Ahad, 13 Mac 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Awas Anjing Garang Umno sudah dilepaskan

Posted: 13 Mar 2011 02:16 PM PDT

Khabarnya, Chua Soi Lek mahu bertemu dengan TGNA bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi di sini

Bukan main garang lagi salakan anjing itu!Umno, tuan si tuan anjing yang sedang menyalak kuat ini tentu gembira dengan perkhabaran tersebut. Semua orang tahu Umno adalah bapa judi di Malaysia ini. Umnolah yang menggalakan pertumbuhan judi hingga ramai rakyat Malaysia kini menjadi kaki taik judi, walaupun judi bukan satu budaya orang-orang Malaysia.

Chua Soi Lek walaupun mengakui judi bukan satu budaya orang Cina , namun tindakan beliau dengan alasan demi kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan, menggambarkan kepada kita bahawa beliau mahu menggalakan judi menjadi kebudayaan masyarakat Cina.

Soi Lek mendakwa kononnya MCA tidak menggalakan masyarakat untuk berjudi, tetapi apa buktinya?Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh MCA bagi mengekang pertumbuhan judi di Malaysia selama ini? Sebaliknya MCA sangat gembira dengan pertumbuhan judi yang semakin pesat pertumbuhannya kerana mendapat restu dari UMNO, bapa judi di Malaysia.

Mana dia Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain? Apa ceritanya Ibrahim Ali? Pasal apa mereka ini membisu dalam isu judi di Kelantan?

Umno tidak mahu menggunakan anjing-anjing Melayu ini dalam isu judi sebab itu anjing-anjing ini tidak berani menyalak.Umno sedang gunakan anjing-anjing Cinanya yang begitu taat kepadanya.Umno lebih suka menggunakan anjing-anjing Melayu ini bagi berdepan dengan isu-isu di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.

RM888 bilion lesap: Najib membisu takut disamakan dengan Mubarak

Posted: 13 Mar 2011 01:04 AM PST

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

"Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.

"Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

"Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

"Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

"Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya.

Semua orang tidak ada jasa kecuali Dr Mahathir.

Posted: 12 Mar 2011 11:06 PM PST

Oleh Aspan.

Ada beberapa rakan-rakan komentar dalam blog saya ini menuduh saya tidak tahu mengenang jasa Dr Mahathir semasa menulis sedikit komen tentang buku memoir beliau. Mereka meminta saya jangan memberikan komen negative tentang Dr Mahathir kerana jasanya banyak dan beliau tidak patut di kritik oleh sesiapa yang tidak berjasa seperti saya ini.

Mereka membayangkan kepada saya bahawa Dr Mahathir terlalu banyak jasanya dan beliau tidak boleh di kritik jika ada kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Bagi mereka hanya Dr Mahathir sahaja boleh mengkritik orang lain. Jika Mahathir mengkritik itu teguran ikhlas tetapi jika sesiapa yang mengkritik beliau orang itu ialah manusia yang tidak mengenang jasa namanya.

Dr Mahathir boleh memusuhi sesiapa tetapi tidak siapa pun, termasuk yang beliau musuhi itu memusuhinya. Dr Mahathir boleh mengkritik semua orang tetapi semua orang tidak boleh mengkritik beliau. Apa sahaja yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu jasa namanya termasuk membunuh UMNO dan memusnahkan telapak perjuangan bangsa saya (kita) sendiri.

Dr Mahathir sewenang-wenangnya menuduh pemimpin lain berbelanja RM20 juta untuk membeli undi semasa perhimpunan agung UMNO (asal) pada tahun 1987 dahulu tetapi ada orang (pemimpin) yang menggunakan wang rakyat yang berbillion untuk menyelamatkan perniagaan seorang anaknya itu juga di anggap jasa.

Menggunakan ratusan billion untuk membina projek raksaksa yang tidak penting itu jasa dan mengambil balik pembiayaan pelajaran dan biasiswa untuk anak-anak kita untuk belajar itu juga jasa.

Merugikan wang BNM dalam perniagaan mata wang asing sebanyak 30 billion lebih itu jasa dan sesiapa yang mengkritik isu ini tidak mengenang jasa namanya. Itu dikatakan fitnah.

Banyak lagi yang telah merugikan rakyat yang dilakukannya semuanya jasa. Sesiapa yang mengkritik itu adalah pembawa fitnah dan orang yang pendendam namanya.

Sesungguihnya semua orang ada jasa mereka: tidak banyak sedikit. Jasa tetap ada bergantung jasa itu kepada siapa. Botak Chin adalah perompak yang di tembak oleh penguat kuasa undang-undang lebih dari 20 tahun dahulu. Botak Chin tidak ada jasanya. Tetapi wang rompakan itu digunakannya untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Jinjang dan di Kepong. Kepada peniaga-peniaga kecil yang dibantu oleh Botak Chin itu, mereka menganggap perompak itu adalah seorang yang berjasa setidak-tidaknya kepada mereka.

Semua orang berjasa. Tidak ada orang yang tidak berjasa, termasuk pemimpin-pemimpin kita. berbillion ringgit yang diperolehi secara haram itu digunakan untuk memperkayakan anak-anak dan keluarga dan itu adalah jasa setidak tidaknya kepada anak-anak dan ahli keluarganya.

Anggota tentera dan polis banyak jasa kepada negara. Petani yang besar dan kecil ada jasa mereka kepada negara. Pengayuh beca di Melaka banyak jasa mereka kepada industri pelancungan negara kita. Pegawai-pegawai dan penjawat awam ada jasa mereka. Negara perlukan jasa pemandu teksi. Begitu juga pemandu bas dan keretapi.

Ada yang bertanya apa jasa saya selama ini kepada negara. Mungkin saya seorang di dalam dunia ini tidak ada jasa tetapi kita mesti akui selain dari saya seorang semua manusia yang lain dinegara ini ada jasa mereka.

Imam-imam dan bilal-bilal banyak jasa mereka kepada masyarakat. Pendeknya semua orang ada jasa. Menabur jasa ini bukan 'privilege' Dr Mahathir seorang. Malahan ramai yang menabur jasa kepada Dr Mahathir akhirnya di kecewakan oleh beliau sendiri.Mungkin Dr Mahathir patut berfikir dan mengenang jasa-jasa orang lain terhadap beliau sehingga beliau boleh memimpin negara selama 22 tahun.

Kita mesti ingat Muhammad saw lagi besar jasanya kepada dunia dan alam ini. Jasa Baginda pun selalu di lupakan umat sekarang ini. Kalau semua orang ingat kepada jasa, masakan ajaran Muhammad supaya jangan mengambil harta rakyat dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh setengah-setengah pihak yang mempunyai kuasa?

Tetapi yang orang ramai persoalkan itu ialah tentang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat. Rakyat tidak mahu menerima segalanya itu sebagai jasa kerana wang mereka diambil oleh pihak-pihak yang bertaraf tinggi melalui rompakan kolar putih melalui rasuah dan sebagainya yang dilakukan secara sistematik itu.

Teringat pula kepada satu kata perbidalan; 'jika kita duduk di dalam rumah kaca jangan membaling batu ke rumah orang lain'.

Itu sahaja setakat ini.

Senarai Sepuluh Jahanam Musuh Malaysia yang perlu di nyahkan

Posted: 12 Mar 2011 08:12 PM PST

Kita harus setuju dengan dia ketika dia benar.
Jadi, bagaimana kita tidak bersetuju dengan
Dr Mahathir? Apa yang Tun katakan
adalah sangat benar dan ketika ia mengatakan
sesuatu yang benar kita harus bersetuju dengan dia.

Kita harus mempertahankan Malaysia daripada musuh
negara. Dan ada banyak musuhseperti itu
yang perlu untuk kita kalahkan.


Oleh Raja Petra Kamarudin

Dr Mahathir: 'Malaysia mesti mempunyai semangat berjuang'

(Bernama) - Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk melawan dengan bersebab, untuk diri sendiri dan keluarga mereka serta tidak harus dikalahkan dengan mudah.

Ia adalah prinsip hidupnya iaitu apa sahaja yang berlaku, "Kita mesti lawan, menang dan berupaya untuk bangkit semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografinya, 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur, petang semalam
*************************************** ***************************************
Masalah dengan pembaca Malaysia Hari ini adalah bahawa mereka akan tidak bersetuju dengan segala apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata bahkan ketika dia benar.

Dan dalam semangat yang sama, mereka akan bersetuju dengan sebarang apa yang dikata oleh pemimpin pembangkang walaupun ketika mereka salah.

Kita patut menyetujui ketika opinion yang sama dan bersetuju untuk tidak bersetuju ketika berselisih opinion - atau kalau tidak kita akan menjadi seperti lembu dengan mentaliti kawanan.

Ambil apa yang Dr Mahathir katakan di atas: Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya.

Ok, sebelum anda rasa marah atau tersinggung, berhenti dulu, tarik nafas dalam-dalam, dan gambarkan apa yang Dr Mahathir baru katakan.

Dan berdoa untuk mendapat petunjuk tentang apa yang salah dengan yang dia katakan?

Apa yang dia katakan adalah benar.

Rakyat Malaysia harus mempunyai semangat juang dan karektor yang kuat untuk memastikan mereka berupaya untuk bangkit dan mempertahankan negara daripada musuh-musuhnya.

Sekarang, apakah yang Dr Mahathir maksudkan dengan 'musuh negara'? Mari saya senaraiturun, walaupun tidak harus dalam urutan keutamaan.

Atas senarai sekali adalah ahli politik yang menyalahgunakan kuasa mereka, korupsi, dan mencuri wang pembayar cukai . Majoriti orang-orang ini berada dalam Barisan Nasional walaupun ada juga beberapa di Pakatan Rakyat.

Orang-orang ini boleh digolongkan sebagai 'Musuh Nombor Satu' yang perlu kita lawan bagi mempertahankan Malaysia.

Oleh kerana itu kita perlu untuk menendang keluar mereka pada pilihanraya yang akan datang. Dan untuk melakukan itu kita perlu mendaftar sebagai pemilih dan memastikan bahawa kita keluar untuk memilih.

Kemudian dalam senarai saya adalah pegawai negeri / penjawat awam yang korup, termasuk Menteri .

Mereka adalah liabiliti meningkatnya perbelanjaan wang negara, wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, kemudahan pendidikan, jalan, dan yang lainnya.

Sekolah, rumah sakit dan perumahan bagi masyarakat miskin mampu dibina dengan berbilion-bilion yang negara telah habiskan selama 35 tahun sejak pertengahan 1970-an.

Malaysia telah menerima dan telah menghabiskan RM2, 000 bilion sejak pertengahan 1970-an. Itu adalah dua trilion ringgit wang KAMI.

Ketiga dalam senarai saya adalah fanatik, rasis, aneh agama yang tidak toleran terhadap mereka yang berlainan kepercayaan agama, Manusia yang menilai orang lain sesuai dengan standard menyesatkan mereka, orang-orang munafik yang mengutuk orang lain tetapi sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai malaikat, lebih suci daripada kamu dan yang berfikir bahawa mereka tahu benar jalan ke syurga dan neraka, dan semua mereka yang anda tidak akan sekali-kali mengundang ke majlis anda.

Keempat ialah yang BANYAK cakap (berbicara terlalu banyak) orang-orang yang memiliki banyak hal-hal buruk sehingga untuk mengatakan tentang kerajaan tetapi tidak melakukan tugas mereka dalam mengubah kerajaan.

Anda boleh jumpai ramai orang jenis ini mabuk di Long Bar, di Selangor Club. Mulut mereka berbuih dan berkhutbah kepada anda tentang apa yang salah dengan negara tetapi tidak pernah memilih dalam hidup mereka.Sesetengahnya bahkan tidak berdaftar sebagai pemilih.

Kelima adalah mereka yang bersetuju bahawa negara ini dibawah bajingan tapi masih akan memilih kerajaan yang mereka kutuk kerana alasan cari makan (jaga perut mereka).

Sesetengah mereka ini akan berpendapat bahawa lebih baik kita menyokong iblis yang kita kenal dari seorang malaikat yang kita tidak tahu. Mereka akan mengatakan bahawa sekurang-kurangnya dengan kerajaan korup kita mampu mendapatkan sesuatu dilakukan dengan membayar 'di bawah meja'Ringkasnya, rasuah memudahkan apa yang tidak akan mungkin dengan kerajaan yang bersih.

Keenam dalam senarai saya adalah hakim yang menghukum berdasarkan apa yang baik bagi kerjaya mereka dan untuk memastikan kenaikan pangkat mereka tidak terhalang dan bahawa mereka tidak akan dihantar 'ke bilik sejuk'. Hakim-hakim ini akan melakukan apa yang tuan politik mereka inginkan dan bukan apa undang-undang tetapkan.

Ketujuh adalah pegawai polis yang korup yang melayani tuan politik, melindungi dunia penjenayah, membunuh 'penjenayah' yang mereka tidak boleh mendapatkan cukup bukti untuk diadili, dan dimasukkan ke dalam penjara ke atas tuduhan semua orang yang menentang kerajaan.

Kelapan adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memastikan Barisan Nasional tidak akan pernah dikalahkan melalui proses pemilihan penipuan.

Kesembilan adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memastikan semua ahli politik Barisan Nasional yang korup melepaskan diri dari hukuman sementara mereka mengada-adakan dakwaan terhadap ahli politik pembangkang dan menghantar mereka ke penjara.

Kesepuluh adalah editor dari media elektronik dan cetak perdana yang menjadikan stesen radio/TV dan surat khabar menjadi alat propaganda parti yang berkuasa.

Terdapat lebih banyak lagi musuh-musuh negara seperti BTN, VC universiti, 'Anjing-anjing Cina' suruhan UMNO, 'Mandor-mandor India' dari Barisan Nasional, dll, yang melakukan kerugian besar kepada negara.

Namun demikian, senarai sepuluh yang saya nyatakan di atas adalah musuh Malaysia yang Dr Mahathir katakan kita harus membela negara .

Jadi, bagaimana kita tidak bersetuju dengan Dr Mahathir? Apa yang Tun katakan adalah sangat benar dan ketika ia mengatakan sesuatu yang benar kita harus bersetuju dengan dia. Kita harus mempertahankan Malaysia daripada musuh negara. Dan ada banyak musuh seperti itu yang kita perlu untuk kalahkan.

Seperti Dr Mahathir katakan: Rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk berjuang untuk sesutu tujuan , untuk diri sendiri dan keluarga mereka, dan tidak boleh menyerah kalah dengan mudah.

Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!

Mahathir ‘paranoid’ dengan Anwar

Posted: 12 Mar 2011 04:38 PM PST

Oleh Aspan Alias

Anwar Ibrahim, nama yang tidak dapat dilupakan oleh Dr Mahathir dan nama Anwar adalah nama wajib untuk disebut di dalam memoirnya yang baru dilancarkan beberapa hari yang lalu.

Setelah buku itu dilancarkan polimik Anwar-Mahathir kembali bergema. Dua hari yang lepas Anwar telah merembat kembali Dr Mahathir di hadapan ribuan manusia yang hadzir di dalam rapat umum PKR.

Tulisan Dr Mahathir ini telah mengingatkan kembali segala-gala yang berlaku di antara kedua-dua pemimpin yang pernah bersekutu dan mentadbir negara kita bersama. Seorang jadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Perpecahan Dr Mahahir dengan Anwar telah menukar lanskap politik tanahair dengan begitu ketara.

Jika Dr Mahathir menyebut isu Anwar, tentulah isu sodomy merupakan isu yang paling gemar disentuh oleh Dr Mahathir. Malahan isu sodomy inilah yang menjadi alasan atau sebab kenapa Mahathir untuk memecat Anwar dan sekali gus dapat mempastikan tempatnya sebagai PM kekal sehingga melewati 22 tahun lamanya.

Dr Mahathir memang seorang yang sentiasa berjaya di dalam krisis. Di dalam situasi yang aman Dr Mahathir tidak akan berjaya menempa kejayaan. Dari kaca mata psikolojinya orang-orang yang lemah selalunya akan berjaya di dalam keadaan krisis yang besar. Lagi besar krisis itu lagi besar kejayaan yang ditempanya. Itulah sebabnya di dalam memoirnya Dr Mahathir terpaksa menulis dengan mengatakan dan mencerca teman-teman seperjuangan beliau kerana beliau dalam sejarah politiknya sentiasa berkrisis dengan semua pihak.

Isu sodomy Anwar ini merupakan santapan batin Dr Mahathir yang paling enak di makanya dan isu yang paling lunak di dengarnya bersama-sama penyokong-penyokongnya. Dr Mahathir sebenarnya tidak berapa kisah tentang sodomy Anwar. Tetapi Mahathir hanya menggunakan isu itu secara 'expedient' setelah beliau merasakan kedudukan beliau tercabar jika Anwar masih berada di sisinya di dalam pentadbiran negara.

Mahathir hanya kisah siapa yang akan menjadi pencabar kepadanya. Dia tidak suka dicabar dan di tentang walaupun beliau sudah selayaknya ditentang. Dr Mahathir sendiri mengakui yang Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar telah memberikan lapuran kepada beliau tentang kegiatan sodomy Anwar pada tahun 1992 dan Hanif sendiri mengajui lapuran itu.

Tetapi jika Mahathir benar-benar mempunyai moral dan etika kepimpinan yang baik beliau sepatutnya bertindak terhadap Anwar pada 1992 dulu lagi. Tetapi Mahathir tidak berbuat apa-apa malahan pada tahun 1993 Anwar dijadikan Menteri Kewangan, menggantikaqn Daim yang begitu 'tersohor' dengan manipulasinya bagi memperkayakan diri sendiri. Daim menjadi Menteri Kewangan sejak tahun 1984 menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tetapi pada pertengahan sembilam puluhan cakap-cakap di bawah terlalu 'rampant' yang Anwar akan menandingi Mahathir pada pemilihan parti. Mahathir mengambil berita ini dengan penuh ketakutan dan di dalam salah satu perhimpunan agong Umno Mahathir telah menyebut isu ini secara terbuka dan memberikan gambaran betapa buruknya nasib Anwar jika pertandingan itu berlaku.

Mahathir berkata jika beliau di kalahkan beliau sudah duduk di kerusi PM begitu lama tetapi jika Anwar kalah maka itulah saat yang terakhir bagi Anwar untuk berangan menjadi PM negara ini. Hasutan demi hasutan di dengar oleh Dr Mahathir tentang Anwar terutamanya dari mereka yang telah berkerat rotan dengan Anwar seperti Rahim Thamby Chik. Rahim terlalu marah dengan Anwar kerana beliau di turunkan dari jawatan Ketua Menteri di sebabkan isu skandal Rahim dengn perempuan bawah umur semasa itu.

Akhirnya Mahathir menggunakan isu sodomy Anwar sebagai alasan yang sangat sesuai untuk menjatuhkan Anwar. Isu itu telah dipengapkan oleh Mahathir sejak bebarapa lama dan waktu untuk menggunakan isu itu pun sampai dan kita telah lihat apa yang telah pun berlaku. Anwar sebenarnya seorang yang begitu bodoh kerana terlibat dengan perkara tidak senonoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat dan negara.

Pendeknya tindakan Dr Mahathir terhadap Anwar semata-mata kerana keresahan beliau jika Anwar menandingi beliau sebagai Presiden Umno dan menggantikan beliau sebagai PM negara ini. Tindakannya terhadap Anwar bukan kerana isu sodomy sebagai mana yang difahami orang ramai.

Inilah akibatnya jika seseorang pucuk pimpinan memilih barisan kepimpinan mengikut kehendak politik peribadi semata-mata.

Nampaknya isu ini tidak pula ditulis di dalam memoir beliau yang begitu popular itu. Jika ada percetakan tambahan elok di masukkan isu ini di dalam memoir tersebut kerana inilah isu yang telah membuat beliau tidak nyenyak tidur sehingga hari ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: