Selasa, 15 Mac 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Menggunakan jari jemari menghadapi kezaliman dan penindasan.

Posted: 15 Mar 2011 12:47 AM PDT


Naib Presiden PAS Sallehudin Ayub ketika menyangkal dakwaan BN akan terus berkuasa di Sabah. Keruntuhan kerajaan Namrud hanya kerana serangan nyamuk, Firaun oleh anak yang dibesarkan di istananya.

"Sekiranya BN Sabah terus menindas dan merampas tanah rakyat marhain Sabah, saya cukup yakin anak muda Sabah akan bangkit menukar kekuasaan BN sekalipun ianya dilihat kukuh dan tidak mungkin ditumbangkan tetapi anak muda mesir dan Tunisia telah membuktikan mereka berupaya menjatuhkan diktator tersebut". ujur beliau disambut tepukan gemuruh wakil anak muda yang hadir. Baca lagi di sini

Kempen Anti Saman Ekor di Perak mendapat sambutan yang menggalakan

Posted: 14 Mar 2011 10:27 PM PDT


Ipoh , 13 Mac 2011 : Kempen Anti Saman Ekor (KASE) peringkat negeri Perak yang telah diadakan di restoran Nasi Ayam Nusantara pada 13 Mac 2011,jam 2.00 petang berjaya menarik kehadiran yang ramai.Lebih satu ratus orang telah turut serta memenuhi ruang taklimat tersebut.

Pengerusi KASE Perak, Saudara Abdul Rahim bin Noordin sangat berpuas hati diatas sambutan orang ramai khususnya mereka yang terlibat dengan 'Saman Ekor.

Rahim berkata, KASE Perak, akan mengumpulkan segala maklumat yang diterima dan menyelaraskan kes-kes mengikut ketentuan masing-masing dan akan mengadakan pertemuan dengan mereka yang terlibat bagi membincangkan tindakan susulan dengan nasihat satu panel peguam yang di ketuai oleh peguam Amin.


Menurut beliau, seseorang yang telah disenarai hitamkan, hanya perlu memberikan nama , alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada beliau di talian 0195700168.

Penasihat Undang-undang KASE Pusat, Saudara Zulhasmi telah memberikan taklimat perundangan berkaitan dengan hak pengguna dalam isu 'Saman Ekor'

Beliau menjelaskan, "Saman ekor adalah notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumatbutiran pemandu kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan.Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pengkalan data JPJ.Istilah rasmi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

"Saman ekor dikeluarkan oleh PDRM keatas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja dan saman itu dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan.Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahyan dilakukan," tambah Zulhazmi lagi.

Menurut Zulhazmi, Polis dan JPJ kini seolah-olah telah mengambil alih tugas mahkamah dan menafikan hak rakyat terhadap harta yang dijamin dalam perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, JPJ tidak ada hak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lessen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun saman ekor kerana anda belum disabitkan kesalahan tersabut oleh mana-mana mahkamah.

"Saman ekor hanyalah notis meminta maklumat dan anda tidak perlu membayar kompaun jika anda tidak mengaku kesalahan," terang Zulhasmi.

Ramai diantara yang hadhir mengaku telah membayar saman mereka, tetapi kini berasa kesal setelah mendapat maklumat perundangan sebenar mengenai saman ekor.


Selepas majlis tersebut, pihak KASE bersama-sama pengerusinya, Dato' Mahfuz Omar telah keluar mengedarkan risalah Saman Ekor kepada orang ramai disekitar Medan Gopeng.

Turut bersama, Saudara Misbahul Munir dan beberapa yang lain. Mereka menemui orang ramai di Pasar Malam, di perhentian bas dan teksi berdekatan bagi menyampaikan risalah penerangan tersebut.

Memandangkan sambutan orang ramai yang sangat menggalakan dimana lebih 6,000 risalah telah berjaya diedarkan pada petang tersebut , Saudara Rahim memberi tahu, majlis penerangan atau kempen Anti saman Ekor ini akan diteruskan ke tempat- tempat lain di seluruh negeri perak ini.

Tiada ulasan: