Rabu, 30 Mac 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


Bencana Di Selatan Thai Telah Meragut 15 Nyawa

Posted: 30 Mar 2011 08:43 AM PDT

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 4 orang telah terkorban dan 10-20 orang di laporkan hilang dalam insiden tanah runtuh di Selatan Thailand. 15 kematian di rekodkan akibat banjir.

Vittayen Muttamara mengatakan 716.110 orang telah terkena banjir di lapan wilayah selatan Thai. Tentera Laut Thailand telah menghantar 3 buah kapal bagi menyelamatkan para pelancong yang berada di tempat-tempat peranginan seperti Koh Samui.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva telah melakukan lawatan pada pagi Rabu di wilayah yang di timpa bencana berkenaan dan mengarahkan pasukan penyelamat supaya segera memindahkan penduduk di sana. -AP

Ceramah DNA : Azmin Saman Polis

Posted: 30 Mar 2011 07:00 AM PDT

AMPANG 30 MAC : Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pihaknya akan mengambil tindakan menyaman polis, termasuk 16 anggota pasukan itu kerana didakwa melakukan kekerasan ketika menyerbu dan menghalang ceramah kempen 'Tolak Fitnah' anjuran parti itu di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, Jumaat lalu.

Menurut N Surendran, pihaknya juga menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam saman berkenaan serta memberikan notis 48 jam kepada pihak polis untuk memohon maaf berhubung insiden tersebut.

"Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa permohonan maaf yang dibuat ," katanya.


Surendran berkata, pihaknya juga turut menamakan Ketua balai polis daerah Ampang dalam saman berkenaan.

Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen 'Tolak Fitnah' anjuran Pakatan Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja, sebelum mematikan pembesar suara dan memaksa Ketua Umum itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis 'mengepung' rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.

Dalam pada itu, Surendran turut mendakwa, selain melakukan beberapa kesalahan termasuk menceroboh dan menghentikan ceramah yang diadakan Jumaat lalu, anggota polis juga didakwa telah menyerang dan membuat tangkapan salah ke atas beberapa orang yang ditahan dalam kejadian berkenaan.

"Kita telah minta mereka memberikan nama anggota polis berkenaan kepada kami," katanya.

Surendran sebelum itu, turut menemani Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi memberi keterangan bersama-sama Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Mereka tiba di balai polis berkenaan pada jam 10.30 pagi, ditemani peguam Latheefa Koya dan N Surendran serta ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sekumpulan 70 penyokong parti itu turut berkumpul di luar balai bagi memberi sokongan.

-TVSnews

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: