Sabtu, 12 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kadar Radiasi naik 1000 kali ganda ,Kawasan loji Nukler Fukushima diistihar Darurat

Posted: 12 Mar 2011 12:45 AM PST

Tokyo: Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.


Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.

Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang.

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas.

Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.


Gempa bumi Jepun: Kadar radiasi naik 1,000 kali

Gambar fail Reuters
menunjukkan loji tenaga nuklear yang beroperasi di Fukushima.

TOKYO, 12 Mac — Sistem pendinginan di reactor nuklear Jepun di tiga lokasi tumpuan gempa bumi telah gagal berfungsi menyebabkan radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat. Kadar radiasi meningkat kira-kira 1,000 kali berbanding paras normal di bilik kawalan reaktor No. 1 loji Fukushima Daichi, demikian menurut Agendai Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun.

Tanpa memberitahu kadar radiasi sebenar yang meresap keluar, agensi itu berkata, ia juga dikesan di bahagian luar menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan melibatkan kawasan lingkungan sejauh 10 kilometer.

Terdahulu sekitar 3,000 penduduk telah diminta meninggalkan rumah mereka.

Semlam, Tokyo Electric Power Co berkata suhu di reaktor No. 1 dan No. 2 di tapak tenaga nuklear Fukushima Daini meningkat dan ia sudah hilang kawalan ke atas tekanan pada reaktor-reaktor gunaan mereka.

Stesen Fukushima Daini adalah loji tenaga nuklear kedua beroperasi di kawasan Fukushima, timur laut Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami petang semalam.

Tepco berkata kira-kira pukul 2.46 petang semalam (waktu Jepun), tiga daripada enam reaktornya dihenti operasi ekoran gempa bumi.

Kesemuanya adalah reaktor air didih.

Kata Tepco, reaktor-reaktor ditutup ekoran kehilangan kuasa luar kerana kegagalan fungsi salah satu daripada dua sistem tenaga.

Kejadian itu membawa kepada penggunaan janakuasa diesel kecemasan bagi menyediakan kuasa sokongan kepada loji tersebut.

Bagaimanapun janakuasa diesel pula henti selepas sejam loji henti operasi, menyebabkan tiadanya kuasa bagi sistem pendinginan.

Loji tenaga nuklear memerlukan kuasa bagi motor, injap dan instrumen yang mengawal sistem, yang menyediakan air dingin kepada teras radioaktif.

Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata, "penduduk selamat selepas mereka dalam kawasan lingkungan tiga kilometer dipindah keluar dan mereka dalam kawasan lingkungan 10 kilometer pula diminta tinggal dalam rumah, jadi kami mahu penduduk bertenang. — Agensi

Kemusnahan Akibat Gempa Dan Tsunami Lebih Ketara Hari Ini

Posted: 12 Mar 2011 12:14 AM PST


TOKYO 12 MAC : Kemusnahan dahsyat akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, menjadi lebih ketara apabila lebih 1,300 dikhuatiri maut sebaik sahaja fajar menyingsing di negara itu.

Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.




Siaran televisyen memaparkan visual tentang kawasan kediaman dan ladang yang ditenggelami air serta kenderaan yang dihanyutkan. Sementara itu, satu lagi gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 3.59 pagi tadi (2.59 pagi waktu Malaysia), yang menggegarkan kawasan pantai Laut Jepun di barat laut Tokyo, melibatkan wilayah Nagano dan Niigata.

Bagaimanapun, setakat ini, sejauh mana kemusnahan yang diakibatkan gempa terbaru yang berlaku di kawasan berkenaan, yang terletak jauh dari kawasan yang dilanda malapetaka dahsyat semalam, belum diketahui.

Di samping berita tentang kemusnahan dan usaha menyelamat yang menja ditumpuan pelbagai pihak sekarang, satu lagi perkara yang mencetuskan kebimbangan ialah kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya ini.


Sementara itu, kedutaan Malaysia di sini menyatakan pihaknya telahmenghubungi warga Malaysia, termasuk pelajar yang tinggal di kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi itu.

Sehingga pukul 6 pagi tadi (5 pagi waktu Malaysia), kedutaan itu telah menghubungi 289 warga Malaysia yang tinggal di wilayah yang dilanda gempa bumi dan tsunami semalam .

Ia juga berhubung dengan rakyat Malaysia dari wilayah lain, yang kurang terjejas oleh bencana alam itu.

"Setakat ini, kesemua mereka selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kemalangan jiwa. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan paling teruk terjejas juga telah berpindah ke kawasan selamat yang disediakan pihak berkuasa Jepun," kata Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Sebahagian lebuh raya ke Lapangan Terbang Narita yang ditutup sebelum ini atas faktor keselamatan, telah dibuka semula.

Satu penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH89, yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) hari ini, ditunda ke pukul 1.30 tengah hari (12.30 tengah hariwaktu Malaysia), manakala penerbangan MH71, yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari, akan berlepas pada pukul 9 pagi (8 pagi di Malaysia), esok.

Sehingga tengah hari ini, perkhidmatan bas biasa antara Lapangan Terbang Narita dan Tokyo belum disambung semula dan beberapa hotel menyewa bas untuk kegunaan tetamu mereka.

Kebanyakan perkhidmatan tren bawah tanah mula kembali seperti biasa dan ini memudahkan pergerakan sebahagian besar daripada 12 juta penduduk Tokyo serta mereka dari bandar lain. Landasan tren bawah tanah ditutup selama hampir enam jam semalam dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas.



Dulu Gobala.. Kini Sivarasa..

Posted: 11 Mar 2011 11:46 PM PST

Dulu Gobala semasa menjadi MP PKR dilarang memasuki Sarawak entah pasal apa pun tak tahu.. itu dulu sebelum Gobala keluar PKR dan menyelesaikan bayaran tanahnya yang tertunggak sebanyak RM1.4 Juta tu.. setelah beberapa minggu sahaja keluar dari PKR..

Sekarang mungkin Taib Mahmud sudah membenarkan Gobala memasuki Sarawak kerana Gobala sudah menjadi Katak yang dibiayai oleh BN.. bagi menggantikan yang telah dikosongkan oleh Gobala itu.. kini Sivarasa pula menggantikan tempatnya..

Entah apa yang Taib Mahmud takut sangat dengan pemimpin PKR tu entahlah..

MP Subang Dilarang Masuk Ke Sarawak

SHAH ALAM 12 MAC : Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.


Beliau yang ketika dihubungi TV Selangor pada waktu itu sedang diiring oleh pegawai khas kembali ke pesawat untuk di hantar kembali ke Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen itu daripada memasuki negeri Sarawak.

"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang di eskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut beliau lagi, tiada alasan kukuh yang diberikan dan hanya arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak.

"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari memasuki," katanya.

Sivarasa turut tidak menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional khuatir dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan kerajaan Sarawak sebagai satu yang tidak wajar dan telah melanggar hak asasi.

"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.

Sivarasa memberitahu, beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.


Agama dan Tanah terus menjadi isu selagi UMNO/BN berkuasa

Posted: 11 Mar 2011 08:16 PM PST


KOTA KINABALU: Selagi Umno Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa, jangan harap isu agama dan tanah adat di Sabah dapat diselesaikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata isu tanah adat tidak pernah selesai sepanjang pentadbiran kerajaan Umno BN, seolah-olah negara masih diperintah penjajah.


"Di Malaysia, bicara soal tanah macam berada bawah penjajah. Yang nak rebut tanah ini, apa dia? Kita ini diperintah oleh siapa? Yang susah sangat, yang kita minta ini, tanah orangkah? Kita mintak tanah kerajaan? Tidak.

"Kita hanya nak pertahan hak kita dan tanah kita. Itu pun bergelut setengah mati," katanya pada ceramah perdana di Karamunsing di sini, malam tadi, sempena program forum Tanah Adat: Isu, Polisi dan Cabaran di Sabah.

Program lawatan itu juga bersempena Konvensyen Sabah hari ini. Turut hadir, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh, Ahli Majlis Presiden Sabah dan pimpinan KEADILAN negeri.



Dalam majlis itu, Anwar turut menerima sembilan memorandum daripada wakil-wakil orang Asal dari seluruh Sabah.

"Soal tanah tak boleh diselesai oleh satu kaum. Soal pentadbiran bersih tak boleh dijamin oleh satu kaum," kata Anwar lagi, merujuk kepada Umno yang kerap memainkan sentimen Melayu bagi meraih sokongan politik.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Umno kerap menggunakan sentimen keagamaan apabila mencetuskan isu penggunaan nama Allah dan terbaru, pengharaman kitab Injil yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Justeru, beliau mengingatkan semua kaum di Sabah supaya bersatu dan tidak terpedaya dengan strategi Umno yang sentiasa mewujudkan sengketa dan syak wasangka antara satu sama lain.

Beliau juga meminta rakyat beragama Islam berhati-hati dalam menangani isu penggunaan nama Allah, malah turut mengulangi fatwa ulama terkenal dunia, Dr Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

"Saya jumpa dia (Qaradawi) di Qatar. Saya tanya dia, dia jawab, apa masalahnya? Dia hairan. Dia jawab, Muhammad itu rasul kita, bapanya nama Abdullah, Muhammad menjadi Rasul masa umur 40 tahun. Maknanya, 70 tahun, 80 tahun sebelum itu, orang Arab sebelum Islam sudah mengguna nama Allah. Macam mana kita nak sekat?

"Saya nak sebut isu nama Allah ini supaya clear. Mengapa kita pertikai yang Umno dan BN tak dapat selesai. Jangan nak selesai soal besar lain, soal ini pun dia tak dapat selesai.

"Isu agama, kamu (Umno BN) tak boleh selesai, Kamu ingat isu tanah boleh selesai? Justeru, kawan-kawan kena fikir, nombor satu – tukar Umno BN," kata Anwar.


Keadilandaily

Mahathir PENIPU!!

Posted: 11 Mar 2011 07:51 PM PST

Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "menipu secara politik".

Dalam memuji "kejujuran intelektual" Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular," katanya.


Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987," kata Tengku Razaleigh.


Malaysiakini

Tiada ulasan: