Selasa, 15 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Rasulullah: Pedihnya maut...

Posted: 15 Feb 2011 10:00 AM PST

Saat Saat Terakhir Rasulullah Yang Memilukan
Oleh ramziredang

"Pada saat terakhir Nabi Muhammad s.a.w sedang sakit, seluruh Madinah berada dalam keadaan suram. Suasana yang selama ini indah dan aman bersama Rasullullah, bertukar menjadi satu tikaman duka kepada para penduduknya. Mereka semua merasa hiba kerana kekasih mereka, orang yang paling dimuliakan oleh Allah sedang berada dalam keadaan uzur dan sakit tenat. Tidak ada seorang sahabatpun yang berjalan melainkan dengan wajah yang suram dan bergenang airmata. Begitulah cinta dan sayangnya mereka kepada junjungan Rasullullah s.a.w

Pada hari Ahad, sehari sebelum hari kewafatan baginda, sakit yang baginda tanggung selama 18 hari menjadi bertambah tenat. Pada hari tersebut Bilal bin Rabah seperti biasa mengumandangkan azan. Setelah selesai azan, bilalpun menuju ke rumah Rasullullah lalu berdiri dan memberi salam di depan pintu, sambil menjemput Rasullullah berjemaah. Lalu keluarlah Fatimah dan memberitahu Bilal bahawa Rasulullah sakit. Kemudian Bilal kembali ke masjid dengan linangan airmata. Menunggu seketika.

Ketika hari hampir siang dan sahabat menunggu lama, lali Bilal cuba lagi ke rumah Rasullullah. Bilal berdiri dan memberi salam lagi. Lalu baginda menyuruh Fatimah menjemput Bilal masuk.Bilal masuk dan duduk di sisi Rasullullah dan memandang Rasullullah dengan penuh linangan airmata.

Kemudian baginda bersabda,"aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku"

Lalu bila keluar menuju masjid sambil airmatanya semakin deras mengalir dan kesedihannya tidak bisa ditahan lagi. Bilal menyampaikan pesanan Rasullullah kepada Abu Bakar r.a supaya menjadi imam. Pesanan ini pula menjadikan Abu Bakar bertambah hiba. Beliau cuba berdiri untuk menjadi imam, tetapi bila memandang ke tempat yang Rasullullah selalu berdiri, tetapi pada saat itu kosong ketiadaan Rasullullah, lalu Abu Bakar menangis terisak isak dengan suara yang agak kuat. Beliau tidak mampu membendung kesedihannya lagi. Lalu beliau menangis dengan suara yang kuat dan akhirnya pengsan.

Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan 'Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah."

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?"

Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Para Sahabat

Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah."

Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" 
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"
(Ali-lmran: 144)


Maka Mu'az pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."

Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."

Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah."

Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.

Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'az menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'az."

Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait."

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."

Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'az?" Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama."

Lalu Mu'az menuju ke makam Rasullullah.

Mesir dah mintak tolong

Posted: 15 Feb 2011 08:00 AM PST

Mesir mohon bantuan dunia pulih ekonomi

KAHERAH: Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Gheit hari ini memohon bantuan masyarakat antarabangsa untuk membantu pemulihan ekonomi negara itu selepas berakhirnya episod kejatuhan regim Presiden Hosni Mubarak.

Abul Gheit yang juga anggota Kabinet sementara di bawah pentadbiran tentera berkata, beliau akan terus berkhidmat sehingglah Mesir mengadakan pilihan raya bebas, selain menegaskan Kaherah akan tetap menyokong rakyat Palestin.

Beliau meminta masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada pemulihan ekonomi Mesir yang terjejas berikutan krisis politik yang membawa kepada peletakan jawatan Mubarak. - AFP

Cara Guan Eng sambut Maulud...

Posted: 15 Feb 2011 06:55 AM PST

Jangan puak puak Umno pengsan sudah bila tengok cara penghayatan Guan Eng berkenaan Maulidur Rasul nih.... kerjaan Gerakan mesra Umno dedulu nih ada ingat nak buat camni kat Penang? Haram...

Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) meneruskan bayaran insentif kepada umat Islam khususnya bagi guru Kafa dengan kali ini mereka dibayar RM100 sempena sambutan Maulidur Rasul. RM100 seorang beb... haha... jadi la ada jugak terasanya penat lelah didik anak bangsa dibayar... walaupun bayaran secara "one-off". Kali pertama tahun lalu, semua guru Kafa telah diberikan RM250 sebagai "duit raya" menyambut Aidilfitri dan keduanya RM100 sorang pada Awal Muharram.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 ini akan menelan kos RM150,000 bagi kerajaan negeri.

Bagus jugak depa ni ego dan sombong... kahkahkah...

Posted: 15 Feb 2011 03:30 AM PST

Hmm... semenjak dua menjak nih, pemimpin pemimpin dari PR ni banyak sekali dapat laba hasil dari sikap ego dan sombong puak puak Umno / BN nih. Ini termasuklah jugak akhbar akhbar penjilat mereka. Baguih la jugak kan, duit depa dah banyak sangat... ini sajala cara mereka nak tolong pemimpin pemimpin dan jugak kerajaan PR... hahaha...

Terbaru, habuan lagi bagi kerajaan PR Penang, bila mereka memutuskan untuk menyaman ADUN Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu. Guan Eng kata, beliau telah melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.

Orang Balik Pulau cukup sayang kat YB Farid nih... kahkahkah... tapi tak pa la, orang sana kaya kaya, boleh tolong YB Farid ni bayaq sorang sikit... kahkahkah...

Ada sapa sapa lagi nak pobia sama... haha...

Posted: 15 Feb 2011 01:34 AM PST

Amerika terkena pobia Muslim Brotherhood
Oleh Haji Abdul Subky Latif

Apabila Presiden Hosni Mubarak berdepan dengan tunjuk perasaan beratus ribu rakyat,maka Amerika amat bimbang akan kejatuhannya. Yang lebih dibimbangkan oleh Amerika ialah kekosongan Hosni Mubarak itu akan digantikan oleh kuasa Ikhwanul Muslimun yang dikenali di seluruh dengan Muslim Brohterhood. Amerika amat pobia dengan pengaruh Ikhwan Muslumun itu.

Siapa Ikhwanul Muslimun?

Ia adalah parti pembangkang yang terkuat di Mesir sejak sebelum tumbangnya sistem pemerintahan beraja tahun 1951 dulu lagi. Dalam penggal Parlimen Mesir sebelum Pilihan Raya yang terbaru ia mendapat 20 peratus keanggotaan. Dalam pilihan raya tidak bebas dan tidak saksama atau pilihan raya penuh penipuan baru-baru ini, Hosni Mubarak dengan bantuan Amerika dan Israil dapat mengurangkan pengaruhnya dalam Parlimen tetapi tidak di luar Parlimen.

Ikhwanul Muslimun adalah gerakan dakwah dan politik yang ditubuhkan oleh Imam Hassan Elbanna, seorang reformis Islam yang penting di abat 20, yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai sistem hidup dan pemerintahan seperti yang kehendaki oleh Nabi Muhamad SAW dan pernah disempurnakan sebaik-baiknya oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi ikon Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Guan Eng mahu mencontohi pimpinan dan kejayaan Umar Abdul Aziz. Itulah yang diperjuang dan yang hendak ditegakkan oleh Ikhwanul Muslimun di Mesir.

Pengaruhnya mendapat sambutan meluas umat Islam Mesir dan berkembang luas di seluruh benua Arab. Ia menjadi cabaran dan alternatif kepada pengaruh dan peradaban barat di Mesir dan negara Arab lainnya.
Ketika Amerika mulai mengambil alih pimpinan barat dari Inggeris dan Perancis di seluruh dunia, tiada daya baginya menghalang pengaruh Ikhwanul Muslimun di kalangan rakyat, bahkan ia menyaingi pengaruh komunis dan sosialis di Asia dan Afrika.

Tiada daya bagi pemerintahan beraja Mesir yang korap/rasuah dapat menghalang pengaruh Ikhwanul Muslimun menguasai rakyat dan pemerintahan. Bahkan ia tidak mampu disekat oleh sistem politik dan demokrasi pimpinan Amerika, British dan Perancis. Kemaraannya hanya boleh disekat oleh tentera Islam Mesir sendiri.

Dengan menamakan gerakan itu sebagai pelampau atau ekstrimis, pengaruh barat dapat menggunakan golongan sosialis-nasionalis di kalangan tentera muda Mesir untuk melancarkan pemberontakan kerajaan beraja Mesir dan sekali gus menghadapi kemaraan reformasi dakwah Ikhwanul Muslimun.

Sekalipun regim Gamal Abdel Nasser muncul sebagai kuasa anti kolonialis barat khususnya anti Amerika dan pembentukan negara Israil, tetapi ia juga memerangi pengaruh Ikhwanul Muslimun hingga ke akar umbi. Ia mengharamkan Ikhwanul Muslimun, membunuh pimpinannya yang terbilang iaitu Hassan Elbanna dan Syed Quthub, ribuan pemimpin dan aktivis dibunuh dan ditahan.

Rakyat Mesir yang solat Jumaat tiga kali berturut-turut disyaki sebagai anasir Ikhwan dan mereka menjadi sasaran. Ramai pimpinannya ditahan dan diseksa berbelas dan berpuluh tahun.

Ikhwan terpaksa bergerak dalam sulit, tetap pengaruhnya tidak mati. Dakwahnya berkembang, menjalankan kerja amal dan kebajikan. Ia memanfaatkan badan-badan amal bagi mendekati rakyat dan menanamkan dakwah di kalangan penduduk.

Dalam keadaan gerakannya disekat dan diburu, pengaruhnya terus berkembang hingga ia muncul sebagai penentang Hosni Mubarak dan regimnya yang terkuat di Mesir. Dalam keadaan ia tidak bebas, ia berjaya mendapat 20 peratus penyokong di Parlimen dalam penggal yang lalu.

Walaupun ia penyokongnya di Parlimen kini merosot, tetapi ia tetap dikira musuh Hosni Mubarak yang terkuat dan terus digenuni oleh Amerika dan semua kuasa barat dalam Nato dan Komuniti Eropah. Amerika memberi bantuan ketenteraan US$1.5 bilon setahun kepada Mesir antara lain adalah untuk mengepung pengaruh Ikhwan, tetapi Amerka terus terigau dan bimbang dengan pengaruhnya. Dalam apa juga kejadian yang menggugat Hosi Mubarak, mangsa sasaran utama regim itu adalah penyokong Ikhwan.

Apabila angkatan belia Mesir melancarkan revolusi 18 hari baru-baru ini, otak Amerika dan pentadbiran Obama terus teringatkan Ikhwanul Muslimun. Apabila Elbaradai pulang untuk menyertai demonstrasi bagi menggulingkan Mubarak, barat bertanya sejauh mana hubungannyanya dengan gerakan Ikhwan.

Hari-hari akhbar kekuasaan Mubarak, Amerika dan sekutunya, wartawan-wartawan dunia sebok mencari apa peranan Ikhwan dan apa kedudukannya selepas Mubarak tumbang. Pimpinan Ikhwan memberitahu ia tidak berhajat untuk mengambil kuasa bagi menggantikan Mubarak, ia berjuang untuk mengembalikan kedaulatan rakyat Mesir di tengah masyarakat. Aktivisnya cergas membuat kerja amal dan kebajikan membantu peserta demonstrasi 18 hari itu.

Malah ia tidak mahu menjadi ketua dalam kebangkitan rakyat itu, tetapi mahu memberi kerjasama berkesan bagi menentukan regim Mubarak berakhir. Kerana ia sudah menyertai pilihan raya, ia tetap mengambil bahagian, tetapi tidak menyatakan dia mahu merebut kuasa.

Inilah Ihwanul Muslimun yang amat dipobia oleh Amerika. Amerika sudah tidak lagi menumpukan musuh komunisnya, tetapi mengira Ikhwan adalah ancaman utama. Dulu ia dibangsakan sebagai ekstrimis, tetapi hari ini ia dipanggil pengganas. Tetapi ia tidak pernah membunuh sesiapa. Lebih ramai rakyat Mesir mati di bawah regim Mubarak dan lebih ramai terbunuh oleh peluru tentera Nato. Belum ada sesiapa yang mati ditangannya.

Cuma yang hendak dihapuskannya ialah daki-daki peradaban barat di Mesir.M/I

Ramai sungguh Melayu tak Islam... haha...

Posted: 15 Feb 2011 12:30 AM PST

Wilayah: Puja 'gajah' wat Siam
Oleh Rahmat Othman

Siew menunjukkan sebahagian tebu dan pisang yang diletakkan berhampiran gajah hiasan di wat Watthai Pradit Tharam.Kaki judi Melayu amal khurafat bawa tebu, pisang ke Watthai Pradit Tharam 

KUALA NERANG: Akibat terlalu taksub dengan perkara khurafat, sekumpulan kaki ekor yang ingin cepat kaya sanggup membawa tebu dan pisang untuk menjamu dua ekor gajah hiasan yang terletak di pintu masuk Wat Siam, di Kampung Baru Padang Sanai, dekat sini.

Tindakan kaki ekor berkenaan yang membawa tebu dan pisang untuk menjamu gajah hiasan di Watthai Pradit Tharam itu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat keturunan Siam di kampung berkenaan.

Gajah diperbuat daripada simen setinggi kira-kira 2.5 meter itu dikatakan menjadi tumpuan kaki judi selepas mendakwa seorang kaki ekor mendapat habuan RM100,000 apabila kononnya mendapat mimpi nombor bertuah selepas mengunjungi gajah itu kira-kira lima tahun lalu.

Berikutan dakwaan itu, ramai kaki ekor berkunjung ke situ membawa tebu dan pisang untuk dihidangkan kepada gajah itu sambil berharap mendapat mimpi nombor ramalan yang dikatakan boleh mengubah nasib seseorang.

Malah, ada yang beranggapan gajah itu keramat yang mampu memberi keuntungan besar dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun perbuatan tidak bermaruah itu menimbulkan keresahan di kalangan penduduk apabila pengunjung terbabit meninggalkan pisang dan tebu sehingga menyebabkan kawasan sekitar pintu itu kotor.
Ahli Jawatankuasa wat berkenaan, Siew Kim, 50, berkata, perbuatan kaki ekor itu menyebabkan ramai yang tidak senang dengan senario berkenaan wat berkenaan adalah rumah ibadat kepada penganut buddha berketurunan Siam di kawasan itu.

"Kami sedih dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap ia segera dihentikan. Perbuatan mereka membawa tebu dan pisang berkenaan menyebabkan kawasan itu kotor dan berbau," katanya yang tinggal kira-kira 100 meter dari wat itu.

Seorang lagi penduduk, Goh Ai Eng, 70, berkata dia ada mendengar cerita mengenai dakwaan ada kaki ekor yang mendapat habuan selepas mengunjungi gajah hiasan itu.

"Saya percaya disebabkan ramai yang datang ke situ tidak mustahil ada yang bernasib baik 'menikam' nombor yang tepat, tetapi bukanlah disebabkan gajah itu keramat tetapi mungkin berlaku secara kebetulan," katanya.

Timbalan Ketua Pelatun RELA Kampung Baru Padang Sanai, Awang Had Saad, 50, berkata, lebih menyedihkan kerana orang Melayu terbabit dalam perbuatan itu.

"Kita percaya mereka bukan penduduk dari daerah ini, tetapi orang luar. Mereka bukan saja datang pada waktu siang, tetapi ada yang sanggup datang pada waktu malam atau awal pagi.

Ketua Masyarakat Siam Malaysia, Senator Bon Som Inong, berkata, beliau ada mendengar mengenai perbuatan kaki nombor ekor di wat berkenaan.

Pakar lidah putarrrrr.... kahkahkah....

Posted: 14 Feb 2011 09:34 PM PST

Sapa biasa tengok gambar ayahanda pada bekas Piem Umno yang paling lama disinggahsana kuasa negara iaitu Mahathir Mohamad?

Tak biasa? Aku pun tak biasa dan semua dari kita tak biasa tengok pun siapakah dia ayahanda dan bonda Mahathir ni. Inilah Mahathir Mohamad, sapa tak kenal dia yang cekap bermain kata kata. Memang jenis dia macam tu, pakar putar lidah nombor satu negara. Tanya la apa pun, mesti ada jawapan. Betul atau tidak belakang kira, janji lepas.

Dia punya lidah ligat berputar sampaikan majoriti rakyat Malaysia tak biasa tengok mak bapak dia. Dia punya lidah ligat berputar sampaikan satu Malaysia kena kencing dengan projek penswastaan harta harta negara. La ni kita yang terima bala. Dia punya lidah ligat berputar sampaikan Ops lalang pun yang kotornya tangan orang lain. Tangan dia jadi suci pasai selalu angkat tinggi bila putar lidah. Dan lidah dia pulak bersih pasai selalu berputar putar tarak henti punya... piiiirrraahhh....

Pengorbanan sorang YB... kahkahkah...

Posted: 14 Feb 2011 07:47 PM PST

Muhyiddin Yassin melancarkan majlis pecah tanah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Merlimau, Jasin, hari ini. - Foto Norfaisal Jahuri - bh

PENGORBANAN SEORANG YB

nota:
lihat inilah bukti pengorbaan seorang yb
selama 40 tahun menunggu tapak sekolah
baru kelamrin dapat

lihatlah wahai para yb
lihatlah dan saksikan
pengorbanan yb merlimau yang baru padam

padamlah
padamlah
sebelum bukan april
sesudah april tak ada sapa ambil pot
akan dianggap padam ibrahim ali

TT

Jahiliah moden

Posted: 14 Feb 2011 07:00 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Tiada ulasan: