Ahad, 13 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


ADUN Komtar minta polis segerakan siasatan berhubung hadiah keranda

Posted: 13 Mar 2011 03:00 PM PDT

GEORGE TOWN, 13 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini meminta pihak polis membuat siasatan segera terhadap cubaan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abdul Jiman, menghantar sebuah keranda ke rumahnya semalam.

Beliau berkata tindakan itu dianggap sebagai satu ancaman berupa ugutan keselamatan kepada dirinya, keluarga termasuk seluruh penduduk di kawasan yang didiaminya di kawasan Paya Terubong.

"Tindakan itu perlu dikecam kerana ia menggangu dan mengancam keharmonian sosial di negeri ini dan polis perlu mengambil segera tindakan undang-undang terhadap perbuatan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Mohamed Ghani telah cuba untuk menghantar hadiah berupa sebuah keranda ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong tetapi gagal, apabila dihalang pihak polis.

Katanya berkata tindakan itu kemungkinan berkaitan dengan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya peniaga kecil di ruang konkos tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengosongkan ruang perniagaan mereka bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan di ruang itu.

Semua peniaga akur dengan arahan itu kecuali Mohamed Ghani yang bertegas untuk berniada di situ, kata Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. — Bernama

Sejarah membuktikan PAS tidak khianat

Posted: 13 Mar 2011 09:37 AM PDT

Baru-baru ini sebuah akhbar harian tempatan memetik kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Dato' Harun Taib bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan DAP, kerana parti berkenaan dapat menerima dasar dan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Presiden Umno Najib Tun Razak yang berpandangan bahwa PAS sewajarnya bekerjasama dengan Umno, sebuah parti Melayu Islam berbanding dengan DAP yang bukan Islam.

Kata Ustaz Harun walaupun Umno mahu bekerjasama dengan PAS namun Umno terang-terang menolak konsep dan dasar perjuangan PAS. Berbeza dengan DAP yang walaupun sebuah parti sekular namun tidak menolak konsep dan dasar perjuangan PAS.

Sesungguhnya sejarah poitik tanahair telah membuktikan bahawa PAS konsisten dengan konsep dan dasar perjuangannya. Sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu dan sejak menyertai Pilihanraya Persekutuan yang pertama pada tahun 1955 begitulah PAS, jatuh dan bangun bersama Islam sehingga pernah tinggal cuma sebuah kerusi Parlimen iaitu Pengkalan Chepa dan dua kerusi DUN di Kelantan ia kekal demikian. Dan kini menang bersama Pakatan Rakyat di empat buah negeri dan bersama menafikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat ia tetap juga begitu.

Kecakalan berpegang pada Islam inilah yang telah mengundang segan dan penghormatan kawan dan lawan terhadap PAS.

Parti-parti yang berkawan dengan PAS memahami perkara ini dan menghormati pendirian PAS. Malah rakyat rata-rata memberikan penghormatan kepada PAS lantaran iltizamnya pada Islam dan ini akan terus kekal selagi mana PAS tidak cuai atau lalai.

Benar Umno adalah sebuah parti Melayu Islam. Namun tidak seperti PAS, Umno mengambil Islam lebih secara selektif atau berpilih-pilih dan bukan sebagai konsep dan dasar perjuangan parti berkenaan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan apa sahaja yang berbaur Islam yang tidak merugikan ia dari segi politik maka Umno akan bersedia mempertahankannya, sebaliknya jika ia merugikan khasnya dari kacamata politik maka Umno tidak teragak-agak akan menyisih atau menjauhkan diri darinya.

Contih terbaik adalah pengharaman judi di negeri Kelantan yang dikuasai PAS sejak tahun 1990. Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan bertindak ke atas premis yang menjual loteri "bigsweep", dan tindakan berkenaan telah disensaikan khasnya oleh komponan BN iaitu MCA. Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat agar mengambil langkah yang sama seperti Kelantan malah menyeru agar kerajaan negeri yang diterajui Umno turut berbuat demikian.

Saya yakin kerajaan negeri-negeri BN tidak akan memberikan respon kerana ternyata ia bakal merugikan mereka dari sudut politik walaupun jelas ia haram di sisi Islam.

PAS tidak pernah mengendurkan cita-cita perjuangannya samada dalam keadaan ia kalah apalagi ketika ia menang. Parti-parti yang berkawan denga PAS sejak dari tahun 50an dahulu seumpama Parti Negara yang bersama membentuk kerajaan negeri Terengganu tahun 1959, dan kemudiannya Parti Melayu Semangat 46 ketika PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan tahun 1990 masing-masing sedar akan tuntutan perjuangan PAS.

Dan kini PKR dan malah DAP juga sedar akan keadaan demikian. Kerana itu kita lihat pentafsiran Islam dalam pentadbiran lebih jelas dan ketara di negeri-negeri yang PAS turut berperanan walaupun hakikatnya kawan-kawan PAS di negeri-negeri itu termasuklah DAP merupakan parti yang Umno sering cap sebagai anti Melayu dan Islam.

Sebagai kawan DAP sedar akan kemampuan PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS lah parti yang paling "senior" dari sudut usia. Dan dari sudut organisasi dan kekuatan akar-umbi tidak dapat dinafikan jentera PAS lah yang antara penyumbang besar kearah kemenangan luar biasa Pakatan Rakyat dalam PRU tahun 2008 lalu. Hakikat ini disedari oleh semua pihak.

Sejarah membuktikan PAS tidak pernah mengkhianati rakan-rakannya. Parti Negara pada tahun 1960an berpaling tadah sehingga mengakibatkan kerajaan PAS tumbang di Terengganu ketika itu. BN pula pernah tendang keluar PAS sebagai rakannya di zaman Allahyarham Tun Hussien Onn sebagai PM. Rekod menunjukkan PAS lah rakan yang paling jujur sehingga dalam kerajaan PR hari ini pun tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS berpaling tadah tidak seperti wakil-wakil dari DAP dan PKR.

Umno mungkin menyedari hakikat ini tetapi ia tewas apabila enggan jujur dalam memberikan pengiktirafan sebenar pada Islam. PAS bukannya menuntut pangkat dan kedudukan, tetapi sejak awal penubuhannya, memartabatkan Islam itulah agenda utama perjuangannya. Dengan sikap Umno yang selektif terhadap Islam ternyata rakyat lebih mengharapkan pada PAS kiranya Islam terancam atau mahu diketengahkan dalam satu-satu isu atau keadaan.

DAP kini faham keutamaan PAS setelah berkesempatan berkerjsama dengannya. Walaupun ia tidak mengiktiraf konsep Negara Islam namun sebagai sebuah parti demokratik, kiranya majoriti rakyat disesebuah negeri itu member mandat terbesar pada PAS, saya yakin DAP akan akur.

Dalam isu kontroversi loteri "Bigsweep" di Kelantan contohnya, ahli parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng menyatakan bahawa jika majoriti rakyat Kelantan mahukan pengharaman itu maka rakyat yang minoriti harus menghormatinya kerana itulah prinsip demokrasi.
Kerana itu tepatlah apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menyatakan lebih mudah bekerjsama dengan DAP yang tidak menganggu Islam berbanding dengan Umno yang lebih mengutamakan keuntungan politik lebih dari yang lain-lain. Sekurang-kurangnya apabila berkawan dengan PAS pemahaman DAP terhadap Islam dapat disemai, dipupuk dan dibentuk oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS. Tidak mustahil apabila dasar dan prinsip perjuangan Islam dapat difahamkan bukan hanya DAP malah sesiapa sahaja akan dapat memahami dan menerimanya secara terbuka demi kebaikan umat sejagat.

ARTIKEL INI TERBIT DALAM AKHBAR MINGGUAN SIASAH BIL.0255

http://n32.blogspot.com/

Kartun BH: Jangan sampai kreativiti singgung mangsa tragedi

Posted: 13 Mar 2011 08:00 AM PDT

Paparan kartun yang tidak menggambarkan sensitiviti seluruh rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Tiada pihak, lebih-lebih lagi pengamal media wajar menjadikan tragedi bencana alam sebagai modal kreativiti hingga menyinggung sensitiviti masyarakat dunia, khususnya negara terbabit.

"Bayangkan, kalau kita di tempat mereka dan melihat jenaka kejam ditujukan kepada kita?" kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau menganggap penyiaran kartun itu dalam Berita Harian (BH) sebagai tidak mementingkan nilai kemanusiaan dengan menjadikan peristiwa yang diratapi masyarakat dunia, suatu jenaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu menyifatkan perbuatan akhbar itu tidak menghormati kesedihan dan kesengsaraan rakyat Jepun yang dilanda tsunami paling buruk dalam tempoh 140 tahun.

"Editorial Berita Harian tidak peka dan tidak sensitif terhadap rakyat Jepun sehingga boleh meluluskan kartun tersebut," katanya, kesal.

Berita Minggu, akhbar mingguan Berita Harian hari ini memaparkan watak hero fiksyen Jepun yang popular di Malaysia, Ultraman Jack melarikan diri dari ombak tsunami di Negara Matahari terbit itu.

Malah, berita mengenai paparan kartun itu turut dipetik media antarabangsa termasuk CNN sekaligus memalukan imej negara di mata dunia.

Bagaimanapun, BH sudah memohon maaf atas penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun itu.

Sehingga kini, angka kematian mencecah 1,000 manakala lebih 1,000 hilang dan 1,442 cedera parah pada tragedi itu.

Semangat Rosli Dhobi bawa 150 ahli baru Cabang Serian

Posted: 13 Mar 2011 07:30 AM PDT

Cabang KEADILAN Serian menerima 150 ahli baru terdiri daripada golongan wanita dan anak muda, kebanyakan keturunan Bidayuh pada 12 Februari lalu.

Pertambahan itu membolehkan dua lagi ranting diwujudkan menjadikan cabang berkenaan kini memiliki 31 ranting. Dua ranting baru itu ialah Kampung Merian Bedup dan Kampung Melayu Hilir Serian.

Timbalan Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Mark Murau Sumon, berkata ratusan anak muda menyertai KEADILAN atas kesedaran untuk melakukan perubahan pada pilihan raya negeri akan datang.

"Antara isu utama melibatkan anak muda ialah kadar pengangguran dan gaji anak tempatan yang sama dengan gaji warga asing.

"Mereka yang bekerja sebagai pembantu jualan di kedai, misalnya dibayar RM350 sebulan sekaligus tergolong dalam kategori miskin tegar," kata Pengerusi Tetap Cabang Serian itu.

Sokongan rakyat terhadap KEADILAN di Sarawak semakin menyerlah

Turut serta ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zulrusdi Mohamad Hol; Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zamanhuri; Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari dan pimpinan lain di cabang itu.

Azmizam yakin dengan berbekalkan semangat pahlawan tempatan, Rosli Dhobi, KEADILAN yakin dapat menawan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Santubong.

"Anak muda dan rakyat Sarawak sudah menyampah dengan Barisan Nasional. Kerajaan Sarawak sejak dipemerintah Taib Mahmud sebenarnya kaya raya dengan harta berbilion hasil monopoli ahli keluarga mereka," katanya.

Jamil Khir: Kos haji diumum waktu terdekat

Posted: 13 Mar 2011 07:00 AM PDT

YAN, 13 Mac — Kos mengerjakan ibadat haji akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah meneliti kajian mengenai cadangan itu yang dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) tahun lepas.

"Tunggulah sama ada berlaku kenaikan kos atau tidak. Semua faktor yang mempengaruhi kos menunaikan fardu haji diambil kira, namun kerajaan manila tambang yang bakal diumumkan nanti sebagai sesuai dan tidak membebankan jemaah," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Rakyat Bersama Menteri di sini, berkata antara faktor yang diambil kira TH dalam cadangannya ialah pembangunan yang berlaku di sekitar Masjidil Haram dan Kota Mekah.

Mengenai penghantaran balik pelajar Malaysia ke Mesir, Jamil Khir berkata kerajaan pusat sedia memikul tanggungjawab negeri-negeri yang tidak sanggup atau enggan menanggung kos tersebut.

"Dari awal lagi saya beritahu perkara ini. Jadi janganlah mempolitikkan isu ini," katanya.

Beliau turut kesal dengan penyebaran berita kerajaan Kedah pimpinan PAS terpaksa menghabiskan RM2.5 juta bagi menghantar pulang hampir 1,000 pelajarnya ke Mesir baru-baru ini, yang menggambarkan kerajaan pusat lepas tangan. — Bernama

Memanipulasi kebangkitan rakyat — Ezam Mohd Nor

Posted: 13 Mar 2011 06:30 AM PDT

13 MAC — Setiap peristiwa yang berlaku di alam ini semestinya ada hikmah dan iktibar buat manusia. Begitu juga peristiwa di Timur Tengah hari ini tentunya ada pengajaran dan iktibar buat kita semua.

Justeru bukan sesuatu yang luar biasa apabila kita melihat saban hari pelbagai laporan, analisis, saranan, dilakukan terhadap peristiwa besar kebangkitan rakyat Tunisia, Mesir, Libya dan negara-negara lain di rantau itu.

Dalam keriuhan dunia menghadapi fenomena ini kita dapat melihat dengan jelas munculnya suara-suara lantang kelompok ahli politik pembangkang dengan pelbagai masalah peribadi dan parti politik mereka mengambil kesempatan atas peristiwa Timur Tengah untuk menutup kemelut yang melanda mereka akhir-akhir ini.

Kita faham benar kerenah dan gelagat mereka ini yang akan memutar belit setiap peristiwa yang berlaku di dunia ini untuk meraih keuntungan politik buat diri mereka demi mencapai cita-cita ke Putrajaya yang tidak kesampaian. Buat kesekian kalinya mereka memainkan politik pembohongan dan melampaui batas memanipulasi peristiwa ini untuk kepentingan politik sempit mereka.

Dari Tenang, Merlimau , Kerdau dan serata negara mereka menggunakan pentas ceramah cuba membangkitkan semangat kebangkitan rakyat terutamanya golongan muda untuk mengambil inspirasi kebangkitan rakyat Timur Tengah. Pemerintah dan pemimpin Malaysia disamakan dengan rejim Hosni Mubarak. Kegagalan Tunisia dan Mesir sebagai sebuah negara disamakan dengan Malaysia.

Yang paling lantang tentulah Ketua Umum PKR walaupun hakikatnya tokoh politik Malaysia yang paling banyak persamaannya dengan ciri kediktatoran Mubarak adalah dirinya sendiri. Mengangkat dirinya menjadi Ketua Umum tanpa dipilih sama sekali.

Malah sebenarnya kediktatoran Mubarak tidak mampu mencapai taraf kediktatoran Anwar Ibrahim kerana Mubarak tidak mampu meletakkan isterinya sebagai Presiden, orang yang paling istimewa bagi dirinya sebagai Timbalan Presiden, dan anaknya sendiri sebagai Naib Presiden parti dalam satu masa. Beliau jugalah yang mencipta sejarah politik tanah air dan mungkin juga di dunia ini dengan mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sebaik setelah beliau ditangkap dengan salah laku jenayah.

Kebiasaannya seorang ahli politik akan melepaskan jawatan bila disabitkan dengan kes jenayah namun bagi Anwar dia mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebaik selepas beliau ditahan agar dia boleh bergayut dengan jawatan politik dalam menghadapi kes salah laku jenayah peribadinya dan mengheret kes peribadi itu menjadi kes politik.

Maka seluruh negara di heret dalam menghadapi kes peribadinya. Masalah peribadinya menjadi masalah negara. Mubarak dan Muammar Gaddafi sekalipun tidak punya kemampuan memutar belit "menegarakan" masalah peribadi mereka sehebat yang dilakukan Anwar!

Malah Ben Ali, Gaddafi dan Mubarak dalam segala kegagalan, kekurangan, kelemahan dan kezaliman mereka tidak tergamak menghina tanah air dan bangsanya sendiri hanya kerana mahu meraih populariti. Dalam hal ini Anwar sekali lagi lebih hebat daripada mereka. Anwar mampu dan tergamak secara terbuka menghina batik Malaysia buatan anak bangsanya sendiri di Indonesia hanya kerana mahu menjadi popular.

Sifat antinasional inilah yang menyebabkan negara ini menerima kesan dihina hinggakan dibaling najis di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta gara-gara ketegangan hubungan dua hala. Hidup berjiran apatah lagi serumpun adalah lumrah berlaku ketegangan dari masa ke semasa.

Namun tidak pernah terjadi di dalam sejarah ketegangan dua hala sehingga kita dihina dengan dibaling najis di kedutaan kita. Ia gara-gara ada pemimpin kita sanggup menghina tanah air dan bangsanya sendiri di negara orang.

Sebusuk-busuk diktator Arab tidak sanggup menghina bangsa dan tanah airnya sendiri apatah lagi bila berada di negara orang. Diktator Melayu abad ini rupanya jauh lebih hebat kediktatorannya berbanding diktator-diktator Arab itu.

Malah diktator-diktator Arab itu tidak pernah kita dengar menggelar diri mereka anugerah Tuhan dan menjual kalimah Allah dengan harga undi politik. Diktator Melayu ini jauh lebih hebat sifat melampaui batasnya.

Kalau diktator-diktator Arab ini dikatakan menjadi tali barut Yahudi, diktator Melayu ini juga pada hakikatnya jauh mengatasi mereka. Kononnya dia menuduh kerjaan bersekongkol dengan Yahudi kerana mangambil APCO sebagai konsultan tetapi hakikat yang diketahui oleh seluruh warga Bank Dunia beliaulah sebenarnya yang menjadi alat kepada Yahudi.

Kerajaan membayar Apco untuk membuat tugas-tugas demi kepentingan negara yakni hubungan dagangan dua hala Amerika -Malaysia tetapi diktator Melayu ini sanggup menjadi alat menutup skandal Pengerusi Bank Dunia, Wolwofitz, seorang Yahudi yang menjadi Menteri Pertahanan AS semasa Iraq diserang dan ribuan nyawa tidak berdosa menjadi korban.

Surat Anwar sebagai Pengerusi Yayasan Masa Depan kepada Bank Dunia untuk tutup pekung Yahudi Wolwofitz itu bukan rahsia lagi di Bank Dunia. Diktator Arab pun tidak sanggup meletakkan diri serendah itu untuk menjadi alat kepada seorang Yahudi yang telah membunuh ribuan nyawa manusia tidak berdosa. Dalam sejarah negara ini juga kita tidak pernah saksikan seorang pemimpin negara yang sanggup melakukan perbuatan sejijik itu.

Dari sudut pencapaian ekonomi dan kemajuan sebagai sebuah negara jauh sekali bezanya antara Mesir,Tunisia dan Libya ini berbanding kedudukan ekonomi kita. Pendapatan perkapita di Mesir hanya AS$2 (RM6.14) sehari bermakna sekitar RM200 sebulan .Bandingkan per kapita kita lebih RM2,000 bermakna lebih sepuluh kali ganda mereka.

Gaji seorang profesor di Mesir purata 1000 Pound Mesir kira-kira RM800 manakala minimum Profesor Malaysia hari ini berpendapatan RM10,000. Terlalu banyak data perbandingan yang boleh ditampilkan pokoknya ia terlalu jauh bezanya sehingga sebarang perbandingan ekonomi yang dilakukan pastinya kelihatan tempang.

Justeru hanya orang yang terdesak yang sanggup berselindung di bawah fakta yang jelas untuk mengabui mata rakyat. Rakyat sekali lagi menjadi mangsa putar belit, dibakar semangat mereka berasaskan fakta palsu. Mereka di minta mengutip peristiwa Mesir dan Timur Tengah sebagai punca inspirasi mereka untuk bangkit.

Hakikatnya anak muda Arab bangkit dengan menjadikan kejayaan Malaysia membina negara sebagai sumber inspirasi mereka. Kebetulan saya berada di Mesir semasa kebangkitan bermula. Saya tempuhi jalan yang disekat oleh anak-anak muda Mesir yang berdemonstrasi. Apabila mereka tahu kita dari Malaysia mereka akan bandingkan Mubarak dengan Tun Mahathir.

Kedua-duanya menjadi pemimpin negara mereka pada waktu yang sama, awal 80-an tetapi Malaysia jauh meninggalkan Mesir hari ini. Mereka kecewa dengan negara mereka, Mesir tetapi mereka amat menghormati Malaysia dan bagi mereka Malaysia adalah sumber inspirasi mereka untuk bangkit melakukan perubahan.

Di Malaysia pula ada pemimpin politik terdesak yang buat kerja songsang.. Mengajak rakyat Malaysia pula untuk menjadikan Mesir sebagai sumber inspirasi. Cukuplah dia seorang melakukan perbuatan songsang. Janganlah heret rakyat melakukan perbuatan yang songsang juga. — Mingguan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Dua lagi pelatih inspektor wanita dimasukkan ke HKL hari ini

Posted: 13 Mar 2011 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Dua pelatih inspektor wanita dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini selepas dipercayai mengalami jangkitan virus "Adenovirus", menjadikan jumlah pelatih dan kakitangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang dirawat di hospital itu kini 31 orang.

Komandan Pulapol SAC Zulkifli Mohamed berkata daripada jumlah itu dua pelatih lelaki ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Seramai 15 orang lagi adalah pelatih inspektor lelaki dan 10 pelatih inspektor wanita. Selebihnya tiga pelatih konstabel lelaki dan seorang kakitangan Pulapol," katanya kepada Bernama menerusi SMS di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah pengasingan berkurangan kepada 583 orang iaitu 234 pelatih inspektor wanita, 251 pelatih inspektor lelaki, 90 pelatih konstabel lelaki dan lapan kakitangan.

Virus itu, yang dikesan pada 4 Mac lepas, menyebabkan seorang pelatih di institut itu, Mohd Azizan Azizi, 21, dari Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia di HKL Selasa lepas. — Bernama

Anwar lelaki Y? — Awang Selamat

Posted: 13 Mar 2011 06:00 AM PDT

13 MAC — Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terus menjadi perhatian ramai. Pertama, pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoir beliau yang dilancarkan baru-baru ini.

Rakyat Malaysia tidak harus melepaskan peluang membaca A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir. Panas, menarik dan berani. Pada Awang ia dokumen yang cukup penting untuk dijadikan rujukan.

Antara kandungannya Dr Mahathir mengulangi pendirian bahawa keputusan memecat Anwar pada 1998 adalah tepat. Beliau beri hujah dan paparkan cerita mengapa keputusan itu diambil termasuk salah laku seks bekas timbalannya itu.

Sesungguhnya majoriti rakyat dan pelbagai pihak mengambil keputusan yang tepat untuk tidak menyokong Anwar atas sebab yang sama. Awang sudah lama berpendirian beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri atas faktor integriti dan moral. Puluhan pemimpin dan ribuan ahli PKR yang meninggalkan beliau juga mengambil langkah yang tepat.

Kedua, Anwar sekali lagi menjadi tumpuan dalam kes perbicaraan liwat. Kali ini berkaitan keengganan beliau untuk memberi sampel ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Persoalannya mengapa beliau enggan berbuat demikian? Anwar tidak perlu takut kalau beliau bukan "lelaki Y" yang DNAnya dikenalpasti pada Mohd Saiful Bukhari Azlan. Malah Anwar akan beruntung kalau DNAnya tidak sepadan dengan "lelaki Y" kerana ia akan memberi peluang bagi membersihkan namanya.

Sepatutnya sudah lama Anwar tampil dengan rela memberikan DNA apatah lagi beliau selalu melaung- laungkan mendukung keadilan dan kebenaran. Taktik beliau memberikan alasan untuk tidak memberikan DNA hanya menebalkan lagi tanggapan bahawa beliau takut kepada kebenaran yang akan terbukti nanti.

Malah beberapa bekas pemimpin PKR mendakwa, keengganan Anwar berbuat demikian kerana mahu melindungi rahsia besar yang belum meletup. Ia bukan sahaja melibatkan kes Saiful yang mengadu diliwat tetapi turut mempunyai kaitan hubungannya dengan seorang anggota keluarga pemimpin kanan PKR.

Awang musykil mengapa Anwar yang menggambarkan beliau pemimpin hebat dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, takut untuk diadili sepenuhnya. Bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri sekiranya tidak berani bersumpah laknat dan kini mengelak memberikan sampel DNA? Aneh.

Kaedah bersumpah cara Islam ditolak, secara saintifik juga dinafikan. Maka memoir Dr Mahathir dan isu DNA mengukuhkan lagi hakikat siapa sebenarnya Anwar. Insya Allah, apa sekalipun misteri dan rahsia yang disembunyikan, akan terlerai jua akhirnya. — Mingguan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Tsunami: Berita Harian mohon maaf siar karikatur didakwa hina Jepun

Posted: 13 Mar 2011 05:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: "Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

"Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun."

Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun "Ultraman" lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami.

Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami.

Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang.

Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.

Beliau antara lain berkata, "(saya) mengelak (hadir) satu lagi majlis kahwin, kena bergegas ke pejabat. Tak boleh telan nasilah. Kami buat satu kesilapan besar. Minta maaf kepada setiap orang."

Penerbitan karikatur yang dihasilkan oleh "Zoy" mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meminta akhbar itu memohon maaf.

Satu lagi mesejnya berbunyi "salam. Berita Harian sudah meminta maaf dan kesal. Mengaku terlepas pandang."

Pengarah Komunikasi PRK Nik Nazmi Nik Ahmad dalam mesej Twitternya minta mereka yang mengecam penyiaran karikatur itu supaya menandatangani petisyen protes terhadap akhbar tersebut.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar pula berkata, "isu kartun Berita Minggu amat mendukacitakan, langsung tidak mewakili rakyat Malaysia yang bersama merasai keperitan yang dihadapi rakyat Jepun."

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menulis "malang sekali kartun tsunami itu diterbit di bawah kolum Pengarang Kumpulan (Berita Harian) sendiri."

Masalah yang dicetuskan oleh First Lady — Mohd Rashidi Hasan

Posted: 13 Mar 2011 05:30 AM PDT

13 MAC — BERDASARKAN jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen 9 Mac lepas, suatu division baru yang dinamakan FLOM memang wujud pada asalnya.

Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister's Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat.

Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa "pembangkang keliru".

Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu "pembangkang" atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet?

Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh.

Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka.

Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri.

Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat.

Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri diam membisu.

Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Datuk Seri Najib Razak dan isteri.

Dalam pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah.

Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau.

Antara yang disebarkan dalam emel, Facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet pelbagai gelaran untuknya. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam.

Namun masalah timbul, apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM).

Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri. Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media.

Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan.

Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit. Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan.

Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan.

Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan?

Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini?

Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik.

Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia.

Apa pun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady.

Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau.

Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady.

Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi precedent atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini.

Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya.

Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealing, tender dan sebagainya.

Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke PRK Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN.

Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno-BN itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan.

Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya.

Harus diingat, semasa PM Abdullah berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai "kerajaan tiga beranak".

Hari ini bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai "kerajaan suami isteri".

Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar.

Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan "itu fitnah pembangkang", maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM.

Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos?

Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop! — Harakah Daily

Rakaman Video Letupan Loji Nuklear Di Jepun

Posted: 13 Mar 2011 05:15 AM PDT

Putrajaya mahu kaji impak letupan loji nuklear Jepun

Posted: 13 Mar 2011 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

"Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentang apa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatian malah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.

"Bukan sahaja di Jepun tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat... semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lepas yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co's (Tepco) Fukushima Daiichi meletup semalam.

Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain.

Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.

"Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir...ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi.

"Jadi kita ada masa untuk menjalankan kajian sedalam-dalamnya, ia akan mengambil masa untuk menjalankan kajian dan saya pasti kerajaan tidak akan berbuat sesuatu secara rahsia tanpa memaklumkan kepada orang ramai," katanya. — Bernama

Sabah adalah ‘rakan kongsi’ kerajaan persekutuan- Ahmad Thamrin

Posted: 13 Mar 2011 04:30 AM PDT

KOTA KINABALU: Sabah merupakan rakan kongsi dengan kerajaan persekutuan yang mempunyai hak yang sama rata melalui persetujuan yang dicapai ketika proses pembentukan Malaysia.

Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Autonomi Sabah
pada Konvensyen KEADILAN yang diadakan di negeri itu semalam.

"Di awal pembentukan Malaysia ini (Yang Dipertua Negeri) Sabah bukan dikenali sebagai Yang di Pertua Negeri tetapi Yang Di Pertua Negara. Di Sabah ada jawatan menteri, tidak seperti di semenanjung yang mempunyai jawatan exco. Ini (antara) perbezaan yang ketara," kata beliau yang memegang portfolio Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi dalam Majlis Presiden.

Selain itu katanya, Sabah mempunyai keistimewaan dalam perjanjian 20 perkara yang dimeterai ketika pembentukan Malaysia pada
1963, termasuk memiliki kuasa autonomi dari segi imigresen.

"Kita juga ada mempunyai Ordinan tanah, kerajaan tempatan dan sebagainya. Kalau dulu institusi pendidikan diberikan satu kuasa untuk negeri Sabah. Kita juga ada perlembagaan sendiri.

"Ini memperlihatkan status Sabah tidak sama seperti negeri-negeri seperti Melaka, Pulau Pinang dan sebagainya," ujar beliau.

Katanya, konvensyen KEADILAN Sabah adalah permulaan untuk mengembalikan kuasa autonomi yang seharusnya diberi kepada
Sabah sejak dahulu.

"Konvensyen ini merupakan satu landasan untuk kita mempersiapkan diri dan merancang polisi dan cara bagaimana kuasa autonomi yang seharusnya dinikmati melalui pembentukan Malaysia menjadi realiti dan tidak membiarkan ia terus dirampas daripada kita," tambah beliau.

Menurutnya lagi, langkah awal yang boleh diambil bagi mengembalikan semula kuasa autonomi itu harus bermula dengan Nisbah atau komposisi pengagihan kerusi parlimen.

"Ianya amat penting, ia (parlimen) satu badan yang tertinggi dalam persekutuan Malaysia yang bertanggungjawab dalam soal pembentukan
dasar pemerintahan undang-undang. Kita tahu ia wajar untuk kita ketahui nisbah pengagihan itu adalah 51 dan 46 peratus.

"Ianya akan menjadi satu asas landasan untuk negeri Sabah, bila kita mempunyai bilangan ahli parlimen yang cukup iaitu boleh
menafikan majoriti dua pertiga, maka tidak mudah kerajaan persekutuan untuk merubah dan merampas hak dan kepentingan negeri
Sabah itu sendiri," ujar beliau.

Berita Harian Mohon Maaf Atas Karikatur Tsunami Jepun

Posted: 13 Mar 2011 04:00 AM PDT

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/gundik/lawakberitaharian.jpg


Inilah kuasa Internet. Pengeluaran karikatur di atas di dalam Berita Harian hari ini telah menyebabkan "rage", kemarahan dan kebengangan yang amat sangat di kalangan pengguna Twitter dan Facebook. Teruk Berita Harian dikecam kerana tidak sensitif dan cuba membuat lawak dengan musibah Tsunami Jepun. Tahniah kepada pengguna-pengguna Internet yang prihatin dan sensitif dengan isu ini.

Berita Harian telah pun mengeluarkan permohonan minta maaf di atas karikatur ini di laman webnya. Semoga di masa hadapan Berita Harian akan lebih prihatin. Terima kasih.

600 ribu pendatang asing dikesan melalui projek IC di Sabah

Posted: 13 Mar 2011 03:30 AM PDT

KOTA KINABALU: Aktivis hak asasi dan masyarakat, Dr Chong Eng Leong berkata, menurut kajiannya sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah.

Katanya, daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 1.6 juta penduduk, seramai 600 ribu adalah warga asing tidak termasuk pendatang yang memiliki permit sah.

"Kalau dulu jumlah penduduk di Sabah adalah dua pertiga dari jumlah penduduk Sarawak, sekarang Sarawak dua pertiga daripada jumlah penduduk Sabah," ujarnya ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembentukan Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa Asing (PATI) di Sabah pada Konvensyen KEADILAN yang diadakan semalam.

Projek IC di Sabah merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

Dalam pembentangan kertas kerjanya, Dr Chong mengupas tentang Projek IC bagi membawa pendatang tanpa izin ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990 an.

Dr Chong merupakan bekas calon PBS yang memfailkan petisyen pilihan raya Likas pada 1999 kerana membantahkan kewujudan pengundi hantu yang menyebabkan kekalahannya di kawasan itu.

Beliau mengulas pengakuan bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim yang ditangkap di bawah ISA dan beberapa buku yang ditulis secara terpeinci oleh seorang penulis bernama Mutalib MD mengenai projek IC di zaman Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh.

"Dia (Hassnar) masuk ISA kerana peranannya dalam projek IC. Dia dedah ada mesyuarat yang dijalankan di Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Megat Junid Megat Ayub, siapa yang hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Haji Sani Adnan dan beberapa orang lagi,'"

"Dalam buku Mutalib, Projek IC- agenda tersembunyi Mahathir, dia tulis terang-terang siapa yang ada pada mesyuarat itu. Semua ada ditulis di dalam buku itu," katanya yang kini telah menyertai KEADILAN.

Katanya, beliau langsung tidak berharap kerajaan Umno-BN akan mempunyai kesungguhan politik untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat isu itu yang disifatkan sudah begitu kritikal.

"Kita boleh selesai hanya dengan satu cara, kita tukar kerajaan di Putrajaya. Kita Pakatan Rakyat, Pas, Keadilan dan DAP telah bersetuju akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan awam untuk menyiasat perkara ini. Ini kerana soal keselamatan, kedaulatan kita untuk anak-anak cucu kita pada masa akan datang," ujarnya.

Fitnah II: Tak buang kes kerana pendakwa raya ‘diikat’ – Peguam

Posted: 13 Mar 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwa raya patut menggugurkan kes Fitnah II berikutan bahan bukti yang dikemukakan mereka, ditolak pada bicara dalam perbicaraan, minggu lalu.

Bercakap kepada KeadilanDaily, peguam, Mohamed Hanipa Maidin percaya tindakan itu tidak diambil disebabkan 'tangan dan kaki' pendakwa raya 'diikat' pihak tertentu.

"Jika ia melibatkan individu lain, pasti kes itu tidak diteruskan. Satu-satunya kesalahan Anwar adalah nama beliau 'Anwar Ibrahim'. Jika nama lain, kes ini pasti digugurkan," katanya.

Malah, beliau berkata, pendakwa raya sepatutnya menggugurkan kes ini di peringkat awal perbicaraan kerana tiada penembusan berlaku dalam kes Fitnah II itu.

"Sepatutnya jika tiada penembusan, tidak ada pendakwaan tetapi sekarang, tiada penembusan atau persecution tapi ada penganiayaan (terhadap Anwar)," katanya lagi.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tiga bahan bukti – tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan satu berus gigi, yang diambil secar tidak sah, ketika Anwar ditahan di lokap pada Jun 2008.

Polis kemudian menggunakan tiga bahan itu untuk mengambil DNA yang dipercayai diletakkan sebagai sampel untuk dipadankan dengan sampel pada dubur Saiful Bukhari Azlan.

Jika kritikal, bawa pulang warga negara di Jepun

Posted: 13 Mar 2011 01:30 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memantau pelajar dan juga warga Malaysia di Jepun untuk memastikan keselamatan mereka terjamin setiap masa.

Naib presidennya, Abdul Razak Omar membuat gesaan itu ekoran gempa bumi yang mencetuskan tsunami di Jepun beberapa hari lepas telah menyebabkan anggaran kematian melebihi sehingga 1,000 orang dan juga kehancuran yang teruk.

Katanya, kejayaan ops piramid lepas yang membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir menjadi kayu ukur kepada ketulusan kerajaan kali ini untuk memastikan rakyat kita di Jepun selamat.

"Namun begitu, jika keadaan kritikal, kami mendesak supaya kesemua warga negara dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin," ujarnya kepada Harakahdaily.

Apa yang membimbangkan, katanya adalah berkenaan dengan loji nuklear yang dilaporkan telah mengalami kerosakan.

Ini, tambahnya boleh menyebabkan sinar radiasi merebak seluruh Jepun dengan pantas dan boleh mengganggu kesihatan termasuk mengancam nyawa rakyat kita.

Jika ia berlaku, ujarnya tiada cara yang terbaik melainkan membawa pulang seluruh rakyat negara ke tanah air.

Menurutnya, soal keselamatan rakyat tidak boleh sama sekali dikompromi dan perlu diambil tindakan segera.

"Kami menyambut baik keprihatinan yang dizahirkan oleh kerajaan Malaysia untuk Jepun, namun tugas utama iaitu menyelamatkan warga negara sendiri perlu diutamakan," ujarnya.

Gamis juga, katanya menyeru kepada seluruh pihak yang berkaitan bertindak pantas sama ada dengan melaporkan kepada kerajaan apa-apa maklumat bagi membantu rakyat Malaysia di sana.

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di negara tersebut dan berharap pihak Kementerian Luar Malaysia melalui Wisma Putra melakukan yang terbaik bagi memastikan mereka yang berdepan dengan pelbagai kesukaran ekoran bencana alam itu mendapat bantuan yang sewajarnya.

GMUKM turut merakamkan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Jepun yang baru-baru ini mengalami bencana gempa bumi dan tsunami.

Ismail: Jangan jadikan tsunami alasan naikkan harga

Posted: 13 Mar 2011 01:15 AM PST

BERA, 13 Mac — Peniaga diingatkan tidak menaikkan harga barang keperluan sesuka hati dengan alasan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun kelmarin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, peniaga tidak ada sebab untuk berbuat demikian kerana kebanyakkan barang keperluan harian tidak diimport dari negara matahari terbit itu.

"Ada negara yang tidak membekalkan barang keperluan kepada Malaysia, jadi tidak ada sebab barang-barang keperluan dinaikkan," kata Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus motivasi anak yatim Parlimen Bera di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kenaikkan harga barangan seperti bawang merah, bawang putih dan kentang baru-baru ini yang disebabkan negara pengeluarnya iaitu China dan beberapa negara Eropah dilanda banjir dan bencana alam.

Katanya, pihaknya akan sentiasa memantau harga barang di pasaran bagi mengurangkan beban rakyat.

Mengenai harga minyak, Ismail Sabri berkata tiada tanda harga bahan itu akan turun berikutan harga minyak global semakin naik yang memaksa kerajaan menanggung subsidi lebih RM4 bilion lagi agar tidak membebankan rakyat.

Katanya, sepanjang tahun lepas, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.3 bilion sebagai subsidi minyak dan barangan pengguna.

Walaupun subsidi itu membebankan, namun kerajaan belum bercadang menghentikannya, sebaliknya berusaha mencari kaedah lain bagi mengurangkan bebanan itu, kata beliau. — Bernama

Buku Jingga edisi Sabah perjuang 10 tuntutan rakyat

Posted: 13 Mar 2011 01:00 AM PST

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menandatangani replika 10 Perkara yang terkandung Buku Jingga edisi Sabah

KOTA KINABALU: Buku Jingga edisi Sabah diperkenal dengan memuatkan 10 Perkara termasuk memulangkan semula blok minyak L dan M kepada negeri itu dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesai masalah kebanjiran pendatang asing.

Kandungan 10 Perkara itu dinyatakan Datuk Kalakau Untol ketika pergulungan persidangan Konvensyen KEADILAN di Papar di sini, semalam.

- Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.

- Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.

- Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

- Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.

- Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

- Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

- Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

- Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

- Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.

- Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

Kalakau Untol berkata pengenalan Buku Jingga edisi Sabah itu selaras dengan perlembagaan parti untuk memuktamadkan agenda mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Konvensyen ini mengupas dan menyediakan seluas mungkin juadah politik kepada pengundi baru dalam memuktamadkan pilihan mereka untuk merealisasikan impian Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Ini bukan konvensyen sebarangan. Kita ambil langkah radikal supaya kita dapat merubah dasar kerajaan negeri dan negara," katanya.

SPRM perlu siasat dana Umno Selangor, YKE biayai pelajar balik Mesir

Posted: 13 Mar 2011 12:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kerajaan negeri Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir.

Pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid mula balik ke negara itu sejak minggu lalu untuk meneruskan pengajian, dengan sebahagian mereka menerima sumbangan wang sagu hati.

Kerajaan-kerajaan negeri, agensi kerajaan dan parti politik juga menyumbangkan wang kepada pelajar-pelajar terbabit.

Sambil mempersoalkan kedudukan kewangan Umno Selangor, Setiasuaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, kerajaan negeri mahu SPRM menyiasat perkara tersebut jika benar suruhanjaya itu bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.

"Jangan 'double standard' hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata Faekah, kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan pelbagai kemudahan kepada hampir 1,200 pelajar dari Selangor termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang pelajar ini menggunakan pesawat yang ditempah khas.

"Tidak mahu ketinggalan, Umno juga mahu berjasa dalam isu ini; Yayasan Kelana Ehsan dikatakan turut menyumbangkan wang tunai RM500 kepada pelajar bagi pihak Umno.

"Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan kehairanan. Bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kelana Ehsan mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini," katanya lagi.

Faekah berkata perkara itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Umno Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.

Oleh itu katanya, jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.

"Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu," kata beliau.

Faekah menambah, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik, malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat.

"Mutakhir, menuduh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.

"SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka," kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, pihak mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor dari mana mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini.

"Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?" katanya.

Elak debat tanah adat, Baru Bian anggap Taib Mahmud pengecut

Posted: 13 Mar 2011 12:30 AM PST

KUCHING: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian menyifatkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai pengecut kerana enggan berdebat mengenai rampasan tanah adat di Bumi Kenyalang.

Beliau berkata, Taib Mahmud terkeluar dari ciri-ciri kepimpinan kerana Ketua Menteri Sarawak hanya berani menuduh tetap enggan pula berdepan untuk mempertahankan hujahnya.

"Saya mempelawa Taib berdebat kerana beliau mengatakan kononnya kerajaan BN tidak pernah merampas tanah rakyat, malah mendakwa isu tanah sebagai lapuk.

"Tindakannya mengheret Adenan yang tiada kena-mengena dalam hal ini membuktikan Ketua Menteri paling lama di Malaysia itu sebagai pengecut dan bukan anak jantan," katanya.

Konvensyen KEADILAN Sarawak berlangsung di Batu Kawah berdekatan Kuching, semalam.

Baru Bian berkata demikian mengulas tindakan menghantar Penasihat Khas di Jabatan Perdana Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem untuk berdebat dengannya sedangkan cabaran itu dituju kepada Taib Mahmud.

Pada 27 Februari lalu, Taib Mahmud dilapor berkata kerajaan BN Sarawak tidak pernah merampas tanah rakyat di negeri itu dan turut menyifatkan isu melibatkan tanah sebagai kes lapuk.

Baru Bian pada hari sama, kemudian mencabar Taib Mahmud untuk berdebat dengannya mengenai perkara berkenaan.

Sebaliknya, Pengerusi BN Sarawak itu meminta Baru Bian membuktikan terlebih dahulu membawa contoh kes berhubung rampasan tanah sebelum berdebat. Baru Bian, bagaimanapun menyahut cabaran Taib Mahmud yang mahukannya mengemukakan bukti.

"Bermula 10 Mac lalu, saya mendedahkan bukti seperti yang diminta Taib Mahmud. Jika tetap enggan, saya akan mendedahkan satu bukti setiap hari hingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar," kata Baru Bian.

Sejak 1 Mac lalu, ribuan rakyat menyertai 'fan' yang dibentuk di laman sosial facebook dengan nama 'We want to see Taib Mahmud – Baru Bian debate'.

Mandat pemerintahan kerajaan negeri ketika ini, berakhir pada 24 Julai depan.

100,000 video ‘Selamatkan Sarawak, Bina Sarawak Baru’ diedar

Posted: 13 Mar 2011 12:00 AM PST

KUCHING: KEADILAN Sarawak mengedar 100,000 video bertajuk 'Selamatkan Sarawak, Bina Sarawak Baru' kepada semua rakyat di seluruh pelusuk negeri, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian.

"Sebanyak 30,000 video sudah cetak dan diagih-agih ke setiap pimpinan cabang yang akan disebar ke setiap kawasan di negeri ini manakala 70,000 lagi bakal dicetak," katanya pada pelancaran video itu dalam konvensyen KEADILAN Sarawak di Batu Kawah, Kuching, semalam.

Baru Bian percaya kandungan video itu antara kaedah terbaik untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sarawak mengenai isu semasa dengan baik dan berkesan.

Katanya, anggota parti diseru menerangkan isi kandungan video itu dalam bahasa yang mudah difahami rakyat, khususnya mengenai rasional menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan negeri akan datang.

"Isu utama dalam video berkaitan isu rampasan tanah dan peranan pemimpin BN Sarawak dalam hal itu," katanya.

Beliau berkata, video itu turut mendedahkan kenyataan beberapa penduduk yang tanah mereka dirampas tetapi memperolehnya semula selepas kes itu dibawa ke mahkamah.

"Turut dijelaskan, bagaimana keprihatinan Kerajaan Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan rakyat, khasnya berkaitan pentadbiran tanah.

"Di Selangor, misalnya, pemilik tanah yang dinafikan hak sejak zaman BN, akhirnya menerima geran apabila Pakatan Rakyat memerintah, selain turut menurunkan bayaran premium tanah," katanya.

Mana-mana cabang yang mahu memperoleh video itu diminta menghubungi Setiausaha Kerja KEADILAN Sarawak, Roslin Lambet 016-859 9027.

Putus elektrik, makan malam KEADILAN WPKL disabotaj

Posted: 12 Mar 2011 11:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Unsur sabotaj begitu ketara apabila bekalan elektrik 'terputus' sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapan di Majlis Makan Malam KEADILAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Bekalan terputus apabila Anwar menaiki pentas sedangkan majlis bertempat di Padang Sultan Suleiman itu, berjalan lancar sebelumnya.

Ketika elektrik terputus selama lebih 10 minit itu, deretan bangunan berdekatan tidak pula terjejas.

Selepas bekalan pulih, Anwar yang dikawal pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), membawa Ketua Umum KEADILAN itu ke pentas dan terus mencapai mikrofon.

"Tak apa, ini perkara biasa kita lalui. Kita tak ganggu majlis orang, (tapi) orang ganggu majlis kita. Sistem ini macam Mubarak sikit," kata Anwar mententeramkan hadirin.

Sebelum kejadian itu, majlis bermula sekitar jam 8 malam itu menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat WPKL yang dimeriahkan hampir 1,000 orang. di mana meja-meja penuh ditempah lebih awal.

Majlis itu bertujuan mencari dana Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Turut berlangsung ialan pelancaran Buku Jingga, selain acara lelong foto kenangan ditandatangani Anwar.

Antara pimpinan yang berucap ialah Pengerusi majlis itu, Steven KH Tan; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kejayaan konvensyen bukti muafakat KEADILAN Sabah

Posted: 12 Mar 2011 11:00 PM PST

KOTA KINABALU: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata konvensyen KEADILAN yang berjaya dianjurkan KEADILAN Sabah membuktikan komitmen parti itu untuk membawa perubahan dan menuntut kedaulatan serta hak rakyat di Sabah.

Dalam konvensyen yang diadakan semalam, sebanyak lapan kertas kerja dibentangkan merangkumi pelbagai isu Sabah seperti isu tanah adat, masalah pendatang tanpa izin dan kuasa autonomi yang dituntut rakyat Sabah.

Konvensyen itu bermula dengan forum Isu Tanah Adat yang diadakan sehari sebelum itu dengan turut menampilkan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang berkongsi pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam mempertahankan hak tanah orang asal.

"Alhamdullillah, kita panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan izin kurnianya kita berjaya melancarkan dua program besar yang menjadi mercu tanda keazaman KEADILAN Sabah untuk memimpin perubahan di Sabah," ujar Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen KEADILAN tersebut semalam.

Menurut Wan Azizah, konvensyen itu juga berjaya membuktikan muafakat KEADILAN Sabah dan julung-julung kalinya menampilkan barisan tokoh pimpinan KEADILAN di negeri itu.

"Ini menunjukkan keupayaan kepimpinan Sabah, dengan kejayaan menggerakkan sokongan akar umbi. Kalau tidak akarnya mana mungkin pokok tegak,

"Ini juga adalah kemenangan rakyat Sabah untuk memimpin perubahan di Sabah," ujarnya sambil disambut tepukan dari kira-kira 400 hingga 500 perwakilan.

Menyentuh kebangkitan revolusi rakyat di Tunisia dan Mesir Wan Azizah berkata gelombang kebangkitan rakyat tidak mustahil turut berlaku di Sabah.

Umpamanya di Mesir, katanya, bekas Presiden Hosni Mubarak yang berpuluh tahun memegang tampuk kekuasaan dan mempunyai
kekayaan melampau akhirnya tumbang dengan kuasa rakyat dan menjadi pelarian.

"Ini memberi inspirasi kepada penduduk seluruh dunia yang saban hari bergelumang dengan pemerintah yang zalim dan menindas
rakyat sendiri.

"Tatkala pelbagai percubaan membawa angin demokrasi gagal mencetuskan perubahan besar, akhirnya gerakan rakyat yang tidak disusun,
hanya dengan twitter, facebook dan SMS sahaja telah menumbangkan kekuasaan rejim lama yang buruk dan bongkak dengan kekuasaan mereka.

"Maknanya KEADILAN Sabah perlu cepat menghidu dan mengetahui bahawa rakyat negeri Sabah hari ini berbeza dengan rakyat
negeri Sabah 10 tahun yang lalu," katanya.

Malaysia: Apa kata orang lain

Posted: 12 Mar 2011 10:30 PM PST

Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Benarkah ketegangan antara kaum, politik, sosial kini meningkat? Adakah hak mutlak Peribumi (dengan perlindungan kukuh hak-hak rakyat lain) satu masalah? Ya! Mengikut orang asing yang suka jaga tepi kain orang lain dan juga bagi setengah rakyat kita sendiri yang mahu penyamarataan tanpa mengira sejarah.

Benarkah kemunduran kita kerana Islam, Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan warisannya? Apa yang jelas dan nyata kedudukan Peribumi tanpa DEB semestinya seperti kedudukan kaum asal di Australia dan Red Indians di Amerika Syarikat (AS) tegas Dr Mahathir berkali-kali, tanpa jemu.

Di bawah pentadbiran Tun Razak, Dr Mahathir Mohamad terutamanya Peribumi telah ditransformasikan secara fundamental kalau pun tidak secara total. Diharap pula di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kesinambungan transformasi, reformasi dan 'enrichment', tegas Speaking akan berlaku lebih laju, sesingkat masa kerana waktu tidak memihak Peribumi! Enrichment mesti berlaku deras: memperkayakan kualiti, taraf hidup, pendidikan, sosial, bahasa, tamadun dan kuasa politik dan militer.

Kalau anda percaya pada satu dua kerat media barat yang beragenda negara kita sedang menuju keretakan; 'fracturing' terang Speaking. Itulah idaman mereka dahulu, kini dan bila-bila pun. Elemen anti-Malaysia telah banyak membuat ramalan keruntuhan bangsa dan tanah air kita. Mereka terus geram kerana kita terus teguh dan berjaya kecuali perpisahan Singapura 9 Ogos 1965.

Malaysia ramai musuh; Peribumi lagi ramai jumlahnya – dalam dan luar negara: musuh dalam kain selimut dan gunting dalam lipatan. Sebenarnya majoriti media barat tidak kisah pun, ketiadaan minat langsung; tidak peduli terhadap kita. Justeru janganlah kita peduli sangat apa setengah media barat kata tentang kita. Apa pun kerajaan mesti teruskan agendanya tanpa segan dan takut.

Kata The Wall Street Journal (WSJ), iaitu kitab Injil atau Bible kapitalisme, Malaysia di bawah Najib sedang menuju ke arah keretakan. Ketegangan ras dan agama sedang 'boiling' yakni sedang mendidih seperti air panas; semenjak menjadi PM Najib dakwa WSJ lebih keras terhadap media, memenjarakan bloggers dan tidak membenarkan demonstrasi apa sebab pun semuanya atas nama memelihara perpaduan dan kestabilan. Semua ini kerana hendak melindungi kepentingan Peribumi.

Maka segala yang tidak baik yang wujud di Malaysia adalah kerana DEB! Cina dan Hindraf tidak suka dasar Najib yang nampaknya memihakkan Bumiputera sebab itu tiada reformasi meritokrasi. (WSJ, 4-6 March 2011). Apa pun Merlimau dan Kerdau telah memberi jawapan yang terang, jelas dan tegas.

Ramai di luar dan dalam negara hatta ada juga peribumi sendiri tidak suka pada DEB yang telah melahirkan 'Kelas Menengah Peribumi' termasuklah mereka yang kacang lupa kulit itu. Tanpa DEB anak-anak nelayan, penoreh getah, peserta FELDA, guru, ustaz, pemandu dan buruh kasar dan pekebun kecil dan penjaga dusun tidak akan berjaya seperti pada hari ini; ada antaranya sudah bergelar Tun!

Betul, ramai juga yang telah menyalahgunakan DEB tetapi lebih ramai lagi yang menerima faedahnya terutama dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. Pelaksanaan DEB yang tidak adil, pembahagian kontrak, AP, saham dan bantuan melalui pilih kasih tidak dinafikan tetapi mestikah kita musnahkan DEB kerana itu atau dasar-dasar yang pro Peribumi lain apa nama pun? Bakar kelambu kerana nyamuk? Pengundi harus menuntut kerajaan mesti cuba membasmi penyalahgunaan ini sekarang dan selepas PRU13 dan pemilihan UMNO kelak.

DEB cerita lama. Bagi penentangnya tiada kesudahan hinggalah matlamat mereka tercapai. Kalau kerajaan tidak prihatin dan mengendurkan DEB dan dasar serupa itu saya percaya, saya yakin base/tapak sokongan kerajaan akan roboh, UMNO dan sekutunya parti Peribumi lain akan hilang kuasa! Dalam masa itu peribumi janganlah 'take things for granted' tidak mahu berdikari dalam iktisad dan pendidikan. Peluang bagi bukan Peribumi tidak pernah tertutup bahkan ramai mereka pukul rata lebih kaya dan senang lagi dari Peribumi.

Seperti Peribumi ramai juga bukan Peribumi miskin dan mereka juga wajar dibantu secara saksama. Sungguhpun penduduk Peribumi menjangkau lebih 65 peratus sekarang mereka hanya mempunyai 20 peratus kekayaan negara! Yang bakinya dipunyai oleh bukan Peribumi dan pemodal asing. Kerajaan hanya cuba dalam konteks demokrasi membetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam kerjaya, ekonomi dan pendidikan yang kita pusakai dari kerajaan British. Walaupun sudah 53 tahun kita merdeka kita masih belum merdeka dalam ekonomi. Kita belum lagi berjaya menyelesaikan warisan buruk British itu.

Perasaan iri hati (dendam?) pada peribumi nampaknya meluap-luap dipihak sisa-sisa imperialisme, bapa kapitalisme yang mahu memperluaskan ekonomi mereka terutama dalam industri, perkhidmatan kewangan, insurans dan investment. Mereka mahu pengaruh dan kekayaan mereka tiada had; mereka mahu mendominasi cara hidup dan pendekatan sosial kita.

Kebudayaan mereka jadi ikutan dan ukuran hingga kita, lambat laun, kehilangan keperibadian dan jati diri! Apalah ada pada Peribumi sekarang? Adakah mereka mahu peribumi dipinggirkan seperti sebelum merdeka dahulu?

Tiap tahun majalah Forbes (risalah/majalah kapitalisme) dan Malaysian Business (kepunyaan sahabat penulis Datuk A Kadir Jasin) menyiarkan senarai orang kaya di dunia dan di Malaysia. Tiada Peribumi antara seratus orang terkaya di seluruh alam. Ramai Cina dan India termasuk dari Malaysia. Oleh kerana ekonomi terus berkembang dan bursa saham 'bullish' yakni laris dan kukuh orang kaya seluruh dunia semakin kaya dan yang miskin semakin miskin! Biarlah kita hanya bicara tentang 40 orang terkaya di tanah air kita.

Mengikut Malaysian Business (Februari 16, 2011) kekayaan bersih atau 'net worth' mereka naik 30 peratus tahun lepas berbanding tahun 2009. Empat puluh manusia ini mempunyai jumlah harta RM206.37 bilion! Encik Robert Kuok, 87 tahun, anak kelahiran Johor Baru bernilai RM50.040 bilion dan Encik Ananda Krishnan, 72 tahun, anak kelahiran Brickfields, Kuala Lumpur RM45.780 bilion. Saya kenal kedua-dua ini dan kedua-dua telah menolak gelaran Tan Sri apalah lagi Datuk. S

iapa mahu darjat, bintang dan medal kalau sudah begitu kaya? Ananda adalah tauke Maxis, Astro dan banyak lagi; Robert tauke Kerry Group/Kuok Group, Shangri La, gula, kelapa sawit dan minyak sawit. Nombor tiga ialah Tan Sri Teh Hong Piow, 81 tahun, RM12.775 bilion, pengasas dan pemegang saham terbesar Public Bank.

Nombor empat Tan Sri Lee Shin Cheng, 72 tahun RM12.739 bilion, IOI Group – kelapa sawit dan hartanah. Nombor lima Tan Sri Lim Kok Thay, 59 tahun RM10.895 bilion, anak bekas mendiang Tan Sri Lim Goh Tong - Genting Group. Tan Sri Quek Leng Chan, 68 tahun RM10.751 bilion, pengasas Hong Leong Bank dan Hong Leong Group. Nombor tujuh peribumi tunggal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 60 tahun RM8.840 bilion dari Albukhary Foundation. Nombor lapan Puan Sri Lee Kim Hua, 82 tahun balu Lim Goh Tong dari Genting Group RM7.429 bilion. Seorang dari Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King, 76 tahun RM4.772 bilion, Rimbunan Hijau dan tuan punya, kalau saya tidak silap, akhbar Sin Chew Jit Poh.

Nombor sepuluh Datuk Ong Beng Seng, 65 tahun RM3.987 bilion Hotel Properties. Kan sekarang sudah terang? Masakan mahu disuluh lagi? Kalau dasar kerajaan dan DEB penghalang masakan sembilan daripada sepuluh mereka ini kaya raya? Mereka kaya raya kerana mereka gigih berusaha, entrepreneurship yang pintar, tekun, well-connected, networking mereka class satu dan banyak lagilah sifat yang membuatkan mereka begitu sukses. Ramai orang kita miskin tetapi mereka kaya dengan budi bahasa. Kalau harta/wang setinggi Gunung Kinabalu pun tanpa budi bahasa dihina orang juga.

Di mana pun, politik dan ekonomi bagai lagu dan irama. Politik perlu wang dan ekonomi kestabilan politik. Parti dan siapa yang boleh menjamin keamanan, kesuburan ekonomi, keteguhan pentadbiran, kesejahteraan rakyat, keadilan dan kurangkan rasuah dan jenayah akan menang PRU13!

Kalau WSJ percayakan Al Gore (bekas Naib Presiden AS), John Malott (bekas duta AS di Kuala Lumpur) dan khadam-khadam mereka, biarkan. Mereka ini tiada kewibawaan, tidak objektif dan tiada locus standi untuk membicarakan realpolitik kita.

Tiada ulasan: