Jumaat, 4 Februari 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video: Ditangkap Selepas Demo?

Posted: 04 Feb 2011 06:00 AM PST


Sesudah selesai demo sudah ada  lapan orang yang ditangkap termasuk dalam video ini. Provokasi ini berlaku daripada pihak keselamatan yang cuba mencari 'penyakit' seperti yang berlaku di Mesir. Selain itu, pakcik dalam video ini telah dikasari oleh pihak keselamatan.

Pihak polis telah menahan anaknya dan dibawa menaiki trak polis. Pada masa sama pihak berkuasa cuba memprovokasi pakcik tersebut.

Video: Keganasan FRU

Posted: 04 Feb 2011 04:33 AM PST

FRU oh Water Canon

Disangka perhimpunan berlangsung secara aman namun telah diganggu oleh FRU yang meleraikan para pendemostran dengan cecair yang menyebabkan sesak nafas dan pedih mata iaitu "water canon". Tindakan tersebut telah menyebabkan peniaga telah disembur sama dikala peserta sedang minum dan menjamah makanan berdekatan dengan bangunan Tabung Haji.

Tindakan ganas ini membuktikan bahawa FRU Malaysia sama seperti dengan FRU di Mesir. Kemungkinan juga didalangi oleh UMNO/BN yang bersekongkol melihat parti politik terutamanaya Pakatan Rakyat berdemonstrasi. Sepatutnya perhimpunan iu aman namun telah diprovokasi oleh pihak berkuasa sehingga keadaan jadi tidak aman.

Gambar: Demonstrasi Ke Atas Kebangkitan Rakyat Mesir

Posted: 04 Feb 2011 04:01 AM PST

Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir. Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.





















Pisau Tertusuk Bawah Mata

Posted: 03 Feb 2011 05:00 PM PST



GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah
pisau yang tertusuk di bawah mata Ren Hanzhi.



Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pisau itu tertusuk di bawah mata Hanzhi semasa dia mengupas sebiji buah epal di Zhumadian, tengah China di wilayah Henan, China baru-baru ini.
Selepas ditusuk, darah mengalir menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital.
Ketua doktor bedah, Peng Liwei kemudian berjaya menarik semula pisau sepanjang 20 sentimeter itu.
Budak berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan selepas dia dibedah. 

Sumber: Agensi



Tiada ulasan: