Isnin, 7 Mac 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Umno/BN suka ambil kesempatan keatas kejahilan orang lain

Posted: 07 Mar 2011 02:24 PM PST

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 6 Mac 2011, dilaporkan berkata bahawa, imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Apa kata kita perhatikan dan menilai sendiri imej betina itu sendiri melalui paparan gambar-gambar berikut:


Kita berharap beliau akan segera bertaubat diatas ketelanjurannya itu dan menjadi seorang muslimah yang soleha. Jangan relakan diri anda terus menerus diperkudakan oleh anasir musuh Islam seperti Umno/BN dengan mendapat habuan yang tidak setimpal dengan balasan di hari akhirat kelak.

Kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang kurang ajar serta biadap dan menunjukkan kejahilan seorang yang beragama Islam terhadap agamanya sendiri. Serangan ini menunjukkan UMNO dengan akhbar tunggangannya sudah ketandusan isu untuk berhadapan dengan PAS sehingga menggunakan pebagai badan NGO yang pada hakikatnya bergerak untuk kepentingan politik UMNO semata-mata.

Anda boleh lihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz : Umno-BN Tidak Usah Bermegah Menang PRK Disebalik Demokrasi Tempang

Posted: 07 Mar 2011 05:18 AM PST

KOTA BHARU 7 MAC : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi lapor Harakah Daily.

"Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,"ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

"Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi 'pendendam' akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

"Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

"Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,"ujarnya.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.

"Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil,"ujarnya di sini

PAS Kelantan kekal haram judi termasuk loteri kebajikan

Posted: 07 Mar 2011 02:11 AM PST

KOTA BARU, 7 Mac – Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya.

Sehubungan itu, beliau menjemput Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk dating ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana sistem pemerintahan Islam yang diamalkan termasuk mengharamkan judi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan menghalang masalah sosial daripada berlaku.

Takiyuddin turut mempelawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ahli jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Ti Lian Ker untuk berdialog berhubung pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep.

"Kita tidak boleh berkompromi terhadap perjudian yang mana agama lain turut mengharamkannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di negeri ini kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri ini.

Ekoran pengharaman itu, Karpal mendesak Kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu memandangkan ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang kerajaan persekutuan dan Kelantan tidak terkecuali.

Sementara itu, Dr Chua seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini berkata, MCA akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya PAS Kelantan masih bertegas untuk mengharamkannya.

Takiyuddin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak dapat menghalang tindakan undang-undang MCA dan bersedia menghadapi apa jua cabaran. – Bernama

Judi : Jangan biarkan Umno/BN gembira dengan isu ini

Posted: 06 Mar 2011 04:08 PM PST

Dilaporkan, kerajaan Kelantan baru-baru ini telah melarang penjualan tiket loteri /judi; dimana tiga buah premis telah diserbu dan tuan punyanya telah disaman kerana menjual tiket loteri bulan lepas.

Menjelaskan perkara tersebut, Takiyuddin Hassan pengerusi Majlis Kerajaan Tempatan Kota Baru menjelaskan,"Kami tahu bahawa kami tidak boleh bertindak keatas mereka kerana mereka dilindungi oleh Akta Lotteri 1952"

"Tetapi tuan punya premis perlu akur syarat-syarat lesen premis mereka. Lesen-lesen dikeluarkan oleh majlis tempatan dan dibawah undang-undangnya, penjualan tiket loteri adalah dilarang di premis-premis tersebut," jelasnya.

Walaupun Judi dibolehkan dibawah undang-undang persekutuan, namun Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah untuk membendung kegiatan judi ini melalui larangan penjualan di premis-premis dibawah kerajaan tempatan.

Tidak ada salahnya bagi PAS mengharamkan pusat perjudian. Judi hanya akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Judi bukan sahaja suatu hal yang bertentangan dengan ajaran Islam, bahkan ianya juga bertentangan dengan ajaran semua ugama. Malah ianya juga bukan budaya mana-mana bangsa.

Apa yang PAS cuba implimentasikan adalah baik kerana judi boleh membawa kepada masalah sosial yang lain seperti meminjam wang dari Ah-Long, mencuri dan menyamun, rumah tangga porak peranda dan sebagainya.

Maka, DAP perlu memandang isu judi ini dari pelbagai sudut secara menyeluruh sebelum membuat sesuatu konklusi. Ada juga yang mengatakan bahawa DAP tidak konsisten dalam isu judi ini kerana sebelum ini DAP turut bersama PAS mengecam Judi Bola.

DAP seharusnya menghormati langkah kerajaan Kelantan tersebut. Nampak agak pelik bila DAP mendakwa bahawa langkah yang diambil oleh Kelantan itu akan menjauhkan penyokong yang bukan-Islam. Adakah penyokong-penyokong tersebut semuanya kaki judi? Dakwaan tersebut sangat mengelirukan kita semua.

Walau bagaimana pun, saya percaya pengharaman judi tidak seharusnya dikuatkuasakan keatas semua negeri dibawah Pakatan Rakyat buat masa ini. Sepertimana penjualan alkohol, judi sepatutnya dikawal dan diawasi dengan lebih ketat.

Antara langkah kawalan yang patut dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah menghadkan bilangan premis penjualannya disamping mengharamkan orang Islam daripada menjual / berkerja dan membelinya sebagaimana larangan yang dikenakan di kasino Genting Highlands.

Banyak lagi isu lain yang lebih mustahak bagi PAS dan DAP yang patut diutamakan dan ditumpukan seperti pekerja gaji rendah, kelahiran anak di luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya.

Umno/BN tidak berani berkata apa-apa pun dalam isu ini selain cuba menangguk di air yang keroh.Umno hanya berselindung dibelakang MCA dan Gerakan yang marah dengan tindakan PAS dikelantan berhubung isu judi ini.Kita berharap, DAP tidak bersama mereka. Jangan biarkan Umno/BN gembira dengan telatah kita dalam menghadapi isu judi ini.

Tiada ulasan: