Sabtu, 12 Mac 2011

Ajijoi

Ajijoi


Perginya seorang teman blogger - Al-Fatihah buat Sam Ahmad @ Zulfikar Samsuri

Posted: 11 Mar 2011 05:23 PM PST

Pagi ini saya menerima panggilan daripada Anas, membawakan berita pilu pemergian ke Rahmatullah seorang sahabat blogger yang sama-sama memburu berita di pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu.

Sam Ahmad atau nama sebenarnya Zulfikar Samsuri, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi dimajlis perkahwinan sahabatnya di Lenggong. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak dan akan disemadikan sebelum Zohor hari ini.

Allahyarham adalah antara blogger yang membangunkan UREKA dan Perak Express yang begitu aktif dalam alam maya.

Biarpun pengenalan antara kami singkat cuma, namun ada sesuatu yang masih membekam dikalbu akan kegigihan beliau biarpun dalam kepayahan menulis dan membina laman blog.

Buat Allahyarham Zulfikar Samsuri @ Sam Ahmad, AL-FATIHAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat disisiNya.

Catatan yang dipetik daripada facebook Otai Manjung :

Perginya seorang sahabat penulis, Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.

Nota: baru sehari lepas berbincang utk buka tapak, ceritanya dihttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=1622778091225&set=at.1622776891195.2075318.1289667450.1712422991&ref=nf, agak terkilan hajat tidak kesampaian, Allah lebih menyayanginya.

Sumber info dari:- Sdr M Nazri Mohd Nawi: Kpd SEMUA KENALAN, Zulfikar Samsuri (Pikar), anak saudara saya telah menghembuskan nafasnya yg terakhir sekitar tgh mlm tadi. Mengikut berita yg telah disampaikan oleh Mohd Hezairee(Aie) (sepupu beliau, anak saudara saya juga), arwah berada di Lenggong, Perak kerana menghadiri majlis nikah kahwin Cikgu Shahril, rakan sebaya beliau (s...enior saya semasa di UiTM Seri Manjung & Seri Iskandar, Perak). Apabila arwah telah selesai dan keluar dari tandas, semasa beliau mengenakan kasutnya, tiba-tiba arwah rebah. Kemudian beliau dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong, namun meninggal dunia di sana. Sewaktu berita ini ditaip, jenazah arwah sdg dlm perjalanan dari Lenggong ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak. Jika ada sebrg pembetulan perlu dibuat dlm laporan ini, silakan. Maaf kalau ada kesilapan laporan. Al-Fatihah utk Pikar.

Gandingan Tuan Guru Nik Aziz dan YB Drs Khalil Idham Lim di kuliah pagi Jumaat MPKB

Posted: 11 Mar 2011 05:12 PM PST


Jumaat adalah hari cuti umum di negeri Kelantan. Dan setiap pagi Jumaat akan diisikan dengan majlis ilmu di Dataran MPKB oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ilmu ini sentiasa mendapat perhatian dari ribuan pengunjung tetap dari seluruh pelusuk negara dan anak jati Kelantan.

Pada Jumaat 11 Mac 2011 semalam, sebelum tuan Guru menyampaikan kuliah tafsir Al Qurannya, seorang lagi penceramah jemputan iaitu ADUN Titi Serong, Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim terlebih dulu mengisi tazkirah slot pagi sekitar sejam.

Beliau mencipta sejarah yang tersendiri apabila menjadi orang Cina yang pertama menyampaikan tazkirah di Dataran MPKB, Kelantan.

Tazkirah oleh YB Drs Khalil Idham Lim

Kuliah pagi Jumaat yang sentiasa ditunggu bagi yang dahagakan ilmu

Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan kuliah tafsir Al-Qurannya

Limpahan orang ramai yang mendengar kuliah


Muslimat juga turut bersama menimba ilmu


Doa oleh Tuan Guru diakhir kuliah

Gandingan dua pimpinan Pas bersama orang ramai

Tiada ulasan: