Sabtu, 26 Mac 2011

PERAKITE

PERAKITE


Anwar akan diberkas malam ini..?

Posted: 26 Mar 2011 06:56 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah di Padang Awam Taman Seri Pauh, Butterworth pada waktu ini.

Sebelum itu, beliau telah solat Maghrib, solat hajat dan solat Isyak dan mendengar tazkirah Ustaz Mutalib Maa'rof di Masjid Perda Bukit Mertajam.

Pada ceramah Tolak FITNAH II, yang turut sama menyampaikan ucapan ialah Ketua Menteri P Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1 Dato Mansor Othman dan Dato Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani ) yang mengkisahkan mengenai penyangan video lucah berkenaan.

Namun begitu, menurut khabaran blogger Sharpshooter, polis dan fru telah mengepong tempat ceramah sejak awal.

Sharpshooter menduga Anwar akan ditangkap malam ini. Takat ini keadaan seperti biasa la

Kecoh Anwar Ibrahim diberkas polis...?

Posted: 25 Mar 2011 05:33 PM PDT

Kecoh seketika apabila tersebar berita kononnya DS Anwar Ibrahim telah ditahan polis semasa berceramah. Berita berkenaan tersebar pantas, namun hakikatnya dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) diberkas polis.

Kekecohan bermula apabila Anwar diarah berhenti menyampaikan ucapan semasa menghadiri majlis kempen DNA yang dihadiri lebih 1,500 orang di Gombak, malam tadi, menyebabkan dua pemuda itu dutahan.

NONEPada mulanya, kira-kira 10 anggota polis bertindak untuk menghalang ketua umum PKR itu berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Hadirin tidak kecewa dengan arahan itu sehingga kekecohan timbul. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Para penyokong berkumpul dan menghalang polis menghampiri pentas. Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudian mengguna perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

NONEKetua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Helmi, dan seorang lagi tidak dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.

Tiada ulasan: