenaikan sebanyak 10 % dalam tempoh 8 tahun. 60. Lebih membimbangkan lagi hutang Kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Dalam tahun 2010, Kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru Kerajaan Pusat berjumlah RM83 bilion kepada RM445.39 bilion. 61. Justeru, Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga, garapan kebijakan khusus membahaskan isu ekonomi makro dan juga langkah-langkah berani untuk menjamin ekonomi yang mampan dan kesejahteraan rakyat. Buku Jingga telah mengupas perkara ini dengan panjang lebar dengan mengkritik program-program yang bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada usaha untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara. Perubahan yang agresif mesti dilaksanakan demi merungkai beberapa mitos ekonomi yang dicipta UMNO: antaranya, hanya merekalah yang berjuang demi kepentingan Orang Melayu. Sedangkan hakikatnya 40% dari rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia. Lebih mengejutkan dan menyedihkan tiga daripada empat keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu atau Bumiputera. 62. Maka, apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan bebanan rakyat untuk mendapatkan barang-barang asas bagi keperluan keluarga mereka khususnya yang berpendapatan rendah? 63. Kerajaan Negeri perlu meneroka beberapa langkah untuk mencapai matlamat di atas. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat melantik beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri untuk membeli bahan makanan secara pukal dan menyimpan stok makanan asas dan kemudiannya menjual kepada rakyat pada harga yang lebih rendah melalui setor bergerak ke setiap daerah dalam Negeri Selangor. Sistem pengangkutan awam yang bersepadu 64. Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap kenderaan persendirian dan meningkatkan jumlah pengguna sistem pengangkutan awam daripada 240,000 ke 600,000 pada tahun 2012. 65. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri perlu menjalin kerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk mewujudkan pelan induk sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efisien dan menyeluruh. 66. Pembangunan Greater Kuala Lumpur yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat tidak boleh mengenepikan peranan Selangor kerana sebahagian besar daripada Greater KL berada di dalam wilayah Lembah Klang dan Selangor. Greater Kuala Lumpur melibatkan 10 PBT di mana 8 daripadanya di dalam Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang. Kerajaan Pusat perlu memberikan peranan yang lebih besar kepada Negeri Selangor dan mengambil kira pandangan pentadbiran Negeri Selangor dalam perancangan ini supaya tidak wujud pertindihan jajaran dan juga boleh menjimatkan kos prasarana bagi kepentingan rakyat. 67. Projek MRT dijangka akan membabitkan perbelanjaan mencecah RM55 billion menjelang ia beroperasi dalam tahun 2016/2017. Ia akan dibiayai melalui penerbitan bon. Sebahagian besar dari laluan projek MRT tersebut adalah merentasi Selangor, maka kesan yang paling besar adalah ke atas rakyat Selangor. 68. Selain dari kesan fizikal seperti pengambilan tanah, impak ke atas trafik di Lembah Kelang sepanjang pembinaan berlaku dan tiada jaminan ia akan berjaya menyelesaikan masalah kekusutan trafik di; persoalan yang lebih besar adalah bebanan hutang yang akan ditanggung oleh rakyat untuk berpuluh tahun yang akan datang. 69. Najib mengumumkan bahawa projek MRT akan dikendalikan sepenuhnya secara telus dan kontrak akan dibuka untuk bidaan. Najib juga mengumumkan perlantikan konsortium Gamuda-MMC sebagai "Project Delivery Partner" (PDP). Sebagai PDP, Gamuda-MMC bertanggungjawab menguruskan keseluruhan projek termasuklah :
70. Fakta yang disembunyikan dari rakyat adalah hakikat bahawa keseluruhan kertas cadangan mengenai MRT disediakan oleh Gamuda-MMC. Konsortium inilah yang mencadangkan bentuk pembinaan, laluan jajaran, konsep pembangunan dan lain-lain. 71. Oleh itu, maka Gamuda-MMC mempunyai sepenuh kebebasan untuk menentukan berapakah kos keseluruhan projek kerana spesifikasi teknikal projek juga ditentukan oleh mereka. Selain itu, Gamuda-MMC juga telah diberi kebenaran untuk turut serta sebagai sub-kontraktor bagi pakej bawah tanah yang dijangkakan sebanyak 7 pakej. Pakej ini adalah pakej yang terbesar dan termahal kerana melibatkan kerja-kerja mengorek terowong. 72. Oleh itu, konsep PDP yang dibawa ini tidak lebih dari nama baru yang diperkenalkan untuk meneruskan amalan lama direct negotiation dan menganugerahkan projek mega kepada syarikat kroni. Namanya berbeza, tetapi amalan dan risiko yang ditanggung oleh rakyat adalah sama. 73. Berdasarkan latar belakang ini, maka risiko-risiko yang ditanggung rakyat akibat konsep PDP adalah seperti berikut :
74. Jangkaan ramai pihak adalah pengenalan konsep PDP ini adalah satu cara untuk menghalalkan projek MRT yang akan digunakan untuk mengayakan ahli politik UMNO dan Barisan Nasional di samping mengumpul dana bagi Pilihan Raya yang akan datang. 75. Bebanan kewangan kepada rakyat boleh dirujuk dengan mengambil contoh pelaksanaan projek-projek LRT (Putra dan Star) yang akhirnya terpaksa diambil alih oleh kerajaan. Semasa mula-mula dilaksanakan, kos projek LRT keseluruhannya adalah RM4 billion dan diswastakan kepada Renong dan syarikat yang dimiliki oleh Vincent Tan. Walau bagaimana pun, akibat krisis kewangan 1997, kedua-dua projek mengalami masalah. 76. Pada tahun 2001, kerajaan menubuhkan sebuah syarikat milik kerajaan iaitu Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) yang mengambil alih kedua-dua aset. SPNB terpaksa membayar pampasan dan menanggung hutang yang diambil alih dari Renong dan Vincent Tan. Kos keseluruhan pengambilalihan LRT berjumlah RM7 billion yang masih lagi belum berbayar hingga tahun ini. 77. Ini gambaran kos dan bebanan hutang yang akan dihadapi oleh rakyat – sedangkan kos LRT yang hanya berjumlah RM7 billion masih belum berbayar selepas 10 tahun, apakah nasib generasi akan datang yang berdepan dengan hutang RM55 billion untuk projek MRT ini? 78. Kerajaan Negeri Selangor adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa dan suara untuk memastikan projek MRT menjamin kepentingan rakyat. Oleh itu, saya mencadangkan Kerajaan Negeri untuk melantik sebuah badan perunding yang dianggotai pakar-pakar dari NGO, Kerajaan Negeri dan firma kejuruteraan dan juruukur bahan untuk menyemak kos sebenar keseluruhan projek dan dibayar oleh Kerajaan Selangor. Ini adalah untuk memastikan tidak ada unsur-unsur pertambahan kos yang tidak perlu akibat tiadanya ketelusan dan amalan kronisme dalam penganugerahan projek kepada Gamuda-MMC. 79. Kerajaan Negeri harus meletakkan syarat bahawa kerjasama dalam pengambil alihan tanah termaktub kepada persetujuan Kerajaan Pusat untuk membentangkan dan menerimapakai maklumbalas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri mengenai perlaksanaan projek dan pelan keseluruhan pengangkutan awam bagi Lembah Klang. *Sedutan ucapan Mohamed Azmin Ali (gambar kiri) selaku ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa dalam Mesyuarat Pertama (Pembukaan) penggal keempat, DUN Selangor ke-12. | ||
PR Pulau Pinang untuk Semua Guan Eng: Wifi juga untuk Semua Posted: 31 Mar 2011 12:39 AM PDT
"Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang untuk semua, Wifi untuk semua" dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri wifi pertama di Malaysia yang berani dan inovatif dalam inisiatif memperluaskan kepintaran digital untuk seluruh rakyat Pulau Pinang. Sebagai negeri yang pertama di Malaysia menyediakan wifi percuma di tempat tumpuan umum, beberapa keperluan dan penjelasan diperlukan dalam usaha untuk melaksanakan konsep baru ini. Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin menekankan di sini bahawa kita bersedia untuk mempertimbangkan mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia yang mempunyai lesen perkhidmatan ICT, sepertimana syarat yang telah ditawarkan kepada Redtone International Bhd. Dalam erti kata lain, syarikat-syarikat ini mesti bersedia untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 kawasan hotspot wifi percuma untuk dibekalkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Sebagai bukit komitmen terhadap inisiatif wifi percuma, mana-mana syarikat itu hendaklah mengikut jejak langkah Redtone, iaitu dalam memasang dan menyenggarakan sebanyak 750 kawasan hotspot yang pertama atas kos pembiayaan sendiri. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan walau satu sen perbelanjaan untuk fasa pertama ini. Sekiranya syarat diatas dipenuhi, barulah syarikat tersebut layak untuk ditawarkan fasa kedua iaitu pemasangan tambahan 750 lagi kawasan hotspot yang akan ditanggung sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional yang telah mengelirukan dasar yang diamalkan dengan menuduh kerajaan negeri PR Pulau Pinang mengenepikan dasar tender terbuka kerajaan negeri. Jelas, BN hipokrit dengan mengkritik Pakatan Rakyat tidak mengamalkan tender terbuka sedangkan BN sendiri gagal melaksanakannya. Saya ingin menegaskan di sini bahawa dasar tender terbuka merupakan keutamaan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Atas urustadbir CAT dan dasar tender terbuka yang senantiasa diamalkan ini, Pulau Pinang telah pun menjadi negeri pertama yang dipuji oleh Transparency International. Urustadbir CAT sememangnya berdasarkan sistem tender terbuka tetapi mustahil Pakatan Rakyat untuk melaksanakan sistem tender terbuka sekiranya hanya satu syarikat tersenarai yang sudi memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia akan ditawarkan dengan syarat yang sama sepertimana yang dikenakan kepada Redtone International Bhd untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 hotspot wifi percuma untuk seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta. Inisiatif wifi percuma di Pulau Pinang ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan pemasangan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum oleh syarikat tersenarai dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat tanpa mengenakan satu sen pun kepada Kerajaan Negeri. Pelaburan syarikat tersebut akan ditebus balik melalui pulangan pengiklanan. Pada fasa pertama, kerajaan negeri hanya membantu menyediakan kemudahan dalam proses pemasangan. Hanya satu syarikat (Redtone) yang menyatakan kesudian dalam menyediakan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum dengan kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Tiada syarikat lain yang berminat untuk tampil menyediakan perkhidmatan 750 wifi percuma dengan kos pembiayaan sendiri. Oleh kerana tahap pertama adalah tawaran pemasangan secara percuma, Kerajaan Negeri tidak dapat memaksa Redtone untuk meliputi seluruh kawasan di Pulau Pinang. Inilah sebabnya beberapa kawasan terpaksa diketepikan termasuk kawasan Parlimen Bukit Gelugor, Pengerusi DAP Karpal Singh. Untuk memastikan liputan wifi percuma merangkumi semua kawasan, Kerajaan Negeri harus membiayai fasa kedua, iaitu pemasangan dan penyenggaraan 750 hotspot wifi tambahan untuk ditempatkan di tempat tumpuan umum dengan bayaran RM8.5 juta untuk tempoh lima tahun. Fasa kedua ini bukan sahaja meningkatkan jumlah hotspot wifi percuma kepada 1,500 malah akan memastikan bahawa semua kawasan di Pulau Pinang mempunyai liputan wifi percuma ini. Fasa kedua ini jugalah yang menyebabkan BN terus mengkritik kerajaan negeri kononnya kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar tender terbuka. BN seperti hilang arah untuk terus mengkritik tanpa asas. Tanpa mengambil keseluruhan fasa 1 dan fasa 2, BN mengabaikan terus fasa 1 dan hanya mengambil kira fasa kedua. Ini salah. Untuk layak ke tahap 2, syarikat tersenarai harus memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma di peringkat fasa pertama dengan kos ditanggung sepenuhnya tanpa bayaran walau satu sen pun oleh kerajaan negeri. Maka hanya itu dapat memenuhi syarat bagi membolehkan Kerajaan Negeri meluluskannya untuk ke fasa kedua. Pada permulaan, ketika mencari syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini, tidak ada syarikat yang berminat kecuali Redtone. Oleh itu, disebabkan hanya Redtone yang layak dan sudi memenuhi syarat yang dikenakan, mustahil kerajaan negeri melakukan tender terbuka dalam inisiatif ini. Kerajaan negeri Pulau Pinang masih bersedia untuk mempertimbangkan syarikat-syarikat tersenarai yang lain, selagi mereka sudi memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma dengan kos ditanggung sendiri. Syarat untuk fasa kedua adalah seperti berikut: Nota Penting Perjanjian Kerjasama untuk Perkembangan Intenet Mudah Alih antara PDC Telecommunication Serviced Sdn Bhd (PDCT) dan Redtone International Berhad (Redtone) Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk semua, Wifi juga untuk Semua Syarat Umum Syarat Bayaran Lokasi Pembahagian Pendapatan Naik taraf Teknologi *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. | ||
Konspirasi politik keji wajar dihukum Posted: 31 Mar 2011 12:34 AM PDT Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya. Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang "waras". Sememangnya, hipotesis di atas didasari dengan pra-syarat bahawa klip video tersebut bukan sesuatu yang benar, iaitu pelakunya adalah Anwar Ibrahim sebagaimana yang disasarkan. Kesahihan video tersebut boleh dikenalpasti kemudiannya. Namun, melihat kepada pendekatan Datuk T mengumumkan video tersebut, agak jelas bahawa kesahihan video tersebut adalah rendah. Mengapa simpati terhadap Anwar? Identiti Datuk T sudah terdedah - sama ada orang yang berdendam, atau bertentangan pendirian dengan Anwar dari politik. Apa yang diwar-warkan dalam kenyataan bahawa "mahu membongkar kemunafikan politikus" sebelum itu kini menjadi sesuatu yang tidak masuk akal. Seandainya "kelemahan" musuh atau seteru dikuasai, maka ia akan dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan sabotaj yang maksima - tanpa belas kasihan dan rasa simpati. Jikalau itulah keadaannya, maka apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin. Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya. Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar. Tetapi Datuk T tidak berbuat demikian, sebaliknya menyiarkan video tersebut sekali sahaja. Kemudian mereka mengugut agar Anwar meletakkan jawatan dengan sendiri, atau mereka akan mengedarkan kepada umum klip video tersebut. Apa perlunya Datuk T untuk bermurah hati, tidak memusnahkan Anwar sekaligus, sebaliknya memberi peluang agar Anwar berundur sambil menjaga kehormatan dirinya? Mungkin inilah jawapan yang rasional - Datuk T telah sedar sebermulanya, bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukan Anwar. Ia terlalu senang untuk dibongkarkan. Maka pendekatan untuk memusnahkan Anwar sekaligus gagal mencapai tujuannya. Sememangnya, klip video seks ini telah memberi impak berikutan "kerjasama" yang sungguh-sungguh dari media. Semestinya Datuk T mahu memaksimakan kesan sabotajnya. Jadi, dalam keadaan di mana mereka mahu memaksimakan impak tanpa bukti yang sah, maka nampaknya Datuk T hanya boleh menggunakan pendekatan yang sedia ada - biar media bertanggungjawab menyebarkan khabar, tetapi tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan klip tersebut supaya segala penjelasan mahupun pembelaan diri boleh dilakukan dengan jelas dengan merujuk kepada bahan yang ada. Media menjadi perkakas BN Media yang asalnya menjadi perkakas Barisan Nasional semestinya tidak kisah untuk diperalatkan sepenuhnya. Malah media ini tetap menghebohkannya walaupun konspirasi di sebalik klip video tersebut dibongkarkan secara beransur-ansur. Fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan - inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain yang "waras". Media arus perdana yang lain, mungkin kurang "niat jahat"-nya berbanding perkakas BN, dan telah berhenti untuk memainkan isu ini. Namun, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka telah dipergunakan orang lain. Anwar dan Pakatan Rakyat membalas serangan dengan menyasarkan teras tampuk kuasa negara, namun media arus perdana ini hanya mencuit pada kulit. Ini adalah perbezaan terbesar antara media arus perdana dengan media internet. Walaupun media internet juga melaporkan berita klip video ini, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan kesangsian dalam video tersebut. Reaksi Pakatan Rakyat kemudiannya, teori konspirasi yang diketengahkan turut diberi liputan yang luas. Media arus perdana mungkin menganggap "konspirasi politik" adalah spekulasi yang belum dikenalpasti, maka ia tidak wajar dihebohkan. Persoalannya, bukankah ia juga tuduhan yang sarat dengan kesangsian untuk mengatakan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar? Mengapa pula diheboh-hebohkan hal ini? Bukankah ini ibarat peribahasa Cina, "Menteri dibenarkan untuk membakar dengan api, tapi rakyat jelata dilarang untuk menyalakan api sebagai lampu?" Secara keseluruhannya, media arus perdana telah menjadi perkakas politik, malah adalah perkakas kepada politik yang keji dan jijik. Media mungkin dipergunakan kerana kecuaian, maklumlah dalam masa yang suntuk, ditambah pula dengan percaturan Datuk T, maka ia bolehlah dimaafkan. Tetapi seandainya tiada muhasabah kemudiannya, tidak memberi ruang kepada mangsa untuk menjawab, maka persoalannya - di manakah profesional dan etika wartawan dan editor? PR mempersoalkan, mengapa Datuk T tidak diambil tindakan undang-undang selepas mengakui bahawa dirinya menayangkan video lucah? Tiada pendakwaan setakat ini selepas polis menyoal siasat Datuk T. Setelah suspek secara terbuka mengakui dirinya melakukan jenayah, apa lagi yang sukar untuk polis? Tiada pendakwaan sehingga hari ini - bukankah ia sudah memadai untuk mengesyaki kewujudan konspirasi politik? Siapa dalang di sebalik tabir? Ada yang mendakwa cara pengendalian isu video seks ini adalah kasar, maka kemungkinan ia bukan didalangi pemerintah. Namun, seandainya sasarannya dituju kepada komuniti konservatif yang hanya terdedah kepada media arus perdana, maka ia tetap memberi kesan - sama ada pendekatan ini kasar mahupun halus. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan konspirasi boleh di-"outsource"-kan. Mana-mana politik yang berdarjat rendah boleh ditanggung pihak yang berkenaan. Ia seolah-olah politik yang tidak memerlukan modal. Politik jijik menyelubungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong. Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyasarkan kerajaan PR, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim. Jelas, BN mahu meyakini rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya. Tetapi rakyat seharusnya berfikir, siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir? Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13. Ia memperingatkan rakyat bahawa pilihan raya adalah penghakiman terhadap politik yang jijik. Jadi, pengundi bertanggungjawab untuk menghukum politik jijik ini dengan undinya dalam pilihan raya kali ini. *Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 30 Mac 2011. | ||
Posted: 31 Mar 2011 12:30 AM PDT PASPB
KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Pas Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof supaya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyediakan wakil untuk meneliti kesahihan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin kanan pembangkang dengan pelacur warga asing. Menurutnya, kenyataan Nik Sapeia adalah berat sebelah dan tidak berpandukan kepada hukum agama serta perundangan negara. Beliau berkata, Nik Aziz atau sesiapa sahaja tidak boleh menonton video seks tersebut dan perkara itu perlu dibawa ke mahkamah untuk diteliti sejauh mana ketulenan dan kebenarannya. "Ia tidak boleh berdasarkan kepada saksi sendiri dan perlu kepada proses mahkamah dengan penilaian yang sebenar. Tok Guru (Nik Aziz) pun tidak boleh tengok, hanya mahkamah sahaja yang boleh. "Dia (Nik Sapeia) ajak Tok Guru, ini menggambarkan dia tidak faham agama dan kenyataannya bercanggah dengan perundangan negara," katanya, semalam. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan supaya menyediakan seorang wakil dalam kalangan parti itu untuk meneliti kesahihan kandungan video seks dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang bersama pelacur warga China. Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak boleh mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan pemimpin berkenaan tanpa memeriksa atau meneliti kandungannya. Nik Zawawi bagaimanapun menegaskan, mereka yang menyebarkan video tersebut patut diambil tindakan terlebih dahulu. Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat turut mempersoalkan sikap mufti yang mengambil sikap mendiamkan diri dalam isu itu. "Mereka perlu mengeluarkan kenyataan kerana ia melibatkan hukum agama dan membabitkan qazaf," katanya. Dalam masa sama, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan kerana menganggap ia membabitkan maruah negara dan rakyat, selain tidak sesekali menjadikan isu tersebut sebagai kesempatan untuk meraih undi rakyat.- SH | ||
Posted: 31 Mar 2011 12:26 AM PDT
Posted on Tuesday, March 29 @ 19:03:54 PDT by tokdalang Oleh Mohd Aizat Mohd Salleh Setelah politik Ketuanan Melayu, sekali lagi Umno dan BN menghidangkan politik kotor. Politik yang tiada nilai, tiada pendidikan, tiada intelek, tidak membangunkan idea dan tidak mencambah wacana sihat. Yang dihidangkan, video seks yang bagi anggapan seorang warganegara dan anak muda, sangat jauh daripada moral dan nilai murni. Sisi anak mudaHari ini, jika anak muda ingin menonton apa sahaja video seks atau lucah, mereka boleh sahaja ke laman You Tube, Metacafe dan sama waktu dengannya. Mudah sahaja, taip apa sahaja video yang diinginkan. Tidak perlu tunggu media mengkhabarkan apakah laman web cadangan untuk video itu. Tak perlu. Apatah lagi, membuat tayangan percuma di hotel seumpama Seri Carcosa. Atau menunggu siapa-siapa yang ternama seumpama Datuk T atau yang sama dengannya menganjurkan tayangan video seks. Anak muda hari ini bingung, apakah yang cuba diajar dan dididik dalam pembelajaran politik di negara ini oleh ahli-ahli politik, terutama Umno dan BN. Di mana Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang telah menulis buku berkenaan 'Politik Baru', yang mengenengahkan politik nilai, berbanding politik kotor. Di mana? Tidak dibentangkan kah buku ini kepada pemimpin dan ahli Umno? Di saat, anak muda hari ini ingin membuat perbandingan secara ilmiah dan intelek terhadap pemimpin dan dasar-dasar parti politik untuk dibuat pertimbangan di dalam pilihan raya akan datang, dibawanya video seks lucah. Di saat anak muda menunggu 'Buku Biru' hasil idea dan perbincangan Umno dan BN untuk dibandingkan bersama 'Buku Jingga' Pakatan Rakyat, dihidangkan 'Tayangan Blue'. Apa ini? Pak pensyarah, tok mufti Mana pak-pak pensyarah yang dulu begitu lantang bersuara menganalisis serta mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat dalam berpolitik? Apa tunggu lagi, buatlah artikel, kertas kerja, nyatakan pendirian politik kotor ini. Mana tok-tok mufti yang dulu seronok berfatwa mengharamkan itu dan ini? Keluarlah fatwa, nyatakan pandang sisi agama kepada politik kotor ini. Kenapa senyap? Anak muda nak juga tahu. Kepada Umno-BN, anda telah mendidik generasi akan datang dengan pendidikan sosial dan politik yang sangat buruk dan kotor. Generasi muda akan mengingatinya dan sejarahnya akan diceritakan kepada generasi seterusnya betapa tidak bertamadunnya politik dan parti itu. Kepada Pakatan Rakyat, teruskan berwacana, mendidik, dan mengintelekkan pemikiran rakyat dengan idea-idea baru yang realistik. Anak muda terima ini semua. Kita perlukan perdebatan dan wacana ilmiah untuk menghidupkan budaya ilmu bukan video seks! | ||
Posted: 31 Mar 2011 12:25 AM PDT Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti "selesa." "Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang," kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini hari ini. Pada akhir 2007, bekas menteri kewangan dan bekas bendahari agung Umno itu telah meramalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah akan menerima nasib seperti Kelantan yang dikuasai PAS pada 1990.Ramalan itu menjadi kenyataan dengan lima negeri dikuasai pembangkang termasuk Perak dan BN kehilangan majoriti tradisi dalam pilihan raya umum 2008 yang disifatkan sebagai tsunami politik. Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan bulan depan dengan hari pengundian jatuh pada 16 April manakala penamaan calon 6 April.M/I | ||
Mayat Pesara Polis Tepi Sampah Posted: 30 Mar 2011 11:28 PM PDT KELAB GREENBOC Port Dickson: "Saya terkejut apabila nampak tubuh seorang lelaki di tempat pembuangan sampah," kata seorang warga emas yang menemui mayat pesara polis di tempat pembuangan sampah di Kampung Teduk, Pasir Panjang, dekat sini, kelmarin. Gambar Fail Zainuddin Abd Hamid, 63, berkata, sebaik menghampiri mayat berkenaan, dia mendapati mayat lelaki berkenaan Murad Yusof, 83, yang tinggal sekampung dengannya. "Saya membuat laporan di Balai Polis Pasir Panjang bagi memaklumkan kejadian itu dan polis tiba di lokasi tidak lama selepas itu. "Apa yang mengejutkan, saya baru saja menemuinya di pekan pagi tadi (kelmarin) dan tak sangka pada sebelah petang menemui mayatnya pula," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam kira-kira jam 6.45 petang itu, mayat Murad yang dipercayai mati dalam tempoh 12 jam ditemui berada dalam gaung di tempat pembuangan sampah di kawasan itu. Menurutnya, dia terkejut dengan penemuan mayat berkenaan kerana itulah pengalaman pertama sepanjang hidupnya. "Nasib baik saya tergerak hati untuk membuang sampah di situ kalau tidak mungkin sampai sekarang mayat mangsa tidak ditemui. "Saya mendapat tahu arwah ada menghidap penyakit angin pasang selain demam panas sejak beberapa hari lalu dan kemungkinan mangsa tergelincir ketika hendak membuang sampah," katanya. Sementara itu, adik mangsa yang berlainan bapa, Napsiah Saat, 72, berkata, Murad ada datang ke rumahnya tidak jauh dari situ dan memberitahu tidak berselera makan kerana tekaknya sakit. Menurutnya, ketika kejadian isteri arwah, Fatimah Mahmud, 79, tiada di rumah kerana menemani anak bongsunya yang menjalani pembedahan kanser tulang di Kuala Lumpur. "Arwah abang yang bersara daripada pasukan polis beberapa tahun lalu mempunyai lima anak dan menetap di kampung ini sejak 50 tahun lalu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan kejadian itu. Menurutnya, berdasarkan siasatan polis, lelaki itu dipercayai mati 12 jam lalu sebelum mayatnya ditemui orang awam yang kebetulan membuang sampah di situ. "Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan menolak kemungkinan kematian lelaki itu membabitkan unsur jenayah. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya," katanya. -hm | ||
Selangor Laksana Program Kekang Aktiviti Pembalakan Haram Posted: 30 Mar 2011 11:26 PM PDT
| ||
Hubungan Gani, Musa, Rahim Tidak Akan Mampu Selesai Kes Video Seks Posted: 30 Mar 2011 11:24 PM PDT
| ||
Hilangkan Rasa Takut Kepada Perasuah BN Seru Anwar Posted: 30 Mar 2011 11:22 PM PDT
| ||
Zuraida Beri Muhyiddin 48 Jam Debat Mengenai Buku Jingga Posted: 30 Mar 2011 11:18 PM PDT
| ||
Kerusi Bukit Kota, Batu Danau Bakal Saksikan Pertembungan Lebih Dua Calon Posted: 30 Mar 2011 11:17 PM PDT BERNAMA LIMBANG: Bukit Kota dan Batu Danau, dua kerusi majoriti bumiputera di Limbang berkemungkinan menyaksikan pertandingan lebih daripada dua calon. Dengan hari penamaan calon hanya tinggal seminggu sahaja lagi, bakal calon bagaimanapun perlu menunggu lama sedikit memandangkan borang pencalonan bagi kerusi Bukit Kota telah pun habis dijual. Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Bukit Kota, Anyi Ngau berkata kesemua enam borang pencalonan yang disediakan bagi kerusi itu telah pun habis, dan ketika ini beliau masih menunggu ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kuching untuk menghantar borang itu melalui pos. Bagi kerusi Batu Danau yang terletak di luar bandar, RO Stephen Kalong Nanggang berkata empat borang pencalonan telah pun dijual. Khabar angin bertiup kencang bahawa kerusi Batu Danau mungkin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Dalam pilihan raya negeri 2006, kawasan pilihan raya baru itu yang merupakan majoriti Dayak dimenangi calon BN. | ||
JPN Tiada Kuasa Tukar Status Jantina Pemegang MyKad Posted: 30 Mar 2011 11:16 PM PDT
KUALA LUMPUR: Ketika ini tidak ada sebarang peruntukan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membolehkan seseorang individu yang telah melakukan pembedahan menukar jantina dibenarkan menukar status jantina mereka di dalam MyKad. Sebaliknya, kata Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim, pihaknya hanya menguruskan proses pertukaran nama sahaja, tertakluk kepada sebab dan syarat-syarattertentu. Oleh yang demikian, katanya, isu berhubung soal tersebut tidak berbangkit kerana ia tidak tertakluk di dalam peraturan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam. Mengulas isu keengganan sebilangan agensi kerajaan menerima MyKid dalam urusan rasmi pula, Datuk Alwi memberitahu, JPN telah memaklumkan kepada pihak berkenaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Imigresen dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menerima MyKid sebagai dokumen rasmi. "Ini kerana segala maklumat asas yang dikehendaki ada di dalam kad berkenaan,'' ujar beliau. Dalam pada itu, JPN juga katanya boleh mengurangkan bayaran denda sehingga 50% kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang kehilangan MyKad. Bagaimanapun pengurangan bayaran denda itu bergantung kepada keadaan kes yang dilaporkan dan budi bicara pihak JPN. "Sementara kita mahu membantu golongan OKU, kita juga mahu memastikan agar orang ramai tidak datang membuat tuntutan sembarangan. JPN perlu memastikan golongan yang datang membuat tuntutan itu tidak hilang MyKad mereka secara sewenang-wenangnya,'' kata Alwi. | ||
DAP Umum Senarai Calon Pilihan Raya Negeri Hujung Minggu Ini Posted: 30 Mar 2011 10:52 PM PDT BERNAMA SIBU: DAP akan mengumumkan senarai 15 calonnya bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada hujung minggu ini. Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng berkata Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng akan memulakan pengumuman itu dengan menamakan lima calon bagi zon selatan negeri ini di ibu pejabat parti di Kuching pada Sabtu ini. "Baki calon bagi wilayah tengah dan utara akan diumumkan di sini pada 3 petang hari berikutnya di venue yang akan ditentukan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Wong, yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Assek, sebelum itu mengetuai tiga bakal calon parti itu mendapatkan borang pencalonan di Pejabat Daerah di sini. Ketika-tiga mereka ialah David Wong bagi DUN Pelawan dan dua pendatang baru, Alice Lau, seorang ahli farmasi, yang dijangka bertanding di DUN Bawang Assan dan peguam Yap Hoi Liong bagi DUN Dudong. Ketika ditanya sama ada beliau akan beralih ke kerusi DUN Pelawan, Wong enggan mengulas, sekadar menyatakan bahawa perkara itu akan diketahui apabila barisan calon diumumkan. "Kami berada di sini untuk mendapatkan lima borang yang sememangnya diketahui boleh digunakan di seluruh negeri ini," katanya. Sementara itu, Wong berkata DAP telah pun menyelesaikan isu pembahagian kerusi sama ada dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS. Parti itu berdepan masalah tuntutan bertindih dengan PKR berhubung kerusi DUN Dudong yang kini diperuntukkan kepada DAP. Mengenai perbincangan pakatan pembangkang negeri dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), sebuah parti politik yang berpusat di negeri ini, Wong berkata perbincangan masih berjalan. "Sangat penting untuk mereka berbincang, membuat keputusan dan mencapai persetujuan, tambahan pula kami menentang lawan yang sama, Barisan Nasional. "Malah tarikh akhir untuk perbincangan itu ialah pada hari penamaan calon sendiri (6 April)," katanya. Pengundian ditetapkan pada 16 April. | ||
650 Borang Penamaan Calon Pilihan Raya Sarawak Dijual Setakat Ini Posted: 30 Mar 2011 10:52 PM PDT BERNAMA KUCHING: Sebanyak 650 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 telah dijual sejak 25 Mac lepas sehingga 12 tengah hari, Khamis. Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berkata borang-borang yang dibeli oleh bakal calon atau wakil bakal calon itu melibatkan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya itu yang akan diadakan pada 16 April. "Satu set borang berharga RM20. Saya menjangkakan pembelian borang ini akan semakin rancak sehari sebelum penamaan calon pada 6 April nanti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis. Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak Datu Takun Sunggah ketika dihubungi berkata masalah borang yang tidak cukup di beberapa kawasan berlaku kerana penghantaran awal tidak melibatkan bilangan yang banyak. "Mula-mula dulu RO (Pegawai Pengurus Pilihan Raya) nak cepat, kita beri dulu lima set (bagi setiap kawasan DUN). Tak ada masalah borang tak cukup... borang tu cukup," katanya. Katanya SPR telah bersedia termasuk menyediakan borang yang mencukupi untuk menghadapi kemungkinan calon pilihan raya yang ramai. "Kalau kawasan itu tak cukup borang, kita akan hantar segera. Banyak bakal calon dapatkan borang dengan RO. Kalau mereka datang ke SPR, masalah (borang tak cukup) takkan berlaku," katanya. | ||
Pembunuhan Banting: Peguam Dibicara Julai Posted: 30 Mar 2011 10:49 PM PDT
SHAH ALAM: Seorang peguam, N. Pathmanabhan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada Julai ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang dilaporkan hilang bersamanya. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menetapkan perbicaraan berjalan selama tiga bulan bermula 4 Julai hingga 30 September. Pathmanabhan, 42, akan dibicarakan bersama tiga pekerja ladangnya, iaitu T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, yang turut didakwa melakukan kesalahan itu. Terdahulu, semua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 Ogos 2010 di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini. Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 yang memperuntukkam hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. | ||
Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu.. Posted: 30 Mar 2011 10:46 PM PDT MSO KHABARNYA Menteri Dalam Negeri (KDN) Hishamuddin Hussein akan menyaman Anwar Ibrahim. Kesalahannya kerana Anwar dakwa beliau dan abang sepupunya Najib Razak terlibat dalam pembikinaan video lucah yang mengaitkan dirinya. Saman menyaman itu hak Hishamuddin dan sesiapa saja. Kalau kita merasakan dianiaya maka mahkamahlah tempat mengadu. Adulah kepada mahkamah dan mahkamah akan menentukan apakah yang didakwa itu benar atau tidak. Tindakan Hishamuddin itu satu keberanian untuk menafikan dia terlibat dengan pendedahan video itu. Tindakan Hishamuddin itu boleh dianggap berani kerana untuk berlawan dengan Anwar bukan calang-calang orang. Tenguklah hari ini dalam semua orang menghala muncung senjata, bedil, keris dan segala macam ke arahnysa, dia masih mendapat sokongan. Hanya orang yang memiliki kuasa ajaib sahaja boleh surivive bila diserang begitu rupa. Pun begitu di sini saya nak sebut sikit kepada cucu Onn Jaafar itu, daripada dia sibuk hendak menyaman Anwar elok kalau dia jenguk ke Pulapol di Jalan Gurney melihat apa yang berlaku di situ sebaik mungkin. Kejadian di pusat latihan polis itu cukup membimbangkan dan sewajarnya diberikan perhatian serius. Menurut laporan berita tv sekejap tadi setakat ini sudah tiga orang pelatih meninggal dunia di Pulapo kerana terkena air kencing tikus. Manakala empat orang lagi sedang dirawat di hospital dan sebanyak 59 orang pelatih pula diasingkan. Ini kes berat ini. Seingat saya inilah pertama kali pelatih mati 'percuma' di dalam pusat latihan. Memalukan lagi bila mana kematian itu disebabkan air kencing tikus. Jadi adalah baik Hishamuddin selesaikan dulu masalah virus berkenaan daripada bercakap soal-soal politik yang lebih untuk menyembunyikan fakta. Rasanya tindakan menghalau tikus lebih afdal daripada menyaman Anwar. Masalah yang berlaku itu melibatkan nyawa manusia dan maruah pasukan polis dan negara ini. Kalau dunia dengar nanti macam mana nak jawab pelatih yang dalam kewalan begitu eksklusif pun boleh diserang tikus. Macam mana pula dengan rakyat yang berada di luar, lebih-lebih lagi terdedah dengan bahaya itu. Kita tidak mahu dengar selepas ini kerana kelalaian dan pengabaian keselamatan dan kebersihan akan ada pula anggota polis atau bekas KPN yang mati kerana terpijak ekor tikus. He he he. | ||
Banjir di Perlis bertambah buruk Posted: 30 Mar 2011 10:43 PM PDT KANGAR - Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 2,386 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan yang dibuka kerajaan negeri sejak kelmarin. Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid berkata, mangsa di daerah Kangar merupakan paling ramai dipindahkan ekoran banyak penempatan penduduk dinaiki air sehingga paras pinggang. Bagaimanapun, pihaknya menyifatkan banjir kali ini bukan bencana alam sebaliknya merupakan banjir kilat ekoran hanya di kawasan bandar paling teruk terjejas. "Taburan hujan sejak 29 Mac lalu mencatatkan taburan tertinggi sekitar 130 milimeter menyebabkan sungai Perlis melimpah di sekitar di bandar Kangar. "Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melepaskan air daripada enam Empangan Timah Tasoh ekoran paras air di empangan itu melebihi paras normal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | ||
Posted: 30 Mar 2011 10:37 PM PDT KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina. Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan. Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina. "Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif. "Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam. | ||
Polis Keningau akan sita kenderaan individu diguna sebagai kereta sapu Posted: 30 Mar 2011 05:31 PM PDT KENINGAU KINI KENINGAU: Mulai awal bulan depan polis Keningau akan menyita kereta individu yang didapati digunakan untuk perniagaan kereta sapu. "Ini adalah undang-undang," jelas Ketua Polis Keningau DSP Zahari Mohamad, ketika mempertontonkan sejumlah 18 kenderaan persendirian yang ditahan kerana didapati digunakan sebagai pengangkutan awam haram. Zahari berkata, tindakan menyita itu diputuskan bagi mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keselamatan serta penyalahgunaan. Katanya, sepanjang dua bulan pertama pada tahun 2011 mendapati kebanyakan kemalangan melibatkan kereta sapu, dan pemandunya tidak mempunyai lessen. Kemalangan yang direkodkan melibatkan kehilangan nyawa orang awam, di samping kenderaan yang digunakan tidak mempunyai cukai jalan serta perlindungan insurans. "Polis mengambil langkah menyita kenderaan berkenaan atas faktor ini," jelasnya. Sehubungan itu Zahari menasihatkan orang ramai supaya berhenti daripada menjalankan perniagaan kereta sapu, selain memberi amaran keras kepada individu yang menyewakan kenderaan mereka untuk tujuan itu. "Anda juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang," tambahnya. Lewat petang pada Rabu, polis Keningau menahan sebanyak 18 kenderaan persendirian yang digunakan untuk perniagaan pengangkutan awam secara haram. Daripada jumlah itu 9 didapati tidak memiliki lesen memandu, 7 kenderaan didapati permit LKM tamat tempoh sah dan 2 kenderaan tidak mempunyai cukai jalan. Ketua polis itu memberitahu, usaha memerangi kegiatan kereta sapu di daerah ini akan dijalankan secara berterusan. | ||
S'jaya diberitahu, Ronnie Liu tendang pintu pejabat SPRM Posted: 30 Mar 2011 05:29 PM PDT BERNAMA Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu exco Selangor Ronnie Liu bertindak menendang pintu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum meloloskan diri masuk ke situ pada hari mangsa ditemui mati. Bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hassim berkata pada awalnya, Liu dan beberapa ahli politik berkumpul di depan pejabat suruhanjaya itu sebelum kekecohan berlaku. Beliau berkata selepas berjaya masuk ke pejabat SPRM, Liu bergegas ke bilik seorang pegawai yang menyoal siasat Teoh dan menyatakan mahu berjumpa Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kasim Mohamed. "Liu masuk untuk berjumpa Abu Kasim dan dia dibawa ke bilik Pengarah. Saya nampak dia marah dan Abu Kasim menenangkan keadaan. Abu Kasim kata biarlah pihak polis yang membuat siasatan, dan jika pegawai SPRM yang lakukan (sebabkan kematian Teoh), biar tindakan diambil," katanya yang kini Pengarah SPRM Negeri Sembilan. Hishamuddin berkata setelah mendapat penjelasan itu, Liu keluar dari pejabat SPRM secara sukarela. Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Hishamuddin berkata berikutan kematian Teoh, semua pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan berkenaan dipanggil memberi keterangan kepada polis dan beliau dimaklumkan tidak ada sesiapapun tahu apa yang berlaku ke atas Teoh atau melihat mangsa keluar dari pejabat SPRM pada 16 Julai 2009. Sebagai pegawai yang mengetuai siasatan kes berkenaan, Hishamuddin berkata beliau terkejut dengan kejadian itu dan berasa kesal kerana Teoh adalah saksi penting. Pada malam 16 Julai 2009, beliau berada di pejabat untuk mengkaji kertas siasatan hingga tertidur, dan terbangun pada 5.45 pagi untuk menghantar anaknya ke sekolah. Mengenai dakwaan pegawai SPRM menggunakan kekerasan ketika siasatan, Hishamuddin berkata di Selangor beliau tidak pernah aduan berhubung perkara itu namun suruhanjaya mempunyai mekanisme iaitu bahagian tatatertib, sekiranya ada laporan sedemikian. "Saksi dibawa balik ke pejabat SPRM secara sukarela dan bukannya dipaksa. Jika buat begitu, ia akan memalukan kita. Kitapun tahu kemanusiaan. Saksi memang kita jaga, nak cakap kasarpun takut, mereka penting," katanya yang menambah bahawa aduan terhadap pegawai SPRM hanya timbul selepas kematian Teoh. Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka. Prosiding bersambung esok. Sementara itu, Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan kerajaan negeri Selangor untuk bertindak sebagai pemerhati ketika Pakar Patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand memberi keterangan pada Sabtu dan Ahad ini, dibenarkan. Bagaimanapun, katanya, jika Selangor berhasrat diwakili peguam, mereka perlu mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119). |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan