Ahad, 13 Februari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Propaganda UMNO/BN Perak

Posted: 13 Feb 2011 07:00 AM PST


Gambar ni aku cilok daripada blog sahabat iaitu Anak Sungai Derhaka. Thank you friend.

Ia menarik kerana ia memperlihatkan bertapa bijaknya puak-puak lanun di Perak memperbodohkan rakyat Perak, khususnya orang-orang kampung. Orang-orang kampung yang kurang informasi ini percaya apa yang mereka lihat. Psychology beb!! Serangan minda!!

Keranamu Barisan Nasional..... semuanya naik.

Kah... kah... kah... kah...

Harga getah naik kerana BN.
Harga kelapa sawit naik kerana BN
Harga kelapa naik kerana BN

Kah.... kah.... kah.... kah....

Harga komoditi tersebut naik disebabkan oleh Barisan Nasional??
Barangan lain yang naik amacam??

Kah... kah.... kah.... kah....

Hello.... ketawa, ketawa juga, tetapi... para pemimpin Pakatan Rakyat kena ambil perhatian benda-benda macam ini. Bak kata blogger Anak Sungai Derhaka, orang kampung mana tahu pasal pasaran dunia. Mereka cuba diperdaya oleh sang lanun, kononnya itu BN punya kerja untuk bantu mereka.

Jadi... para pemimpin Pakatan Rakyat harus 'tune'kan balik otak orang-orang kampung. Jangan terus biarkan mereka fikir yang itu BN punya kerja. Jelaskan kepada mereka. Katakan kepada mereka, sebenarnya itulah cara BN perbodohkan mereka.

Para pemimpin Pakatan Rakyat kena counter balik propaganda licik Barisan Nasional. Bertindak segera sebelum berputih mata.

Siakap senohong, gelama ikan duri

Posted: 13 Feb 2011 04:35 AM PST


Mahathir dakwa dia ada berjumpa dengan para pemimpin pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dakwaan ini telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan mereka yang terlibat dalam Ops Lalang.

Kit Siang kata, Mahathir penipu. Hari ini Karpal Singh pulak mempertikaikan dakwaannya. Malah, dia turut mencabar Mahathir.

Hello... Karpal. Hang ingat Mahathir peduli ke dengan cabaran hang tu?? Tak da mananya.... Orang tua tu, mana ada kemaluan mau pun maruah?? Dia berdusta macam dia kencing jer. Selamba rock dia jer... Tak de rasa apa-apa pun. Dia buat muka tak malu jer...

Dia ni.... pandai dan hebat dalam membuat dakwaan dan tuduhan tetapi apabila orang mintak bukti atau suruh bagi keterangan dalam mahkamah, tak berani dan dia buat nohen jer. Dia ni tak da sikap akauntabiliti terhadap apa yang keluar daripada mulut dia. Apabila terdesak.... dia akan point his fingers at other people.

Tengok jer dalam kes Liwat 1 . Apa yang tidak dikata dan dituduhnya Anwar Ibrahim?? Tetapi, sekali pun dia tak pernah masuk mahkamah untuk beri keterangan atau disoal oleh barisan peguan Anwar. Terpaksaler.... barua-barua dia dalam sisitem kehakiman memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan dia daripada testify dan diperosah di mahkamah.

Dalam kes Ops Lalang ni pun sama. Setelah diasak.... bukan ke barua dia yang muncul untuk defend dia. Begitu juga dengan kes 'Lingam Gate'.

Kita pendekkan cerita. Tak payah tunggu 7 hari. Mari kita buat konklusi, hari ini, jam ini. Konklusi dibuat berdasarkan persepsi umum tentang hal ini. Baca pantun dua kerat ni....

Siakap senohong, Gelama ikan duri
Siapa cakap bohong?? Ha.. ha.. ha... Siapa lagi, Mahathir Kutty!!

[sumber]

Cer citer... Cer citer... Awat tak citer?? Diam jer...

Posted: 13 Feb 2011 12:40 AM PST

OPV-Gambar hiasan

Kementerian yang dijaga oleh Zahid Hamidi beli 6 buah kapal (OPV) dengan harga RM6 bilion. Maknanya sebuah berharga RM1 billion.

Apabila Tony Pua bukak mulut minta penjelasan, tetiba puak-puak ni jadi gelabah tak tentu arah. Macam cacing kena jemur tengah panas..... mengeletek. Gabra tak tentu arah.

Ater... udah terdedah dan dipersoalkan, maka ruih rendah ler 1Malaysia. Apa kejadahnya, mahal bebenor... sedangkan negara lain beli ada yang lebih murah. Apa istimewanya kapal yang Malaysia nak beli ni? Cer citer... cer citer....

Ngapa tak citer?? Citer ler habis-habis. Biar orang semua puas hati. Ini tak... bisu dan kelu. Matter tergantung macam tu jer, mestiler orang lagi suspen dan ingin tahu cerita sebenor di sebalik pembelian kapal-kapal dengan harga yang tak masuk dek akai

Si Tony bukan buat tuduhan apa-apa. Dia cuma minta penjelasan dan bagi contoh jer, sebab... menteri yang jaga Kementah ni, bangang bebenor..... tak pandai berurus niaga.


Isy.... isy..... Ada boleh dapat kapal yang lebih murah, ngapa pilih untuk beli yang mahal?? Bagi tahu jer ler.... Bagi reason. Apa masalahnya?? Aha... ini mesti ada apa-apa, ek?? Itulah persepsi rakyat. Mesti ada apa-apa.

Apabila dah riuh rendah, isu ini masuk surat khabar dan blog, rakyat persoalkan pulak SPRM. Kenapa SPRM diam jer?? Demer pun buat pekak, buta dan kelu. Ater, kalau dah tak de penjelasan daripada menterinya, serta urus niaga pulak macam ada yang tak kena dan banyak pulak tanda tanya, sekurang-kurang SPRM siasat ler. Itu kerja SPRM.... jaga kepentingan duit ringgit rakyat agar tidak diseleweng.

Alasan SPRM... tak der report dan butiran lanjut daripada Tony Pua. Hmm... biaser ler. Kalau kita yang dedah.... macam-macam alasan demer bagi. Cer kalor orang 'kita' yang dituduh, cepat jer demer bertindak, walau pun kekadang tuduhan itu tak masuk akai dan tidak berasas.


Eeeeiiyaa.... malunyer kita ada badan pencegah rasuah yang macam ini. Tak proaktif langsung terhadap pendedahan yang dibuat oleh pembangkang. Asyik tunggu kena suap jer. Ada kuasa tak nak guna. Hanya pandai tunjuk kuasa, jika kes membabitkan pembangkang. Nampak sangat tak professional dan selective.

Itu sebab, orang gelor demer dengan macam-macam gelaran yang menghina. Kalau dah rupa itu sikap dan pendirian mereka.... memang patut dan padan muka pun kena hina dan kena cerca. Hopeless!!

Hmmm.... nasib baik si Tony tak tercekik, kalau tidak rugi ler rakyat Malaysia. Rakyat akan kehilangan seorang MP yang boleh diharapkan untuk mendedahkan dan memperjuangkan kepentingan, hak dan duit rakyat.

Nak harapkan jaws-jaws dalam UMNO/BN?? Eeeee... simpang malaikat 44, bangkrapler negara, habis kantung negara dan duit rakyat, mereka 'kerja'kan. Nauzubillahhh...

[sumber]

Berdiplomasi dalam berdakwah

Posted: 12 Feb 2011 09:47 PM PST


Kecoh dan riuh rendah pasal isu sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day. Pihak tu marah pihak ni. Individu tu kritik individu ni. Menteri tu pun tumpang sekaki, ambil kesempatan godam PAS untuk dapatkan political mileage.

Senang jer.... bukan ke majlis fatwa dah kata Valentine's Day haram disambut oleh orang Islam. Jadi... orang Islam kena peka dan ikutlah apa yang agama kita larang. Masyarakat bukan Islam lelain yang hendak sambut.... gasak merekalah.

Tetapi, biasalah.... banyak dalam kalangan orang Islam kita yang memang degil. Terlalu mengikut trend kerana kononnya tidak mahu ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, ia disambut secara meluas di Barat, malah diberikan publisiti yang meluas tentang sambutan Hari Kekasih ini. Ia sudah jadi satu sambutan yang happening especially bagi golongan muda -mudi.

Di Malaysia, di mana masyarakatnya berbilang kaum yang menamalkan pelbagai ikutan agama, sambutan ini sering menjadi kontroversi. Malah.... kadang-kadang ia dijadikan isu yang boleh menimbulkan pergeseran pendapat oleh ahli-ahli politik daripada parti yang bertentangan untuk mendapat political mileage.

Dalam hal yang ada kaitan dengan ajaran agama, terutamanya agama Islam... kita tak kira ler di pihak mana mereka berada, isu ini mesti ditangani dan gelaja ini mesti dikekang dan dibendung secara bijaksana. Kita kekang dan bendung budaya yang ditegah agama Islam ini, but... at the same time, hak kaum-kaum lain untuk menyambutnya, jangan pulak kita ganggu gugat. Selagi pemimpin agama depa sengap.... biaq pi kat depa.

Kita.... fokus kepada golongan sasaran kita iaitu masyarakat Islam sahaja. Pihak yang ada autoriti, bertindak mengikut bidang kuasa yang mereka ada. Manakala, pihak yang rasa bertanggung jawab untuk membendung gejala negatif, kesan daripada sambutan Hari Kekasih ini, hendaklah lakukannya dalam bentuk dakwah. Dakwah pulak... mestilah dijalankan secara berhemah.

PAS sebagai sebuah parti politik yang sama-sama berkongsi misi untuk menjatuhkan dan menguburkan UMNO/BN, mestilah berdakwah secara bijak. Tuntutan agama mesti dilaksanakan, tetapi pada masa yang sama, pastikan kita tidak kehilangan sokongan dari segi politik.

Kita mahukan a win-win situation antara dakwah agama dan dakwah politik. Ia mesti berjalan seiring. Sebab itu, dakwah itu mesti dilakukan secara diplomasi terutama dalam approach dan strategi yang kita gunakan. Lantaran itu, approach dan strategi tak boleh sembrono. Ia mesti ada proper planning.

Seperti mana kita sedia maklum, UMNO akan sentiasa mencari peluang untuk spin dan twist mana-mana tindakan kita, agar kita kelihatan buruk dan hodoh. Mereka cuba memberi persepsi yang PAS itu, sebuah parti yang extreme, agresif dan jumud. Nafikan niat jahat mereka itu.

Sebab itu, kadang-kadang dalam kita berdakwah, kita tak perlu publisiti besar-besaran. Mengapa?

Ada masanya, publisiti itu lebih merugikan kita daripada menguntungkan kita. Stay low profile... berdakwah kerana agama Allah SWT. Berdakwah untuk selamatkan ummah.

Kebijaksanaan kita berdiplomasi dalam berdakwah akan membuat masyarakat, baik Muslim atau pun non-muslim.... lebih respek kepada kita. Islam akan dilihat indah sekali dan PAS akan lebih dihormati.

[sumber:sini, sini dan sini]

Jalan mudah nak tampung hidup susah

Posted: 12 Feb 2011 04:09 PM PST


Inilah realitinya yang berlaku di Malaysia hari ini. Kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi, terutama di kota-kota besar, benar-benar menghimpit kehidupan rakyat.

Namun, kerajaan 1Malaysia buat-buat tak tahu, malah tidak peduli untuk ambil tahu. Sikap mereka... pandai-pandai komerlah nak hidup. Najib, siap sarankan rakyat supaya ubah cara hidup. Ya... cara hidup kita mesti kita ubah. Mau tak mau... kita kena ubah. Kalau tak ubah.... kita yang susah!!

Keadaan bertambah teruk, terutama bagi para pelajar di Pusat-pusat Pengajian Tinggi, di ibu-ibu kota. Kesian mereka.... Untuk tidak menghampakan harapan orang tua di kampung yang ingin melihat mereka menggenggam segulung ijazah, maka mereka terpaksa akur dengan saranan Piem 1Malaysia. Suka atau tak suka.... demi survival hidup di ibu kota, mereka terpaksa ubah cara hidup mereka berdasarkan kemampuan yang mereka ada.

Jadi.... salah satu eset atau kemampuan yang mereka ada untuk dapatkan pulangan wang yang lumayan ialah tubuh badan mereka. Badan yang seksi... montok.... bergetah serta masih tegang, di sana sini... dijadikan umpan untuk mendapatkan mangsa yang boleh memberikan mereka wang untuk terus survive. Kekadang bukan mereka tak tahu dosa pahala atau halal haram, tetapi... kerana tipisnya iman di dada serta terpaksa.... maka mereka lakukan juga.

Itu saja cara mudah, terutama bagi pelajar wanita. Lantas... terjebaklah mereka dalam gejala berunsur seks. Body aku... aku punya pasallah. Janji aku dapat wang untuk menyara kehidupan aku di kota, yang serba serbi perlukan duit. Susah aku siapa tahu?? Derita aku siapa peduli??

Nak harapkan duit PTPTN?? Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi melambung, mana nak mencukupi. Ciput jer.... tak cukup!!

Sebab itu..... dasar serta tindak-tanduk kerajaan dalam mengurus ekonomi negara telah memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat. Inilah cara para pelajar kita mengubah cara hidup mereka iaitu dengan menjadi pelacur, social escort, GRO dan mengoda lelaki yang berduit untuk dijadikan perempuan simpanan. Tak kira ler yang masih bujang ke, duda ke, hatta... laki orang sekali pun. Janji duit masyuk....

Walau pun, ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi berleluasanya gejala ini, namun.... kerajaan tidak dapat lari daripada bertanggung jawab dan dipersalahkan. Ini kerana, sikap kerajaan yang tidak prihatin terhadap penderitaan dan kesempitan hidup rakyat.

Tindakan kerajaan menarik balik sabsidi kepada rakyat serta menaikkan harga minyak ikut sesuka hati tanpa memikirkan kesan bebannya ke atas rakyat adalah satu tindakan yang membelakangkan kebajikan rakyat bukannya mendahulukan rakyat. Apa yang jelas... rakyat dahulu yang dibebankan dan terbeban.

Nak hidup dalam negara 1Malaysia yang diperintah oleh bapak-bapak jerung, yang gila kuasa, gila kaut kekayaan, pentingkan diri, yang tidak berhati perut dan yang busuk perut, memang syusyah. Syusyah..... syusyah sekali.

Jangan syusyah....syusyah.....!! Jom kita berubah. Ubah sikap. Ubah minda dan ubah pendidrian kita. Kita ubah kerajaan. Ha... ha... ha... Selamatkan diri kita, daripada jerung-jerung durjana itu.

[sumber]

Tiada ulasan: