Ahmad Bashah 'terlondeh' di kubu sendiri Posted: 22 Mar 2011 05:33 AM PDT Mohd Shubihi Muhamad Zain
| ALOR SETAR: Imej Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi apabila dilondehkan di kubu kuatnya sendiri. Hasrat pemimpin nombor satu Umno Kedah menampilkan watak utama konspirasi 1998, Umi Hafilda Ali dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi terpaksa dibatalkan ekoran desakan kuat mereka yang muak dengan fitnah dan pembohongan wanita itu. Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang berkumpul kebanyakannya menyuarakan ketidakpuasan hati apabila Umno memperlakukan sewenangnya dewan orang ramai seperti harta mereka sendiri. "Ini dewan orang ramai milik kerajaan negeri bukannya hak Umno, selama lebih 50 tahun Umno dah buat harta kerajaan macam harta dia, dewan orang ramai bukan untuk dijadikan markas Umno atau pejabat mana-mana parti politik. "Umno harus kosongkan mana-mana dewan milik kerajaan di negeri ini yang selama ini dijadikan markas mereka, termasuk juga Datuk Bashah yang tak malu menumpang di pejabat penghulu dan menjadikan premis itu pejabat operasinya sebagai wakil rakyat Bakar Bata," kata salah seorang dari peserta bantahan pada malam itu. Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bakar Bata, Zulkifli Che Harun yang ditemui mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berkumpul menyuarakan bantahan mereka terhadap kerakusan Umno itu. "Bagi pihak MTD dan PAS Kawasan Alor Setar, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berani menyuarakan bantahan ini di samping berjaya menyekat Umi Hafilda dari terus melemparkan fitnah jahatnya terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. "Ini merupakan petanda kebangkitan golongan muda dan rakyat yang telah muak dan jelak dengan pembohongan dan fitnah Umno dan kuncunya. Kita lihat bagaimana reputasi Datuk Bashah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tercalar kerana dimalukan di kubu sendiri," katanya. Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat PAS Kawasan Alor Setar berhubung penganjuran ceramah oleh Umno yang disyaki tidak memohon permit polis dan menyalahgunakan premis awam milik kerajaan untuk tujuan politik sempit mereka. Sehubungan itu sepasukan anggota polis telah bertindak membatalkan ceramah Umi Hafilda yang kebelakangan ini kerap muncul dengan isu-isu sensasi bertujuan melemparkan fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
|
Jangan ganggu demokrasi di kampus Posted: 22 Mar 2011 05:30 AM PDT Aziz Muda
| KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini didedahkan dengan beberapa penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya kampus (PRK) di beberapa buah universiti baru-baru ini, terutama di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara penyelewengan yang berlaku di UM termasuklah penggantungan kemenangan dua calon Pro Mahasiswa (Pro-M) sehingga 23 hari yang terdiri daripada Mastura Abu Bakar dan seorang calon berketurunan Cina. Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria (kiri) ketika membangkitkan perkara itu berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas bertentangan dengan peraturan yang terdapat dalam Buku Tata Tertib yang digunakan oleh pihak pentadbiran UM sendiri. Menurut beliau, perkara seperti itu tidak boleh dibiarkan kerana ia bukan sekadar mengganggu perjalanan demokrasi kampus, tetapi juga memperlihatkan sikap pihak pentadbiran universiti yang tidak adil dalam pengurusan PRK di IPT. "Kalau mereka benar-benar bersalah, sudah sepatutnya mereka menerima tindakan, tetapi kejadian yang berlaku itu jelas memperlihatkan tindakan yang tidak sepatutnya yang dikenakan kepada mereka," katanya ketika bertanyakan soalan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi supaya campur tangan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi dalam PRK di IPT pada masa akan datang. Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (kanan) ketika mencelah turut menyuarakan kekesalannya dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku di UPM dalam PRK universiti itu baru-baru ini. Kejadian yang berlaku itu berpunca dari campur tangan pihak pengurusan UPM dalam PRK universiti itu yang jelas memihak kepada pihak lawan Pro-M, sehingga menjadikan PRK itu juga turut memperlihatkan ketidakadilan kepada parti-parti yang bertanding. Akibatnya, pihak yang menjadi mangsa terpaksa berhempas pulas mempertahankan kemenangan mereka yang dinafikan oleh pihak pentadbiran UPM sehingga mencetuskan beberapa kejadian tidak diingini. Namun yang dikesalinya, pelajar-pelajar itu pula yang dipersalahkan, walaupun semua itu berpunca dari sikap pihak pentadbiran UPM sendiri yang tidak adil kepada mereka. Beliau berharap Kementerian Pengajian Tinggi mengambil perhatian serius berhubung kejadian itu agar ia tidak berlaku lagi dalam PRK UPM pada masa akan datang. Saifuddin ketika menjawab pertanyaan itu antara lain menegaskan Kementerian Pengajian Tinggi akan memantau perkara itu bagi memastikan perjalanan PRK di IPT berlangsung dengan baik pada masa akan datang. Ketika mencelah balik, Nasir turut mengingatkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi agar tidak hanya sekadar berjanji untuk memantau dengan baik perkara itu, tetapi turut melakukan tindakan-tindakan yang sepatutnya bagi memastikan PRK di IPT benar-benar demokratik sejajar dengan amalan demokrasi di negara kita. |
|
Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak Posted: 22 Mar 2011 05:29 AM PDT Hazayani Zakaria
| KUALA LUMPUR: Pengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan. "Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi. Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyelaras jentera kempen Pakatan Rakyat ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai. |
|
Pegawai SPRM menangis dalam prosiding suruhanjaya Posted: 22 Mar 2011 05:21 AM PDT BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menitiskan air mata dalam perbicaraan suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.
Prosiding diberhentikan kira-kira 15 minit bagi memberi peluang Mohd Anuar Ismail menenangkan diri sebelum menyambung semula keterangannya.
Mohd Anuar beremosi sedemikian selepas ditanya berkali-kali berkaitan tindakannya selepas melihat mayat Teoh dan perasaannya selepas itu.
Beliau yang ditanya anggota Suruhanjaya iaitu Pakar Perunding Psikiatri Forensik Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom mengapa beliau menangis memberitahu ia kerana tekanan diterimanya dan SPRM hingga memberi impak yang besar.
"Kes ini yang kita buat ini (suruhanjaya) berkaitan dengan saksi SPRM, kami teruk kena, yang teruk adalah saya sebagai pegawai penyiasat, paling teruk SPRM, kami (SPRM) dalam keadaan sukar, kerja kami teruk hinggakan panggil saksipun orang tak nak datang.
"Ia beri kesan kepada SPRM," katanya yang dipanggil sebagai saksi ke-23 dalam prosiding berkenaan.
Sebelum itu, Mohd Anuar berkata dia amat terkejut apabila melihat mayat Teoh di tingkat lima koridor Plaza Masalam dan beliau diarah ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk berjumpa dengan Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim (ketika itu) bersama Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Hairul Ilham Hamzah.
"Saya amat terkejut (lihat mayat Teoh). Dia saksi yang bersama dengan saya yang masih hidup sebelum itu dan hari ini (16 Julai 2009), dia dalam keadaan begitu (telah mati). Saya terkejut bagaimana keadaan dia begitu," katanya.
Katanya, dalam perjalanan ke Putrajaya beliau sempat melahirkan kebimbangannya kerana Teoh adalah saksi mereka dan berita menerusi akhbar sejak dua minggu sebelum kejadian telah menyiarkan gambarnya bersama Teoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
"Kami (beliau dan Hairul Ilham) menjangkakan kemarahan keluarga, rakan sekerja dan kawannya akan ditujukan kepada saya dan SPRM," katanya.
Ditanya adakah beliau bertanggungjawap di atas kematian Teoh, Mohd Anuar berkata:" Tidak, kerana saya telah melakukan tugas sebaik mungkin dan sama ada saya salah atau tidak saya serah pada panel (suruhanjaya). Kebimbangan saya adalah kerana gambar saya keluar dalam akhbar. Orang mesti akan cari saya."
Dalam perjalanan ke Putrajaya itu, Mohd Anuar telah singgah ke rumah selama lima minit untuk menemui isterinya dan memberitahu tentang kematian Teoh dan kebimbangannya.
Katanya perjumpaan itu hanya untuk meluahkan perasaan bimbang dan bukannya kerana rasa bersalah lagipun beliau ingin memberitahu supaya isterinya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan anak-anak.
"Saya singgah lima minit untuk luah perasaan saya. Ada juga beberapa perkara penting saya beritahu iaitu ada mayat saksi di tingkat bawah. Isteri juga ada maklumkan pada saya petang itu (16 Julai 2009) bahawa ada beberapa kereta berada di luar rumah dan saya suruh dia pindah ke tempat lain," katanya.
Mengenai soalan Mohamed Hatta adakah beliau hanya bimbangkan tentang keselamatan diri, organisasi (SPRM) dan keluarga sahaja tanpa bersimpati terhadap Teoh, Mohd Anuar berkata:"Saya bersimpati pada keluarga dia tetapi itu di luar kawalan."
Mohamed Hatta: "Kamu ada berasa tak kecuaian kamu sebabkan kejadian?." Mohd Anuar:" Saya rasa tiada kecuaian."
Mohamed Hatta: "Dalam dua tahun ini (lepas kematian Teoh), kamu ada rasa bersalah?"
Mohd Anuar:"Tidak bersalah tetapi terkilan."
Mohamed Hatta:"Selalunya jika terkilan, jika diulang balik peristiwa malam itu, mungkin ada pada perasaan untuk cegah perkara ini.?"
Mohd Anuar:"Ada."
Mohamed Hatta:"Bagaimana kamu nak cegah?."
Mohd Anuar:"Jika dia hendak berehat, kami akan berehat bersama dia.Jika dia hendak balik kami akan hantar dia ke pintu, tak boleh biar macam tu sahaja."
Ekoran kejadian yang berlaku, Mohd Anuar memberitahu Suruhanjaya supaya pegawai SPRM diberi latihan yang mencukupi dan bukannya enam bulan sahaja.
Seboleh-bolehnya dilatih oleh pihak dari luar negara bagi menambahbaik sistem SPRM.
Katanya keselamatan pejabat juga diutamakan dengan memasang jeriji pada tingkap, kedudukan pejabat bukan di bangunan yang tinggi serta ruang rehat yang mencukupi untuk pegawai bertugas.
Pada awal prosiding Mohd Anuar berkata bahawa pegawai bawahannya ada memberitahu bahawa Teoh mahu berehat di pejabat selepas merakam percakapan dan Teoh dibiarkan bergerak bebas di dalam pejabat.
Mengenai kemungkinan Teoh menceroboh dan menganas di dalam pejabat SPRM selepas di soal siasat, Mohd Anuar berkata Teoh tidak akan berkelakuan sedemikian kerana melihat kepada perwatakan, Teoh adalah seorang yang berjiwa lembut.
Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan selain Mohamed Hatta ia turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.Selventhiranathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.
Prosiding disambung esok. |
Polis siasat kes video seks ikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan Posted: 22 Mar 2011 05:19 AM PDT BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
"...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.
Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini pagi ini berhubung video yang dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.
Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan pembabitannya dalam video lucah itu.
Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang berkenaan dan isterinya dalam masa seminggu ini.
Sementara itu, Ismail memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.
Katanya pada masa yang sama, penyokong parti-parti politik yang terbabit dalam pilihan raya itu nanti, perlu bersikap matang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.
Beliau berkata, polis bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan.
"Semua pihak termasuk penyokong parti politik diingatkan untuk mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan dan tunjukkan moral yang tinggi," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, esok. |
Harga getah turun hingga 48 peratus Posted: 22 Mar 2011 04:23 AM PDT Aziz Muda
| KUALA LUMPUR: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus. Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram. Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung. Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam. "Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu. Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010. Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh. "Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya. Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku. Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara. Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia. "10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara. "Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia. "Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau. |
|
Royalti Minyak : Mahkamah Benar Kerajaan Jadi Defendan Kedua Posted: 22 Mar 2011 04:15 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd atau Petronas bagi membayar tunggakan royalti minyak dan gas negara sejumlah RM800 juta setahun sejak 2005.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof kemudiannya menetapkan tarikh 31 Mac ini untuk membawa kembali kes ini ke bahagian komersial.
Putrajaya sebelum ini memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak yang dibawa oleh kerajaan negeri Kelantan.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pentadbiran Najib seolah-olah mahu "membantu" Petronas agar tidak "keseorangan" menghadapi kes itu.
Kerajaan negeri Kelantan sebagai plantif telah memfailkan saman ke atas Petronas pada 30 Ogos tahun lalu kerana telah melanggar kontrak yang ditandatangani bersama dengan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri diwakili oleh peguam Tommy Thomas.
Antara relif yang dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.
Ia juga termasuk tempoh dari mana petroleum telah dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan atau blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.
Selain itu, tuntutan ini juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan.
Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos.
Saman pemula itu tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas.
Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan.
Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September.
Menurut Klausa 3 pula, pembayaran tersebut hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri berkenaan dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh.
Dalam kenyataan tuntutan itu, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan. |
SPRM Jangan Tuduh Sembarangan, Dakwa Di Mahkamah Kalau Ada Bukti Posted: 22 Mar 2011 04:13 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinasihati agar tidak menuduh sembarangan wakil rakyat Parti Tindakan Demokrat (DAP) mendapat wang sogokan sekiranya tiada bukti kukuh mensabitkan kesalahan tersebut.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dalam satu sidang media di parlimen hari ini turut menegaskan Ketua Unit Penyiasat SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah telah memberikan kenyataan fitnah terhadap DAP dalam kenyataannya kepada Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Teoh Beng Hock semalam mendakwa DAP menerima sebahagian daripada bayaran untuk projek pembangunan kerajaan Selangor.
Berita mengenainya dilaporkan dalam portal berita The Malaysian Insider semalam. Kata beliau, kenyataan Hairul bertujuan menipu, tidak berasas serta satu tindakan yang jelas mahu memesongkan tumpuan rakyat dan media jauh dari perjalanan penyiasatan yang sedang dijalankan oleh suruhanjaya diraja tersebut.
"Sekiranya SPRM mempunyai bukti kukuh, mereka patut meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah, bukannya mengeluarkan kenyataan bertujuan mengaibkan. Saya gesa SPRM untuk mengambil tindakan disiplin terhadap para pegawainya yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggunngjawab bertujuan mencemarkan nama baik parti," tegas beliau lagi.
Tambah beliau, SPRM juga perlu berhenti mereka penipuan dan menjelaskan bagaimana siasatan yang bermotifkan politik dan pendakwaan terpilih terhadap wakil rakyat Selangor sehingga mengakibatkan kematian seorang individu yang tidak bersalah.
"Sejak berdekad, DAP telah mempertahankan konsep kerajaan yang bersih dan telus serta mengecam korupsi yang semakin menjadi-jadi dan ketiadaan ketelusan dalam pemerintahan BN. Ini membuktikan, pendirian DAP amat jelas bahawa DAP tidak akan bertolak-ansur dengan apa-apa penyelewengan walaupun dari kalangan sendiri," kata beliau lagi. |
Hadi Gesa Umat Islam Tolak Dakyah Songsang Dan Fitnah Posted: 22 Mar 2011 04:09 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh umat Islam supaya menolak dakyah songsang dan fitnah pihak tertentu untuk terus mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujarnya, hal-hal yang tidak sahih dalam Islam akan mendatangkan fitnah seterusnya menjatuhkan maruah individu berkenaan seperti pendedahan video lucah yang berlaku semalam.
" Mengikut ajaran Islam sebarang tuduhan bersubahat, tuduhan yang melibatkan maruah dan moral ditolak sekiranya adanya kekeliruan. Kekeliruan ini boleh berlaku sekiranya laporan itu tidak diperincikan dengan cara yang sebenar,"kata Hadi selepas mesyuarat di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen.
" Dengan sebab itu Isam mewajibkan 4 orang saksi yang adil yang bermaruah, yang keduanya perlu diteliti jurugambar dia siapa jurukamera, alat rakaman itu bagaimana alat rosak ke alat macam mana, pelakon yang sebenar penerbit dia,"tambahnya lagi.
Ujarnya, pendedahan video lucah kepada awam adalah perbuatan yang tidak bermoral dan boleh merosakkan akidah masyarakat.
" Masih dalam keadaan yang keliru yang boleh merosakkan masyarakat, ia juga boleh mendidik masyarakat dengan cara yang tidak bermoral dan bermaruah,"katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam tidak mudah terpedaya dengan fitnah seumpama itu.
Sambil menolak amalan politik kotor yang dilakukan untuk menjatuhkan karier politik ketua pembangkang itu, Hadi berkata, rakaman video yang hanya dihebahkan kepada media tertentu sahaja tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.
Hadi juga turut mempersoalkan mengapa tayangan video itu dibuat ketika DUN Sarawak dibubarkan.
"Oleh kerana itu kita mahu supaya amalan seperti ini hendaklah dihentikan apa lagi kita mahu pilihanraya yang termoden mestilah bersih daripada amalan-amalan yang karut yang merosakkan imej bukan sahaja orang Islam termasuk rakyat negara ini dari segi pandangan seluruh dunia," katanya. |
P'raya Sarawak : Jangan Terpesong Dengan Video Seks Fitnah Posted: 22 Mar 2011 04:02 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Sarawak menolak cubaan Putrajaya menggunakan video fitnah seks terhadapnya untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada keperluan menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional.
Anwar turut menggesa Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil khususnya undi pos dengan tempoh berkempen sekurang-kurangnya tiga minggu.
SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri setelah DUN Sarawak dibubarkan semalam.
Anwar berkata parti komponen Pakatan Rakyat dan rakan pembangkang SNAP akan memutuskan pengagihan kerusi dalam beberapa hari untuk memberikan saingan hebat kepada Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. |
Pua mahu saman Zahid tuduhan ditangkap di Singapura Posted: 22 Mar 2011 04:01 AM PDT Oleh Shannon Teoh
KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hari ini membuat keputusan untuk menyaman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seminggu selepas Menteri Pertahanan itu menuduh beliau pernah ditangkap di Singapura. "Kemudian beliau (Zahid) boleh membawa bukti yang mengatakan saya telah ditangkap," kata Setiausaha Publisiti DAP itu. Beliau berkata telah memberikan tempoh 24 jam kepada Zahid yang juga Naib Presiden Umno untuk memohon maaf selepas mendakwa Pua ditangkap di Singapura, Jumaat lalu. "Bagaimanapun, tiga hari selepas itu saya belum mendengar apa-apa daripada beliau," kata Pua (gambar). Zahid sebelum ini memberitahu wartawan bahawa Pua pernah ditangkap di Singapura serta pernah didakwa di mahkamah sebelum dilepaskan. Menteri itu juga berkata wakil rakyat DAP itu dibebaskan kerana mempunyai "hubungan baik" dengan "sebuah pejabat" tertentu yang mana sebelum ini Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa Pua adalah ejen Singapura. |
Anwar dakwa Najib, Hishammuddin terlibat dedah rakaman video seks Posted: 22 Mar 2011 03:53 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal
Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim ketika beliau membuat laporan di balai polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, tengah hari tadi. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terlibat dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu. Anwar membuat pendirian tegas ini sehari selepas penafian Perdana Menteri bahawa polis dan Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merakamkan insiden itu. "Tindakan mempertontonkan tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Najib dan Menteri Dalam Negeri. Lebih-lebih lagi ia dilakukan secara rasmi di sebuah hotel berprestij, di mana editor-editor kanan dijemput. "Adakah ia mungkin?" soal Anwar selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini. Terdahulu Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam. Rakaman itu yang dikatakan menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita telah dipertontonkan kepada media semalam. Malah petang semalam, Anwar telah pun menafikan lelaki dalam video tersebut adalah beliau. Rakaman video aksi seks itu ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam. Anwar tiba di ibu pejabat polis Dang Wangi pukul 10.35 pagi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluar pada 12.05 tengah hari. Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media, Anwar sekali lagi menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu. "Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar dan reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polis. Laporan polis dibuat berikutan kenyataan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki rakaman video seks hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan SPA. Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya dalam masa seminggu ini. Ketua Umum PKR itu berkata beliau ada bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib dan Hishammudin terlibat. "Individu-individu ini telah melakukan bermacam jenayah - fitnah, menakut-nakuktan dan menonton video lucah di umum. "Bukti saya adalah pembabitan peringkat tinggi, itu sebabnya mengapa tiada tindakan diambil oleh polis? "Macam mana bahan lucah boleh ditayangkan di umum? (Nampaknya) ada perlindungan polis," kata Anwar. Malah Ketua Pembangkang itu berkata reaksi segera Najib, Presiden Umno, yang menafikan pembabitan polis adalah sesuatu yang ganjil. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam. Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam. Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau. Sementara itu, laporan Bernama memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan menyiasat kes itu sebagaimana prosedur biasa apabila sesuatu laporan polis dibuat. "Pegawai polis Kuala Lumpur sendirilah yang akan menyiasat jadi apa juga laporan polis kita terima kita akan anggap ia sebagai salah satu proses siasatan biasa," katanya ketika ditanya sama ada laporan oleh Anwar itu akan disiasat oleh Bukit Aman atau pun kontinjen Kuala Lumpur. "Tidak ada kita (polis) kata orang tertentu buat laporan perlu siasatan oleh kumpulan tertentu . . . tidak ada," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan "kawasan panas" di stesen monorel Tun Sambanthan di sini. |
Video seks: Anwar tak perlu sumpah al-Quran, kata Hadi Posted: 22 Mar 2011 03:51 AM PDT Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah atas al-Quran bagi membuktikan beliau bukan lelaki yang didakwa dalam rakaman video seks melibatkan seorang wanita, yang didedahkan semalam. Sehubungan itu kata beliau, hanya Mahkamah Syariah yang boleh meminta Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, agar berbuat demikian. "Jika anda mahu beliau bersumpah, maka anda perlu mengikut hukum syariah. Hanya mahkamah ini (syariah) yang boleh memutuskan sama ada beliau kena buat sumpah sedemikian. "Saya minta kes ini didengar di Mahkamah Syariah," kata beliau merujuk kepada dakwaan terbaru yang dirujuk kepada pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu. |
Video seks: Anwar buat laporan polis Posted: 21 Mar 2011 10:42 PM PDT Kira-kira 70 penyokong turut memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan 'Hancur Fitnah' dan 'Hidup Anwar'.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung dakwaan penglibatan beliau dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara semalam. Beliau hadir kira-kira jam 10.35 pagi di Ibu PejabaT Polis Daerah Dang Wangi di sini ditemani isteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir pemimpin PKR seperti bekas Timbalan Presiden Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mad Akin, bekas Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Subang R Sivarasa dan Naib presiden N Surendran. Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga hadir. Kira-kira 70 penyokong turut memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan 'Hancur Fitnah' dan 'Hidup Anwar'. |
Risiko radiasi kepada 16,700 penduduk Balok Posted: 21 Mar 2011 10:39 PM PDT Tiada satu pun negara didunia berani membina loji tersebut kerana sedar tentang risikonya, tetapi kenapa Malaysia menerimanya?
KUANTAN: Kira-kira 16,700 penduduk Balok yang menetap disekitar Kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang kini terdedah kepada ancaman kesan radiasi dengan kewujudan sebuah loji pemprosesan tanah nadir (rare earth). Disebalik kerakusan mengejar arus kemajuan teknologi, masa depan penduduk yang menetap disekitar dua kilometer dari loji tersebut, antaranya Taman Balok Makmor, Taman Balok Perdana, dan Kampung Nelayan Balok terpaksa menjadi pertaruhan. Loji tersebut sepenuhnya milik syarikat perlombongan dan memproses kimia dari Australia, Lynas Corporation Ltd. Bahan mentah (nadir bumi) asalnya diangkut dari lombong milik syarikat itu di Gunung Weld, New South Wales, Australia akan dibawa ke Malaysia untuk diproses menjadi sejenis unsur bijih besi di loji pengeluaran yang dibina di kawasan seluas 101.25 hektar di Gebeng, dekat Kuantan. Bijih besi yang dihasilkan nanti mempunyai unsur Lathanide lazimnya digunakan dalam pembuatan kenderaan hibrid, lampu kalimantang, cakera liut keras dan panel skrin Ipod. Walaupun Lathanide berperanan penting dalam pembangunan teknologi hijau, namun apa yang membimbangkan adalah kesan sisa radioaktif yang dihasilkannya selepas diproses. Ini kerana pemprosesan nadir bumi menghasilkan air buangan sejumlah 500 meter padu (kira-kira saiz tiga kolam renang Olimpik) setiap sejam dalam sehari yang dikhuatiri mendedahkan sisa radioaktif seterusnya mencemari sumber air tempatan termasuk sungai dan laut serta hidupan di dalamnya. Melalui pemerhatian FMT, saluran air disekitar Kawasan Perindustrian Gebeng mengalir ke Sungai Balok dan Sungai Karang seterusnya menuju ke sekitar Pantai Balok yang menghadap ke Laut China Selatan didapati keruh dan berwarna coklat pekat. FMT juga berjaya meninjau masuk ke dalam tapak projek pembinaan loji dan mendapati kurang daripada 50 peratus bahagian siap dibina walaupun tarikh yang sepatutnya disiapkan oleh kontraktor tempatan adalah pada Januari 2011. FMT kemudiannya menuju ke Kampung Nelayan dan sempat menemui penduduk tempatan yang sedang duduk berehat di pangkin sementara menunggu azan Maghrib. Aktiviti perikanan merosot
Shaari Ayub, 42, seorang nelayan kecil berkata aktiviti perikanan di situ semakin merosot sejak wujudnya kawasan perindustrian sekitar tahun 90-an. "Sisa kilang semuanya mengalir ke sungai dan dilepaskan ke laut, jadi rezeki yang kami peroleh hanya bergantung kepada nasib. "Lebih jauh (laut dalam) kami pergi, banyaklah ikan. Kalau dekat pantai sekarang apa pun sudah tiada," katanya. Mohd Ramli Aziz, 47, bimbang akan kehilangan punca pendapatan jika benar loji tersebut melepaskan sisa buangan radioaktif. "Bukan sahaja ikan dan hidupan laut yang akan tercemar, kesihatan penduduk sekitar yang lain pun boleh terjejas," katanya. Tidak seperti sisa toksik yang mudah dikesan mempunyai bau, rasa, dan warna, kesan radioaktif dianggap lebih berbahaya kerana ia tidak mempunyai sebarang unsur tersebut. Pemprosesan Lethanide menghasilkan sisa buangan 'Thorium' yang mengandungi bahan radioaktif dan bersifat karsinogen. Pihak Lynas sebelum ini dalam media pernah memberi jaminan sisa mendakan (bersifat radioaktif) daripada proses rawatan air akan disimpan ditapak simpanan sementara sebelum kajian dilakukan bagi mengenal pasti potensi alternatif kegunaannya. "Tetapi sampai bila sisa ini akan disimpan? Bagaimana jika tiada penemuan terhasil, apa akan jadi kepada sisa tersebut? "Apa yang merisaukan unsur bahan buangan radioaktif bukan hanya memakan masa beribu, malah berjuta tahun untuk menjadi neutral. "Ini bermaksud cucu cicit dan generasi kita seterusnya akan menjadi mangsa. Ini tidak dapat dimaafkan," kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh semasa pertemuannya dengan penduduk Kuantan. Hakikatnya, sudah tentu kesan radiasi yang terdedah (melalui air dan udara) akan membawa risiko kepada penduduk setempat kepada kanser seperti leukimia, kelahiran bayi cacat dan pramatang, kecacatan gen dan sebagainya seperti tragedi di Bukit Merah, Perak yang berlaku sekitar tahun 1982. Kepentingan kepada rakyat Malaysia?
Difahamkan, tekanan Amerika Syarikat dan Eropah yang mahu memecahkan monopoli China dalam industri nadir bumi serta undang-undang alam sekitar di Australia yang tidak membenarkan pembinaan tersebut menjadi faktor Lynas memilih Malaysia. Lynas dikatakan mendapat 'lampu hijau' bagi projek tersebut daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Malaysia hanya dalam masa sehari. Namun menurut Fauziah, tiada satu pun syarikat milik tempatan yang menjadi rakan kongsi (atas kertas) sekaligus faedah keuntungan dalam projek loji tersebut. Malah Lynas dianugerahkan Kementerian Pedagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai 'Status Perintis Berstrategik', menjadikan Lynas dikecualikan cukai import atau eksport korporat selama 12 tahun. "Bermakna Lynas akan mendapat USD1.7 bilion (kira-kira RM8 juta) setahun daripada nilai eksport nadir bumi tetapi Malaysia mahupun kerajaan negeri Pahang tidak akan dapat sesen pun keuntungan daripada mereka selama 12 tahun. "Lebih menghairankan sejak 30 tahun lalu tiada satu pun negara didunia berani membina loji tersebut kerana sedar tentang risikonya, tetapi kenapa Malaysia menerimanya? "Tiada langsung kepentingannya kepada rakyat, yang ada hanya kesan negatif daripada pelepasan sisa radioaktif," katanya. Kempen kesedaran
Sehubungan itu, Fuziah dalam taklimatnya bersama kira-kira 200 penduduk Kuantan Ahad lalu mengadakan kempen kesedaran disamping mengumpul seberapa banyak tandatangan daripada penduduk tempatan untuk dijadikan petisyen bantahan sebelum diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab. "Selain itu, penduduk Kuantan akan cuba mengumpul seberapa banyak sumbangan dana termasuk menyewa bas supaya mereka dapat pergi ke Parlimen dan menyerahkan petisyen bantahan kepada menteri kabinet sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat penggal ini," katanya. Katanya, bantahan itu bagi mendesak Lynas supaya tidak memulakan operasi memproses nadir bumi dan dalam masa yang sama mendesak AELB membatalkan lesen yang diberikan kepada Lynas sebelum ini. "Kalau kita gagal dalam misi ini, saya akan cuba dengan pelan B iaitu mendesak supaya Lynas membawa sisa buangan pulang ke Australia dengan kapal kargo, jangan cemarkan bumi Malaysia," katanya kepada FMT. Sementara itu, penduduk Bandar Kuantan, Benjamin Yap, 42, berkata persepsinya terhadap pemimpin yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat sudah berubah. "Saya kesal dengan pemikiran sesetengah pihak yang berfikir bahawa keuntungan poket berbilion ringgit itu lebih bernilai daripada nyawa rakyat sendiri," katanya kepada FMT. Christine Soh, 48, penduduk tetap di Kuantan Garden berkata sebagai seorang ejen hartanah, terdapat khabar angin yang mengatakan nilai tanah disekitar kawasan Gebeng menurun disebabkan risiko yang dibawa oleh loji pemprosesan tersebut. "Harga tanah merosot sejak tahun lalu dan saya bimbang jika nilai pasaran turut menjejaskan kawasan tanah dan di Beserah dan Jabor," katanya. |
Mengapa sekarang, mengapa Anwar Ibrahim? Posted: 21 Mar 2011 10:38 PM PDT Afif Nasri
| Politik lama yang kotor kini makin menjadi-jadi. Tatkala ekonomi negara semakin hilang arah dan rakyat terus menghadapi tekanan terhadap kos sara hidup, serangan fitnah pula disensasikan. Arus media perdana digunakan sepenuhnya untuk menanam sifat keraguan di kalangan rakyat yang bertujuan memecah belahkan semangat membawa kepada perubahan. Tidak cukup dengan pengaiban melalui kes liwat fitnah kali ke-2 (Mediarakyat: Mengapa Mereka Mahu Anwar Dipenjarakan), kini muncul pula rakaman video rekaan untuk memusnahkan kredibiliti pimpinan Pakatan (Malaysiakini). Mereka hanya pakar dalam menjatuhkan maruah kita bagi mengalih perhatian daripada membincangkan isu-isu utama iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan pentadbiran. Ini semua bertujuan mengaburi mata rakyat. Pilihanraya Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat sedangkan pendedahan, penyelewengan demi penyelewengan mereka tidak lagi boleh disekat. Lihatlah betapa kejamnya rakyat ditindas, manakala mereka yang rasuah masih dipertahankan (Sarawak Report). Tidak hairanlah jika serangan-serangan fitnah akan diperhebatkan selagi mereka memegang tampuk kuasa. Ayuh kita tumpukan perhatian kepada agenda perubahan. Melihat kepada sokongan ramai di laman media sosial seperti di Facebook dan Twitter, ternyata rakyat sudah semakin matang. Jangan biarkan pemikiran kita dikelirukan dengan pembohongan murahan mereka. Teruskan bersuara! Sama-samalah kita hentikan kezaliman ini demi menyelamatkan masa depan Malaysia. Berpeganglah kepada prinsip, insyallah Tuhan akan bersama-sama dengan kita dalam perjuangan ini. |
|
Kedudukan Raja-Raja dan tuduhan derhaka Posted: 21 Mar 2011 10:37 PM PDT Subky Latif
| TITAH Singgahsana di Parlimen oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong mengingatkan antara lain supaya semua pihak cermat bila menyentuh kedudukan raja-raja. Ia adalah ingatan penting kepada semua; kepada rakyat yang berpolitik dan yang membuat kajian ilmiah; dan kepada gaya hidup sekalian kerabat yang bergelar. Wajar bagi semua menjaga satun masing-masing bagi memperkukuh harmoni dan kesejahteraan tamaddun. Saya percaya orang-orang politik yang bertanggungjawab, yang bercita-cita untuk memberi perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara tidak berpolitik dengan kedudukan raja-raja. Semua tahu bahawa kedudukan raja-raja itu adalah keramat kepada keharmonian antara orang bergelar dan rakyat jelata, dan antara sesama masyakat majmuk. Ia juga elemen sensitiviti yang boleh meresahkan. Tiada orang politik yang bercita-cita besar mahu diganggu oleh kewujudan institusi itu. Sekaliannya mahu menyumbang kepada kemurniannya dengan mengelak hal-hal yang mendatangkan keresahan. Tetapi suatu gejala yang meresahkan yang perlu diperhatikan oleh golongan orang bergelar menonjolkan isu derhaka sebagai senjata politik yang ampuh dan rapuh. Raja-raja sayugia peka dengan kepura-puraan gejala yang bermain isu derhaka bagi maraih faedah politik tetapi boleh mengeruhkan keharmonian dan mengganggu ketenangan orang atas terhadap orang bawah serta boleh mengelirukan kesediaan orang bawah kepada orang atas. Majlis Raja-Raja wajar duduk sama sendiri merenung dan meneropong kerenah orang bermain isu derhaka yang pernah merosakkan hubungan harmoni dan kenenangan yang sewajarnya dipupuk di kalangan istana dan rakyat, bukan melagakan raja-raja dengan golongan tertentu di kalangan rakyat masing-masing. Kerenah orang itu dikatakan anti raja dan orang ini derhaka, tetapi bertabur di persada politik sejak negara mencapai kemerdekaan. Ada yang menempelak Ahmad Boestamam dan Pak Sako yang memperjuangkan kemerdekaan mengikut aliran kiri dikatakan hendak menegakkan pemerintahan republik di negara ini. Ia menyebabkan ada raja yang curiga dengan setengah rakyat dan dekat dengan setengah rakyat. Dan sebaliknya ada rakyat yang dicurigai itu menjauhkan diri dari orang istana dan sekalian orang bergelar. Adalah benar Ahmad Boestamam dan Pak Sako mengkritik sistem feudal, tetapi mereka menerima gelaran Dato. Boestamam mati sebagai Dato yang diberi oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Pak Sako dianugerah Dato oleh Sultan Pahang. Apabila orang-orang ini didekati oleh raja, pengikut mereka ada pesepsi baru tentang feudalisma. Tetapi kalau istana ragu tentang setengah rakyat, ia memungkinkan orang-orang ini menyimpan satu persepsi tertentu terhadap raja. Persepsi boleh menimbulkan berbagai kerenah, tidak mustahil orang membincang perkara yang bukan-bukan tentang istana dan raja. Mungkin ada orang bukan Melayu ada pandangan berbeza terhadap raja. Tetapi orang bukan Melayu juga berlumba-lumba dan sanggup berhabis untuk mendapat gelaran berbagai pingat dari raja. Sukar bagi mana-mana kuasa politik berjaya jika ia ada persepsi yang menjarakkannya dengan raja. British ada kuasa penting sebelum mereka. Ia mencorakkan politik dan kedudukan raja-raja. Apabila British cuba menyentuh kedudukan raja melalui gagasan Malayan Union, British juga tonggang-langgang. Justeru itu orang politik belajar dari kejadian itu dan kesimpulannya kedudukan raja itu suatu yang mesti diterima. Apa yang berlaku hingga datang Titah dari Singgahsana tentang bimbang dengan kedudukan raja-raja, bukan kerana raja itu ditolak tetapi gara-gara hantu derhaka yang berlegar luas di tengah masyarakat. Hantu itu memang telah berjaya menggerun istana dan kedudukan raja-raja menjadi soal yang tidak selesai setelah sekian lama merka. Istana dan pemerintah mesti membuang hantu derhaka itu ke Laut China Selatan untuk selama-lamanya kerana ia mengganggu ketengangan istana dan mengelurikan kesetiaan rakyat. Apabila isu derhaka ini dimainkan, ia mengundang orang untuk mendengarnya. Orang yang tidak tertarik pun jika selalu mendengarnya, akan ada sesuatu yang lekat di kepalanya. Mesyuarat Raja-Raja mesti melihat serius isu ini jika mahu kedudukan raja-raja itu terus rukun dan damai. Jika isu derhaka dimainkan, lepas 100 tahun merdeka pun ia berbunyi lagi. Raja tidak wajar berpolitik tetapi raja patut tahu politik supaya tidak menjadi tawanan orang politik. |
|
Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu? Posted: 21 Mar 2011 10:34 PM PDT Harakahdaily
| KUALA LUMPUR: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.
Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.
Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.
Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum. Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada. Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau. "Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS. Video seks Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.
Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.
Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.
Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.
Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.
Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini. BN sangat tersepit
"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.
Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.
"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya. Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.
"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau. Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks. "Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...," kata beliau. |
|
Kes berprofil tinggi telus jika SPRM boleh dakwa Posted: 21 Mar 2011 10:33 PM PDT Hazayani Zakaria
| KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berpendirian, siasatan kes berprofil tinggi akan lebih telus sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberikan kuasa pendakwaan. Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, dengan adanya kuasa pendakwaan itu, SPRM tidak akan terikat dengan karenah birokrasi. "Adakah menteri percaya dengan adanya kuasa pendakwaan ini, akan menjadikan siasatan lebih telus dan tidak terikat dengan mana-mana birokrasi lagi supaya kes yang berfrofil tinggi ini dapat disempurnakan," katanya. Beliau yang juga anggota jawatankuasa khas Parlimen mengenai rasuah juga menyifatkan cadangan jawatankuasa berkenaan berkaitan perkara itu sebagai berani. "Ini satu cadangan yang paling berani yang pernah dibuat oleh jawatankuasa ini yang telah pun kita serahkan ke Putrajaya tahun lewat tahun lepas," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun memberitahu, pemisahan kuasa adalah satu perkara yang sangat penting iaitu memisahkan di antara kuasa menyiasat dan mendakwa. "Adalah penting bagi seorang pendakwa untuk mendakwa tanpa mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang hendak didakwa," katanya. Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kes yang dianggap atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang telah sempurna disiasat oleh SPRM dari tahun 1990 hingga 2010. Beliau juga ingin tahu daripada jumlah itu berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan jumlah kes yang telah selesai dibicarakan. |
|
PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar Posted: 21 Mar 2011 10:32 PM PDT Aziz Muda
| KUALA LUMPUR: Pihak polis diminta menyiasat pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan, menyebar dan menyiarkan video lucah yang ditayangkan kepada para wartawan untuk memburukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut. Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat. Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya. "Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini. Tindakan tetsebut, menurut beliau, jelas merupakan permainan kotor Umno untuk memburukkan Anwar bagi mempengaruhi orang ramai agar tidak mempercayai beliau dan Pakatan Rakyat. "Ini samalah juga dengan permainan mereka dalam isu kalimah Allah bagi menarik perhatian umat Islam yang akhirny membawa kepada kejadian bakar gereja dan surau. "Pada hal PAS sejak dulu lagi telah menyatakan tidak ada masalah kepada sesiapa pun nak guna nama Allah termasuk orang Kristian asalkan tidak disalahgunakan," katanya. Perkara itu, katanya samalah juga dengan permainan Umno dalam meluluskan penyebaran Bible dalam bahasa Melayu yang jelas akan merbahayakan masyarakat Islam yang dibuat untuk mengambil hati orang Kristian. Mengulas tayangan video lucah itu dengan lebih jauh, beliau berkata, penipuan Umno dalam hal itu lebih ketara apabila ia turut dimaklumkan oleh para wartawan yang melibatnya sebagai 'superimpose'. Katanya, menurut para wartawan, perkara itu amat jelas apabila lelaki terbabit itu bukan Anwar, tetapi lelaki lain apabila lelaki itu berperut buncit dan jelas tidak seperti badan Anwar tetapi di bahagian mukanya digunakan muka Anwar. "Perbuatan tersebut jelas satu fitnah yang amat jahat dan perlu disiasat dengan mendalam bagi membawa mereka yang terbabit itu ke muka pengadilan," katanya. |
|
Jangan terlibat dengan qazaf Posted: 21 Mar 2011 10:31 PM PDT Aziz Muda
| KUALA LUMPUR: Setiap pihak termasuk orang ramai di setiap peringkat diingatkan agar tidak mudah percaya dan membuat perhitungan terhadap sesuatu perkara, dengan hanya berdasarkan sesuatu perlakuan yang ditayangkan di dalam video. Apatah lagi dengan keadaan terkini yang begitu maju dengan IT dan teknologi canggih, sehingga membolehkan watak-watak yang terdapat dalam video juga boleh ditipu dengan 'superimpose'. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika mengingatkan perkara itu berkata, demikianlah juga dengan tayangan video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu kepada para wartawan hari ini. Menurut beliau, tayangan video itu ternyata begitu mengaibkan dan ia turut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Katanya, antara persoalan yang boleh dikemukakan, sekiranya dalam Islam fitnah itu diharamkan, dalam Islam juga dilarang menuduh seseorang hanya berdasarkan perlakuannya yang ditayangkan di dalam video. "Dalam masa yang sama, setiap pihak juga boleh bertanya, adakah tindakan pihak tertentu yang menayangkan video itu kepada golongan tertentu juga tidak termasuk dalam kategori aksi lucah?" katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat hari ini. Sehubungan itu, beliau yang ternyata turut hairan dengan permainan kotor pihak tertentu sehingga sanggup menayangkan video tersebut berharap semua pihak berfikir lebih mendalam mengenai perkara itu. Kepentingan orang ramai berfikir secara matang mengenainya selaras dengan pelbagai tindakan tidak bertanggung dari pihak Umno BN masa kini terhadap Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi untuk menghadapi pilihanrya negeri Sarawak. Dalam masa yang sama, beliau juga turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlibat dengan qazaf yang ternyata bertentangan dengan prinsip keadilan Islam. "Itu semua perlu diperhitungkan sebelum apa-apa perhitungan dibuat sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya. |
|
'Jualan mega politik' sedang berlangsung Posted: 21 Mar 2011 10:27 PM PDT Hazayani Zakaria
| KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan grand mega sale politik yang sudah pun berlangsung. "Grand mega sale" merujuk kepada usaha BN membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendakwa BN sedang giat menjalankan usaha membeli ahli-ahli PAS, PKR dan DAP untuk survival politik mereka. "Kami memberi ingatan awal kepada rakyat Malaysia kerana kita sedang berhadapan dengan grand mega sale politik 2011 yang sudah pun bermula. "Kita akan lihat bermula pilihan raya sarawak akan ramailah orang PAS, PKR dan DAP yang akan keluar parti dan dipertontonkan kepada masyarakat. "Inilah yang kami maksudkan grand mega sale ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau secara sinis menyamakan ahli politik yang dibeli ini dengan "barangan yang tidak berkualiti dan luput tarikh. "Kita ingatkan rakyat agar berhati-hati dengan grand mega sale ini kerana barangan yang dipasarkan akhirnya jika rakyat silap memilih ada barangan yang mempunyai kesan radio aktif yang boleh memudaratkan kesihatan. Ada barangan yang sudah luput tarikh," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Sementara itu Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) pada sidang media sama mendakwa "grand mega sale politik" ini dirancang rapi oleh pihak tertentu. "Ada kecenderungan yang dirancang rapi untuk menjayakan grand mega sale politik ini. "Apabila ada golongan berpendapatan rendah akan dirancang dalam kumpulan besar. Yang berpengaruh atau berpendapatan tinggi dalam kumpulan kecil. Tambahnya, usaha ini telah bermula beberapa bulan lalu. "Usaha ini telah bermula beberapa bulan yang lalu apabila di kawasan saya sendiri dikatakan ada 300 orang yang keluar parti walaupun hakikatnya tiga orang sahaja dan yang tak ada kena mengena dengan parti digunakan untuk menjayakan mega sale ini," katanya. |
|
Jelajah anak Terengganu di Perak 26 Mac Posted: 21 Mar 2011 10:26 PM PDT Harakahdaily
| KUALA LUMPUR: Setiausaha Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong berkata Perantau akan memulakan jelajah bertemu dengan anak Terengganu di perantauan di seluruh negara bermula dengan Majlis Hi-Tea di Negeri Perak pada Sabtu, 26 Mac ini jam 5 petang di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Katanya, Perak dipilih sebagai negeri pertama oleh Perantau untuk program jelajah seluruh negara ini untuk beramah mesra dan berdialog serta mendengar pandangan balas berhubung dengan hasrat PAS Ganti Umno di Terengganu. Ini, katanya kerana Perak mempunyai keistimewaan yang tersendiri bila Umno merampas negeri tersebut secara paksaan tanpa melalui demokrasi. Beliau berharap anak-anak Terengganu yang berada di negeri Perak dapat hadir memeriahkan majlis dan berdiaog secara langsung dengan kepimpinan PAS Terengganu. Turut serta dijemput sebagai rakan dialog adalah timbalan pesuruhjaya PAS negeri yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS Terengganu. |
|
Muhyiddin tertekan rakyat Sarawak terima Pakatan Posted: 21 Mar 2011 10:20 PM PDT Harakahdaily
| KUALA LUMPUR: Tohmahan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak hanyalah sebagai pengacau (hantu jembalang) adalah tidak adil dan amat mengelirukan. Kenyataan itu mempamerkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno BN yang tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia. "Ianya juga seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat agar terus menyokong BN," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Sesungguhnya, kata beliau dari tindakan Muhyiddin itu terselit rasa takut pemimpin-pemimpin tertinggi BN akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini. "Mungkin juga beliau mula rasa tertekan melihatkan sambutan hangat rakyat terhadap PR di Sarawak," ujarnya. Katanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia membenarkan pembentukan pelbagai parti politik untuk memperjuangkan hak-hak dan kesejahteraan rakyat. Malah, ujarnya BN sendiri adalah gabungan antara beberapa banyak parti-parti politik kaum. Perlembagaan juga menjamin hak-hak tersebut, tiada sesiapapun yang boleh menafikannya. Oleh itu, tambahnya tidak timbul sebarang masalah terhadap kehadiran Pakatan Rakyat di Sarawak. Sebenarnya, tambah beliau dari sudut Perlembagaan ahli-ahli dan penyokong PR di Sarawak berhak terlibat terus dalam kancah politik negeri itu. Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Sarawak untuk berusaha mencapai taraf hidup yang lebih baik serta membuat perubahan demi mencapai matlamat tersebut. "Juga menjadi agenda utama PR untuk mengajak seluruh rakyat Sarawak bersama-sama berjuang membuat perubahan untuk mencapai matlamat yang lebih gemilang," ujarnya. Katanya lagi, PR yakin bahawa rakyat Sarawak mampu berubah. |
|
Nasib Pengurus Besar Yayasan Selangor Belum Diputuskan Posted: 21 Mar 2011 05:10 PM PDT TVS NEWSSHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai laporan audit Yayasan Selangor sebelum memutuskan status Pengurus Besar yayasan itu, Ilham Marzuki. Ujarnya penjelasan mengenai akaun Yayasan Selangor yang mencatatkan defisit RM7.41 juta penting supaya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
" Kita mesti menilai tugas dan tanggungjawab tersebut, esok mesyuarat pengarah Yayasan Selangor, perkara pertama ialah untuk memberi tahu media dan orang ramai mengenai status akaun Yayasan Selangor, bila ia diaudit dan apa harta yang ada pada Yayasan Selangor itu paling penting untuk kita dan selepas itu kita lihat bagaimana perbelanjaan dibandingkan dengan harta yang dimiliki oleh Yayasan Selangor, selepas itu baru kita menilai bagaimana bentuk pengurusan yang kita perlu,"ujar Khalid.
Kerajaan Selangor sebelum ini memecat Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman setelah badan itu mengalami kerugian RM7.41 juta sehingga November lalu akibat perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah.
Pengurusan tidak berhemah, antara lain, menyebabkan kos sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, status Ilham Marzuki yang turut menggunakan kenderaan serta wang milik yayasan berkenaan untuk kegunaan peribadi di samping menikmati elaun lumayan yang tidak diluluskan, belum diputuskan.
Laporan audit menyarankan kontrak kedua-dua pegawai tertinggi yayasan itu ditamatkan. Saifulruddin dipecat dalam tempoh 24 jam pada Febuari lalu selepas beliau didapati hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ilham, walaupun diarah bercuti sementara menunggu hasil siasatan.
"Kita akan bincang dahulu perkara ini dan tentukan sama ada pengurus besar ini sesuai untuk tugas-tugas tersebut," jelasnya. Satu sidang media khas mengenainya akan diadakan pada Rabu ini selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri selangor. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan