Kami Sokong Tokguru |
Kuasailah Agama Dan Politik ,Pesanan Tok Kenali Posted: 27 Feb 2011 02:43 PM PST Tag : Merenung Sejenak
Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang belum memasuki keluarga besar Islam. Bila sebut nama Tok Kenali,siapa yang tidak kenal dengan tokoh agama tersohor kelantan suatu ketika dahulu.Beliau dikatakan mempunyai banyak kelebihan dan karamah yang dikurniakan Allah kepadanya Yang menariknya beliau bukan sahaja handal dibidang agama tapi juga mempunyai minat dalam bidang seni dan kesusasteraan melayu. Dibawah ini saya cuba kongsikan beberapa bait sajak dan doa-doa yang sering terlontar dari mulut beliau.. ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang mukmin. Antara sajaknya yang lain menunjukkan betapa tidak selesanya beliau kepada budaya merokok Perokok itu terhina, Dungu, membazir dan keji, kerendahan bagi penagihnya, pasti. Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi. "orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu" "mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran", Dibawah pula doa yang dikatakan sering menjadi amalan Tuk Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah itu dikenal pula dengan "Doa Tuk Kenali" (Doa mengiringi sembahyang Lima Waktu) yang antara lain bererti: wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna. Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup, puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan, juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah." Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas. Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang. Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan". Dibawah ini sajak yang paling saya suka sila baca bait terakhirnya (Simbol besi serta keris semua itu dibinasakan Allah) (sya'ir buat mereka yang mengerti dan memahami) "Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku, Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku, Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya' keramat, Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad, Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah" -ijoks2009- Biodata tok kenali disiniSumber rujukan Disini dan Disini P/s: Soalan cepu emas , Macammana tok kenali dah boleh agak yang suatu hari nanti Islam akan dikianati oleh parti yang guna simbol keris ni ,hehehe |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan