Isnin, 7 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hanya RM 12.5 bilion untuk laksana Buku Jingga , rugi PKFZ lebih dari itu

Posted: 06 Mar 2011 09:50 PM PST

PASPB

Pakatan yakin dapat laksana penuh Buku Jingga

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin Buku Jingga dapat dilaksanakan sepenuh sebaik Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah negara kerana jumlah yang diperlukan tidak pun sampai RM12.5 bilion.

Beliau turut mengumumkan 26 Mac depan akan diadakan satu majlis pelancaran Agenda Selangor Untuk Rakyat (ARUS) yang mempunyai banyak lagi program kebajikan kepada rakyat akan didedahkan

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri berkata jumlah RM12.5 bilion itu bersangkut paut dengan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kini sedang menjadi kes mahkamah melibatkan bekas dua menteri yang dikatakan menipu jemaah kabinet termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

"Sebenarnya di Selangor ini kita telah banyak melakukan program untuk rakyat sebagai kebajikan kepada mereka meskipun tidak terdapat pun di dalam Buku Jingga bererti kita bukan hanya berjanji tetapi telah melaksanakannya.

"Sepanjang tiga tahun Pakatan mentadbir Kerajaan Negeri Selangor ini, selain dari tujuh perkara utama di dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kita melakukan banyak perkara yang berkesan untuk rakyat negeri ini.

"Cumanya kita tidak mahu menyebutkan lebih banyak apa yang telah, sedang dan akan dibuat kerana ia hanya akan meningkatkan darah panas badan pemimpin BN," seloroh beliau sambil tersenyum disambut tepukan hadirin.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap melancarkan Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang disambut sederhana di Stadium Malawati, malam semalam.

Turut berucap adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

Dalam isu sama, Abdul Khalid berkata, bila tidak berlaku rasuah dan kebocoran maka rakyat akan dapat manfaat yang banyak hasil daripada sistem pentadbiran yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor kini.

Kalau tak pangkah BN, bantuan ditarik balik

Posted: 06 Mar 2011 09:49 PM PST

Pengundi Dun Merlimau

Saya merupakan seorang warga Merlimau, Melaka yang bertugas di Sarawak. Saya sanggup pulang untuk Pilihanraya Kecil Dun Merlimau walaupun menelan belanja yang besar. Majikan saya bertanya kenapa saya perlu pulang ke Merlimau, bukankah ada undi pos? Saya jawab, "Maaf tuan, saya tidak yakin dengan undi pos." Semangat berkobar-kobar kerana PRK tidak sama dengan PRU. Tentu banyak berubah wajah kampung saya.

Tepat telahan saya, memang berubah sama sekali! Lori keluar masuk, polis bersimpang siur di jalan raya. Kampung yang dulu aman damai kini tidak ubah seperti medan pertempuran. Bendera berkibaran sehingga menyukarkan saya untuk melihat kenderaan sebelum melintas jalan. Begitu 'panas' keadaan di Merlimau sehingga berkobar-kobar saya memangkah kertas undi, dengan harapan calon pilihan saya juga calon pilihan warga Merlimau.

Apabila keputusan PRK diumumkan saya jadi kecewa. Kecewa bukan kerana PAS tewas. Kecewa kerana orang kampung saya, orang Merlimau masih belum berubah, masih belum mahu berubah dan tidak mahu berubah. Pegangan saya dan keluarga tetap condong kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Tetapi tidak dengan orang kampung saya. Mereka terlalu selesa dengan kebendaan, terlalu mudah disogokkan dengan harta benda, dengan jalan tar sekangkang kera, dengan biskut marie sepeket dua. Mereka tidak nampak bagaimana Ketua Menteri tercinta dengan lahap rakus menelan setiap sen ringgit yang terbang di depan mata.

Saya cuma pulang untuk tiga hari, tetapi pelbagai kisah menarik yang saya dapat di kampung saya. Jiran saya seorang ibu tunggal anak 7, dengan pendapatan RM400 sebulan, disogokkan dengan jalan tar sehingga ke depan pintu rumah. Tetapi hanya ditabur dengan batu dan pasir, tar pula entah ke mana. Lain pula ceritanya dengan seorang ahli Umno totok, yang rumahnya di sebelah masjid. Sehari sebelum mengundi, rumahnya cantik ditar setiap pelosok halaman. Yang seorang lagi bukan setakat rumah, hingga ke rumah-rumah sewanya juga siap ditar. Ibu tunggal diberi sepeket biskut marie, sekilo gula, dan sekilo tepung gandum dengan pesanan, "Kalau kau tak pangkah BN, semua bantuan ditarik balik."

Seorang rakan saya merupakan petugas SPR yang juga pengundi, terpaksa menggunakan undi pos. Yang hairan bin ajaibnya, borang yang ditulis nama dan kad pengenalannya diarahkan supaya dimasukkan sekali dengan kertas undi. Jadi sesiapa pun boleh tahu siapa yang undi siapa. Sudah teluskah SPR?

Teringat saya dengan seorang pelakon kelahiran Merlimau yang juga penyokong BN totok. Mungkin sedang berlakon atau mungkin nak menunjuk pada anak-anak dara di sekeliling; dengan nada bongkak dia menjerit, "Lagi-lagi sebut Allah, asyik nak minta tolong pada Allah je, bukannya nak usaha!" Na'uzubillah… bukankah segala usaha kita juga atas kehendak Allah? Semoga dia sempat bertaubat dan semoga kampung Merlimau yang saya sayangi ini tidak dilanda musibah dan mala petaka.

Banyak lagi kisah pilihanraya Dun Merlimau ini, tapi pada petugas-petugas jentera pilihanraya tentu sangat maklum. Merlimau merupakan kubu kuat BN, orang-orang Merlimau sangat setia kepada BN. Memang kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk kemenangan PAS di sini. Tapi untuk PRU13, saya berharap sesuatu boleh dilakukan kerana kami, sebagai pengundi Dun Merlimau ini amat mengharapkan perubahan. Mohon ahli-ahli Pakatan Rakyat di sini menyusun strategi untuk menghadapi PRU13. Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah mentaliti pengundi bagi menjamin perubahan di masa akan datang. Insya Allah, karat BN di Dun Merlimau ini akan terhakis akhirnya.

Pakatan yakin dapat laksana penuh Buku Jingga

Posted: 06 Mar 2011 09:48 PM PST

Ismail Hashim

(Tan Sri Khalid bersama Exconya dan Dr Wan Azizah melancarkan Buku Jingga peringkat negeri Selangor semalam)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin Buku Jingga dapat dilaksanakan sepenuh sebaik Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah negara kerana jumlah yang diperlukan tidak pun sampai RM12.5 bilion.

Beliau turut mengumumkan 26 Mac depan akan diadakan satu majlis pelancaran Agenda Selangor Untuk Rakyat (ARUS) yang mempunyai banyak lagi program kebajikan kepada rakyat akan didedahkan

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri berkata jumlah RM12.5 bilion itu bersangkut paut dengan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kini sedang menjadi kes mahkamah melibatkan bekas dua menteri yang dikatakan menipu jemaah kabinet termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

"Sebenarnya di Selangor ini kita telah banyak melakukan program untuk rakyat sebagai kebajikan kepada mereka meskipun tidak terdapat pun di dalam Buku Jingga bererti kita bukan hanya berjanji tetapi telah melaksanakannya.

"Sepanjang tiga tahun Pakatan mentadbir Kerajaan Negeri Selangor ini, selain dari tujuh perkara utama di dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kita melakukan banyak perkara yang berkesan untuk rakyat negeri ini.

"Cumanya kita tidak mahu menyebutkan lebih banyak apa yang telah, sedang dan akan dibuat kerana ia hanya akan meningkatkan darah panas badan pemimpin BN," seloroh beliau sambil tersenyum disambut tepukan hadirin.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap melancarkan Buku Jingga dan Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang disambut sederhana di Stadium Malawati, malam semalam.

Turut berucap adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

Dalam isu sama, Abdul Khalid berkata, bila tidak berlaku rasuah dan kebocoran maka rakyat akan dapat manfaat yang banyak hasil daripada sistem pentadbiran yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor kini.

Fitnah: Titah Agong sangat relevan

Posted: 06 Mar 2011 09:47 PM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai budaya fitnah sebagai sangat relevan dengan situasi politik negara ketika ini.

Mahfuz yang merupakan ahli Parlimen Pokok Sena berkata, budaya fitnah memfinah yang berlaku dalam politik hari ini menyebabkan Malaysia lari daripada landasan demokrasi yang sebenar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Tuanku Mizan sempena mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-12, hari ini.

"Peringatan Tuanku Mizan sangat relevan khususnya budaya fitnah yang sedang menguasai persekitaran politik negara ketika ini.

"Peringatan ini sangat relevan kerana fitnah akan menyebabkan negara kita terbabas dari landasan yang betul. Kita sudah pun terbabas daripada landasan demokrasi yang sebenar kerana landasan demokrasi yang sebenar ialah kekuatan politik itu mesti berasaskan kepada intelektual, bukan berdasarkan budaya ganas dan fitnah," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin semua parti harus memberi perhatian terhadap seruan Tuanku Mizan agar semua pihak menjauhi fitnah untuk mencapai taraf negara maju.

Beliau turut merujuk kepada fitnah terbaru yang dilakukan Umno BN terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada pilihan raya kecil Dun Kerdau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang difitnah membeli tanah peneroka Felda menggunakan nama isterinya.

"Peringatan mengenai ftnah ini sangat wajar untuk diberi perhatian kerana yang terbaru berlaku di Merlimau dan Kerdau apabila pemimpin-pemimpin seperti Datuk Tuan Ibrahim difitnah dan sebagainya.

"Ini satu perkara yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara ini. Dalam usaha kita nak mencapai negara maju kita tak boleh maju berasaskan fitnah dan rasuah," katanya.

Tuanku Mizan semasa bertitah merasmikan persidang Dewan Rakyat menyeru semua pihak agar menjauhi perbuatan fitnah yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

"Beta menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara.

"Jadilah warga yang bijak, bertanggungawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama.

"Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Tuanku Mizan.

Dilema kaum India di Malaysia

Posted: 06 Mar 2011 09:41 PM PST

Di tengah-tengah kehangatan kontroversi novel Interlok, penulis mengajak kita melihat isu lebih besar berhubung kaum minoriti ini.


Siapa sangka, kontroversi yang muncul berikutan langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan novel Interlok edisi murid (2010) sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) tetap membawa kesan positif, walau sekecil mana pun.

Pertama, kaum India yang dilabel pihak tertentu sebagai tidak meminati 'sastera Melayu' kini sudah berani tampil meneliti, memperkatakan, berhujah dan mengkritik sebuah novel karya seorang Sasterawan Negara secara ilmiah, akademik dan intelektual.

Kedua, semangat kesatuan semakin terserlah dalam kalangan kaum India tanpa batas ideologi politik, latar pendidikan, latar profesion dan kedudukan dalam masyarakat. Perkembangan ini pasti merisaukan mana-mana pihak yang mahu kaum India terus berpecah!

Ketiga, timbul semangat menimba ilmu dan memperkasa pengetahuan untuk menangkis segala fitnah, tohmahan, kritikan dan kenyataan berbaur perkauman yang dilontarkan pihak tertentu sejak tercetusnya kontroversi ini. Ilmu menjadi benteng paling kuat bagi manusia yang beriman. Ilmu jugalah yang mampu membawa mobiliti sosial dalam kalangan kaum minoriti ini.

Bayangkan! Bermula dengan hanya mempersoalkan perkataan 'paria' dan 'kasta' dalam novel Interlok edisi murid yang menyentuh sensitiviti kaum India, masyarakat itu sudah sampai ke tahap mampu berhujah secara berani untuk membuktikan bahawa watak Maniam dalam novel itu bukan daripada golongan 'paria'.

Kaum India juga semakin berani bersuara lantang mempersoalkan pelbagai kesalahan fakta mengenai budaya India dan agama Hindu dalam novel berkenaan. Untuk mampu bersuara, pasti sahaja perlu ada kesedaran, ilmu, fakta dan keberanian sejati.

Selepas diasak, diperlekeh, dipersenda dan dibuli pihak tertentu yang ghairah mengangkat novel Untouchable (1935) karya Mulk Raj Anand untuk menegakkan benang yang basah, kaum minoriti ini secara keseluruhan sudah ada kesedaran bahawa selagi satu pihak berdiam diri daripada bersuara menuntut hak, selagi itulah pihak lain akan terus menggunakan pelbagai cara dan taktik kotor untuk menindas dan menafikan hak yang sah di sisi undang-undang.

Bagi memungkinkan kelompok yang ditindas itu bersuara, tentu perlu ada maklumat dan fakta intelektual yang bakal menyokong segala hujah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertentu yang sudah terbukti hanya melalak di pentas terbuka tanpa sedikit pun sedar bahawa novel Interlok edisi asal sudah pun melalui proses penyuntingan sebelum dijadikan teks Komsas.

Cabaran awal yang terpaksa 'ditanggung' oleh kaum India adalah membuktikan hakikat itu kepada kelompok tertentu yang berjuang bermati-matian tidak membenarkan walau sepatah perkataan yang ditulis Datuk Abdullah Hussain diubah dalam novel berkenaan.

Koleksi paling komprensif

Sejak Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) memikul tugas dan tanggungjawab melakukan kajian teliti dan tuntas terhadap pelbagai edisi novel Interlok (khasnya edisi 1996, 2003, 2005 dan 2010), saya sendiri berpeluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam keadaan biasa, mungkin sahaja tidak timbul keperluan, ruang dan peluang untuk saya bertemu masyarakat pelbagai kaum daripada pelbagai latar pendidikan, umur, pekerjaan, ideologi politik dan taraf sosial untuk sama-sama berkongsi maklumat dan ilmu ke arah memperkasa diri bagi menghadapi cabaran dan asakan.

Pada masa sama, suatu khazanah bernilai yang sebelum ini terlepas dari pandangan masyarakat, mula kembali menggamit perhatian. Dalam usaha memperkaya ilmu dan mengumpul maklumat terperinci mengenai realiti kaum India di Malaysia sejak lebih 150 tahun lalu, Kavyan merujuk pelbagai sumber premier dan sekunder.

Namun, rupa-rupanya kebanyakan maklumat yang diperlukan itu sebenarnya sudah sedia terkumpul kemas dan diterbitkan dalam bentuk buku pada Mei 2009. Saya pula hanya mendapat tahu mengenai kewujudan buku itu pada 1 Februari 2011.

Selepas berpeluang membaca buku The Malaysian Indian Dilemma: The Struggles and Agony of the Indian Community in Malaysia (Edisi Kedua, Jun 2010), saya berani mengatakan bahawa buku ini adalah koleksi paling komprensif mengenai kaum India di negara ini sejak ratusan tahun dahulu.

Buku ini terhasil daripada kajian dan pengumpulan bahan/data selama hampir 17 tahun oleh Janakey Raman Manickam berkaitan isu sosial, ekonomi, pendidikan dan politik kaum India di Malaysia.

Janakey Raman bukan seorang pensyarah universiti atau memegang ijazah Kedoktoran. Namun, pengalaman beliau selama lebih 35 tahun sebagai aktivis sosial menjadikan beliau seorang 'pakar' dalam bidang yang diperkatakan.

Buku setebal 400 halaman ini terbahagi kepada 10 bab serta memuatkan hampir 200 foto nadir yang membantu pemahaman umum mengenai segala cabaran, perjuangan, masalah, penderitaan dan dilema yang dialami kaum India dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara sehingga ke tahap serta kedudukan Malaysia seperti yang dapat kita perhatikan pada hari ini.

Percayalah apabila saya katakan bahawa buku ini adalah teks yang wajib dibaca setiap individu kaum India di Malaysia untuk memahami sejarah silam serta membantu memantapkan perjuangan mempertahankan hak dan jati diri di tanah air tercinta ini.

Sejarah silam nenek-moyang

Buku ini juga teks wajib bagi setiap individu 'Bukan Kaum India' yang berminat memahami suatu kaum minoriti yang sebenarnya menitiskan peluh dan darah serta berkorban tenaga dan nyawa demi membangunkan negara ini sejak ratusan tahun dahulu.

Bagi generasi muda kaum India, inilah buku paling lengkap yang mampu membantu anda mengenal sejarah silam nenek-moyang yang datang ke negara ini untuk memulakan hidup baru.

Malah, sepanjang novel Interlok edisi murid menjadi teks Komsas (2011-2020), buku ini wajar dijadikan teks iringan untuk membantu guru dan pelajar lebih memahami kisah 'Keluarga Maniam'.

Tentu sahaja segala fakta yang terkandung dalam The Malaysian Indian Dilemma: The Struggles and Agony of the Indian Community in Malaysia tidak terdapat dalam buku-buku Sejarah yang digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi negara kita.

Bukan lagi suatu rahsia bahawa pelbagai fakta dan realiti berhubung kaum India dan Cina sudah 'hilang' daripada lipatan sejarah negara dan 'terpadam' daripada halaman buku teks Sejarah di sekolah. Realiti sosial, fakta dan sejarah kedua-dua kaum itu nampaknya hanya seperti yang terpapar dalam novel Interlok edisi murid!

Buku Janakey Raman yang diterbitkan Nationwide Human Development and Research Centre memberi sinar harapan bahawa generasi muda kaum India khasnya dan Bangsa Malaysia amnya, masih berpeluang mengetahui pelbagai fakta dan sejarah yang cuba disembunyikan 'tangan-tangan halus' dan dinafikan pihak tertentu demi kepentingan peribadi.

Mungkin agak keterlaluan untuk melontarkan cadangan supaya orang ramai segera mendapatkan buku ini sebelum ada usaha dan desakan berbaur hasutan untuk menarik balik buku ini dari pasaran. Namun, bukankah segalanya mungkin di negara bertuah ini?

Uthaya Sankar SB adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan beliau boleh dihubungi melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut mengenai buku berkenaan.

PRK Kerdau: Sokongan BN meningkat, PAS statik

Posted: 06 Mar 2011 09:38 PM PST

BN turut menjarakkan diri dari lawan tradisinya itu apabila majoriti meningkat sebanyak 1,111 undi.

ANALYSIS


PETALING JAYA: Seperti yang dijangka oleh rata-rata pemerhati politik tanah air, Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah besar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau (N28), Pahang yang berlangsung semalam.

Dalam pertarungan satu lawan satu, calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad telah menang bergaya dengan majoriti 2,724 apabila meraih 5,060 undi berbanding lawannya dari PAS, Hassanuddin Salim yang memperolehi 2,336 undi.

Dalam saingan itu, BN turut menjarakkan diri dari lawan tradisinya itu di Dun terbabit apabila majoriti meningkat sebanyak 1,111 daripada 1,615 majoriti yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Selain majoriti yang bertambah 1,111, jumlah undian yang diterima BNnjuga turut mengalami peningkatan di hampir kesemua daerah mengundi majoriti pengundi Melayu.

Undi yang diterima oleh BN telah meningkat sebanyak 925 undi dalam PRK kali ini daripada sebelumnya, sebanyak 4,135 yang diperolehi oleh Zaharuddin Abu Kassim dalam PRU tahun 2008 itu.

Bagaimanapun, kembalinya sokongan pengundi atas pagar Melayu dalam beberapa siri PRK akhir-akhir ini kepada BN belum boleh ditakrifkan semata-mata sebagai penerimaan terhadap dasar kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa faktor lain yang lebih konsisten terhadap apa yang dianggap sebagai kemaraan semula BN ialah kejayaan mendominasi penyampaian maklumat apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat, khususnya bagi mereka yang menetap di kawasan luar bandar.

Sokongan pengundi terhadap PAS pula boleh dianggap sebagai berada pada paras statik di Dun ini apabila tidak menunjukan jurang perbezaan yang besar berbanding undian yang diterimanya dalam PRU lalu.

Sokongan terhadap PAS sampai ke tahap 'tepu'


Seorang penyokong PAS yang ditemui menganggap keputusan ini menggambarkan sokongan terhadap PAS di Dun Kerdau mungkin telah sampai ke tahap 'tepu' dan aktivis PAS perlu bertindak lebih agresif di peringkat generasi baru yang sedang bertunas.

Satu perkara yang mungkin sedikit melegakan PAS, walaupun tewas, undian yang diperolehi oleh PAS dalam PRK kali ini tidak mengalami kemerosotan yang besar iaitu hanya perbezaan 184 undi berbanding undi yang diraihnya menerusi calon yang sama dalam PRU-12 lalu sebanyak 2,520 undi.

Bagaimanapun, jika kelaziman setiap PRK yang dianggap sebagai eksperimentasi oleh parti-parti politik untuk menilai sokongan terhadap mereka sebelum berhadapan PRU akan datang diambil kira, ianya memberikan alasan yang cukup untuk PAS dan parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) berasa cemas.

Sokongan terhadap PAS di kalangan pengundi Melayu atas pagar semenjak akhir-akhir ini dikatakan semakin hambar apabila parti itu tewas dalam beberapa siri PRK terakhir yang membabitkan peratusan pengundi Melayu yang besar.

Daripada 8,999 pengundi berdaftar Dun Kerdau, pengundi Melayu merupakan kelompok terbesar iaitu 88.79 peratus dan hampir 30 peratus dari jumlah tersebut merupakan penduduk Tanah Rancangan Felda yang jelas masih sukar dipikat oleh PR mahupun PAS.

Sementara itu, pengundi di kalangan kaum Cina yang dianggap oleh sesetengah pemerhati politik mulai mendekati PAS pula sekadar mewakili 5.05 peratus di Dun tersebut dan hampir separuh darinya berpusat di daerah mengundi Kerdau sendiri.

Pertemuan tertutup Nik Aziz-Harussani

Posted: 06 Mar 2011 09:36 PM PST

Harakahdaily

IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berhasrat mengatur pertemuan tertutup antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalannya, Mohd Munir Ali berkata, pertemuan itu untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam yang menjadi perbualan hangat masakini.

Beliau menyatakan demikian di dalam surat yang dihantar kepada harussani, hari ini.

Menurutnya, pihak Pemuda PAS negeri merasakan sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Ini, katanya ekoran acap kali pertembungan terbuka antara Mufti Perak itu dengan Nik Abdul Aziz dipaparkan melalui media, terutama dalam melibatkan isu-isu agama.

Tambahnya, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

"Kami juga yakin Datuk Nik Abdul Aziz akan bersedia menerima jemputan bagi tujuan tersebut supaya tiada lagi persengkataan terbuka dan masing-masing akan terus dapat memberikan tumpuan pada agenda memartabatkan Islam di dalam ruang lingkup tugas yang diamanahkan," ujarnya di dalam surat itu.

Sehubungan, ujarnya DPPN Pk memohon agar mufti itu dapat memberikan tarikh-tarikh yang sesuai dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pihak Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi tujuan tersebut.

Selangor Masih Perlukan Polis Bantuan Untuk Turun Kadar Jenayah

Posted: 06 Mar 2011 09:35 PM PST

TVS NEWS



SHAH ALAM : Selangor masih berada dalam lingkungan kadar peratusan jenayah yang tertinggi di Malaysia meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kadar jenayah turun sebanyak 10 peratus dengan jenayah jalanan menurun 35 peratus.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman ini yang disifatkan sebagai bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan sedangkan kerajaan negeri komited dalam menghapuskan jenayah di negeri ini.

Sebelum ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan permintaan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu meletakkan polis bantuan di Selangor.

Permintaan polis bantuan oleh Menteri Besar Selangor adalah berikutan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat.

"Jenayah di Selangor ini adalah yang tertinggi dalam negara, kalau turun pun masih lagi mencapai daripada kumpulan yang tertinggi, jadi persoalan untuk kita nak memperhebatkan lagi dalam menjaga keselamatan di negeri Selangor ini memang niat yang baik kerana kita kalau boleh bukan nak minimum sahaja tapi kita nak hapuskan jenayah, tu bezanya kita dengan UMNO-BN," katanya.

Tambah beliau pencapaian yang ditunjukkan dalam salah satu elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu belum boleh meletakkan Selangor di tangga yang paling bawah dalam usaha memerangi jenayah.

"Kalau dikatakan penurunan itu yang terendah dalam Malaysia itu saya setuju tapi kalau turun daripada yang tertinggi, tu bukan pencapaian yang baik," katanya.

Abdullah Sani tidak menolak jika penurunan yang ditunjukkan ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Negeri juga dan bukan kerajaan Persekutuan sahaja yang menjalankan tanggungjawab ini.

"Antara terendah dalam negara, tidak tapi kita turun daripada yang tertinggi tu turun atas keprihatinan kerajaan negeriyang banyak buat pengawasan, penguatkuasaan," katanya.

Sidang Dewan Rakyat Tanpa Ketua Pembangkang

Posted: 06 Mar 2011 09:28 PM PST

TVS MEWS



KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat ke bangunan Parlimen bagi merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan Dewan Rakyat ke-12.

Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.Persidangan Dewan akan berlangsung hingga 7 April.

Sidang parlimen pada hari ini juga tanpa kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung selama 6 bulan bersama tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Ketua Umum PKR itu digantung selepas membuat pendedahan berkaitan peranan Apco Worldwide dan kaitannya serta persamaan slogan Satu Malaysia dan One Israel.

Baru-baru ini, Anwar pada satu ceramah pilihan raya kecil di Merlimau, mendedahkan dokumen perjanjian antara Apco dan kerajaan Israel pada 1991.

One Israel diperkenal pada 1999 ketika Israel diterajui Ehud Barrack manakala Satu Malaysia diperkenal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Antara persamaan ketara kedua-dua slogan itu ialah One Israel membawa tema People First manakala Satu Malaysia (Rakyat Didahulukan), selain mengadakan klinik percuma kepada rakyat Israel manakakala Malaysia memperkenal klinik Satu Malaysia.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Pakatan Rakyat kini hanya mempunyai 72 wakil pada sesi Dewan Rakyat ini.

Tetapi jumlah berkurangan itu tidak akan melenyapkan suara-suara Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Fitnah 2 : Mahkamah Dijangka Putuskan Bicara Dalam Perbicaraan Hari Ini

Posted: 06 Mar 2011 09:27 PM PST

Ditulis oleh Hadri Yaziz

KUALA LUMPUR : Mahkamah hari ini dijangka memberi kata putus perbicaraan dalam perbicaraan kes fitnah liwat 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan akan menentukan samada Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menerima permohonan peguambela mengenepikan barang-barang bukti kes yang dianggap penting untuk pertuduhan terhadap Anwar.

Zabidin sebelum ini menerima permohonan peguambela untuk membicarakan penolakan tepi barang kes yang didakwa diambil secara tidak adil ketika Anwar ditahan di lokap sel D9 IPK Kuala Lumpur pada Julai 2008.

Barang-barang tersebut termasuk berus gigi, botol air mineral, sehelai rambut dan sehelai tuala muka 'Good Morning'.

Mahkamah mendengar hujah yang dikemukakan Karpal Singh diikuti Timbalan Pendakwaraya (DPP), Datuk Yusof Zainal Abiden.

Karpal dalam hujahnya berkata penangkapan Anwar bercanggah menurut Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28A(1) Kod Prosedur Jenayah.

Karpal seterusnya mendakwa polis menahan Anwar tanpa asas walaupun beliau telah bersetuju untuk hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Minggu lalu Ketua Bahagian Siasatan Khas Bukit Aman, Superintenden Mohd Taufik Abdullah mendedahkan arahan untuk menangkap Anwar dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin.

Seramai 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dilengkapi senjata automatik dan 'balaclava' menahan Anwar 200 meter dari rumah beliau di Segambut pada 16 Julai 2008.

Peguam Sankara Nair yang bersama beliau ketika ditahan turun mengesahkan kejadian itu.

Sejurus penahanan itu, Anwar mendakwa turut dimalukan dua doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila dipaksa mengukur zakar dan bulu kemaluannya selain meminta sampel darah untuk ujian DNA.

Anwar walaubagaimana pun menolak permohonan doktor setelah mendapat nasihat peguam Sivarasa Rasiah kerana khuatir sampel DNA beliau akan dimanipulasi pihak tertentu sepertimana kes tuduhan liwat pertama pada tahun 1998.

Ketua Pembangkang itu menyifatkan tindakan polis menggunakan tipu helah untuk mendapatkan DNA bagi mensabitkan beliau dengan tuduhan liwat terhadap bekas pembantu Saiful Bukhari Azlan.

Karpal menambah tertuduh yang tidak berhasrat untuk memberi sebarang spesimen DNA untuk penfailan harus dilindungi.

Namun tindakan polis mengambil DNA tanpa pengetahuan tertuduh harus ditolak mahkamah.

"Ini adalah jelas 'profiling' DNA yang diperolehi oleh polis untuk mensabitkan beliau adalah tidak adil dan bertentangan (mengelirukan)," kata Karpal kepada mahkamah.

Turut didedahkan Jumaat lalu tiada waran tangkap ketika Anwar ditahan pada hari kejadian namun pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Periera hanya mengemukakan dokumen tersebut setelah sampai di IPK Kuala Lumpur.

Karpal berkata kepada mahkamah, individu yang ditahan tanpa waran harus dijelaskan asas penangkapan pada waktu dan tempat yang sama.

"Dalam situasi individu ditahan, beliau harus diberitahu secepat mungkin asas penahanan dan seharusnya dibenarkan untuk merujuk kepada peguam," jelas Karpal.

Karpal yang seterusnya meneliti waran tangkap tersebut mendapati ianya tidak konsisten dengan dokumen yang dikemukan dalam mahkamah.

Salinan waran tangkap itu tidak mengandungi tandatangan DSP Jude sepertimana salinan asal.

Namun DPP Yusof memohon kepada mahkamah untuk menerima barang-barang kes yang dinyatakan termasuk salinan waran tangkap sebagai bukti kes.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Yusof Zainal Abiden yang mengambil giliran mengemukakan hujah pagi ini berkata bahawa pihak peguambela gagal membuktikan barang yang diambil dari sel D9 IPKKL tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman adalah tidak sah.

Tambahnya, pihak yang ditahan di dalam lokap tidak mempunyai hak privasi untuk menahan sebarang bahan bukti diperolehi polis.

"Apabila tertuduh meninggalkan lokap maka beliau dengan sukarela meninggalkan bahan bukti," kata Yusof.

Justeru Yusof berkata penahanan Anwar pada Julai 2008 tiada kaitan dengan barang-barang yang diambil untuk pemprofilan DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan penganalisaan.

"Ekshibit tiada kaitan dengan penangkapan. Tiada muslihat dilakukan untuk memperdaya tertuduh supaya meninggalkan kesan pada barang-barang tersebut. Tiada kesalahan di situ.

"Adalah tiada alasan untuk mahkamah menolak keempat-empat barang yang ingin ditanda sebagai bukti," jelas Yusof lagi.

Mahkamah akan bersambung jam 2.30 petang.

S'jaya Diraja Mahu Pakar Psikiatrik Temubual Keluarga Teoh

Posted: 06 Mar 2011 09:23 PM PST

TVS NEWS


KUAL LUMPUR : Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock (RCI) hari ini mengarahkan tiga pakar psikiatrik menemubual rakan sekerja Teoh, anggota polis yang menjalankan soal-siasat dan anggota keluarga termasuk isterinya, Soh Cher Wei, untuk menentukan keadaan mental Teoh sebelum dia meninggal dunia.

Pengerusi suruhanjaya tersebut, Datuk James Foong berkata, Soh adalah saksi penting dalam kes itu.

"Setakat ini, tiada kenyataan (daripadanya), kita patut menelitinya," katanya, sambil menambah, ia dapat membantu siasatan suruhanjaya berkenaan.

Walaupun keluarga Teoh sebelum ini enggan ditemubual oleh pakar psikiatrik, Foong berkata, suruhanjaya akan berusaha untuk meyakinkan mereka.

Tiga pakar psikiatrik terdiri daripada dua dari hospital kerajaan bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan yang ketiga oleh Majlis Peguam.

Yang di-Pertuan Agong rasmi persidangan Dewan Rakyat penggal keempat

Posted: 06 Mar 2011 09:19 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDEER

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan Parlimen ke-12.

Terdahulu Seri Paduka memeriksa barisan kawalan kehormatan di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.

Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Ia turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Dewan Rakyat akan mula bersidang esok hingga 7 April.

MIED: Mahkamah benar injunksi sementara halang Samy tambah ahli

Posted: 06 Mar 2011 09:18 PM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam dan dua yang lain memperoleh injunksi sementara bagi menghalang Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED), yang dipengerusikan bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, daripada meneruskan agenda menambah bilangan ahlinya, hari ini.

Perintah injunksi itu diperoleh kira-kira sejam sebelum lembaga pemegang amanah MIED mengadakan mesyuaratnya di ibu pejabat MIC pagi ini.

Permohonan didengar selama satu setengah jam bermula 8.30 pagi tadi manakala lembaga tersebut mengadakan mesyuarat 11 pagi.

Permohonan itu dibuat oleh Subramaniam, ketua Pemuda MIC A. Vigneswaran dan dan bekas Adun Kedah Datuk S. Ganesan, yang juga ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC.

Mereka juga membuat permohonan minggu lalu meminta Samy Vellu dan seorang lagi pemegang amanahnya Tan Sri T. Marimuthu melepaskan jawatan mereka.

Ketika dihubungi peguam plaintif T Rajasekaran dan Vigneswaran sendiri mengesahkan pemerolehan perintah sementara itu.

"Setelah didengar selama satu setengah Hakim Datuk Mohd Arif Mohd Yusof membenarkan injunksi 'ad-interim' sehingga 14 Mac ini.

"Permohonan ini akan didengar pada 14 Mac (Isnin depan)," kata Rajasekaran ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya di bawah kebenaran itu lembaga pemegang amanah MIED tidak boleh meneruskan agenda membincangkan usaha menambah ahli.
Samy Vellu mahu menambah 10 lagi ahli dalam MIED.

Mesyuarat MIED diadakan pagi ini sementara beberapa pemegang amanahnya dijangka tiba lewat kerana berada di Parlimen sempena majlis pembukaan sidang penggal ketiga.

"MIED boleh mengadakan mesyuarat lembaga pemegang amanah tapi tidak boleh bincangkan agenda menambah ahli," kata Rajasekaran, salah seorang peguam plaintif.

Permohonan itu dibuat Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Vigneswaran berkata beliau berharap lembaga pemegang amanah MIED tidak meneruskan agenda menambah ahli.

"Dan, saya juga berharap MIED menggugurkan perkara ini sehingga satu AGM atau EGM diadakan kelak," kata bekas ahli Parlimen ini.

"Ini penting untuk menjimatkan kos perundangan. MIED adalah aset rakyat," katanya lagi.

Buku Jingga pemacu perubahan Malaysia

Posted: 06 Mar 2011 04:10 PM PST

Hafiz Zainuddin

Malaysia telah lama dalam dilema. Dilema ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang amat serius. Ia berlaku disebabkan ketamakan dan kelemahan pemimpin mengurus tadbir negara. Sehingga detik ini, rakyat Malaysia menanggung liabiliti yang terlalu besar. Kita sebagai rakyat dan pembayar cukai terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak memanfaatkan - malah amat merugikan negara.

Kesan daripada salah urus dan penyelewengan ini bukan sekadar sekarang malah akan melibatkan masa akan datang. Ibarat sebatang pokok yang cantik di luar tetapi dalamnya berlohong dimakan anai-anai dan kumbang. Menunggu masa untuk tumbang. Malangnya, rakyat Malaysia sentiasa dicandu dengan pelbagai janji dan harapan-harapan yang fantastik!

Atas kesedaran ini, Pakatan Rakyat prihatin-telah lama sedar dengan urus tadbir negara yang cacat. Demi memacu semula pertumbuhan ekonomi dan ketelusan pentadbiran, Pakatan Rakyat telah melancarkan Buku Jingga yang menggariskan agenda unggul 100 hari pertama pentadbiran di peringkat Persekutuan.

Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, Maljis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor telah berlangsung secara sederhana, semalam. Majlis ini turut memuatkan Pelancaran Buku Jingga peringkat Negeri yang telah dihadiri oleh kira-kira 1000 orang kakitangan kerajaan dan rakyat negeri Selangor. Turut hadir bersama ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Mohammed Khusrin Munawi.

Hasan Ali: Malam yang bererti buat rakyat

Dalam ucaptama majlis, EXCO Selangor Hassan Mohd. Ali menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor komited dalam menaik taraf kehidupan rakyat baik dari segi sosial maupun ekonomi. Beliau menyifatkan sambutan kali ini sebagai "malam yang sangat bererti buat rakyat". Buktinya telah pun dirasakan oleh rakyat dalam tempoh tiga tahun ini. Menurut Hassan lagi, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat adalah adil tanpa mengira faham politik, bangsa mahupun agama. "Ini janji kita kepada rakyat yang meletakkan amanah kepada Pakatan Rakyat memerintah selama tiga tahun".

Ujar Hasan Ali (gambar kiri) lagi, 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor merupakan "bayangan konsep", satu tahun pentadbiran merujuk kepada "bertapaknya sesebuah pentadbiran", tahun kedua ditafsir sebagai "agak laju" dan tahun ketiga merupakan "natijah-natijah yang dapat dilihat". Beliau menyifatkan sambutan tiga tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor pada kali ini sebagai "sambutan untuk keselesaan rakyat". Mengakhiri ucapan beliau, Hasan menyeru agar seluruh rakyat Selangor tanpa mengira agama berdoa agar Selangor terus sejahtera di bawah Pakatan Rakyat.

Khalid: Prestasi Kerajaan Negeri PR

"Rakyat Malaysia akan mendapat lebih nikmat dari sekarang sekiranya tidak berlaku kebocoran. Kebocoran oleh pentadbiran BN lebih besar dari bajet yang dicadangkan Buku Jingga!" Inilah yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ketika berucap di Maljis Sambutan Tiga Tahun Pakatan Rakyat Selangor dan Pelancaran Buku Jingga peringkat negeri.

Kebocoran ini menyebabkan rakyat menanggung beban yang sangat mahal. Beban-beban ini berselindung di sebalik kenaikan harga bahan api, kenaikan harga barang-barang keperluan, kenaikan cukai tertentu, pertambahan syarikat-syarikat GLC dan sebagainya. Hakikatnya, kemakmuran negara yang melimpah ruah cuma dirasai oleh sebahagian golongan tertentu sahaja. Keadaan sekarang menuntut kita untuk sedar. Kesedaran inilah yang akan memacu perubahan yang unggul, katanya.

Menurut Khalid (gambar kanan) lagi, ini tidak termasuk dengan usaha dan janji yang telah dilaksanakan di Selangor. Dengan dasar "Merakyatkan Ekonomi Negeri-hasil untuk rakyat", tanpa mendapatkan sokongan Pusat, Selangor mengorak langkah menaiktaraf kehidupan rakyatnya dengan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) bagi membantu golongan miskin luar bandar dan RM20 juta untuk Skim mikrokredit MiMBAR yang akan membantu masyarakat miskin di bandar. Wang ini menurut Khalid adalah hasil kutipan balik hutang tertunggak Syarikat Talam Corporation Berhad sebanyak RM321 juta. Selain itu Selangor juga telah menaikkan elaun guru-guru Kafa sebanyak RM500 sebulan. Ini menjadikan jumlah gaji RM1300 sebulan.

Tambah Khalid, banyak lagi usaha dan janji yang telah dilaksanakan antaranya adalah peruntukan RM 26 juta untuk sekolah-sekolah aliran agama dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di Selangor. Selain itu, penubuhan SELCAT pula merupakan usaha murni kerajaan negeri dalam memastikan urustadbir yang telus dan berkesan. Kerajaan negeri telah meluluskan Enakmen kebebasan maklumat Selangor yang akan membolehkan rakyat mengetahui bagaimana negeri Selangor ditadbir termasuk tatacara perbelanjaan hasil negeri. Dalam tempoh 1000 hari pentadbiran di Selangor, kerajaan Negeri berjaya membuktikan kesungguhan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Seng Giaw: Skandal PKFZ dengan Buku Jingga

Mendahului ucapan menteri besar, Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw menekankan bahawa Malaysia masih dalam masa peralihan. Rasionalnya, setelah sekian lama ditadbir oleh Perikatan kemudiannya BN, banyak "perkara yang tidak baik berlaku". Ia melibatkan isu-isu penyelewengan dan kebebasan.

Menurut Ahli Parlimen Kepong itu lagi, skandal PKFZ yang berjumlah hampir RM 12.5 billion lebih besar jumlahnya daripada apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga justeru fakta ini menempelak pandangan yang mengatakan bahawa perlaksanaan Buku Jingga adalah tidak relevan.

Tan Seng Giaw (gambar kiri) juga mendedahkan bagaimana salah urus projek-projek dalam RMK-9 di antara tahun 2006-2010. Sebanyak 3737 projek dilaksanakan, skan tetapi sejumlah 1673 projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya ini tertangguh (abundance). Ini merupakan sebuah "hasil" daripada urustadbir yang lemah juga memungkinkan penyelewengan wang rakyat yang besar. Beliau berkata bahawa perlaksanaan agenda dan dasar-dasar dalam Buku Jingga ini merupakan merupakan sebuah natijah untuk menyelamatkan wang rakyat.

Tan berkata, Pakatan Rakyat dilihat sudah layak menggantikan BN. Ia boleh di lihat dalam prestasi baik pengurusan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat telah menarik banyak pelabur asing untuk melabur. Selain itu, beliau juga menekankan agar golongan cerdik pandai diberikan tempat yang sewajarnya agar "tidak lari" ke tempat lain dan berpendapat agar mewujudkan sebuah suasana yang baik dan sesuai untuk golongan cerdik pandai agar kepakaran mereka boleh disumbangkan kepada pembinaan negeri seterusnya untuk Malaysia yang lebih baik.

Di akhir ucapan beliau, beliau sekali lagi menekankan akan kepentingan "accountable" dalam pentadbiran dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memberi mandat kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

Wan Azizah: Perkara 153 tidak disentuh

Isu demokrasi dan hak asasi telah diketengahkan oleh Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim. Dalam teks yang dibacakan, Wan Azizah antara lain menegaskan bahawa Pakatan Rakyat bertekad menyusun atur program transformasi dan reformasi sistem-sistem tertentu di Malaysia.

Menurut beliau lagi, antara dasar bersama Pakatan Rakyat adalah memartabatkan demokrasi, memperkasa ketuanan rakyat, memacu ekonomi negara yang mapan dan mewujudkan keadilan sosial serta hubungan kerajaan persekutuan dan negeri. Presiden Keadilan itu juga pada masa yang sama menegaskan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahan dan dimartabatkan. "Pakatan Rakyat memberi jaminan sepenuhnya perkara ini tidak disentuh atau dicabar," ujar beliau dalam ucapannya.

Pada masa yang sama, Wan Azizah (gambar kiri) sekali lagi menekankan pelaksanaan program 100 Hari pakatan Rakyat dalam usaha melakukan reformasi secara menyeluruh sistem urustadbir di Malaysia.

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Surendran: Mengapa Anwar Ibrahim dibicarakan?

Posted: 06 Mar 2011 04:08 PM PST

MERDEKA REVIEW

Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan.

Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara. Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun. Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka.

Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali.

Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka. Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau. Pada tahun 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa. Pada tahun 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.

Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim. Rakyat cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang. Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji. Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.

Tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama. Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang.

*Kenyataan media oleh N Surendran (gambar kiri) selaku Naib Presiden PKR.

Kuburkan Revolusi Jasmin: BN kembali yakin berdepan PRU

Posted: 06 Mar 2011 04:00 PM PST

MerdekaReview

Barisan Nasional berjaya membuktikan kepada pembangkang, bahawa benih Jasmin yang ditaburkan sepanjang dua pilihan raya kecil serentak ini, iaitu Merlimau dan Kerdau tidak berbunga. Meskipun keputusan PRK ini menyuntik keyakinan kepada BN untuk menghadapi PRU akan datang, namun pengkaji politik menjangkakan bahawa kebarangkalian PRU diadakan lebih awal tidaklah tinggi.

Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Phoon Wing Keong berkata, dari kaca mata BN, kemenangan kedua-dua PRK ini adalah penting, dalam konteks gelombang "Revolusi Jasmin" di Timur Tengah yang sedang mengombak. Perdana Menteri bersama Timbalannya telah cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa fenomena "Jasmin" tidak menular di Malaysia.

Dengan kemenangan besar BN di kedua-dua kawasan pengundian yang majoritinya terdiri daripada Melayu-Islam, UMNO boleh menyampaikan satu mesej kepada dunia Islam - berbeza dengan negara Timur Tengah yang sedang mengalami "fenomena Jasmin", UMNO-BN adalah kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyatnya untuk terus berkuasa.

Bagaimanapun, Phoon Wing Keong (gambar kiri) menganggap kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau adalah sesuatu yang dijangkakan. Ini kerana kawasan Selatan adalah kubu tradisional UMNO pada asalnya, dan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar sekadar membuktikan bahawa kuasa UMNO atau BN tidak tergoyah di kubu tradisionalnya.

Seorang lagi pengkaji politik, Wong Chin Huat berkata, sesungguhnya kemenangan secara besar-besaran dalam PRK serentak ini menunjukkan bahawa BN telah mengembalikan kuasanya di kubu tradisionalnya, tetapi ia kekal satu tanda soal sama ada gelombang BN ini bakal membadai kawasan bukan kubu tradisionalnya. Soalan ini hanya terjawab seandainya berlakunya satu PRK di "kawasan berisiko tinggi" untuk BN.

Selain itu, walaupun BN menang di tiga kawasan campuran, iaitu Kerdau, Ayer Merbau, dan Merlimau Pasir yang mana nisbah pengundi Cina-nya berada dalam lingkungan 23.8% hingga 48.9%, namun Wong Chin Huat menganggap keputusan ini tidak cukup untuk menunjukkan bahawa undi Cina telah kembali kepada BN. Ini kerana pengundi Cina bukan majoriti mutlak di kawasan pengundian tersebut, dan perlu dibandingkan dengan pengundi Melayu jikalau penilaian dibuat.

PR gagal pertahankan satu pertiga dalam parlimen?

Kedua-dua Wong Chin Huat dan Phoon Wing Keong menganggap kemungkinan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan PRU ke-13 dengan lebih awal, iaitu diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, adalah rendah.

Wong Chin Huat (gambar kiri) tidak menolak kemungkinan bahawa PRU ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, berikutan kemenangan besar BN dalam kedua-dua PRK ini, namun beliau menganggap adalah lebih mungkin PRU diasingkan dengan pilihan raya negeri Sarawak, jika dilihat kepada sikap Najib yang lebih berhati-hati.

Phoon Wing Keong pula percaya bahawa kerajaan BN tidak akan membubarkan parlimen secara tergesa-gesa, sebaliknya akan memerhatikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, sebelum memberi kata dua untuk PRU ke-13. Beliau menjangkakan bahawa PRU paling mungkin diadakan selepas pembentangan Belanjawan.

Menurut Wong Chin Huat ketika dihubungi MerdekaReview, seandainya PR gagal menunjukkan prestasi yang terserlah dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, maka ia mungkin melunturkan semangat PR, lantas memberi kesan langsung terhadap prestasinya dalam PRU.

Pelajar patah tangan dibelasah rakan sekolah

Posted: 06 Mar 2011 03:58 PM PST

BERNAMA

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Simpang Empat, dekat sini, patah tangan kiri akibat dibelasah rakan sekolahnya pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, patah lengan kiri, tulang bahu kiri terkehel dan luka di pipi kiri akibat dibelasah tiga pelajar dan dua daripada mereka adalah rakan sekelasnya.

Menceritakan kejadian itu, pelajar itu berkata dia sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup apabila ditarik keluar oleh seorang pelajar dan membawanya kepada 10 pelajar lain yang menunggu di bahagian bawah bangunan sekolah.

Bagaimanapun, katanya hanya tiga daripada mereka yang bertindak memukulnya.

"Saya hanya mampu menahan kesakitan dan setelah dipukul ada rakan membantu membawa saya masuk ke kelas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Simpang Empat Syed Kassim hari ini.

Katanya namun dia tidak memberitahu guru kelas mengenai kejadian itu apabila masuk semula ke dalam kelas.

Muhamad Shahfaly berkata dia percaya motif dirinya dipukul disebabkan dendam kerana selaku ketua tingkatan dia sering melaporkan kepada guru mengenai masalah disiplin pelajar kelasnya.

Bapa pelajar itu, Anoar Ahmad, 38, berkata beliau terkejut melihat keadaan anaknya yang sedang menahan kesakitan semasa menjemputnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya beliau kemudian terus memaklumkan kepada pihak sekolah dan membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat pukul 7.30 malam.

"Saya membawa anak saya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati lengan kiri anak saya patah," katanya.

Muhamad Shahfaly menerima rawatan di HTF selama satu hari dan dibenarkan keluar pada Sabtu dan diberi cuti sakit selama 11 hari.

Katanya itu merupakan kali kedua anaknya dibelasah oleh pelajar sekolah itu, dan kali pertama pada tahun lepas tetapi anaknya tidak mengalami kecederaan serius.

"Saya berasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan pentadbiran sekolah dan guru harus bertanggungjawab ke atas kejadian," katanya yang mahu menukarkan anaknya ke sekolah lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin ketika dihubungi berkata polis sudah menahan reman empat pelajar bagi membantu siasatan kes itu.


Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim

Posted: 06 Mar 2011 03:56 PM PST

MALAYSIA KINI

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.

"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.

Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

azlan"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.

Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".

Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini.

Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.

Sementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum.

Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi.

Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.

Hassanuddin: Sedih cuma sementara

Posted: 06 Mar 2011 03:44 PM PST

Jimadie Shah Othman

Calon PAS Hassanuddin Salim berkata beliau hanya akan sedih buat sementara waktu sahaja ekoran kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kerdau hari ini.

"Saya sedih cuma sementara waktu. Tetapi saya akan bergerak lebih jauh," katanya yang masih mampu ketawa dalam sidang media di markaz induk PAS di Kerdau hari ini.

azlanBekas kontraktor untuk projek berskala besar itu juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada petugas Pakatan Rakyat dan media yang membantu sepanjang tempoh berkempen.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN," katanya sambil menasihatkan Syed Ibrahim Syed Ahmad supaya berkhidmat dengan baik seperti yang dijanjikan.

Calon BN tersebut memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu juga mencatatkan 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.

Kaum India Bekerja Di Estet ,Saranan Presiden MIC Tidak Relevan - Muthiah

Posted: 06 Mar 2011 03:39 PM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM: Adun Bukit Melawati, Muthiah a/l Maria Pillay membidas kenyataan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang meminta kaum India kembali bekerja di estet milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) jika mereka gagal menyesuaikan diri di bandar.

Menurut Muthiah, beliau tidak menyokong tindakan ini kerana gaji yang diberikan sekadar RM 700 sedangkan gaji minima untuk kawasan luar bandar sepatutnya RM 1,500 berikutan kenaikan harga dan kos hidup yang semakin tinggi.

"Dia kata masuk semula ke kawasan luar bandar tetapi kemudahan masih tidak cukup. Jangan kerana baru nampak dua tiga estet milik GLC yang ok dan berkata boleh. Menteri atau timbalan menteri sepatutnya menekankan untuk memberikan perkhidmatan kepada semua orang dalam semua estet. Boleh dia beritahu berapa estet GLC yang ada? " ujar Muthiah.

Beliau menambah, tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak untuk bekerja asalkan gaji yang diberikan setimpal dan segala kemudahan asas yang diperlukan dapat disediakan dengan baik.

"Kalau mereka prihatin dengan kebajikan pekerja, tidak kisah untuk bekerja dimana-mana. Tetapi bukan hanya cakap mulut sahaja. Sudah berapa lama mereka berkata begitu. Dulu mereka kata keluar dari estet tidak mengapa, sekarang mereka kata masuk balik estet tapi keadaan mesti lebih baik," katanya.

Selain itu, Muthiah menggesa kerajaan agar gaji minima RM 2,500 diberikan kepada penduduk di kawasan bandar dan RM 1,500 untuk kawasan luar bandar memandangkan peningkatan kos hidup serta kenaikan harga barang kini yang ternyata membebankan pengguna.

"Sekarang harga barang tinggi. Apabila keluar melibatkan penggunaan petrol. Harga barangan makanan turut tinggi. Kalau hidup di kawasan bandar, mereka harus mendapat RM 2,500 baru boleh hidup. Mereka hanya boleh mendapat makanan atau vitamin yang baik, tetapi bukan yang terbaik," katanya.

G. Palanivel berkata demikian memandangkan taraf kehidupan pekerja ladang kini semakin baik berikutan keputusan kerajaan menaikan kadar upah minimum pekerja ladang kepada sekurang-kurangnya RM 700 sebulan.

Sesi panas dijangka warnai Dewan Rakyat

Posted: 06 Mar 2011 03:38 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Selepas berlaku kekecohan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Disember lepas yang menyaksikan empat anggota Parlimen pembangkang digantung kehadirannya, sesi Dewan Rakyat ini mungkin hangat.

Pertelingkahan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengenai beberapa isu dijangka berterusan selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan mesyuarat sesi keempat Parlimen ke-12 esok.

Dengan pilihan raya umum menjelang tiba, Dewan Rakyat adalah satu forum di mana pembangkang menggunakan, malahan tanpa keempat-empat anggota Parlimen yang digantung selama enam bulan itu — Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang), Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Satu isu yang akan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat sebulan ini ialah keputusan kerajaan membeli enam buah Kapal Tempur Pesisir dengan harga RM6 bilion, di mana pembangkang mendakwa harganya terlalu tinggi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji untuk menjawab sepenuhnya dakwaan itu, di mana penganalisis pertahanan berkata ia menunjukkan kejahilan mengenai jenis kapal laut yang berlainan dan peningkatan kos untuk membinanya.

Isu lain yang akan dibangkitkan oleh pembangkang ialah pengagihan ekuiti Bumiputera, dengan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendesak agar mengumumkan penerima-penerima saham yang diperuntukkan berjumlah RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Saifuddin, anggota Parlimen PKR Machang berkata beliau akan membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pengagihan skim itu.

Novel Interlok untuk pelajar tingkatan lima adalah satu lagi isu yang dijangka hangat pada sesi ini sungguhpun kerajaan telah mengatakan bahawa bahagian-bahagian yang dianggap oleh masyarakat India sensitif akan dipinda.

Dua rang undang-undang utama akan dibentangkan, satu untuk menyelaras dan menentukan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta dan satu lagi untuk memperluaskan "penerbitan" untuk memasukkan kandungan multimedia.

Pembangkang kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

Gobalakrishnan memberikan tamparan hebat kepada penasihat PKR, Anwar, sebelum beliau meninggalkan parti itu.

Dengan empat anggota digantung, pembangkang akan hanya mempunyai 72 pada sesi Dewan Rakyat ini.

Tetapi jumlah berkurangan itu tidak akan menlenyapkan suara-suara mereka — memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Pelajar terjatuh di Gua Kelam

Posted: 06 Mar 2011 03:36 PM PST

BERNAMA

PADANG BESAR — Seorang pelajar tergelincir dari laluan pejalan kaki setelah memanjat sebuah bukit di Gua Kelam dekat sini semalam.

Namun Khairul Rafiuddin Isa, 26, dari Bertam Hulu, Melaka bernasib baik kerana tersangkut pada sebatang pokok kecil dan pengsan seketika.

Setelah sedar, pelajar tahun empat jurusan Kejuruteraan Perhubungan sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba melalui telefon bimbitnya.

Beliau kemudiannya ditemui oleh pasukan bomba sukarela Felcra Lubok Sireh dalam keadaan letih pada pukul 4.30 petang sebelum dibawa keluar dari situ pada pukul 7 malam.

Mereka menggunakan tali untuk menyelamatkannya kerana beliau tidak berdaya untuk bergerak.

Khairul Rafiuddin berkata beliau berjoging seorang diri kira-kira 3 petang di sekitar Gua Kelam dan memanjat sebuah bukit setinggi 110 meter sebelum tergelincir.

Menurutnya batu yang dipegangnya untuk memanjat terjatuh dan turut menimpa kepalanya.

Beliau cedera di kepala, lengan dan bahu.

DUN Merlimau: Saya akan pantau Roslan, kata calon PAS

Posted: 06 Mar 2011 03:33 PM PST



Calon PAS Yuhaizat Abdullah ketika mengunjungi pusat pengundian di Merlimau . — Foto oleh Jack Ooi

JASIN — Walaupun tewas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, namun calon PAS Yuhaizat Abdullah tidak sedih mahupun kecewa, sebaliknya berjanji akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan segala janji ditaburkan Barisan Nasional (BN) ditunai.

Yuhaizat tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

Beliau mendapat 2,319 manakala Roslan memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.

"Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan," kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

"Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

"Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Adly Zahari berkata banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu "bedah siasat" akan diadakan bagi mencari punca-punca pihaknya kalah.

"Kita akan buat analisis, setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah.

"Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS," katanya.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut dan agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat BN itu.

Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.

Tiada ulasan: