Sabtu, 5 Mac 2011

Ajijoi

Ajijoi


Kita tuko, kita tuko

Posted: 05 Mar 2011 09:04 AM PST



Kita bako, kita bako...itulah ayat yang dinyatakan watak Usop didalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Usop menggesa agar rumah Kak Limah dibako kerana tidak tahan lagi dengan gangguan hantu Kak Limah.

Bagaimana kalau adegan dan kata-kata Usop itu diterjemahkan semula kedalam kempen pilihanraya kecil di Dun Kerdau dan Merlimau?

Oleh kerana rakyat Kerdau dan Merlimau sudah tidak tahan lagi dengan penipuan dan pembaziran kerajaan negeri, mereka beramai-ramai akan melaungkan 'Kita Tuko, Kita Tuko' semasa pengundian di dua dun tersebut berlangsung.

Umno senantiasa mengatakan bahawa hanya merekalah yang dapat memberikan pembangunan kepada rakyat, tetapi realiti yang berlaku adalah sebaliknya.

Setelah 53 tahun kita merdeka dan Umno memerintah, pekan Kerdau masih tak ubah seperti zaman penjajahan Jepun dahulu ataupun biasa disebut sebagai pekan koboi. Inikah pembangunan yang mampu diberikan kepada rakyat selama ini?

Lihat saja gambar-gambar pekan Kerdau dibawah ini:-




Sampai bila rakyat hanya dibiarkan hidup umpama dalam reban (gambar bawah) asalkan terus menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Ayuh warga Kerdau dan Merlimau, jangan tertipu lagi. Jom kita laungkan kata-kata Usop, "Kita Tuko, Kita Tuko".

Membantu mangsa kebakaran pelengkap kempen hari terakhir - 5 Mac 2011

Posted: 05 Mar 2011 08:41 AM PST

Hari ini merupakan hari terakhir calon Pas di N.28 Dun Kerdau, Hassanuddin Salim untuk berkempen dengan bertemu pengundi-pengundi di dun tersebut.

Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku dihadapan mata semasa mula berkempen apabila sebuah rumah penduduk disitu telah terbakar. Hassanuddin yang berada disitu sempat memberikan bantuan kepada mangsa.

Api semakin menggila maraknya meranapkan sebuah rumah

Mangsa begitu terharu dan pilu mengadukan nasibnya kepada Hassanuddin mengenai kebakaran rumahnya

Mangsa dibawa kerumah jiran

Mangsa yang telah disalinkan pakaiannya dipapah menuruni anak tangga

Calon Umno, Syed Ibrahim yang baru tiba ditempat kejadian diiringi oleh Hassanuddin dan seorang anggota Unit Amal

Saksi menerangkan kejadian yang berlaku kepada Hassanuddin dan Syed Ibrahim

Lawatan rumah ke rumah diteruskan setelah kejadian kebakaran tadi

Masalah kesihatan yang telah ditanggung sekian lama

Warga Kerdau yang kurang bernasib baik dilayan oleh Hassanuddin

Peniaga antara yang disapa Hassanuddin


Masalah yang dihadapi peniaga diceritakan kepada Hassanuddin

Pemimpin yang penuh kasih sayang

Sokongan tetap padu buat calon Pas

Majlis minum petang bersama dengan calon

YB Dato' Haji Ahmad Bin Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan

Menyampaikan ucapan

Segala usaha telah dijalankan, doa dipanjatkan kepada Ilahi semoga diperkenankan kemenangan buat Parti Islam

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi

Isu beli tanah: Umno dan medianya menipu

Posted: 05 Mar 2011 08:10 AM PST

TEMERLOH, 5 Mac: Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

(Gambar: Ibrahim menunjukkan bukti tanah itu adalah milik syarikatnya. Ia dicagarkan beliau untuk pinjaman MARA)

Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.

(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)

Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.

Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.

Kalah atau menang, Allah tentukan, bukan penganalisa

Posted: 05 Mar 2011 07:52 AM PST


Hari terakhir kempen untuk pilihanraya kecil di Kerdau dan Merlimau telah dikeluarkan laporan penganalisa-penganalisa daripada pelbagai badan dan pertubuhan mengenai keputusan yang bakal diperolehi parti-parti yang bertanding.

Bermacam-macam kaedah yang digunakan untuk mendapatkan keputusan sepertimana yang dicanangkan. BN akan tetap kekal di kerusi Kerdau dan Merlimau, dakwa mereka.

Biar apa pun yang diperkatakan, keputusannya nanti sudah pastilah mengikut ketentuan Allah Taala. Bukan penganalisa-penganalisa yang punya niat berbeza dan tersendiri dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

Segala usaha dan kerja-kerja telah dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh petugas-petugas Pas baik di Kerdau mahupun di Merlimau. Kemenangan sudah tentu menjadi matlamat mereka.

Namun begitu, segala-galanya diserahkan bulat-bulat kepada Yang Maha Esa dalam menentukan keputusannya nanti. Sama-samalah kita doakan.



Adnan Yaakob tak berani menjawab isu Pas sampai ke sudah

Posted: 05 Mar 2011 07:26 AM PST

Adnan Yaakob hanya pandai mencarut, tak pandai menjawab isu

Malang sungguh warga Pahang bermenteri besarkan seorang samseng yang bernama Adnan Yaakob. Langsung tidak bertanggung jawab untuk menjawab isu-isu yang perlu diketahui warga Pahang mengenai ketidak cekapan dalam mengurus tadbir kerajaan negeri.

Daripada hari mula berkempen sehinggalah hari terakhir, pelbagai isu-isu yang berkenaan dengan pentadbirannya yang rakyat perlu tahu, tidak berani untuk dijawabnya. Seolah-olah dia tidak perlu bertanggungjawab terhadap pentadbirannya dan rakyat Pahang tidak perlu tahu apatah lagi menyoal beliau mengenai perkara-perkara tersebut.

Hanya Umno yang tahu dan boleh memerintah, itulah kata-kata yang dipahatkan ke kepala orang-orang Melayu yang masih menyokong mereka. Jika beginilah caranya Umno memerintah, tidak perlu bertanggung jawab, tidak payah menjawab isu, siamang di hutan Pahang juga berupaya untuk duduk dikerusi beliau sekarang ini.

MB Pahang perlu jawab pendedahan PAS

TEMERLOH, 4 Mac: PAS mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kemana peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ahli parlimen dan RM500 ribu kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) itu disalurkan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersoal kerana melihat kepada kegagalan pembangunan kawasan-kawasan di negeri ini termasuk Kerdau yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.


"Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi pembangunan setiap Dewan Undangan Negeri?

"Ternyata bahawa kegagalan pembangunan adalah akibat ketidaktelusan, ketirisan, kebocoran dan amalan kronisme," katanya pada sidang media markas induk PAS di sini.

Turut serta pada sidang media hari ini, Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Tambahnya, Kerdau telah ketinggalan dalam arus pembangunan sejak 53 tahun lalu dan jika calon BN dibiarkan menang lagi, maka Kerdau akan terus mengalami zaman kemunduran.

Beliau turut membawa fakta yang dikeluarkan Yayasan Pahang, bahawa sebanyak 25 ribu pelajar miskin telah diberi bantuan di seluruh negeri.

Selain itu, terdapat 8,000 pelajar di negeri ini dilaporkan buta huruf berpunca dari faktor kemiskinan.

"PAS mahukan menteri besar Pahang supaya berterus terang masalah-masalah yang gagal diselesaikan.

"Dalam tempoh tujuh hari berkempen, PAS telah mendedahkan pelbagai urus tadbir yang lemah dan tempang khususnya dari segi kewangan dan belanjawan, ketirisan serta hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno BN," katanya.

Sebelum ini, Adnan mendakwa PAS akan ketandusan isu di Kerdau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sehingga hari ini, pelbagai isu yang didedahkan PAS namun tidak dijawab oleh menteri besar itu.

Sehubungan itu, PAS mahu Adnan mengakui kelemahan urus tadbirnya atau berdepan kemarahan rakyat dalam undi mereka di PRK Kerdau, 6 Mac ini.

Pasukan Cantas Khas Bukit Aman perlu diawasi di Kerdau

Posted: 05 Mar 2011 07:14 AM PST

AWAS!!! Jentera PAS di semua peringkat di minta supaya berwaspada dengan Pasukan Cantas Khas Bukit Aman yang sedang berlegar-legas di kawasan pilihanraya DUN Kerdau.

Pagi tadi, Timbalan Pengarah 1 Jentera Pilihan Raya PAS PRK N.28 Kerdau merangakap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Hj Abd Wahid bin Endut telah menjumpai sebuah kereta jenis Proton PErdana warna putih nombor pendaftaran, WEU 3632 yang menggunakan logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di cermin hadapan kereta tersebut.

Pada kertas yang mempunyai logo PDRM itu, tertulis " PRK N28 DUN KERDAU, PAHANG PASUKAN CANTAS KHAS BUKIT AMAN (SILA BERI KELONGGARAN)."

Apa yang menjadi kemusykilan tujuan pasukan ini di tubuhkan oleh polis bukit aman dan kemungkinan ia akan digunakan oleh jentera Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu semua ahli dan jentera PAS dan Pakatan Rakyat diminta berhati-hati dan memerhatikan gerak-geri pasukan ini.

Sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan sila maklumkan terus ke bilik operasi pusat piliha raya PAS.

Merlimau: PAS dakwa BN upah pelajar IPT jadi 'pengundi'

Posted: 04 Mar 2011 07:19 PM PST

JASIN, 5 Mac — PAS membuat dakwaan terbaru bahawa Barisan Nasional (BN) menawarkan "habuan" kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai "pengundi hantu" di kerusi Merlimau esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi "habuan" yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi "pengundi hantu".

"Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok.

"Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain pelajar, jelas Halim, ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan "habuan" yang tinggi.

"Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga.

"Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya.

Beliau berkata "pengundi hantu" itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau.

Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah "habuan" yang ditawarkan.

DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.

Sebelum ini PAS mendakwa BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ditanya mengenai program anjuran pertubuhan misteri 1 Malaysia, Halim menyifatkan satu bentuk rasuah terhadap pengundi di Merlimau.

"Ini adalah gejala rasuah terhadap pengundi, ini yang diamalkan BN sama ada melalui pertubuhan... tapi saya yakin itu adalah siri rasuah dan ia sepatutnya tidak berlaku.

"Malam ini mereka akan bagi duit kepada pengundi sebagai rasuah," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, pihaknya berharap supaya BN mengamalkan kempen yang bersih bukan menawarkan "habuan" kepada pengundi.

Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.

Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1 Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.

Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.

Dua pelajar murtad: Ali Rustam lepas tangan?

Posted: 04 Mar 2011 07:13 PM PST

MERLIMAU, 5 Mac : Maklumat sahih yang diperolehi dari seorang guru di sebuah sekolah terkemuka di Melaka semalam sungguh menggemparkan semua. Diberitakan bahawa dua orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas Melaka yang merupakan salah sebuah sekolah kluster dan sekolah agama terkenal di sini digemparkan dengan dua orang pelajar asrama sekolah berkenaan yang murtad memeluk agama kristian.

Berita sahih ini dipetik dari blog angkasanuri dalam posting terbarunya pagi ini.

Blog itu melaporkan bahawa kedua-dua pelajar sekolah agama itu yang kini berada di tingkatan lima telah disingkirkan daripada asrama dan sekolah agama berkenaan dan kini bersekolah di salah sebuah sekolah terkenal di bandaraya Melaka.

"Apa yang lebih dikesalkan, pihak sekolah seperti lepas tangan daripada menangani kes murtad berkenaan. Apa pula peranan Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam bagi menyelamatkan akidah pelajar berkenaan?"

"Apakah Ali Rustam lebih sibuk serta berbangga dengan Sekolah Harapan (sekolah budak mengandung) dan menjadikan Melaka sebagai pusat filem Bollywood daripada isu murtad ini? Dalam hal ini Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak boleh lepas tangan kerana selama ini beliau bertanggungjawab bersetuju dengan program yang melalaikan golongan muda di negeri ini." tegas Blog Angkasanuri,

Lihatlah sahaja kempen di Merlimau, penyebaran gambar lucah menghina ulama, tarian seksi untuk meraih undi. Siapa di sebalik kempen yang tidak bertamadun ini?Malah Ali Rustam lebih sibuk dan beria-ia hendak menjadikan Melaka lokasi perkampungan artis dan Melaka sebagai pusat filem Bollywood dan menjemput Datuk Shah Rukh Khan membuat filem di sini. Tidak lain dan tidak bukan program seumpama ini boleh melalaikan dan menyuburkan budaya tidak sihat di kalangan muda mudi serta boleh menyumbang kepada gejala murtad berluasa.

Trak TNB diguna SB intip ceramah Pas di Merlimau

Posted: 04 Mar 2011 07:00 PM PST

SB guna trak TNB

MERLIMAU, 4 Mac : Skuad kamera berjaya merakam aksi Special Branch ataupun SB yang cuba membuat rakaman di tempat ceramah PAS yang mana juga berlangsung konsert Pak Long dan Azhan Atan dengan menggunakan kenderaan Tenaga Nasional Berhad.

Tindakan mereka cuba menyamar sebagai anggota Tenaga Nasional Berhad tidak berjaya apabila Skuad Kamera berjaya merakam kamera yang terletak dalam kenderaan milik Tenaga Nasional Berhad itu. Panik dengan keadaan itu, anggota SB tersebut keluar dari kenderaan dan berpura-pura tanya siapakah yang datang ceramah malam ini.

Ini sudah biasa kedengaran apabila pihak yang menjadi kuda tunggang UMNO/BN cuba menjadikan jentera kerajaan sebagai alat untuk kepentingan parti. Kehadiran tiga orang anggota terbabit sebenarnya sudah dikesan kerana tidak pernah ada juruteknik TNB datang mendengar ceramah.

Mereka meletakkan kenderaan berhadapan dengan Perpustakaan Awam Merlimau yang bertentangan dengan Markaz Induk PAS. Sebagai pihak yang bertanggungjawab, mereka tidak seharusnya menjadi kuda tunggangan kepada UMNO/BN sebaliknya menjaga ketenteraman awam.

Salah seorang pengintip

Inilah kenderaan yang digunakan

Lihat anak panah- Dalam land rover ini ada kamera

Kenderaan Tenaga Nasional Berhad

Lihat anak panah - sambungan kamera dalam land rover

Lihat anak panah

Kamera yang dihala ke tempat ceramah dan konsert

Umno semakin tekun menipu di Merlimau

Posted: 04 Mar 2011 05:15 PM PST


Ahli Umno kecewa dakwa ditipu pegawai Tekun

JASIN, 5 Mac: Seramai 40 ahli Umno sekitar Sungai Rambai, di sini, amat kecewa kerana menjadi mangsa politik kotor pegawai Tekun yang juga dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

Setelah permohonan mereka sebanyak RM1.2 juta bagi menjayakan ternakan lembu daging berkelompak diluluskan, pinjaman yang diberikan hanya sekadar RM416,875 sahaja.

Pengerusi syarikat yang menguruskan projek terbabit, Bromo Holding (M) Sdn. Bhd (Bromo Holding), Fahruz Ridza Jaafar, 34, memberitahu, kejadian tersebut sudah berlaku sejak 2007 yang lalu dan kini menjadi bertambah rumit sehingga menjadi amat tertekan.

Menurut beliau, pada asalnya projek tersebut dicadang untuk dilaksanakan di atas tanah seluas lebih 3 ekar di Mukin Semujuk yang juga terletak di Daerah Jasin.

Katanya, tanah tersebut adalah tanah pajakan yang sebelum itu ditanami pisang oleh beliau dengan dibantu ahli-ahli Persatuan Seni Silat Bromo (PSSLB).

"Projek ternakan lembu daging feedlot itu sebenarnya dicadangkan oleh bekas Ahli Parlimen Jasin,Dato Mohd. Said yang menjadi Ahli Parlimen Jasin ketika itu.

"Oleh kerana cadangan itu baik,kami pun bersetuju untuk menjayakannya lalu berusaha untuk mendapatkan pinjaman Tekun," katanya ketika ditemui.

Beliau yang juga Pengerusi PSSLB berkata, malangnya setelah projek itu hendak dimulakan dan pinjaman Tekun diluluskan dengan hanya sebanyak RM416,875 timbul pula bangkangan dari penduduk kawasan itu dengan alasan projek tersebut mengganggu ketenteraman awam.

"Inilah alasan yang digunakan oleh pegawai Tekun terbabit untuk tidak meluluskan sepenuhnya pinjaman kami sebanyak RM1.2 juta," katanya.

Untuk membolehkan projek itu dilaksanakan, katanya, projek tersebut dicadang diusakan pula di kawasan gantian oleh Adun Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman di atas tanas seluas 8 ekar di Lancang, Merlimau.

"Disebabkan keluasan projek gantian itu bertambah dan di kawasan itu belum berpagar serta belum mempunyai segala keperluannya, kosnya menjadi bertambah.

"Ini menjadikan masalah kami bertambah rumit. Dah lah di kawasan asal tak dapat dijalankan,di tempat baru pula tak cukup wang," katanya.

Dalam masa yang sama, mereka pula turut ditekan oleh pegawai Tekun terbabit agar membuat bayaran balik kepada Tekun sebanyak RM14,000 seorang.

Jika tidak, nama-nama mereka disenarai hitamkan.

"Dari mana kami nk dapatkan wang untuk membayar balik pinjaman itu? Dahlah nak buat projek ternakan lembu tak boleh, projek tanaman pisang pula dah tak kami usahakan lagi," katanya.

Untuk menyelesaikan masalah itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Razak untuk campur tangan.

Namun, katanya, sehingga kini Menteri Pertanian dan Asas Tani serta Perdana Menteri belum memberikan sebarang reaksi positif.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kedua-dua pemimpin Umno tidak membiarkan mereka terkapai-kapai sendirian untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi mereka sekarang.

"Apa yang berlaku ke atas kami ini adalah penipuan pegawai-pegawai Tekun terbabit. Jika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Perdana Menteri tak campur tangan, kami dah tau nak mengadu kepada siapa lagi," ujar beliau.


PAS dan DAP berganding bahu kempen di Kerdau - 4 Mac 2011

Posted: 04 Mar 2011 04:25 PM PST


Lim Kit Siang dan pasukan DAPnya turun padang berganding bahu membantu kempen calon Pas, Hassanuddin Salim. Kawasan perumahan kaum Cina menjadi tumpuan kempen hari ini.

Kehadiran Lim Kit Siang bersama dengan calon Pas menarik perhatian penduduk tempatan

Hassanuddin memang telah lama dikenali penduduk disini

Bergambar untuk kenangan kempen

Muslimat juga turun berkempen untuk meraih undi kaum wanita masyarakat Cina

Yang tidak bernasib baik dilawati secara dekat oleh calon dan Lim Kit Siang

YB Haji Abdul Wahid Embung membantu kempen disini

Melawat warga yang menderita sakit

Berdoa ditanah perkuburan bersama penduduk tempatan


Hassanuddin berpelukan dengan ulama Tuan Guru Abu Bakar Chik

Bertemu rakyat di program masyarakat Orang Asal

Tok Guru bukan lagi ikon yang ditakuti masyarakat India

Hassanuddin ditemubual oleh wartawan Astro Awani

Balasubramaniam menyampaikan ucapan

Pimpinan Pakatan Rakyat daripada kaum India berazam memenangkan calon Pas



Calon turut berucap

Sdr Mazlan Aliman, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasruddin Hassan

Calon berucap diceramah kelompok

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan saguhati

Menadah tangan kehadrat Ilahi memohon keberkatan dan rahmat, semoga diberikan kemenangan buat calon daripada parti Islam

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi

Penduduk Kerdau mahu tanah, bukan wang

Posted: 04 Mar 2011 03:43 PM PST

TEMERLOH, 4 Mac: Penduduk Kerdan mendedak Kerajaan tidak sahaja mencurahkan projek segera dan pemberian wang tunai dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau ini tetapi hendaklah memberi sesuatu yang menjamin masa depan generasi muda di sini.

Beberapa orang pemuda yang ditemui berkata, mereka mahu kerajaan memberikan tanah untuk dibangunkan bagi sumber pendapatan dan kediaman supaya dapat membina keluarga dengan lebih baik.

Ibrahim Husin, 43, dari Kampung Ketam dekat sini, berkata 80 peratus kawasan dalam Dun Kerdau adalah merupakan kawasan pertanian dan sebahagian besar sumber pendapatan penduduknya dengan pertanian.

Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 kerajaan telah membuka permohonan tanah kepada generasi muda terutama yang telah berkahwin dalam projek perkembangan kampung.

"Kami generasi kedua kampung sudah beberapa kali ditemuduga untuk diberi tanah dalam projek perkembangan kampung yang melibatkan penghulu dan wakil rakyat.

"Antara tempat yang dicadangkan ialah tanah rizab seluas 80 ekar di Kampung Paya Taram dan Kelebang. Begitu juga dengan di Kampung Lipat Kajang, Kuala Kerdau dan Bukit Lada di mana pemuda-pemuda yang sudah berkeluarga telah ditemuduga.

"Tetapi sehingga kini tidak ada jawapan yang diberikan. Sedangkan pada masa inilah paling sesuai jika kerajaan meluluskan tanah tersebut berbanding pemberian wang," katanya.

Tambah Ibrahim, jika kerajaan berfikir untuk menumpukan pembangunan generasi muda sepatutnya lebih memikirkan pemberian tanah yang lebih memberi manfaat daripada wang yang tidak tahan selama mana.

"Sebenarnya tidak ada masalah jika kerajaan mahu membantu sebab tanah terbiar yang melibatkan kawasan paya di Paya Taram, Kelebang, Paya Rambai dan Ketam seluas 300 ekar. Apakah kerajaan tidak ada inisiatif?," soalnya.

Kempen dalam PRK Kerdau menyaksikan pelbagai pemberian wang oleh menteri-menteri dalam bentuk bantuan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah, peneroka Felda selain jamuan makan sepanjang masa.


Sementara itu seorang penduduk lagi, Zulhazmi Yahya, 41, dari Kelebang, berkata orang Kerdau sudah banyak rugi kerana pernah ada tanah kerajaan di belakang bandar Kerdau seluas 17,000 ekar untuk dimajukan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP).

"Tetapi entah macam mana 12,000 ekar telah terlepas ke tangan Sime Darby. Melepaslah orang Kerdau, cuma adalah 4,000 ekar yang dimajukan oleh Felcra melalui sistem saham. Itu pun orang tertentu saja yang dapat.

"Sebab itu kalau kerajaan betul-betul nak menolong, ikutlah perancangan asal iaitu setiap keluarga generasi kedua diberi lot tanah untuk pertanian dan kediaman masing-masing," ujarnya.

Di tanah rancangan Felda pula, para peneroka di gesa menuntut janji-janji kerajaan seperti hak milik tanah, rumah untuk generasi kedua dan apa sahaja bayaran sebelum 6 Mac.

"Inilah peluangnya, minta kerajaan lunaskan janji-janji tersebut hari mengundi atau lingkupkan calon BN kali ini," kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman.

Kata Mazlan selama ini ramai peneroka di seluruh negara percaya dengan janji-janji mulut pemimpin Umno sekiranya berlaku PRK di kawasan mereka tetapi terbukti pemimpin BN hanya berbohong.

Jesteru katanya, peneroka perlu berani menekan kerajaan dengan kuasa undi yang ada.

"Kalau janji mereka untuk membina rumah pastikan ada perjanjian hitam putih yang sah antara kerajaan dan peneroka," katanya.

- Harakahdaily

Politik lembu di Merlimau

Posted: 04 Mar 2011 03:24 PM PST



Diwaktu pilihanraya begini, pelbagai mak nenek janji akan ditabur untuk meraih undi. Tetapi, belum menang lagi, janji hanyalah tinggal janji. Yang melopong, pihak yang dijanjikan manakala yang tak pasal-pasal untung, orang lain yang dipanggil kroni.

Kisahnya di Dun Merlimau, penternak lembu yang aktif telah dijanjikan dengan bantuan sebanyak 2 ekor lembu seorang, tetapi apabila kelulusan diperolehi, bukanlah milik mereka akan lembu-lembu tersebut kerana telah ditukarkan kepada nama penternak yang tidak aktif termasuklah orang-orang politik yang tidak menternak lembu (cuma perangai dan otak macam lembu).

Tontonlah video diatas untuk mendengar keluhan penternak-penternak yang menuntut janji lembu pihak kerajaan BN Melaka.

Janganlah suka 'melembukan' orang dengan perangai politik lembu.

Tiada ulasan: