Jumaat, 4 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kereta Anwar dikepung dan dibaling batu

Posted: 04 Mar 2011 06:02 AM PST

Rusly Yasmin

TEMERLOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengecam tindakan ganas yang didakwa dilakukan petugas Umno BN dengan mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Datuk seri Anwar Ibrahim semalam.

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.

Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan.

"Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau.

Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.

"Kami mengecam perbuatan biadap dan tidak bertamadun penyokong Umno BN tersebut yang jelas bukan sahaja melanggar tatasusila bangsa malah bersalahan dengan undang-undang.

"Pilihanraya sewajarnya diraikan sebagai pesta demokrasi namun Umno kelihatannya tidak menjadi matang dan meletakkan diri di tingkat paling bawah," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, walau apa sekalipun provokasi yang dibuat pihak lawan, petugas Pakatan Rakyat tetap tidak akan termakan.

Belaiu turut berterima ekoran tindakan pantas pihak polis menyuraikan para penyokong BN yang menunggu rombongan Datuk seri Anwar Ibrahim keluar dari jengka 22.

Dedahkan segala penyelewangan dan pengkhianatan Umno

Posted: 04 Mar 2011 02:53 AM PST

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad memberitahu PAS akan mendedahkan segala penyelewengan dan pengkhianatan Umno terhadap Melayu sejak memerintah negara 54 tahun. Katanya, selama ini PAS bertahan dengan serangan bertubi-tubi jentera Umno kononnya kuasa politik orang Melayu akan terhakis jika orang Melayu menyokong PAS yang bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita akan pastikan jentera kita menyerang Umno dengan mendedahkan segala penyelewengan dan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu sejak kemerdekaan negara 54 tahun lalu.

"Kita akan gunakan modal kempen ini bagi mempastikan orang Melayu tidak tertipu lagi dengan pujuk rayu dan janji manis Umno," tegasnya.

Kenyataan beliau itu dikeluarkan selepas Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Dalam konvensyen itu, saya juga tertarik dengan cadangan bekas Ahli Parlimen Jeli, Afandi dalam seminar tersebut supaya PAS menyerang Umno habis-habisan perihal pengkhianatan mereka terhadap orang Melayu. Kemukakan bukti-bukti pengkhianatan Umno sepanjang mereka berkuasa.

Di hadapan kita berlangsung dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau. Kedua-keduanya PAS berhadapan dengan Umno. Kerdau lebih istimewa kerana di samping undi Melayunya hampir 90 peratus, calon yang dikemukakan BN pula seorang ulamak lulusan Al-Azhar yang berkopiah.

Di atas kertas, tiada siapa terfikir bahawa PAS boleh menang. Kuasa mutlak Allah SWT untuk memenangkan hak jika Dia mahu tiada siapa boleh pertikai. Tapi manusia biasa lebih selesa untuk bercakap mengikut hukum akal yang lebih kuat untuk mengatakan PAS sukar untuk menang.

Naib Presiden PAS membayangkan bahawa penurunan majoriti BN untuk kedua-dua kawasan DUN tersebut sudah boleh dianggap 'kemenangan'. Jika demikian halnya, maka kenyataan Ustaz Idris supaya PAS menyerang Umno dengan mendedahkan pengkhianatan Umno dalam kedua-dua PRK itu sangat baik untuk menguji sama ada senjata itu berkesan.

Dalam banyak PRK sebelum ini PAS dan Pakatan Rakyat sangat berhati-hati dalam mengatur gerak ofensif. Macam di Tenang, sampaikan ada tempat petugas diingatkan jangan tonjolkan logo PAS. Cermat sungguh untuk menjaga pengundi supaya 'tidak terluka' tapi hasilnya belum seperti yang diharapkan.

Pakar perang saraf dan propaganda yang paling baik di dunia datangnya dari Yahudi. Banyak parti politik, kerajaan dan pemimpin dunia, bahkan para diktator pun menggunakan konsultan Yahudi dalam mencantikkan imej mereka. Kerajaan pimpinan Najib dan Umno menggunakan khidmat APCO juga adalah sebuah syarikat Yahudi.

Joseph Hitler dan Yahudi adalah berseteru, tapi kaedah perang saraf mereka terhadap musuh adalah sama iaitu mecipta persepsi buruk terhadap seseorang atau pihak yang mahu dijatuhkan dengan imej yang disanggahi oleh orang itu. Contohnya mudah, jika pemimpin itu terkenal sebagai seorang anti rasuah, maka dakwa dia atas tuduhan rasuah dengan bukti yang diciptakan. Teori tersebut berkesan apabila dipraktikkan dalam banyak kes. Imej pemimpin itu akan ranap berkali ganda dari jika mereka menggunakan isu biasa.

Lihat saja sejak Najib menjadikan syarikat Yahudi sebagai konsultan, serangan mereka terhadap PAS, DAP dan KeADILan adalah istiqomah menurut jajaran teori tersebut. Bagi PAS yang memperjuangkan Islam maka serangan mereka berupa 'pembuktian' bahawa PAS tidak Islamik dalam banyak kes di samping mengetepikan matlamat mewujudkan negara Islam. Bagi KeADILan, tonjolkan ketidakadilan mereka dalam parti, seperti kacau bilau dalam pemilihan dan pelasanaan peraturan yang tidak adil. Manakala bagi DAP yang berlandaskan demokratik dan meritokrasi, maka mereka 'membuktikan' DAP parti perkauman, pilih kasih terhadap bangsa dan anti Melayu. Adakah strategi mereka berkesan? Jika tidak berkesan, masakan undi Melayu beralih dengan banyak selepas PRU 12.

Nah, jika Umno adalah parti yang lantang memperjuangkan bangsa Melayu maka serangan terhadap mereka tentunya senarai pengkhianatan mereka terhadap Melayu serta semua elemen yang berkaitan dengannya. Misalnya isu kedaulatan raja-raja Melayu, hak milikan Melayu yang terhakis dan senarai panjang kegagalan Umno sewaktu lebih separuh abad menerajui BN. Serang sampai Umno tersepuk ke dinding dan tercungap-cungap meminta nyawa.

Merlimau dan Kerdau, kedua-duanya di bawah negeri yang ditadbir oleh kerajaan BN. Mereka cuma mahu hantar pembangkang ke DUN. Tiada tanggungjawab pembangkang di Melaka dan Pahang untuk memberi penjelas perihal kejayaan atau justifikasi terhadap 'kegagalan' negeri-negeri Pakatan. Jangan layan rentak tari BN jika mereka menyerang negeri-negeri Pakatan tapi mantapkan serangan dengan isu pengkhianatan Umno terhadap Melayu.

Jika serangan isu 'Umno pengkhianat Melayu' kurang berkesan, maka ia percubaan tidak merugikan kerana PAS bertanding PRK di kubu Umno. Kalah perkara biasa. Jika berkesan, ia petanda bahawa senjata itu relevan untuk digunakan untuk pertarungan seterusnya, terutamanya dalam PRU.

DAP pernah takut untuk bersama PAS, khuatir hilang sokongan pengundi Cina. PAS pun pernah begitu. Apabila mereka menetapkan pendirian untuk bersama, berani mengambil risiko, akhirnya persepsi negatif masyarakat Cina terhadap PAS runtuh. DAP dan PAS sama-sama dapat manfaat hasil percubaan yang berani itu.

Setiausaha Agung KeADILan dalam ulasannya di Konvensyen Pengupayaan Bangsa baru lalu, membangkitkan dilema Pakatan sama ada mahu menyerang Umno dengan isu ketuanan Melayu atau mengelak menyentuhnya bagi mengurangkan risiko serangan oleh Umno dalam isu yang sama. Ramai yang bersetuju supaya Pakatan berhadapan dengan isu tersebut, membujur lalu melintang patah. Isu ketuanan Melayu adalah satu aspek dari pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Rangkumkan saja dan lancarkan serangan bersepadu dalam kedua-dua PRK ini. Lepas itu lihat hasilnya.

Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya

Posted: 04 Mar 2011 02:50 AM PST

Wong Chin Huat

"UMNO berdepan dengan 'Dilema Cina': Barisan Nasional akan kehilangan sokongan Melayu, seandainya memansuhkan hak keistimewaan Melayu untuk memikat hati Cina. Namun demikian, pengundi Cina tetap akan menolak BN, walau bagaimana BN memikat hatinya sekalipun." Demikianlah pengamatan Mahathir Mohamad selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.

Bahagian depan analisa ini bertitik tolak daripada logik "zero-sum-game" perkauman UMNO seperti biasa, namun kelihatan ada benarnya pada bahagian akhirnya. Mungkin lebih tepat jikalau disimpulkan sedemikian, "Sememangnya UMNO menghadapi 'dilema Cina', di mana BN terpaksa memikat hati Cina. Namun, bagaimana mereka berusaha pun, ia kekal sukar untuk BN meraih undi Cina."

Sesungguhnya, jikalau kita menggantikan istilah "Cina" dengan "Melayu Pulau Pinang", kemudian gantikan istilah "BN" dengan "DAP", maka kita akan menemui "dilema Melayu yang dihadapi DAP". Atau lebih tepat, "dilema Melayu yang dihadapi Lim Guan Eng". Maknanya, betapa pun DAP memikat hati Melayu Pulau Pinang, namun ia tetap sukar untuk mereka meraih undi Melayu.

Lim Guan Eng diserang kiri dan kanan

Sememangnya, ada bezanya antara "dilema Cina UMNO" dengan "dilema Melayu Lim Guan Eng". UMNO gagal meraih sokongan Cina, antaranya disebabkan tingkahlaku dan hujah PERKASA, Nasir Safar dan dua orang pengetua sekolah yang menyuruh anak muridnya balik ke China. Hujah sedemikian memberi gambaran bahawa UMNO masih berjinak-jinak dengan politik talam dua muka, malah masih terbawa-bawa dengan ideologi politik perkauman.

Namun punca sebenar Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terdapatnya kakitangannya yang angkuh (meskipun ia satu hakikat), malah bukan kerana keprihatinannya terhadap Melayu yang sekadar "kosmetik".

Lihat kepada kritikan Gerakan Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng, bahawa beliau terlalu menyebelahi Melayu, sehingga 90% daripada projek-projek kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan kepada kontraktor bumiputera. Ia memperlihatkan bahawa Lim Guan Eng sememangnya diserang dari kiri dan kanan, dan bukannya cakap tak serupa bikin. Pada hakikatnya, usaha beliau seperti penubuhan "Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F", hinggalah pemberian RM100 kepada guru Kafa sempena sambutan Maulidur Rasul - menunjukkan bahawa beliau lebih prihatina terhadap masyarakat Melayu secara keseluruhannya, berbanding Koh Tsu Koon.

Jadi, apa yang mengakibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang asyik dituding jari? Pertikaian yang terkini adalah penerbitan risalah myBALIKpulau, yang dituduh "lupa sejarah, hina Melayu"- jelas menunjukkan perangai mereka yang suka membesar-besarkan isu, mereka-cipta tuduhan dan menyalahkan kerajaan negeri baru atas apa yang dilakukan bekas kerajaan sebelum 8 Mac 2008.

Sesungguhnya politikus UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 yang bisa menterbalikkan hitam dengan putih adalah punca kepada masalah, dan Parti Gerakan Pulau Pinang yang memihak kepada UMNO juga patut dipersalahkan. Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu sempurna, sehingga tiada ruang untuk diambil kesempatan musuhnya?

Pemimpin Melayu kurang terserlah

Perbincangan saya dengan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dari "generasi reformasi" baru -baru ini mencungkil satu jawapan yang counter-intuitive, berbunyi, punca Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terlalu sedikit usahanya, sebaliknya disebabkan usahanya yang terlebih!

Menurut wakil rakyat ini, Lim Guan Eng sering tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam. Namun, ekoran daripada kesungguhan ini, pemimpin keturunan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO, kelihatan kurang terserlah. Kononnya, daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat.

Dari segi prinsip, seseorang Ketua Menteri yang berketurunan Cina harus diberi pujian apabila berprihatin dan bertindak sendiri dalam isu Melayu dan agama Islam. Ini kerana beliau telah memburaikan mitos bahawa isu perkauman seharusnya dikendalikan wakil kaum masing-masing. Namun demikian, dalam realitinya, apakah mungkin seseorang pemimpin Islam-Melayu dipuji apabila beliau menguruskan isu komuniti Cina dan India? Sekiranya tidak, apakah pengundi Melayu-Islam yang serba salah selepas 8 Mac 2008 akan berasa lega, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap Melayu, tetapi pemimpin Melayunya kelihatan kurang menonjol?

Wakil rakyat ini bertanya, mengapa pengundi Cina bencikan UMNO? Bukankah antara sebabnya, UMNO sering memperlekahkan MCA dan Gerakan yang dianggap sebagai wakil masyarakat Cina? Justeru itu, bagaimana Melayu menyukai kerajaan negeri Pulau Pinang, sekiranya mereka merasakan bahawa wakil politik mereka tidak berkuasa dalam kerajaan negeri?

Politik perkauman menuntut kaumnya berkuasa

Pada hemat saya, mentaliti komuniti Cina dalam soal "wakil kaum" ini mungkin jauh lebih fleksible berbanding Melayu. Selagi permintaan mereka disampaikan, komuniti Cina tidak begitu mementingkan sama ada wakil yang berdialog dengan Najib adalah MCA, Gerakan, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia, atau tycoon yang enggan terdedah identitinya. Komuniti Cina tidak menuntut agar wakil mereka dalam kerajaan terikat kepada seseorang atau kumpulan tertentu. MCA cuma mahu melanjutkan hayat politiknya apabila menyarankan pendekatan menonjolkan dirinya (high profile), namun ia bukan satu kemestian untuk mentadbir komuniti Cina. Ramai lagi ketua pertubuhan Cina yang bergelaran "Tan Sri", "Dato", dan "Doctor" akan menawarkan diri untuk menjadi wakil komuniti Cina, seandainya MCA gagal berbuat demikian.

Sebagai perbandingannya, masyarakat Melayu yang selama ini disemai dengan mesej "perpaduan kaum", menuntut bukan sahaja dasar yang memanfaatkan mereka, tetapi juga bangsa dirinya untuk berkuasa. Mentaliti ini tidak sukar untuk difahami. Katakanlah pegawai kerajaan Melayu mengubah sikapnya untuk lebih berprihatin terhadap komuniti Cina pada hari ini, apakah komuniti Cina tidak akan lagi menuntut lebih jawatan dalam kerajaan untuk disandang bangsa dirinya?

Sememangnya kesemua ini adalah sisa yang berbisa dari politik perkauman. Namun, dalam usaha kita untuk meruntuhkan tembok politik perkauman, apakah ia perwakilan kaum dan autonomi komuniti itu tidak mengandungi erti "inklusif" sama sekali?

Lim Guan Eng (gambar kanan) seorang yang bijak, namun orang bijak ada kalanya dikelirukan kebijakan dirinya. Orang sebegini hanya mahu melakukan sesuatu, gagal melihat keperluan untuk orang lain "melakukan sesuatu", seandainya dirinya tidak melakukan sesuatu itu.

Apakah kesudahan yang paling buruk seandainya Lim Guan Eng perlu mengendalikan sendiri hal ehwal Melayu-Islam? Sahabat wakil rakyat saya itu berkata, Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya. Seandainya demikian, maka nampaknya Lim Guan Eng sendiri terpaksa mengendalikan semua hal ehwal Islam buat masa itu.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting oleh Tey Hwey Gek dari teks asal yang disiarkan pada 23 Februari 2011.

Jangan heret tentera!

Posted: 04 Mar 2011 02:46 AM PST

Ooi Heng

Bermula dengan Tunisia sebagai keping domino yang pertama, catatan babak-babak berita semasa sebagai draf primer dalam proses konstruk sejarah baru bakal memberikan pengiktirafan bukan sahaja kepada peranan kebangkitan kuasa rakyat di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) tetapi juga peranan pasukan tentera.

Penukilan bahan berita berhubung tindakan dan reaksi pihak tentera bakal memberikan nafas baru bukan sahaja kepada proses pendemokrasian rantau MENA tetapi juga transformasi dalaman sifat ketenteraan seperti yang disaksikan dalam sejarah pendemokrasian Indonesia pasca Soeharto.

Salah satu cabaran terbesar kita hari ini adalah untuk mengasingkan tentera daripada politik. Kini tibalah waktunya orang awam (civilian) memainkan peranan yang sepatutnya. Begitulah wacana baru yang dibawa oleh Amien Rais, tokoh penggagas reformasi Indonesia semasa beliau berceramah di Bandung pada 5 Jun 1998.

Wacana baru tidak berkembang secara semula jadi. Begitu juga, wacana baru peranan pihak tentera dan sifat ketenteraan terhasil daripada proses konstruksi melalui aktor. Setiap satu konstruksi turut membawa bersamanya bermacam-macam tindakan dan reaksi dalam kalangan anggota masyarakat.

Dalam konteks Indonesia pasca Soeharto, wacana di atas merupakan sesuatu yang baru. Begitu juga, dalam konteks kejatuhan rejim-rejim pemerintah di rantau MENA, kemungkinan wacana baru berhubung transformasi dalaman sifat ketenteraan bakal muncul setelah masyarakat sedunia menyaksikan babak-babak memberangsangkan apabila semakin ramai dalam kalangan anggota tentera yang tidak menekan kebangkitan kuasa rakyat.

Sekurang-kurangnya, janganlah pihak tentera menyokong mana-mana kuasa politik termasuk rejim pemerintah yang sering kali cuba mengongkong minda pasukan tentera seperti kisah "Mitos Gua" yang aku ceritakan dalam artikel sebelum ini. Rejim pemerintah berbuat demikian untuk mewujudkan suasana takut atau apa yang disebut sebagai politics of fear dalam kalangan rakyat secara amnya dan dalam kalangan anggota tentera secara khususnya. Dengan kata lain, rejim pemerintah cuba menjadikan pihak tentera sebagai sebahagian daripada apparatus hegemoni politik.

Pendirian tentera cukup memberangsangkan!

Dalam konteks Malaysia pasca 8 Mac, pendirian jelas yang dibuat oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin cukup penting untuk dibangkitkan dalam diskusi peranan tentera dan sifat ketenteraan dewasa ini.

"Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara."

"Tentera tidak campur tangan langsung dalam urusan politik negara, namun menyokong sepenuhnya kepada kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak ambil tahu pasal soal politik negara atau antarabangsa."

"Kita tetap mengikuti perkembangan politik Malaysia dan dunia. Ini hanya untuk pengetahuan, malah pegawai dan anggota tentera pun mempunyai hak memilih (mengundi)."

Izinkan aku memetik tiga perenggan di atas daripada laporan berita yang disiarkan pada muka depan Berita Harian dua hari yang lepas (2 Mac 2011). Telitilah bahagian-bahagian yang aku tekankan, mesejnya cukup penting, cukup jelas dan cukup memberangsangkan!

Profesional tentera disifatkan prinsip berkecuali

Samuel P. Huntington, sarjana Amerika yang terkenal dengan tesis "pertembungan peradaban" (clash of civilization) yang penuh kontroversial pernah berbicara secara panjang lebar tentang peranan tentera dan sifat ketenteraan dalam karya lama beliau "The Soldier and the State: The Theory and Politics of Civil-Military Relations".

Menurut Huntington, terdapat perbezaan antara sifat ketenteraan yang mendokong nilai profesionalisme dan yang tidak mendokong nilai profesionalisme. Begitu juga, terdapat perbezaan antara peranan tentera yang melihat faktor dalaman sebagai ugutan dan yang melihat faktor luaran sebagai ugutan. Perbezaan di atas mencorakkan hubungan kompleks civilian-military.

Secara asas, profesionalisme pasukan tentera disifatkan oleh prinsip berkecuali. Pelengkap kepada prinsip tersebut ialah kepakaran yang khusus dan mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi melalui latihan, pendidikan, pengalaman dan sentiasa mengikuti perkembangan dalam bidang kepakarannya.

Sebagai suatu profesion, Huntington menekankan bahawa, pasukan tentera wajar mengekalkan sifat berkecualinya dan mengasingkan diri daripada godaan politik. Institusi ketenteraan yang tidak terbawa-bawa oleh kuasa politik juga dapat mengekalkan semangat esprit de corps yang tinggi.

Balik kepada komen Jeneral Zulkifeli. Mesej positifnya adalah bahawa konflik politik merupakan lumrah masyarakat maka profesion tentera tidak wajar campur tangan dalam proses tersebut khususnya sepanjang tempoh pilihan raya umum (PRU) diadakan.

Pasukan tentera tidak tunduk kepada tekanan politik

Begitu juga, sekiranya keputusan PRU Ke-13 yang bakal diadakan nanti membawa perubahan besar yang menyaksikan kesedaran, kemahuan dan kebangkitan rakyat yang lebih besar berbanding dengan PRU Ke-12, semangat esprit de corps profesion tentera dapat dikekalkan apabila pasukan tentera tidak diperkudakan oleh rejim pemerintah untuk menentang aspirasi rakyat. Atau secara ringkas, pasukan tentera berkecuali, tidak tunduk kepada tekanan politik!

Sebagai suatu profesion, anggota tentera juga haruslah diberikan hak memilih calon wakil rakyat secara bebas tanpa tekanan politik dan tanpa sebarang kemungkinan manipulasi undi pos. Justeru, anggota tentera sewajarnya berhak menuntut ketelusan yang lebih tinggi dalam proses pengundian yang melibatkan hak memilih mereka.

Dalam berita tersebut, Jeneral Zulkifeli juga menyentuh keperluan tentera darat untuk sentiasa membuat pembaharuan dari segi latihan dan peralatan ketenteraan untuk memantapkan keupayaannya. Sebagai suatu profesion, ini merupakan sebahagian daripada keperluan khususnya dalam konteks modenisasi.

Menurut seorang sarjana Indonesia, Soerjono Soekanto, modernisasi dicorakkan oleh ciri-ciri tertentu termasuk tata kelola yang baik. Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban merupakan asas kepada tata kelola yang baik.

400 tahun sebelum masihi, Chanakya (c. 350-275 BC) yang sering mendapat julukan sebagai Indian Machiavelli, telah menulis karya yang berjudul Arthashastra yang dapat dianggap sebagai pendahulu dari Machiavelli's The Prince. Karya tersebut ada menyentuh aspek tata kelola dalam konteks seni pemerintahan raja.

Kini, susulan daripada mesej positif yang dibawa oleh Jeneral Zulkifeli, khalayak rakyat yang prihatin terhadap isu-isu berhubung pemerolehan kelengkapan dan senjata ketenteraan juga mengharapkan perubahan positif dapat berlaku dalam erti kata transformasi dalaman profesion tentera dari segi tata kelola yang baik.

Dalam jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada ahli parlimen Selayang Willian Leong Jee Keen (gambar kiri) berhubung pertanyaan lisan beliau pada 20 Oktober 2010, kementerian berpendapat bahawa Pengawasan Anggaran dan Perolehan Pertahanan/Ketenteraan Parlimen (Parliamentary Oversight of Defense Budget and Procurement) tidak perlu diwujudkan.

Alasan yang diberikan adalah "kerana sebarang rancangan perolehan Kementerian Pertahanan akan dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh pihak Parlimen sendiri."

Jawapan kementerian mengecewakan kerana tanpa mekanisme pengawasan yang dapat menjamin ketelusan dari segi butiran (yang tidak berkaitan dengan rahsia keselamatan), alasan tersebut akan mengekang kemajuan pasukan tentera dalam proses modenisasi seterusnya menjejaskan semangat esprit de corps pihak tentera yang tinggi susulan komen Jeneral Zulkifeli yang begitu memberangsangkan!

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Lim Guan Eng: Pos Malaysia atau Pos Mata Duitan?

Posted: 04 Mar 2011 02:43 AM PST

MERDEKA REVIEW

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan Pos Malaysia berikutan tindakan menaikkan caj komisen yang dikenakan iaitu daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap pembayaran bil air. Walau bagaimananpun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) belum membuat sebarang keputusan dan akan terus menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sebagai medium bagi memudahkan orang awam membayar bil.

PBA membelanjakan RM700,000 setiap tahun sebagai komisen kepada Pos Malaysia. Ini dilakukan bagi mengurangkan beban kepada pengguna Pulau Pinang. Peningkatan 20 sen iaitu daripada 70 sen sehingga 90 sen telah mengakibatkan peningkatan kos sebanyak RM200,000 dari RM700,000 kepada RM900,000 setiap tahun.

Kerajaan negeri Pulau Pinang Malaysia berharap bahawa Pos tidak akan meningkatkan kos yuran sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial mereka kerana air merupakan keperluan bagi setiap orang. Seperti itu adalah 70 sen dibebankan untuk setiap bil air sudah tinggi berbanding dengan kos 50 sen perkhidmatan dikenakan oleh bank.

Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang berharap Pos Malaysia mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan caj komisen sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial kerana air merupakan keperluan asas bagi setiap orang. Bayaran caj komisen 70 sen dilihat sudah tinggi berbanding 50 sen perkhidmatan yang dikenakan oleh bank dan perkara ini terbukti akan membebankan rakyat terutama daripada golongan rendah.

Kenaikan kadar caj komisen ini adalah satu tindakan tidak masuk akal Pos Malaysia dan hanya dilihat sebagai satu cara untuk Pos Malaysia bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nasib golongan bawahan. Sekiranya Pos Malaysia masih berkeras dengan tindakan untuk terus menaikkan kadar caj ini, lebih baik Pos Malaysia berhenti daripada terus menggunakan nama Pos Malaysia sebaliknya menggantikan dengan Pos Mata Duitan.

PBA tidak mempunyai pilihan lain selain terus menanggung kos komisen seperti mana yang telah dimeterai dalam perjanjian antara Pos Malaysia dan PBA. Dan saya sendiri telah mengarahkan agar PBA tidak memberhentikan peruntukan tersebut bagi mengelakkan kesulitan kepada semua masyarakat yang ingin membayar bil mereka di pejabat- pejabat Pos Malaysia.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Anwar, Ummi Hafilda 'bersilat' lidah

Posted: 04 Mar 2011 02:39 AM PST

Jimadie Shah Othman
Ceramah sulung melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat 1998 - di Kerdau pada Khamis malam dicemari ejek-mengejek, sindir-menyindir dan jerit-menjerit antara penceramah dan penonton yang hadir.

NONESejak awal lagi, perkara itu dijangka berlaku apabila Ummi Hafilda yang juga adik kepada Azmin - timbalan presiden PKR - mengadakan ceramah di Felcra Rumpun Makmur, di tempat yang sama dengan Anwar bagi "merungkai segala rahsia" ketua pembangkang itu.

Suasana panas seawal jam 9 malam lagi apabila pengerusi majlis juga saling cabar-mencabar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila tempat ceramah cuma dipisahkan sebatang jalan raya.

Ketika ceramah bermula, daripada 1,000 penonton - 700 di pihak Pakatan Rakyat dan 300 di pihak BN - ratusan orang masih berdiri di bahu jalan untuk menjerit, menyorak, mengejek dan mengebu lawan mereka.

NONEBagaimanapun, suara penyokong Pakatan Rakyat nyata menenggelamkan sorakan lawan mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan tua.

Ummi Hafilda mula berucap kira-kira jam 10 malam diikuti Anwar sepuluh minit kemudiannya yang disambut suara takbir dan pelbagai laungan seperti "hidup rakyat", "reformasi", "hidup Anwar" dan "sokong Anwar".

'Peliwat, penipu, perogol bersiri'

Memulakan ceramahnya dengan menegaskan soal akhlak Islam, Anwar nampaknya tidak berminat menjawab segala dakwaan dan pelbagai label yang dilontarkan padanya seperti "peliwat", "penipu", "agen Yahudi" dan "perogol bersiri" oleh Ummi Hafilda.

Bagaimanapun sesekali beliau mencelah dan meminta hadirin ceramah tidak melayan wanita tersebut.

NONE"Jangan layan dia. Lagi dilayan harganya makin naik, daripada upah RM500 jadi RM600," sindir Anwar sesekali.

Ummi Hafilda bagaimanapun dilihat terus mengasak Anwar dan mengulang-ulang hujah dan melontarkan label terhadap ketua umum PKR itu sambil meminta jawapan diberikan.

Dalam ucapannya, beliau juga memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana Tun Dr Mahathir - tindakan yang menyebabkan Anwar secara berjenaka menyindir sekali lagi.

"Ada lagi ke Mahathir (dalam kerajaan)?" tanyanya sambil disambut gelak ketawa.

Sukar beri tumpuan

Suasana begitu bingit apabila pembesar suara daripada kedua-dua pihak boleh didengar daripada tempat masing-masing sehingga hadirin sukar memberikan tumpuan kepada butiran ceramah.

Anwar menamatkan ceramahnya dan diikuti Ummi Hafilda kira-kira 10 minit selepas itu.

Sepanjang ceramah, kira-kira 200 penyokong kedua-dua belah pihak terus berdiri di sepanjang jalan raya seakan-akan menanti sebarang kemungkinan berlakunya insiden atau pergaduhan.

Bagaimanapun, kawalan jalan raya oleh Unit Amal PAS, termasuk pihak polis di hujung ceramah berjaya melancarkan keadaan sekitar kawasan itu.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Malam Rabu lalu, Ummi Hafilda turut berkongsi pentas dengan penceramah BN di Merlimau, tetapi dengan penampilan berbeza dengan suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, calon PAS Hassanuddin Salim akan menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

'Keling tak sedar diri' - PKR buat laporan polis

Posted: 04 Mar 2011 02:28 AM PST

Aidila Razak

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

NONERisalah itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

"Risalah jahat berbau perkauman yang bertajuk 'Keling tak sedar diri' dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama.

"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.

NONEIni kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Menurut Shamsul beberapa objek keras dibaling ke arah kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentaman yang kuat pada kenderaan, saya terus beredar dan berhenti rehat di gerai berhampitan Masjid Sempang tidak jauh dari dari jalan Batu Gajah... dan mendapati terdapat kesan hentaman yang kuat di bahagian depan bonet oleh batu.

NONE"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu.

Dua hari lalu, ketika ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar di Permatang Pasir, dua kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga dibakar.

Pemilihan PKR: Siasatan JPP selesai?

Posted: 04 Mar 2011 02:22 AM PST

Siasatan terhadap aduan salah laku berhubung pemilihan PKR November lalu telah selesai, menurut sumber.

PETALING JAYA: Siasatan terhadap aduan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membabitkan salah laku sepanjang pemilihan PKR pada November lalu telah selesai.

Menurut sumber dalaman JPP, bagi aduan yang melibatkan sebarang pergaduhan, perkara itu telah dibawa kepada perhatian Biro Disiplin parti.

Manakala bagi aduan-aduan yang melibatkan pemimpin seperti Pengarah Latihan, Mustaffa Kamil Ayub dan Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) perkara itu dianggap selesai.

Sepanjang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijalankan sebanyak 18 aduan telah dikemukakan kepada JPP manakala bagi pemilihan cabang pula sebanyak 289 aduan.

Sumber itu berkata, JPP memandang serius setiap aduan yang dikemukakan dan inkuiri telah dibuat dan kemudian akan diserahkan kepada MPP.

JPP bersidang setiap minggu

"Semua aduan yang kami terima telah disiasat dan sudah selesai. Kes-kes atau aduan yang melibatkan pergaduhan kami telah bawa

kepada Biro Disiplin dan tindakan yang sepatutnya telah diambil. Boleh dikatakan setiap minggu JPP bersidang dan membuat inkuiri bagi aduan tersebut.

"Aduan-aduan itu akan melalui proses penilaian dan keputusan. Pertama, kita akan bawa dalam mesyuarat MPP. Kemudian Biro Disiplin dan akhir sekali kepada Biro Politik. Jika aduan serta kes itu serius maka anggota berkenaan akan disyorkan dipecat daripada parti.

"Tentang aduan CheguBard, jawapan balas secara rasmi sudah dihantar kepada beliau minggu lepas. Manakala aduan Mustaffa Kamil juga telah dijawab oleh JPP," kata sumber itu kepada FMT.

Menurut sumber terbabit, kini parti dalam persiapan untuk mengadakan pemilihan semula membabitkan cabang-cabang seperti Kapar, Subang, Klang, Jerai dan Kuala Langat tetapi pada tarikh yang berbeza.

Pemilihan semula bagi cabang Kapar, Subang dan Klang ditetapkan pada 13 Mac manakala cabang Jerai (26 Mac) dan Kuala Langat (27 Mac). Hanya cabang Batu Sapi sahaja yang belum menetapkan tarikh.

Ini bermakna cabang-cabang berkenaan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) sekali lagi, berikutan masalah kelemahan logistik, teknikal, mahupun berlaku pergaduhan.

JPP didakwa menipu

FMT menghubungi kedua-dua pengadu, Mustaffa Kamil dan Chegubard dan mereka menafikan menerima jawapan balas daripada JPP dan menyifatkan kenyataan itu sebagai satu "penipuan."

Malah menurut CheguBard, surat terakhir beliau bertarikh 10 Februari lalu kepada Biro Politik juga tidak dijawab.

"Saya tidak terima sebarang jawapan balas daripada JPP. Maknanya JPP menipu. Saya dah tulis surat pada 10 Februari lepas dan itu adalah kemuncak penggunaan saluran dalaman untuk menjawab semua aduan-aduan saya," katanya yang dihubungi FMT.

Sementara itu, Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasa berhubung aduannya dan bercadang untuk mengadakan perbincangan semula dengan JPP dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

"Saya ada menerima berita perkembangan daripada Pengerusi JPP Dr Molly Cheah tapi setakat ini tiada sebarang jawapan yang mereka maksudkan itu," katanya.

Mustaffa pada November tahun lalu membuat aduan sebanyak 162 salah laku kepada JPP.

Mengapa Modus Operandi NGO 1 Malaysia Mirip Gaya Umno-BN?-Rozan

Posted: 04 Mar 2011 02:20 AM PST

Ditulis oleh farah azila



SHAH ALAM : Pertubuhan NGO 1Malaysia yang dikatakan misteri apabila muncul sebagai penyumbang barangan keperluan serta menaja jamuan makan malam kepada pengundi setiap kali pilihan raya kecil, dianggap satu lagi agenda Barisan Nasional (BN) yang berasaskan kepada kepentingan kepada parti itu.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip ketika ditemui Tv Selangor berkata, agak menghairankan bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyifatkan mereka tidak menyokong mana-mana parti namun tampil pada setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

"Sekiranya ini ada satu pertubuhan yang bebas dan tiada kepentingan, mengapa NGO misteri 1Malaysia ini muncul di setiap pilihanraya kecil dan berkempen untuk BN. Jadi ini satu persoalan yang perlu kita lihat dan siasat, ini adalah satu NGO tajaan pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat yang berkepentingan,"kata Rozan.

Semalam portal Malaysiakini melaporkan, sumber yang rapat dengan NGO misteri itu berkata, mereka bergerak secara sendiri dan bukan NGO pro-Umno.

Ironinya, majlis makan tengahari dan makan malam percuma yang dianjurkan oleh pertubuhan itu mirip satu majlis yang diadakan pada pilihanraya kecil Tenang akhir Januari lalu.

Pada majlis itu, pengundi turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, dan para pengundi juga dihiburkan dengan tarian seksi gadis-gadis genit.

Kali pertama NGO misteri ini tampil ialah pada kempen pilihanraya kecil Galas dengan menggunakan modus operandi sama, menarik perhatian pengundi bukan Melayu.

Justeru itu, Rozan mempersoalkan, adakah NGO ini ditugaskan untuk memancing undi masyarakat bukan Islam sahaja? Jika itu berlaku, parti komponen BN tidak wajar berpeluk tubuh dan harus memberikan penjelasan.

"Tapi satu persoalan yang menarik, NGO ini dilihat menarik minat para pengundi bukan Melayu, jadi ini perlu dijawab dan saya rasa pihak yang perlu menjawab adalah BN, MCA, MIC dan Gerakan.

"Kalau berdasarkan bukti, fakta yang kita lihat dari segi gerak gaya kempen mereka juga cenderung ke arah yang diamalkan BN, kita tidak menuduh tetapi inilah
panduan kita melihatkan gerak kerja mereka," kata Rozan lagi.

Pada kempen pilihanraya kecil Merlimau yang sedang berlangsung ini, NGO 1Malaysia itu mengulangi modus operandi dengan mengadakan makan tenghari dan makan malam secara percuma hampir setiap hari.

Ia lazimnya dihadiri oleh pengundi bukan Melayu yang jumlahnya daripada ratusan dan ada kalanya mencecah ribuan.

Sambil menjamu selera dengan dikelilingi poster gergasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan logo rasmi 1Malaysia, mereka juga dihiburkan dengan persembahan daripada gadis-gadis muda dengan berpakaian seksi.

Terbaru, pertubuhan itu dikatakan mengadakan program makan malam bersama masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau malam tadi.

Setiap pengundi diberikan tiket untuk menghadiri program tersebut. Mereka yang tiada tiket tidak dibenarkan masuk termasuk wartawan.

Selain itu, program anjuran pertubuhan misteri itu dikawal ketat petugas yang memakai kemeja-T 1 Malaysia.

Ketika ditanya mengapa wartawan tidak dibenarkan masuk, petugas terbabit berkata hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan untuk menyertai program yang
dianjurkan.

Namun, wartawan kemudiannya dibenarkan masuk apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam datang untuk memberikan ucapan.

Ali bagaimanapun ketika ditanya wartawan berkata, beliau tidak tahu kewujudan NGO itu dan hanya singgah apabila melihat ramai orang hadir ke majlis berkenaan.

Selangor Peruntuk RM20 Juta Bantu Miskin Bandar

Posted: 04 Mar 2011 02:16 AM PST

TVS NEWS


PELABUHAN KLANG : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM20 juta sebagai permulaan untuk membantu masyarakat miskin bagi kawasan bandar di negeri ini.

Usaha murni kerajaan itu dilaksakan dalam skim Mikrokredit Miskin Bandar atau Mimbar yang bertujuan membantu masyarakat miskin bandar negeri ini dengan agihan pinjaman dari RM1,000 hingga RM5,000.

Menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, skim ini bertujuan untuk menaiktaraf hidup rakyat Selangor selain memupuk semangat berdikari rakyat untuk terus memajukan diri dan keluarga.

"Salah satu dasar yang paling penting dalam usaha kita ialah menentukan pembangunan negeri Selangor ini dibuat secara menyeluruh iaitu tidak satu kumpulan masyarakat yang tertinggal dalam pembangunan ini.

"Tidak satu keluarga yang tertinggal dalam pembangunan ini. Itu yang penting dalam melaksanakan program pembangunan negeri Selangor,"kata Khalid ketika berucap merasmikan Program Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) di Dewan Taman Pandamar Indah 2, di sini.

Menurut Khalid, Mimbar menyediakan program pembangunan usahawan dan kerjaya kepada rakyat sebagai alternatif supaya rakyat tidak bergantung kepada mana-mana pinjaman dan subsidi.

Program ini antara lain adalah untuk membantu masyarakat miskin di Selangor untuk meningkatkan pendapatan mereka seterusnya melebili Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan negeri Selangor iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.

Jika program ini berjaya katanya, lebih banyak peruntukan akan diberikan tetapi ia bergantung kepada penerima dalam melaksanakan tanggungjawab membayar semula pinjaman yang diberikan.

"Yang perlu dalam masyarakat yang kecil ialah pinjaman yang kecil dan pinjaman yang kecil ini tidak terdapat dalam mana-mana perbankan besar di negara ini.

"Ia hanya boleh dilakukan hanya kerana ia dianggap satu tanggungjawab sosial bukan satu tanggungjawab bisnes,"kata Khalid.

Menurut beliau, 80 peratus pemohon skim ini rata-ratanya kaum wanita dan ibu tunggal.

Turut hadir pada majlis sama ialah Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari dan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew.

Program yang dilancarkan secara rasmi semalam menyaksikan bantuan berjumlah RM3000 diberikan kepada 102 peserta yang berjaya melepasi sesi temuduga sebelum ini.

Mimbar dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Kes Fitnah 2 : Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Arah Tahan Anwar

Posted: 04 Mar 2011 02:14 AM PST

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Mahkamah didedahkan dengan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut pada 16 Julai 2008 atas arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin.

Superintenden Ahmad Taufik Abdullah yang memberi keterangan berkata arahan langsung dari Bakri untuk menahan Anwar dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar sekiranya beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pergi ke IPK dari Putrajaya," kata Ahmad Taufik.

Beliau turut mengesahkan waran tangkap dikeluarkan sehari sebelum penangkapan iaitu 15 Julai 2008 oleh Mahkamah Majistrate Kuala Lumpur.

Taufik berkata waran tangkap tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Namun Karpal kemudian menyoal sekiranya waran tersebut dibaca kepada Anwar ketika sekatan jalan raya di Segambut, ini jawapan beliau:

"Ketika penangkapan tiada waran, tapi penyempurnaan tangkapan di IPKKL," jelas Taufik lagi.

Sebelum itu mahkamah diberitahu bahawa DSP Jude Blacious Periere membuat keputusan sendiri untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Julai 2008.

Turut didedahkan, Jude adalah individu yang membuat permohonan untuk mendapatkan sampel darah Anwar ketika berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.

Sivarasa Rasiah yang dipanggil sebagai saksi hari kedua perbicaraan dalam perbicaraan menjelaskan tujuan Jude menahan Anwar semalaman dengan alasan kenyataan yang diberikan masih belum lengkap.

"Jude kata ini adalah arahan saya untuk menahan Datuk Seri Anwar. Beliau masih belum lengkap memberi kenyataan," kata Sivarasa di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Beliau ketika itu bersama Anwar di IPK Kuala Lumpur.

Sebelum itu mahkamah turut dikelirukan apabila salinan laporan rakaman lisan Anwar yang ditunjukkan tidak konsisten dengan salinan asal.

Anwar yang mengambil tempat di kandang saksi berkata, salinan dokumen yang diserahkan pada beliau oleh pihak pendakwaraya tidak mempunyai cop sulit dan tandatangan dibandingkan dengan salinan asal.

Anwar berkata ketika bersama Jude di IPK Kuala Lumpur, beliau memberi kerjasama sepenuhnya dengan harapan untuk pulang setelah selesai.

"Yang Arif, saya beri penjelasan, menyangkal dakwaan dan kerjasama sepenuhnya. Kemudian saya tanya sekiranya sudah 'selesai' dan DSP Jude cakap, ya," ujar Anwar.

Tambahnya, polis tidak memberi alasan untuk menahan beliau semalaman.

"Tiada asalan penahanan diberikan termasuk laporan polis. Sepatutnya polis perlu mengemukakan asas dalam penahanan itu," katanya lagi.

Hakim Zabidin kemudian memanggil peguambela ke kamar hakim apabila Karpal memberitahu ingin membawa Datuk Seri Syed Hamid Alba, Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Bakri Zinin sebagai saksi.

Awal pagi tadi menyaksikan Ketua Pambangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil semula ke kandang saksi untuk disoal balas pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden.

Yusof kemudian mengemukakan beberapa keping salinan kertas yang didakwa sebagai borang rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan dan waran tangkap yang ditandatangani Anwar ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008 .

Anwar menjelaskan beliau ada menandatangani borang yang diserah oleh DSP Jude Blacious Pereire di tingkat 7 bangunan yang sama.

"Saya memang tidak menafikan tuduhan, tapi yang saya tanya adalah alasan penahanan," kata Anwar selepas meneliti salinan dokumen berkenaan.

Karpal mencelah memohon hakim agar peguambela dibenarkan untuk mendapatkan salinan kedua-dua dokumen tersebut.

Mahkamah berehat sementara memberi laluan peguambela untuk meneliti dokumen-dokumen tersebut.

Dalam keterangan Anwar di mahkamah semalam, beliau menjelaskan tindakan sekumpulan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ala komando menahan 200 meter dari kediamannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

Beliau turut mendakwa polis menggunakan tipu helah untuk mendapatkan DNAnya ketika ditahan di dalam sel D9 semalaman.

Selain itu beliau turut mendakwa dimalukan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila kemaluan dan duburnya diukur dan diperiksa namun tidak diketengahkan dalam mahkamah.

Prosiding bersambung Isnin ini jam 8.30 pagi.

Halim : Ali Rustam Mungkin Dalang Bawa Ummi Hafilda Dalam Ceramah BN

Posted: 04 Mar 2011 02:12 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Pengarah pilihanraya kecil PAS bagi kawasan Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyelar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang membenarkan siri ceramah BN diselubungi dengan kisah fitnah dan mengaibkan oleh Ummi Hafilda terhadap Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Halim, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kes fitnah terhadap Anwar masih dibicarakan di mahkamah dan Ummi tidak ada kredibiliti untuk bercakap tentang hal itu.

Oleh kerana sikap yang ditonjolkan oleh ketua menteri itu, Halim tidak menolak kemungkinan, Ali Rustam mungkin adalah dalang yang membawa Ummi dalam usaha terdesak BN untuk meraih undi di Merlimau.

"Bukan dia (Ali Rustam) nak ambil tindakan, dia lah yang menaja ini (Ummi Hafilda) datang kemari.

"Adakah pihak Ali RUstam ini terdesak sangat? Sampai bawa dia ke mari. Maknanya Umno Melaka ini benar-benar terdesak sehingga bawa Ummi Hafilda ke pilihanraya kecil,"katanya kepada Tv Selangor.

Halim juga turut mempersoalkan tujuan Ummi Hafilda berceramah dalam kempen pilihanraya DUN Merlimau jika bukan didorong atau diminta oleh pihak tertentu berbuat demikian.

Senada dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Halim juga menyifatkan Ummi sebagai askar upahan rejim Umno-BN.

"Kenapa sekarang dia bangkit. Tak kena mengena datang cerita keburukan orang di sini. Kes liwat ini masih bicara di mahkamah. Siapa dia ini? Askar upahan ?

"Pengundi di sini tak makan dengan isu begitu. Dia bertindak sebagai askar upahan saja. kalau tidak, dia tak akan datang sini, datang sini buat apa,"kata Halim.

Ummi Hafilda seperti yang dijangka terus menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saudara kandungnya sendiri, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Selangor Kekal Pilihan Pelabur Tanpa Bantuan Pusat

Posted: 04 Mar 2011 02:08 AM PST

TVS NEWS


SHAH ALAM : Walaupun kerajaan pusat menafikan pelbagai inisiatif pelaburan kepada Selangor namun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, negeri itu tetap mencatat pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM6.533 bilion tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam temuramah bersama TV Selangor berkata, Selangor mempunyai sumber dalaman yang mencukupi bagi menjana pembangunan ekonomi negeri sekaligus menarik minat para pelabur tempatan serta pelabur asing.

"Tak ada, kita bernasib baik oleh kerana pasaran dan keadaan negeri memang sudah ada. Ini dapat kita lihat daripada jumlah pelaburan dan bentuk-bentuk pelaburan yang dibuat oleh pelabur asing dan pelabur-pelabur dalam negeri berbanding dengan pelaburan-pelaburan yang dibuat di seluruh Malaysia umpamanya di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya," jelas beliau.

Kata beliau, walaupun ada masanya Selangor turun ke tangga kedua tetapi jumlah pelaburan yang diterima setiap tahun stabil, dan ini mencerminkan kekuatan Selangor dari segi menjana pendapatan yang konstan daripada pelaburan yang diterima oleh negeri itu.

"Apabila kita melihat itu, kita mendapat satu gambaran, bagaimana bentuk pelaburan di Selangor. Pertama secara konsisten, Selangor antara yang teratas dari segi jumlah pelaburan. Kadang-kadang nombor dua, tetapi kita tidak lari dari angka tersebut dalam apa keadaan sama ada ekonomi merosot atau meningkat," kata beliau lagi.

Jelas beliau, peningkatan jumlah pelaburan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.

Selangor menyumbang sebanyak 31 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara dan merupakan penyumbang tertinggi di negara ini, dengan RM2.76 bilion pelaburan diperolehi menerusi pelaburan tempatan manakala baki RM3.78 bilion ialah dari pelaburan asing.

Melalui pelaburan tersebut, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 245 projek sekaligus mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan di negeri tersebut.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 154 projek adalah projek baru dengan nilai RM2.5 bilion manakala 91 projek lagi merupakan projek pembesaran dan projek pelbagai yang bernilai RM4.01 bilion.

Ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun 2009 di mana Selangor hanya memperoleh pelaburan sebanyak RM2.718 bilion dengan 138 projek dan mewujudkan 11,059 peluang pekerjaan.

Rahimi, Ummi Hafilda bawa ‘rahsia’ Anwar ke Kerdau

Posted: 04 Mar 2011 02:03 AM PST

BERNAMA


Dengan baju berlogokan 1 Malaysia dan BN Rahimi Osman menjawab soalan pemberita di Kerdau semalam. — Foto oleh Choo Choy May

TEMERLOH — Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali turun padang dalam pilihan raya kecil Kerdau di mana beliau mahu mendedahkan "rahsia" Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi.

Katanya beliau juga mahu membersihkan nama baiknya yang dicalarkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Tujuan saya adalah untuk membetulkan persepsi (terhadapnya) yang dicipta oleh Anwar dan geng selama 13 tahun. Jadi saya perlu bersihkan nama baik saya," katanya pada sidang media di sini semalam.

Ummi Haiflda, adik kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan saksi utama perbicaraan pertama kes sodomi membabitkan Anwar, baru-baru ini mengendalikan sebuah laman blognya yang banyak menulis tentang Anwar.

Beliau menyangkal dakwaan PAS bahawa tindakannya membangkitkan isu Anwar dalam pilihan raya kecil Kerdau sebagai tidak relevan.

"Bagi saya ia adalah relevan kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang dan masih berceramah di sana sini. Lainlah kalau Anwar dah tak masuk politik," katanya.

"Saya masih ada perkara nak didedahkan. Kalau dia masih angkuh dengan menuduh saya ini dapat upah, konspirasi dan sebagainya, saya tak keberatan (mendedahkan)," katanya merujuk kepada Anwar yang turun berkempen di sini malam tadi.

Ummi Hafilda menyertai satu sesi ceramah di bilik gerakan Kampung Sekoh, Rumpun Makmur.

Sementara itu, bekas pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau juga akan mendedahkan "rahsia" Anwar termasuk hubungannya dengan Israel.

"Saya akan turun beri penerangan kepada orang kampung, orang Felda supaya tidak mudah percaya dengan cakap-cakap Anwar," katanya.

Rahimi menolak dakwaan pembangkang kononnya beliau dibeli Umno berhubung tindakannya mendedahkan rahsia dua akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada Jun 2008 mengenai kes liwat Anwar.

Beliau membuat laporan polis Oktober tahun lepas bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah berkenan.

"Soal Umno beli tak timbul, ini lebih kepada soal kesedaran. Dulu saya memang ahli PKR. Umno tak beli, tak payah. Saya sedar selepas saya kerja dengan Anwar, saya tahu apa kerja dia, saya tahu apa kesilapan dia dan saya tahu apa agenda Pakatan Rakyat.

Beliau jgua berkata kehadiran Anwar pada PRK Kerdau adalah petanda bahawa pakatan pembangkang ketinggalan di belakang dan memerlukan "talian hayat".

Hata Wahari ketua pengarang Utusan Rakyat, kata Nurul Izzah

Posted: 04 Mar 2011 02:02 AM PST

PUTRAJAYA — Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan menjadi ketua pengarang akhbar mingguan Utusan Rakyat apabila ia memperoleh permit penerbitan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen PKR ini berkata Utusan Rakyat bukan organ parti politik, sebaliknya merupakan akhbar berkecuali dengan wakil dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan bukan kerajaan akan diundang menyertai lembaga penasihatnya.

"Ia bersifat 'raison d'etre', bukan setakat menyerang BN," kata Nurul Izzah kepada pemberita.

"Ia organ kepada massa. Kita sangat-sangat memerlukan media arus perdana yang sedaya upaya akan membuat laporan secara objektif, profesional dan beretika," katanya.

Jumlah pemilih berdaftar 11.82 juta

Posted: 04 Mar 2011 02:00 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun keempat 2010, iaitu dari Oktober hingga Disember, menjadikan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 11.82 juta. (11,817,936 orang)

Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun keempat mengandungi 304,698 pemilih terdiri daripada 269,033 permohonan pemilih baru dan 35,665 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR juga mengeluarkan 66,043 orang pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak kewarganegaraan.

"Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Keempat 2010 ini, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantum dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2009 dan DPT Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 ialah sebanyak 11,817,936 orang," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata sepanjang tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 dari 9 hingga 15 Feb tahun ini, SPR menerima tiga tuntutan yang melibatkan dua Bahagian Pilihan Raya Parlimen iaitu P19 Tumpat dan P27 Tanah Merah di Kelantan.

Dalam tempoh itu juga, SPR menerima 57 kes bantahan melibatkan 26,549 orang pemilih di 10 Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan kesemua bantahan itu belum dapat diselesaikan.

"Oleh sebab itu, bagi DPT Suku Tahun Keempat 2010, sebanyak 23,405 permohonan baru dan 3,144 permohonan pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi bagi 10 bahagian Pilihan Raya berkenaan tidak dapat disahkan kerana terlibat dengan bantahan.

"Pengesahan permohonan baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya itu perlu ditangguh sehingga semua kes bantahan itu dapat diselesaikan," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPR turut mengingatkan pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka bagi memastikan mereka didaftar di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih atau menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon.

"Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 akan datang, SPR menasihatkan pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran mereka," kata kenyataan itu.

SPR juga memohon kerjasama waris si mati untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur atau sebagainya sebagai bukti kematian dalam usaha SPR membersihkan Daftar Pemilih daripada nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia.

Kenyataan itu berkata sekiranya waris si mati tidak memperakukan kesahihan kematian itu kepada JPN, atau lewat melaporkan kematian, maka JPN tidak dapat mengemaskini pangkalan data.

"Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih," katanya.

Selain itu, bagi pemilih berdaftar yang telah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, melalui kaunter bergerak SPR, kaunter Ibu Pejabat SPR, Putrajaya ataupun kaunter di pejabat pilihan raya negeri. — Bernama

Calon PAS DUN Merlimau terima SMS ugutan ‘Geng Jebat Derhaka’

Posted: 04 Mar 2011 01:56 AM PST



JASIN, 4 Mac — Calon PAS Yuhaizat Abdullah hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Kata Yuhaizat (gambar), beliau amat terkejut dan takut apabila menerima SMS berbaur ugutan itu.

"Saya ada terima (SMS), malam tadi... saya takut kerana ia SMS ugutan kata kenderaan anda tidak akan terjamin.

"Saya amat terkejut bila terima SMS itu namun saya yakin dengan kehadiran begitu ramai polis boleh mengawal keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin itu berharap pihak polis dapat mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Saya minta biarlah perjalanan pilihan raya kecil ini berjalan dengan lancar, beri peluang kepada saya untuk bersama amalan demokrasi," katanya.

Selain itu Yuhaizat, turut menerima SMS sama adalah Setiausaha PAS Melaka Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang.

Menurut Harun, SMS itu dihantar oleh kumpulan yang menggelarkan diri sebagai "Geng Jebat Derhaka".

Tegas beliau, kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) adalah dalang di sebalik penyebaran SMS berbaur ugutan itu.

SMS tersebut berbunyi "Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR (Pakatan Rakyat) yang menjadi pentas memecah-belahkan Melayu, sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di (Kampung) Chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirlah ke ceramah-ceramah PR pada malam ini dan seterusnya... awas keselamatan kenderaan anda tidak terjamin".

"Saya yakin ugutan ini datang dari pihak Umno-BN kerana sebelum ini saya pernah menerims SMS dari nombor yang sama berbunyi 'TPM (Timbalan Perdana Menteri) bayau (bayar) makan minum di Chinchin supaya halal dan dia tak amik (ambil) kesempatan macam (Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat)... naik haji pun nak free (percuma)... nak orang sponsor (taja)... itu rasuah namanya dan tak ikut sunah nabi... sah ke hajinya?

"Nombor telefonnya sama tapi bila dihubungi tidak dapat," kata Harun.

Tambah Harun, beliau telah membuat laporan polis berhubung SMS berbaur ugutan itu dan berharap pihak polis akan membuat siasatan segera.

Jelas Harun, beliau menerima SMS tersebut pada pukul 7.20 malam dan membuat laporan polis kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Bagaimanapun Yuhaizat tidak membuat laporan polis.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Yuhaizat dan calon BN, Roslan Ahmad yang merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin.

Merlimau: BN makin selesa, PAS belum putus asa

Posted: 04 Mar 2011 01:54 AM PST

TERKINI


KUALA LUMPUR — Dengan tempoh berkempen akan berakhir tengah malam esok, masih belum nampak tanda-tanda yang PAS mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, BN lebih banyak menguasai "gelanggang pertarungan" dengan menawarkan pelbagai janji, projek selain menyelesaikan masalah infrastruktur di Merlimau.

Walaupun Merlimau, sebuah pekan kecil yang terletak dalam daerah Jasin namun kelihatan pembangunan pesat telah berlaku sejak 10 tahun lalu ketika Datuk Seri Mohd Ali Rustam mula menerajui Melaka.

Meskipun BN tidak mempunyai peti deposit namun dengan sokongan orang Melayu yang kuat sudah cukup untuk menjamin kemenangan calonnya di kubu kuat tradisi mereka.

Walaupun tidak semaju Bandaraya Melaka, namun sebagai sebuah pekan kecil yang mempunyai kemudahan pendidikan, infrastruktur dan kemudahan beriadah ia sudah cukup untuk memenuhi keperluan penduduk.

Faktor kepada kemenangan BN selama ini adalah undi orang Melayu. Tanpa orang Melayu, Merlimau sudah pasti dirampas PAS. Walaupun undi Cina agak besar tetapi ia bukan penentu kepada kemenangan kedua-dua parti yang bertanding.

Justeru, BN sejak hari penamaan calon telah mula menggerakkan gerak kerja untuk menemui pengundi terutamanya pengundi Melayu. Malah BN juga menggunakan pelbagai jentera kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk termasuk memperbaiki kemudahan infrastruktur terutamanya menurap kembali jalan raya yang mana kalau dilihat banyak kawasan di Merlimau mempunyai jalan raya yang baru diturap.

Melihat kepada keadaan ini, apa peluang PAS untuk menang? Adakah PAS boleh bersaing dengan BN? Atau kemungkinan majoriti kemenangan BN akan bertambah?

Jika benar, maka betullah kata-kata Mohd Ali sebelum ini yang mengingatkan PAS agar tidak bermimpi untuk merampas kerusi DUN Merlimau.

Menyedari kesukaran itu, PAS tidak mudah melatah, sebaliknya tetap berkeyakinan pengundi Merlimau akan melakukan perubahan dengan memilih parti Islam itu.

PAS juga dilihat tidak memberi tumpuan pada ceramah-ceramah, sebaliknya menukar strategi kempen dengan lebih memfokus kepada pengundi.

"Ya, sebab itu ceramah dikecilkan dan kita memberikan fokus kepada pengundi dengan berkempen rumah ke rumah dan ke tempat tumpuan penduduk.

"Strategi ini lebih tepat dari program ceramah yang kita buat, yang mana maklumat itu tak sampai kepada golongan sasaran.

"Tapi melalui pendekatan yang kita gunakan sekarang, kita akan terus mendapat respons daripada pengundi," kata Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari.

Jelas beliau, ceramah merupakan salah satu kempen PAS yang boleh membantu menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"Saya tak kata ceramah itu gagal... ia adalah salah satu strategi kita, ceramah adalah satu hala, ada beri kesan tapi kita nak tingkatkan lagi keberkesanannya sebab itu kita gunakan pendekatan lain.

"Kita tahu kalau buat ceramah ada pengundi yang datang tapi tak ramai, malah kita juga tak dapat nak kenal pasti mereka jika hendak dibanding dengan jumpa terus pengundi. Ini yang kita lakukan sekarang di sini," katanya.

Justeru, persoalannya mampukah PAS memberi keyakinan kepada penduduk untuk membuat perubahan atau pengundi akan terus kekal memilih BN yang boleh disifatkan sebagai "penyelamat".

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.

Walaupun bertanding sebagai calon "underdog", calon PAS Yuhaizat yakin pengundi Merlimau akan membuat perubahan Ahad ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka ini berkata, beliau dengan kerjasama jentera pilihan raya PAS-Pakatan Rakyat akan berusaha untuk menemui kesemua pengundi di DUN Merlimau.

Jelas Yuhaizat, beliau menerima respons yang baik di kalangan pengundi walaupun Merlimau merupakan kubu kuat BN.

"Saya sudah menemui hampir 70 peratus pengundi di Merlimau dan mereka memberikan sokongan yang baik terhadap saya, saya harap sokongan ini akan terus meningkat.

"Saya juga bukan hanya menemui pengundi tetapi juga peniaga-peniaga di Merlimau yang juga merupakan penduduk di sini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata walaupun majoriti besar pengundi di Merlimau adalah penyokong setia BN namun ia bukan menghalang menyampaikan maklumat kepada mereka.

"Mereka ini juga merupakan penyokong terbesar dalam masyarakat untuk mendapatkan maklumat setempat.

"Justeru, sebagai menyatakan rasa penghargaan terhadap mereka, saya dalam merancakkan lagi kemeriahan dalam pilihan raya kecil," katanya.

Jelas Yuhaizat, selain pengundi Melayu PAS juga memberikan tumpuan terhadap pengundi atas pagar.

Beliau turut menafikan PAS memberi lebih tumpuan kepada kawasan peti undi Ayer Merbau dan Kampung Chin Chin.

"Jentera pilihan raya PAS menumpukan semua tempat di Merlimau, bukan sahaja di Merbau dan Chin Chin, mungkin ada pihak yang melihat kawasan itu diberikan tumpuan kerana kebetulan saya berasal dari Chin Chin," katanya.

Di tengah perkembangan ini, Mohd Ali menafikan dakwaan PAS kononnya BN mengamalkan budaya "politik samseng" dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Tegas Ketua Menteri Melaka itu, BN tidak mengamalkan budaya tersebut, sebaliknya menuduh PAS sengaja membuat cerita untuk mendapatkan publisiti.

"Memang dinafikan, saya fikir PAS yang buat sendiri, itu taktik lama yang orang dah faham.

"Tak ada nampak pun samseng di sini kalau ada samseng PAS saya tak tahulah, setakat ini saya memang tak nampak (samseng), saya nampak semua aman... saya menang tak nampak samseng," kata Mohd Ali kepada pemberita selepas hadir dalam satu program anjuran NGO 1Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau di sini malam tadi.

Mohd Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Merlimau menegaskan kempen parti tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti samseng seperti mana yang didakwa PAS.

Sebaliknya beliau menyindir parti Islam itu dengan berkata kemungkinan besar ahli PAS sendiri yang melakukan provokasi tersebut.

"Saya fikir mungkin orang PAS pancitkan tayar sendiri, lepas itu kata BN yang pancitkan.

"Ini PAS bukan boleh percaya, saya percaya dia pancitkan kereta dia lepas itu kata orang pancitkan.

"BN kita kempen bersih tapi apa yang dia kata (tuduh) kita jawablah," tegas beliau.

PAS sebelum ini meminta agar BN menghentikan segala usaha untuk mencipta provokasi termasuk perbuatan khianat yang dilakukan.

Sebelum ini sebuah pentas berdekatan bilik gerakan DAP yang dibina untuk satu program telah dibakar dan berlaku insiden di mana cermin kereta seorang penduduk pula dipecahkan apabila diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP di Merlimau.

Selain itu, pagi semalam PAS pula mengesan kain rentang yang tertulis "Undi PAS Masuk Syurga" dan "PAS Melaka Fahaman Pluralisme Agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang didakwa dilakukan BN.

Hari ini dan esok merupakan detik cukup penting untuk meraih sokongan menentukan kemenangan pilihan raya kecil ke-15 ini. Sama ada BN akan meneruskan siri kemenangan pilihan raya sejak awal 2010 ataupun PAS akan membawa kemenangan moral menjelang pilihan raya umum ke-13.

MIED: Samy Vellu hadapi tekanan baru, ahli gesa berundur

Posted: 04 Mar 2011 01:52 AM PST

KUALA LUMPUR — Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED), sayap pendidikan MIC yang berhadapan dengan tindakan mahkamah tahun lalu, dikejutkan dengan isu terbaru — tiga orang ahlinya menggesa Datuk Seri S. Samy Vellu supaya melepaskan jawatan pengerusi lembaga pemegang amanahnya.

Turut diminta berundur ialah seorang pemegang amanahnya Tan Sri Dr T. Marimuthu.

Malah perkara ini muncul dua hari selepas Samy Vellu menafikan beliau bertindak mahu "melarikan" MIED daripada genggaman MIC.

Notis agar langkah itu diambil dengan mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) telah dihantar kepada sekretariat MIED kelmarin.

Notis rekuisisi itu ditandatangani oleh bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam, bekas Ketua Pemuda MIC A. Vigneswaran dan bekas Adun Kedah Datuk S. Ganesan, yang juga ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC.

"Ya, notis untuk meminta Datuk Seri Samy Vellu dan Tan Sri Marimuthu melepaskan jawatan masing-masing sehingga kes ke atas mereka dan defendan-defendan lain selesai... saya tidak kisah mereka memegang jawatan mereka selepas kes ini selesai," kata kata Subramaniam ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Ini adalah kes (yang dibawa Vigneswaran) serius, di mana Samy Vellu dan pihak-pihak yang terbabit harus berhenti menjadi pemegang amanah buat sementara," katanya.

Sehubungan itu, Subramaniam berkata beliau memutuskan untuk menyertai usaha membawa notis rekuisisi demi bagi memastikan MIED kekal sebagai entiti MIC.

"Saya bersetuju untuk menandatangani atas hasrat saya juga mahu menyelamatkan MIED, di mana MIED mesti kekal dalam MIC," kata Subramaniam yang melahirkan pendirian yang sama dua tahun lalu.

MIED lazimnya mengadakan mesyuarat agung tahunan pada April atau Mei.

The Malaysian Insider difahamkan dua lagi pemegang amanahnya Tan Sri M. Mahalingam dan Tan Sri K. Kumaran sudah tidak lagi menganggotai MIED Capital selepas isu pengurusan MIED muncul, tetapi Samy Vellu dan Marimuthu masih meneruskan perkhidmatan di MIED.

Samy Vellu, yang akan genap 75 tahun Rabu depan, memanggil mesyuarat lembaga pemegang amanahnya Isnin ini, yang antara lain akan menambah keahlian baru seramai 10 orang.

MIED kini mempunyai 30 ahli dan ada yang mendakwa Samy Vellu mahu menambah 10 ahli baru bagi memantapkan kedudukan beliau dalam MIED.

Atas faktor usia dan peruntukan di bawah Akta Syarikat, Samy Vellu juga memerlukan sokongan 75 peratus ahlinya untuk kekal sebagai pengerusinya.

Justeru dakwaan mengatakan beliau berbuat demikian untuk mendapatkan lebih ramai sokongan ahli-ahlinya.

Kelmarin, bekas menteri Kabinet pusat itu dan kini duta khas ke rantau Asia Selatan mengakui agenda itu sambil memberi jaminan bahawa MIED, yang mempunyai aset sekitar RM1 bilion, akan kekal sebagai entiti milik MIC sambil menafikan dakwaan bahawa ada usaha di pihaknya untuk "melarikan" sayap pendidikan itu.

Malah kata beliau, dakwaan itu juga bertujuan merosakkan hubungan beliau dengan penggantinya Datuk G. Palanivel.

Samy Vellu berkata MIED, yang ditubuhkan pada 1984 ketika era kepimpinannya, akan kekal sebagai sebahagian MIC dan aktiviti harian akan diuruskan oleh MIED sebagaimana diamalkan sebelum ini.

Sehubungan itu kata Samy Vellu, beliau sentiasa berhubungan dengan Palanivel dan "kami sentiasa mendapatkan nasihat satu sama lain berkenaan urusan MIED."

Sejak penubuhannnya, Samy Vellu bertindak sebagai pengerusi lembaga pemegang amanahnya.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tempoh 30 hari kepada Samy Vellu, selaku pengerusi MIED dan tujuh pemegang amanahnya membekalkan beberapa dokumen dalam saman RM100 juta terhadap mereka oleh MIED.

Hakim Mahkamah Dagang Datuk Abdul Aziz Rahim memerintahkan mereka membekalkan dokumen berkenaan termasuk yang berkaitan dengan pembinaan Institut Sains Perubatan dan Teknologi Asian (AIMST), yang didakwa telah menyebabkan kerugian besar kepada cabang pendidikan MIC itu.

Vigneswaran memohon supaya para defendan membekalkan salinan surat pelantikan bekas ketua pegawai eksekutifnya P. Chitirakala dan skop tugasnya.

MIED memohon sebanyak 12 dokumen selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mah Weng Kwai pada 14 Jun membenarkan permohonan untuk menamakan MIED sebagai plaintif dalam cadangan saman terhadap para pemegang amanah MIED.

Selain bekas presiden MIC Samy Vellu, Palanivel, Mahalingam, Marimuthu, Tan Sri Dr S.K. Ampikaipakam, Tan Sri Dr K.S. Nijhar, K. Kumaran dan Tan Sri G. Vadiveloo dinamakan sebagai defendan.

Dalam saman yang difailkan pada 5 Julai lalu, MIED mendakwa kesemua defendan telah melakukan kecuaian, kesalahan aturan kewangan, kemungkiran tanggungjawab sebagai pemegang amanah, juruaudit, dan fidusiari, yang telah membawa kerugian besar kapada MIED.

Ia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang dan menyekat Samy Vellu daripada terus berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah, mahu Samy Vellu dilucutkan keahlian beliau dari MIED dan perintah supaya Samy Vellu mengembalikan kesemua wang dan atau apa keuntungan dan kepentingan dari dana MIED yang telah diterima olehnya (Samy Vellu) sama ada secara langsung atau melalui ahli keluarga beliau atau kawan rapat beliau.

MIED mahu perintah mahkamah bahawa Samy Vellu membayar balik kesemua kerugian yang telah dialami oleh MIED dalam tempoh masa di mana beliau telah mentadbir sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah.

Vigneswaran, yang merupakan seorang anggota MIED, memohon kebenaran mengikut ketetapan Seksyen 181A, Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan pihak-pihak yang mahu dinamakan bagi pihak syarikat sebagai plaintif dalam saman itu, perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, Ganesan juga mengesahkan penghantaran notis rekuisisi agar Samy Vellu dan Marimuthu berundur memandangkan sudah ada kes ke atas mereka.

"Lagipun selama ini beliau menjadi pengerusi, ahli-ahli MIC tidak kisah kerana ketika itu beliau merupakan presiden MIC.

"Tetapi, sekarang beliau harus menyerahkan kedudukan itu kepada presiden baru (Palanivel)," kata Ganesan, seorang peguam, yang membangkitkan isu MIED akan "dilarikan" pada mesyuarat CWC MIC akhir 2009.

"Saya sudah pun membangkitkan perkara ini, dua tahun lalu . . . Datuk Seri Samy pernah tanya pandangan saya ketika mesyuarat CWC (2009) dan saya berkata MIED harus kekal bersama MIC," katanya sambil menegaskan, beliau masih kekal dengan pendirian seumpama itu.

Rasuah: Adun BN Lenggeng didapati salah, hukuman petang ini

Posted: 04 Mar 2011 01:44 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Mustafa
SEREMBAN — Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialah 25 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.

Anwar: Kenyataan saksi 2008 dan dibekal hari ini jauh berbeza

Posted: 04 Mar 2011 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat perbezaan ketara antara dua kenyataan saksi yang diberikan oleh polis kepada pihaknya tiga tahun lalu dengan yang dikemukakan di mahkamah hari ini.

Anwar memberi keterangan bahawa kenyataan saksi 112 yang dihasilkan di mahkamah hari ini berbeza dengan salinan yang diterima oleh peguamnya Sankara Nair pada 14 November 2008 — hampir empat bulan selepas ditahan satu malam di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Anwar memberikan keterangan pada perbicaraan dalam perbicaraan hari ini.

"Soal saya, (kenyataan) 112 ada dua versi, yang dihantar kepada kami dan yang ditunjukkan kepada saya sekarang. Apa yang dihantar kepada saya bukan salinan asal," kata Anwar.

Katanya muka surat yang tercicir juga mempunyai tandatangan kedua-dua Anwar dan DSP Jude Pereira.

Anwar juga berkata nama dan pangkat Pereira juga tidak disertakan dalam salinan yang diberikan kepada Sankara manakala yang diberikan oleh pendakwa raya ada nama dan pangkat Pereira.

Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata salinan kenyataan yang diberikan kepada beliau tidak mempunyai perkataan "sulit" sedangkan yang dihasilkan hari ini tertera demikian.
Justeru, peguam utama Anwar, Karpal Singh mengekori isu yang disentuh oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

"Kami mahu mengatakan bahawa kenyataan 112 yang dirakamkan oleh Jude berbeza daripada (salinan) yang diberikan kepada Sankara," katanya.

Merempat..? Harga Rumah Mahal!

Posted: 04 Mar 2011 01:33 AM PST

Oleh masalah rakyat

MIRI - Sering kita diperdengarkan dengan kenyataan keluar dari mulut pemimpin negara seperti dibawah;

"Selaras dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan komited dan akan terus memberi keutamaan dalam penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki atau disewa mengikut keperluan golongan tertentu" – sumber Utusan Malaysia.

Tetapi amat malang sekali rakyat masih dibebani dengan harga rumah yang mahal dan segelintir masih merempat terbiar di kawasan setinggan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan Dasar Perumahan Negara (DRN) telah digubal dan ianya akan memenuhi keperluan asas rakyat, iaitu tempat tinggal yang selesa dan mampu dimiliki bagi memperkasakan pilihan dan autonomi rakyat. Menurut beliau, bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pelbagai golongan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan penempatan semula setinggan.

Begitu juga dengan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pelaksanaan (DRN) di Sarawak akan memastikan kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti mengikut piawaian ditetapkan untuk kumpulan sasaran. Menurut beliau, di bawah pelaksanaan (DRN) harga rumah mampu milik negara telah disemak semula dengan harga rumah kelas itu di Semenanjung Malaysia meningkat daripada RM30,000 kepada RM42,000 manakala di Sarawak daripada RM42,000 kepada RM50,000 seunit. Pada masa sama kerajaan akan membina 8,000 unit Rumah Mampu Milik untuk dijual di seluruh negeri dan kedua-dua projek ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Apa yang lebih mengecewakan sekarang ini ialah kerajaan persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (PPP) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik (RMM), Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) dan sebagainya yang berharga RM40,000 hingga RM80,000 seunit tetapi masih ada lagi segelintir rakyat tidak mampu untuk membeli dan memiliki rumah.

Lain ceritanya pula dengan pemaju perumahan konglomerat seperti Naim Cendera, Miri Housing dan lain-lain di Sarawak ini harga rumah (single & double storey/terrace/corner/intermediate) boleh mencecah sehingga RM150,000 ke RM600,000 seunit dan kebiasaannya harga rumah terus melambung naik secara mendadak dalam tempoh masa kurang setahun dengan alasan pemaju bahawa minyak, harga tanah dan bahan binaan dikatakan telah menaikkan kos binaan. Keadaan ini boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan pertengahan tidak mampu membeli rumah idaman mereka.

Kini, trend pembinaan rumah mewah nampaknya semakin tidak terkawal oleh pemaju perumahan. Dengan mencecah setengah atau suku juta ringgit, berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding purata pendapatan isi rumah di Sarawak. Masalah peningkatan melampau nilai hartanah dan rumah kebelakangan ini memang telah lama dirasai dan jika diteliti pemilik rumah-rumah mewah di pinggir Bandaraya Miri khususnya di perumahan Luak, Piasau dan Permyjaya kebanyakan pembeli asing iaitu warganegara Brunei.

Memang tidak dinafikan kehadiran pembeli asing khususnya warganegara Brunei akan memberikan impak positif kepada ekonomi negara atau negeri tetapi ia tidak harus memperjudikan hak dan nasib rakyat tempatan. Sekarang ini masih ada lagi rakyat berkeluarga miskin, tiada berpendapatan tetap, pendapatan kurang RM1000 sebulan, papa kedana, dengan keadaan rumah yang usang dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang merempat di bumi sendiri.

Apa nasib rakyat, anak cucu kita 10 tahun lagi? Berapakah harga hartanah dan rumah di Sarawak ketika itu nanti? Masihkah ingat kenyataan lawak baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu ak Numpang?

"kerajaan negeri sedang berusaha mengeluarkan rakyat tanpa mengira kaum di negeri ini keluar dari belenggu kemiskinan dengan mendapat pendapatan sebanyak RM1,200 sebulan bagi satu keluarga dalam tempoh 10 tahun akan datang." – sumber The Borneo Post

…dan rakyat nak jawab dan tanya balik Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang pula…

Apa yang Tan Sri boleh nampak pada nilai wang RM1,200 untuk keluarga pada 10 tahun akan datang??? jika itulah sasaran dungu kamu wahai sang pemimpin; sudah pasti rakyat masih 'meNUMPANG' di bumi sendiri…

Gelora mula membadai Kerdau

Posted: 03 Mar 2011 04:18 PM PST

Jimadie Shah othman

Kempen pilihan raya kecil Kerdau yang berbaki tiga hari lagi dijangka tidak lagi setenang seperti permulaannya.

Kedua-dua parti bertanding BN dan PAS dipercayai akan lebih agresif menyerang lawan masing-masing berbanding pendekatan lunak sebelum ini.

kerdau 1 malaysia dinner 270211 03Jika BN dilihat lebih banyak bertahan apabila diselubungi isu sijil calonnya Syed Ibrahim Syed Ahmad, "Buku Jingga" Pakatan Rakyat, 'kelemahan' pentadbiran menteri besar dan keadaan peneroka Felda, kempen pusingan kedua dijangka berbeza.

Hari ini, penampilan pertama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak selancar yang diharapkan.

Ketua umum PKR itu akan dibayangi "pendedahan bersiri" Ummi Hafilda Ali yang sudahpun menjejakkan kaki di Kerdau.

Dijangka berlaku 'perang pembesar suara' malam ini apabila mereka dijadual berceramah di tempat yang sama di kawasan Feldra Rumpun Makmur di tempat yang berdekatan dan cuma dipisahkan sebatang jalan.

NONEUmmi Hafilda - adik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - semalam turut berkempen di Merlimau atas pentas BN.

Saksi penting kes liwat pada 1998 itu dilapor 'mendedahkan' berhubung dakwaan "skandal seks" terhadap Anwar dan menyentuh soal Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada pemimpin pembangkang itu.

BN sebelum ini jarang mengadakan ceramahnya, tidak seperti PAS yang meneruskan tradisi itu setiap malam di seluruh kawasan.

Persoalan sebenar

Berbeza dengan pendekatan BN yang menampilkan tokoh heavyweight mereka, termasuk presidennya Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor di permulaan kempen, PAS mengambil pendekatan sebaliknya.

najib visit kerdau 270211 02Malam ini, bukan sahaja Anwar, malah turut memeriahkan atmosfera kempen, naib presiden PKR dan anaknya Nurul Izzah; bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menyusul timbalannya Datuk Razali Ibrahim yang hadir semalam - tindakan yang dilihat bagi menyuntik kekuatan jentera pemuda parti itu.

Beliau difahamkan sedang mengadakan perbincangan dengan dengan anggotanya di bilik gerakan induk BN di Kerdau dan dijadual mengadakan lawatan bermotosikal sekitar kawasan tersebut.

NONEKehadiran menteri ke Kerdau tidak semeriah sebelum ini apabila hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turun padang hari ini.

Daripada aspek isu yang dibangkitkan pula, PAS kini dilihat mula bercakap 'hal sebenar' dan sudah jarang membangkitkan tentang komitmen mereka dalam Buku Jingga yang dilihat kurang difahami dan kurang menarik perhatian pengundi.

Bermula semalam, ahli jawatankuasanya Mazlan Aliman menggembarkan apabila hadir ke sidang media sulungnya di Kerdau sambil mendakwa Felda Plantation merupakan organisasi haram.

Taktik makan diri

Beliau yang menyarung baju NGO Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan bergabung dengan Biro Felda PKR pimpinan peguam Shuhaimi Said - anak tempatan - yang sudah berkubu dan bergerak senyap di kawasan itu secara 'pemalu' dan tidak menghebahkannya, termasuk kepada media.

FeldaGandingan ini - yang bertanggungjawab mengumpulkan peneroka bagi menyaman Felda - dilihat sebagai satu-satunya senjata terkuat Pakatan bagi memenangi hati 3,031 atau satu pertiga daripada keseluruhan 8,999 pengundi di kawasan itu.

Bagi BN pula, selain terus mempertahankan kerajaan Pahang yang didakwa bakal muflis ekoran kelemahan dalam Laporan Audit Negara, mereka melihat ada lompong lain yang perlu diisi, iaitu menjaga hati pengundi.

Justeru tidak hairan, tanpa ceramah berapi-api, semalam Timbalan Menteri Beliau dan Sukan Datuk Razali Ibrahim hanya turun untuk bermain futsal dengan sekumpulan remaja kampung.

NONEMenurutnya, pendekatan itulah yang dimahukan anak muda yang mewakili 38 peratus daripada keseluruhan pengundi. Beliau juga berpendapat taktik PAS yang terlalu banyak menyerang Felda mungkin memakan diri.

Bagaimanapun, paling dibimbangi, pertembungan harmoni yang diharapkan kedua-dua calon Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS mungkin mengundang lebih banyak taktik kotor di penghujungnya.

Sebagai contoh, selepas, memasuki hari kelima, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa 22 kain rentang dan pemidangnya diturunkan manakala berpuluh-puluh bendera lagi didakwa menjadi mangsa.

Dalam pusingan kedua ini, hanya satu pilihan yang tinggal,BN harus mempertahankan 1,615 majoriti undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum lalu. Dan Penentunya masih pada undi peneroka Felda yang dilihat mudah digoda dengan sentimen berbanding kelantangan dan kefasihan berhujah.

Anwar: Cukup aib, alat sulit diukur, dubur diperiksa

Posted: 03 Mar 2011 04:14 PM PST

Hafiz Yatim

Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti, bersambung petang ini.

NONEAnwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya.

"Kami terpaksa berhenti serta-merta.

Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan.

"Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta.

"Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar."

Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar.

Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka.

"Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah.

"Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?"

Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur).

Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya.

"Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude."

Zakar, dubur diperiksa

Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat.

NONE"Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya."

"Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008."

Anwar berkata beliau kemudian terpaksa menjalani pemeriksaan yang cukup mengaibkan dan hanya bertujuan memalukan beliau.

"Saya nyatakan kenyataan laporan perubatan saya telah disorok oleh pendakwaraya. Dua orang doktor suruh saya menanggalkan pakaian dan mengukur alat sulit. Saya melihat ini tidak ada tujuan dan hanya untuk memalukan saya. Ini tidak dikemukakan oleh pendakwaraya? kata Anwar.

"Kesemua tujuan adalah untuk memanipulasi bahan bukti dan mahu menghukum saya sebelum saya diberi peluang untuk memberi kenyataan," katanya.

Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar.

NONE"Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu."

Anwar berkata laporan perubatan itu tidak ditandatangani oleh doktor berkenaan.

Selepas pemeriksaan itu, Anwar dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada jam 11 malam.

Mengimbau pengalamannya bermalam di Sel D9 di balai itu, Anwar berkata keadaan lokap amat menyedihkan walaupun beliau masih belum dikenakan sebagai tuduhan atau diberitahu asas-asas penangkapannya.

"Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya?

"Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi'. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap."

Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun.

Tandas tidak bersih

Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen.

"Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih."

Anwar berkata permintaan untuk sebuah tilam untuk bermalam di sel itu ditolak walaupun pihak polis diberitahu beliau masih menghadapi sakit tulang belakang yang kronik.

NONEMenurut Anwar beliau dibebaskan pada jam 12.30 tengahari pada 17 Julai 2008. Sejurus dilepaskan, Anwar mendapatkan rawatan untuk tulang belakangnya yang sakit.

Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu.

Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis.

Peguam Sankara Nair yang kemudian mengambil tempat di kandang saksi mengesahkan keterangan Anwar ditahan menggunakan kekerasan tanpa diberitahu asas-asas penangkapan itu.

Perbicaraan dalam perbicaraan akan bersambung esok jam 9 pagi dengan pihak pembelaan memanggil Sivarasa Rasiah sebagai saksi berhubung kejadian penahanan ketua pembangkang itu pada Julai 2008.

Cabaran polis kekal KL bandaraya selamat

Posted: 03 Mar 2011 04:05 PM PST

BERNAMA

Dengan kepadatan penduduk mencecah dua juta, bandaraya menjadi pusat segala aktiviti termasuk jenayah.

KUALA LUMPUR: Mengekalkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya selamat untuk dikunjungi dan didiami merupakan cabaran besar bagi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dengan kepadatan penduduk mencecah hampir dua juta, bandaraya yang menjadi tumpuan lebih sembilan juta pelancong dan lubuk mencari rezeki penduduk tempatan dan warga asing itu juga adalah pusat segala aktiviti termasuk jenayah.

Menyedari hakikat itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata usaha berterusan memerangi jenayah di bandaraya perlu dilakukan secara lebih menyeluruh dengan membabitkan banyak pihak bagi memastikan kesan maksimum terutama dalam mematahkan sindiket jenayah yang ada.

"Saban hari Polis KL berdepan dengan pelbagai jenis penjenayah tempatan dan antarabangsa yang ligat mencari peluang melakukan jenayah di bandaraya ini sebelum mula bergerak ke negeri lain.

"Kedatangan pelancong asing yang mengambil peluang menjadi penjenayah kecil-kecilan sebelum merebak menjadi penjenayah utama khasnya dalam jenayah dadah cukup membimbangkan sejak kebelakangan ini," katanya kepada pemberita dalam temu bual sempena Hari Polis ke-204 yang akan disambut pada 25 Mac.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas 10 sindiket dadah rakyat asing berjaya ditumpaskan dan sehingga Februari tahun ini, empat sindiket dadah membabitkan rakyat asing ditumpaskan.

KL sebagai transit dadah

"Kami memandang serius perkara ini, terutama pihak asing yang cuba menjadikan Kuala Lumpur sebagai transit dadah," katanya.

Selain kegiatan jenayah, polis Kuala Lumpur juga terpaksa berhadapandengan 'kumpulan manusia' yang sering melakukan demonstrasi kerana isu politik, perkauman, ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara dan sebagainya.

Beliau berkata masalah itu memerlukan kawalan keselamatan yang tinggi kerana demonstrasi boleh mengundang jenayah jalanan, mengganggu trafik selain menimbulkan rasa takut di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Bagi mengatasi pelbagai cabaran itu, pihaknya mewujudkan Pelan Strategik 2011 yang memberi fokus untuk menurunkan kadar jenayah dan memastikan bandaraya ini lebih selamat termasuk dengan menempatkan lebih ramai anggota berkawal di kawasan panas seperti unit berkuda, unit rondaan jalan kaki, pondok polis, unit bermotor, kereta dan unit tindakan khas.

Beliau berkata bagi memastikan bandaraya ini selamat, pihaknya juga memerlukan kerjasama pelbagai agensi lain seperti Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela dan sukarelawan polis.

Selain itu, Zulkifli berkata mata dan telinga orang ramai jugab diperlukan bagi memastikan jenayah jalanan seperti ragut dan samun dapat dibanteras.

"Ketika ini terdapat hampir 90,000 anggota Program Rakan Cops di pusat bandaraya ini yang banyak membantu kami dengan menyalurkan maklumat pantas kepada polis jika berlaku sesuatu kes," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan menggunakan pendekatan menyalurkan maklumat menggunakan papan tanda gergasi di kawasan tumpuan orang ramai bagi memaparkan sebarang maklumat jenayah.

Perkara itu akan dilaksana bulan ini, kata Zulkifli, yang yakin dengan cara ini, kerjasama masyarakat dengan polis akan lebih erat dan mengurangkan faktor takut dengan kehadiran polis.

"Saya percaya dengan setiap usaha yang disebutkan ini, jenayah dapat dikurangkan di bandaraya ini sekaligus dapat mewujudkan

sebuah bandaraya yang diiktiraf sebagai bandaraya bertaraf dunia yang selamat," katanya.

Tiada ulasan: