Selasa, 15 Februari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Nasib Blogger Bagai Telur Di Hujung Tanduk

Posted: 15 Feb 2011 12:53 PM PST

Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini?

Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.

Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.

Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim.

Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?

Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!!

Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.

Saya menyeru setiap blog memainkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!

Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!!






Oleh EDYES @ edyesdotcom

Nasib Blogger Bagai Telur Di Hujung Tanduk

Posted: 15 Feb 2011 12:50 PM PST

Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini?

Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.

Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.

Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim.

Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?

Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!!

Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.

Saya menyeru setiap blog memainkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!

Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!!






Oleh EDYES @ edyesdotcom

Melampaunya PM pembunuh wanita monggolia dan UMNO-APCO 1 malaysia.......!!!!

Posted: 15 Feb 2011 05:44 AM PST

Cerita Nazim, Hasbi dan Daim



Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu, Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.

Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah Nazim sendiri. Seorang penduduk Kampung Baru menelefon saya untuk meluahkan pandangannya: "Memandangkan Nazim adalah timbalan pengerusi masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."

Selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofil tinggi, iaitu Nazir, Johari dan Mohamed Nizam.

Nazim pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 208, yang cuba mengaitkan nama Najib, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam. Sehari selepas membuat pendedahan itu, Bala secara tergesa-gesa menarik balik akuan sumpah awalnya dan menghilang keluar negara. Bala, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas.

Ekoran itu, tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat dalam satu aduan menggesa SPRM menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya.

II.

Cerita projek-projek besar kerajaan yang dibuat secara rundingan terus tanpa tender seperti pembinaan universiti, hospital dan projek jalan dijadikan seumpama skim cepat kaya oleh para pemimpin Umno-BN bukan kisah baru. Mungkin ramai sudah muak mendengarnya disebabkan tiada langkah berkesan diambil bagi membanterasnya. Dana awam dikaut bagi keuntungan peribadi dan sebahagiannya disalurkan kepada tabung parti, yang digunakan untuk membeli undi semasa kempen pilihan raya.

Kos projek ditingkatkan berkali ganda bagi memungkinkan mereka dan kroni membolot keuntungan secara mudah. Ada yang dirundingkan di "bawah meja" lebih awal dan ia menjadi semacam perkara yang ditetapkan semasa proses rundingan harga dibuat. Para pelobi projek dan kontraktor arif benar tentang siapa perantara bagi pihak menteri dan Umno yang perlu dihubungi.

Kementerian Kewangan dikenali sebagai lubuknya. Disebabkan Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Perbendaharaan, tugas "mengutip komisyen" itu selalunya diserahkan kepada pihak lain. Tidak pasti apakah ia termasuk anak, menantu dan isteri PM sendiri?

Ada pihak mendakwa jawatan Menteri Kewangan II juga sering diperhatikan. Peluang boleh diintai termasuk daripada setiausaha sulit ataupun setiausaha politik menterinya. Di antara nama menteri yang disebut-sebut adalah Nor Mohamed Yakcop (2004-2009), kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Justeru, nama orang kanannya, Hasbie Satar, 38 cukup popular di kalangan pelobi.

Hasbie ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Saya tidak begitu arif mengapa SPRM memilih pertuduhan di bawah akta berkenaan. Mungkin penemuan fakta kes dalam siasatan hanya menjurus ke arah itu. Cuma, ramai kenalan saya, yang terbabit dalam dunia perniagaan dan biasa berhubung dengan "perantara" menteri bagi melobi projek, mengharapkan lebih banyak kisah menarik tentang "dana politik Umno" tersingkap semasa perbicaraan nanti.

Bagi saya harapan kawan-kawan saya itu terlalu tinggi dan agak mustahil tercapai. "Segalanya akan ditutup nanti," balas saya.

III.




Semenjak Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dipinda pada 1975, kampus institusi pengajian tinggi tempatan memang bagai penjara. Suara penghuninya dibisukan, gerakan mereka terbatas, dan mungkin angan-angan pun tidak dapat mencecah awan; segala-galanya memerlukan kebenaran naib canselor. Tradisi ilmu dan budaya cendekia dipasung.

Malah, kakitangan akademik yang menyuarakan pendapat dalam hal-hal berkaitan kepakaran mereka juga ditegur jika ia menyinggung "wilayah sensitif" yang sempadannya semakin diperluaskan. Mengambil jalan mudah dan untuk mengelak risiko, maka majoriti warga kampus lebih asyik dengan hal-hal remeh-temeh. Tidak terkecuali yang mengambil kesempatan untuk "membodek" pihak atasan, dan berlumba-lumba "menangkap peluang" untuk kepentingan peribadi.

Pelajar dan pensyarah seolah-olah dipisahkan jauh di menara gading, sedangkan rakyat dan pemerintah amat memerlukan idea serta sumbangan golongan intelektual. Gerakan mahasiswa sekadar berperanan seperti persatuan pelajar sekolah menengah atas. Autonomi yang sudah lama dicabut menjadikan masyarakat terpelajar itu tempang dan cacat. Anehnya, selepas itu bertalu-talu pula kritikan kedengaran, yang mendakwa bahawa perwatakan, keperibadian dan penampilan siswazah kita begitu lemah dan tidak meyakinkan.

Walhal, yang "mencacatkan" mahasiswa secara sengaja, sehingga potensi mereka lumpuh atau tidak dapat dikembangkan dengan baik, adalah pihak universiti sendiri, yang tentunya direncanakan elit pemerintah. Bagi regim yang korup dan menindas, suara independen masyarakat terdidik begitu digeruni. Penguasa seumpama itu hanya mahu memperalatkan orang lain untuk kepentingan diri dan kelompok.

Kini tiba musim pilihan raya kampus bagi memilih kepemimpinan pelajar sesi 2011/12. Proses PRK sejak lama berjalan penuh kepincangan. Ruang untuk anak-anak muda berpatisipasi dalam politik pelajar juga diganggu dengan cukup dahsyat. Pihak universiti jarang bertindak adil melayani semua calon atau kumpulan yang bertanding. Mahasiswa yang dilihat tidak cenderung dengan pemerintah dianggap seperti musuh dan terpaksa berdepan kesukaran yang sengaja dicipta Urusetia Hal Ehwal Pelajar. Masa sama, universiti "menternak" kumpulan yang mendokong aspirasi kerajaan BN.

Tujuh tahun lalu, saya pernah mendedahkan penglibatan aktif Kementerian Pengajian Tinggi -- termasuk melibatkan naib-naib canselor -- melakukan sabotaj terancang bagi mengalahkan kumpulan mahasiswa yang tidak terikat dengan Umno-BN. Mereka mengadakan mesyuarat tetap di ibu pejabat Umno, di PWTC. Peruntukan kewangan universiti diambil bagi membiayai kempen kumpulan pro-BN.

Sungguh menyedihkan apabila pegawai-pegawai universiti sanggup merendahkan (menghina) diri mereka ke tahap menjadi "barua Umno". Apa salahnya dibiarkan mahasiswa bereksperimen dengan bebas dan kreatif bagi memilih pemimpin mereka? Mengapa perlu dikhianati cita-cita, aspirasi dan idealisme luhur pelajar? Sepatutnya disediakan ruang secukupnya agar mahasiswa dapat mengembangkan bakat kepimpinan dan mengungguli idealisme perjuangan tanpa sekatan.

Lebih mengejutkan apabila saya terbaca laporan yang mendedahkan insiden memalukan di Universiti Malaya, 10 Februari lalu. Sekumpulan 20 mahasiswa dihalang secara tidak bertamadun daripada mengadakan sidang media berkaitan peraturan PRK. Cuba bayangkan, seorang pengawal keselamatan universiti bertindak menekap mulut seorang aktivis pelajar pro-Mahasiswa ketika mahu memberikan ucapan!

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut. Kumpulan mahasiswa tadi dapat juga meneruskan sidang media selama 10 minit.

Kes "tutup mulut" yang mengaibkan ini perlu diberi perhatian serius. Reaksi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, yang terkenal dengan kelantangannya mahu melakukan reformasi di IPT, amat ditunggu-tunggu. Dalam suasana dunia menyaksikan perubahan menyeluruh ke arah pemerintahan lebih demokratik dan regim autoritarian tergugat diasak tuntutan anak muda, malangnya situasi di negara kita begitu mengecewakan.

IV.



Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.

Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.

Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak. Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya.

Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati. Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.

Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap. Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.

Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri. Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu dalam senarai "kawasan panas".

Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali. Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya.



Dari Detikdaily / Ahmad Lutfi Othman

pulak dah....dulu tak cuci jubor 3 hari sampai tak sembahyang jumaat....nie tak cuci mulut ke...sampai membusuk lebih teruk dari bau jubornya...!!!

Posted: 15 Feb 2011 12:10 AM PST



Sebelum ini kita tidak pernah dengar 'SEX ORAL' yang melibatkan perbicaraan kes liwat Anwar dan Saiful.Tetapi seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Kalau benar ianya berlaku, tentu Saiful (gambar) tidak akan membuka mulut, berkumur-kumur atau menggosok gigi berhari-hari untuk menyimpan bahan bukti yang ada didalam mulutnya itu….bayangkanlah….tentu mulutnya itu lebih busuk lagi dari anusnya! Argh!

Sebelum ini, tahun lalu, Karpal pernah menyoal Saiful seperti berikut :

Karpal: Awak mandi pada Jun 26?

Saiful: Saya mandi pagi.
Karpal: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?

Saiful: Saya bilas.

Karpal: Kenapa tak cuci?

Saiful: Saya mahu simpan bukti.

Seterusnya, Khairul Nizam memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau hanya menjalankan pemeriksaan ke atas badan Saiful – dari bahagian pusat ke atas.Beliau menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh. (sepertimana dialog diatas).

Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.

Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya

zahid hamidi merepek kunun parti kafir laknatullah UMNO-APCO pilihan Allah SWT untuk menguji hambanya ....ppooodahhh ...!!!!

Posted: 14 Feb 2011 11:57 PM PST

Kematian ADUN Kerdau - Zahid Hamidi merepek




Gelihati sungguh bila komen Zahid Hamidi di dalam berita Astro Awani apabila beliau mengulas kematian Adun Kerdau kelmarin. Beliau menyebut kematian Adun Umno tersebut merupakan ujian Allah terhadap Umno/Bn. Mengapa ke situ pula perginya Zahid Hamidi?

Apa pula kena mengena kematian, ajal dan maut dari Allah terhadap hambanya dengan Umno? Zahid jangan perasan sangat dan menyangka Allah merestui parti sekular yang bersekutu dengan Apco Yahudi Israel laknatullah itu. Apakah Zahid Hamidi percaya dan yakin benar bahawa Allah meredhai Umno yang sentiasa menolak hukum Islam itu? Bukankah tangan pemimpin Umno yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting? Lesen kilang arak terbesar di Shah Alam? Lupakah Zahid tentang cita-cita pemimpin besar Umno yang mahu meluluskan lesen judi bola sewaktu kempen Bola Sepak Piala Dunia yang lalu? Masakan Zahid tidak tahu pemimpin Umno jugalah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran agar kerajaan negeri tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud? Parti seperti inikah yang Zahid rasa Allah redha?

Cukuplah Zahid. Setelah kamu menipu orang-orang Melayu berugama Islam dengan perjuangan sekular Umno itu, masakan dengan Allah yang maha mengetahui itu pun kamu mahu tipu? Kita kenal siapa Zahid Hamidi yang dulunya dinaikkan di dalam politik Umno oleh DS Anwar, kemudiannya cuba menunjukkan berani untuk bersama pejuang reformasi, tetapi baru beberapa hari ditahan akhirnya keluar di depan TV membaca skrip memburukkan DS Anwar dan mereka yang berjuang di dalam reformasi. Kedudukan beliau sekarang adalah `upah' yang beliau perolehi hasil dari mengkhianati perjuangan rakyat.

Pada kita yang komited dengan perjuangan, samada berlakunya kematian di kalangan Wakil Rakyat atau tidak, kita tetap terus berjuang kerana Allah sentiasa menguji kita di dalam keadaan senang atau pun susah.

Betina ini pun nak dapat fadhilat Mati Syahid di Mesir

Posted: 14 Feb 2011 08:22 PM PST




Sewaktu berlaku demonstrasi Mesir, banyak yang jatuh syahid kerana dibunuh oleh pihak pemerintah Mesir yang desperado. Para keluarga syuhada' ini meletakkan gambar-gambar ahli keluarga mereka yang syahid di Dataran Tahrir untuk disaksikan oleh semua orang di Mesir.

diantara yang syahid ini adalah dari kaum hawa juga. Begitu zalim puak-puak Mubarak ini, mereka membunuh tanpa kira. Mereka tidak kira lelaki atau perempuan.

betina yang dalam gambar itu juga ingin syahid...tu pasal gambar dia cuba di letak bersama para syahid di mesir itu ...tapi bersama sama para demo di medan 'tahrir' malaysia seramai kunun kununnya 10 000 orang....perasan kunun......cuma cara yang berbeza dia nak mati di celah juboq saifol liwat atau najib altantuya....dan bukan kunun kununnya di celah tetek ROSMOH....muakakakaka....betina sundal tak nak mengalah dengan betina puaka beb....!!!


umi berjihad....

10 Ribu Dijangka Hadir : Ummi Hafilda Mulakan Jihad Malam Ini!

Mubarak tersungkur kerana campurtangan Allah

Posted: 14 Feb 2011 07:41 PM PST



Kejatuhan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir  Sabtu lalu (waktu Malaysia) disebabkan campurtangan Allah.

Ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini.

Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?...

Usaha menjatuhkan Mubarak akibat usaha rakyat Mesir berkampung selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memastikan matlamat tercapai walaupun tanpa jaminan makan minum dan pengurusan seharian mereka.

Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak..

Sejarah negara itu menyaksikan penindasan terhadap para ulama yang begitu lama termasuk oleh Firaun yang mengaku dirinya tuhan.

Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim.

Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch (cawangan khas) Quraisy.

Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasa-Nya?..

tak kira yang pakai cop Islam semata mata atau yang sebaliknya yang mana telah melakukan penindasan terhadap rakyat sekian lama...

begitu juga dengan UMNO-APCO ...jangan mimpilah kamu akan memerintah sampai kiamat...selagi ALLah SWT tidak mengizinkan dan selagi kamu sentiasa melakukan  penindasan di mukabumi ini...selagi tu rakyat akan sentiasa mendoakankan kebinasaan kamu...!!!

APABILA `MUBARAK' NASIHATKAN `MUBARAK' AGAR TIDAK MENJADI SEPERTI MUBARAK

Posted: 14 Feb 2011 07:30 PM PST



TUN Mahathir menasihatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar menamakan pengganti segera sebelum KM tersebut berundur. Tun Mahathir mengingatkan KM yang baru bernikah itu agar tidak menjadi seperti Mubarak di Mesir. Baca di sini.

Apabila membaca kenyataan Tun Mahathir, bolehlah kita andaikan seumpama, "Mubarak ' menasihatkan `Mubarak' agar tidak menjadi Mubarak. Siapa tidak tahu rekod Tun Mahathir sepanjang dia menjadi PM? Apa yang Tun Mahathir lakukan yang kita tidak boleh samakan beliau dengan Mubarak? Jika Mubarak menutup ruang demokrasi dan menipu rakyat demi kuasa, apakah tidak sama dengan Tun Mahathir? Dikatakan Mubarak itu sering memperlekehkan Ulamak dan tidak bersedia untuk menerima Hukum Islam atau Perundangan Islam di dalam pemerintahannya, apakah Tun Mahathir minat kepada perlaksanaan Hukum Islam?

Mungkin ada yang `ekstrim' pula berpendapat Tun Mahathir lebih teruk dari Mubarak kerana beliau adalah punca kepada perpecahan Melayu Islam di dalam dua peristiwa politik terbesar sepanjang pemerintahannya. Peristiwa pertama, Melayu Islam berpecah kepada dua iaitu Team A dan Team B di dalam Umno kemudiannya berpecah lagi kepada parti baru iaitu Parti Melayu Semangat 46 dan Umno (Baru). Kedua, peristiwa pemecatan ke atas DS Anwar seorang tokoh Islamik harapan orang-orang Melayu Islam untuk melihat negara ini menuju proses Islamisasi. DS Anwar dipecat dan dizalimi serta terpenjara, maka wujud Parti KeADILan yang sekarang dikenali sebagai PKR. Melayu berterusan berpecah angkara tangan jahat itu. Itu belum dikira soal rasuah, akta ISA yang zalim, kroni dan sebagainya.

Tiba-tiba beliau ingin menjadi Penasihat pula? Tentu KM Sarawak senyum sahaja mendengar nasihat dari Tun Mahathir. Inilah yang dikatakan `lebih Mubarak dari Mubarak'.


WFAUZDIN NS

Bezanya Malaysia dengan Mesir.....!!!!

Posted: 14 Feb 2011 05:03 PM PST



perompak dan penyamun 1 malaysia membahagikan kekayaan negara mengikut citarasa masing masing kepada kroni...negara bakal muflis macam nie...serupa mcm video klip di atas ini

Persamaan yang paling jelas adalah:

  • Kronisma yang berleluasa.
  • Korupsi yang diamalkan di setiap peringkat
  • Masaalah kenaikan harga yang yang semakin menghimpit
  • Sistem pengangkutan awam yang TIDAK MENCUKUPIKadar pengangguran yang tinggi
  • Tahap pendapatan rakyat yang tidak berubah banyak semenjak tahun 80an
  • Pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan dalam kadar yang begitu besar
  • Jurang kekayaan di antara yang kaya dan miskin semakin membesar, Hanya kroni UMNO dan UMNOPUTRA sahaja yang boleh kaya. Yang lain semakin merempat.
  • Menggunakan Akta-Akta yang menzalimi rakyat serta mengekang kebebasan bersuara
  • I.S.A.- Tahanan ditahan tanpa bicara serta tahanan juga disiksa sewaktu ditahan
  • Melacurkan SPR untuk kepentingan pemerintah.
  • Kalau di Mesir, lebih ekstreme sehingga memberikan kemenangan kepada NDP sebanyak 90% kerusi dalam piliharaya Parlimen yang lepas
  • Di Malaysia, SPR dilacurkan untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat sehingga jatuhnya Kerajaan Perak.
  • Kekayaan negara dibahagi-bahagi kan kepada anak beranak dan kroni parti pemerintah
  • Masa PLUS diberikan kepada UEM, 4 dari "pemilik" UEM duduk dalam Kabinet yang membuat keputusan pemberian konsessi tersebut. Di Mesir, ahli-ahli korporat duduk dalam kabinet Mesir dan banyak lagi kalau nak sebut tak cukup satu laman.

Cumanya, UMNO masih lagi terselamat kerana:

  • UMNO memainkan isu Melayu secara "overdrive" walaupun isu-isu yang dimainkan itu fitnah semata-mata
  • Rakyat Malaysia masih belum kelaparan seperti di Mesir
  • Kita masih ada minyak lagi, yakni, kita masih belum menjadi "importer" minyak.

Jadi, kalau nak kata sama, TERLAMPAU BANYAK PERSAMAAN antara regim Mubarak dgn regim UMNO.

Cumanya, UMNO bernasib baik kerana isu Melayu dan kita masih ada minyak

YB UMNO-APCO-BN Perlis aje Yang Belum MAMPOS MAMPOS......Lagi!

Posted: 14 Feb 2011 04:35 PM PST



Semua negeri dah ada PRK tahun ini. Dari timur hinga Barat bahkan ke Malaysia Timur. Tinggal lagi negeri Perlis. Negeri terkecik. Tetapi YB dia masih lagi selamat dari disapa oleh Malaikat al-Maut. YB Shahidan! Hangpa banyak-banyaklah  beramal. Semua kita tak tahu bila giliran kita!

Setiap orang akan mati. Tidak siapa yang boleh hidup menongkat langit. Tetapi kematian YB sebelum bulan mac ni akan adalah PRK. Semua kita tahu itulah Hariraya bagi orang politik di Malaysia. Sebab itu dipanggil 'Pilihanraya' sebagai pilihan besar-besaran. Kenapa ramai sangat YB mati sekarang? Adakah rakyat sentiasa berdoa agar wakil rakyat mati? Sebab mereka melihat dengan matinya wakil rakyat, maka mencurah-curahlah projek turun dari langit semacam turunnya hujan. Ramai yang merasa. Dari fakir miskin sehingga yang kaya bahkan pihak keselamatan. Semua merasa dari sekecik wang ehsan sehingga projek jutaan. Dapat pulak melihat tokoh-tokoh politik dan pemimpin yang datang menjenguk teratap kediaman mereka. Nak harapkan masa lain jangan diharaplah!

Sekarang ni kat Merlimau. Projek ikut terlintas. Hasrat diminta, semua dimakbul. Tapi pastikan dapat sebelum tarikh mengundi. Kalau tidak… jadi asap jelahh. Jangan terlopong mendengar… projek itu berjuta, projek ini berjuta! Biasanya dah habis pilihanraya… hah! tak nampak muka le. Biasanya yang tertipu ni… orang Umno. Mereka telan umpan sekali dengan kail. Orang PR payah terjerat. Kecuali beberapa sepsis katak dimusim pilihanraya, apabila hujan mula renyai-renyai. Dah habis pilihanraya, dah panas. Bergeletak le kekeringan. Umno pakai buat kayu terompah nak wat pi tandas aje!!

Kekadang kesian juga kat rakyat ni… dia akan memuji dan berterimakasih kepada Umno kerana member sesuatu kepada mereka khususnya dimusim merayu undi sebegini. Mereka tak sedar, pemimpin UMNO ni kedekut. Apa yang mereka perolehi itu bukannya duit poket mereka. Tetapi duit rakyat juga. Mana ada Umno kerja percuma? Duit ehsan tu pun duit yang dikebas dari rakyat. Cuma Melayu mudah lupa… Beza dengan orang Pas atau PR. Semua dari poket mereka. Yang mereka harap pahala dari sisi Allah.

antara mahafiraun tunisia dan mahafiraun 1 malaysia ada persamaan

Posted: 14 Feb 2011 04:27 PM PST



TUN Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan Zaine al Abidene jadi Presiden Tunisia selama 25 tahun. Kira-kira sama lama.
Zaine al Abidene sebelum menjadi Presiden adalah Perdana Menteri di bawah Presiden Habib Bourgiba. Keduanya berbalah. Sebelum dia dipecat Presiden, dia merampus kuasa dan menjadi Presiden.

Dr. Mahathir berbalah dengan pemimpinnya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Dia dipecat dari partinya, Umno. Selepas Tunku dipaksa berundur, Dr. Mahathir dapat kembali dalam Umno dan kemudiannya jadi Perdana Menteri.

Kedua-duanya sama-sama keras terhadap orang bawah dan rakyat.

Ada satu lagi persamaan antara keduanya. Dr. Mahathir dikatakan bertanya Presiden Ben Ali bagaimana dia menghadapi kaum muda yang berpelajaran tinggi sehingga mereka menyoal kepimpinannya dan pemerintahannya.

Senang saja. Ben Ali menjadikan mereka orang yang berhutang sepanjang hidup. Sebaik mereka lulus universiti dan mendapat pekerjaan dan yang tidak lulus universiti pun dapat pekerjaan, maka mereka diberi kemudahan untuk membeli kenderaan.

Mereka pun jadi orang yang berhutang. Sebahagian dari pendapatan mereka digunakan untuk membayar ansuran hutang motokar. Menampung perbelanjaan motokar seperti menampung seorang isteri.

Selagi hutang motokar itu tidak selesai, maka tidak banyak memikirkan hal lain selain dari menjelaskan hutang itu. Mereka akan menghadapi masalah kiranya hutung motokar tidak dijelaskan. Biasanya mereka menunaikan beban itu.

Sekali seseorang itu bermotokar, maka dia mesti sepanjang hidupnya bermotokar. Sebaik hutang itu selesai motokar pula tua terpaksa diganti baru. Maka dia menyambung hutang lagi sehingga tua.

Kemudian mereka diberi kemudahan pinjaman membeli rumah. Kadang-kadang sampai usia bersara hutang rumah belum selesai.

Sepanjang hidup rakyat seperti itu sebok menanggung hutang. Justeru itu mereka tidak boleh berfikir untuk berlawan dengan kerajaan kerana ada risiko berlawan dengan kerajaan. Kalau ditakdirkan dia hilang pekerjaan, maka bagaimana dia hendak menjelaskan ansuran hutang motokar dan rumah?

Oleh kerana itu orang cerdik pandai yang berhutang itu tidak banyak memikirkan kerajaan dan pimpinannya baik atau tidak, kerana tanggungjawab utama mereka ialah sebok menjelaskan hutang.

Dr. Mahathir pun berkongsi pengalaman yang sama. Sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lulusan sekolah menengah dan lulusan unversiti yang bekerja membeli motokar dulu. Mereka juga ada kemudahan membeli rumah.

Kerajaan menyediakan pinjaman itu.

Kerajaan Dr. Mahathir membuka peluang mudah memiliki motokar. Kerana Malaysia sendiri membina lebih dari satu kilang membuat motokar, bukan saja orang senang membeli motokar, orang juga senang bertukar motokar.

Dr. Mahathir juga menukar sistem biasiswa bagi mahasiswa berjalan sejak di zaman British dulu kepada sistem pinjaman. Setiap pelajar diberi hak untuk membuat pijaman pelajaran.

Maka sebelum pelajar itu keluar universiti, mereka sudah jadi orang yang berhutang. Sebaik saja mereka dapat pekerjaan, maka mereka mula membayar hutang.

Rakyat Tunisia hanya menjadi orang yang berhutang selepas keluar dari universiti. Rakyat Malaysia sudah jadi orang yang berhutang sebaik saja masuk universiti. Beban hutang itu akan bertambah apabila mereka membeli motokar dan membeli rumah.

Oleh itu mereka sebok sepanjang hidup bekerja untuk menyelesaikan hutang. Beban hutang itu mungkin selesai apabila masing-masing bersara. Orang masuk usia bersara tidak lagi banyak memikirkan tentang politik dan kerajaan. Orang yang penat ini biasanya memilih untuk berehat.

Apa yang dibuat oleh Ben Ali itu berjaya menyelamatkan politiknya hingga sampai 23 tahun. Memang pelannya lojik dan menasabah.

Tetapi rakyat Tunisia akhirnya tidak lagi memikirkan mereka berhutang atau tidak. Dimulai oleh orang tidak ada pekerjaan di jalan-jalan bangkit menyoal pemerintahan Ben Ali. Mereka disokong oleh orang-orang yang berhutang, mereka hambat Ben Ali hingga tidak ada negara hendak menerimanya sebagai orang buangan.

Dr. Mahathir lebih cerdik. Sebelum orang berhutang hambat dia, dia berhenti dulu. Ben Ali bukan tidak cerdik, tetapi dia pun tidak sangka rakyat Tunisia rupanya sudah cerdik belaka.


hd

ANWAR: UJIAN ATAS SAYA KECIL SAJA

Posted: 14 Feb 2011 04:14 PM PST




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang sebagai kecil sahaja berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh para Anbiya. Justeru itu, beliau yakin fitnah yang beliau hadapi ini akan lenyap juga akhirnya.

"Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam perutusan beliau sempena dengan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam esok.

Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya.

Ia bermula dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir apabila beliau didakwa meliwat pemandunya sendiri, Azizan Abu Bakar namun ditolak oleh mahkamah.

Menurut rakan-rakan rapat beliau, serangan terhadap Anwar bermula apabila beliau selaku Menteri Kewangan enggan menggunakan duit negara untuk membantu salah seorang anak Mahathir yang ketika itu sangat teruk dilanda masalah ekoran kegawatan ekonomi.

Kini Anwar sedang dituduh lagi meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber, tekanan kepada Anwar tidak akan berhenti sehinggalah beliau meninggalkan pentas politik tanahair.

Ini kerana, Anwar dianggap ancaman paling besar kepada penguasaan Umno dalam politik berikutan keupayaannya menyatu semua penentang Umno.

"Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman.

"Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh.

"Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan," kata Anwar dalam perutusan itu.

Beliau mengingatkan kisah bagaimana isteri Baginda Rasulullah juga pernah difitnah dalam peristiwa Al-Ifk.

"Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T," tegas Anwar.

Anwar memetik ayat Al Quran surah Surah An Nur ayat 19 bagi memberikan peringatan kepada mereka yang gemar membuat tuduhan-tuduhan buruk.

Maksud surah itu adalah:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)"

HarakahDaily

Wujud budaya kuning di Kelantan adalah peninggalan UMNO-APCO- BN

Posted: 14 Feb 2011 03:57 PM PST



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.

Nik Aziz (gambar) juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.

"Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.

Sehubungan itu, Nik Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. – Bernama


penyapu sial


lancaulah....selagi .Penguatkuasa mencegah maksiat under kerajaan pusat....same like JAIS or JAIP ....kerja sambil lewa....harap duit masyukkk...sibukkan wang zakat tapi maksiat di biorkan bermaharalela...ceramah ceramah agama pun nak di sekat....

Tiada ulasan: