Jumaat, 4 Mac 2011

Ajijoi

Ajijoi


Perang ceramah Umi Hafilda dan Anwar

Posted: 04 Mar 2011 09:40 AM PST



Bagaimana ceramah Umi Hafilda? Jom tengok

Ceramah Anwar Ibrahim di Kerdau

Posted: 04 Mar 2011 09:38 AM PST


Samseng ancam ceramah Pakatan Rakyat di Merlimau

Posted: 04 Mar 2011 09:33 AM PST

Yuhaizad Abdullah terima sms daripada Geng Jebat Derhaka

Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah (gambar bawah, tengah) bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.

"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.

Dalam laporan polisnya, Harun Mohamad mendakwa dirinya menerima sms ini pada jam 7.20 petang 3 Mac, ketika beliau berada di bilik gerakan PAS Merlimau. Beliau percaya bahawa sms ini datang daripada pihak UMNO, kerana beliau juga menerima satu sms daripada nombor tersebut, sebelum ini, berbunyi, "TPM bayau makan minumnya di chinchin supaya halal dan dia x amik kesempatan bukan macam nik aziz...naik haji pun nak free..nak org sponsor..itu rasuah namanya dan tak ikut sunnah nabi..sah ke hajinya?"

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ketua Polis Melaka bahawa tuduhan pemimpin PR diserang tidak berasas, menekankan bahawa sms berbaur ugutan itu dihantar melalui nombor telefon tertentu, dan polis harus menyiasat dalam hal ini. Dalam satu sidang media tadi, Salahuddin Ayub berkata dirinya mengesyaki bahawa Geng jebat derhaka dilindungi, malah diupah oleh pihak tertentu.

Shamsul Iskandar: Kereta Anwar diserang

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar telah membuat laporan polis pada 12.30 tengah hari ini, bahawa kereta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim diserang pada 2 Mac ketika beredar selepas ceramah di Jalan Pahlawan.

Menurut Shamsul Iskandar (gambar kiri, kiri), kereta Anwar melalui Jalan Merlimau/Batu Gajah, di mana terletaknya beberapa bilik gerakan UMNO-BN. Kereta Anwar telah diserang dengan benda-benda yang keras, sehingga kemek pada bahagian depan kereta. Kereta yang menyusul di belakang kereta Anwar pula dipecahkan kaca belakangnya, dan kemek pada bahagian pintu kanan.



sumber: Merdeka Review

Seharian bersama DS Nizar di Kerdau - 3 Mac 2011

Posted: 04 Mar 2011 06:07 AM PST

Perjalanan kempen calon Pas di N.28 Kerdau, Hassanuddin Salim pada 3 Mac 2011 ditemani seorang pimpinan yang begitu diminati walau kemanapun beliau pergi. Aura yang beliau miliki disenangi oleh 1Malaysia, iaitu pelbagai bangsa dan keturunan. Mari kita ikuti jejak kempen calon Pas ini bersama orang yang dimaksudkan tadi, Datuk Seri Haji Nizar Jamaluddin.

Hassanuddin berkunjung kepenempatan kaum India

DS Nizar begitu bersemangat berkempen biarpun orang berkenaan mengenakan t-shirt BN

Begitu senang hati sekali apabila calon berkunjung kerumah

Sesiapa saja pasti disapa

Tidak ketinggalan juga yang sedang memasang bendera BN

Kini rombongan kempen tiba diperkampungan Melayu. Kehadiran calon dan DS Nizar disambut gembira

Airmata tidak dapat ditahan lagi bila menceritakan keperitan hidup

Yang susah dibantu, yang kurang upaya diampu

Ramai warga tua yang dhaif dan sakit di Kerdau. Tuan rumah berasa gembira menerima kunjungan Hassanuddin

Berbincang mengenai keadaan penduduk kampung

Si kecil pasti tidak lepas daripada perhatian DS Nizar. Rindu cucu ke Datuk Seri?

Daripada pengamatan dan pengalaman saya mengikutinya, kemana saja, DS Nizar akan pergi bersalam dengan sesiapa jua sehinggakan kebelakang gerai untuk bertemu dengan orang ramai. Apatah lagi dengan pihak berkuasa, beliau begitu menghargai dan menghormati pengorbanan setiap anggota yang menjaga keselamatan kita

Anak muda ini sedang dititipkan semangat untuk menegakkan keadilan oleh DS Nizar

Hassanuddin dan isteri tiba untuk menghadiri Majlis Makan Malam Demokrasi anjuran masyarakat Tionghua

Kehadiran beliau disambut mesra

Baik yang tua,

mahupun yang muda,

mengenali, menyokong dan mengharapkan kemenangan calon Pas ini

Ucapan yang penuh semangat oleh DS Nizar

Hassanuddin punya perwatakan yang digemari dan disenangi ramai termasuklah daripada kaum Tionghua

Ucapan daripada Pengarah Pilihanraya PAS Dun Kerdau

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memang dikenali ramai di Pahang

Sambutan meriah buat rombongan kempen calon Pas

Hassanuddin menurunkan tandatangan pada poster bertulisan kaligrafi Cina

Ramai wartawan dan juga pihak media dimeja utama calon

Calon dan isteri yang menjadi tumpuan ramai

Dimeja utama sedang menikmati makan malam

Kehadiran yang ramai sehingga melebihi jangkaan

Pelbagai kaum menyatakan sokongan dan menaruh harapan buat calon Pas

Isteri calon juga punya peranan tertentu didalam berkempen

Setibanya ditempat ceramah, kehadiran mereka dikesan oleh calon. Siapa mereka? Jika anda melihat orang-orang yang seperti ini, berbeg galas dengan kamera dan videocam, pilih sudut-sudut terpencil, itulah SB. Tugas mereka adalah merakam ceramah dan mengambil butiran dan laporan tentang kehadiran, isi dan isu ceramah dan sebagainya.

Ehem..ehem. Tak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang (lelaki) dah tahu siapa dia

Hassanuddin memberikan ucapan beliau diceramah kelompok bersama YB Nurul Izzah

Diceramah kelompok yang berasingan pula, penceramah yang kelihatan garang dan penuh emosi ini sebenarnya punya peribadi yang TENANG. Bekas calon yang menegakkan hukum bersalam antara bukan Muhrim, Cikgu Normala

Daripada wajah manis penuh senyuman yang menampakkan keTENANGan ini, perjalanan kempen calon PAS di Kerdau kini berada dilandasan yang betul. Bulan purnama bakal bersinar di Kerdau? Tungguuuu

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi

MB Pahang masih membisu tentang isu-isu dilontar Pas

Posted: 04 Mar 2011 05:55 AM PST



MB Pahang, Adnan Yaakob masih membisu untuk menjawab segala isu-isu yang dilontarkan mengenai pentadbirannya.

Inilah corak kepimpinan Umno, jangan kata nak berdebat, nak menjawab isu pun tak reti. Beliau buat-buat bodoh, ataupun sememangnya BODOH.

Berlainan dengan pimpinan PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kelihatan lebih cerdik dan layak sebagai Menteri Besar jika dibandingkan dengan MB mencarut Umno tersebut.

Umno juga nampaknya semakin gelisah dan resah dengan kempen mesra yang dilakukan Pas di Kerdau ini sehinggakan budaya samseng dipraktikkan mereka disini. Banyak bendera, poster, banner dan billboard yang dipasang Pas didapati hilang. Tindakan tidak bertamadun ini begitu dikesali dizaman canggih dengan teknologi digital ini. Malaysia maju pada tahun 2020? Selagi Umno memerintah, jangan haraplah.

Kempen N.28 Kerdau - 2 Mac 2011

Posted: 04 Mar 2011 03:39 AM PST

Hassanuddin Salim tetap berstamina sepertimana hari pertama berkempen, malah lebih bersemangat lagi dengan sokongan dan dokongan isteri tercinta.

Jentera kempen beliau juga bertambah rancak hari ini apabila aura Datuk Seri Nizar mula menyinar di Kerdau. Kehadiran Datuk Seri Nizar bagaikan angin yang meniup kencang layar agar kapal berlayar dengan lebih laju dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Kumpulan UPU Jengka 25, sedia berkhidmat bersama bakal YB Kerdau

Memberikan sedikit taklimat pagi sebelum memulakan kempen

Datuk Seri Nizar yang tiba bersama Ustaz Misbah

Kunjungan Datuk Seri Nizar ke Kerdau amat dihargai calon

Ayah kepada anak gadis ini mengadu kepada Hassanuddin tentang masalah anaknya yang mempunyai masalah jantung berlubang dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM30,000

Muslimat juga berkempen dari rumah ke rumah

Banyak permasalahan yang diadukan kepada Hassanuddin oleh penduduk kampung ini

Baju dan belon belum boleh menentukan undinya kepada siapa. Sebab itu calon perlu bertemu semua pengundi, tidak kira daripada parti mana sekalipun

Bilik gerakan BN juga ditinjau oleh calon Pas. Lengang je bang, ramai kerusi dari orang

Kerdau ni kecil je, pusing-pusing, jumpa muka tu jugak

Kedhaifan warga Kerdau boleh dilihat dimana-mana. Bila ditanya, banyaklah masalah yang akan dilontarkan. Dah berapa tahun tak ada wakil rakyat disini, makcik?

Lagi bilik gerakan BN diterjah Hassanuddin. Seperti biasa, banyak bendera dari orang

Kan dah kata, muka ni lagi...

Berlainan parti, tetapi tetap bersaudara

Kenal tak yang pakai t-shirt tu? Itulah 'Pak Jabit' daripada Kg Pisang. Alah...yang berlakon filem 'Zombi Kg Pisang' dan yang terbaru 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Man Kadir adalah orang kuat PKR Kuala Krau dan sekarang sedang berkempen untuk calon Pas di Kerdau ini

Hassanuddin di ceramah kelompok

Kelompok yang besar

Calon di pentas ceramah kelompok yang lain pula

Sdr Saifuddin Nasution, MP Machang dan Setiausaha Agung PKR sedang memberikan ceramah

"Mengikut pemerhatian saya, di dalam pilihanraya juga ada zombi. Zombi itu dipanggil pengundi hantu. Hantu Kak Midah juga sedang berkeliaran di Kerdau ini sebab itu Hantu Kak Midah belum balik rumah." Pak Jabit juga berceramah. Orang Kg Pisang kata, dia pantang dapat mikrofon...

Kehadiran ramai orang ke ceramah Pas telah membuatkan iri hati pihak Umno sehinggakan timbul isu pentas ceramah yang terlalu hampir didalam berita tv9

Hassanuddin serius menangani masalah warga Kerdau apabila dipilih sebagai wakil rakyat disini kelak

Payah Umno nak kumpulkan pendengar sebegini ramai diceramah mereka, sebab itu timbulkan isu ceramah terlalu hampir, bunyi speaker terlalu kuat dan macam-macam mak nenek lagi

Kata-kata daripada DAP Pahang buat warga pengundi Kerdau yang menyentap sanubari Umno. Cuaca semakin cerah buat Pas di Kerdau

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi

Wanita bertudung merah menuduh wanita bertudung merah

Posted: 04 Mar 2011 03:15 AM PST



Wanita Umno perlu muhasabah diri tentang ahli tempatan mereka di Kerdau yang sebelum ini tidak berpuas hati kerana permintaan mereka untuk meletakkan wanita sebagai calon BN di Dun Kerdau tidak dilayan sebelum menuduh sesuatu yang tiada bukti.

Hamidah Osman menuduh sekumpulan wanita bertudung merah telah berkempen dari rumah ke rumah dengan meminta warga Kerdau memberikan undi kepada calon Pas sebagai tanda 'undi protes' terhadap Umno/BN. Dan kumpulan wanita bertudung merah tersebut dikaitkan dengan Pas melalui gambar banner 'undi protes' yang didakwa daripada Pas.

Tidak mustahil jika kumpulan wanita bertudung merah tersebut memang benar-benar Wanita Umno tempatan yang tidak berpuas hati kerana bukan calon wanita yang dipilih sepertimana yang diminta oleh Shahrizat Jalil.

Jika isu tudung yang dibangkitkan, sila perhatikan betul-betul, tudung Umno samakah dengan tudung Pas?

Tidaklah cerdik namanya apabila menyembur racun nyamuk dicelah almari yang gelap apabila nyamuk yang menggigit (apa yang patut) sebenarnya berada di dalam kain sendiri.

Ceramah YB Saari Sungib & Haji Anuar Tahir

Posted: 03 Mar 2011 03:34 PM PST


YB SAARI SUNGIB & HAJI ANUAR TAHIR

Berceramah di
Markaz PAS Pengkalan Pegoh, Ipoh
5 Mac 2011 (Sabtu)
9.00 Malam

Semua di jemput hadir

Tiada ulasan: