Sabtu, 5 Mac 2011

Biaqpila

Biaqpila


PETUA MENGUNDI HARI INI

Posted: 05 Mar 2011 02:00 PM PST







KHAS UNTUK ORANG-ORANG MERLIMAU DAN KERDAU

MASA NAK PANGKAH TU
INGAT SAMAN EKOQ
JANGAN INGAT SUP EKOQ

INGAT BARANG NAIK
JANGAN INGAT BARANG LAIN

INGAT MINYAK NAIK
JANGAN NAIK MINYAK

LEPAS TU PILIH DAN PANGKAH
KAH! KAH! KAH!
KITA KASI AJAQ ITU BN
KITA KASI AJAQ CUKUP-CUKUP


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Berhati-hati dengan JANDA ini!!

Posted: 05 Mar 2011 04:00 AM PST

(Gambar: Nora...tidak insaf)

Saya petik:

Kikis 80 teman lelaki



[HM] KUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.

Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

“Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. “Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas,” katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.

“Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah,” katanya.

Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.

“Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.


“Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga,” katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.

Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki ‘hidung belang’ dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.

“Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.

“Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini,” katanya.



kafesantai


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Melaka Maju Sampai Rakyat Makan Biawak?

Posted: 05 Mar 2011 02:00 AM PST


Sempoi gak family India nie..
Depa makan biawak sebab tak berapa suka daging ayam?
perghh!!
Eksotik gilerrr!!

Yang ketua MIC tu sekali singgah..
nampak ada daging yang katanya kari ayam..
nampak ada nasi..
terus declare family tu tak melarat?

adehh!!
time-time PRK ni memang la rezeki penuh buat rakyat situ!

Teringat teman masa bertugas di PRK Bagan Pinang di Ladang bradwall..
Family India disitu semua daif dan susah..
tapi hampir sebulan sepanjang urusan PRK..
mewah betul makan mereka!

Maklumlah.. periuk nasi dan beras silih berganti dihantar oleh parti-parti yang bertanding!
sehari sebelum hari mengundi..
berlori-lori BN hantar pelbagai jenis barangan termasuk barang elektrik!
perghh!!
memang kalah arrrr..

Dan teman tak menyalahkan mereka sebab mereka diugut oleh pengurusan Ladang..
hmmm... kesian betul!
sunsnake 05032011

'Kari biawak disangka ayam'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. NONEDalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan. "Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam! "Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Berita Penuh



budakbalun



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KERAJAAN NAK KENA GULING?

Posted: 04 Mar 2011 10:35 PM PST


Berita Hairan

NI LAGI SATU USAHA MENAKUT-NAKUTKAN BUDAK-BUDAK
MACAM ORANG-ORANG TUA DULU NAK TIPU BUDAK-BUDAK
DEPA KATA "HANTU MAI MAKAN BUDAK NI"
KAH!KAH!KAH!

INI DAH MACAM CERITA GENG BAS SEKOLAH
KAH! KAH! KAH!

AWAT JADI LAGU NI?
DEPA TAKUT SANGAT DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT DI MESIR?
PM DAH KATA JANGAN SAMAKAN SITUASI DI MESIR DENGAN DI MSIA
BUAT APA NAK GHABRA...
KAH! KAH! KAH!



SAYA HARAP RAKYAT PERCAYA CERITA SAYA
KAH! KAH! KAH!






KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MB Pahang perlu jawab pendedahan PAS

Posted: 04 Mar 2011 05:00 PM PST



TEMERLOH, 4 Mac: PAS mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kemana peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ahli parlimen dan RM500 ribu kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) itu disalurkan.
Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersoal kerana melihat kepada kegagalan pembangunan kawasan-kawasan di negeri ini termasuk Kerdau yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.

"Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi pembangunan setiap Dewan Undangan Negeri?

"Ternyata bahawa kegagalan pembangunan adalah akibat ketidaktelusan, ketirisan, kebocoran dan amalan kronisme," katanya pada sidang media markas induk PAS di sini.

Turut serta pada sidang media hari ini, Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Tambahnya, Kerdau telah ketinggalan dalam arus pembangunan sejak 53 tahun lalu dan jika calon BN dibiarkan menang lagi, maka Kerdau akan terus mengalami zaman kemunduran.

Beliau turut membawa fakta yang dikeluarkan Yayasan Pahang, bahawa sebanyak 25 ribu pelajar miskin telah diberi bantuan di seluruh negeri.

Selain itu, terdapat 8,000 pelajar di negeri ini dilaporkan buta huruf berpunca dari faktor kemiskinan.

"PAS mahukan menteri besar Pahang supaya berterus terang masalah-masalah yang gagal diselesaikan.

"Dalam tempoh tujuh hari berkempen, PAS telah mendedahkan pelbagai urus tadbir yang lemah dan tempang khususnya dari segi kewangan dan belanjawan, ketirisan serta hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno BN," katanya.

Sebelum ini, Adnan mendakwa PAS akan ketandusan isu di Kerdau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sehingga hari ini, pelbagai isu yang didedahkan PAS namun tidak dijawab oleh menteri besar itu.

Sehubungan itu, PAS mahu Adnan mengakui kelemahan urus tadbirnya atau berdepan kemarahan rakyat dalam undi mereka di PRK Kerdau, 6 Mac ini.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: