Jumaat, 4 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Syabas kerajaan Selangor...

Posted: 04 Feb 2011 06:55 AM PST

Bukan rahsia lagi bahawa pihak berkuasa telah menahan ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini. Sapa yang suka dok kena ulang alik ke balai, dah tu kena tahan pulak... tetiba dengar cerita nak kena dakwa pula ataih pertuduhan ikut Akta Hasutan. Masa dah terbuang, anak bini dan keluarga pun entah kemana. Duit ringgit lagi la teruk... kita bukan parti yang kaya, kita pulak bukan keluarga orang yang berada macam depa...

Ini sebenarnya disengajakan, berupa tekanan untuk pejuang pejuang keadilan. Kesengsaraan ini sengaja direka bagi mendera mental dan fizikal dan hanya orang orang yang sabar serta istiqamah dengan perjuangan saja yang akan melepasi halangan sebegini.

Sekali lagi, yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada BN dan memburukkan imej wakil rakyat dari pembangkang. Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

Lalu disini aku ingin ucapkan syabas dan tahniah diatas keperihatinan kerajaan negeri Selangor dalam terus memberi sokongan penuh kepada YB Suhaimi. Kerajaan negeri khabarnya tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk YB Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.

Bekas Mufti tegur Mufti... kahkahkah...

Posted: 04 Feb 2011 02:17 AM PST

Tindakan Mufti Mesir mengecewakan — Mohd Asri Zainul Abidin

4 FEB — Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir 'Ali Jum'ah yang muncul dalam TV Mesir — yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan.

Ya, memang selama ingin 'Ali Jum'ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau.

Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan.

Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.

Kenapa 'Ali Jum'ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.- TMI

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.

Kisah Polis

Posted: 03 Feb 2011 09:53 PM PST

Kisah Polis samseng ni dah banyak kali kedengaran dan tentunya amat merunsingkan kita. Polis dibayar untuk menjaga ketenteraman awam, menegakkan undang undang. Biar rakyat yang menjadi majikan mereka ni tidur lena. Tapi bila adanya laporan laporan Polis bertindak samseng dan kejam ni, kita mula dah rasa tak selamat dalam negara sendiri.

Terbaru satu laporan Polis telah dibuat oleh Chow Soo Meng, 36 yang kononnya sedang hamil lapan bulan telah ditampar dan dirompak oleh Polis yang berpakaian preman. Dalam soal ni sebagai rakyat, Chow berhak bersuara dan bertindak membuat laporan Polis terhadap dakwaan ketidakadilan terhadapnya tu tapi masa dan ruang keadilan perlu diberi pada pihak Polis untuk menjalankan siasatan dan membersihkan nama pasukan Polis dari terus tercemar. Bertindak terhadap anggota yang terlibat dan terbukti engkar pada peraturan atau buktikan bahawa dakwaan dari pengadu adalah tidak benar.

Terbaru, pihak Polis telah membuat satu kenyataan menafi bahawa rompakan ada berlaku terhadap wanita hamil tu ketika mereka menahannya di kedainya di Sungai Buloh Isnin lalu.

Bercakap kepada akhbar Star, Penolong Pesuruhjaya Arjunaidi Mohamed semalam menafikan anggotanya mencuri RM20,000 dan beberapa barangan lain seperti yang didakwa wanita itu, yang hamil lapan bulan. Menurut Arjunaidi, polis hanya merampas RM15,900 sebagai sebahagian daripada penyiasatan. Memang Polis berhak untuk menyita sesuatu barangan orang awam untuk tujuan siasatan, ini hak mereka. Kita sebagai orang awam perlu lah faham dan akur tentang peranan mereka sebagai pegawai penyiasat. Kerana, para penyiasat mengesyaki wang itu, yang masih dalam simpanan polis, mungkin hasil keuntungan haram.

Arjunaidi mengesahkan polis memang memotong jeriji kedai tersebut selepas Chow enggan membukanya, tetapi sedang menyiasat tuduhan bahawa dia ditampar.

Dalam laporan polisnya Selasa lalu, Chow (kanan) berkata, polis merampas RM20,000, enam botol minuman keras, rokok, oren mandarin, beberapa kartun minuman tin, 30 SIM kad sim dan sistem CCTV di kedainya.

Dia mendakwa, apabila dia meminta balik wang RM20,000 tersebut, polis memintanya jangan menjadikannya satu isu atau dia akan ditangkap semula. Chow dibebaskan pada malam Isnin selepas dia dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya kerana tidak membayar cukai minuman keras dan rokok.

Dia telah diminta melaporkan diri semula di Jabatan Kastam pada 2 Mac.

PM minta maaf

Posted: 03 Feb 2011 05:05 PM PST

PM Mesir minta maaf

BEBERAPA buah kereta kebal diletakkan di depan kumpulan anti-Presiden Hosni Mubarak di Tahrir Square, Kaherah semalam.

KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq meminta maaf ekoran serangan yang dilakukan oleh para penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas kumpulan penentang Hosni di Tahrir Square semalam.

Para penunjuk perasaan anti-Hosni mendakwa sekumpulan samseng dan anggota polis berpakaian awam diupah oleh pemerintah Mesir untuk bertempur dengan kumpulan penentang Presiden Mesir.

Dalam pertempuran itu, kayu, batu dan bom petrol digunakan untuk mematahkan kemaraan kumpulan penunjuk perasaan penentang Hosni.

Menyentuh insiden itu, Ahmed Shafiq berkata, serangan itu merupakan satu kesilapan besar dan beliau berjanji akan melakukan siasatan bagi membolehkan setiap orang mengetahui siapa yang menjadi dalangnya.

Dalam pertempuran yang bermula malam kelmarin dan awal pagi semalam, sejumlah besar penyokong dan penentang Hosni bergaduh dalam peristiwa yang dianggap paling berdarah dalam sejarah tunjuk perasaan di Tahrir Square.

Tunjuk perasaan itu bermula sepuluh hari lalu oleh penyokong antipemerintahan yang mendesak Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun. - Agensi

Tiada ulasan: