Biaqpila |
- Jika tidak mahu demonstrasi jalanan, buatlah pilihanraya adil
- Pegawai wakil rakyat dicekup khalwat
- RM888 bilion lesap: Najib membisu takut disamakan dengan Mubarak
- DEMO HAPUSKAN SAMUN EKOQ
- Lawak Ahad: Terbakaq
Jika tidak mahu demonstrasi jalanan, buatlah pilihanraya adil Posted: 13 Mar 2011 03:00 PM PDT Oleh Tuan Hj Mohamad Sabu Tunjuk perasaan aman sudah menjadi perkara biasa terutama di negara yang menjalankan pemerintahan sistem demokrasi. Samada demokrasi liberal seperti di negara Eropah Barat, USA dan juga demokrasi terpimpin di negara sebelah Asia. Demokrasi selalunya dibuat oleh kesatuan sekerja dalam usaha mereka menuntut keadilan samada hal gaji atau pendapatan atau menuntut status social yang lebih baik. Tunjuk perasaan juga sering berlaku di mana-mana negara untuk menunjukkan sokongan kepada sesuatu dasar seperti dasar menghadkan bilangan anak, hak milikan sekim insuran dan kesihatan, hak mewarisi harta, hak menganut agama dan budaya. Tunjuk perasaan juga dibuat untuk menentang sesuatu dasar yang dibuat oleh sesebuah negara seperti tunjuk perasaan menetang penglibatan USA di Vietnam. Ia dilakukan oleh rakyat USA sendiri atau rakyat di negara lain, tentangan mereka terhadap dasar USA. Keganasan regime Israel terhadap rakyat Palestine, selalunya berlaku tunjuk perasaan di seluruh dunia di merata negara menyatakan sikap tidak setuju terhadap kekejaman Israel. Tunjuk perasaan juga pernah dibuat untuk menyokong sesuatu dasar atau peristiwa, seperti sokongan kepada Hezbullah Lubnan, sokongan kepada Gadafi pada tahun 1970-an di atas sikapnya terhadap Barat, sokongan terhadap Iran dalam menghadapi sikap/dasar Hagamoni Barat terhadap negaranya, demonstrasi menyokong Hamas Palestine dan berbagai demonstrasi tanda sokongan terhadap sesuatu perkara. Saya cuba gambarkan segelintir jenis tunjuk perasaan yang sering dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini. Demonstrasi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan agak jarang berlaku di negara-negara dunia ketiga, kalau ianya berlaku bukanlah acara tahunan atau acara biasa. Tunjuk perasaan untuk menukar regime pemerintahan selalunya membawa kepada huru-hara dan memakan korban di pihak rakyat atau pendokong pemerintah. Puluhan pelajar university di Thailand gugur dalam demonstrasi menetang regime Suchinda, lebih 4,000 pelajar dan orang awam ditembak mati oleh polis Shah Iran pada Jumaat, September 1978, puluhan gugur dalam demonstrasi untuk menggulingkan regime Suharto. Demonstrasi untuk menjatuhkan pemerintah bukan upacara (event) biasa dan berlaku dalam suasana luar biasa. Demonstrasi rakyat untuk menukar regime pemerintah berlaku di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi. Pilihanraya di negara-negara ini diadakan hanya untuk mengesahkan regime yang berkuasa. Melalui pilihanraya, terlalu gelap gelita untuk menukar regime Suharto yang disokong kuat oleh ABRI. Kecuali secara atau melalui pilihanraya mana ada jalan untuk menukar pemerintah Ferdenand Marcos-Imelda. Mana ada cara untuk menukar pemerintah Shah Iran yang didalangi oleh USA dan Israel. Hanya demonstrasi jalanan untuk menukar regime dictator dan zalim dan tidak menjalankan proses demokrasi yang adil. Hampir kesemua negara Arab memerintah secara dictator. Pilihanraya diadakan hanya untuk melanjutkan kuasa regime yang sedang memerintah. Saddam Hussein selalunya memperoleh undi lebih 90%, parti NDP Hosni Mubarak baru mencapai kemenangan 98% dalam pilihanraya 4 bulan yang lalu. Jangan melihat siapa yang menang, tetapi mesti dilihat perjalanan pilihanraya untuk merebut kuasa. Adakah pertandingan berlaku di padang yang sama rata, adakah pemainnya sama banyak, adalah tiang gol sama besar, adalak pengadil benar-benar adil menjalankan tugas, adakah pasukan sorak dibenarkan masuk ke padang di sebelah pihak sahaja. Bukan menjadi pilihan rakyat untuk membuat tunjuk perasaan untuk menjatuhkan pemerintah. Lebih 300 terkorban di Mesir barulah regime Mubarak tumbang, ratusan terkorban di Tunisia barulah regime Zainal Abidin-Laila bertukar, sudah ribuan terkorban do Libya belum tentu dictator Gadafi akan tumbang. Regime Najib-Muhyiddin (Najib-Rosmah) tak perlu memberi amaran kepada rakyat supaya jangan mengikut cara rakyat Mesir, Tunisia atau Timur Tengah berdemostrasi untuk menjatuhkan kerajaan. Malah mereka mesti bertanya kepada diri mereka sendiri, adakah mandat yang mereka perolehi melalui pilihanraya yang sah dan adil. Adakah media di Malaysia bebas, pasukan keselamatan digunakan oleh BN/UMNO atau tidak dalam pilihanraya, wang kerajaan digunakan atau tidak untuk BN mencapai kemenangan, SPR bebas atau tidak dalam mengendalikan pilihanraya. Rakyat ke jalan raya atau tidak untuk menukar kerajaan BN bergantung sepenuhnya kepada pemerintah BN. Ke jalan raya (demonstrasi) bukan pilihan rakyat tetapi ia adalah pilihan pemerintah yang berkuasa. Hosni Mubarak dan NDP yang menyebabkan rakyat ke jalan raya, dan bukan pilihan rakyat Mesir. Himpunan BERSIH bukan hendak menjatuhkan kerajaan, ianya adalah untuk memberi peringatan supaya mereka yang berkuasa menjalankan pilihanraya dengan adil. Keadilan dalam pilihanraya adalah punca dan penyebab adanya keamanan. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pegawai wakil rakyat dicekup khalwat Posted: 13 Mar 2011 06:20 AM PDT MARANG – Sepasang kekasih ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dalam sebuah kereta di satu kawasan sunyi dan gelap di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin. Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu. Malah dia juga sudah berkahwin dan sepatutnya berada bersama keluarga lebih-lebih lagi pada malam Jumaat. Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa manakala wanita warga Indonesia itu pula tidak mempunyai suami dan bekerja pembantu rumah di Kuala Terengganu. Berdasarkan maklumat, anggota polis peronda yang melalui kawasan itu membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum menahan seorang lelaki berusia 52 tahun bersama pasangannya berumur 34 tahun dalam kereta terbabit. Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan dibebaskan dengan jaminan sebelum dihadapkan ke Makahmah Rendah Syariah Marang, petang kelmarin. Bagaimanapun, perbicaraan secara tertutup diadakan kerana ia berlaku pada hari cuti umum iaitu Jumaat. Difahamkan Hakim Syarie, Shamsudin Ngah terpaksa menangguhkan perbicaraan untuk rayuan dan keputusan dibuat pada hari bekerja. Kedua-dua tertuduh terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2011 yang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. Sementara itu, Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenainya. Namun ketika diajukan soalan mengapa perbicaraan itu diadakan secara tertutup, beliau berkata, ia hanya prosedur biasa bagi membolehkan pihaknya menahan individu terbabit dalam masa lebih panjang. Sehubungan itu, ADUN terbabit ketika dihubungi bagi mengesahkan status lelaki terbabit memberitahu, beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan. Sinar Harian KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
RM888 bilion lesap: Najib membisu takut disamakan dengan Mubarak Posted: 12 Mar 2011 11:00 PM PST KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan. "Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu. "Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini. Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat. "Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya. Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum. "Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia. Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak. "Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya. Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya. keadilandaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Mar 2011 08:00 PM PST DEY MACHA!!! AWAQ MANGKAQ SANGAT KAH! KAH! KAH! BUAT LA DEMO HAPUSKAN SAMUN EKOQ LAGI AFDHAL KAH! KAH! KAH! DEMO GEROMBOLAN MENUNTUT ANWAR BERI DNA - LIVE FROM BATU GAJAH woit!! Ini macam ke pun nak demo ke?? apa punya bangang la! dah takde benda lain ke? kalau demo turun harga barang O.K gak,ini menatang tak berpekdah lagi nak di buat! kesian gerombolan! pejuangpro-demokrasi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 12 Mar 2011 05:00 PM PST Saekor Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar. Menteri tersebut bertanya kepada pegawainya yang berada berhampiran: "Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?" "Api, datuk!", sahut pegawai yang ditanya dengan pantas. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan