Isnin, 28 Mac 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Cerita Mazda 323 gua..

Posted: 28 Mar 2011 12:14 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Tergerak plak hati gua story sama lu orang pasal kete gua. Tu pun pasal Restless ungkit kat FB. Kereta gua tahun 81, dia punya lantai teruk bai. Nyaris2 jadi kete Flinstone dah. Boleh kayuh kaki. Tak caya tanya Topeng Perak. Hua3..

Gua ada tanya kos repair lantai. RM600 tu bai. Gaji gua sebagai cybertrooper UMNO, 5K sebulan plak kena mansuh. Sebab kutuk Rosmah sokmo. Last2.. gua eksperimen kete gua. Setelah jadi, gua share kat lu orang yang ada masalah macam gua gak.

Cara2 repair lantai kereta.

1. Mula2 beli zink dan jaring besi kat kedai hardware.

2. Pastu ukur dan tampal dari bawah lantai.

3. Lekat guna rebet (camni kot ejanya). Kena drill lubang dulu la ikut saiz ubat ribet tuh. Ribet sekadar lekatkan zink sahaja dulu (2 ribet atau lebih).

4. Pastu, ukur jaring besi dan tampal bahagian atas lantai.

5. Ribet sekali dengan zink, dengan lantai, dengan jaring.

6. Bancuh simen rumah. Cair punya. Bukan sikit, tapi cair macam coklat cair.

7. Curah atas lantai dan ratakan.

8. Cat bawah lantai dengan cat jenis tar.

9. Pasang semula karpet, getak alas dan sebagainya.

10. Tada... siap. Kos tak sampai RM100 untuk 4 lantai yang rosak.

Beginilah. Kalau dah tamak sangat PKR ni.

Posted: 27 Mar 2011 09:40 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua faham, jenama PKR maybe lebih diterima dari PAS, di Sarawak. Nak bagi kat PAS walau PAS adalah parti senior dan paling amanah, tapi pemimpin PAS tu tak reti dalam pembinaan jenama. 60 tahun biar Islam kalah peringkat negara asal ulama tak kalah peringkat parti. Cuma ada jenama DAP dan jenama PKR di Sarawak.

Calon2 dari PKR pulak ntah sampah dari mana dia pungut, gua pun tak tau. Janji Anwar ke Putrajaya sebelum tua. So, gua mencadangkan begini :

1. Tiket PKR, tapi calon PAS atau DAP.

2. Mat Sabu as Timbalan Presiden PAS (Penjelasan 1), kalau takda sekor Melayu dalam PAS pun yang sedia kalah untuk mengubah budaya penakut Melayu (Penjelasan 2). Jika Mat Sabu as Timbalan Presiden PAS, gua harap, rakan2 lain lebih segan untuk menuntut kerusi secara tidak sedar diri. Gua nak tengok tahap Azmin bincang dengan tahap Mat Sabu. Timbalan sama Timbalan.

Presiden PAS, tak perlu story. Orang dah tak respek dah. Menipu. Lim Guan Eng sendiri mengingatkan ulama tidak boleh menipu.
"Dia kena ingat, dia bukan mahu jawab dengan DAP, tapi dia mahu jawab dengan dia punya Tuhan".

Jika Allah izinkan, gua akan asak Hadi lagi dengan penipuan yang dia lakukan. Gua yakin bahawa dirinya tahu, terdapat 1 manusia yang tahu dia menipu. Dan Hadi sangat takut akan itu. Terbit matahari dari barat sekalipun lah, dia akan elak soalan dan hujah dia penipu.

Penjelasan 1.

Gua ucapkan terima kasih kepada pihak2 dalam PAS yang berusaha menyediakan suasana 1 lawan 1 bagi kerusi Timbalan Presiden. Jika Nash tidak tarik dirilah. Tapi jika Nash tarik diri, gua cadangkan ada 1 lagi calon menentang Mat Sabu bagi menyediakan pilihan yang lebih kepada PAS.

Dan untuk itu, semua perlu hati2. Supaya tidak berlaku Nash buat U-Turn dengan kaedah Sam PKR; menjadikan suasana pecah undi yang sama ketika pemilihan lepas.

Penjelasan 2.

Melayu bangsa dayus untuk berubah. Kalaulah ada sekor Melayu yang berakademik bagus, berakhlak baik, biar pun tidak dikenali dalam party; menawarkan diri bertanding sebagai Presiden PAS dengan manifesto, dengan penjelasan sebab2, biarpun kalah teruk sudah pasti, tetapi imbak yang sangat2 besar kepada budaya dayus dalam kelompok Melayu.

Tawar diri bukan tahap kasar macam gua. Tapi tawar diri dengan cara orang bertanggungjawab, professional. Dapat 2 pencalonan sudah cukup ke muktamar. Impak dia kepada sifat2 dayus / penakut / segan / anti-dinamik Melayu itu, sangat2 besar. Melayu masa hadapan akan belajar sesuatu dari Melayu itu.

Wallahualam.

Surat terbuka ahli PAS kepada pimpinan PAS.

Posted: 27 Mar 2011 06:22 PM PDT

Ahmad hidayat bin fuad
Ic no : 760516-10-5199/ A 3389135
26 Mac 2011

--------------------------------------------------------------------------------------------

Mustafa Ali
Setiausaha agong PAS

Tuan,

PER : KRISIS PAS KAWASAN SEREMBAN.

Merujuk kepada perkara di atas, masalah yang di katakan selesai oleh pihak tuan setelah di adakan pemilihan semula pada bulan jun 2010 yang lepas, pada pandangan saya KELIHATAN SILAP. Saya juga merasakan pihak tuan sebagai Jawatankuasa yang di lantik untuk menyelesaikan kes ini, sudah sedia maklum akan keadaan terkini yang berlaku.

2. Di sini, untuk menyelesaikan masalah yang telah sekian lama berlaku di kawasan seremban, ingin saya cadangkan beberapa perkara yang mungkin boleh pihak tuan laksanakan. Sebagai makluman, rujukan saya adalah dari Buku Perlembagaan Pas ( pindaan 2001 )

3. Cadangan :

a ) Memanggil kesemua ketua-ketua cawangan di kawasan seremban ini dan berikan laluan kepada mereka untuk membuat / menentukan keputusan sama ada Pas kawasan seremban masih memerlukan Mk Ibrahim, Hj Rahim, Hasan Taha dan Zulkifli Omar sebagai calon pimpinan, sekaligus terus membentuk 2 puak yang bertelagah tanpa penghujungnya. Atau, SINGKIRKAN MEREKA dan naikkan pemimpin yang baru.

b ) Menuntut campurtangan majlis syura, seperti yang di sebut dalam FASAL 7 ( c ). Ini adalah kerana, senario perpecahan yang telah berlaku sejak dulu hingga sekarang, di sokong dengan pelbagai bukti, dan terdapatnya di kalangan pimpinan ini pada perkiraan saya telah, secara JELAS melanggar tatatertib seperti yang di gariskan dalam FASAL 75 ( 1 a, d, e, f, g ).

c ) Majlis syura menggunakan kuasa yang di peruntukkan dalam FASAL 75 ( 7 ), oleh kerana memandangkan Jawatankuasa yang di lantik untuk menyelesaikan kes ini di lihat GAGAL dalam usaha tersebut. Dengan segala rekod bukti-bukti kesalahan disiplin yang ada, di tambah dengan bukti-bukti terbaru, di harap majlis syura dapat membuat keputusan yang tepat demi kebaikan parti.

4. Menurut FASAL 14 ( 1 ) ( d ), adalah menjadi hak saya sebagai ahli untuk memberikan pendapat / pandangan kepada parti. Lebih- lebih lagi dalam kes ini, di mana, krisis yang telah berlanjutan sekian lama ini telah mengundang rasa bosan, marah, kecewa, malu dan seumpamanya, ahli bawahan terhadap pimpinan kawasan. KEKECEWAAN TERHADAP PIMPINAN PUSAT juga berlaku, kerana kelihatan PAS PUSAT seperti memandang ringan kes ini.

5. Ingin saya tegaskan, jika pihak pusat masih gagal menyelesaikan kes ini dengan benar-benar selesai SECEPAT MUNGKIN, saya secara peribadi menganggap ia ( kegagalan pihak pusat ) sebagai satu dosa pimpinan pas kepada ahli bawahan. Ibarat dosa seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kepada anaknya.

6. Akhir kata, ' nasihat ' saya kepada pimpinan pas, ambil berat dan betulkan anak sendiri dahulu sebelum anda ' berkokok-kokok ' memperbetulkan anak orang lain. Jangan salahkan anak-anak jadi kurang ajar, PUNCANYA bapa tak pandai mengajar.


' Demi masa..sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, Dan menyampaikan perkara yang benar..dan menyampaikan dengan sabar '.


Wallahualam

Yang Benar ,

Ahmad Hidayat b. Fuad

Tiada ulasan: