Selasa, 15 Februari 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Guan Eng kacau lagi : Pulau Pinang akan bantu pelajar kembali ke Mesir

Posted: 15 Feb 2011 07:55 PM PST

GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatukMansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.
Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.
Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).
"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.
"Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.
Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.
Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.
"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.
Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.

Fitnah II: Berlaku cubaan liwat, tapi tiada tembusan?

Posted: 15 Feb 2011 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini apabila peguam bela Anwar menyoal balas Ketua Unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan.

Perbicaraan disambung di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Dalam perbicaraan Isnin lalu, Dr Khairul memberitahu mahkamah pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa melakukan seks oral- satu tuduhan baru yang sangat mengejutkan kerana ia tidak dikaitkan dengan kes itu sebelum ini.

Dalam keterangannya ketika disoal balas peguam Karpal Singh, Dr Khairul menyatakan beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat Mohd Saiful Bukhari.

Beliau juga memaklumkan kepada mahkamah tidak ingat siapa samada seorang pegawai penyiasat, Jude Pereira memaklumkan bahawa Saiful dipaksa melakukan seks oral.

"Ia mungkin dari tembual dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami," katanya.

Dalam keterangannya, Dr Khairul juga berkata Pegawai Penyiasat DSP Jude Pereira turut hadir ketika pemeriksaan perubatan terhadap Saiful Bukhari pada 28 Julai 2008.

Namun beliau mengatakan kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital berkenaan merupakan perkara biasa. Karpal berkata beberapa aspek penting tidak diisi dalam borang proforma yang seharusnya dibuat oleh Dr Siew Sheue Feng. Tidak ada pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan mangsa dan peristiwa semasa kejadian.

Dr Khairul mengaku yang laporan proforma menyatakan  Saiful telah memberitahu doktor yang memeriksanya pada 28 Jun 2008 bahawa  terdapat "percubaan" liwat dan seks oral, tetapi tidak berlaku penembusan.

Khairul bagaimanapun mempertahankan yang Saiful tidak mengatakan perkara itu kepada beliau semasa bertemu dengannya.

"Berdasarkan laporan proforma, ia adalah percubaan liwat dan seks oral. Tetapi dia (Saiful) tidak mengatakan ia dilakukan," kata Khairul.

Keterangan Dr Khairul itu menyebabkan Karpal Singh terus mengemukakan soalan.

"Apakah laporan proforma berdasar percakapan SPI 1( Saiful)? berdasarkan laporan proforma tidak terdapat sebarang penembusan kerana ia adalah percubaan," kata Karpal.

Ketika sesi soal balas diambil alih peguam Sankara Nair, Sankara memberitahu mahkamah botol yang terisi dengan sampel bahan bukti menunjukkan tanda-tanda ia telah diusik.

Sewaktu soal balas itu diambil alih pendakwa raya Dr Noordin Hassan, Noordin bertanya samada  Dr Khairul mengecam tandatangan yang terdapat pada muka surat 3,5, dan 6 laporan proforma sebagai milik Dr Siew.

Dr Khairul berkata beliau tahu bagaimana rupa tandatangan Dr Siew namun tandatangan pada muka surat tersebut bukan tanda tangan doktor tersebut.

"Anda cam tandatangan Dr Siew?" tanya Noordin.
"Ya,"kata Dr Khairul.
"Adakah ini (pada helaian 3,5,6) tandatangan Dr Siew?" tanya Noordin lagi.
"Tidak," kata Dr Khairul
Dr Khairul juga memberitahu beliau tidak pernah dimaklumkan mangsa akan berlakunya cubaan liwat atau oral seks.
Beliau juga memberitahu mahkamah laporan proforma yang dikatakan disediakan Dr Siew tidak pernah ditunjukkan kepadanya sebelum ini.
"Adakah orang yang menulis laporan ini membuat rujukan silang kepada anda?" tanya Noordin.
"Tidak," jawab Dr Khairul

Selesai sesi soal balas oleh Noordin Hassan, peguam Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menjadikan borang proforma tersebut, yang ditanda sebagai eksibit D28 dijadikan sebagai bahan bukti rasmi di mahkamah.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Beberapa wakil luar turut hadir memerhati perbicaraan termasuk dari Kanada dan Ireland.

Hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

Guan Eng: Pulau Pinang adakan portfolio urus hal ehwal bukan Islam

Posted: 15 Feb 2011 07:51 PM PST

Lim:Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri (untuk hal-ehwal bukan Islam) diadakan
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Pentadbiran Pulau Pinang mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu — negeri pertama berbuat demikian, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng hari ini. Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu.
Ia akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.
"Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan," kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim berkata keperluan untuk mengadakan portfolio itu yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P. Ramasamy diluluskan minggu lalu.
Katanya, Ramasamy akan bertindak sebagai timbalan pengerusi portfolio itu.
Menurut Lim, keputusan mewujudkan portfolio menandakan sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia.
Kerajaan Pusat mengadakan sambutan itu di Putrajaya kelmarin, julung kali diadakan, pada minggu pertama Februari itu hasil gesaan Putera Ghazi dari Jordan semasa berucap di PBB tahun lalu, bertujuan menjalinkan perhubungan dan kemesraan antara pemimpin negara dengan pemimpin-pemimpin agama.
"Berbanding Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama kerajaan persekutuan, ini bukan jawatankuasa tetapi satu portfolio exco penuh dan mencerminkan keprihatinan tulen kerajaan negeri berhubung hal ehwal semua agama," katanya lagi.
Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penubuhan jawatankuasa itu, yang disyorkan tahun lalu, adalah sebagai satu mekanisme yang membawa pemimpin semua agama di bawah satu payung untuk berbincang dan mengutarakan cadangan bagi tujuan menambah baik hubungan di antara penganut pelbagai agama di negara ini.
Malah kata beliau, memandangkan George Town juga telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Warisan Dunia oleh Unesco, langkah mengadakan portfolio ini adalah tepat pada masanya dalam mempromosikan kepelbagaian dan interaksi kemanusian yang positif mengenai budaya, egama dan aspek sosial.
Katanya, walaupun wujud perbezaan, rakyat negara ini bersatu kerana adanya aspirasi bersama untuk amalan-amalan yang baik dan nilai moral universal bagi keamanan, keadilan, kesederhanaan dan keharmonian.
Sehubungan itu kata beliau, kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Najib yang pada perhimpunan PBB ke-65 tahun lalu melahirkan harapan bahawa beliau tidak mahu sebarang kumpulan ekstemis atau militan mengancam perpaduan dan keselamatan di negara ini.
"Kerajan negeri mengambil berat berhubung kewujudan kumpulan-kumpulan ekstremis yang menjadikan setiap acara (di Pulau Pinang) sebagai isu perkauman demi kepentingan diri mereka.
"Pulau Pinang berhadapan dengan serangan kononnya anti-Melayu meskipun ia hanya membabitkan peratusan kecil orang Melayu atau seorang Melayu daripada 10 pihak yang terbabit," katanya.
Lim berkata kerajaan Pulau Pinang juga meminta orang ramai menuju masa depan dengan menerima setiap rakyat tidak kira mereka itu Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban sebagai adik-beradik dan sebagai "anak Malaysia."
"Maka dengan itu, kita boleh hidup bersama, belajar bersama dan merasaikan nikmati kejayaan bersama," katanya lagi.

Mustahil tsunami politik di Sabah, Sarawak

Posted: 15 Feb 2011 07:35 PM PST

Jeniri Amir

16 FEB — Ramai bertanya, apakah tsunami politik seperti di Semenanjung pada 2008, akan menimpa Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang? Untuk sekurang-kurang tiga pilihan raya lagi, tsunami politik tidak akan berlaku di kedua-dua negeri itu. Barisan Nasional (BN) Sarawak pasti tidak berdepan kesukaran besar mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri ke-10, dijangka April depan.
Demografi dan profil pengundi di kedua-dua negeri itu jauh berbeza berbanding di Semenanjung. Banyak faktor, termasuk taraf pembangunan, komunikasi dan media serta taraf celik politik penduduk yang relatif rendah menyebabkan fenomena itu tidak akan berlaku.
Tsunami politik hanya berlaku jika jumlah pengundi tua semakin mengecil dan jumlah pengundi muda semakin bertambah. Itu pun jika golongan pengundi muda sedar peranan dan tanggungjawab mereka.
Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk lebih 21 tahun di seluruh negara belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir 2009; dengan 65 peratus ialah Bumiputera. Sarawak berada pada kedudukan keempat dari segi jumlah terbabit yang belum mendaftar, iaitu seramai 473,000 orang di belakang Selangor, Johor, dan Perak.
Tsunami politik hanya berlaku apabila jumlah golongan celik huruf dan terpelajar semakin meningkat, ditambah kadar migrasi ke bandar semakin bertambah. Dengan itu, mereka akan lebih sedar mengenai perkembangan di sekitar mereka, terutama melalui media alternatif.
Untuk PRU-13 nanti, Sabah dan Sarawak pasti terus menjadi penyumbang utama kerusi Parlimen seterusnya penentu survival BN terus berada di Putrajaya. Sejak 1970-an lagi, kedua-dua negeri ini menjadi kubu kuat dan kedudukan itu tidak akan tergugat.
Dengan komitmen BN khususnya di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menangani masalah pembangunan di luar bandar di Sabah dan Sarawak, rakyat dijangka terus mendukung BN dalam pilihan raya umum nanti. Perdana Menteri kerap melawat pedalaman Sarawak dan Sabah bagi mengetahui masalah rakyat secara lebih dekat. Peruntukan lebih besar disalurkan untuk jalan raya, bekalan api dan air bersih.
Melangkah ke hadapan, tidak akan berlaku anjakan atau perubahan besar di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya nanti. Kerusi luar bandar dan separa bandar dengan majoriti pengundi Bumiputera hampir pasti kekal dalam genggaman BN. Kajian Merdeka Center tahun lalu mendapati 70 hingga 80 peratus pengundi di Sarawak mempunyai persepsi positif terhadap dasar dan tindakan BN. Kajian itu mendapati bahawa 64.1 peratus menyokong BN.
Daripada kajian itu didapati 36.9 peratus memilih parti yang dapat membawa pembangunan; 28 peratus adalah berdasarkan isu yang berkembang dalam masyarakat dan negara dan 27 peratus lagi akan mengundi calon yang dapat membawa pembangunan, bekerja kuat dan mampu menyuarakan aspirasi rakyat.
Meskipun demikian, 11.2 peratus responden mahu mengundi pembangkang, dengan 36 peratus pengundi Cina mahu mengundi pembangkang, manakala 33 peratus pengundi Cina belum pasti siapa yang hendak diundi.
Sebanyak 37.7 peratus bukan Melayu mendakwa mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan. Belum terdapat kajian sedemikian dilakukan di Sabah, tetapi pola pengundian dijangka tidak jauh berbeza daripada trend di Sarawak. Hal ini demikian sebab, dari segi pembangunan kedua-duanya masih lagi dikateogrikan sebagai mundur, terutama di luar bandar.
Ketika pembangkang dilihat sebagai tidak mempunyai pemimpin berwibawa dan masih tercari-cari pemimpin yang dapat menggerakkan sokongan, harapan untuk pembangkang menang besar pada PRU nanti adalah tipis. Paling pun ia hanya dapat menambah satu dua kerusi majoriti Cina di bandar utama.
Kelemahan utama pembangkang ialah ketiadaan jaringan dan jentera penggerak kempen berkesan. Berbanding BN yang memiliki jentera akar umbi mantap melalui parti komponen masing-masing, pakatan pembangkang begitu lemah dari segi jentera akar umbi disebab-kan faktor geografi dan hambatan sistem pengangkutan di kedua-dua negeri. Parti komponen pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai banyak cawangan di luar bandar.
Ketiadaan jentera akar umbi atau sokongan cawangan di daerah dan kampung menyulitkan usahanya memenangi hati dan minda pengundi kerana dasar, idealisme dan ideologi mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan kepada peringkat akar umbi.
Pemilihan calon yang benar-benar berwibawa adalah satu lagi masalah besar yang membelenggu pakatan pembangkang, terutama PKR. DAP tidak berdepan masalah mencari calon muda profesional, berkelayakan dan berpengaruh. Malah, satu daripada daya tarikan DAP ialah keupayaannya menampilkan calon muda berbanding Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
PKR menghadapi masalah mencari calon profesional, muda dan berkelayakan terutama untuk bertanding di kawasan Melayu/Melanau. Selagi masalah ini tidak diatasi, selagi itulah peluang untuknya memenangi kerusi adalah sukar.
Untuk pembangkang berada di Putrajaya, ia perlu memenangi sekurang-kurangnya setengah daripada 56 kerusi di Sabah dan Sarawak — sesuatu yang sebenarnya amat sukar untuk pilihan raya akan datang.
Dengan terbatasnya keupayaan pakatan pembangkang dari banyak segi berbanding BN di kedua-dua negeri terbabit, impian untuk merebut kuasa dari BN adalah sesuatu yang mustahil, setindak-tidaknya pada PRU ke-13 nanti. — Berita Harian
* Jeniri Amir is a political analyst at Universiti Malaysia Sarawak

‘Resolve Project IC or lose Sabah’

Posted: 15 Feb 2011 07:32 PM PST

Home Minister Hishammuddin Hussein must explain to Sabahans why he has rejected a call for a Royal Commission of Inquiry to look into the illegal immigrant problem.

KOTA KINABALU: Repeated denials by Putrajaya of the socially destructive "Project IC scheme" which enabled hundreds and thousands of illegal immigrants acquire MyKad could cripple the Barisan Nasional (BN) in Sabah, a senior coalition member has warned.
"Sabahans will express their anger through their ballots in the next general election…," Upko deputy president Wilfred Mojilip Bumburing said.
He said that Upko could not accept Home Minister Hishammuddin Hussein's rejection of the party's call for a Royal Commission of Inquiry (RCI) on the Sabah's immigration problem.
He said that Hishammuddin should explain why he rejected Upko president Bernard Dompok's call to set up a RCI on the issuance of Malaysian identity cards to foreigners.
Hishammuddin yesterday reportedly said that the RCI, as proposed by Dompok, who is also the Commodities and Plantation Industries Minister, would not solve the problem.
"The commission will not bring us anywhere because we want a solution.
"We want something that is practical, something that can be resolved, a balance between economic and security requirement," he added.
But Bumburing demanded an explanation from Hishammuddin today.
"Hishammuddin must tell Sabahans what he meant by saying the government wants something that's practical, something that can be resolved and balanced between economic and security requirement."
No let-up on issue
Bumburing, who is Tuaran MP, said the continued rejection by the government on Sabah's call for the setting up of a RCI to look into immigration problems, particularly the issuance of MyKads to non-Malaysians under Project IC, gave the impression that the federal government has something to hide.
"People in Sabah and Malaysia as a whole are under the impression that there is something being hidden from them and they are demanding for an explanation.
He said the home minister and the national government must be made aware that the continued denial of the existence of the project would lead to an exodus of support for the BN in the state in the coming general election.
He added that Hishammuddin's statement over the issue mocked the intelligence of Malaysians in Sabah.
He said the federal government seemed to be callous in refusing to understand that Sabahans view the issue as crucial to their survival, especially when someone holding a MyKad has daringly declared himself as the sultan of another country.
"Surely this must be something serious enough for the government to set up a RCI," Bumburing said, referring to the recent move by local businessman Mohd Akjan Ali declaring himself as the 33rd sultan of Sulu on Feb 2.
"In the last parliamentary sitting, I handed over to the home ministry a memorandum containing proof that there exist foreigners who have managed to obtain Malaysian ICs.
"These foreigenrs were now citizens of this country and have registered as voters and are members of Malaysian political parties, " he said .
Cautioning the government that the matter was not at an end just because it refused to set up a RCI, Bumburing said he would continue to raise the issue at every opportunity.
"I have called for the immediate revocation of all ICs issued to foreigners through dubious means.
"I will continue to bring this matter up in every parliamentary session until the federal government takes concrete steps to solve what I and other leaders have called the 'mother of all problem"," he added.

Kadar tambang minima MRT Lembah Klang patut berkisar sekitar 38 sen - 87 sen

Posted: 15 Feb 2011 07:31 PM PST

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa Pameran awam MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang yang diadakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Prasarana di tujuh lokasi mulai 14 Februari hingga 14 Mei 2011 hanya membekalkan maklumat minima kepada orang awam dan tidak merangkumi aspek-aspek penting yang makin menjadi tanda tanya rakyat.
Justeru, KPRU menyarankan agar satu lagi siri perundingan terbuka yang membekalkan maklumat yang mencukupi diadakan di samping pameran awam bagi menjamin hak akses warga Malaysia kepada maklumat penting MRT. Pameran awam yang kini sedang berlangsung dikhuatiri "mislead" khalayak umum ke arah menyokong projek ini secara tergesa-gesa tanpa terlebih dahulu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi.
Di mana unjuran harga tambang?
Dalam konteks ini, maklumat penting yang diperlekehkan oleh SPAD ialah harga tambang. Ramai yang ingin mengetahui harga tambang MRT apabila ianya mula beroperasi supaya orang ramai dapat membuat perancangan perbelanjaan masing-masing terlebih awal. Ini adalah kerana keputusan seperti membeli kenderaan peribadi akan mengenakan satu kos lesap (sunk cost) yang menggalakkan penggunaan selepas pembeliannya bagi mengelakkan "kerugian kerana tidak menggunakannya". Rakyat yang menangguhkan pembelian kereta sekarang tidak ingin dibebani harga tambang MRT yang tinggi dan tidak memadai apabila MRT mula beroperasi nanti. Sesungguhnya, kini wujud kebimbangan bahawa harga tambang MRT bakal membebankan pengguna.

Pengumuman harga tambang, atau sekurang-kurangnya pengumuman unjuran harga tambang secara awal dapat memastikan pengguna, pembangun hartanah, penjual kereta peribadi, agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan lain dapat membuat persiapan dan rancangan seawal-awalnya bagi mengelakkan spekulasi.
KPRU tidak dapat mengesan sebarang sebab mengapa kerajaan yang dapat membuat unjuran berbilion-bilion berkaitan projek ini, misalnya peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM3-4 bilion dan kesan limpahannya RM8-12 bilion, serta kenaikan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM300 juta setahun tersebut tidak dapat memberikan satu angka unjuran atas harga tambang MRT sehingga hari ini. Maka KPRU berpendapat adalah wajar kerajaan mengumumkan unjuran harga tambang dengan kadar segera supaya rakyat dimaklumkan realiti sebenar apabila MRT mula beroperasi nanti.
Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa harga tambang dalam konteks pengangkutan awam tidak terhad kepada harga tambang MRT, tetapi juga merangkumi harga tempat letak kereta, harga tambang bas feeder, masa menunggu dan lain-lain. Kos-kos tersebut harus diambil kira kerana jumlah angka boleh menjadi agak besar. Misalnya, satu kajian yang dibentangkan oleh Persatuan Kajian Air dan Tenaga (Association of Water and Energy Research, AWER) telah mengatakan bahawa kos tambahan minyak api kepada pengguna jalan untuk menuju ke Stesen MRT akan mencecah RM403.5 juta dari tahun 2016 hingga 2010.<1>

Memandangkan hanya 37% (13 daripada 35 stesen MRT) stesen MRT yang akan dilengkapi dengan medan letak kereta, adakah pengguna akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencari tempat letak kereta selepas MRT mula beroperasi, ataupun harga letak kereta akan menjadi terlalu mahal kerana kekurangan ruang?<2>
Adalah diingatkan bahawa situasi tersebut belum lagi mengambil kira kes spesifik, seperti di Stesen 1Utama dan The Curve yang tidak mempunyai sebarang rancangan pembinaan medan letak kereta tambahan. Dengan tempat letak kereta yang terhad tetapi permintaan yang bertambah, bukankah rasional bagi pihak pengurusan 1Utama dan The Curve menaikkan harga letak kereta untuk tempoh masa panjang supaya memberikan keutamaan kepada pengunjung pusat membeli-belah? Sekiranya hal ini berlaku, kos tambahan akan membebankan pengguna MRT.

Pengiraan harga tambang KPRU
Bagi memberikan satu gambaran kasar kepada orang awam, KPRU telah mencadangkan kadar tambang berpatutan berdasarkan dua bentuk pengiraan atas maklumat yang terhad dan beberapa andaian.
Kos tambang minima MRT dan juga Pariti Kuasa Beli (PPP) bagi Hong Kong, Singapura dan Taiwan adalah seperti berikut:
Bandar
Harga Tambang MinimaMRT
Pariti Kuasa Beli(PPP)per kapita
(Intl.$, Dolar Antarabangsa atau Dolar Geary-Khamis) <3>
Hong Kong
HK$3 (RM1.17) <4>
45,277
Singapura
S$0.80 (RM1.90) <5>
57,238
Taiwan
NT$20 (RM2.08) <6>
34,743
*Tukaran nilai mata wang berdasarkan http://www.xe.com pada 14 Feb 2011

Berdasarkan Pangkalan Maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bertarikh 15 Disember 2010 yang sama, PPP Malaysia hanya sekadar Intl.$14,603. Ekstrapolasi yang dibuat berdasarkan ketiga-tiga bandar di atas menunjukkan bahawa harga tambang minima MRT di Lembah Kelang patut berada dalam lingkungan RM0.38 hingga RM0.87 sahaja.
Kaedah kedua melibatkan perbandingan domestik dengan lingkaran LRT yang sedia ada. Adalah didapati Projek LRT yang memperuntukkan RM8 bilion dapat mencapai 300,000 jumlah penumpang sehari, manakala MRT yang memperuntukkan RM36.6 bilion tersebut akan dapat menampung 2 juta penumpang sehari selepas 4 tahun beroperasi.<7> Walaupun kos pembangunan MRT adalah 4.58 kali ganda lebih tinggi daripada LRT, tetapi jumlah penumpang hariannya adalah 6.67 kali ganda lebih banyak daripada LRT. Maka jika kadar tambang minima bagi LRT adalah RM1, tanda aras (benchmark) kadar tambang minima MRT boleh dan patut menurun sehingga RM0.68!
Mungkin anggaran kaedah kedua terlalu "simplistic" kerana KPRU juga mengambil perhatian bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mengesyorkan bahawa mahupun tambang LRT dinaikkan daripada RM1.60 kepada RM9, Prasarana memerlukan 20 tahun untuk memulangkan modalnya. Tambahan lagi, Prasarana sekarang dibebankan dengan hutang sebanyak RM8.5 bilion.<8>
Akan tetapi, bukankah kaedah pertama telah membuktikan bahawa kadar tambang di Hong Kong, Singapura dan Taiwan boleh kekal di paras yang rendah dan pada masa yang sama meraih keuntungan munasabah? Bukankah beban hutang Prasarana berpunca daripada kelemahan perancangan, penyelamatan berulang kali melalui suntikan modal dan juga korupsi yang berpunca daripada salah urus, tadbir urus lemah serta ketidaktelusan dan bukan kadar tambangnya? Bukankah MRT Lembah Kelang dikatakan akan mengikuti model Hong Kong? Jika modus operandi Hong Kong diikuti, kadar tambang yang murah juga harus ditetapkan untuk pengguna MRT di Lembah Klang.

Rujukan
<1> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/commuters-will-spend-more-with-kl-mrt-says-research-group/
<2> http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/commuters-will-spend-more-with-kl-mrt-says-research-group/
<3>http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(PPP)_per_capita
<4> http://en.wikipedia.org/wiki/MTR
<5> http://www.focussingapore.com/travel-information/local-transport-singapore/mrt-services.html
<6> http://www.urbanrail.net/as/taip/taipei.htm
<7> http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/19/business/6025856&sec=business
<8> http://www.dapmalaysia.org/english/2011/jan11/bul/bul4405.htm
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

Pakatan needs to beef up on publicity, perceptions and public relations

Posted: 15 Feb 2011 07:30 PM PST

Pakatan needs to beef up on publicity, perceptions and public relationsSome fence-sitters who voted for the opposition in the previous general election in 2008 may be voting for BN this time around due to portrayal in the mainstream media that Pakatan Rakyat (PR) seem to have lost direction and seem to be weakening.
Of course, these fence-sitters may not be Internet savvy and do not have time to access the Internet in order to know what is the situation on ground zero. But recently there's very little news of PR in the mainstream newspapers and whatever news there is, is unfavourable to PR.
Therefore when an Internet news portal broke news that that PR is planning to hold a PR Economic Convention in March, many Malaysians expressed interest to attend this Convention as its purpose is to outline to the general public what the Buku Jingga is all about.  Buku Jingga is the economic program and reforms planned by Pakatan if Pakatan were to head the Federal Government.

Experts have advised PR to hold more seminars, forums, congress and conventions to promote itself and to tell of its agenda for the rakyat to the rakyat.  It is also a good public relations exercise.  They say the Pakatan Rakyat brand name must be promoted and publicised to good effect without which the BN's use of the mainstream media will drown out the Pakatan Rakyat name.  As it is, media publicity for Pakatan is already sorely lacking.

In modern warfare, media publicity is a very strong and effective weapon to win over the masses, formulating public opinion and manipulating minds.  A piece of news given a certain slant can make a political party gain or lose support.  

Contesting in by-elections is also a way to promote the Pakatan Rakyat brand name to the public and make known its message to the people, pundits say.  Due to poor access to the mainstream media, Pakatan has to rely on the old-fashioned way of ceramahs to reach out to the rural folk who do not have access to the Internet.

PR parliamentarians and state assemblymen themselves know they must really go down to the ground to meet the voters in house-to-house visits and talk to them especially those elected representatives who are serving in rural or semi-rural constituencies. According to Pakatan leaders, talking to the rakyat and getting to know their woes go a long way to getting their support as the rakyat will feel that their voices are being heard.
"To get the rakyat's support PR elected representatives must emphatise with the rakyat and treat them as friends," DAP MP for Beruas Ngeh Koo Ham told Malaysia Chronicle.

At the end of the day, public perceptions are of utmost importance to winning elections as even the PR leaders have admitted.  They said in order to do well in the general election, the public must have a good perception about PR.
"It all boils down to perception.  PR's elected representatives therefore have to work much, much harder than their BN counterparts as they do not have the luxury of access to the mainstream media.  It is certainly a very unlevel playing field indeed," said Ngeh.

Mengecam penahanan ahli HRP: "Mereka cintai negara dengan cara lain"

Posted: 15 Feb 2011 07:29 PM PST

Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor dan Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok mengecam penahanan ahli-ahli Parti Hak Asasi Manusia oleh polis.  Tindakan ini mencabul hak asasi rakyat untuk menganjur perhimpunan aman dan kebebasan bergerak.  Kami berpendapat penyalahgunaan kuasa polis telah mencapai satu tahap serius yang membimbangkan, lantas kerajaan harus meminda Akta Polis dan menubuh Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) segera supaya penyalahgunaan kuasa polis dihentikan.
Aktiviti Konvoi bantahan buku "Interlok" HRP sebenarnya tiada perbezaan dengan aktiviti konvoi gantung bendera orang awam ketika Hari Kemerdekaan, mereka cuma menunjukkan perasaan mereka terhadap isu-isu yang diprihatinkan.  Kelakuan mereka adalah sama dengan orang awam biasa, mereka mencintai Negara kita dengan cara berlainan.  Menunjukkan perasaan secara terbuka, menyebarkan pemikiran sendiri di tempat awam adalah biasa dalam satu masyarakat demokratik.  Pihak polis sering menyekat hak-hak kebebasan bersuara organisasi masyarakat sivil, itulah sebab kedudukan demokrasi Malaysia semakin menurun dalam satu laporan demokrasi yang dikemukakan oleh The Economist baru-baru ini.

Kami menyeru kerajaan menangani saranan "Membantah Perkauman" dan "Anti-Interlok" HRP dengan langkah-langkah bertamadun dan dialog, bukanlah menggunakan kekerasan dan penindasan untuk menyekat suara rakyat.  Kami amat khuatir terhadap kesihatan dan keselamatan 22 orang ahli HRP yang menjalankan mogok lapar (hunger strike) di lokap polis di Negeri Sembilan selepas penahanan mereka dipanjangkan.  Kerajaan harus melepaskan 22 ahli HRP serta merta dan tanpa syarat berdasarkan semangat humanisme dan menghormati hak demokratik rakyat.  Jika tidak, slogan Perdana Menteri Najib Razak "Rakyat diutamakan" akan terus dicemarkan.
Punca masalah ini adalah polis diberi kuasa terlalu besar, amalan penyalahgunaan kuasa yang tidak disekat selama ini turut merosakkan pasukan polis kita.  Selain daripada penindasan terhadap perhimpunan aman, kes-kes salah guna kuasa polis terhadap Chia Buang Hing, A. Kugan dan Aminul Rasyid juga merisaukan rakyat.  Kami menggesa kerajaan memansuhkan seksyen 27 Akta Polis yang menyekatkan kebebasan dan menubuh IPCMC serta merta, memulangkan hak asasi manusia dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia, mencegah sesesiapa daripada menjadi mangsa salah guna kuasa polis yang seterusnya.

*Kenyataan media bersama oleh Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (CRC-KLSCAH) Jawatankuasa Masyarakat Sivil Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (CSC-LLG).

Egypt: Clear signs for the Umno elite and other political cartels

Posted: 15 Feb 2011 07:28 PM PST

Written by  J. D. Lovrenciear

Egypt: Clear signs for the Umno elite and other political cartelsIndeed what we are witnessing in the Middle East region today signals a piercing, warning signal to the world that regimes guilty of economic hording and political cartels do not belong to the increasingly liberalising global environment.
Despite the police brutality and curtailing control mechanisms tightly in place, more and more countries are discovering that people's willpower is no match.
Today, beginning with Tunisia and followed closely by Egypt, citizens there have shown the world that any amount of suppression and oppression is not able to imprison forever their passion for democratic equality and penchant for civil liberties.
If the media reports in the world are to be believed (assuming that these news bearers are not muzzled or harnessed by politicians with vested interest), the tide for change is bound to be spreading in a contagious manner from East to West, North to South.
Already Algeria, Bahrain, Iran and Yemen are beginning to experience people uprisings.
Triggered by increasing food prices, oppressive laws that curtail human dignity, inequalities in the equitable distribution of a nation's wealth, concentration of power among those with vested and extreme interests – all of these have precipitated in the uprising by the common citizens.
Algerians under the pressur of rising basic food prices are crying out for the ouster of their eleven years reign President. Bahrain's King Hamad Isa al-Khalifa is giving out to every family USD 2,700 cash to quell unrest seemingly. In Iran the hardliner President is seeing the wrath of tens of thousands as they clash with police. In Yemen the peope are upm in arms against repression, corruption and economic conditions that only favour th rich and powerful.
What then would be the defining moments of truth for Malaysia? The answers lie in our political history of 53+ years.
Foremost, it is fortunate that the Tun Dr Mahathir  did not cling to his premiership till this date. Unfortunately however, the cartel politics of Malaysia poses a contingent problem.
It has been a tradition within the political corridors to ensure that sons and daughters take over from where their fathers left. There is nothing wrong in this provided that the individual taking on the reigns is competent on his or her own merits. There is nothing wrong if the rakyat vote without manipulation an individual to take on the mantle.
But when politicking and strategic manoeuvring come into play, there is bound to be serious repercussions. In this New Age of a 'Networked Society' fuelled by the accelerating 'Information Society', cartel castles will be demolished.
Next, let us take a look at our socio-political fabric. After decades of affirmative policies, we still see inequalities in the economic pie sharing. For arguments sake let us assess the sitz-in-laben using race as an indicator:
•         The number of Malays who are still in the marginally poor category is a shame.
•         The number of young Malay youths who have fallen by the wayside of the nation's human capital development is alarming. The old attribute of 'Ahmad the driver' is still prevalent. Just take a headcount of the number of unskilled workers comprising of pizza-delivery boys, dispatch riders, and mundane factory workers these past thirty years.
•         The number of Malay youths who have fallen under drugs, street racing gambits and other vice is not hard to pinpoint.
•         The numbers of Indian youths who are unable to find meaningful and gainful employment have taken to parang wielding gangsterism. The number of police arrests and custodial deaths can be a tip-of-the iceberg count.
•         Vice dens can still be associated with the Chinese as legitimate and honourable avenues to be economically and financially rewarded have shrunk.
•         In the name of higher profit margins we import millions of workers to harvest our palm oil, build houses and high-rise structures. Our own manpower is left in the lurch without becoming skilled workers who could form a formidable export industry in the future.
The economic factor under the label of NEP that we have prided these past thirty years seemed to be working pretty fine as we were told in the past. Attempts to question its quantum progress were quickly snuffed under the overwhelming threats of ISA and OSA or even the horrendous claim of 'do not be anti-national'.
But truth always surfaces. Today we witness the number of poor Malaysians struggling to eke out a living on a RM3,000 and below monthly income.
Yes, we have made sure that everyone can have a car which they will be burdened to pay for over the next nine years. Yes we have succeeded in getting car owners to leave their cars at home and ride to work to save on their expenses.
Yes we have ensured that everyone can buy a roof over their heads provided they are in government employment or able to meet the monthly instalments that are scrutinized by the approving banks. And for the next fifteen to twenty years of your working live you slog to pay off the monthly rates.
Be it oil, sugar or rice – we are today at the mercy of rising food prices outside the borders of the country. The government can do nothing to elevate the burden as rightly pointed out by a minister recently. Even our hugely US-export oriented trade and crude oil economy cannot save the ordinary rakyat from the ravages of world food shortage.
Yes we have great monumental buildings and spanking roads. But the rakyat on the road is worse off then when he lived in Indian Sentul, Chinese Jinjang or the humble Kampong Melayu forty years ago. Today the working soul has to pay for everything – from water, electricity, toll and parking to hospital visits and education. Never mind if he cannot even find a tiny plot to grow his own vegetables or be able to cast the net for some fish at the confluence of the KL – Klang rivers.
Seemingly, we have progressed. But our minds are closed with racism, religious discrimination and the chase after money, money, money and more money as the end all. Profiteering, hoarding and kickbacks is the rule of the economic game – be it the kedai runcit, the wholesaler, the contractor or the big time arms importer.
We are still battling after all these many decades on our education system. It is still the same old issue of Bahasa Malaysia verses English.
In a nutshell, if truly we have progressed as a nation of ONE people, advancing with the goodwill and honour of yesteryears, BN would not be battling its way to the polls today.
If truly we had no political cartels, we would not be seeing the DSAI as a force to be contended with.
If truly we had an economy that was built on equitable distribution that emphasised the meaningful survival of the humble rakyat, we would not be questioning the notion of wealth accumulation which is the current trend among the powerful.
If truly we had our nation built on true democracy and exemplary civil liberties, we need not worry about the tides of change sweeping the world. In fact we will be party to promote change in the world for the better.
Time will tell viva Malaysia.

Berfikir di luar otak Mat Said..he.he...!!

Posted: 15 Feb 2011 07:27 PM PST

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Samada berfikir diluar kotak atau memang otak keluar dari kotak? Kepimpinan UMNO BN ini kekadang kita tak tahu dimana satu kepentingan dan keutamaannya. Dengan slogan Rakyat didahulukan dan Prestasi diutamakan, berapa skala yang layal diberikan kepada MB Terengganu, Datuk Mat Said? Beliau ni MB Terengganu ke MB Negeri Kijal? Atau memeang itulah kepompong daya kepimpinan yang mampu dilahirkan oleh UMNO Terengganu. Munasabahlah apabila Bekas PM, Dr Mahathir sendiri mengatakan UMNO Terengganu terlalu bodoh (sila rujuk hansard dewan, ucapan Datuk Senara Muda, SUK Negeri Terengganu)


Sudahlah kekayaan negeri Terengganu dengan hasil minyaknya, yang banyak menanggung kerajaan Pusat & Putrajaya? Yang dapat kilang Penapisan adalah Melaka, yang dapat Universiti Petronas adalah Perak, yang dapat Fertilizer adalah Kedah dan banyak lagi yang taak terbilang dah… dapat Menteri pun menteri tersepak, Menteri kasihan belas. Takde Political wheel! Sebab itu selagi kepimpinan Umno sekarang yang mentadbir Terengganu… nescaya kekallah sebagai negeri yang tercorot kemiskinannya. Apatah lagi exco yang dilantik semua adalah yang dah reject dari team Deris. Jadi Pok Kea Angguk ajelah.

Kemaman Dapat Hospital Baru, RM10j Menaiktaraf Hospital Sedia Ada

Bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Kemaman pula, katanya, kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan tanah seluas 20 hektar di Bandar Baru Kijal bagi membina sebuah hospital baru. "Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan pembinaan hospital baru ini berjalan lancar," kata MB kepada pemberita selepas lawatan kerja Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan, semalam.

Menteri berkenaan mengumumkan, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf Hospital Kemaman termasuk membeli peralatan CT Scan, menyediakan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menambah bilangan doktor pakar di hospital itu. Pada masa ini hospital itu mempunyai 15 doktor pakar, tetapi belum mempunyai ICU. Kelulusan serta-merta itu dilakukan selepas Menteri Kesihatan meninjau secara lebih dekat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan hospital berkenaan.

Selain Menteri Besar, turut serta dalam lawatan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco Kerajaan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

"Hospital baru ini akan dibina melalui Rancangan Malaysia ke-10 dengan mengambil kira pelbagai kemudahan yang diperlukan, termasuk menambah bilangan klinik-klinik pakar untuk pesakit menerima rawatan," ujar Liow.

Apabila hospital baru siap digunakan, hospital sedia ada akan dijadikan poliklinik.

Apa ke benda sesak Hospital kemaman tu? Kalau dah nak dijadikan poliklinik, buat apa dinaik-taraf lagi? Peruntukan yang ada tu pi tambun kat Kijal je lah. Atau pergi baiki permasalahan bilik bedah hospital yang sedia ada.

Kedudukan Kijal yang hanya sejengkal dari Hospital Chukai kini diluluskan sebuah hospital lagi. Bab berjanji, bab buat tu tak tahu lagi bila! Tetapi Kijal dengan penduduk 4,000 orang kini sudah dibekalkan Bandar baru Paya Kijal, Zoo Mat Said, Pusat IKBN, Pasaraya Giant, TATI.

Walaupun asalnya perkampungan nelayan yang mundur yang hanya terkenal dengan leman yang lurus dikawasan jalan Kijal seperti ular kena palu itu telah membeli Strawberry Park Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri. Dengan membabitkan kos bernilai Rm27 juta. Kerajaan telah melakukan proses pengubahsuaian terhadap resort tersebut. Berapa juta pulak kroni yang dapat itu, tak tahu lagi. daripada sebuah Resort yang dah mampus nak ditukar menjadi IJN... ish3X.. memang berfikir diluar kotak! Sepatutnya buat lah kat Kuala Terengganu. Lebih sesuai dan lebih memerlukan. Sudah ada sebahagian kepakaran kat Hospital KT tu. Ni pergi buat kat hutan Jin tendang tu apasal???

Semua dok tambun kat Kijal. Seolah-olah Umno-BN dah semput nak mati. Macam tiada hari esok dah buat Umno. Semua perlu disegerakan ke Kijal! Ye Lah… masa nil ah nak tunjuk power pun. Masa Menteri dan Pegawai boleh ditonyoh kepala. Dang hilang kuasa kang… cakap pun tak guna.

Semasa Idris Jusoh dulu.. ia memerintah bagaikan Ia sebagai MB Jerteh. Semua diusung wat balik ke Besut. Kini Mat Said pulak berpenyakit begitu. Sepatutnya keutamaan keperluan kesihatan ini, Daerah Dungun lebih memerlukan. Jerteh, Setiu, Hulu Terengganu dan Chukai memiliki Hospital yang besar dan gah. Tinggal lagi Dungun yang berpenduduk 160,000 orang dengan persekitaran kawasan yang mudah berkemalangan dengan industry oil & Gas, tetapi amat malang dari segi persediaan kesihatan.

Walaupun 20 Hektar tanah telah diluluskan tetapi Hospital Dungun tiada dalam RMK 9 dan diharapkan kepada RMK 10. Habis kalau RMK 10, Hospital Kijal diluluskan??? Takkan 2 hospital setahun di Terengganu?

Rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an. Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu. Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit.
Sudahlah tiada bilik bedah, tiada doktor pakar dan setiap hari ambulan terpaksa berkejar ke hospital KT sejauh 100KM untuk kes kecemasan khususnya melibatkan kelahiran. Ramai kakitangan Petronas, TNB, YTL.. kalau nak melahirkan bayi, mereka terpaksa pergi ke Kt atau ke Kuantan. Tiada kemudahan terbaik di daerah Dungun ini.

Habis, Apa wakil rakyat Dungun ni buat? Mana ahli Parlimen Dungun ni? Projek apa yang dibawak balik ke Dungun? Takkan isu hospital tidak tak leh selesai? Atau ikut Liow Tiong Lai dan keputusan Mat Said je??? Betapa long lai nya wakil-wakil yang dipilih rakyat? Dok Rox Cetong lagu ni… di harap rakyat Dungun boleh membuat perubahan PRU-13 nanti. Supaya PR pulak memerintah Terengganu & Putrajaya... untuk melihat satu perubahan. Berubahlah sekarang sebelum terlambat!!!

Ageing leaders enjoy healthy libido but are Sarawakians paying for it

Posted: 15 Feb 2011 07:25 PM PST

Ageing leaders enjoy healthy libido but are Sarawakians paying for itSarawak's Deputy Chief Minister George Chan is irritated that the media is taking an unhealthy interest in his private life, especially his relationship with his new wife, businesswoman Lorna Enan Mulloon.
Recently, a whistleblower report by Sarawak Report alleged that Chan, a private medical practitioner-turned-politician, helped his alleged long-time girlfriend Christina Foo to secure the contract to build the Sarawak International Medical Centre (SIMC) at Kota Samarahan for RM400 million.
Neither Chan nor Foo, who is an accountant, denied the report. SIMC is now taken over by the federal government to be turned into a heart centre of the Sarawak General Hospital.
Chan is said to have quietly married Lorna, the adopted daughter of the late Joseph Balan Seling, a former local government minister. Unlike the Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud, George wed about a year ago in a private ceremony.
Taib's wedding was celebrated on a grand scale and was graced by the presence of Prime minister Najib Abdul Razak and the First Lady mah Mansor.
George seems to misunderstand that politicians who elect to serve the public must remember that whatever they do will be under scrutiny. They are supposed to behave in an exemplary manner.
Residents of Miri have alleged that he was a serial womaniser when he was married to his first wife the American Judith Chan, who after her divorce left Sarawak for Singapore.
George may not be aware, but Sarawakians are curious if Taib's wedding reception involved taxpayers' money.
All MPs have to adhere to a Code of Conduct which provides guidance on the standards of conduct expected during the course of their parliamentary duties.
All politicians need to enjoy the public's trust when it comes to issues of financial probity, of money, of managing our nation's finances. Sadly, these politicians only seek to enjoy taxpayers' money.Ros
MPs enter public service and they are in for what they give not what they can get.
But in Sarawak, several MPs have abused the system. That is why we need an open, transparent democracy where all these things are above board. This transparency should also affect all public institutions that receive taxpayers' money.
George told reporters that he should be allowed to focus on his political career and contribution to society, and not be distracted by persistent questions about his private life.
However, when the public learnt that George's girlfriend is alleged to have benefited from the shoddy deals which he arranged for the construction of SIMC, how can he expect the rakyat to keep quiet?
George suggested that everyone look at what he had contributed towards the development of Sarawak.
Alas, he remains clueless.
That is why the clean up of Sarawak's finances has got to start immediately. It will also have to affect public institutions, including those involving the health service.

Perketat Akta Mesin Cetak & Penerbitan ke atas media online, kerja sia-sia

Posted: 15 Feb 2011 07:23 PM PST

Cadangan kerajaan untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) ke atas media baru seperti blog, facebook, twitter dan youtube dianggap bertentangan dengan dasar Wawasan 2020. Bagi Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah cadangan itu disifatkan satu kemalangan dan musibah serius ke atas rakyat. Bahkan katanya tidak ada satu bukti media menjadi punca kemusnahan sesebuah negara. Ikuti hujah-hujah beliau bersama Wartawan Harakah SALMIYAH HARUN baru-baru ini.


Dasar kerajaan untuk melaksanakan Wawasan 2020 sudah tentu terkandung di dalamnya dominasi rangkaian media baru. Dengan memperluaskan AMCP, apakah hasrat itu akan tercapai?

DR ABU HASSAN HASBULLAH: Kita kembali kepada dasar yang telah diterima semua pihak sejak ia dilancarkan. Yang membabitkan pihak sekolah, guru terus kepada universiti dan masyarakat. Kepercayaan itu semua orang tahu iaitu Wawasan 2020. Kita tidak menolak bahkan yakin semua politik setuju dasar itu terbentuk. Atas dasar ini untuk memajukan intelektualisme, kepakaran dan kemahiran dan memperteguhkan demokrasi  yang mana mahukan masyarakat berfungsi dengan budiman.  Jadi sudah pasti untuk menjayakan Wawasan 2020 ia tidak mungkin terjadi hanya mengharapkan masyarakat menunggu suatu faktor-faktor keramat yang datang kepada mereka sebagai mana dalam filem-filem hantu dan purba. Tetapi untuk memajukan masyarakat, membangunkan ekonomi, politik dan sosial masyarakat memerlukan pengetahuan secara dinamik, praktikal dan prakmatik. Pada kurun ke-21 pengetahuan ini tersebar dan proses pembentukan informasi di dalam media baru melalui ejen perkasa iaitu internet yang mana telah memudahkan dan merealisasikan kepayahan masa silam untuk mendapatkan ilmu.

Melalui jaluran internet ramai yang bimbang, ia lebih banyak mendatangkan negatif daripada positif. Betulkah dakwaan ini?

Miskipun kita tidak nafikan kandungan internet ada unsur-unsur negatif seperti pemikiran ligisme, sekularisme, dan nilai-nilai yang bertentangan dengan prinsip kita. Tetapi yang negatif akan menterjemahkan kemampuan masyarakat untuk mentafsirkannya. Sekali gus sudah pasti masyarakat yang profesional dan mempunyai ilmu yang luas boleh membezakan yang mana baik dan buruk. Masyarakat tahu. Ini kerana internet telah memberi ruang kepada masyarakat untuk berpengtetahuan. Mustahil seramai 26 juta rakyat negara ini mampu untuk melanjutkan pelajaran di universiti kerana setiap individu mempunyai kelebihan dan kelemahan.  Namun, melalui internet masyarakat 26 juta ini tidak terhalang untuk mendapatkan pengetahuan walaupun mereka tidak berkelayakan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Mereka akan berkemampuan untuk mendapatkan maklumat dalam internet.
Maknanya kekuatan media baru untuk memberikan pengetahuan tidak boleh dinafikan?

Kita harus menerima internet dan melalui media baru ini sebagai proses tektikal yang pragmatik di dalam merealisasikan kebolehan dan juga kesediaan masyarakat untuk terlibat dalam pengetahuan. Kita tidak mahu satu hari nanti masyarakat negara lain yang lebih mundur dari kita tiba tiba berjaya mengatasi kita dari aspek kepakaran, kematangan demokrasi dan komunikasi.  Pada waktu itu kita sudah terlambat membangunkan peradaban kita lebih baik. Tidak semua elemen kemajuan membangunkan masyarakat hanya dibentuk melalui halangan dan sistem yang kebal dan kuku besi. Sebahagian masyarakat boleh terbentuk dengan sikap keterbukaan dinamiknya dan relatif untuk memproses demokrasi.  Kita bimbang masyarakat yang dikawal dan ditempurungkan lemah berbanding masyarakat yang berdepan dengan pengalaman dan pengetahuan.

Revolusi yang sedang berlaku di Mesir berpunca daripada pengaruh media baru. Apakah suasana ini dibimbangi berlaku di negara ini sehingga ada usaha untuk memperluaskan AMCP? 

Kita percaya internet sama juga dengan televisyen dan akhbar tidak pernah memusnahkan mana-mana negara, tidak pernah ada bukti media menjadi penyebab hancurnya mana-mana negara tetapi kebanyakan negara itu berhadapan masalah akibat pemimpin yang lemah, kekangan politik yang tidak adil, demokrasi yang tidak wujud sebagaimana berlaku di Tunisia.  Pencapaian internet di negara itu cuma 12 peratus. Di Mesir cuma sekitar 13 hingga 15 peratus. Bermaksud internet tidak berpengaruh tetapi masyarakat kembali juga memberontak.  Cuma ketika menyampaikan maklumat ini ada sebahagian atau 13 peratus di kalangan ahli masyarakat menggunakan capaian internet di negara itu. Mereka menggunakan media baru untuk menyampaikan mesej, yang sudah tidak tahan dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang sudah tidak membantu mereka untuk hidup dalam masyarakat yang sejahtera.

Media baru berperanan membangkitkan kesedaran rakyat...

Apa yang berlaku di Mesir adalah revolusi emosi masyarakat negara itu akibat daripada kepunahan dalam ekonomi, politik dan sosial. Cuma gerakan mereka itu akhirnya disebarkan ke dunia melalui internet. Perkara ini tidak ada hubungan sama ada internet yang mencetuskan revolusi. Cuma internet yang menyalurkan informasi dan perkembangan di Mesir.  Andainya perkembangan di Mesir boleh mempengaruhi situasi negara-negara lain maka sudah pasti negara-negara lain yang juga mengalami keadaan sebagaimana di Mesir yang berhadapan atau mempunyai masalah yang sama. Kita lihat masalah politik di Tunisia hampir sama dengan Mesir, ini kerana apa yang berlaku di Tunisia adalah faktor politik dan merebak ke Mesir. Proses penyebaran di peringkat internat hanya dimaklumkan ke dunia melalui media baru sebagai  memaklumkan dan sebagai penyebar informasi. Mereka mendedahkan kematian seorang pemuda mempertahankan haknya berniaga untuk menaiktaraf ekonomi, sekali gus menjelaskan kegagalan pemerintah untuk memperkukuhkan ekonomi, politik dan sosial. Ianya tersebar.  Kita tidak boleh menghalang atau tutup seluruh internet di dunia sekali pun. Sudah pasti ada orang yang memiliki kamera atau gambar-gambar melalui telefon yang boleh mengirim berita melalui sms atau mms. Sebab kurun ke-21 adalah kurun teknologi. Katakan  kita menolak  teknologi ini adalah sia-sia, ia tidak akan berjaya. Ini kerana pada kurun ini telah merealisasikan situasi di mana media baru adalah alat masyarakat berhubung dan berkomunikasi.

Malaysia dikatakan antara pengguna facebook yang paling tinggi mencecah 8 juta orang. Walaupun ia hanya laman sosial tetapi ia dijadikan medium utama menyebarkan maklumat. Bagaimana Prof melihat fenomena ini?

Ya, rakyat kita begitu ghairah menggunakan media baru. Ini terjadi dengan pencapaian pengguna blog serta facebook yang hampir mencecah 8 juta orang dan mungkin dua tiga tahun lagi mencecah berbelas juta.  Kita harus bertanya kenapa masyarakat berkomunikasi dan berhubung apatah lagi zaman media baru? Ini kerana masyarakat tidak mampu. Di tambah pula media konvensional yang tidak mempunyai ruang kepada mereka. Media konvensional terlalu berpihak dan media ini tidak rasional di dalam satu-satu isu, tidak mempunyai ruang untuk menangani atau menghormati perbezaan nilai, budaya, fikiran dan sebagainya. Maka sudah pasti masyarakat yang berbagai-bagai lapisan dan budaya ini ingin berkomunikasi, sebab mereka masyarakat yang prakmatik dan dinamik yang mempunyai keinginan mengetahui perkembangan. Masyarakat yang ghairah terhadap pengetahuan dan percaya mereka akan maju seandai mereka mendapat ilmu dan juga berpengetahuan lebih tinggi kerana media tradisi seperti akhbar dan televisyen tidak mempunyai ruang yang terbuka dalam menguruskan perbezaan sikap dan posisi masyarakat. Secara tidak langsung akan menarik masyarakat menggunakan media baru seperti facebook atau blog, twitter dan sebagainya.
Media baru seperti facebook sarat dengan pelbagai perbedaan. Adakah ini baik?

Kita lihat di dalam facebook  segala macam ideologi ada di dalamnya. Maknanya masyarakat di dalam media baru mengambil pemikiran bahawa tidak ada faedah kita berbeza-beza.  Jika kita berbeza-beza fahaman politik itu berlaku dalam media konvensional hanya taksub kepada satu aliran sahaja. Akhirnya di dalam internet mereka berbagi-bagi pandangan dan pendapat inilah yang kita hendak, justeru melahirkan masyarakat yang rasional dan intelektual berbanding masyarakat yang hanya menerima satu informasi sahaja akhirnya mengundang masyarakat yang tidak rasional iaitu masyarakat yang tidak mampu menguruskan diri mereka yang lebih taktikel. Jadi internet sebenarnya telah memberi ruang kepada setiap lapisan manusia misalnya apa yang ditujukkan oleh Barack Obama yang telah menggunakan internet dan akhirnya berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat. Internet juga akhirnya menyatukan masyarakat dan tidak pernah memecahbelahkan masyarakat.  

Mengapa disuburkan khurafat bentuk baru?

Posted: 15 Feb 2011 07:21 PM PST

Oleh LanH
KHUTBAH Jumaat 4 Februari lalu di masjid-masjid seluruh Melaka membicarakan amalan khurafat di kalangan orang Melayu/Islam. Memuzakarahkan bab khurafat ini mempunyai kaitan dengan amalan orang Melayu Melaka sedikit masa dulu seperti mandi tolak bala pada bulan Safar (pesta mandi Safar). Khurafat bermaksud melakukan sesuatu perbuatan dengan menyakininya mempunyai kaitan dengan agama sedangkan hakikatnya tidak.


Dalam sistem persekolahan, peringatan mengenai rosaknya akidah akibat amalan khurafat ini telah didengari oleh setiap murid Muslim kerana ada hadis mengenainya diajar dalam mata pelajaran Agama Islam tingkatan dua. Ini bermaka hampir semua anggota masyarakat yang tahap pengajian mereka melepasi peringkat menengah rendah sudah dimaklumkan perkara khurafat ini.

Hadis itu berbunyi: Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anu, bahawa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi telah bersabda, yang bermaksud: "Tidak ada penyakit menular (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu, dan tidak akan bencana pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang ustaz dalam tazkirahnya pada malam Jumaat itu di masjid berhampiran rumah penulis, menghuraikan lebih lanjut mengenai amalan khurafat orang Melayu masa kini. Menurut beliau amalam seperti mandi tolak bala pada bulan Safar tidak diamalkan lagi dalam masyarakat Melayu/Islam tetapi beliau bimbang akan kemunculan khurafat bentuk baru yang menular sejak akhir-akhir ini.

Beliau memberi contoh penggunaan kayu koka dalam kehidupan segelintir orang Melayu. Malah ada ustaz yang mempromosi pemakaian barangan yang diperbuat daripada kayu koka ini. Katanya, menggunakan kayu koka tidak salah tetapi apabila ia dikaitkan mempunyai pengaruh dan kuasa tertentu seperti digunakan sebagai tangkal azimat, perkara itu telah menyeleweng daripada ajaran Islam.

"Ini soal akidah yang tidak ada tolak ansur. Akidah kita mesti mantap. Percaya kepada kayu koka yang mempunyai kuasa penyembuh penyakit sudah menyalahi akidah. Sebenar ini soal bisnes, orang yang tidak mengerti terheret sama dalam menyuburkan khurafat bentuk baru ini," katanya.

Ustaz itu juga menegur orang yang memakai gelang, kononnya bahan itu boleh mengubat penyakit si pemakainya. "Ini jelas bertentangan dengan akidah, gelang atau apa benda pun tidak dapat menyembuhkan penyakit. Yang menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT," katanya.

Lagi pun, menurut beliau, orang lelaki dilarang memakai gelang yang merupakan perhiasan orang perempuan. Lelaki yang menyerupai orang perempuan adalah haram hukumnya, kata beliau.

Ustaz itu turut menyelar orang yang mempercayai bomoh seterusnya yakin untuk menjalani pembedahan secara batin. Berubat dengan bomoh yang melakukan pemujaan dan yang berhubungan dengan makhluk halus adalah kesalahan besar yang menyalahi akidah apatah lagi terbabit dalam perkara lebih serius seperti pembedahan batin.

Jika pembedahan batin itu benar, apa guna dokor-doktor belajar bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan ilmu; tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina pun banyak memperuntukkan masa belajar dan membuat kajian; jadi apa yang didakwa sebagai pembedahan batin itu dusta belaka, katanya.

Kini filem-filem dan drama Melayu begitu giat mengetengahkan perkara-perkara khurafat. Filem-filem yang membabitkan kisah makhluk halus ini mendapat tempat di hati penonton sedangkan kebanyakannya memesongkan akidah yang boleh membawa kepada kesyirikan yang menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam.

Khurafat berhubung makhluk halus sudah diketahui masyarakat Melayu sejak sekian lama, tetapi sejak akhir-akhir ia cuba dihidupkan kembali melalui filem-flem dan drama. Dulu pun segelintir orang Melayu sudah menyakini apa didakwa kuasa makhluk halus; dibimbangi kini ia cuba dihidupkan kembali melalui filem dan drama.

Kisah kuasa 'magik' (kesaktian) yang kedapatan dalam filem seperti 'Jangan Pandang Belakang, Congkak' atau drama 'Sang Kelembai' dan 'Delima Sakti' bukanlah perkara baru tetapi apabila ia diperbaharui, apakah bermakna masyarakat Melayu mahu dikembalikan kepada zaman jahiliahnya?

Atau apakah dengan menggembalikan amalan khurafat dalam bentuk baru ini bermakna ada pihak tertentu mempunyai matlamat atau agenda untuk meleka seterusnya menghancurkan perjuangan segelintir pejuang Melayu yang bekerja keras ke arah menjadikan Islam sebagai addeen dalam kehidupan mereka?

Bangsa Melayu yang bebas daripada keterikatan amalan khurafat tidak kiralah daripada jenis lama atau bentuk baru, insya-Allah hatinya akan sentiasa yakin dan bergantung semata-mata kepada Allah SWT lantas pastilah dia akan menolak pihak yang berjuang untuk berkuasa dulu, kini dan selama-lamanya.

Dia juga pasti akan menolak jika ada pihak yang menyatakan HANYA pihaknya saja yang mampu memerintah atau membawa keamanan kepada negara. Ini kerana yang mempunyai kuasa mutlat hanya Allah SWT semata-mata, manusia atau parti tidak mempunyai kuasa apa-apa.

Manusia dan parti bersifat fana yang bakal binasa pada bila-bila masa. Tetapi jika menyakini parti tertentu boleh berkuasa dulu, kini dan selamanya atau hanya dia boleh memerintah itu adalah KHURAFAT yang boleh menyebabkan seseorang jatuh syirik. Nauzubillah.

LAWAK DARI JALAN DUTA

Posted: 15 Feb 2011 07:20 PM PST

MASUK DAN GIGIT

nota:
tunggu lama lama nak buat apa
masuk terus gigit
cakap melawan

kalau tunngu sampai pancut
bukan melawan namanya
itu namanya menelan
kah kah kah






DOKTOR DAKWA SAIFUL MELAWAN KETIKA DILIWAT
- mkini

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Khairul Nizam Hassan.
Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… BANGANG PUNYA CERITA…kah kah kah…

kah kah kah…. BILA PUNAI DAH KERAS….kah kah kah…

kah kah kah… MASUK DALAM MULUT…. GIGIT LAAA…. kah kah kah..

kah kah kah…. GIGIT SAMPAI PUTUS….. kah kah kah…

kah kah kah...NAK BERSILAT BUAT APA.... kah kah kah..

kah kah kah…. TAK KAN TAK ADA GIGI…. kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU TINGGAL GUSI PUN…. PUNAI KERAS PUN BOLEH PUTUS…. kah kah kah….

kah kah kah…TAK KAN TAK BIASA KENA ISAP…kah kah kah…

kah kah kah…. TAK KAN NAK TUNNGU SAMPAI PANCUT….. kah kah kah…
TT.

Apa isyarat Nora Reformis ditangkap.

Posted: 15 Feb 2011 07:20 PM PST

Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai 'Nora Reformis' dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta hari ini. Beliau kini dalam tahanan reman di Penjara Kajang selepas ditahan di rumahnya di Jinjang oleh empat anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
Penahanan dipercayai dilakukan kerana aktivis Reformasi itu ke luar negeri dalam tempoh dakwaan di mahkamah. Beliau dituduh terlibat dalam satu perhimpunan membantah kenaikan harga barang pada 2008.
Merujuk kepada seorang temannya melalui laman sosial facebook, Nora telah memaklumkan kepada polis mengenai pemergiannya ke luar negeri pada Februari ini melalui surat bertarikh 31 Januari.
"Tetapi pada 2 Februari polis tetap mengeluarkan surat supaya beliau hadir ke mahkamah pada 16 Februari," katanya lagi.
Semenjak tahun 1998, Nora telah ditangkap dan dibicarakan berpuluh kali.
Manakala pada perhimpunan Januari tiga tahun lalu itu, lebih 40 individu ditahan polis dan dibawa ke mahkamah untuk didakwa termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu.

Sharpshooter - Membela untuk rakyat ditangkap tetapi yang menyusahkan rakyat dengan kenaikkan harga barang terus dibiar berkuasa.

Isyaratnya apa?
isyaratnya untuk menakutkan rakyat....
isyaratnya untuk beritahu dunia bahawa Malaysia tidak seperti Mesir....

Semoga kerajaan zalim dapat ditumbangkan...takbir..


Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Hussein Yang Tidak Pernah Melupai Perjuangan

Posted: 15 Feb 2011 07:18 PM PST

LAMA saya tidak berjumpa dengan tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad atau lebih dikenali dengan Hussein Serama. Kalau tidak silap pertemuan terakhir ialah pada tahun 2007 ketika beliau hadir pada satu majlis anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di dewan PPK Kota Bharu. Malam itu beliau diundangkan khas, dan majlis itu juga secara tidak langsung bagi meraikan beliau sebagai tokoh veteran.

Walaupun dalam usia agak lanjut tidak secegas dulu, beliau akan cuba juga menghadirkan diri pada mana-mana majlis jika ada jemputan. Sikap ini membuktikan beliau sebagai seorang tokoh dan ahli politik sejati. Walaupun kini di era persaraan, sepatutnya banyak berihat dengan isteri, anak cucu, namun Hussein tidak akan melupai perjuangan. Jarang beliau mis menghadiri majlis-majlis besar Umno.

Selagi kakinya boleh melangkah dan mulutnya boleh berbicara beliau akan hadir. Selalunya dalam keadaan agak uzur seperti hari ini, beliau bukan hadir sebagai pemerhati saja, tetapi akan tetap memberi sumbangan idea dan fikiran. Kalau diminta berucap beliau tidak akan melepaskan peluang.

Bagi seorang politik, pembesar suara sebahagian daripada ubat atau penawar. Itu hakikat. Baginya bercakap mengenang peristiwa lama dan perjuangan orang Melayu seperti pil suplimen yang menyihatkan badan.

Kehebatan Hussein yang dimesrai dengan panggilan ayah Sin atau abang Sin, ini memang tidak terlawan. Kebetulalan saya mengikut perkembangan beluau sejak dari bangku sekolah lagi, sekitar pertengahan 70-an. Semasa beliau menjadi pemimpin Umno Rantau Panjang dan wakil rakyat Gual Periok beliau seorang yang mengambil berat kepada pendidikan dan pelajaran.

Kerana itu beliau selalu ke sekolah, membuat lawatan atau pun merasmikan mesyuarat PIBG. Ketika inilah saya mula mengenalinya. Pengenalan dengannya membawa ke alam remaja kemudian sempat juga berkawan dengannya menerusi Persatuan Penulis Kelantan (PPK). Ayah Sin ketika itu Ketua Satu PPK. Sebenar pertemuan saya dengannya agak menarik juga.

PPK ketika dibawah pimpinannya menjadi sebuah persatuan penulis dan persuratan dikendalinya. Siapa tidak kenal PPK. Bukan saja di Kota Bahru malahan di seluruh negara. Beberapa acara besar kebudayaan dan sasteraan dijalankan di Kelantan semasa beliau memimpin PPK.

InsyaAllah saya akan menulis mengenai Hussein Ahmad dalam masa-masa lain menceritakan kehebatannya dalam politik yang saya kira tidak ada tolak banding dan boleh diatasi mana-mana tokoh politik Umno Kelantan dewasa ini. Saya akan cuba...

Selepas Zohor semalam bersama sdr Sobree Shafii saya menemui beliau yang kebetulan berada di Subang Jaya di rumah anaknya. Jadi semalam sempatlah melepas rindu dan menziarahinya. Hajat ini sudah lama terbuku, semasa balik Kelantan beberapa minggu lepas sudah pun berputik, tapi masa tidak mengizinkan.

Biasalah bila bertemu dengan Ayah Sin, selalu ketidak cukupan masa. Cerita politiknya, amanahnya mengenai bangsa dan negara cukup merangsang minda. Dan beliau sendiri pula kalau dapat berbicara soal perjuangan, akan jadi segar tiba-tiba.

Walaupun beliau kini agak susah untuk bercakap kerana gangguan saraf, namun itu tidak menghalangnya. Ayah Sin yang terkenal sebagai pemimpin yang berani, tegsas dan berterus terang tetap menghemburkan pendapatnya. Menariknya dalam hal ini beliau tidak kira siapa, apa yang penting pandangan atau tegurannya tulus dan ikhlas.

Topik yang menyentuh perasaan beliau dalam perbualan semalam ialah masalah perpaduan Melayu dan mengenai evolusi di dalam Umno. Bliau sangat obses mengenai dua perkara ini sehingga adakalanya beliau semacam fed-up untuk membicarakannya. Mengenai Umno sangat dikesalinya kerana Umno kini sudah berubah, hilang semangat juang bukan seperti di zamannya.

Katanya disebabkan perubahan itu, menyebabkan kedudukan orang Melayu kini terancam. Beliau melihatan ancaman hari ini sangat merbahaya dan memerlukan tindakan segera untuk menemukan Melayu di atas satu titik.

Selain membicarakan itu dalam kesempatan terbatas semalam, Ayah Sin turut mengungkitkan beberapa topik lain yang menarik dan satu kupasan yang bukan saja perlu didengari, tetapi dihayatai oleh generasi baru khususnya orang Melayu.

Seperti saya katakan tadi saya akan membuat kunjungan khas ke rumahnya nanti untuk menulis serba rengkas jatuh bangun perjuangan beliau dalam politik, bagaimana kehebatannya dari seorang guru akhirnya menjadi timbalan menteri. Bagaimana pun pengorbanan dan jasa beliau yang jarang diketahui orang ialah jasanya menghidupkan semula Umno.

Saya rasa cerita di sebalik menyelamatkan Umno ini sdr Sobree merupakan orang paling layak untuk menulis kerana beliau pada masa itu pembantu kepasa Hussein Ahmad. Semalam pun Ayah Sin ada menyebut jasa Sobree kepada Umno banyak. Saya kurang faham maksud itu, tetapi dapat membayangkan ia ada kena mengena dengan pengorbanan Sobree membantu Hussein dalam menyelamatkan Umno.

Saya Sobree menulis riwayat ini dengan jujur dan berterus terang. Setidak-tidaknya mana-mana orang Umno yang tidak mempedulikan beliau (Sobree) sehingga akhirnya beliau meninggalkan Umno akhir tahun lepas mengetahui bahawa perahu yang di naiki oleh orang Umno hari ini pernah diselamatkan olehnya dengan cara dan peranannya tersendiri.
MSO.

Mengapa janggut Taib Mahmud tidak terurus?

Posted: 15 Feb 2011 07:17 PM PST

Oleh Dr Jeniri Amir
Beberapa bulan lalu saya telah menulis 10 petanda yang dapat membantu kita mengetahui pilihan raya semakin dekat. Hampir semua petanda yang saya maksudkan itu telah dipenuhi, kecuali berkaitan dengan janggut Ketua Menteri. Dalam artikel itu saya menyatakan, daripada sekian banyak tanda, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud cenderung menyimpan janggut beliau.


Bagi pemerhati politik, personaliti dan gaya berpakaian Taib, janggut beliau yang seolah-olah tidak terurus itu menandakan bahawa pilihan raya negeri adalah benar-benar hampir. Mengapa beliau menyimpan janggut sehingga kelihatan tidak terurus, tidak pula difahami. Mungkinkah itu hanya kebetulan dan mungkin juga kerana kesibukan sehingga beliau tidak mempunyai masa untuk mencukur janggutnya.
Ya, bagi kebanyakan kita, apa ada pada janggut? Janggut hanyalah bulu yang tumbuh di dagu dan menjadi hak peribadi seseorang untuk mencukur atau menyimpannya. Tetapi apabila pemimpin politik menyimpan janggut lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya – dan perkara tersebut bagai kelaziman pula – tentu janggut menjadi sesuatu yang penting.
Tak perlu bomoh

Saya banyak ditanya oleh pihak media dan rakan-rakan tentang tarikh pilihan raya. Selain Taib dan Perdana Menteri dan segelintir orang kepercayaannya, kita sebagai rakyat biasa hanya dapat meneka dan meramal. Tetapi berbeza daripada segelintir tukang ramal nombor ekor, kita tidak perlu berjumpa bomoh. Saya hanya meneka berdasarkan perhitungan tertentu.
Saya percaya bahawa Taib dan Najib telah menetapkan tarikhnya. Kedua-dua mereka dan orang kepercayaan mereka sudah tahu bila pilihan raya akan diadakan. Soal Taib mendapat ilham atau tidak, bagi saya itu hanya helah untuk 'memerangkap' pihak media dan Pakatan Rakyat.
Persoalannya, perlukah seseorang memutuskan tarikh penting, sepenting pilhan raya berdasarkan ilham atau inspirasi? Taib sendiri mengakui sekembali dari Mekah beberapa bulan lalu bahawa beliau telah mendapat ilham. Lalu, kebanyakan rakyat pun fikir bahawa ilham itu datang seolah-olah ilham seorang penyair yang hendak mengungkapkan idea dengan baris-baris yang penuh dengan estetika.
Seseorang tidak perlu bergantung kepada inspirasi untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Sebenarnya, perkara bersabit dengan pilihan raya adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil serius.
Jadi, bagi kerajaan yang berkuasa, tarikh ditetapkan dengan kepercayaan bahawa ia benar-benar memihak kepadanya. Sebenanrya, pihak BN negeri telah merancang segala program dan aktiviti dengan agenda politik yang terselindung sejak sekitar setahun lalu. Perancangan segala program dan aktiviti berkenaan dibuat dengan mengambil kira tarikh pilihan raya.
Program Sejiwa Senada
Program Sejiwa Senada mungkin sahaja bersifat program biasa jika dilihat dari luar. Tetapi siapakah yang dapat menafikan bahawa program itu mempunyai agenda politik yang terselubung? Sejiwa Senada merujuk kepada jalinan kerjasama antara kerajaan dengan rakyat dalam memastikan agenda transformasi dipenuhi. Transformasi berkenaan membabitkan bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan infrastruktur.
Hal ini selari dengan gagasan 1 Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Program ini, hakikatnya bertujuan untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat dan gandingan kerjasama itu penting bagi memungkinkan transformasi yang dihasratkan tercapai.
Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program itu adakan, termasuk sukan, ceramah, pentas rakyat, pameran perkhidmatan dan seumpamanya. Program Sejiwa Senada diadakan di setiap bahagian dan difahamkan akan mencapai kemuncaknya menjelang Mac di Kuching Utara dan Kuching Selatan. Sasaran program ini saya agak ialah golongan belia, pemimpin masyarakat, penjawat awam, lepasan sekolah dan IPTA, serta pengundi.
Festival Belia Sarawak

Satu lagi program yang dirancang yang boleh membantu kita meneka bila pilihan raya diadakan adalah Festival Belia Sarawak. Festival ini dikatakan diadakan di setiap kawasan piliuhan raya, iaitu di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri. Dalam festival itu pembabitan belia diutamakan. Saya percaya langkah ini diambil kerana kerajaan BN sedar bahawa golongan belia dipersepsi tidak menyokong BN dalam pilihan raya.
Singkatnya, golongan belia, iaitu mereka berusia 21-40 tahun adalah antiestablishment. Dengan jumlah pengundi belia dikatakan sekitar 300,000, bayangkan kesannya terhadap BN jika 70 peratus daripada mereka memihak kepada Pakatan Rakyat?
Saya tidak pernah mengikuti festival ini, tetapi saya mengagak bahawa aktiviti yang dianjurkan adalah bertujuan membabitkan golongan berkenaan. Pastinya, aktiviti kegemaran belia seperti sukan, hiburan, masak-memasak diadakan bagi menarik perhatian mereka. Persoalannya, adakah ini strategi dan pendekatan berkenaan berkesan untuk menakluki jiwa dan minda belia?
Atau belia sebagai golongan yang kritis dan analitis, kerana pendedahan kepada media alternatif, tahu realiti politik, termasuk bagaimana kerajaan mengagihkan kekayaan, termasuk tanah, projek, sumber negeri dan sebagainya. Sebenarnya, yang menjadi keutamaan belia bukan sahaja soal kemudahan sukan dan peluang latihan, tetapi soal survival.
Sejauh manakah kerajaan BN berjaya menangani isu pengangguran? Bagaimana dengan masa depan belia ini, termasuk golongan siswazah yang menganggur untuk beberapa tahun? Menempatkan mereka dalam program pengupayaan siswazah memang baik, tetapi ke mana mereka selepas itu?
Selain festival itu, Konvensyen Belia Sarawak dikatakan dibawa ke hadapan, iaitu ke sekitar pertengahan Mac. Bukankah itu merupakan satu lagi petanda?
Difahamkan menjelang akhir Mac, segala aktiviti beragenda politik yang dirancang oleh kerajaan telah selesai. Ini termasuk satu lagi petanda yang saya nyatakan dalam tulisan yang saya maksudkan, iaitu kursus atau seminar untuk pemimpin akar umbi. Yang terbaharu adalah di Betong apabila Taib mengatakan bahawa beliau dan Tan Sri Alfred Jabu sebenarnya ingin berundur kerana menyedari sudah tua, namun tidak dapat berbuat demikian, kerana belum terdapat pemimpin yang benar-benar layak menggantikan beliau!
Pujuk pemimpin akar umbi

Pemimpin akar umbi, termasuk ketua kampung, penghulu dan tuai rumah perlu diprogramkan otak mereka supaya menyokong kerajaan melalui ceramah yang tidak dapat lari daripada propaganda. Jika mereka mahu terus menikmati elaun RM800 sudah tentu mereka perlu memastikan kemenangan besar untuk BN.
Petanda mudah ialah kemenangan di kawasan atau rumah panjang di bawah jagaan masing-masing. Jika tidak, bersedialah untuk menghadapi risiko. Untuk itu, tentu mereka perlu memastikan anak buah mereka menyokong BN.
Konvensyen BN Negeri akan diadakan 5 Mac depan. Bukankah ini merupakan satu saluran terbaik untuk mereka berhimpun, menunjukkan kekuatan, menyemarakkan semangat dan mendapatkan sokongan semua peringkat, terutama pemimpin akar umbi. Najib juga menyatakan bahawa kabilah pemimpin pusat akan melawat Sarawak pada pertengahan bulan depan.
Mungkinkah mesyuarat kabinet akan diadakan di Kuching sesudah diadakan di Pekan, Pahang? Menteri persekutuan itu sudah tentu tidak akan hanya mengadakan mesyuarat kabinet, tetapi akan mengambil kesempatan itu untuk turun ke akar umbi, berdamping dengan rakyat melalui pelbagai aktiviti yang dirancang.
Ini merupakan satu strategi kempen dan komunikasi politik untuk melembutkan hati rakyat dan memperlihatkan bahawa BN prihatin terhadap mereka? Jangan hairan, Najib dan timbalan beliau akan lebih kerap turun ke Sarawak, berjumpa dengan rakyat dan merasmikan pelbagai bangunan dan acara dalam minggu-minggu yang akan datang. Juga, mengumumkan projek demi projek.
Jadi, dengan semua petanda itu, bilakah agaknya pilihan raya diadakan?
Saya menjangkakan hari Sabtu, 9 April. - sarawakupdate.com
*Penulis ialah penganalisis politik dan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak.

Ketua-Ketua Negara Yang Dah Lama Sangat Memerintah

Posted: 15 Feb 2011 07:17 PM PST

Gaddafi dah lama sangat memerintah !
Kejatuhan Hosni Mubarak, Presiden Mesir baru-baru ini merupakan kejadian yang paling menarik untuk permulaan tahun 2011. Begitu juga kejatuhan Presiden Tunisia sebelum itu, juga berlaku pada tahun 2011.

Peristiwa ini sekurang-kurangnya membuka mata para pemimpin dunia yang lain, terutamanya bagi mereka yang dah terlalu lama memerintah. Tentu soalan yang berligar ligat dalam kepala mereka adalah, apakah rakyat mereka sedang berbuat sesuatu untuk menghumban mereka sama seperti pemimpin Tunisia dan juga Mesir.

Siapapun tak sangka yang rakyat Tunisia akan bangun, begitu juga siapa sangka Mubarak akan merudum. Tahun-tahun sebelum ini banyak laporan dari penganalisis politik Amerika menyatakan tak mungkin Mubarak akan jatuh, Mesir berjaya dikawal dengan baik oleh Mubarak. Begitu juga Tunisia, mereka katakan ia sebuah negara yang amat stabil dan cara pemerintahan di sana membuatkan rakyatnya tidak bangun menentang.


Kejatuhan demi kejatuhan pemimpin mereka membuatkan ramai yang berkata sekarang cakap-cakap serta analisis para pakar adalah mengarut dan tak boleh didengar. Ya!, tak ada siapa yang tahu masa depan, itu adalah satu kepastian, jadi jangan percaya pada sesiapa walaupun dia amat pakar !.

Mari kita lihat senarai pemimpin yang sudah pasti tak sedap tidur sekarang ini kerana dah terlalu lama duduk di atas singgahsana.

Nama Pemimpin                                                                                     Negara           memerintah sejak 

1.Sultan Hassanal BolkiahBrunei1967
2.Colonel Muammar GaddafiLibya1969
3.Sultan Qaboos bin Said al SaidOman1970
4.Prime Minister Khalifa ibn Salman Al KhalifaBahrain1970
5.President JosAngola1979
6.President Teodoro Obiang Nguema MbasogoEquatorial Guinea1979
7.President Paul BiyaCameroon1982
8.King Mswati IIISwaziland1986
9.President Yoweri MuseveniUganda1986
10.President Blaise CompaorBurkina Faso1987
11.President Robert MugabeZimbabwe1987
12.Prince Hans Adam IILiechtenstein1989
13.Bashir Omar alSudan1989
14.Supreme Leader Ali KhameneiIran1989
15.President Ali Abdullah SalehYemen1990
16.President Idriss DChad1990
17.President Islam KarimovUzbekistan1990
18.President Nursultan NazarbayevKazakhstan1990
19.President Isaias AfewerkiEritrea1991
20.President Emomalii RahmonTajikistan1992
21.Chairman Kim Jong-ilKorea, North1993
22.President Alexander LukashenkoBelarus1994
23.President Yahya JammehGambia, the1994
24.Emir Hamad bin Khalifa Al ThaniQatar1995
25.Prime Minister Denzil DouglasSaint Kitts and Nevis1995

Rakyat Bahrain Pula Tunjuk Perasaan, 2 Maut

Posted: 15 Feb 2011 07:16 PM PST

2 maut dalam pertempuran dengan polis

MANAMA: Dua penunjuk perasaan Syiah maut dalam pertempuran dengan polis Bahrain semalam, mencetuskan desakan diadakan bantahan antikerajaan besar-besaran seperti di Mesir serta Tunisia dan menyebabkan pembangkang memulaukan sidang parlimen.

Persatuan Perjanjian Kebangsaan Islam yang mewakili kaum Syiah dan mempunyai 18 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 40 anggota itu menggantungkan keahliannya, kata seorang ahli parlimennya, Khalil al-Marzooq.

Keputusan itu diambil berikutan kemerosotan keadaan keselamatan dan tindakan negatif dan ganas yang diambil pihak berkuasa dalam menangani tunjuk perasaan sehingga menyebabkan dua orang maut, katanya.

"Fadel Salman Matrouk ditembak mati di depan hospital Suleimaneya di mana orang ramai berkumpul untuk menyertai pengebumian syahid pertama," kata Marzooq.

Kementerian dalam negeri berkata, sesetengah rakyat yang menyertai pengebumian itu bergelut dengan pasukan keselamatan yang membawa kepada kematian Matrouk.

"Penyiasatan dijalankan untuk menentukan keadaan kes itu," katanya.
Msheymah Ali meninggal awal pagi semalam selepas cedera parah ketika polis Bahrain cuba meleraikan orang ramai yang menunjuk perasaan di sebuah kampung di timur Manama, kata seorang pegawai.

Kementerian dalam negeri mengumumkan kematian penunjuk perasaan itu disebabkan kecederaannya dan siasatan terbuka akan dilakukan sama ada polis terpaksa menggunakan senjata untuk meleraikan penunjuk perasaan di kampung Diya.

Pihak berkuasa Bahrain menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan perhimpunan antikerajaan yang dikenali sebagai Hari Kemarahan.

"Mereka bersurai apabila gas pemedih mata ditembak di kawasan hospital dan mereka kembali berhimpun," kata ahli parlimen daripada parti pembangkang Syiah, Ibrahim Mattar.

Saksi berkata, Ali cedera kelmarin ketika pergelutan di antara penunjuk perasaan dan polis.

Orang ramai berkumpul menyertai bantahan antikerajaan itu selepas berita kematian berkenaan disiarkan dalam laman Facebook.

Saksi memberitahu protes dilakukan sejak Isnin di kawasan penduduk majoriti Syiah di barat, timur dan utara ibu negara ini selain kawasan bersejarah Balad al-Qadim, pusat bandar Manama.

Perarakan itu yang bermula dengan hanya beberapa orang bertukar menjadi ratusan penduduk, kata mereka.

"Tiada tangkapan dilakukan semasa demonstrasi tetapi dalam sesetengah kes polis bergaduh dengan penunjuk perasaan," kata pegawai polis.

Pasukan keselamatan dikerah mengawasi sepanjang jalan utama ke Manama untuk mengelakkan perhimpunan besar-besaran diadakan yang dicetuskan dalam internet seperti inisiatif online yang berlaku di dunia Arab.

Laman Facebook itu menyeru kebangkitan pada 14 Februari diilhamkan daripada bantahan yang menjatuhkan regim di Tunisia dan Mesir turut menarik lebih 22,000 pengguna untuk mengundi 'suka'.

Mesej pada laman itu bertulis "Ini adalah peluang anda untuk membuka laluan untuk pembaharuan sosial dan politik dengan perubahan yang berlaku di Asia Barat. Pada 14 Februari, kita menyanyi bersama-sama. Rakyat mahu perubahan regim".

Seperti di negara Arab lain, rakyat Bahrain menggunakan internet untuk meminta kerajaan menyediakan pekerjaan untuk orang muda dan menaikkan gaji.

Dengan penduduk majoriti Syiah, Bahrain diperintah khalifah daripada Sunni, Raja Hamad yang mengekalkan penguasaan terhadap jawatan perdana menteri dan kementerian utama.

Pada 1990-an, negara kepulauan Arab yang berada di laluan Teluk itu digegarkan dengan gelombang rusuhan Syiah dan reda sejak perubahan parlimen pada 2001.

Bagaimanapun, pihak pembangkang Syiah membantah kuasa perundangan dikongsi bersama dewan negara yang dilantik dan menuduh pihak berkuasa cuba menukar demografi dengan menerima pendatang Sunni. – AFP/ Reuters.










Taib Mahmud dapat angpau juta-juta ringgit ...

Posted: 15 Feb 2011 07:13 PM PST

Petikan sarawakreport.org
Semasa perayaan Tahun Baru Cina disambut kaum Cina, sumber dalaman telah mendedahkan bagaimana Abdul Taib Mahmud secara lazimnya mengeksploitasikan peluang tahunan itu untuk mencengkam para kroninya dari kaum Cina.
Kami telah menerima beberapa maklumat luarbiasa bagaimana Ketua Menteri mengunjungi kediaman-kediaman mewah kaum Cina di Sibu dan Miri setiap tahun, biasanya bersama-sama keluarganya untuk menerima cek-cek dan wang yang banyak daripada tuan-tuan rumah yang sentiasa merasa cemas.


Wang tunai untuk konsesi-konsesi


Rakan-rakan akrab Taib dari masyarakat keturunan Cina memang sudah tahu bahawa mereka harus membayar atau menjelaskan sesuatu jika mereka ingin terus menerima konsesi mengusahakan tanah dan hutan milik orang-orang asal.
Dalam kes konsesi, menurut keterangan daripada seorang usahawan Cina yang memberikan keterangan terus kepada Sarawak Report, wang pendahuluan untuk Taib perlu dirundingkan dan dimasukkan terus ke akaun-akaun banknya di luar negara. Kemudian, rundingan akan melibatkan saham-saham dan kedudukan ahli-ahli keluarganya dalam syarikat yang telah menerima konsesi untuk menebang hutan atau membuka ladang kelapa sawit. Kemudian, bagi kes pembalakan pula Taib akan meminta potongan RM100 untuk satu ton, yang akan terkumpul sehingga berbillion-billion ringgit setiap tahun. Selepas itu wujud pula skandal penipuan, di mana pengeksport-pengeksport terpilihan dikehendaki membayar sejumlah wang yang besar.
Namun, taukey-taukey ini sentiasa berada dalam keadaan putarbelit tradisi ang pow Cina, suatu bentuk eskploitasi yang kurang menyenangkan dan tamak.
Sampul-sampul merah

Tahun Baru sememangnya merupakan suatu musim di mana kaum Cina suka memberi hadiah-hadiah kepada golongan kanak-kanak dan rakan-rakan mereka, dan ini termasuklah sampul-sampul merah yang berisi wang. Kunjungan ke rumah kawan pada masa begini akan menimbulkan suatu perasaan mengharapkan yang baik diterima. Sampul merah berisi RM50 dianggap suatu pemberian yang amat murah hati. Tetapi Taib akan mempastikan dia mengharapkan ang pow yang lebih berisi dari itu jika dia sekeluarga yang terlibat!
"Ketua Menteri akan berkunjung, beberapa tahun bersama-sama keluarga saudaranya Jamilah dan anak lelakinya Sulaiman dan anak-anak mereka akan diberikan cek-cek RM100,000. Pemberian-pemberian seperti itu selalunya disambut dengan tadahan tangan mereka seberas nyiru!"
Seorang usahawan Cina terkemuka mendedahkan kepada kami bahawa Taib menerima pemberian sebegini sebagai haknya dan tuan-tuan rumah kaum Cina pula harus menurut permintaan jika mereka ingin disukainya. Sarawak Report difahamkan oleh usahawan berkenaan, bahawa amalan seperti ini adalah suatu bentuk serangan, kerana ianya adalah suatu pencerobohan ke atas kediaman mereka, tetapi mereka tiada pilihan lain.
Seorang lagi usahawan terkemuka yang telah lama marah memberitahu kami, "ini merupakan satu cara untuk membuat kaum Cina tunduk kepada kaum Bumi, untuk menunjukkan siapakah sebenarnya 'bos' mereka. Ianya amalan yang bersifat tamak haloba dan sungguh menjijikkan".
Si bomoh pula sebagai pembawa beg – jangan kurang dari satu juta, ya!

Kami juga telah diberitahu oleh beberapa sumber yang lain yang menyatakan bomoh yang dahulunya rakan karib Taib, Ahmad Su'ut telah bertindak sebagai pengurus perniagaan Ketua Menteri itu pada musim perayaan sebegini. Sumber itu menjelaskan kepada kami bahawa cara sedemikian adalah untuk mengarahkan setiausaha Taib menelefon seseorang taukey sehari sebelum kunjungan Taib untuk bertanyakan nilai ang pow yang akan diserahkan. Biasanya si mangsa tiada banyak pilihan, menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, bahawa "tidak kurang dari satu juta ringgit" aadalah dianggap memadai!
"Dia (Taib) bukan hanya berkunjung kerana hidangan kami" kata satu lagi sumber. Setelah berkunjung seseorang usahawan Cina akan ditinggalkan untuk menunaikan sejumlah wang yang dijanjikan. Wang-wang kertas itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam beg disediakan untuk menunggu kunjungan Ketua Menteri. Menurut seorang lagi pemberi maklumat kami, yang juga amat rapat dengan salah sebuah keluarga yang terkaya di sarawak:
"Taib datang berkunjung dan 'menghormati' rumah berkenaan, dan selepas itu akan meninggalkan bomoh dan pengawal peribadi tinggal sebentar. Sebaik sahaja Ketua Menteri telah bertolak maka tuan rumah akan menyerahkan beg yang berisi wang yang kemudiannya akan mereka bawa kepada Ketua Menteri!"
Jelaslah, sifat buruk itu tidak seharusnya ditunjukkannya sebagai seorang Ketua Menteri, yang sudahpun seorang multi-jutawan. Namun, para pemerhati menganggap ketamakannya dan sikapnya yang begitu optimis itu yang menggerakkannya untuk telah mengambil segala peluang atas setiap perayaan di mana dia akan mendapat hasil.
Kegagalan untuk menolak sebarang bentuk rasuah seperti ini dan keengganannya untuk berhenti menhisap sehingga sen yang terakhir dan juga sumber asli dari rakyat Sarawak mungkin membuktikan penghujung perjalanannya.
Pilihanraya pada pertengahan bulan Mac


Beberapa petanda yang menunjukkan bahawa Taib telah membuat perkiraan untuk mengadakan pilihanraya pada hujung bulan ini, kemudiannya ditunda ke pertengahan Mac. Agendanya untuk masa depan Sarawak, jika dia menang lagi, telah dapat dijangkakan. Mula-mula dia ingin mengganda kawasan ladang kelapa sawit dari sejuta hektar kepada dua juta hektar dan pelannya yang kedua adalah untuk memindah dan menempatkan semula serama 600,000 orang asli sebagai salah satu projek yang dia rancang untuk membina 12 buah lagi empangan seperti projek empangan Bakun yang berpotensi berbencana itu.
Kerakusan seperti ini akan akhirnya menjadi petanda cukuplah rasa sabar orang-orang asal terhadapnya yang akan menampakkan penentangan terhadapnya. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh peguam NCR, ketua PKR Baru Bian tetap akan berjuang sehabis-habisnya untuk menghentikan malapetaka jika mereka diberikan kuasa untuk memerintah dan mengembalikan tanah-tanah NCR yang telah dirompak bali kepada orang-orang asal yang berhak ke atasnya. PR juga berjanji untuk merampas balik wang dari Taib untuk membayar bekalan air, elektrik dan jalanraya kepada mereka. Sekarang para pengundi sudah kian faham akan pilihan mereka dan keyakinan Taib yang sentiasa menganggap dirinya boleh menakut-nakutkan rakyatnya dan meraih undi mereka akan terbukti tidak berkesan lagi.
Sementara itu, para taukey yang ternampak nombor telefon Taib terpapar pada skirn telefon mereka untuk minggu-minggu yang akan datang akan mendiamkan diri pada musim Tahun Baru Cina 2011 ini,  kerana jika tidak wang mereka akan hilang begitu sahaja kepada kepada Taib.

Projek PPRT untuk rakyat miskin di Negeri Maju

Posted: 15 Feb 2011 07:11 PM PST

Oleh legendz

"RM 1.8 juta bagi projek perumahan kos rendah bakal menjadi habuan buat rakyat Merlimau. Sebanyak 193 buah rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan di bina dengan anggaran setiap rumah bernilai RM17,000. Dalam jumlah 193 buah rumah itu, 143 buah rumah akan menerima bantuan pembaikan dan penyelenggaraan dengan kos di antara RM8,000 hingga RM12,000 sebuah.

Program PPRT ini menerima sokongan pelbagai bantuan dari pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Bahagian Pembela Pembasmian Kemiskinan.

Kerajaan Negeri menerusi JKM juga telah memperuntukkan sebanyak RM69.52 juta untuk 22,856 orang rakyat miskin. Jumlah peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun 2009 sebanyak RM46,217,794 yang mana ia di agihkan kepada 17,005 penerima bantuan.

Memandangkan kerajaan Negeri juga masih banyak berhutang, kerajaan Negeri hanya mampu memperuntukkan RM10.5 juta dengan sokongan bantuan kewangan dari kerajaan Persekekutuan dengan RM59 juta untuk kebajikan rakyat Melaka. Peruntukan meningkat sebanyak kira-kira RM23 juta di antara 2009 dan 2010.

Inilah yang dikatakan pepatah baru " ADUN Mati, rakyat senang".
Projek untuk rakyat miskin setelah 'Melaka Maju'.

Hosni pengsan di Sharm el-Sheikh..ni ada yang seram sejuk kat malaysia..!!!

Posted: 15 Feb 2011 07:10 PM PST


GAMBAR menunjukkan kawasan Hotel Maritim Jollie Ville di Sharm el-Sheikh, Mesir. HOSNI Mubarak (gambar kecil)


SHARM EL SHEIKH - Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak kini 'sakit tenat' dan beliau pengsan sekurang-kurangnya sekali ketika berada di pusat percutian di Sharm el-Sheikh di tepi Laut Merah selepas meletakkan jawatan pada Jumaat lalu, lapor beberapa media semalam.
Beberapa penduduk tempatan berkata, mereka diberitahu oleh pengawal-pengawal Hosni bahawa beliau kini terlantar di katil dan memerlukan bantuan untuk berjalan.
"Hosni sakit tenat, mereka berkata, beliau menghidap barah," seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmed.
Hosni kini tinggal di sebuah vila di pekarangan Hotel Maritim Jollie Ville milik seorang ahli perniagaan Mesir, Hussein Salem yang merupakan antara kenalan rapat bekas presiden berkenaan.
Beberapa buah ambulans dan doktor dilihat berada di pekarangan hotel berkenaan dan beberapa pengawal keselamatan berkata, beliau tidak sihat.
"Beliau (Hosni) merasa amat tidak sihat, beliau amat sakit," kata seorang pengawal keselamatan.
Seorang bekas pegawai keselamatan Mesir memberitahu bahawa beliau tidak terkejut jika berita kematian Hosni akan didengarinya pada bila-bila masa sahaja.
Menurut satu sumber, Hosni mahu bersendirian dan meninggal dunia di tanah airnya.
Sumber itu menyatakan, bekas presiden tersebut enggan menerima sebarang rawatan perubatan.
Pada tahun lalu, dia menerima rawatan sakit hempedu di sebuah klinik di Jerman.
"Kematiannya akan hanya menunggu masa sahaja," kata sumber berkenaan.
Sumber itu menafikan bahawa Hosni akan menulis memoir sebaliknya menyatakan, Honsi berada dalam keadaan hampir koma.
Terdahulu, dua akhbar Mesir menyatakan bahawa bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan dan telah beberapa kali pengsan tetapi beliau enggan mengambil ubat.
Sebuah akhbar tempatan, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber-sumber yang rapat dengan Hosni melaporkan, beliau mengalami tekanan mental dan enggan menerima rawatan walaupun dirinya jatuh sakit.
Namun, akhbar berkenaan menafikan Hosni berada dalam keadaan koma.
Sebelum ini, akhbar Al-Masry Al-Youm di Mesir melaporkan, Hosni sakit tenat dan berada dalam keadaan koma selepas bantahan besar-besaran rakyat yang memintanya melepaskan kuasa pemerintahan.
Hosni meletak jawatan pada Jumaat lepas dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera selepas tunjuk perasaan antipemerintah berlaku selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah. Agensi

Pusat Khidmat Dan Unit Amal Perlu Distrukturkan Semula.

Posted: 15 Feb 2011 07:07 PM PST

Oleh: BayangDiAir

"Sejauh manakah khidmat masyarakat memberi impak yang positif kepada PAS? Berapakah jumlah pusat khidmat PAS yang ada di seluruh negara? Daripada jumlah itu, sudahkah ditinjau jumlah pusat khidmat yang hidup segan mati tak mahu? Bagaimanakah bentuk operasi, keperluan kos, tenaga kerja.

Ada manusia yang boleh dipegang dengan duit. Ada manusia yang boleh diikat dengan janji. Dan ada manusia yang boleh ditawan dengan budi. Antara ketiga-tiga itu, budilah wahana yang paling penting. Kata orang, hutang budi dibawa mati.

PAS tiada wang berjuta untuk ditaburkan bagi membeli hati rakyat. PAS tidak bermain dengan janji yang sukar ditunaikan. PAS hanya ada sumber manusia yang ikhlas berjuang demi agamanya. Sayangnya sumber ini tidak dieksploit oleh parti secara berskala dan berskima. Gerakan ini tidak mempunyai pelan strategik dan KPI Setiap peti undi atau cawangan hanya diberi kebebasan untuk merancang dan melaksanakan tanpa ada panduan dan pemantauan dari peringkat Pusat.

Sebenarnya antara faktor kejayaan gerakan Islam di Turki dan Mesir ialah pelaksanaan program khidmat masyarakatnya di bawah konsep gerakan berkebajikan. Agenda kristianisasi sendiri menjadikan kebajikan sebagai saluran untuk meraih penganut baru. Tuntasnya, gerakan-gerakan massa menjadikan kebajikan melalui khidmat masyarakat sebagai senjata untuk menawan hati manusia. Kemahiran memanipulasi hati manusia itu sendiri adalah satu jenis seni.

PAS memulakan khidmat masyarakat sejak berdekad yang lalu. Ideanya diciplak oleh UMNO/BN yang sedia menggempur dengan jentera kerajaan dan kekayaan materialnya. PAS melalui Unit Amalnya hanya menunjukkan kelibat dalam menolong mangsa banjir. Kenapa tunggu bencara alam sahaja baru terjun ke dalam masyarakat?

Sudah tiba masanya PAS malah Pakatan Rakyat merencanakan secara berskima program khidmat masyarakat yang dapat dijalankan secara lebih terancang. Kalau Pemuda boleh mencipta sukatan pelajaran Pasti yang lebih kompleks, sudah pasti Lujnah Kebajikan juga mampu menyediakan kertas kerja dan sukatan kerja yang tidaklah terlalu akademik sifatnya.

Idea dan pelaksanaan yang telah dilakukan oleh gerakan Islam seperti Hamas, Ikhwanul Muslimin dan Parti Islam yang berjaya di luar negara hendaklah dikongsi bersama. PAS sudah memiliki pusat khidmat. Pusat khidmat dan programnya tidak sepatutnya hanya bergerak atas inisiatif cawangan atau pemimpin yang komited sahaja.

Unit Amal PAS pula mampu memainkan peranan penting dalam menghulur bakti kepada masyarakat. Tenaga Unit Amal sewajarnya dieksploit secara berjadual. Mereka perlu dibantu dengan satu dana untuk bergerak dengan berkesan.

PAS mesti menjulangnya sebagaimana institusi Pasti yang sudah menampakkan impaknya yang baik dalam masyarakat. Kita kagum dengan kesungguhan ANAK yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman. Begitu juga Cikgu Hussin Ismail yang mengangkat Yayasan Amal Malaysia. Penulis merasakan Pusat Khidmat dan Unit Amal perlu distruktur semula. Orang yang berjiwa dan berketerampilan seperti Mazlan Aliman dan Cikgu Hussin Ismail perlu menerajui Pusat Khidmat dan Unit Amal.

Biarlah masyarakat Melayu di gula-gulakan dengan janji palsu BN. Kita larutkan gula-gula itu dalam cairan budi. Kerana pesan moyang kita; hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga."

Fitnah II :Dr Khairul Nizam Mengaku Tiada Bukti Klinikal

Posted: 15 Feb 2011 07:06 PM PST


KUALA LUMPUR 16 FEB :  Perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Dr Khairul Nizam mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.
Menurut Khairul konklusi laporan proforma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.
Ketika menjawab soalan Peguambela Karpal Singh, beliau mengaku tidak mengisi borang proforma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.
Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.
Khairul turut menyatakan Saiful tidak mengisi rekod kesihatannya dalam borang itu.
Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan onani, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.
Mahkamah kini berehat dan akan bersambung sejam lagi...
Sebelum itu pada sesi perbicaraan pagi menyaksikan pemeriksaan balas terhadap ketua unit dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan. 
Beliau adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Dr Khairul pada Isnin sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Beliau sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pengadu mendakwa beliau dipaksa melakukan seks oral.

Mahkamah dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi, ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Mahathir Oh Mahathir !

Posted: 15 Feb 2011 06:21 PM PST


Masa Tun Mahathir jadi PM dulu, dia adalah ahli politik yang paling gurkah-gurkah politik di'port' minat dan respek. Akan ikut dimana saja function-function yang ada Tun Mahathir kalau disekitar sebelah utara.

Satu benda yang gurkah-gurkah politik ini sudah nampak jelas tentang Tun ini ialah, hari ini dia kata A. Bila tiba esok, benda yang sama dia boleh kata B atau C.

Pernah dalam satu perjumpaan dengan masyarakat cina bila dia bercakap tentang perlembagaan negara, dia ada kata yang perlembagaan negara tidak memperincikan tentang bangsa seorang Perdana Menteri dan dia juga telah membayangkan yang siapa tahu mungkin satu hari PM merupakan seorang dari bangsa cina. Apa lagi? Gemuruh lah cina-cina yang ada pada function tu tepuk tangan bagai nak rak. 2 jam lepas tu, bila ada function dengan orang-orang umno atau orang-melayu pulak, dia kata yang mana boleh gugat hak keistimewaan orang melayu. Jangan cuba-cuba nak gugat walau satu inci pun! Maka berteriaklah orang-orang melayu yang ada masa tu ... Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!
*Kah..Kah..Kah..yang bangang kita orang melayu...

Bukan itu saja...macam-macam lagi...

Dalam satu buku baru yang diterbitkan tentang Tun Mahathir, mereka telah 'quote' dia kata yang dia ada buat perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum operasi lallang dibuat dan telah memberi jaminan kepada mereka yang mereka tidak akan ditangkap.

Bila ada orang tanya dia semula kes tangkapan dalam operasi lallang ini selepas mereka membaca buku itu, Tun Mahathir memang 'champion' dan cekap dalam pusing dan putar untuk selamatkan diri dan kata (atau tuduh?) bukan dia yang arah tangkap, tapi polis yang arahkan mereka-mereka ini di tahan dibawah ISA.
*Tak kan aku sorang kot nak sangkut? nak sangkut..biar semua orang sangkut!

Bila Lim Kiat Siang dengan Karpal Singh pula kata yang Tun Mahathir tak ada jumpa mereka berdua, Tun Mahathir 'kona' lagi ...., dia kata pula benda dah 20 tahun lebih, manalah dia nak ingat, manalah dia nak cam kan muka-muka yang dia jumpa.
*Kah..Kah..Kah..

Nak play safe pula, Tun sudah pusing balik kata... apa kata orang-orang yang dia ada jumpa 20 tahun dulu tu yang sebelum ditangkap tu tampil dan membuat pengakuan...
*Kah..Kah..Kah.. nampak? sikit punya champion ka?
dollah yankee -guarkah-gurkah dapat rasa yang Tun Mahathir ni kalau boleh nak jadi PM sekali lagi..!

Tiada ulasan: