ALHUSSEYN |
- Beranikah Tan Sri Harussani Zakaria berhadapan dengan TGNA?
- Nazri Aziz dirasuk virus Gaddafi @ denial syndrome!
- Gaddafi bersetuju menyerah dengan bersyarat
- Jangan berbalah dengan ulama
Beranikah Tan Sri Harussani Zakaria berhadapan dengan TGNA? Posted: 08 Mar 2011 01:26 AM PST Begitulah pertanyaan orang ramai yang ternanti-nantikan jawapan yang hanya mampu dijawap oleh Harussani sendiri. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi kepada mufti Perak itu , bagi menyatakan hasratnya mahu berjumpa bagi merungkai perselisihan pendapat antara mereka. Surat itu juga antara lain menuntut Harussani menjelaskan tulisannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'. Harussani perlu menunaikan hasrat murni Nik Aziz itu sekiranya beliau benar-benar ikhlas dengan segala kenyataannya terhadap Nik Aziz selama ini. Orang ramai mahu melihat antara dua tokoh ini siapakah yang benar-benar beriman dengan ayat Allah yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. An-Nisa'(59). Pertemuan dua tokoh ini adalah dialu-alukan dan sangat dinantikan oleh mereka yang cintakan kebenaran. Sudah tiba masanya dua tokoh yang sering bercanggah pendapat berhubung isu agama ini bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam. Sehingga kini, belum ada apa-apa reaksi dari pihak Harussani. "Semoga beliau memberikan respon,"kata Nik Aziz di sini |
Nazri Aziz dirasuk virus Gaddafi @ denial syndrome! Posted: 07 Mar 2011 11:24 PM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain. Ha!ha! ha! Negara-negara lain macam Libya? Atau Mesir ? atau Tunisia? Ha!ha! ha! Kalau orang kata engkau menteri bangang, engkau marah pulak! Janganlah dirasuk virus Gaddafi @ denial syndrome! Nazri perlu ambil perhatian dan ambil langkah sewajarnya terhadap amaran rakyat yang mahukan pengendalian proses pilihan raya di negara ini di perbaiki sebelum PRU-13 atau besar kemungkinan berhadapan dengan demontran aman BERSIH 2. Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini katanya di sini |
Gaddafi bersetuju menyerah dengan bersyarat Posted: 07 Mar 2011 08:50 PM PST Muammar Gaddafi dilaporkan telah menyatakan kesediaannya untuk menyerahkan kuasa kepada Majlis Kebangsaan revolusi dengan terma sendiri. Gaddafi telah menghantar utusan khas untuk mengadakan perbincangan dengan Dewan Nasional yang berpusat di Benghazi, lapor sebuah akhbar harian milik Saudi melaporkan. Bagaimanapun, Gaddafi telah menetapkan pelbagai syarat. Sumber-sumber maklumat telah memberitahu bahawa Gaddafi telah menuntut perjalanan yang selamat dan perlindungan penuh bagi seluruh anggota keluarganya dan orang-orang dalamannya. Selain itu, pembangkang harus menyediakan kemudahan untuk Gaddafi dan rakan-rakannya yang ingin meninggalkan negara itu. Salah satu syarat adalah bahawa majlis itu tidak menyerahkan Gaddafi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), laporan tersebut menambah. Liga Libya Untuk Hak Asasi Manusia mengatakan sekurang-kurangnya 6,000 orang telah terbunuh setakat ini di Libya. Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini telah mengenakan sekatan terhadap rejim Libya dan merujuk Gaddafi ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Perkembangan baru ini muncul dua hari selepas majlis mengadakan pertemuan rasmi pertama untuk membincangkan penggulingan Gaddafi. Majlis sebelumnya menolak untuk mengadakan perbincangan dengan rejim kecuali Gaddafi meletak jawatan. Badan 30-ahli ditubuhkan di bandar timur Benghazi oleh pasukan revolusi berikutan pembebasan beberapa bandar-bandar timur. Majlis, dipimpin oleh bekas menteri keadilan Libya Mustafa Abdel Jalil, bercadang untuk memimpin negara bagi mengadakan pilihan raya. Beliau merupakan antara warga pertama Libya profil tinggi yang belot dari rejim Gaddafi berikut penindasan brutal terhadap para demonstran pembangkang. |
Posted: 07 Mar 2011 06:18 PM PST Oleh Subky Latif TUN Dr. Mahathir yang semasa menjadi Perdana Menteri dulu berbalah dengan Mufti Selangor, Almarhum Datuk Ishak Baharom, maka sekarang berbalah pula dengan Menteri Besar Kelantan atas mantik yang Tok Guru itu sebut beliau tidak gembira jadi orang Melayu. Tumpang menyelar Tok Guru itu ialah Dato Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri hal ehwal pengguna dan koperasi dengan meragui pegangan agamanya berkemungkinan tidak gembira pula jadi orang Islam. Perleceh Dr. Mahathir itu sudah agak teruk tetapi perleceh Ismail Sabri lagi teruk. Selepas Dr. Mahathir puas hati berbalah dengan Tun Abdullah Badawi, tiada orang lain lagi hendak diajak berbalah, dia berbalah dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Yang dia marah sangat pemimpin ulama itu bersabit dua perkara, Tok Guru tidak gembira jadi orang Melayu. Kedua sesudah ada Islam mengapa nak berjuang lagi dengan fahaman nasionalisma? Kemudian dibangkitkan lagi isu basi parti tok guru itu mengkafirkan penyokong-penyokong partinya. Banyak yang boleh dikupas isu yang diperbalahkan itu. Perhatian saya kali ini ialah bahayanya perbalahan itu disabaitkan berbalah dengan ulama. Tidak banyak untungnya berbalah dengan Abdullah Badawi atau Tengku Razaleligh atau Tun Musa Hitam gara-gara berebut kuasa. Tetapi amat teruk kesannya kalau berbalah dengan Menteri Besar Kelantan disabitkan berbalah dengan ulama. Apa Tok Guru itu Dr. Mahathir dan Ismail Sabri terima sebagai ulama atau tidak, ia adalah masalah kedua mereka. Tetapi pandangan umum masyarakat dalam dan luar negeri beliau adalah seorang ulama yang beramal dengan ilmunya dan menghabiskan masa dengan melaksana sebaik-baiknya apa yang dikehendaki oleh Islam. Sejak balik dari Mesir tidak putus-putus mengadakan kuliah hari Jumaat yang dihadiri oleh beribu-ribu. Orang datang dari dekat dan jauh bermotor dan berjalan kaki untuk mendengar kuliahnya. Setiap ada kelapangan selepas solat fardu bertazkirah lima minit atau sepuluh minit. Lebih banyak mengajar dari berbual. Ramai orang berpangkat dan berada mengikuti kuliahnya tetapi lebih ramai orang miskin dan bawah. Membanyakkan solat sunat dan selalu berpuasa. Kehidupan hariannya sederhana. Seorang maulana dari Pakistan membandingkan semasa menjadi tetamu Menteri Besar itu di rumah kampungnya dengan makan di rumah reaktor pusat pengajian tinggi Islam berbangsa Arab. Menteri Besar mengangkat sendiri hidangan tetapi yang seorang lagi dilayan dua pelayan sepanjang tempoh makan. Kitab-kitab tua mempertikai ulama yang bekerja di bawah raja. Maka beliau tidak termasuk sebagai orang makan gaji. Dengan latar belakang itu beliau dapat dikelaskan sebagai ulama besar dan berperanan serta bebas menyatakan pandangannya tentang Islam kepada semua – Islam dan bukan Islam. Dengan ciri-ciri ulama yang ada itu, maka amat malang dan rugilah mereka yang berbalah dengannya. Sekalipun ada kelemahan dan kekurangan kerana bukan maksum, tetapi ia tidak mencacatkan kedudukan sebagai waris para anbia. Sebagai seorang yang banyak menyelit mantik dalam cakap-cakapnya, maka silap bagi tukang lawak dan kaki temberang mencelanya tanpa mengkaji apa tersirat dan tersurat dalam kenyataannya. Berat kifarat orang yang berbalah dengan ulama. Satu kisah seorang pintar, bijak dan berduit yang bergiat dalam politik sebelum merdeka. Dia asyik memperleceh ulama dan pandangan ulama. Ada orang mengingatkan tentang akibat buruk merendahkan ulama. Ditakdir dia terlibat dengan judi. Jadi pada kedana, pernah berkaki ayam dan berbasikal buruk. Kepintarannya tidak berguna lagi. Ada yang percaya ia adalah gara-gara memperkecilkan ulama. Berhati-hatilah supaya tak jadi penentang ulama. Kalau kita ditakdirkan tidak menjadi ulama, maka berusahalah menjadi kawan ulama, pembantu ulama dan pengikut ulama. Zaman dulu ketika dunia tidak ramai sarjana dan berijazah kedoktroan, orang berlumba-lumba untuk menjadi khadam ulama. Saya terpesona melihat murid-murid Hassan Nadawi berebut mencabut tulang dari lauk di pinggan tok guru itu. Mereka mencari keberkatan. Saya tidak mengesyorkan supaya sang menteri jadi begitu, tetapi berjaga-jagalah supaya tidak bermasalah dengan ulama. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan