Senyum Tangis Sendu |
- Merlimau: Tiang Lampu Dalam Kedai Makan
- Ali Rustam Mahu Debat Sarkas?
- Mahu Pembangunan, Tunggu Wakil Rakyat Mati
| Merlimau: Tiang Lampu Dalam Kedai Makan Posted: 12 Feb 2011 10:22 PM PST Perhatikan betul-betul gambar di atas. Tiang lampu di luar atau dalam premis kedai? Nampak sangat UMNO/BN suka ambil tanah sehinggakan tanah untuk pacak tiang lampu Tenaga Nasional Berhad terpaksa dikongsi oleh pemilik kedai makan tersebut. Tiang lampu itu bukan tiang yang tidak digunakan sebaliknya tiang utama jalan masuk ke kawasan rumah di Pekan Merlimau. Bukan di kawasan kampung tau pun felda tiang lampu ini. Situasi ini terletak betul-betul dengan kawasan Pekan Merlimau. Keadaan ini juga mengundang bahaya kepada pemilik kedai terbabit sekiranya tiang itu tumbang memandangkan tiang tersebut terletak di dalam kedai terbabit. Salah siapakah keadaan ini berlaku? Salah pemilik kedai yang mengambil tanah untuk tiang lampu atau salah Tenaga Nasional Berhad yang mengambil tanah pemilik kedai. UMNO/BN diharapkan jagan terlalu mengejar projek pembangunan jalan raya sahaja tetapi perlu bertindak pantas dalam menangani isu seperti yang dialami oleh pemilik kedai makan tersebut. Jangan tunggu kejadian tidak diigini baru hendak bertindak. Sesal dahulu hutang rakyat, sesal kemudian kamu kene guling. |
| Posted: 12 Feb 2011 05:59 PM PST Ali jangan risau, gua support lu... Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka ingin mencabar Pakatan Rakyat untuk berdebat dalam pelbagai isu berkaitan negeri Melaka kerana menganggap bahawa Pakatan Rakyat sering melontarkan perkara negatif mengenai Melaka. Paling bodoh mengenai debat sarkas Ali Rustam ialah mahu berdebat bersebelahan dengan Pakatan Rakyat seperti pernah dibuat oleh UMNO/BN di Bukit Katil. Kebodohan Ali Rustam sama seperti badut-badut dalam sarkas. Ali Rustam merupakan pemimpin UMNO Melayu paling dayus kerana takut berdebat dipentas yang sama sebaliknya mahu bersebelahan sahaja. Ini ialah kenyataan ketua badut sarkas Melaka yang dikatakan memperjuangkan Melayu-: Pembangkang, ok la macam ni pembangunan "Lebih baik jika program itu dilakukan dalam satu kawasan, bukan di pentas sama. Cuma saya di sebelah kiri, manakala dia (pembangkang) di sebelah kanan dan setiap kali dia bertanya, saya akan menjawab masa itu juga. Tidak kisah siapa akan berada di pentas sebelah kanan, sama ada Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng atau Lim Kit Siang. Semua saya sanggup berdepan untuk menjawab sebarang isu dibangkitkan mereka mengenai Melaka". Kita akan pastikan siapakah akan jadi badut dalam menyampaikan ceramah ini. Kalau betul-betul mahu jadi anak jantan Melayu Melaka Tulin, sahutlah seruan debat ditempat terbuka di bawah satu pentas yang sama. |
| Mahu Pembangunan, Tunggu Wakil Rakyat Mati Posted: 12 Feb 2011 03:25 PM PST Rakyat di setiap kawasan yang kematian ahlli parlimen dan adun akan menikmati pembangunan lebih cepat berbanding pembangunan yang diperintah oleh kerajaan UMNO/BN itu sendiri. Ini kerana kerajaan akan menyalahgunakan segala jenteranya seperti syarikat air, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Kerja Raya. Sebagai contoh yang terdekat untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau ini. Bnyak jenis jentera yang pelik berwarna merah untuk tujuan membaiki jalan. Sebelum ini rakyat pernah mengadu bahawa kerosakkan jalan perlu diperbaiki tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib. Namun selepas wakil rakyat meninggal barulah kerja-kerja menyegeran seperti maggi goreng ini rancak dijalankan. Ini membuktikan bahawa wakil rakyat UMNO/BN tidaklah penting semasa hayat mereka masih hidup. Tetapi selepas meninggal, projek datang mencurah-curah seperti mendapat durian runtuh. Bukan di DUN Merlimau sahaja projek dicurahkan. Namun sebelum pilihan raya sebelum ini seperti di DUN N.45 Galas (Kelantan), N.05 Tenang (Johor), N.27 Merlimau (Melaka) dan terkini di DUN Kerdau akan menerima habuan selepas kematian wakil rakyat. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan