PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- Keadaan tiba - tiba Gelap apabila tiba giliran DSAI berucap!
- DNA punya Pasal pon Sanggup nak DEMO kerrr????
- Penyokong UMNO mula Ragui Saifuddin Abdullah
- Mengapa Berbogel Di Depan Kampus?
- Jepun sahkan bangunan konkrit nuklear tumbang
- terkini:Loji Nuklear di jepun meletup!
Keadaan tiba - tiba Gelap apabila tiba giliran DSAI berucap! Posted: 12 Mar 2011 06:53 AM PST Keadaan tiba - tiba gelap,kuada elektrik ,tiba -tiba di padamkan apabila tiba giliran ANwar Untuk berucap dalam pelancaran Buku jingga Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman Di kampung Baru. Adakah Ada Penyokongang UMNO yang dah Sabotaj, atau ianya sekadar kesilapan Teknikal? Walau Apapun kita nantikan apakan laporan terbaru dari Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Hampir seketika barulah keadaan terang semual dan laungan REFORMASI bergema di sekitar Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dalam pelancaran Buku Jungga Pakatan Rakyat. | ||||||
DNA punya Pasal pon Sanggup nak DEMO kerrr???? Posted: 12 Mar 2011 06:27 AM PST DEMO GEROMBOLAN MENUNTUT ANWAR BERI DNA - LIVE FROM BATU GAJAH woit!! Ini macam ke pun nak demo ke?? apa punya bangang la! dah takde benda lain ke? kalau demo turun harga barang O.K gak,ini menatang tak berpekdah lagi nak di buat! kesian gerombolan! | ||||||
Penyokong UMNO mula Ragui Saifuddin Abdullah Posted: 12 Mar 2011 06:11 AM PST Ini semua bermula apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu mula Mempertikaikan AUKU! Apakah Muslihat di sebalik semua ini? walauapa pun blogger Pro-UMNO mula mengkkrtitik tindakan murni Timbalan Menteri pengajian Tinggi Ini!
MEMANG patut dan tepat sekali bila Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi diserang habisan-habisan oleh penulis-penulis blog yang menyokong kerajaan kerana beberapa tindakan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat condong serta memihak kepada gerakan pembangkang dan mahasiswa ketika ini malah kedudukan Timbalan Menteri ini dilihat menjadi liabaliti kepada kepimpinan PM Najib dan tidak salah dikatakan beliau adalah duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika. Suara Saifuddin makin sumbang.Langkah politiknya semakin tidak seiring dengan langkah politik PM Najib.Malah kita sendiri tidak tahu apa motif sebenar beliau yang begitu bersungguh-sungguh mahu pelajar diberikan kebebasan untuk bersuara dan berpolitik?Mahu mansuhkan AUKU? Kita tidak tahu mengapa beliau begitu berani dan lantang mengangkat Anwar Ibrahim itu sebagai pemimpin yang hebat di dalam satu majlis di Universiti Malaya dan kita juga menjadi hairan apabila dalam semua kepimpinan UMNO dan kerajaan menolak Buku Jingga tetapi Saifuddin mempertahankan Buku Jingga itu sebagai satu buku yang baik sedangkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya senada dengan keputusan jemaah menteri yang lain. Tindakan Saifuddin mempertikaikan AUKU dan mahu kebebasan secara multak diberikan kepada mahasiswa boleh juga disifatkan sebagai satu penghinaan dan pencabulan kepada keputusan atau dasar yang telah dipersetujui oleh kabinet dan diluluskan oleh Parlimen.Secara tidak langsung Saifuddin tidak menghormati PM Najib supaya AUKU tidak lagi dibahaskan dan keputusan kerajaan tegas dalam soal itu. Tindakan ini juga dilihat bercanggah dengan tindakan Menteri yang mempertahankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan juga parlimen tetapi Timbalan Menteri ini pula beriya-iya sepanjang masa mempertikaikan keputusan yang telah dipersetujui itu.Malah Saifudin hadir merasmikan dan menyokong segala gerakan songsang pelajar-pelajar ini hingga beliau seperti mengugut kerajaan sekiranya hak-hak pelajar dihalang,dibimbangi Malaysia senasib Mesir dan negara lain yang sedang berdepan dengan protes terhadap kepimpinan kerajaan. Apa yang Saifuddin mahu sebenarnya?Siapa yang memberikan beliau ganjaran untuk beliau menebuk kapal yang sedang dikemudikan oleh PM Najib ini?Berapa upah yang beliau dapat hasil daripada usahanya memalukan PM Najib ini?Adakah Saifuddin mahu menjadi hero atau jaguh di kalangan pelajar atau mahasiwa?Adakah Saifudin sedang memperalatkan mereka untuk kepentingan politik sempitnya itu?Dan dimana cacatnya AUKU itu sehingga begitu lantang sekali Saifudin menyanggahnya hingga beliau mengambil keputusan untuk memihak kepada gerakan pelajar dan sanggup pula hadir merasmikan satu majlis yang dianjurkan oleh salah seorang pelajar UKM yang ditangkap berkempen di PRK Hulu Selangor. Inilah puncanya yang menjadikan pelajar begitu berani melanggar disiplin dan peraturan hingga ianya dilihat menjadi punca kepada kekalahan Aspirasi dalam pilihanraya kampus yg lalu.Malah sebelum itu Saifuddin mendesak pihak universiti supaya tuduhan terhadap pelajar-pelajar UKM yang berkempen di PRK Hulu Selangor digugurkan dan pelajar-pelajar tersebut dibebaskan dari tuduhan itu. Saifuddin juga menegaskan kerajaan tidak perlu menyekat gerakan pelajar dan membenarkan mereka ini aktif dalam politik.Soalnya seperti yang disebut awal tadi,mengapa bersungguh benar Saifuddin mahu heret mereka ini ke dalam mana-mana parti politik?Untuk apa?Dan kalau Saifuddin menganggap kerajaan menghalang mereka ini bersuara,mari kita lihat Seksyen 15 AUKU ini :- SEKSYEN 15 (1) AUKU menyebut seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak ia ditubuhkan du bawah mana-mana undang-undang bertulis.sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia,selain : (a) Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia (b) Mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.sama ada di dalam atau di luar Malaysia;atau (c) Mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri,selepasa berunding dengan Lembaga,seara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu.
Salahkah peraturan yang kerajaan buat ini?Adakah kerajaan menghalang mereka berpersatuan?Kalau mereka ingin bersuara,mereka boleh menyertai mana-mana pertubuhan selain daripada parti-parti politik dan kalaulah dibenarkan mereka ini menyertai parti politik, adakah Saifuddin dan Khairy Jamaludin yakin serta pasti lebih kurang 400 ribu pelajar di seluruh IPTA akan menyokong kerajaan?AUKU ini jelas untuk mempertahankan hak dan masa depan pelajar serta mahasiswa dan kalau meraka mahu berpolitik,selesaikanlah dulu pengajian mereka.Takkan mahasiswa pun jadi bodoh hingga tidak boleh berfikir kesan buruk yang bakal mereka terima? Sekiranya juga Seksyen 15 AUKU ini dihapuskan,apa akan jadi kepada pelajar ataupun mahasiswa di seluruh 20 buah universiti tempatan ini?.Bila masa mereka akan menumpukan kepada pelajaran kerana pada setiap masa dan ketika mereka akan diganggu dengan berbagai-bagai kegiatan politik.Pemikiran mereka akan didoktrinkan oleh partiparti politik ini hingga menjejaskan masa depan mereka?Pintu bilik akan diketuk oleh semua parti bagi mencari sokongan,perjalanan mereka untuk ke kuliah akan terhalang kerana mahu menghadiri kegiatan-kegiatan politik parti yang mereka anggotai.Takkanlah terlalu bodoh Saifuddin untuk memahami apa yang terkandung dalam AUKU itu? Saifuddin selain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh namun malangnya gaya pemikiran dan tindakannya bersifat pembangkang. Berada di dalam kerajaan dan parti tetapi beliau membawa suara Anwar Ibrahim,Nik Aziz dan Karpal Singh.Memakai baju UMNO,dibayar gaji dan elaun untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan tetapi membuka ruang dan peluang untuk pembangkang memperlekehkan kerajaan. Kita tahu hubungan Saifuddin dengan Anwar Ibrahim termasuklah pelan 16 September yang mengaitkan dengan beberapa orang MP dari BN. dan beliau tidak terkecuali turut berada di dalam senarai Anwar antara MP yang akan melompat parti.Malah bila beliau memuji dan mengagungkan Anwar dalam satu majlis di Universiti Malaya,kita makin yakin ada keakraban yang antara mereka sembunyikan dan bila beliau mendokong kononnya prinsip Buku Jingga itu sebagai baik,kita juga makin tahu wajah dan belang sebenar ahli politik yang bernama Saifuddin Abdullah ini. Terserahlah kepada PM Najib untuk melihat sejauh mana tindakan musang berbulu ayam ini.Rakyat dan penyokong kerajaan yang berada bawah mula semakin getik dan loya melihat wajah pemimpin yang menyimpan seribu muslihat ini.Politik adalah tipu daya dan Saifudin sedang mempraktikannya.Hanya orang yang gila sahaja akan mempertahankan kegilaan orang lain. LSS: Adakah ada pemimpin UMNO yang dah mula melihat kebenaran atau ini sekadar Muslihat PRU-13????? | ||||||
Mengapa Berbogel Di Depan Kampus? Posted: 12 Mar 2011 05:49 AM PST LIHAT gambar di atas. Pertama, gambar atas sekali, wanita berbogel sedikit terlindung, membelakangi kamera dan latar belakang kampus. Gambar diambil melalui tingkap kereta. Kedua, gambar wanita bogel itu, diarah keluar dari kampus. Sehingga bahagian badan yang sulit-sulit patut disorok, ternampak kepada sesiapa yang melintas dan memandang di situ, waktu itu. Itulah gambar-gambar kini sedang tersebar luas melalui BlackBerry Messenger (BBM). Konon, perempuan itu berprestij tinggi, hendak masuk ke kampus tetapi ditahan oleh pegawai keselamatan. Namun sumber utama pengirim mesej itu tidak jelas sehingga informasinya boleh diragukan. Mesej diterima oleh seorang alumni UK Petra, yang menyebutkan perempuan itu adalah siswi yang berjaya melepaskan diri dari dirogol... (IH) | ||||||
Jepun sahkan bangunan konkrit nuklear tumbang Posted: 12 Mar 2011 05:40 AM PST Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan berlaku letupan di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi. Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan. "Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit," katanya. "Bangunan konkrit itu tumbang. Tetapi kami dapati reaktor di dalamnya tidak meletup." "Kami juga sahkan bahawa reaktor nuklear tidak musnah. Letupan tidak berlaku di dalam bekas reaktor itu. Oleh demikian, jumlah radiasi yang tersebar luar tidak besar," katanya di Tokyo. "Ketika ini, tiada perubahaan ketara berhubung tahap radiasi yang tersebar di luar (daripada sebelum letupan), jadi kami minta orang ramai supaya bertenang," kata Edano. Menurut Edano, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan serta akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut. Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar. | ||||||
terkini:Loji Nuklear di jepun meletup! Posted: 12 Mar 2011 05:38 AM PST
Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran elemen cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil. Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan sebentar tadi berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi.
"Kami sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan kami akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut," katanya di sini, sebentar tadi
|
You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan