Biaqpila |
- Keputusan Bolasepak Kelayakan Olimpik
- Berilah tempat kepada Ibrahim Ali
- Mati muda akibat obes
- Pemimpin UMNO Masih Cemas Memikirkan Anwar
- Dua perkosa budak OKU
- Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?
Keputusan Bolasepak Kelayakan Olimpik Posted: 09 Mar 2011 09:20 AM PST KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Berilah tempat kepada Ibrahim Ali Posted: 09 Mar 2011 04:00 AM PST Pilihanraya umum akan tiba tidak lama lagi. Tanda-tanda dan dalilnya sudah banyak kita lihat dan perhatikan. Piliharaya Sarawak akan sampai selewat-lewatnya pada bulan Julai ini tetapi tanda-tanda ia akan berlaku lebih awal memang jelas. Orang-orang politik yang bercita-cita tinggi sudah mula mundar mandir dari kawasan masing-masing ke Kuala lumpur untuk mencari jalan menjadi calun dan ada juga yang sedang mencari peluang untuk medapatkan peluang perniagaan semasa pilihanraya sudah hampir ini. Di bahagian-bahagian UMNO sudah ramai yang sedang memasang badan dan mendekati rakyat untuk mendapat sokongan jika diberi peluang menjadi calun. Masalahnya setiap kawasan Parlimen atau DUN hanya seorang sahaja yang akan dicalunkan sedangkan yang memasang badan terlalu ramai. Ketua-ketua cawangan sudah mula mendapat 'handouts' mereka yang bercita-cita dan ketua-ketua cawangan ini sedang mendapat perhatian istimewa dari 'bakal-bakal' calun ini. Itu cerita di peringkat kawasan. Di peringkat pusat pula ramai penggiat politik juga sedang memasang badan dan selalu sahaja muka-muka dan wajah mereka terpampang di dada-dada akhbar. Kali ini Ibrahim Ali misaknya dengan cekap mengucapkan tahniah kepada UMNO dan BN kerana berjaya di dalam PRK Kerdau dan Merlimau walaupun beliau melangkah ke Parlimen dengan sokongan PAS. Ibrahim ini pandai orangnya. Beliau sentiasa berada dalam perhatian pimpinan dan orang ramai kerana beliau itu adalah Ibrahim Ali. Semasa beliau dipecat dari UMNO kerana bertanding sebagai calun bebas beliau adalah orang kuat Nik Aziz. Pada masa itu Nik Aziz adalah orang yang tersangat mulia dan dihormati oleh Ibrahim dan kebijaksanaan Ibrahim jugalah yang meyakinkan Nik Aziz untuk membenarkan Ibrahim bertanding menggunakan simbul PAS dan beliau telah mendapat majoriti melebihi tujuh ribu undi. Sekarang Nik Aziz dan PAS dimusuhinya kerana ingin mendapat tempat di dalam parti yang memerintah. 'Habis madu sepah dibuang'; itulah ibaratnya perlakuan Ibrahim kepada PAS dan Nik Aziz yang dipujanya semasa kesaorangan dahulu. Sekarang Nik Aziz seolah-olah tidak ada langsung budinya kepada Ibrahim dan tidak bernilai walaupun se zahrah bagi beliau. Semasa Ibrahim bertanding di dalam PRK di Pasir Mas beliau hanya mendapat 600 undi sahaja kalau tidak silap saya dan telah hilang wang pertaruhannya. Dengan menggunakan pengaruh PAS dan Nik Aziz, Ibrahim berjaya menjadi Ahli Parlimen yang lantang dan didengari oleh semua orang. Sekarang Ibrahim sudah berputus arang dengan Nik Aziz dan PAS seperti dia berputus arang dengan UMNO selepas beliau dipecat sehinggakan beliau sanggup bertanding di atas tiket bebas untuk menentang UMNO. Ibrahim orang berani mengambil keputusan asalakan sahaja beliau berada di dalam arus politik tanahair.'He will always be at the buttered side of the bread' kata setengah yang memberikan pendapat tentang Ibrahim. Itulah sebabnya saya selalu menasihati kawan-kawan yang sama-sama mengenali Ibrahim Ali ini supaya jangan diikutkan sangat gelagatnya semasa berbaik dengan dia sebab pada bila-bila masa beliau akan meninggalkan kita. Sebaliknya jika kita berada dalam situasi yang bertentangan dengan beliau jangan membenci beliau habis-habisan kerana pada bila-bila masa sahaja beliau akan datang bersama kita apabila beliau ditinggalkan oleh kawan-kawan dan kumpulannya. Di dalam politik Ibrahim mengikut resmi air; di mana lekok di situ dia berhenti. Kepada UMNO dan BN elok diterima Ibrahim ini sebagai calun dalam pilihanraya kali ini dan kawasannya tidak lain dan tidak bukan ialah Pasir Mas. Ibrahim telah dipecat seumur hidup dari UMNO dan tidak tahulah caranya UMNO untuk menerima Ibrahim sebagai ahli kepada parti itu. Tetapi rakan-rakan beliau yang masih berada bersama beliau hari ini mencadangkan supaya Ibrahim diberikan keistimewaan sekali lagi untuk bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan simbul BN seperti yang beliau lakukan bersama PAS dalam pilihanraya UMUM yang lalu. Saya mengenali Ibrahim dengan dekat. Saya tahu apa yang dimahukannya. Beliau mahukan tempat di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata rakan-rakan yang rapat beliau mengharapkan akan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk mempengaruhi UMNO atau bekerjasama dengan UMNO untuk bertanding di Pasir Mas. Pada hemat saya berikan sahajalah tempat kepada beliau supaya politik kita tidak bising sangat. Berilah tempat kepada beliau kerana beliau ialah Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang yang cekal. Bermacam-macam orang mengata beliau. Mohamad Sabu memberikan beliau gelaran 'Datuk Kaya Parti' kerana terlalu banyak parti yang beliau sertai bermula dari parti Berjasa sampailah tidak ada parti sekarang ini. Lim Kit Siang pula memanggil beliau sebagai katak dan banyak lagi gelaran yang didengari untuk Ibrahim ini. Pengaruh beliau sebagai ketua kepada PERKASA mungkin boleh membawa sedikit sebanyak undi untuk UMNO dari kalangan orang Melayu walaupun MCA mungkin tidak bersetuju. Elok jika Ibrahim ini masih berada dalam politik negara kita walaupun beliau sentiasa berubah-berubah pendirian mengikut keadaan dan masa. Ibrahim Ali ini penting untuk berada di dalam arena politik negara. Ibrahim ini penting ibarat pentingnya garam dalam masakan kita. Dalam masakan kita mesti ada garam, barulah masakan itu sedap dimakan. Tetapi gunanya garam ini hanyalah setakat sesedap rasa sahaja. Kalau banyak sangat dibubuh garam di dalam masakan kita masakan itu akan terlalu masin untuk dijamah. Tetapi yang pentingnya garam itu mesti ada untuk mengenakkan masakan. Sumber Klik KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 09 Mar 2011 02:00 AM PST KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau. Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula. Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan. Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama. Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pemimpin UMNO Masih Cemas Memikirkan Anwar Posted: 08 Mar 2011 11:00 PM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mencemaskan Barisan Nasional kerana kepimpinan beliau di dalam Pakatan Rakyat semakin mantap dan sokongan orang ramai terhadapnya tetap utuh. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata dakwaan pemimpin UMNO BN kononnya Ketua Pembangkang itu ditolak oleh Pakatan Rakyat hanyalah cubaan terdesak pemerintah untuk mengaburi mata rakyat mengenai realiti politik semasa. "Tahun 1999 selepas insiden Anwar Ibrahim, pembangkang memenangi hampir 27 kerusi parlimen Anwar dalam penjara. Tahun 2004 Anwar masih dalam penjara dan prestasi pembangkang menjunam. Tahun 2008 Anwar telah keluar dari penjara dan menjelajah ke seluruh negara dan itu menumbang kepada peningkatan 81 kerusi parlimen secara keseluruhan," katanya. Justeru untuk memastikan UMNO BN tidak menerima nasib sama pada pilihanraya umum akan datang, parti pemerintah itu menfitnah Anwar dengan harapan untuk menghakis pengaruh Pakatan Rakyat. "UMNO Barisan Nasional mengkaji segala kelebihan dan kelemahan Pakatan Rakyat dan telah mensasarkan serangan watak dengan harapan menjadi lemah," katanya. Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin sebelum ini mendakwa sokongan untuk Anwar kononnya meluntur walaupun hakikat adalah UMNO BN terus menggunakan polis dan mengupah samseng untuk menghalang Ketua Pembangkang itu daripada berceramah di Johor dan terbaru di Kerdau. Di Parlimen, cemas dengan pendedahan Anwar mengenai pelbagai penyelewengan UMNO BN, parti itu menggunakan kelebihan majoriti untuk menggantung Anwar selama enam bulan. Turut digantung Ahli Parlimen Pembangkang iaitu, Azmin Ali dan R.Sivarasa dari PKR serta Pengerusi DAP Karpal Singh. Penggantungan itu tidak sedikit pun menimbulkan sebarang perselisihan mengenai kepimpinan Pakatan Rakyat. "Kita bukan memilih ketua pembangkang. Majlis presiden membuat keputusan tidak ada sebarang pemilihan ketua pembangkang memandangkan ini hanyalah agenda membahas titah diraja," kata Saifuddin. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 08 Mar 2011 08:00 PM PST AMPANG: Dua lelaki layak dilabelkan bernafsu syaitan apabila tergamak merogol kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun secara bergilir-gilir di rumahnya Jumaat lalu. Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah teres di Bandar Baru Ampang didatangi dua lelaki tidak dikenali berusia 20-an yang mengambil kesempatan merogolnya selepas ibu mangsa keluar bekerja. Menurut sumber, mangsa yang mendengar ketukan pintu rumah terus membukanya sebelum dua lelaki berkenaan menyerbu masuk. Sumber berkata, kejadian itu dikesan ibu mangsa yang pelik dengan sikap anaknya yang berdiam diri dan murung. Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian yang berlaku dan ibunya membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama," katanya. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta? Posted: 08 Mar 2011 05:00 PM PST KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta. Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti. Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti. "Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau. Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti. "Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan sayan yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau. Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu. "Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau. Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan