DUNIACACAMARBA |
- Wow, Lumayannya Gaji Amah/Pemandu di Arab Saudi! Mahu Tahu Berapa?
- Lelaki Berahi Anak Tiri
- Pontianak "Menyerang" IPD Betong
- Perempuan Ini Menyamakan Nik Aziz dengan Ayah Pin. Cerminlah DADA & RAMBUT Itu!
Wow, Lumayannya Gaji Amah/Pemandu di Arab Saudi! Mahu Tahu Berapa? Posted: 06 Mar 2011 11:00 PM PST Anda tahu berapa gaji minimum yang bakal diterima amah Indonesia di Arab Saudi? Walaupun kadang kala kita terbaca tentang kekejaman majikan Arab Saudi terhadap amah terutamanya dari Indonesia, namun perkembangan terkini mungkin akan merancakkan kembali penghijrahan warga Indonesia ke negara Arab apabila kerajaan Indonesia mengenakan syarat terbaharu yang lebih ketat. Antaranya termasuklah meminta gaji minimum untuk pembantu rumah, iaitu sebanyak RM4 800 sebulan. Fuh, lumayan. Hal ini saya baca di SG, rasa-rasanya HM pun ada menyiarkan berita ini. Seperti yang anda maklum, pembantu rumah warga asing di Malaysia rata-ratanya menerima gaji sekitar RM500-RM600 sebulan selain berisiko didera dan dirogol jika bekerja dengan majikan berhati dan bertopengkan syaitan. Tidak kiralah sama ada syaitan lahanat itu betina atau jantan! Menulis fasal gaji, saya juga tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan gaji yang diterima oleh rakyat Malaysia terutamanya pemegang ijazah. Rata-rata syarikat swasta di Malaysia bukanlah "cikai" sangat sehingga tidak mampu menawarkan gaji yang agak tinggi kepada pekerjanya. Namun, hakikatnya, majoriti pemegang ijazah yang menceburi bidang pekerjaan bukan profesional terpaksa menerima gaji yang terlalu rendah berbanding dengan mereka yang menjawat jawatan yang diklasifikasikan sebagai profesional seperti peguam dan jurutera. Saya pernah menyentuh hal ini sebelum ini. Tidak perlulah saya menulis panjang lagi. Cuma saya mahu menyatakan di sini bahawa rata-rata pemegang ijazah yang baru menamatkan pengajian di IPT terpaksa menerima gaji sekitar RM1 000-RM1 500 sebulan sebagai upah melakukan kerja-kerja yang saya kira agak sama berat, sama rumit dengan kerja-kerja dalam bidang profesional. Tidak percaya? Saya bagi satu contoh (contoh sama seperti yang saya nyatakan dalam kiriman sebelum ini), sebuah syarikat penerbitan buku silibus yang sudah lebih dua puluh tahun menjalankan perniagaan dan memperoleh pendapatan puluhan juta setahun hanya membayar RM1 200 kepada pekerja baharu yang menyertai bahagian editorial syarikat itu. Dengan kenaikan gaji sekitar RM100 setahun, cuba congak gaji dan "penderitaan" staf baharu itu? Ironinya, syarikat ini mampu memberikan komisen sehingga RM60 ribu setahun kepada jurujual syarikat yang turut diberikan sebuah kereta syarikat. Itulah nasib intelektual kecil di syarikat kapitalis. Hal sebegini bukan sahaja berlaku di syarikat ini, malah cuba-cubalah risik, saya pasti hal ini turut berlaku di mana-mana syarikat swasta di negara ini. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Posted: 06 Mar 2011 09:00 PM PST
P/s: Kerat sahaja "anu" jantan ini. | ||
Pontianak "Menyerang" IPD Betong Posted: 06 Mar 2011 06:00 PM PST Saya petik:
* Gambar sekadar hiasan. | ||
Perempuan Ini Menyamakan Nik Aziz dengan Ayah Pin. Cerminlah DADA & RAMBUT Itu! Posted: 06 Mar 2011 04:30 PM PST
Perempuan ini memberikan komen sebegitu (tertera dalam gambar di atas) dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Kalau mahu baca artikel Utusan itu, sila klik sini. Saya tidak mahu komen panjang-panjang kata-kata perempuan ini terhadap TGNA yang ternyata tidak berasas. Nasihat saya, cerminlah dahulu RAMBUT dan DADA itu dahulu sebelum mengata orang! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan