Addin |
- Dr. Asri - Jangan Bodohkan Umat Dengan Lakonan Video Aib
- P'raya Sarawak : Be End Boleh Menang, Majoriti Besar Sukar
- Kepala Treler Tergantung Di Tepi Lebuh Raya
- Siapa VVIP Di Belakang Dato' T?
- Maklumat Jerebu Pun Disekat, Apatah Lagi Kebocoran Nuklear
- Anjing-Anjing UMNO Bertindak Liar, Bukti UMNO Semakin Gentar..
- Taib Mahmud Dungu Dalam Perang Cyber
Dr. Asri - Jangan Bodohkan Umat Dengan Lakonan Video Aib Posted: 26 Mar 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu. "Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan."Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. "Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini," tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam. "Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. "Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai," katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu. "Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat," katanya. | ||||
P'raya Sarawak : Be End Boleh Menang, Majoriti Besar Sukar Posted: 26 Mar 2011 06:46 AM PDT GUA MUSANG, 26 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Kerajaan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu 16 April ini. Bagaimanapun, kata beliau, hanya untuk mendapat majoriti besar mungkin sukar berikutan penduduk kawasan bandar itu kurang memberi sokongan kepada BN disebabkan terpengaruh dengan isu pembangkang. Ini pilihan raya negeri pertama selepas tsunami politik ketika pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu. "BN mendapat sokongan kuat daripada penduduk luar bandar negeri itu kerana masih memerlukan banyak pembelaan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Umno cawangan Lebir di sini, hari ini. Dipetik Bernama, Tengku Razaleigh berkata, pandangan awal mengenai kedudukan pilihan raya negeri Sarawak itu diperolehi daripada rakan-rakan yang sudah pergi ke sana menjelang hari penamaan calon 6 April ini. Dewan Undangan Negeri Sarawak menawarkan 71 kerusi. "Saya juga mungkin akan pergi ke sana bagi membantu jentera pilihan raya negeri berkenaan dan ingin melihat sendiri kedudukan sebenar kekuatan BN," kata Ketua Umno Gua Musang itu. Sebelum itu, ketika berucap, beliau berkata, kerajaan BN mampu melakukan apa sahaja untuk kemajuan rakyat di seluruh negara termasuk di Kelantan untuk membawa kesenangan. Katanya, kedudukan kampung luar bandar juga seperti Gua Musang turut diberi tumpuan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan seperti jalan perhubungan dan kemudahan asas yang lain. Addin : | ||||
Kepala Treler Tergantung Di Tepi Lebuh Raya Posted: 26 Mar 2011 03:00 AM PDT FORTH WORTH, Texas - Anggota-anggota bomba di sini berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori treler air yang tergantung di bahu lebuh raya selepas ia berlanggar dengan sebuah kereta Honda, lapor sebuah akhbar semalam. Jurucakap Jabatan Bomba Forth Worth, Tim Hardmen berkata, anggota-anggotanya menggunakan tangga dan peralatan abah-abah untuk mengeluarkan pemandu yang berada dalam keadaan menggeletar dari ruang pemandu pada ketinggian 15.24 meter. Operasi menyelamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi Rabu lalu itu melibatkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam kereta Honda.Kereta itu tersepit di antara treler dengan penghadang di lebuh raya. Pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan kecil./Agensi | ||||
Siapa VVIP Di Belakang Dato' T? Posted: 26 Mar 2011 01:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor yakin ada individu penting di belakang Datuk T yang dianggap banyak pihak sebagai dalang penayangan video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. "AMK Johor yakin bahawa ada individu 'penting' dibelakang Datuk T," kata Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail pada satu kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, ia berikutan tayangan video seks itu adalah satu perancangan tersusun dan seolah-olah mendapat restu dari pihak tertentu kerana ia diadakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak berkuasa. "Mustahil apabila pihak berkuasa seoalah-olah tidak mendapat sebarang maklumat mengenai tayangan video lucah itu," katanya. Sebelum ini, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipancing untuk meninggalkan KEADILAN menggunakan video berkenaan dan trio Datuk T berjanji untuk membawa beliau bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raztak. Pendedahan bekas pengawal peribadi Tan Seri Megat Junid, Mohamad Mahti Abd Rahim semalam pula menunjukkan Datuk Shazril Eskay Abdullah mengaku tindakan penayangan video seks itu dilakukannya untuk 'the number one'. Mohamad Nazri juga percaya lebih banyak fitnah akan disebar pihak tertentu bagi meracuni pemikiran rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat dan menganggapnya sebagai kerja terkutuk dan jijik yang diatur konspirator untuk menamatkan kerjaya politik dan mengaibkan Anwar. "Ia untuk mengalihkan fokus pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Pilihan raya Sarawak dan pemilihan hari penayangan serentak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak jelas menunjukkan ia bermotif politik," katanya. Yakin pilihan raya umum (PRU) ke-13 berlangsung bila-bila masa dan menyeru AMK menyiapkan jentera, Mohamad Nazri berharap rakyat bijak untuk menolak politik kotor dan fitnah jijik seumpama itu. "AMK Johor menyeru seluruh kepimpinan AMK di setiap cabang di Johor supaya bersedia untuk berdepan secara "anak jantan" dan bangkit melawan politik kotor dan jijik," katanya. Mohamad Nazri juga mendesak polis supaya membuat siasatan terhadap kenyataan Ummi Hafilda Ali dalam sebuah akhbar arus perdana, kononnya mengetahui dalang sebenar pembikinan video seks yang didakwanya ada 18 rakaman lagi. "AMK Johor mengarahkan setiap AMK Cabang membuat laporan polis berhubung video lucah bagi mendesak polis segera membuat siasatan dengan telus dan berani tanpa menyebelahi mana-mana pihak," katanya. Beliau juga menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan tindakan Datuk T menayangkan video lucah tidak menyalahi mana-mana perundangan negara. "Kenyataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang menteri dan ia amat berbahaya jika disalah erti. Kenyataan demikian merupakan catatan sejarah kerana Malaysia adalah negara Islam pertama mengizinkan pemilikan dan penayangan bahan lucah," katanya. Mohamad Nazri turut memetik Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang menyatakan: "Tiada seorang pun boleh : (a) ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau. (b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam"./Keadilan Daily | ||||
Maklumat Jerebu Pun Disekat, Apatah Lagi Kebocoran Nuklear Posted: 25 Mar 2011 11:11 PM PDT Fenomena menyekat maklumat amat biasa dalam industri nuklear, dan rakyat tidak dimaklumkan situasi krisis yang sebenar seandainya berlaku kebocoran radioaktif. Persoalannya di Malaysia, sejauh manakah rakyat yakin bahawa kerajaan kita akan menjamin ketelusan informasi nuklear, sedangkan kerajaan ini sangggup menyekat maklumat ketika jerebu melanda tanahair kita? Justeru itu, aktivis menentang nuklear menyeru agar rakyat Malaysia meneliti hakikat yang terpampang di depan mata kita, tegas berpegang kepada hak demokrasi - mendesak agar kerajaan mengadakan referendum (pungutan suara) dalam isu pembinaan loji nuklear.Sungguhpun banyak negara lain mula mengkaji, atau mengetepikan projek pembinaan loji nuklear, ekoran krisis nuklear yang menimpa Jepun; namun tiada petanda menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia bakal membatalkan rancangan pembinaan loji nuklear yang dijadualkan pada tahun 2021. Dalam satu forum berjudul "Igauan Nuklear di Jepun dan untuk Malaysia" (Nuclear Nightmares in Japan and for Malaysia) anjuran kerajaan Selangor di Hotel PJ Hilton pada malam 22 Mac 2011, Presiden Malaysian Physicians for Social Responsibility, Ronald McCoy melontarkan soalan-soalan berikut untuk direnungi bersama. Radioaktif adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat. Bagaimana kita sedar bahawa kita sedang berada dalam keadaan merbahaya? Sampai bilakah keadaan yang merbahaya ini berkekalan? Bagaimana kita menurunkan tahap bahaya yang bakal menimpa diri kita dan keluarga? Selain itu, apakah ukuran paras radioaktif yang boleh dianggap selamat? Bagaimana kita memperolehi maklumat yang penting ini, agar mengelakkan atau mengurangkan risiko untuk diancam radioaktif? Apakah penyakit yang dibawa kesan radioaktif? Maklumat mana yang boleh kita yakini? Bagaimana kita mengekalkan kehidupan yang sihat, selepas malapetaka nuklear berlaku? Ronald McCoy (gambar) menganggap soalan-soalan sedemikian adalah sukar untuk dijawab. Seandainya kerajaan dan industri nuklear menyekat informasi yang berkenaan, termasuk maklumat teknikalnya, laporan sains, kajian biologi dan sebagainya, maka adalah lebih sukar untuk soalan tersebut menemui jawapan. Jepun menyekat maklumat ancaman letupan Ronald McCoy berkata, penapisan informasi bermula sejak awal pembangunan bidang tenaga nuklear. Industri nuklear memberi persepsi negatif bahawa informasi sentiasa dikawal selama ini. Kepercayaan orang umum terhadap tenaga nuklear menghampiri sifar. Rakyat di British, Amerika Syarikat, Jerman, Russia, Jepun dan negara lain tidak didedahkan kepada kebenaran mengenai nuklear. Malah, Jepun yang sedang bergelut dengan krisis nuklear pun telah lama menyekat maklumat tentang nuklear. Pada tahun 2002, pengurus atasan TEPCO dipaksa untuk meletak jawatan, setelah mendedahkan kebenaran bahawa wujudnya kebocoran radioaktif. Selepas malapetaka menimpa loji nuklear Fukushima Daiichi, kerajaan Jepun dan TEPCO melaporkan bahawa hanya berlaku kerosakan yang kecil. Kemudian, barulah dilaporkan bahawa berlakunya kebocoran hidrogen, tetapi pegawai kerajaan tetap mendakwa ia tidak menjejaskan kesihatan. Selepas berlakunya letupan hidrogen, sekali lagi rakyat diberitahu bahawa ia tidak mengancam kesihatan manusia. Menurut Ronald McCoy, pada hakikatnya, hidrogen yang terbocor mengandungi Tritium. Isotope yang mempunyai hayat separuh selama 13 tahun dan 6 bulan ini boleh diserap tubuh manusia, atau masuk ke dalam badan melalui air minuman, sehingga mengakibatkan keracunan pada bahagian buah pinggang, malah meningkatkan risiko manusia dijangkiti barah. Beliau berkata, "radioaktif tidak mengancam kesihatan jika berada pada paras rendah" hanyalah mitos yang dicipta oleh kerajaan dan industri nuklear. Pada zaman persaingan nuklear ketika perang dingin, laporan kajian sains yang membuktikan ancaman radioaktif nuklear terhadap kesihatan manusia telah ditapis, malah saintis yang bercakap benar dimasukkan ke dalam senarai hitam. Pada tahun 1994, jawatankuasa eksperimen radioaktif terhadap manusia menyimpulkan bahawa, laporan kajian yang dibuat ketika zaman perang dingin semuanya pernah ditapis dan disunting untuk mengelakkan protes orang awam.Jadi, muncullah hujah-hujah seperti "adalah sesuatu yang semulajadi untuk manusia hidup dalam keadaan yang mempunyai radioaktif"; "tubuh manusia hanya 'tak kena' apabila tercemar dengan radioaktif berparas tinggi (secara kemalangan, atau kadang-kala)". Namun, menurut laporan yang diklasifikasikan Amerika Syarikat dan Russia, kebocoran radioaktif telah mencemarkan lautan dan darat, dan akhirnya masuk ke dalam rantai makanan dan mengakibatkan krisis kesihatan, misalnya meningkatkan risiko manusia menjangkiti barah, mengancam sistem keimunan badan, mengakibatkan kemandulan, menjadikan penyakit semakin tenat, mengancam pertumbuhan janin dalam kandungan dan sebagainya. Kerajaan pernah menyekat maklumat jerebu Setelah mendedahkan fenomena di mana kerajaan di serata dunia menyekat maklumat bersama industri nuklear, Ronald McCoy bertanya kepada hadirin, "Seandainya krisis yang sama berlaku di Malaysia, apa pula reaksi kerajaan Malaysia, menurut ramalan anda?" "Ingatkah kamu, ketika jerebu menyelubungi Malaysia ekoran kebakaran hutan di Indonesia, apakah reaksi kerajaan ketika itu? Media tidak dibenarkan untuk melaporkan indeks pencemaran udara, kerana ia akan menambat langkah pelancong."Beliau menambah, banyak pengajaran dalam dunia nuklear sebelum ini. Jadi, negara yang ingin membangunkan nuklear memerlukan masyarakat sivil yang menuntut ketelusan dan integriti, namun kedua-dua elemen ini adalah amat kekurangan di bumi Malaysia. Selain itu, negara yang membangunkan tenaga nuklear memerlukan kerajaan yang jujur dan ikhlas untuk menjamin hak asasi rakyat dan keadilan sistem kehakiman. Dengan terus-terang Ronald McCoy mengkritik kerajaan Malaysia kerana angkuh, rasuah dan terlalu lama berkuasa. Malah, seperti biasa, kerajaan ini memutuskan untuk membangun tenaga nuklear tanpa mendengar suara yang berbeza. Sesebuah negara yang benar-benar demokratik gagal dibentuk tanpa kehadiran kebebasan media, kebebasan bersuara dan berhimpun. Malah beliau menyeru agar rakyat Malaysia tegas mempertahankan hak asasi demokrasi, mendesak agar referendum diadakan di seluruh Malaysia oleh badan berkecuali. Malah, Ronald McCoy menyeru agar rakyat Malaysia menubuhkan pakatan untuk menjana gerakan anti-nuklear di peringkat kebangsaan. Betulkan tiada bencana alam di Malaysia? Ronald McCoy melontarkan satu lagi persoalan, bahawa keselamatan loji nuklear bergantung kepada kestabilan alam sekitarnya, dan kerajaan bergantung kepada pakar geologi untuk menilai keselamatan tersebut. Namun demikian, banyak juga gempa bumi yang gagal diramalkan pakar geologi. Justeru itu, ia tetap menimbulkan keraguan walaupun kajian geologi menunjukkan bahawa keadaan tanahnya adalah stabil. Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai masalah gempa bumi, tsunami setakat ini, tetapi negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina berdepan dengan keadaan itu. Pengetahuan kita terhadap geologi tidak lengkap dan tidak sempurna, kita terlalu bergantung kepada pengetahuan sedemikian untuk menentukan di mana binanya projek teknologi yang beracun ini, misalnya loji nuklear. Ronald McCoy berkata, design basis accident sesebuah loji nuklear adalah berasaskan penilaian geologi. Silap selangkah maka ia bakal mengundang situasi seperti loji nuklear Fukushima Daiichi. Rekaan loji nuklear Fukushima Daiichi boleh menanggung kesan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter, dan tsunami setinggi 6.7 meter. Namun, gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 telah mencecah ukuran 8.9 pada skala Richter, dan impak tsunami yang jauh lebih berkuasa daripada tahap yang boleh ditampungnya. Maka, bencana berlaku dalam keadaan sedemikian. "Jadi, pakar geologi turut melakukan kesilapan, ada kalanya. Malah ahli politik juga melakukan kesilapan, kerana penilaian mereka tidak semestinya tepat," katanya. Beliau memberi contoh bahawa gempa bumi berskala 6.3 Ritcher yang berlaku di Christchurch, New Zealand berasal dari satu kuasa yang gagal dikenalpasti. Kuasa ini tidak pernah wujud dari kaca mata pakar geologi, sehinggalah gempa bumi berlaku. "Pada hakikatnya, adalah sesuatu yang biasa apabila gempa bumi dicetuskan kuasa yang tidak diketahui. Jadi, adalah satu masalah seandainya menilai keselamatan loji nuklear berasaskan ramalan geologi, kerana ia tidak semestinya tepat," tekan Ronald McCoy.Selain keadaan tanah yang stabil, pembinaan loji nuklear juga memerlukan syarat kestabilan politik. Negara yang mana senario politiknya tidak stabil akan berdepan dengan risiko di mana loji nuklear mungkin dijadikan sasaran serangan pengganas./Merdeka Review | ||||
Anjing-Anjing UMNO Bertindak Liar, Bukti UMNO Semakin Gentar.. Posted: 25 Mar 2011 09:07 PM PDT
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini. Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam. Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.
Kemunculan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program itu tambah menggamatkan hadirin. Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai. Ketika itu, orang ramai termasuk anggota AMK cuba menghalang polis dari menghampiri Anwar dengan menutup laluan ke pentas hingga memaksa polis menggunakan perisai dan merempuh mereka. Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman. Suasana terus kecoh dan dua orang ditahan polis iaitu Mazlan Mohamad Raos yang disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak bermalam di lokap balai polis Ampang. Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera ringan terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu. Kempen itu dinamakan sebagai 'DNA' atau 'Datuk Najib-Altantuya' bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui 'Datuk T'.Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib./Keadilan Daily | ||||
Taib Mahmud Dungu Dalam Perang Cyber Posted: 25 Mar 2011 07:50 PM PDT Kedunguan taib semasa dia melancarkan perang-cyber! Akhirnya Taib melibatkan dirinya dalam 'perang-cyber' pada minggu ini – dan berakhir dengan mengatakan menantunya seorang pembohong! Sejak sekian lama orang tua itu malu ditemubual dan sering mengelak dari para jurukamera TV. Tetapi beliau kini semakin tertekan dan terpaksa membidas penemuan-penemuan kami di Sarawak Report dan baru-baru ini pula PM Najib Razak telah secara terbuka mengeluarkan amaran jika BN ingin memenangi suatu pilihanraya, mereka harus memenangi perang-cyber terlebih dahulu! PM itu, yang jauh lebih muda dari Taib, seterusnya menepis tekanan semasa lawatannya ke Sarawak pada hujung minggu dengan mengadakan pertemuan dengan 'kenalan-kenalan muda' facebooknya dari Kuching. Maka, semalam Taib pula cuba melakukan sesuatu yang menyerupai tindakan PM itu – dengan beberapa siri 'temubual secara on-line', yang kemudiannya dilancarkan merentasi banyak laman web yang dikawal oleh BN. Pada wawancara itu, yang dikendalikan bersama Ketua Menteri itu, yang telah dibahagi-bahagikan dan disiarkan menerusi laman-laman internet di bawah tajuk-tajuk yang berlainan seperti "Saya tak kenal keluarga Brown" dan "Sarawak menjaga hutannya". Tetapi, suatu slot tayangan yang bertajuk "Perniagaan Jamilah di Kanada itu berjaya, kerana dia cekap" telah menimbulkan rasa malu secara tiba-tiba. Ini kerana komen yang diberikannya bertentangan dengan dakwan yang telah dibuat di London oleh menantunya, Hisham (Sean) Murray, dan telah menyatakan bahawa suami kepada anaknya itu seorang pembohong! Mereka sepatutnya telah menyelaraskan cerita-cerita mereka! Sean Murray yang menyertai perniagaan keluarga Taib setelah dia mengahwini anak perempuan Taib, Jamilah, kini terlibat dengan pelbagai urusniaga hartanah Taib di seluruh dunia. Beberapa orang ahli keluarga Sean telah diambil bekerja dalam perniagaan-perniagaannya seperti Sakto, Sakti dan Ridgeford, yang dimulakan oleh Taib di UK dan Amerika Utara. Namun, menantunya Murray telah menafikan penglibatan Taib dalam rangkaian-rangkaian perniagaan itu. Sepupu Sean, Christopher Murray, yang menguruskan Ridgeford Properties di London, telah memberitahu seorang pemberita pada tahun lepas bahawa Sakto (syarikat yang pertama dalam kumpulan itu, yang ditubuhkan oleh keluarga Taib di Canada) telah sebenarnya ditubuhkan oleh bapanya bersama bapa Sean, yang kebetulannya bersaudara kembar. Kemudiannya, keluarga Murray telah mengupah seorang peguam terkemuka di UK untuk membuat kenyataan akhbar di mana mereka menyatakan: "Sakto, Sakti dan Ridgeford bukan dan tidak pernah dibiayai oleh Encik Taib Mahmud … Jika dakwaan ini dibuat, maka pelanggan kami akan mengeluarkan saman terhadap anda tanpa sebarang notis" [Kenyataan menerusi Mishcon de Reya] Namun Taib mengaku bahawa dia TELAH menubuhkan Sakto dengan memberikan wangnya kepada Jamilah, sebagai mana yang ditayangkan dalam video atas talian itu. "Ianya bermula 20 hingga 30 tahun yang lalu. Saya memberikan wang kepada anak saya kerana saya bersara dari kabinet Kerajaan Persekutuan. Saya menerima gratuity dan memberinya sebahagian dari wang saya itu untuk membuolehkannya memulakan perniagaan yang baru … Ianya berjaya dan dari kejayaan mereka berniaga ke London". [Taib 22/03/2011 http://realsarawak.blogspot.com] Mungkin Sean yang sepatutnya menyaman Taib? Jadi, siapakah yang bercakap Benar? Cerita daripada Taib Mahmud itu sukar untuk dipercayai, berdasarkan dari mana dia mendapat wang sebanyak itu untuk dilaburkan dalam perniagaan Jamilah. Menurut siasatan dan kajian yang telah kami lakukan, pelaburan tahun pertama Sakto adalah dalam harta yang melibatkan 700 unit kediaman. Dalam pada itu Laporan Kewangan syarikat Sakto bagi tahun 1983 telah menunjukkan ianya telah memperolehi aset-aset bernilai CAN$7 juta (RM22 juta), $4.5 juta (RM14 juta) daripada jumlah itu yang telah dilaburkan oleh pemegang sahamnya, i.e. Taib Mahmud sendiri. Apakah jenis 'gratuity' itu sebagai mana telah diterima oleh seorang Menteri Persekutuan yang bersara? Sementara itu, ketika Taib, yang masih muda pada masa itu, sebagai seorang Menteri Persekutuan, beliau sudahpun dikenali sebagai salah seorang ahli politik yang terkaya di Malaysia. Ini sememangnya tiada kaitan dengan sebarang gratuity, tetapi kerana pada masa itu bapa saudaranya Tun Rahman Yakub, telah memberinya konsesi pembalakan yang lumayan untuk menebang hutan-hutan di Sarawak! Namun, Sarawak Report amat bersetuju bahawa semua bukti-bukti yang terdapat dalam rekod-rekod awam Kanada menunjukkan Taib adalah orang yang membiayai pelancaran Sakto dan ianya dimulakan sebagai perniagaan keluarga Taib yang tiada kaitan langsung dengan keluarga Murray atau bapa-bapa mereka! Dakwaan Murray tidak benar sama sekali! Keluarga Murray telah menjelaskan dakwaan mereka bahawa Taib tiada kaitan dengan sebarang syarikat tempat mereka bekerja dengan memberikan keterangan-keterangan selanjutnya dalam dokumen-dokumen makhkamah mereka: "Tidak. Encik Taib tiada kepentingan perniagaan dalam Sakto, Sakti dan Ridgeford. Encik Taib bukannya, dan tidak pernah bertindak sebagai pengarah dalam mana-mana korporat kami. Dia bukan pemegang saham dalam mana-mana syarikat kami, tidak juga berkuasa ke atas syarikat-syarikat kami, sama ada secara langsung atau tidak langsung". Not only are all these statements contradicted by Taib himself, we have (thanks to the late Ross Boyert) seen and taken copies of all the documents relating to the setting up of Sakti International in California – and these definitively prove that Abdul Taib Mahmud was an original Director of the Company and that he was the 50% shareholder too! (see below) Kenyataan-kenyataan ini amat bercanggah dengan Taib sendiri, kami telah (terima kasih kepada mendiang Ross Boyert) melihat dan mendapat salinan-salinan dokumen yang berkaitan dengan penubuhan Sakti International di California – ini membuktikan bahawa Abdul Taib Mahmud adalah Pengarah asal syarikat itu dan beliau adalah pemegang 50% saham syarikat itu juga! Taib applies Quantity not Quality principle to the 'Cyber-war'! Taib mengamalkan prinsip berkuantiti, dan bukannya berkualiti terhadap 'perang cyber'! Sarawak Report telah mendapati bahawa orang yang di sebalik kempen perang-cyber bagi Taib adalah Ketua Penerang Pemuda PBB, Abdul Aziz bin Tan Sri Adenan Satem. Bapanya, Adenan Satem adalah Ketua Penerangan PBB – pernah berkahwin dengan adiknya Zainab! Sebagai rakan-rakan bloggernya kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak Satem itu kerana bekerja keras untuk mempromosikan 'si Rambut Putih' yang semakin lanjut berusia sebagai tarikan on-line. Tetapi anak Satem itu seharus tidak mencuba untuk membantu. Taib kelihatan degil dan teragak-agak untuk menonjolkan dirinya sepanjang rancangan on-line itu. Namun, kempen usaha si Ajis adalah tanpa belas kasihan, dan sememangnya dibiayai sepenuhnya. Sejak beberapa bulan yang lalu, para pemerhati dan pelayar laman web telah melihat dengan rasa geli hati pada kemunculan laman-laman web yang serupa, kedua-duanya mengenai Sarawak, kesemuanya mempromosikan Taib dan BN. Pakar mengenai web telah mengesan peniruan dalam ke semua laman web yang direka, contohnya, menggunakan laluan yang sama untuk menyembunyikan asal-usul – kesemuanya ada di antara laman-laman yang baru siap direka itu, seperti SarawakReport(s).org, mana kala yang lain yang lebih mantap, tetapi telah diusahakan mengikut format BN. Pemerhati Abdul Aziz kini dapat mengesan sekurang-kurangnya 30 laman dan bilangannya bertambah dari hari ke hari! Semua laman yang diusahakan Aziz Satem mempunyai dua bentuk isi kandungan. Pertama, adalah untuk mempersembahkan item-item propaganda ala-Soviet mengenai Taib yang mempromosikan lebih banyak 'pembangunan' di Sarawak, dan kedua, menyerang para pengarang dan penerbit Sarawak Report (di samping menyanjung mereka sementara itu juga melalui peniruan yang dilihat terdesak). Namun, kesemua laman web itu kelihatan membosankan dan tidak menarik perhatian mana-mana pembacha/pelayar. Jika anda menggunakan google untuk mencari Sarawakreports.org, yang pasti anda dapat adalah laman popular www.sarawakreport.org! Namun, terdapat strategi yang diatur dengan bersungguh-sungguh di sebalik pendekatan perang-cyber BN, yang kini semakin terbongkar. Hari ini satu dari laman-laman web Abdul Aziz (Sarawak Bersatu) memulakan komen-komennya dengan mengeluarkan pemerhatian yang kelihatan bagaikan tidak bersalah: "Jika laman web ini bermula dengan mempersoalkan tindakan-tindakan Clare Rewcastle Brown dan laman Sarawak Reportnya, kita merasakan diri kita sebagai suatu suara dari ceruk hutan belantara. Kini, setiap kali anda membuka internet anda akan mendapati ramai orang dari hari ke hari yang mempersoalkan pandangannya dan juga motivasi-motivasinya"! Sememangnya sedemikian! Dan pengarangnya, Abdul Aziz tahu dengan tepat kenapa banyak laman web seperti itu diwujudkan! Namun, jika dia pernah menghadiri sekolah penerbitan dia akan diajar bahawa dengan hanya mengeluarkan komen-komen adalah pilihan yang bersifat malas dibandingkan dengan cerita yang asal yang diterbitkan berdasarkan kajian dan siasatan menyeluruh dan penyebaran maklumat yang asli. Para pengguna internet kini telah tertanya-tanya kenapakah mereka perlu membuang masa membaca pandangan-pandangan yang berat sebelah, sedangkan Sarawak Report adalah satu-satunya laman web yang dikunjungi 50 ribu hits (kunjungan) dan bilangan ini semakin hari semakin bertambah, berbanding dengan salah sebuah laman web Aziz yang hanya mendapat 8 kunjung./Sarawak Report |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan