Isnin, 28 Mac 2011

Addin

Addin


Isu Video Seks : Shafie Afdal Tidak Di Fitnah Tetapi Realiti

Posted: 28 Mar 2011 05:00 PM PDT

Siapa fitnah Shafie? Saya tertarik dengan teori yang dikemukakan oleh Abdullah Sani mengenai keterlibatan Datuk Shafie Apdal dalam kes Skandal Video Seks berkenaan yang mengutarakan persoalan kes fitnah memitnah terhadap pemimpin di negara ini. Sepatutnya kita berfikiran terbuka dan menganalisa secara terperinci isu ini tanpa menyalahkan mana-mana pihak yang cuba mencari kebenaran di sebalik fitnah memitnah di antara pemimpin Kerajaan, pemimpin Pembangkang dan kumpulan NGO.


Dalam isu ini Abdullahsani adalah seorang ahli NGO dan aktivis masyarakat serta aktivis politik yang tidak melibatkan diri secara aktif dalam mana-mana parti politik; suara beliau adalah suara rakyat, suara berkecuali dan tidak memihak kepada mana- mana pemimpin baik pemimpin kerajaan atau dalam pembangkang.

Tuduhan Senja Permai melalui surat terbuka bertajuk 'Jangan Fitnah Shafie, Anwar Firaun Modern' yang mengheret Abdullahsani kedalam kancah permasalahan politik antara kerajaan dan pembangkang sebagai ada perasaan dengki dan fitnah, adalah tidak berasas sama sekali.

Semua orang tahu dari Perlis hingga ke Semporna dari dulu, kini dan selamanya serta akan datang, isu Shafie Afdal berkehendakan sangat kerusi Ketua Menteri Sabah bukan lagi rahsia di kalangan orang UMNO, baik dalam Kem Musa Aman atau Kem Shafie Apdal. Tidak timbul soal fitnah dalam hal ini, sudah terang lagi bersuluh impian Naib presiden UMNO itu hendak duduk sebagai Ketua Menteri Sabah.

Jesteru itu ada baiknya isu itu diteliti oleh rakyat, dianalisa oleh rakyat, dikaji oleh rakyat dan seterusnya disimpulkan oleh oleh rakyat siapa yang menjadi dalang dalam isu Video berkenaan sehingga menyebabkan ianya menjadi isu nasional pada hari ini.

Saya amat tidak bersetuju jika 'Teori Abdullahsani' itu disambut dengan rasa tidak puas hati dan sengaja ditutup secepatnya dengan menggunakan 'Pasport Melayu' tanpa kita sama sama berperasaan terbuka terhadap isu nasional ini. Mungkin Shafie Apdal boleh muncul dengan pandangan peribadinya atau mewakili pemimpin kerajaan khasnya UMNO disebababkan hubung kaitnya dengan 'Datuk T' atau Datuk 'The Three Stogees' itu.

Sekian.

Abbas Ahmad (PBS Blogger)

Bongkar!! Kes Rogol Gadis Bawah Umur Rahim Thamby Chik Tahun 1994

Posted: 28 Mar 2011 05:00 AM PDT

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18 tahun lalu!

Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997

Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.

Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.

Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.

Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.

Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."

Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti...

Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"


Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara
kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol
oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik
"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka

Jalan Pulang
 

RM21 Juta Hasil Rampasan Tanah Untuk Saudara Taib Mahmud

Posted: 27 Mar 2011 07:00 PM PDT

Dalam beberapa hari menjelang pilihanraya, keluarga Taib Mamhud masih giat menerima wang hasil dari tanah-tanah yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri. Pada 18hb Februari yang lalu, bursa saham Malaysia telah mengumumkan suatu pembelian berjumlah RM21 juta bagi 80% syarikat yang telah diberikan saham bagi ladang seluas 5,000 hektar di Baram oleh Taib Mahmud. 

Berdasarkan siasatan dan kajian yang kami jalankan, kami mendapati saham mewah itu telah dibayar dengan wang tunai untuk saudaranya, Ibrahim Mahmud!

Ibrahim yang miskin?

Ibrahim sering dikatakan sebagai saudara Taib yang paling miskin, kerana dia melakukan kerja seperti kebanyakan orang dan memasuki pasukan polis. Menurut sumber dalaman dari kalangan keluarga Mahmud, bahawa mereka bersimpati dengan hidup Ibrahim kerana dia tidak kaya seperti saudara-saudaranya yang lain yang bergantung hidup pada pembalakan dan perladangan kelapa sawit yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.

Namun, kami telah mendapati bahawa Ibrahim kini menjadi semakin kaya menerusi syarikat Masretus Plantation, iaitu dari Tanah Negeri yang diserahkan oleh Taib kepadanya, dan kini Ibrahim sudah lebih dari selesa!

Beramal, tetapi selebihnya tinggal untuk keluarganya!

Kawasan seluas 5,000 hektar itu telah diserahkan kepada Amgreen Plantations di Baram, merupakan sebuah kawasan yang diancam kemusnahan akibat pembalakan, perladangan kelapa sawit, dan kini pembinaan empangan-empangan hidro-elektrik, terima kasih kepada dasar-dasar Taib Mahmud. Amgreen, yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Sarawak Plantation, menurut rekod-rekod yang kami perolehi, adalah sebahagian dari Yayasan Sarawak, yang bertanggungjawab untuk mencari wang untuk membiayai biasiswa-biasiswa pelajaran (jurucakapnya, Adenan Satem, adalah ipar Taib Mahmud), dan juga sebahagian dari Yayasan Kebudayaan Melayu.

Namun, pemegang saham yang utama dalam Amgreen bukannya kedua-dua yayasan itu, tetapi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Victoria Square Plantation Sdn Bhd, yang memegang 65% saham-sahamnya. Sudah tentunya Adenan Satem tidak hirau sangat untuk mempersoalkan pemegang saham utama dalam Victoria Plantation iaitu Ibrahim Mahmud, yang jelas bertindak sebagai orang yang dihubungi pada 2007 dalam dokumen-dokumen Pendaftar Tanah, bagi sebuah lagi syarikat, Victoria Square Development.

Hanya sekadar alamat-alamat sahaja

Urusan jual-beli dan penyerahan tanah, yang seharusnya untuk kepentingan kedua-dua yayasan pelajaran itu, telah dilaksanakan di dalam pejabat Ibrahim Mahmud. Perhatikan persamaan pada alamat-alamat pejabat dan nombor-nombor telefon mereka (dalam entri berbahasa Inggeris artikel ini)!

Kini, setelah dua-tiga tahun berlalu, Ibrahim telah bercadang untuk mendapatkan wang tunai. Jual-beli yang dilakukan pada 18hb Februari itu telah diumumkan pada Bursa Saham Malaysia. Pengumuman itu menjelaskan bahawa 80% saham dalam Victoria Square Plantations telah dijual, dan dokumen-dokumen itu telah memaparkan butir-butir jual-beli itu, menunjukkan siapa memiliki apa. Justeru itu, kita mendapati begitu mudah untuk mengesan berapa banyak wang yang diperolehi oleh Ibrahim!

Dokumen-dokumen awam itu menunjukkan bahawa pada 18hb Februari, sebuah syarikat awam, Firma Berhad telah membeli 126,000 saham Victoria Square Plantations dari sebuah syarikat yang bernama Network Jaya Sdn Bhd. Syarikat Network Jaya adalah pemilik mutlak Victoria Square Plantation. Perhatikan juga – alamat Network Jaya Sdn Bhd yang kelihatan biasa pada kita!

Ibrahim Mahmud juga adalah pemegang utama saham-saham dalam Network Jaya. Victoria Square Plantation yang disebut dalam buku prospectus pemegang-pemegang saham dalam Firma sebagai syarikat 'dormant'. Aset-aset utama (suatu sebab kenapa Firma Bhd membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan 80% saham) adalah, sememangnya, 65% saham-saham Amgreen Plantation – iaitu tanah seluas 5,000 hektar yang diserahkan kepada 'usahasama' di antara Yayasan Sarawak, Yayasan Kebudayaan Melayu dan syarikat milik Ibrahim sejak 2007 lagi, oleh saudaranya, Taib Mahmud.

Pembelian itu, yang kita tahu telah dilakukan sebulan lalu, telah berjaya mendatangkan keuntungan sebanyak RM21 juta untuk syarikat Network jaya, dan memandangkan mereka hanya menjual 80% saham-saham, Ibrahim dan rakan-rakannya telah menyimpan suatu saham dalam perladangan lebih sedikit dari keuntungan yang besar yang telah mereka perolehi.

Sementara Ibrahim memiliki lebih dari separuh saham-saham dalam Network Jaya dia diandaikan telah mendapat lebih dari RM11 juta dari urusan jual-beli itu. Diandaikan juga, ada pokok-pokok untuk ditebang, di mana keuntungan yang besar telah terjana dari urusan jual beli ini bagi menambahkan pendapatan yang tidak dimasukkan bersama keuntungan dari penyerahan hak-hak berladang itu. Baik juga, walaupun mereka belum lagi mendapatkan penyodok. Pernahkah Ibrahim pergi ke tempat itu?

Berapakah keuntungan sebenarnya?

Jumlah ini amat besar kontranya dengan premium yang diterima oleh Negeri Sarawak untuk tanah yang bernilai tinggi ini yang telah didaftarkan dalam bulan Ogos 2009 (sila lihat butir-butirnya pada entri asal bahasa Inggeris).

Caj sebanyak RM3.7 juta telah dikenakan ke atas urusan penyerahan tanah seluas 5,000 hektar itu. Syarikat milik Ibrahim telah memperolehi 65% dari saham-sahamnya. Maka perkiraan yang kami buat menunjukkan bayaran premium itu adalah sekecil RM2.5 juta sahaja. Ini bermakna keuntungan RM18 juta telah terjana untuk Ibrahim dan rakan-rakannya dari urusan jual-beli itu – dan mereka masih mengekalkan 20% saham di dalam syarikat tersebut!

Dengan ketelusan yang baik dalam kerajaan mungkin telah membenarkan butir-butir sepenuhnya diperiksa oleh orang awam dan ketua-ketua pembangkang, yang tentu akan memaksa Taib untuk berusaha membenarkan kenapakah dia menyerahkan tanah yang bernilai tinggi itu kepada saudaranya dengan harga yang amat murah.

Namun, sekarang kami tahu kenapa Taib mengelak daripada mengamalkan ketelusan dan lebih gemar mengadakan 'rundingan' secara tertutup!

Segelintir orang akan percaya bahawa Ibrahim sendiri telah mengeluarkan wang untuk membiayai urusan jual-beli dan penyerahan tanah itu, kerana pada lazimnya, keluarga Mahmud membiarkan rakan-rakan niaga mereka untuk mengeluarkan bayaran untuk mereka, sementara itu mereka hanya akan mendapatkan keuntungan dari saham-saham induk. Sarawak kini adalah terlalu korup di mana tidak seorang pun boleh berniaga tanpa membayar 'potongan' kepada Taib dan keluarganya. Maka ahli-ahli keluarga itu sering menganggap diri mereka sebagai orang-orang yang bertanggunjawab untuk mewujudkan peluang berniaga, menerusi akses-akses mereka pada Ketua Menteri, bukannya berkongsi risiko-risiko kewangan. Nampaknya ia merupakan suatu kerja keras yang sering mereka lakukan!

Tidak terlalu miskin!

Taib tidak perlu terlalu risau apabila beliau hendak mengagihkan tanah kepada Ibrahim. Siasatan dan kajian terkini yang kami jalankan telah membuktikan bahawa beliau ada banyak wang untuk dilaburkan. Dokumen-dokumen syarikat menunjukkan sebelum Frontken Corporation Sdn Bhd dibuka kepada awam dalam tahun 2006, Ibrahim Mahmud sudah mampu membeli sehingga 34% saham-saham di syarikat itu, kesemuanya berjumlah 125,125,000. 
Laporan Tahunan syarikat itu bagi tahun 2007 menyatakan bahawa mereka telah mengeluarkan 118,750,000 saham baru yang mendatangkan keuntungan RM31.4 juta kepada kumpulan itu. Suatu lagi habuan yang amat lumayan buat Ibrahim! Pada kemuncak pasaran saham FCB, saham-saham mereka bernilai sekitar setengah ringgit tiap-tiap satunya, menjadikan saham-saham Ibrahim melebihi RM60 juta. Ibrahim seharusnya telah mendapat secukup-cukupnya pada usianya yang lanjut itu./Sarawak Report


Tiada ulasan: