shalehudin |
- Myanmar pulak...
- Perut Mahfuz lebih besar dari perut Anwar... kahkahkah...
- Tolong jangan tangkap Anwar
- Rosak la kalau cakap Asri pun hangpa tak pakai...
- Video: Pendedahan Chegu Bard
- Lagi ditekan lagi kuat
- Awan radioaktif diimpot segar dari Jepun
- Tindakan membunuh diri Umno
- Video seks: Pakarnya ialah Yusri KRU
- Tengok pi la sekali lagi video ni... syok pulak... kahkahkah...
- Rangkuman baik punyer dari Malaysiakini... kahkahkah...
- Yuen: Perlu keberanian nak tangkap Piem... kahkahkah...
- Lagi ditekan lagi kuat melawan
- Jangan jadi penonton bodoh
- Anwar mengancam keselamatan pembunuh Altantuya
- Adegan yang Najib takut tengok... kahkahkah...
- Mahathir sesak nafas, Najib tidur tak lena... kahkahkah...
- Myanmar pulak... II
Posted: 26 Mar 2011 11:00 AM PDT |
Perut Mahfuz lebih besar dari perut Anwar... kahkahkah... Posted: 26 Mar 2011 09:57 AM PDT |
Posted: 26 Mar 2011 08:03 AM PDT Tak tau la gua maklumat yang diterima dari blog sharpshooter ni betul atau tidak bahawa pak sheikh Anwar akan ditangkap malam ini setelah info awal memberitahu tempat ceramah telah pun dikepung polis dan FRU. Tapi aku berpendapat pihak Polis perlu lebih profesional dan bertanggungjawab menjalankan tugas mereka. Anwar kini berada di Bandar Perda setelah bersolat Maghrib hingga sekarang mendengar tazkirah. Ikut kata sharpshooter, dia menduga Anwar akan ditangkap malam ini dan pihak PKR negeri telah bersedia dengan segala kemungkinan. Gua masih berpendapat, penangkapan Anwar tidak akan menyelesaikan masaalah malah bakal menggelapkan lagi demokrasi yang telah sedia gelap... kita tunggu apa yang berkemungkinan berlaku sebentar lagi... |
Rosak la kalau cakap Asri pun hangpa tak pakai... Posted: 26 Mar 2011 07:30 AM PDT Video seks: Asri ajak rakyat tolak pemimpin politik suka selak kain orang lain Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 26 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang "suka menyelak kain" orang lain dengan sanggup "menghalalkan apa sahaja" demi kepentingan politik mereka. "Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. "Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang," kata beliau dalam tulisannya merujuk kepada perkembangan semasa skandal pendedahan rakaman video seks awal minggu ini. Tokoh agama yang menjadi tumpuan Umno dan PAS sebelum ini berkata, tidak kira kerajaan atau pembangkang rakyat telah dijadikan "penonton bodoh" yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Sehubungan itu katanya, politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan daripada golongan yang jijik dan kotok. "Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini," kata Mohd Asri. Negara dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakan Rakyat, di hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu oleh lelaki yang mengelar dirinya "Datuk T". Dua hari kemudian misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks itu terjawab apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih Isnin lalu. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik. Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar Rabu lalu. Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai lelaki dalam rakaman video seks menafikan penglibatannya, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada kaitan dengan pendedahan tersebut. Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan itu malam tadi. Dalam tulisan kali ini, Mohd Asri berkata, Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini dan isu semasa menjadi pengajaran kepada semua parti politik. "Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS," kata beliau sambil menambah, sedangkan Allah berfirman "wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain." Kata beliau, dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Oleh itu katanya, maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing. "Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram. "Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini," katanya. Kata beliau, sama ada PAS, Umno dan PKR ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. "Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadangkala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. "Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini," ujar beliau. Mengenai desakan diadakan suruhanjaya, Mohd Asri berpendapat bahawa tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi kerana pendekatan sedemikian hanya akan membazirkan harta rakyat. |
Posted: 26 Mar 2011 06:57 AM PDT |
Posted: 26 Mar 2011 05:39 AM PDT Ketabahan susuk bernama Anwar Ibrahim memang telah lama teruji. Ketabahan yang dianugerahkan Allah pada sdr Anwar inilah yang menjadi senjata utama dirinya berhadapan dengan musuh musuhnya. Dan ketabahan yang ada pada Anwar ini jugaklah yang menjadi duri bagi musuh musuhnya yang tidak akan tidur lena selagi Anwar boleh tersenyum bertemu rakyat. Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat. Liku liku yang dilalui Anwar, sejak kes Fintah I pada 1998 hingga kini amat memeritkan. Bukan calang calang orang yang boleh berdepan dengan fitnah yang amat mengaibkan diri dan keluarganya. Terkini satu lagi kes Fitnah II yang juga bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik dan meloyakan kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu. Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini. |
Awan radioaktif diimpot segar dari Jepun Posted: 26 Mar 2011 04:00 AM PDT Mai kita ramai ramai raikan kepulan awan yang tercemar ngan radioaktif ni ke ruang udara Asia Tenggara. Ini kerana saintis dari Norway menyatakan kepulan awan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif dari reaktor nuklear Fukushima, Jepun akan tiba ke ruang udara Vietnam pada 25 Mac 2011. Kepulan awan tercemar yang sama tiba di ruanga udara dari jepun pada 22 Mac lalu dan bergerak menuju ke Vietnam. Tak ada pula kenyataan ke mana awan itu pergi selepas melalui Vietnam. Tapi tak pa la camana pun, kan ka kita ni berjiran ngan Vietnam, apa apa pun kita tumpang sekali lah... belajar la sama camana rasanya hujan asid nanti... sebelum kita sendiri yang akan cipta pulak awan radioaktif... kahkahkah... Walau bagaimanapun ia tidak membawa sebarang bahaya kepada kesihatan orang ramai. Begitulah menurut mereka. kalau hujan dan radioaktif itu turut menyerap ke dalam air hujan pula bagaimana?, itu tak ada pula sebarang kenyataan. Sumber: VietNamNet |
Posted: 26 Mar 2011 02:00 AM PDT Aku berpendapat bahawa tindakan keterlaluan Umno yang direalisasikan oleh Datuk T dengan pendedahan kononya video lucah Anwar tu dah makan diri Umno sendiri. Video lucah yang dihasilkan oleh Trio Umno itu nampaknya memberikan semangat baru kepada Anwar Ibrahim dan partinya, PKR untuk bangkit selepas tenggelam dengan pelbagai masalah dalaman sebelum ini dan bukannya meletakkan PKR dalam kehancuran seperti yang diharapkan Umno dengan fitnah terbaru ini. Sejarah membuktikan, tekanan demi tekanan akan membuatkan seseorang itu akan menjadi alah bisa tegal biasa. Dan video ini juga telah berjaya menjadi faktro penyatu terbaru dengan mengumpulkan kembali sahabat-sahabat dan penyokong beliau walaupun sebelum ini dilihat ada yang cuba menjauhi beliau. Pendekata, projek Trio Umno ini telah 'backfire' kepada Umno dan memberikan sokongan moral yang kuat untuk Anwar dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Ramai rakan lama Anwar telah mula mendekati Anwar yang kini telah difitnah dan dihina bertubi tubi tanpa ada pembelaan yang sewajarnya dari rakan rakan rapatnya sebelum ini. Mulai malam tadi, hampir 500 orang berkumpul dan berolat hajat di rumahnya dekat Segambut. Rakan lama beliau, Dr Siddiq Fadhil yang dilihat sudah lama menyepi memberikan tazkirah yang amat bermakna di majlis itu. Cikgu Bard yang sebelum ini dilihat agak menjauhkan diri dari kelompok elit PKR telah membuat satu sidang media serta kenyataan khas mempertahankan Anwar selepas beliau cuba digunakan untuk menentang Anwar melalui video itu. Mampuih la hangpa Umno oii lepas nih... haha... |
Video seks: Pakarnya ialah Yusri KRU Posted: 26 Mar 2011 01:00 AM PDT Tunggu pakar sahkan aktor seks Pasukan khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakukan siasatan berhubung rakaman video seks ekoran Anwar membuat laporan polis menafikan lelaki dalam video itu melibatkan dirinya. Gambar atas Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur yang turut terlibat dalam penyiasatan tersebut. KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang. Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T. Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar. "Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka). "Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam. Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu. "Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu. Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan. |
Tengok pi la sekali lagi video ni... syok pulak... kahkahkah... Posted: 26 Mar 2011 12:41 AM PDT |
Rangkuman baik punyer dari Malaysiakini... kahkahkah... Posted: 26 Mar 2011 12:05 AM PDT Wira Arjuna Khamis lalu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan. Keseluruhan proses bagi siasatan berhubung video lucah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanya mengambil masa kira-kira lima jam. Secara perbandingan, kes video lucah yang dibawa oleh dua daripada tiga "Datuk T" ini amat berat kerana membabitkan ketua pembangkang dan seperti kata Rahim (tentunya secara sinis), orang yang boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Namun, lima jam sahaja… berbanding dengan soal siasat ke atas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock yang berlangsung 10 jam dan tamat kira-kira jam 3.30 pagi di tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kes Teoh hanya membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya. Lima jam untuk Rahim dan Eskay… berbanding penahanan semalaman yang terpaksa ditempohi oleh Anwar sendiri pada 16 Julai 2008 di lokap Polis Kuala Lumpur, semata-mata untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung pertuduhan liwat untuk kali kedua. Dendam... Sekali lagi, tidak perlu dihuraikan apa berlaku kepada botol mineral, tuala dan berus gigi yang ditinggalkan oleh Anwar dalam bilik penjara itu. Khamis lalu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah. Pembabitan Rahim yang secara langsung mendalangi video lucah sudah pun mencetuskan pelbagai spekulasi yang mengaitkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada siri pusingan fitnah terbaru untuk mengaibkan Anwar. Terpalit dengan tuduhan merogol gadis bawah umur yang memusnahkan karier politiknya pada tahun 1994, Rahim tidak dapat menyembunyikan dendamnya terhadap Anwar atas detik hitam hidupnya itu. Hujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR. Apa pun, polis bukan sahaja harus menjalankan siasatan adil tetapi mesti dilihat menjalankan siasatan secara profesional dan paling penting - adil. Jika tidak, maka akan bergemalah teori polis sekali lagi bersekongkol dengan Umno untuk mencantas Anwar. Pembohongan... Tempoh yang agak singkat untuk mengambil keterangan Rahim dan Eskay Khamis lalu sudah pun merangsang pelbagai teori, spekulasi dan perbandingan. Kredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun. Seseorang yang mengikuti sidang akhbar Rahim dan Eskay Selasa lalu tentu tertanya-tanya sama ada dalam mengambil keterangan, polis telah memperinci beberapa pembohongan oleh dua individu itu kepada pihak media. Eskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu. Malah menurut mereka, video itu juga tidak akan diserahkan kepada polis (ketika itu) supaya tidak ada tuduhan polis berat sebelah dalam siasatan. Namun, apa yang jelas adalah gandingan Datuk T turut berusaha keras memancing wakil rakyat PKR dan individu berpengaruh dalam parti itu. Justeru video lucah itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti. Apabila umpan tidak mengena (Johari dan Badrul yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar) maka tiba-tiba Datuk T bersedia bekerjasama dengan polis, malah Rahim memberitahu media "kalau polis nak ambil seluar dalam kami pun, ambillah." Nyata polis tidak perlu mengambil seluar dalam Rahim ataupun Eskay (buat masa ini). Namun polis mempunyai tanggungjawab untuk tidak diheret dalam agenda politik mana-mana pihak dan menjalankan siasatan berwibawa, secara professional dan berkecuali. |
Yuen: Perlu keberanian nak tangkap Piem... kahkahkah... Posted: 25 Mar 2011 10:35 PM PDT Memang dinegara kita ni camni dah budaya dia, masa dok atas depa tak nampak apa yang dibawah tapi akan nampak banyak yang tak kena bila ada dibawah. Masa dalam kerajaan, tak nampak apa yang kerajaan buat tu salah, tapi akan jelas terpandang bila dah tak berjawatan. Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi. Bagi aku walaupun terlambat, aku terima gak la pasai memang ni budaya Malaysia, lambat nampak. Nafsu jadi lemah bila dok dalam perkhidmatan kerajaan... kahkahkah... Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus. Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah. "Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi". Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu. Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu. |
Lagi ditekan lagi kuat melawan Posted: 25 Mar 2011 10:27 PM PDT Ketabahan susuk bernama Anwar Ibrahim memang telah lama teruji. Ketabahan yang dianugerahkan Allah pada sdr Anwar inilah yang menjadi senjata utama dirinya berhadapan dengan musuh musuhnya. Dan ketabahan yang ada pada Anwar ini jugaklah yang menjadi duri bagi musuh musuhnya yang tidak akan tidur lena selagi Anwar boleh tersenyum bertemu rakyat. Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat. Liku liku yang dilalui Anwar, sejak kes Fintah I pada 1998 hingga kini amat memeritkan. Bukan calang calang orang yang boleh berdepan dengan fitnah yang amat mengaibkan diri dan keluarganya. Terkini satu lagi kes Fitnah II yang juga bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik dan meloyakan kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu. Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini. |
Posted: 25 Mar 2011 08:53 PM PDT Sebagai rakyat yang merdeka jiwa dan raga dalam sebuah negara merdeka, kita perlu bertindak mengikut akal fikiran yang juga merdeka berdasarkan pada Ilmu Islam yang ada. Rakyat perlu menolak sama sekali semua pemimpin politik yang suka mengaibkan orang, dengan hanya pandai menyelak kain orang lain dan sanggup "menghalalkan apa sahaja" demi kepentingan politik mereka. Marilah kita tinggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Orang yang telah merdeka jiwa raga tidak boleh di jadikan sebagai penonton bodoh yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti si polan itu tidur dengan siapa dan bagaimana cara si polan itu bermain seks. Marilah kita mendidik anak bangsa berpolitik secara beradab dengan mengajar jenis jenis pemimpin sebegini meniarap ditanah makan pasir dengan menghumban mereka keluar dari kelompok yang dihormati. Kita perlu bermula dari sekarang dengan mengasuh anak bangsa kita berpolitik tanpa melanggar pantang larang agama. |
Anwar mengancam keselamatan pembunuh Altantuya Posted: 25 Mar 2011 07:15 PM PDT Polis terpaksa menghentikan ceramah Anwar Ibrahim di Gombak semalam atas alasan mengancam keselamatan pihak pihak tertentu terutamanya yang bersangkutan dengan kehancuran daging daging tubuh badan Altantuya yang di 'C4'kan... Ya.. ya..... bertenang saudara saudara... Kita akan hentikan ceramah ini kerana jam Najib dah pun pukul 12 tengahmalam walaupun jam kita masih 11.30 malam. Tak pa, tak pa.... kita bagi depa tidoq awai.... kahkahkah... kita balik dulu nanti kita mai berhimpun lagi... |
Adegan yang Najib takut tengok... kahkahkah... Posted: 25 Mar 2011 06:00 PM PDT Bekas Penolong Pengarah Bomba sertai KEADILAN KEADILAN terus mendapat sambutan hangat apabila beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai parti ini di Sabah. Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman berkata, mereka ialah bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tenom, Wahab Timpai dan seorang ahli Umno Tenom yang juga bekas Penolong Pengarah Bomba Sarawak, Sanchi Kalingou. "Kedua-duanya menyertai KEADILAN di pejabat parti di Tenom hari ini," kata Halik kepada KeadilanDaily. Halik yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tenom berkata, penyertaan itu, membuktikan BN di Sabah bakal tumbang. "Yang penting ialah kerja keras berterusan demi memastikan kemenangan melalui pemerkasaan parti di peringkat cabang masing-masing," katanya. Beliau menjangka, kira-kira 80 ahli parti komponen BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang juga terletak dalam Parlimen Tenom turut menyertai KEADILAN. Halik ketika ini turut diberi kepercayaan untuk menjawat portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam kepimpinan KEADILAN Sabah. Sejak hujung tahun lalu sehingga kini, hampir setiap bulan ada sahaja ahli Umno BN dalam Parlimen Tenom menyertai KEADILAN. |
Mahathir sesak nafas, Najib tidur tak lena... kahkahkah... Posted: 25 Mar 2011 05:00 PM PDT Aku rasa pendedahan video seks yang dibuat oleh Umno melalui Datuk T ni tak menjadi la, kantoi habis. Malah sekaligus meletakkan Umno dalam keadaan tertekan sekarang ni. Mahathir pasti sesak nafas, buah fikirannya melalui buku nyanyuk memoirnya tak menjadi. Najib tidoq tak lena pasai Datuk T awai awai lagi dah kalah sebelum berjuang. Kalah teruk la bila orang yang menyerupai Anwar sendiri berdiri disebalik video seks Anwar nih... kahkahkah... walaupun masih ada ustaz yang percaya 110% walaupun belum tengok... nampak sangat la kantoinya tuh... Lagi satu terkantoi, gambar atas adalah nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini. Mohammad Mahti adalah seorang bekas anggota polis berkata, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu. Baca sini selanjutnya.- TMI |
Posted: 25 Mar 2011 12:00 PM PDT Jalan raya retak dan rosak teruk di bandar Tachilek, timur laut Myanmar, semalam, selepas gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud melanda negara itu selain turut menggegarkan kawasan sempadan Thailand. Lebih 70 orang maut dalam gempa itu yang turut menyebabkan beratus-ratus rumah ranap (gambar kecil). Gegarannya turut dirasai sehingga ke Bangkok, Hanoi dan sebahagian China. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan