Jumaat, 4 Februari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


13 Tahun Aku Dianiaya oleh Sistem Politik Malaysia (Video)

Posted: 04 Feb 2011 08:32 AM PST

Penyokong tegar UMNO cuba dengar apa kata bekas penyokong UMNO ni..

Lepat @ Ismail bin Ariffin, di Malaysia beliau adalah bapa kepada Sunni Sazali yang telah dilarikan secara haram oleh bekas isterinya warganegara British, Aishah Jane Brummit.

Anaknya itu dilarikan ketika dibawah jagaan pihak berkuasa Malaysia..


Revolusi Mesir : Protes Terbesar! 'Departure Day' Bermula (Video Inside)

Posted: 04 Feb 2011 07:35 AM PST

Video diakhir entry..


KAHERAH, 4 Feb — Selepas sehingga 300 orang dipercayai terbunuh termasuk 13 orang sejak kelmarin, rakyat Mesir mula membuat persediaan untuk demonstrasi besar-besaran, "Jumaat, Hari Berundur" — pada hari ke-11 hari ini, mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dengan segera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan membentuk sekatan di tengah ibu negara Mesir sambil melaungkan "Pergi, pergi, pergi".



Laporan stesen televisyen Arab Al-Jazeera berkata, penunjuk perasaan anti-Hosni kembali menguasai keadaan selepas dua hari berhadapan dengan serangan penyokong presiden itu.



Dipetik BBC melaporkan, perhimpunan hari ini yang diadakan pada hari Jumaat kedua sejak kebangkitan bermula minggu lalu dinamakan sebagai "Jumaat, Hari Berundur".

Sebahagian penunjuk perasaan tidur di atas jalan raya manakala sesetengahnya mengawal ketat Dataran Tahrir, nadi gerakan anti-Hosni.

Penganjur pula menyusun orang ramai untuk mengadakan perisai manusia dengan memeriksa identiti setiap penunjuk perasaan bagi mengelakkan penyokong Hosni mengganggu usaha mereka.

Tiada pertempuran antara kedua-dua puak awal pagi ini.

"Kami orang yang tidak berdosa. Kami mahu hidup aman," kata Magdy el-Sayed, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 35 tahun.

"Dan, sekarang dia (Hosni) hendak menggunakan apa lagi? Untuk mewujudkan ketegangan di kalangan kami. Tetapi kami berada di sini selama-lamanya.

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh sejak kelmarin, kata Kementerian Kesihatan Mesir.

Sehingga 300 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat, demikian menurut ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay.







Lambat Pindahkan Pelajar, Blogger dipersalahkan..

Posted: 04 Feb 2011 06:59 AM PST

Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.

Blogger jugak dipersalahkan.. tapi rasanya kalau para blogger tak memainkan isu ni boleh jadi masih disanalah para pelajar tu..

Tak lambat konon.. pirahhh!! Kapalterbang Indonesia sudah mendarat di Jeddah tapi malaysia masih memikirkan cara yang sesuai..

Anifah Nafi Kerajaan Lambat Pindahkan Rakyat Malaysia Dari Mesir

KOTA KINABALU: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak untuk memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir, dan ini dilakukan hampir serentak dengan langkah oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.


"Rakyat perlu tahu bahawa bukan mudah untuk mendapatkan hak pendaratan di Mesir. Ia mungkin mengambil masa, melainkan sudah tentulah jika keadaan di sana mencapai tahap bahaya.

"Selepas diberi hak pendaratan, kami segera mulakan usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sejak semalam, dan kami harap dapat menyelesaikan proses pemindahan itu sebelum Isnin ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.

Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha untuk memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka.

"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, untuk berganding tenaga dalam memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung kos pengangkutan udara atau penerbangan pelajar Malaysia yang terjejas dari Jeddah ke Kuala Lumpur, Anifah berkata kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam sehari dua lagi.

"Kita tunggu sajalah pengumuman itu. Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos memindahkan rakyat kita dari Mesir ke Jeddah, dan semasa di Jeddah, kami akan menyediakan penginapan dan makanan percuma," katanya.

Anifah berharap ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir tidak terlalu bimbang kerana kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan anak mereka.

Mengenai perkembangan terkini proses pemindahan itu, beliau berkata kira-kira 3,600 pelajar Malaysia, yang dibawa menggunakan tujuh kapal terbang dua buah Boeing 747 Malaysia Airlines, dua buah Airbus A320 AirAsia dan tiga buah pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia dijangka tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini (kira-kira 6 pagi esok waktu Malaysia).

Beliau berkata penerbangan ulang-alik sama ada dari Kaherah atau Iskandariah ke Jeddah akan diteruskan sehingga kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dari Mesir, yang digegarkan oleh tunjuk perasaan ganas untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Mengenai permintaan kerajaan Sabah untuk menggunakan penerbangan sewa khas untuk membawa keluar pelajar Sabah dari Mesir, Anifah berkata lebih baik jika kerajaan negeri menggunakan khidmat pesawat komersial yang beroperasi di Timur Tengah.

Langkah itu, katanya untuk mengelak daripada berdepan kesukaran menguruskan hak pendaratan atau ruang udara yang akan mengambil masa.-BERNAMA

Kusangka Guan Eng, rupanya Najib..

Posted: 03 Feb 2011 06:56 PM PST

Kalau tak ditulis siapa yang telah berkata begini "Saya berharap kehadiran Tahun Arnab sempena Tahun Baru Cina kali ini akan membawa limpahan kejayaan kepada segala dasar dan agenda yang dibentangkan kerajaan." aku pasti ramai yang akan menyangka ianya ucapan Guan Eng atau Soi Lek... tapi..

PM harap Tahun Arnab bawa lebih kejayaan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kehadiran Tahun Arnab sempena Tahun Baru Cina kali ini akan membawa limpahan kejayaan kepada segala dasar dan agenda yang dibentangkan kerajaan.

"Saya harap tahun ini tahun yang dapat memberi limpahan kejayaan sesuai kepercayaan Tahun Arnab iaitu tahun kejayaan dan rezeki boleh diperoleh.


"Ini akan hanya jadi kenyataan sekiranya semua dapat pastikan dasar kerajaan dan agenda yang dibentangkan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya," katanya ketika ditemui media sempena Majlis Rumah Terbuka MCA, di Wisma MCA, di sini, semalam.

Najib yang hadir ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut berharap sektor swasta dan masyarakat Cina dapat turut sama memainkan peranan untuk menyokong dan mendukung kejayaan kerajaan berdasarkan agenda nasional.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; pemimpin MCA termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Timbalan Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dan beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Najib dan Muhyiddin turut menyaksikan semua pemimpin yang hadir bersama-sama menggaul 'Yee Sang' sebagai simbol perpaduan antara kaum di negara ini.

Kira-kira 2,000 warga kota turut sama memeriahkan acara di Wisma MCA yang turut menarik perhatian warga asing untuk berkongsi kegembiraan, tidak kurang juga yang tertarik dengan persembahan tarian singa yang dianggotai pelbagai kaum.

Di KANGAR, cuaca cerah membolehkan kehadiran Tahun Baru Cina disambut meriah walaupun dalam majlis yang sederhana.

Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perlis, Dr Por Cho Choor mengadakan rumah terbuka di dewan besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Khoon Aik, Jalan Raja Syed Alwi, dekat sini.

Antara yang mengunjungi rumah terbuka itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Di IPOH, kedatangan Tahun Baru Cina disambut meriah dengan sambutan rumah terbuka diadakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman rasminya, di sini, dari jam 2 hingga 6 petang.

Di MELAKA, lebih 5,000 orang menghadiri rumah terbuka anjuran MCA Melaka di dewan Sekolah Menengah Pay Fong yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama rakyat berbilang kaum.

Mohd Ali berkata, rumah terbuka yang dianjurkan tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu dan ini menunjukkan peningkatan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN. - Bernama

Mengapa Amizuddin bukan Ahirudin?

Posted: 03 Feb 2011 11:07 AM PST

Sebenarnya, jika kita membaca apa yang telah disiarkan oleh Amizuddin Ahmat didalam blognya iaitu sharpshooterblogger.blogspot.com dibawah tajuk " Hei Pak Menteri.. mana mau lari" kita akan dapati artikel tersebut bukanlah dari tulisan beliau, ianya adalah artikel yang telah disiarkan oleh Harakahdaily sepertimana yang tertera diakhir artikel jadi mengapa Amizuddin yang dikenakan perintah mahkamah itu?


Pada 2 Februari yang lalu Mahkamah Tinggi telah membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Permohonan ex-parte bagi menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. telah dibenarkan oleh Hakim Zabariah Mohd Yusof.

Itu laporan dari The Malaysian Insider, manakala mStar Online pula telah melaporkan

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan seorang penulis membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.


Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Timbul persoalan disini, mengapa Azimuddin bukannya Ahirudin?

Nasihat dari siapa yang telah diterima oleh Rais Yatim ini untuk menyemarakkan kembali isu 'Menteri Rogol Amah' di arena blog, Nampak sedikit kurang cerdik kerana isu ini telah semakin padam tetapi ianya ditimbulkan semula.

Biarpun ada beberapa individu yang mengatakan isu perintah mahkamah yang dikenakan terhadap Amizuddin ini mungkin kerana isu peribadi antara beliau dan Rais Yatim sendiri.

Sebenarnya, jika kita membaca apa yang telah disiarkan oleh Amizuddin Ahmat didalam blognya iaitu sharpshooterblogger.blogspot.com dibawah tajuk " Hei Pak Menteri.. mana mau lari" kita akan dapati artikel tersebut bukanlah dari tulisan beliau, ianya adalah artikel yang telah disiarkan oleh Harakahdaily sepertimana yang tertera diakhir artikel. Tajuknya 'Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan' baca artikel asal di (SINI)

Berpandukan sumber didalam artikel tersebut Harakahdaily lah yang sepatutnya menerima perintah mahkamah itu, kerana artikel itu asalnya dari Harakahdaily.

Isu Menteri Rogol Amah ini telah dimulakan oleh blogger Pro-UMNO yang juga pengarang kepada Malay Mail iaitu Datuk Ahirudin Atan menerusi blog miliknya iaitu Rocky Bru.

Tulisnya dalam blog 'Rocky's Bru' itu (sila baca di SINI) kononnya WikiLeaks telah mendedahkan bahawa pada sekitar tahun 2007 bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menerima laporan bahawa seorang Menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila rombakan kabinet dibuat.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol yang berlaku pada tahun 2007 oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Biarpun sebenarnya tiada pendedahan oleh WikiLeaks mengenai kejadian itu, beberapa hari kemudiannya sebuah lagi Blog Pro-UMNO iaitu BigDogDotCom telah menyokong dakwaan Rocky' Bru dengan menyiarkan pula salinan laporan tentang kejadian menteri rogol amah itu.

BigDogDotCom telah meminta pihak polis menyiasat dokumen yang didedahkannya itu (lihat di SINI)

Manakala sebuah lagi blog Pro-UMNO pula iaitu The Unspinners pula telah mendesak Menteri berkaitan meletak jawatan.

Nama menteri yang didakwa telah merogol amah dalam laporan oleh Migrant Care yang beribu pejabat di Indonesia itu telah dihitamkan atas alasan yang tidak dinyatakan.

Namun begitu nama menteri itu mula tersebar setelah sebuah lagi blog yang menyokong Pakatan Rakyat pula menyiarkan sebuah artikel yang berjudul 'Nah!!... Nama Menteri itu terpapar dalam laporan ini' yang mengandungi keratan dari dokumen asal yang telah dibesarkan, nama menteri yang didakwa merogol amah itu jelas kelihatan bayangnya dalam dokumen yang telah dibesarkan itu.

Dan ianya telah disemarakkan lagi apabila Malaysia Today pula turut menyiarkan artikel dari blog Pro-Pakatan Rakyat itu.

Jika jejaki punca atau pendedahan awal isu ini ianya telah dimulakan oleh blog Pro-UMNO sendiri iaitu 'Rocky's Bru' dan bukannya blog Pro-Pakatan Rakyat sharpshooterblogger.blogspot.com.

Agak menghairankan disini kenapa Amizuddin Ahmat (sharpshooterblogger) yang dikenakan perintah mahkamah bukannya Datuk Ahirudin Atan (Rocky's Bru)?

Tindakan yang diambil oleh Rais Yatim disini jauh berbeza dengan apa yang telah dilakukannya apabila anaknya dikatakan difitnah telah mendapat tender yang melibatkan projek komunikasi berharga kira-kira RM1Billion.

Rais Yatim telah bertindak memfailkan saman terhadap Datuk Ahirudin Atan (Rocky's Bru) kerana telah menyiarkan artikel yang dikatakan fitnah itu..

Dalam isu Menteri Rogol Amah ini pula, Rais Yatim tidak bertindak memfailkan saman terhadap Datuk Ahirudin Atan yang telah memulakan apa yang dikatakan fitnah terhadapnya itu malangnya Amizuddin Ahmat pula yang mendapat perintah mahkamah yang menghalang beliau dari mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Agak menghairankan bukan??

Adakah tindakan Rais Yatim itu bertujuan hanya untuk menakut-nakutkan blogger-blogger Pro-Pakatan Rakyat yang lantas menghalang mereka dari menyiarkan sebarang pendedahan salah laku pemimpim-pemimpin UMNO?

Atau tindakan Rais itu adalah untuk memberikan tekanan terhadap Amizuddin Ahmat (Sharpshooter) agar keluar dari PKR dan mempengaruhi Chegu Bard untuk keluar dari PKR juga?

Ini kerana ramai yang tahu bahawa Amizuddin Ahmat itu merupakan penyokong kuat kepada Chegu Bard..

Dengan keluarnya Chegu Bard dari PKR, implikasi terhadap PKR khasnya Angkatan Muda Keadilan bukanlah kecil.. dan sedikit sebanyak ianya akan mencalarkan lagi imej PKR..

Jadi.. fikirkan.. mengapa Amizuddin bukannya Ahirudin?

Buat Sharpshooter anggaplah ini sebagai badai yang memukul rumah ditepi pantai..

Video : 20,000 Sertai tunjuk perasaan di Yaman

Posted: 03 Feb 2011 10:56 AM PST


Lebih dari 20.000 penunjuk perasaan anti pemerintah Yaman berkumpul di ibukota Sana'a, untuk menghadiri "hari kemarahan" terhadap Presiden Ali Abdullah Saleh.

Para demonstran meminta pergantian pemerintah dan menolak tawaran Presiden Saleh untuk berundur pada tahun 2013 setelah lebih dari 30 tahun berkuasa.

Sementara itu, ribuan pendukung presiden melakukan aksi serupa di satu lapangan terbesar kota ini.


Dua kegiatan ini merupakan aksi terbesar dalam aksi protes selama dua minggu terakhir yang diinspirasi oleh kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

Dalam sidang darurat parlimen hari Rabu (02/02), Presiden Saleh yang berusia 64 tahun, menyatakan rencananya untuk berundur dengan mengakui tidak akan memanjangkan tempoh jawatannya sebagai presiden dan menegaskan tidak akan memberikan jawatan itu kepada anaknya.

Presiden juga meminta para penunjuk perasaan untuk membatalkan tindakan mereka, namun kedua kubu tetap berkumpul di tempat yang berbeza di Sana'a.

'Pergantian rejim'

"Rakyat menginginkan pergantian rejim," teriak para penunjuk perasaan anti pemerintah yang berkumpul di depan Universiti Sana'a. "Tolak korupsi, tolak diktator."

Kegiatan yang disebut "hari amarah" ini diselenggarakan oleh kelompok-kelompok masyarakat madani dan para pemimpin pembangkang yang mengeluhkan soal peningkatan kemiskinan di kalangan rakyat berusia produktif yang terus bertambah, dan rasa kecewa dengan kurangnya kebebasan berpolitik.

Angka pengangguran di Yaman mencecah 40%, sementara harga makanan terus meningkat dan tingkat kurang gizi mencapai titik parah.

Negara ini juga dibebani dengan berbagai masalah keamanan seperti gerakan pemisah di selatan dan perlawanan para pemberontak Shia Houthi di wilayah utara.

Reformasi politik

Para penyokong Presiden Saleh pula berkumpul di Lapangan Tahris Sana'a.

Wartawan BBC di Sana'a mengatakan mereka juga turut meminta reformasi politik dan ekonomi.

Mereka mengatakan akan terus berdemonstrasi sampai Presiden Saleh mewujudkan janji untuk melakukan reformasi.

Pada awalnya dikhuatirkan akan pertempuran di antara dia kubu, namun tindakan penunjuk perasaan tersebut berjalan damai.

Presiden Saleh, seorang sekutu barat, menjadi pemimpin Yaman Utara tahun 1978 dan berkuasa di Republik Yaman sejak wilayah barat dan utara bersatu tahun 1990.

Dia terpilih kembali tahun 2006.

Pada bulan Januari, dia mengusulkan perubahan Undang-Undang Dasar yang boleh membuatnya kembali mencalonkan diri dalam pemilihan presiden dua tahun akan datang.

Namun setelah revolusi di Tunisia, dimana presidennya terpaksa melarikan ke luar negeri, para pemerhati mengatakan Presiden Saleh telah berubah fikiran.

Presiden Saleh juga menawarkan sejumlah konsesi: menurunkan cukai pendapatan hingga 50%, meminta pemerintah mengendalikan harga dan berjanji menaikkan gaji pegawai negeri dan anggota tentera hingga US$47 sebulan.

Bas Ekspress kemalangan lagi..

Posted: 03 Feb 2011 10:28 AM PST

Mungkin pemandu bas telah memastikan tiada pegawai JPJ ditempatkan diatas bas express ini..

Bas Expres Terbabas, 40 Penumpang Terselamat

Seremban - Seramai 40 penumpang terselamat selepas sebuah bas ekspres yang mereka naiki dalam perjalanan ke Johor terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Pedas-Linggi, dekat sini, Khamis.

Gambar: BAS ekspress Transnasional terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 245.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi mengakibatkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu. Bagaimanapun, 40 penumpang bas berkenaan terselamat dalam kemalangan itu. - Foto BERNAMA

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pemandu bas Transnasional dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.


Bagaimanapun, bas itu tidak dirempuh oleh kenderaan lain di laluan bertentangan itu.

Sejurus selepas kemalangan itu, pemandu bas berkenaan, Sabri Sharom, 48, telah membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seremban 2 di sini.

Ketika ditemui, Sabri berkata beliau tidak dapat mengawal bas tersebut selepas tayar depan sebelah kanan bas itu tiba-tiba pecah.

Dua buah jentera Bomba dan Penyelamat dari Rembau dan Seremban 2 bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membersihkan tumpahan minyak di atas lebuh raya berkenaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu. -- BERNAMA

Tiada ulasan: