shalehudin |
- See you in court... kahkahkah...
- Tok sah baca kalau segan nak baca... kahkahkah...
- Video penyebar fitnah nombor satu negara
- Umno bukan penjajah ka... kahkahkah...
- Jangan percaya pada Anwar... kahkahkah...
- Bideo lucah... kahkahkah...
- Saman ekor: kisah benar kena kencing...
- Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno
- Politik songsang... kahkahkah...
See you in court... kahkahkah... Posted: 28 Mar 2011 05:33 AM PDT Sah: Hisham Akan Saman Anwar KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas. Berikutan itu, Hishammuddin hari ini telah melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit. Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri. Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin. Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu. |
Tok sah baca kalau segan nak baca... kahkahkah... Posted: 28 Mar 2011 05:03 AM PDT Kerajaan BN tak belajar dari kesilapan? Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad. Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat "Cover Story" tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam. Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa "Era kerajaan tahu semua telah berlalu". Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan "kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza". Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi. Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC. Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan 'guesstimate', tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu. Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib. Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai "Domestic Direct Investment atau DDI". Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya. Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%. Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang tinggi, subsidi dan juga 'pampasan' andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air. Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilkki sekaligus. Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupu antarabangsa. Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan "sovereign bond" untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan. Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama. Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini. Dengan sistem "Light Rail Transit" dulunya milik swasta – Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita. Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu 'bailout' yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta. Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun! Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu 'blueprint' bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama. Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi. Kaedah terbaru "Rakan Penyampai Projek" yakni "Projek Delivery Partner"atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau 'Project Management Consultant' dan juga selaku 'Turnkey Contractor'nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka. Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan. Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah "Swiss Challenge" – satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek 'Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu? Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya. Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang 'cost overrun' atau 'kos lebihan' satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya. Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa 'cost overrun' dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP? Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas 'kos berlebihan' membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau 'bailout' oleh wang rakyat mengulangi tabi'at lama hampir semua projek mega kerajaan BN. Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT. Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama – 'prequalification round' dibuat bagi mengenalpasti syrarikat-syarikat yang membida secara terbuka. Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km. Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi 'boss' yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD. Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya 'connectivity' dalam semua sistem darat itu? Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu 'blueprint' untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini. Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di www.transitmy.org. Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, 'rakyat-centric'sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang 'integrated' dan punya 'interconnectivity' seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien. Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya "Era kerajaan tahu semua telah berlalu". Bukan begitu ke? |
Video penyebar fitnah nombor satu negara Posted: 28 Mar 2011 01:00 AM PDT Mereka mereka ni memang dibela untuk menjadi penjilat... kahkahkah... Lagi kuat jilat, lagi panjang hayat... kahkahkah... Lagi pandai jilat, lagi tebal poket dapat... kahkahkah... Mungkin terlupa bela anak bini dengan duit fitnah... kahkahkah... |
Umno bukan penjajah ka... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2011 11:00 PM PDT Lebih baik ditadbir penjajah jika hak Melayu hakis, kata Ibrahim Ali Oleh Yow Hong Chieh Ibrahim menggesa kerajaan memberi tekanan kepada tindakan afirmatif pro-Bumiputera. — gambar fail KUALA LUMPUR, 27 Mac — Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini. Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153. "Hak tetap hak," kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini. Justeru kata beliau, tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union, yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak. "Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional," kata Ibrahim. "Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini. Katanya, Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh melindungi hak Melayu dan Bumiputera kerana ia bersifat terlalu longgar dan terdedah kepada manipulasi. Tambah beliau, mana-mana dasar ekonomi yang tidak bertunjangkan Artikel 153 bercanggah dengan perlembagaan dan ia juga satu tindakan jenayah. Ibrahim juga mengecam kerana kerajaan memberi terlalu banyak perhatian kepada syor-syor pakar luar negara dalam melaksanakan MBE sedangkan mereka tidak faham latar belakang sejarah yang bersangkut-paut dengan ekonomi Malaysia. "Mereka datang ke sini untuk merangka ekonomi bagi Malaysia berdasarkan pertimbangan asing dan bukannya (keperluan) sosioekonomi negara," katanya lagi. Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan memberi tekanan kepada tindakan afirmatif yang pro-Bumiputera, sebagaimana ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). |
Jangan percaya pada Anwar... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2011 09:00 PM PDT Politik Malaysia dah jadi politik songsang... kahkahkah... Yang terbelit dengan tuduhan rogol diangkat jadi pemimpin... kahkahkah... Yang terlibat dengan salah guna wang diangkat jadi orang besar... kahkahkah... Pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan... kahkahkah... Yang pertahankan soal moral adalah orang yang pernah ditanya soal rogol... kahkahkah... Orang yang pernah hidup dalam skandal video seks, dia cakap soal moral.... kahkahkah... Orang yang bercakap soal negara bersih... disisih... kahkahkah... Orang yang hendak mentadbir dengan baik... dikacau hidup siang malam... kahkahkah... Apakah Malaysia dengan Mesir tak sama lagi... kahkahkah... |
Posted: 27 Mar 2011 08:00 PM PDT Oleh: Pak Long Din Salam semua... Bangsa cina ni kalau dia tau pun haram halai, bukan dia nak pedulikan sangat. Tapi memang betoi pun, tak salah kalau depa buat tak peduli, depa tu bangsa cina beragama buddha. Haram halai bagi orang Islam tu lantak pi kat orang Islam yang uruskan la... haha... Yang mengaku Islam pun berlambak dok buat yang haram, tak sapa peduli punnnn... haha... Serupa gak ngan Ah Seng member Pak Long tu, bab haram halai ni dia pun tau... silap silap lebih fasih dari Nazri Aziz... haha... Anak Ah Seng yang sulong tu baru lepaih kolej, keja pun tak ketahuan hala lagi. Pak Long pun besa pesan kat Ah Seng tu, suruh dia nasihatkan sikit anak dia yang keja sambilan juai bisidi haram tu. Juai bisidi haram tu dah memang haram tapi yang haram jadahnya bila ditambah ngan juai bisidi lucah... Nak tergelak pun ada jugak bila tengok si Ah Seng tu kelam kabut bawak anak sulong dia pi hospital. Ingatkan nak bagi DNA gantikan Anwar ka... haha... rupa rupanya berdarah kepala lutut ja... jatuh time polis ligan juai bisidi haram, semalam... haha... tapi tu la, Pak Long nak marah kat Ah Seng pun tak boleh dah dok tengok kot belah ataih sana lagi gawat... Hangpa tak heran ka? Juai bideo seks tak boleh tapi... tayang kat umum tak pa... Hangpa tak heran ka? Bideo seks tu boleh buat tayangan perdana percuma... Hangpa tak heran ka? Polis pun buat buat tak tau... haha... Hangpa tak heran ka? Datuk penganjur tak kena ligan ngan polis pun... haha... Hangpa tak heran ka? Ramai wartawan yang depa jemput sama... haha... Hangpa tak heran ka? Bideo seks tu keluaq time DUN Sarawak dibubaq... Hangpa tak heran ka? Z Kulim yang alim percaya Anwar masa tu boroi perut dia sikit... Haha... Kalau semua tu hangpa tak heran... hangpa jangan heran la kalau Ah Seng pun tak heran anak dia buat sambilan juai bisidi haram... haha... cuma yang Pak Long heran tu, awat polis dok kacau anak Ah Seng saja tapi yang Datuk T tu hangpa buat tak tau... hihi... tolong jangan jawap naiii... Wassalam... |
Saman ekor: kisah benar kena kencing... Posted: 27 Mar 2011 07:00 PM PDT Dah bertahun tahun kena kencing, baru hari ni dapat tahu... kahkahkah... Kita tak boleh merungut kerana nanti dikatakan tak patriotik... kahkahkah... Demi patriotisme, kita bayar saja saman ekor yang bertahun tahun dulu diperam pak polisi... kahkahkah... |
Bukan Anwar dalam video itu – blogger Umno Posted: 27 Mar 2011 05:00 PM PDT Anuar Mohd Nor KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin mengesahkan lelaki yang melakonkan pelakuan seks dengan seorang pelacur dalam video yang didalangi Datuk T, kali ini seorang blogger Umno pula membuat pengakuan yang sama – lelaki itu bukan Anwar. Blogger berkenaan, Anuar Mohd Nor pada paparan blog Umno Reform mengakui lelaki yang melakukan hubungan seks dalam video yang didedahkan Datuk T, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Mereka yang dipanggil pada petang/ malam 21 Mac 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar," kata secara tidak langsung dalam blognya bertajuk 'Pengakuan Anuar Mohd Nor' bertarikh 25 Mac 2011. Anuar mengakui blogger Umno yang disebut dalam kenyataan Badrul atau Chegubard sebelum ini dan menyertai Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu untuk menonton video lucah di Hotel Carcosa, adalah beliau sendiri. Paparan yang memuatkan kenyataan Anuar "Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau – yang beliau rujuk sebagai: Blogger Umno itu adalah saya sendiri!" katanya. Namun, pada halaman komen di blog Anuar, beliau dikecam hebat penyokong Umno yang mengunjungi laman web pro- Umno itu. Keadilan Daily juga mendapati ramai blogger pro-Pakatan Rakyat memetik dan memaparkan entri berkenaan di blog masing-masing.- Keadilan Daily |
Politik songsang... kahkahkah... Posted: 27 Mar 2011 04:00 PM PDT Aku sokong 110% kenyataan Anwar bahawa politik Malaysia sudah berada dalam keadaan politik songsang. Mereka mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang telah diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan hingga meniarap makan pasir. Yang pertahankan soal moral adalah orang orang yang pernah ditanya soal rogol, orang yang pernah hidup dalam skandal video seks. Dia cakap soal moral orang lain diwaktu dia sendiri dipersoalkan oleh ahli mereka sendiri sebagai tidak bermoral. Orang yang mengambil dana yang begitu besar, membinasakan orang yang hendak mentadbir dengan baik. Inilah politik yang didokong oleh majoriti Melayu terutama sekali Melayu luar bandar yang sejak sekian lama menipu orang orang kampung dengan isu isu ciptaan. Dan video seks ini juga adalah hasil ciptaan mereka bagi mengalih pandangan rakyat terbanyak dari membaca dan meneliti buku jingga unjuran Pakatan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan