Jumaat, 4 Mac 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Temubual bersama Raja Petra

Posted: 04 Mar 2011 02:27 AM PST

UMNO/BN mainkan sentimen ugama dan perkauman

Posted: 03 Mar 2011 09:42 PM PST

Barisan Nasional perlu bekerja lebih kuat di kerusi Melayu untuk kekal berberkuasa. Mereka tahu bahawa undi Cina dan India adalah undi pembangkang.

Mereka akan membangkitkan isu-isu perkauman dan agama untuk menakut-nakutkan orang terutamanya Melayu dan Cina supaya menyokong Barisan Nasional.

Umno /MCA berkata, jika PAS berkuasa habis nanti tangan dan 'anu' orang Cina kena potong! Mereka berharap Cina akan menjadi takut dan meninggalkan DAP.

Umno /MCA menurunkan mertabat Islam hanya untuk 'memotong tangan' dan 'memotong anu' Begitulah tanggapan Umno /MCA mengenai Islam!

Apakah semua Cina itu perompak bank ? Apakah kita akan melihat setiap Cina di Malaysia tanpa tangan apabila PAS berkuasa?

Apakah tidak ada seorang Cina yang jujur di Malaysia dan semua Cina akan pergi ke kubur mereka tanpa tangan?

MCA pun berkata bahawa Cina harus menolak DAP kerana DAP bekerja dengan PAS dan PAS menyokong Negara Islam.MCA berkata bahawa mereka juga tidak menyokong Negara Islam.

UMNO pula berkata bahawa orang Melayu harus menolak PAS kerana PAS bekerja sama dengan DAP dan DAP tidak suka Islam dan menyokong negara sekular.

Kepada orang Melayu, UMNO mengaku memperjuangkan Islam dan tidak menyokong negara sekular.

Kepada orang Melayu, UMNO kata ia tidak menyokong Negara Sekuler , kepada Cina, MCA mengatakan ia tidak menyokong Negara Islam. MCA dan UMNO adalah dua parti terkuat yang mendokong Barisan Nasional. Jadi apa sebenarnya yang Barisan Nasional sokong?

Jelas bahawa Barisan Nasional memainkan sentimen perkauman dan ugama untuk meraih sokongan.

Kita berharap Cina tidak bodoh dan terpedaya dengan hasutan dan dakyah UMNO/MCA.Orang Cina patut ketahui bahawa mereka, dari kalangan UMNO/MCA yang berkuasa dan melakukan salah kuasa yang sepatutnya tidak suka PAS berkuasa.

Kita menyeru agar masyarakat Cina, India dan Melayu memilih PAS mendapatkan kuasa supaya para penjenayah kolar putih yang kebanyakannya adalah mereka yang pernah berkuasa dan sedang berkuasa dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Bagaimana pun, PAS hanya bertanding 60 kerusi sahaja.Dan PAS perlu 150 kerusi untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.

PAS menyedari bahawa mereka tidak mampu mengubah Perlembagaan Persekutuan jika mereka memenangi semua 60 kerusi mereka - dan mereka tentunya tidak pernah mampu memenangi kesemua 60 kerusi tersebut!

Oleh itu PAS perlu bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam bentuk satu permuafakatan Pakatan Rakyat.

PAS tidak boleh berseorangan menentang Barisan Nasional yang terdiri dari pelbagai parti.Begitu juga DAP dan PKR.

Terbentuknya kerjasama Pakatan Rakyat inilah yang menggerunkan Barisan Nasional; maka itu mereka berusaha untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan memainkan sentiment perkauman dan agama.

Gambar-gambar terkini di Libya

Posted: 03 Mar 2011 06:02 PM PST

Benghazi adalah bandar kedua Libya, antara kawasan yang dikuasai pejuang selepas berjaya mempertahankannya dari serangan penyokong Gaddafi. Seorang pejuang menembak keudara semasa mengawal di pintu masuk lapangan terbang Benghazi.

Sebuah kereta terbakar di Benghazi sementara kuasa dunia memperkuat tekanan keatas rejim Gaddafi dan US mendesak komuniti antara bangsa bekerjasama untuk membantu menghentikan pertumpahan darah.

Situasi bertukar kepada belas kemanusian yang memcemaskan bilamana Tunisia dibanjiri para pekerjanya sendiri yang kembali dari Libya, beserta yang lain-lain dari Mesir dan tempat lain.

Sebuah keluarga memasuki Tunisai dari Libya sedang menunggu di persempadanan Ras Jedir.

Gambar menunjukan orang awam yang dalam kelaparan di Ras Jedir, sedang menunggu roti dan minuman dicampakan kepada mereka.

Para demonstran memijak-mijak satu poster Gaddafi di bahagian timur bandar Libya, Benghazi

Mereka ini sedang menyediakan kubur untuk mangsa korban perang saudara di Benghazi.

Kapal pengangkutan Navy Turki ,TCG Iskenderun, membawa orang awam dari Libya, melayari laut Mediterranean menuju pelabuhan Marmaris.

Seorang demonstran membakar karikatur Gaddafi semasa demonstrasi di hadapan kedutaan Libya di Managua, Nicaragua.

US menggerakan kapal perang dan pengankut pesawat ke lautan Mediterranean dekat Libya ditengah-tengah pergolakan sekarang.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka siasatan ke atas Gaddafi

Posted: 03 Mar 2011 04:34 PM PST

Majlis Keselamatan sebelum ini telah mengenakan sekatan terhadap Gaddafi.Kini Mahkamah Jenayah Antarabangsa pula akan menyiasat kes pembunuhan warga awam oleh pasukan Gaddafi selama pemberontakan Libya.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengatakan akan membuka siasatan formal kemungkinan berlakunya jenayah terhadap kemanusiaan di Libya.

Luis Moreno-Ocampo, pendakwaraya ICC, memutuskan untuk memulakan penyelidikan pada hari Rabu selepas "pemeriksaan pendahuluan dari maklumat yang sedia ada."

Pengumuman tersebut sebagai reaksi segera keatas tindakan tentera Muammar Gaddafi melakukan kekerasan terhadap demonstran anti-kerajaan .

Biasanya,pendakwaan sering mengambil masa berbulan-bulan ,bahkan bertahun-tahun untuk memutuskan sama ada akan membuka siasatan jenayah perang .

ICC terdahulunya mengatakan bahawa ia telah berhubung dengan beberapa pegawai tentera Libya untuk mengumpul maklumat tentang kematian warga awam selama pemberontakan dan berjanji "tidak memaafkan" bagi siapa saja didapati melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

"Maklumat menunjukkan bahawa pasukan yang setia kepada Presiden Muammar Gaddafi yang menyerang orang awam di Libya. Hal ini boleh merupakan jenayah terhadap kemanusiaan dan harus dihentikan," kata Moreno-Ocampo .

"Tidak akan ada pengampunan bagi para pemimpin yang terlibat dalam jenayah tersebut," katanya.

Tiada ulasan: