Rabu, 30 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ceramah Anwar dihalang lagi..

Posted: 30 Mar 2011 08:09 AM PDT


KUCHING: Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.

Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.


Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis.

Lebih teruk, pembesar suara turut dipadamkan dan Anwar terpaksa berucap tanpa menggunakan pembesar suara.

Seorang pegawai polis yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mun, dipercayai dari Balai Polis Daerah Kuching tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan secara terbuka, meskipun rundingan dilakukan

Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit.

Meskipun diganggu polis, ia tidak mengahalang kira-kira 1000 penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair.

Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata, polis dipaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan arahan pimpinan BN di Sarawak yang disifatkan semakin angkuh.

"Saya tahu, sudah tentu ia arahan daripada pihak atasan. Polis hanya menjalankan tugas.

"Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan," kata Anwar sambil disambut tepukan daripada mereka yang hadir.

Turut menyertai program berkenaan Adun Padungan, Dominic Ng dan Ketua Angkatan Muda Sarawak, Ahmad Nazib Johari.


Keadilandaily

Ada yang nak kena pecat ni...

Posted: 30 Mar 2011 05:39 AM PDT

Rasanya ada orang nak kena pecat kali ni.. takkan mereka tidak tahu bahawa tarian atau senaman ini amat digemari oleh Rosmah Mansor tu..



IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.



Menteri Besar berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.




Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

"Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang…jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan.

Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada Umno baru-baru ini.

Zambry berkata dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC. - Bernama

Air.. Air.. Dimana Air?? Dimana MB Pahang??

Posted: 30 Mar 2011 04:32 AM PDT

Kalau korang baca berita yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO dekat bawah ni.. tiada laporan yang mengatakan penduduk marah kepada MB Pahang.. tapi Banner yang tergantung jelas menyatakannya..

Aku petik dari FB Tok Batin Deris -

Semasa di PRK DUN KERDAU dulu MB Pahang menjelaskan dengan angkuh, kerajaan negeri berhutang kepada Kerajaan Persekutuan kerana hendak melaksanakan projek bekalan air dan perumahan demi kesejahteraan rakyat, bukannya seperti didakwa oleh pembangkang.Sekarang mintak MB Pahang jelaskan sudah sepuloh hari orang Temerloh basuh berak kesat dengan tissue Kleneex.

Cakap memang sedap..kalau nak menipu rakyat jangan sampai rakyat tongeng jubor ke MB nanti....

10,000 penduduk marah JBA



TEMERLOH 28 Mac – Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar daerah ini merungut berikutan bekalan air yang terjejas sejak kelmarin.

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian penduduk terutama di Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk bagi menyatakan kekesalan terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jasa, Rashid Omar berkata, bekalan terputus sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk melahirkan rasa marah kepada JBA.

"Kami minta JBA hantar empat lori tangki sehari dengan tiga kali penghantaran. Setakat ini mereka hanya hantar dua lori dengan dua kali penghantaran. Jumlah itu tidak mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui hari ini.


Seorang penduduk taman itu, Ayob Seman, 52, berkata, masalah yang berlaku itu telah berlarutan sejak hampir sebulan.

"Ini sangat menyusahkan penduduk kerana kami tidak tahu bila masalah ini akan selesai," katanya. Seorang lagi penduduk, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu sebenarnya berlaku sejak 1 Mac lalu tetapi ia semakin buruk bermula kelmarin.

Sebelum ini, menurutnya, gangguan bekalan sering berlaku pada sebelah petang hingga ke Subuh tetapi sejak Sabtu lalu, bekalan air terputus sama sekali.

"Saya memandu kereta sejauh 30 kilometer sehari ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang bagi kegunaan keluarga," katanya.

Menurut Ghazali, masalah bekalan air turut menyebabkan tiga anaknya mengalami masalah kelewatan ke sekolah. Ini kerana ujarnya, anak-anaknya terpaksa mandi di Jengka untuk ke sekolah setiap hari.

"Mereka terpaksa bangun awal pagi untuk balik ke kampung di Jengka semata-mata mahu mandi sebelum kembali ke sekolah di Temerloh.

"Sampai bila masalah ini hendak selesai, bayangkan betapa sukarnya keluarga yang mempunyai anak kecil," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

‘Datuk T’ suspek utama, bukan saksi

Posted: 30 Mar 2011 03:03 AM PDT

SHAH ALAM: Wanita KEADILAN menegaskan trio 'Datuk T', yang mendalangi tayangan seks palsu di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, adalah suspek utama yang perlu disiasat dan bukan saksi, kata Timbalan Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Rodziah Ismail.

Menurutnya, beliau mengulangi gesaan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa penayangan video seumpama itu adalah jelas bertentangan peruntukan undang-undang sedia ada kerana kesalahan memiliki, menyebar dan menayangkan filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

"Berikutan sidang video lucah mereka (trio 'Datuk T'), mereka sepatutnya disabitkan dengan kesalahan undang-undang tersebut," ujarnya.



Beliau seterusnya mendesak pihak berkuasa menahan trio tersebut, yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah.

"Justeru, Wanita KEADILAN menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menangkap ketiga mereka di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya sambil mengingatkan pihak polis supaya bersikap profesional dan tak menyebelahi Umno Barisan Nasional (BN) dalam isu itu.

"PDRM harus tidak menyebelahi mana-mana parti politik, bersikap profesional dan adil terhadap rakyat. "Ingatlah, rakyat sedang melihat dan menilai integriti dan kecekapan polis dalam menangani isu ini," tegasnya.

Sementara itu, Rodziah mengajak rakyat supaya bersama menolak politik kotor dan jijik yang dimainkan Umno-BN. "Ia (rakaman video) adalah dangkal, malah membuktikan bahawa UMNO terlibat secara terang-terangan berusaha mengheret rakyat ke dalam permainan politik kotor Umno BN," ujarnya.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Pedana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyebut bahawa Akta Perlindungan Saksi dan Pemberi Maklumat boleh digunakan untuk melindungi individu berkenaan, sebelum menarik semula kenyataan tersebut.


Keadilandaily

Video Lucah : Eskay dakwa video seks ‘anugerah Allah’

Posted: 30 Mar 2011 12:17 AM PDT

Siam ni mula nak membelit dah.. Hari tu kata Video Lucah ini telah dirakamkan disebuah hotel di Ibu Kota Feb 2011 yang lalu.. sekarang dia bertanya pula sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?

KUALA LUMPUR, 30 Mac — "Datuk T", Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai "anugerah Allah."

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga "Datuk T" mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi "Datuk T" iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.


Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah "jawapan dari Allah s.w.t."


"Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk 'check and balance'.

"Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga," katanya.

Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, "tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan."

Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

"Jangan biar saya dedahkan lebih banyak," katanya.

Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.

Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.

Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya.

"Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan," Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah..

"pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?"

"Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya" kata Shazryl Eskay.

"Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog," kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.

"Saya tidak takut kepada Anwar…" akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.


The Malaysian Insider

Pemuda PAS sedia terima Arman PERKASA - Nasrudin

Posted: 30 Mar 2011 12:06 AM PDT

Hmm.. nampaknya ada orang yang nak jadi punching bag ni..

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk "menerima" bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.



"Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.

"Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat," kata Nasrudin.

Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, "saya mengalu-alukan."

Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.

Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS. "Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.

"Kalau ikut slogan kita, 'PAS Untuk Semua' dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha," katanya. Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu. Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.

"Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.

"Beliau juga tidak sombong dan mudah didekati," katanya.

Sebelum ini PAS turut menerima pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman untuk menyertai parti Islam itu malah turut membantu berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau bulan lalu.


The Malaysian Insider

Serangan Video Lucah buat Anwar semakin gagah.

Posted: 29 Mar 2011 11:51 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.



Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

"Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik," kata akhbar itu.

"Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka," tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam "kapal selesa" sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.

Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T", yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

"Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

"... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan "Datuk T' bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.

Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.

Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini.


The Malaysian Insider

Rampas 9 Kerusi di Selangor?? UMNO Selangor masih bermimpi...

Posted: 29 Mar 2011 09:18 PM PDT

Semalam mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkataBarisan Nasional (BN) berpeluang sekurang-kurangnya merampas semula sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13, walaupun BN mungkin menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang.

Dan hari ini… Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberikan geran sah milik kepada seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor setelah berpuluh tahun mereka mendiaminya – berita penuh sila lihat di bawah..

Kalau macam ni yang Tan Sri Khalid Ibrahim lakukan.. nampaknya UMNO/BN akan terus bermimpi untuk menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor.. Bermimpilah sampai mati..


Rasanya tak perlulah UMNO/BN nak merampas semula 9 kerusi tu untuk kembali berkuasa.. Belikan boleh..

Bagaimana Muhyiddin begitu yakin dengan keupayaan UMNO Selangor untuk menawan semula 9 kerusi di Selangor untuk kembali menjadi Kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti sedangkan penyokong UMNO sendiri tidak yakin??

Cuba korang baca apa The Flying Kick tulis dibawah ni..


9 Kerusi di Selangor? Mampu ke UMNO Selangor?


Konon-kononnya UMNO telah mengenalpasti 9 kerusi di Selangor untuk ditawan semula. UMNO-BN kekurangan 9 kerusi untuk menjadi kerajaan di Selangor. Bagaimanapun, 9 kerusi yang dimaksudkan, tidak pula dinyatakan tetapi kesungguhan iltizam tersebut dizahirkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan kerja di Selangor, semalam.

Mungkin benar UMNO Selangor mempunyai petunjuk yang sangat jelas mereka akan mampu menguasai Selangor selepas pilihanraya umum nanti.

Bagaimanapun, muncul juga persoalan sama ada UMNO Selangor sebenarnya hanya tertumpu kepada 9 kerusi berkenaan sahaja dan tidak menghiraukan tentang calon-calon yang bakal diletakkan sebagai ayam tambatan UMNO.

Umum mengetahui bahawa UMNO kalah di Selangor, bukan kerana kekuatan PKR, DAP apatah lagi PAS sekalipun sambutan daripada golongan pengundi muda terhadap ketiga-tiga parti tersebut ketika PRU12 lebih hangat berbanding PRU yang lain.

UMNO-BN kalah di Selangor kerana faktor calon dan gerak kerja UMNO Selangor sendiri yang sebelum ini, penuh dengan protokol, prosedur dan teknikal. Dengan kata lain, UMNO sangat sukar didekati oleh golongan pengundi biasa.

Para pemimpin UMNO sentiasa meletakkan hadangan dan menyukarkan para pengundi menemui mereka. Sepenuhnya sila baca di SINI

Berita berkaitan..

80,000 rakyat Selangor dapat geran tanah
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Mac: Seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor mendapat manfaat besar apabila kerajaan negeri memberikan geran sah milik kepada mereka setelah berpuluh tahun mendiaminya.

Proses ini dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih di mana didapati dalam 200 keluarga di sesuatu tempat itu, tidak sampai sepuluh peratus mendapat geran itupun mengikut kepentingan politik pihak tertentu.

Namun dasar tanah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhan tanpa mengambil kira fahaman politik mereka kerana sebagai rakyat Selangor mereka berhak mendapat geran tersebut.

Dewan Negeri Selangor diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab soalan dalam sesi dewan kali ini. Menurutnya, kelulusan geran tanah diberikan kepada peneroka yang telah nenggusahakan tanah berkenaan sejak 10 hinga 15 tahun lalu.

"Mereka akan diberikan geran tanah sah milik ini dengan syarat mereka sendiri usaha dan membina kediaman di atasnya dan bukan untuk perniagaan," tegasnya. Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memaklumkan pihak kerajaan negeri menolak permohonan peneroka profesional yang memohon untuk empat hingga lima kawasan tanah berasingan.

"Permohonan untuk tanah kosong yang masih belum diusahakan juga akan ditolak.

"Kerajaan juga tidak mengamalkan kelulusan terpilih di mana hanya sepuluh peratus sahaja diluluskan daripada jumlah 200 permohonan seperti amalan.

"Tiada unsur politik mempengaruhi semua pihak dalam melulus atau menolak permohonan ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengamalkan sikap telus.

"Semua yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak dengan tidak menafikan hak rakyat yang lain," tegasnya.


Harakahdaily

Sarawak!! Sedarlah!!

Posted: 29 Mar 2011 08:36 PM PDT


SARAWAK: Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.

"Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan," katanya.




Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kampung Tupong Batu yang terletak di pinggir Sungai Sarawak itu kerap disambut sorakan 'reformasi' di kalangan 300 penduduk setempat.

Pada ceramah di lokasi persendirian yang tidak memerlukan permit itu, polis hanya memberi masa 15 minit untuk Anwar berucap. Malah, pihak berkuasa membuat banyak sekatan jalan raya di laluan yang menghala ke lokasi ceramah.

Ceramah Anwar di mana-mana jua termasuk di Sarawak sentiasa mendapat halangan polis Anwar berkata, pilihan raya Sarawak kali ini amat penting kerana ia adalah masa paling sesuai untuk membuat perubahan kerana golongan penindas rakyat semakin berani berbuat demikian secara terang-terangan.

"Sebab itu, pilihanraya Sarawak penting. Perubahan adalah perlu. Orang Sarawak perlu sedar. "Orang yang baik, takut. Orang yang jahat, berani. Ini tidak betul. Perkara ini mesti diubah. Sarawak mesti berubah. Sekaranglah masanya," katanya disambut tepukan gemuruh.


Pada ceramah yang majoriti dihadiri masyarakat keturunan Tionghua titu, Anwar turut memetik falsafah cendekiawan purba Cina, Confucious. "Kata Confucious: Lebih baik duduk di dalam kandang harimau daripada duduk di bawah kerajaan yang zalim.

Kehadiran Anwar memang dinanti-nantikan penduduk Sarawak yang dahagakan perubahan "Pembaziran berleluasa. Kronisme dan rasuah. Projek hanya untuk anak-anak, isteri dan kroni. Yang kaya hanya ketua menteri. Rasuah di bawah dan di atas meja.

"Benarlah seperti kata penyair besar di Jawa, Ronggo Warsito: Zaman ini zaman edan (gila)," katanya yang meminta rakyat Sarawak mengambil iktibar dari pesanan kedua-dua ahli falsafah itu.

Beliau mengingatkan rakyat Sarawak, pimpinan Barisan Nasional (BN) di Negeri Bumi Kenyalang itu juga membawa wang rakyat 'lari' hingga menyebabkan masyarakat dihimpit kemiskinan berpanjangan.

"Bukan sahaja di Mesir, Tunisia sahaja orang bawa duit. Di sini (Sarawak) pun sama bawa duit lari. Berapa yang dibawa lari Mubarak? 40 hingga 70 bilion USD. Rakyat miskin kerana pemimpin curi wang rakyat," katanya.


Keadilandaily

Berita sempena PRN Sarawak.

Posted: 29 Mar 2011 08:22 PM PDT

Setiap kali bila adanya pilihanraya kecil kita akan mendengar Ahli PKR keluar PKR jika yang bertanding disitu PKR, jika yang bertanding itu PAS pula kita akan mendengar Ahli PAS keluar PAS begitu juga dengan DAP..

Apa?? UMNO/BN sudah kekeringan idea kah?

121 Anggota DAP Limbang Keluar Parti

LIMBANG, 29 Mac (Bernama) -- Seramai 121 anggota DAP Selasa keluar parti dan menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Mereka yang diketuai oleh Pengerusi DAP Sungai Limbang Kahar Awang Daud menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas Taib merasmikan pembangunan fasa pertama bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hwa Limbang di sini.

Walaupun 121 menyatakan keluar parti, hanya 73 orang yang dapat hadir ke acara itu.



Bagaimanapun punca utama mereka keluar parti masih tidak diketahui.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN menguasai kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri di Limbang dan Lawas iaitu Bukit Kota dan Batu Danau (Parlimen Limbang) serta Ba'kelalan dan Bukit Sari (Parlimen Lawas).

BERNAMA

Doa oleh TG Nik Aziz buat Anwar..

Posted: 29 Mar 2011 10:00 AM PDT

Aminkanlah doa yang dibacakan oleh TG Nik Aziz buat Anwar ini wahai para sahabat...


Tiada ulasan: