Selasa, 15 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


PRK Merlimau : Anwar Ibrahim Gegar Melaka-Merlimau

Posted: 15 Feb 2011 10:09 AM PST

Program Makan Malam bersama DS Anwar Ibrahim di Dewan Pay Fong, Jalan Kubu, Melaka.


Dianggarkan lebih 1000 rakyat Melaka yang hadir.


DS Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan.


" Naiib dan Rosmah mana mau lari...."


Program malam hari pula adalah program ceramah perdana di Kampung Permatang Serai, Merlimau.


Dianggarkan lebih 5000 hadirin yang datang pada malam itu. Penceramah PAS, Sdr Haji Mat Sabu juga ada menyentuh isu penipuan semasa pilihanraya.


Sumber : Sidiqin SK

Datuk Shahrukh Khan Tak Kempen Di Merlimau?

Posted: 15 Feb 2011 06:39 AM PST


MELAKA, 15 Feb -- AKSI ... Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) bersama Datuk Shahrukh Khan (kiri) memberikan pose istimewa kepada para jurugambar ketika pengembaraan filem Don 2 di lokasi pengembaraan Sungai Udang di sini, hari ini. Filem Don 2, adalah sambungan filem "Don: The Chase Begin" yang menemui peminat filem Bollywood pada 2006.


2.jpg (238×300) 3.jpg (240×300)
Pelakon filem Bollywood, Datuk Shahrukh Khan tenang menjawab soalan pemberita termasuk mengenai pengembaraan filem Don II yang sedang berlangsung di lokasi pengembaraan Sungai Udang di sini, hari ini.


4.jpg (300×206)

Pelakon filem Bollywood, Datuk Shahrukh Khan (kiri) tenang menjawab soalan pemberita termasuk mengenai pengembaraan filem Don II yang sedang berlangsung di lokasi pengembaraan Sungai Udang di sini, hari ini.

Memerhatikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman (kanan).

Sumber : Bernama


Kalau Tok Ali tak guna kelebihan Shahrukh Khan ketika dia ada di Melaka memang rugi. Aku berani confirm...kalau Tok Ali ajak SRK kempen PRK Merlimau. Majoriti BN PASTI meningkat.
Gula-gula sikit je..
Bagi poster siap tanda tangan ke..
Dapat ambil gambar sama-sama ke..
Cair la warga Merlimau..ceh!
: Author Faethal

Pemenang Pertandingan Ciuman Paling Lama Adalah..

Posted: 15 Feb 2011 01:35 AM PST


Peserta Akekachai Tiranarat, 42 tahun, dan isterinya Raksana Taranarat, 31 tahun memenangi pertandingan World's Longest Kiss Continuous di Pattaya, Tahiland pada hari ini (15 Februari 2011). Pertandingan ciuman paling lama di dunia ini adalah salah satu acara yang diadakan untuk merayakan Hari Valentine di Thailand. Bermula dengan 14 pasangan pada hari ahad lalu (12 Februari 2011). Mereka berjaya memecahkan Guinness World Record untuk ciuman paling lama iaitu selama 46 jam 24 minit dan 9 saat.


2.jpg (600×439)
Akekachai Tiranarat dan isterinya Raksana Taranarat bergambar dengan rekod baru masa mereka selepas memenangi acara Longest Continuous Kiss World.

Khabar Safee Sali Di Pelita Jaya

Posted: 14 Feb 2011 11:11 PM PST


JAKARTA - Pelita Jaya FC secara rasmi memperkenalkan penyerang barunya, Mohd Safee bin Mohd Sali, penjaring gol terbanyak Piala AFF 2010 lalu.

Isnin (14/2/11), penyerang Malaysia itu diperkenalkan kelab barunya di Hotel Kristal, Jakarta Selatan. Safee berharap kehadirannya dapat memperbaiki posisi Pelita Jaya yang ketika ini berada di kedudukan bawah Liga Super Indonesia.

"Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pelita Jaya, yang bekerja keras untuk mendatangkan saya," ungkap Safee ketika berjumpa wartawan.

"Saya tahu kedudukan Pelita Jaya saat ini dan saya harap dapat memperbaiki kedudukan kami," lanjutnya.

Safee, yang mengaku sedikit banyak mengikuti perkembangan Liga Super dan khususnya Pelita Jaya, faham bahawa kelab ini mempunyai ramai pemain berkuliti, namun pengalaman yang minima.

2.jpg (600×300)

"Memang ada beban (bermain di kedudukan bawah), tetapi ada ramai pemain muda di sini yang berkualiti. Kekurangan mereka hanyalah di bahagian penyudah. Jadi saya di sini untuk menutup kekurangan tersebut," ungkap penyerang berusia 27 tahun itu.

Walaupun sudah rasmi, penyerang yang tiga kali membocorkan gawang Markus Horison di Piala AFF itu belum boleh bermain untuk kelab dari Karawang tersebut kerana terkendala Sijil Transfer Internasional (ITC),

3.jpg (600×300)

"Belum boleh (bermain), kerana masih harus menunggu ITC dahulu. Mungkin sekitar 7 atau 8 (Mac)," ungkapnya.

Berdasarkan kontrak, Safee akan bersama Pelita Jaya selama setahun. Ini bermakna ia akan menjalani separuh musim kedua 2010/11 dan separuh musim pertama 2011/12.

Nora Reformis Ditahan Polis Malam Tadi

Posted: 14 Feb 2011 05:08 PM PST


Seorang peniaga - antara tertuduh terlibat dalam perhimpunan membantah kenaikan harga barang pada 2008 - ditahan polis di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Menurut seorang temannya, Norazimah Mohamad Nor (kiri), dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam tadi, empat anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi datang ke rumahnya dengan waran tangkap.

"Kami kini sedang dalam proses ikatjamin," katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Menurut beliau, penahanan 'aktivis reformasi' itu dipercayai berkaitan tindakan wanita itu ke luar negeri.

Perbicaraan kes itu yang dikenali sebagai "kes Mohamad Sabu dan lain-lain" akan akan berlangsung pada 16 Februari (Rabu) ini.

"Kami telah maklumkan kepada polis pemergian beliau ke luar negeri sepanjang Februari (bulan ini) melalui surat bertarikh 31 Januari.

"Tetapi pada 2 Februari polis tetap mengeluarkan surat supaya beliau hadir ke mahkamah pada 16 Februari," katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, difahamkan Norazimah gagal diikatjamin, menyebabkan beliau terpaksa bermalam di lokap malam ini.

Dalam perhimpunan pada Januari tiga tahun lalu itu, seramai 50 ditahan polis, termasuk Norazimah. Lebih 40 akhirnya dibawa ke mahmakah untuk didakwa.


Sumber :Mkini

Tiada ulasan: