Ahad, 27 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ADA MASALAH, JOM KITA MENGADU PADA BIK MAMA

Posted: 27 Feb 2011 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

LAKI bini bongkak dan sombong. Sebelum ini ramai yang mengatakan sememangnya Bik Mama Rosmah lebih berkuasa dari Najib.

Rosmah sewaktu melawat sekitar Felda di kawasan Dun Kerdau, beliau menyeru agar pengundi mengundi calon Bn. Untuk menunjukkan hebatnya dia seolah-olah dia Menteri atau lebih dari itu, beliau berkata, "Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya. (Petikan dari Malaysiakini).

Mengapa mesti beritahu Rosmah? Pemimpin atau menteri lain tiada `power' kah? Atau, cakap Rosmah mesti ditaati oleh Najib? Mungkin kecut segalanya Wakil Rakyat dari Umno jika mendengar Rosmah berkata begitu. Tidak buat kerja, rakyat akan mengadu dengan Bik Mama.

Terpulanglah pada orang Kerdau. Ada otak, fikir lah baik-baik. Jangan kerana wang ringgit dan habuan keduniaan sampai sanggup gadai maruah diri dan agama. Jika Najib dan Bik Mama jahil tentang agama, takkan kita mahu ikut?/wfauzdin.blogspot.com

ALI RUSTAM MUKA YANG TIDAK TAHU MALU

Posted: 27 Feb 2011 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan KM Melaka Ali Rustam di sini, saya tidak dapat menggambarkan betapa ruginya rakyat Melaka mempunyai KM yang sesombong ini. Biar pun nanti KM ini terus diangkat oleh rakyat Melaka sebagai pemimpin mereka hingga kiamat, maka selama itulah rakyat Melaka berada di dalam kerugian yang teramat sangat.

Sikap ego, sombong dan bongkak KM ini adalah kerana rakyat Melaka sendiri memberi peluang kepada beliau berkuasa. Beliau akui, sekiranya ada rakyat yang memohon kerja atau memohon jalan, beliau akan mengutamakan penyokong Bn dahulu. Kununnya, keutamaan dan kebajikan harus bermula di dalam rumah. Ertinya, selain dari penyokong Bn di Melaka mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam. Jika mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam, tidakkah malu Ali Rustam meminta cukai dari mereka yang tidak menyokong Bn ini?

Wang cukai diminta, tetapi mengaku bukan ahli keluarga. Di mana maruah Ali Rustam? Di mana maruah mereka yang masih menyokong Ali Rustam dan partinya itu? Jika ini lah yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, juga di Selangor, alangkah malang nasib mereka yang menyokong Umno/Bn. Tetapi, ini bukan amalan kita di dalam PR. Jika begini lah pengakuan Ali Rustam, anda sendiri boleh jatuhkan hukum kepada sesiapa yang mengundi parti Ali Rustam ini.

Di dalam kenyataannya itu juga, beliau turut meminta rakyat berterima kasih kepadanya. Memang benar, kita wajar berterima kasih kepada sesiapa yang membantu kita. Tetapi jika kita yang membantu seseorang, agama melarang kita untuk menuntut agar orang yang kita bantu itu mengucapkan terima kasih. Sekiranya kita menuntut, ini menimbulkan sifat riak atau bermegah dan menunjukkan tiadanya keikhlasan kita. Di dalam aspek mendidik anak-anak atau murid di sekolah, memang wajar kita mengajar mereka untuk berterima kasih.

Pembangunan atau sebarang peruntukan yang disalurkan kepada rakyat di Melaka, adakah datang dari duit poket Ali rustam? Tidak, ia datangnya dari Kerajaan yang mendapat hasil dari cukai semua rakyat di Melaka. Sudahlah duit tidak datang dari poket beliau, tidak malu pula menuntut rakyat agar berterima kasih. Inikah pemimpin yang diharapkan mentadbir Melaka?

Nampaknya Ali Rustam semakin tertekan dengan pilihanraya di Merlimau. Justeru itu, beliau seperti orang hilang akal dan pertimbangan dengan mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak berugama. Malang sungguh orang Melaka./wfauzdin.blogspot.com

SIMPATI TUAN GURU KEPADA NAJIB YANG BUTA HATI

Posted: 27 Feb 2011 06:00 PM PST

Islam sederhana, ajaran baru Umno ditemplak Nik Aziz

Feb 27, 11

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai "sangat tidak manis", beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.

NONE"Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

"Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

"Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno," tulis Nik Aziz.

NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.

Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa "tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam."

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.

"Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!

"Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.


NONE"Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka.

"Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?

"Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!"

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

"Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.

Palitkan getah kepada Ikhwan

"Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!"


NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.

"Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

"Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi"Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan," kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.


najib egypt democracy crisis"Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu.

"Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu," akhiri tulisan Nik Aziz itu./Malaysiakini

BERAHIM ALI MUNGKIN BANGGA JIKA MAHATHIR AKAN SEMBAHYANGKAN JENAZAHNYA NANTI

Posted: 27 Feb 2011 08:35 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEANDAINYA Islam membenarkan mendoakan agar seseorang itu mati cepat, saya akan memilih untuk mendoakan supaya raja katak Pasir Mas Berahim Ali masuk kubur dulu sebelum saya mendoakan Mahathir. Mereka berdua sejak kebelakangan ini terlampau di dalam membicarakan soal politik dan ugama, sehinggakan mereka lupa kepada diri mereka masing-masing.

Kita tidak hairan sekiranya Berahim Ali teramat kasih kepada Mahathir dan Utusan Meloya, kerana tanpa keduanya PERKOSA yang diterajui oleh Berahim raja katak ini tidak akan ke mana. Akhbar PERKOSA dikatakan tidak laku dan terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan jika ada pun tiada siapa yang berselera mahu menatap akhbar tahap bangkai itu. Sama juga dengan Utusan Meloya yang diberi percuma kepada sebuah sekolah Cina, dipulangkan kembali kerana kaum Cina cerdik untuk menilai mana satu emas dan mana satu bangkai.

Semasa Perhimpunan Melayu Perkasa Perak bertempat di Pulau Datuk Sagor baru-baru ini, Berahim Ali menyebut Tuan Guru Nik Aziz tidak layak untuk dibandingkan dengan Mahathir Kutty yang kununnya terlalu banyak berjasa kepada negara. Beliau berkata, tiada apa perubahan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz selama 20 tahun beliau menjadi MB Kelantan berbanding Mahathir Kutty memerintah negara. Betapa punya baghal otak raja katak ini saya pun tidak tahu.

Memerintah negara mana mungkin mahu disamakan dengan memerintah sebuah negeri apatah lagi negeri yang dianak tirikan. Mahathir boleh laksanakan apa jua yang beliau mahu lakukan kerana beliau seorang PM yang mengawal semua kewangan negara. Bahkan, beliau boleh agih-agihkan harta kekayaan negara kepada anak-anaknya, kaum kerabat dan kroninya seolah-olah harta negara ini harta bapak dia sendiri. Tentulah berbeza dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mempunyai kewangan negeri yang amat terhad dan hak negeri yang sepatutnya diberi oleh Pusat tidak diperolehi.

Paling kurang ajar raja katak ini menghina Tuan Guru Nik Aziz semata-mata ingin mencium punggung Mahathir seperti katanya, "Nik Abdul Aziz jika hendak dibandingkan dengan Tun (Mahathir), sebesar tahi hidung saya pun tidak padan," katanya pada Perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pulau Datuk Sagor di sini hari ini . Mudah-mudahan Allah tunjukkan kepada kita semua `tahi hidung' Berahim Ali sebesar mana.

Berahim Ali diterajang oleh Umno, masuk bertanding pilihanraya atas nama calon Bebas tewas dua kali. Kesihan kepada sang katak yang dizalimi oleh keluaranya sendiri, Tuan Guru Nik Aziz telah memberikan peluang kepada katak ini untuk bertanding sekali lagi di Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS. Ribuan rakyat Pasir Mas mengiringi sang katak sewaktu hari penamaan calon, dan kemenangan beliau dengan cemerlang diraikan penuh kesyukuran oleh rakyat Kelantan khususnya di Pasir Mas. Rakyat Kelantan bergembira tanda bersyukur kerana disangkakan sang katak kini telah berubah menjadi manusia biasa yang penuh keimanan dan keinsafan.

Namun, harus kita akui bahawa yang memberikan taufik dan hidayah bukan kerja kita. Itu kerja Allah, dan Allah lebih tahu siapakah yang boleh menerima anugerah paling berharga itu. Akhirnya, kita lihat sendiri gelagat sang katak ini umpama si Tanggang politik. Tuan Guru Nik Aziz dihina, sebaliknya musuh ketat Tuan Guru Nik Aziz iaitu si Mahathir Kutty pula dipuja. Baru sekarang beliau sedar Tuan Guru Nik Aziz tidak melakukan apa-apa di Kelantan. Mengapa sewaktu beliau diberi peluang untuk bertanding di atas tiket PAS, tidak pernah terkeluar kata-kata sedemikian? Saya dapat rasakan apa yang ada di dalam sanubari setiap pengundi yang mengundi beliau dahulu. Sebab itu saya katakan, andainya diharuskan berdoa agar dimatikan segera seseorang insan, insan inilah mungkin menjadi pilihan pengundi-pengundi di Pasir Mas.

Namun, kata-kata Berahim Al Kataki ini tidak sedikit pun menjadi kudis kepada Tuan Guru Nik Aziz. Biarkan mulut sang katak ini menghina Tuan Guru semahu-mahunya selagi ada udara keluar masuk lubang hidung beliau. Mudah-mudahan apabila tiba ajalnya nanti, kita akan saksikan yang mengimamkan jenazah beliau adalah Mahathir Kutty yang disanjunginya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: